Wednesday 29 August 2012

BERIKANKU PELUANG HAPUSKAN SEDIHMU BAB 4

hye dan Assalamualaikum... wink3! ^^.... niesa dah siap n3 seterusnya...  hehe.. kalau ada yang silap, mohon dimaafkan yee.... <3 ... 


BAB 4
            Tan Sri Saifudin masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil. Datin Sri Fatimah yang sedang tidur-tidur ayam secara mengiring mencelikkan matanya apabila terasa gerakan di katil itu. Dia melihat suaminya yang duduk termenung di birai katil. Dia tahu suaminya termenung disebabkan apa. Ketika dia sedang berbaring diatas katil sambil membaca majalah, dia terdengar sesuatu yang riuh di luar rumah. Suaminya yang sedang berehat disebelahnya terus bangun dan keluar dari rumah itu. Datin Sri Fatimah menjenguk ke luar rumah melalui tingkap bilik. Pada waktu itu, dia melihat suaminya sedang menampar anak lelakinya. Dia terkejut melihat keadaan itu. Tanpa diketahui sebab olehnya, suaminya telah menampar anak lelakinya itu. Dia memang tidak berpuas hati melihat smua itu.
           
“ Kenapa abang tampar Rafiq?” tanya Datin Sri Fatimah sambil mengiring menghadap suaminya. Perasaan tidak puas hatinya perlu ditenangkan dengan mengetahui apa sebabnya. Tan Sri Saifudin tidak lekas menjawab. Dia tahu, sekiranya dia menjawab pasti ada saja jawapan isterinya untuk membela anak emasnya itu.
            “ Selama ni awak pernah nampak ke saya pukul anak-anak tanpa sebab? Mestilah ada sebab yang buatkan saya naik angin,” balas suaminya mendatar. Datin Sri Fatimah yang sejak tadi baring terus duduk di belakang suaminya yang sedang membelakanginya. Dia mendekati suaminya dan tangannya mengurut lembut bahu lelaki itu. Dia tidak mahu suaminya berasa tertekan pula mendengar pertanyaannya.
            “ Ya, saya tahu. Apa yang abang buat, pasti ada sebabnya. Tapi, saya nak tahu kenapa abang pukul dia? Abang keluar saja dari rumah abang terus tampar dia,” ujar Datin Sri Fatimah dengan tangannya masih mengurut bahu suaminya. Tan Sri Saifudin mengalihkan tangan isterinya dari bahunya. Dia tidak perlukan urutan itu smua yang dia perlukan adalah menenangkan dirinya. Pertanyaan isterinya tidak dijawab.
            “ Abang….” Panggil Datin Sri Fatimah lembut. Dia ingin tahu juga apa sebabnya. Pasti ada kena mengena dengan riuh rendah di luar sana namun dia tidak pastikan sama ada betul atau tidak.
            “ Anak awak tu kurang ajar sangat. Makin besar, makin samseng perangai dia. Dengan abang sendiri pun tak reti hormat. Sepatutnya, apa yang pernah terjadi dalam hidup dia, dijadikan teladan. Ini tidak, makin lama makin dibiar, makin teruk perangai dia!” balas Tan Sri Saifudin kasar. Dia bangun dari katil.
            “ Abang, Rafiq tu satu-satunya anak kita. Cuba abang fahamkan diri dia. Abang tak kesiankan dia ke? Dua tahun bang. Dua tahun dia macam tu. Abang tahu tak apa yang Mah rasa? Mah rasa Mah dah hilang anak Mah. Kadangkala Mah menyesal memberi restu kepada Hakim untuk berkahwin dengan arwah Kirana. Kalau mereka tidak kahwin, pasti saya tidak akan hilang anak saya. Pasti rumah ni tak akan berlaku pertengkaran. Tak akan berlaku. Tadi ketika di luar, abang lempang dia hanya kerana bersikap biadap? Kenapa abang tak lempang sekali si Hakim tu? Kenapa? Bukan dekat luar tadi dia juga bersikap biadap? Abang suka menangkan Hakim sedangkan dia bukan…” kata-kata Puan Sri Fatimah tergantung. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Air mata yang menitis mengenangkan penderitaan anaknya dikesat menggunakan tangannya. Matanya yang kabur dek air mata merenung suaminya yang kaku berdiri.
            “ Rafiq satu-satunya anak kita? Satu-satunya? Ya, memang Rafiq tu satu-satunya anak saya. Tapi Hakim tetap anak saya. Awak jangan lupa Mah, Hakim tu lahir dari rahim awak sendiri. Berkongsi susu ibu yang sama dengan Rafiq. Sekarang ni, saya rasa pelik tengok awak ni. Awak sentiasa lebihkan Rafiq.  Saya nak tanya awak, berapa kali awak pernah usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim pernah baring diatas riba awak? Berapa kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati membahagikan kasih sayang yang tidak adil kepada Hakim. Saya tahu penderitaan yang dialami Rafiq. Awak ingat Rafiq seorang sahaja ke yang menderita? Hakim tu, awak tak sedar dia menderita? Sepatutnya awak kena tahu, Hakim tu lebih menderita kerana arwah isterinya pergi. Entahlah, saya malas nak cakap lagi dengan awak pasal hal ni. Yang penting, apa yang saya lakukan tadi, semuanya memang patut. Cuma pada awak saja yang tak betul.” Tan Sri Saifudin sempat mengeluh halus sebelum berlalu ke dalam bilik air.
            Datin Sri Fatimah memandang kosong pintu bilik air dengan genangan air mata. tubuhnya menjadi lemah mendengar kata-kata suaminya. Air matanya mengalir lagi. gambar-gambar yang berbingkai didalam biliknya dipandang. Gambar-gambar itu semuanya sedang tersenyum bahagia. Hanya ada beberapa bingkai gambar bersama suaminya di dalam bilik ini manakala lebihnya gambar Rafiq bersamanya. Gambar Hakim pula? Gambar Hakim langsung tiada di dalam bilik ini. langsung tiada. Kalau ada pun hanya satu saja di ruang tamu. Itu pun gambar Hakim ketika berumur lima tahun. Mengingatkan itu semua membuatkan dia menangis teresak-esak. Kata-kata suaminya bermain di telinganya.
            “Saya nak tanya awak, berapa kali awak pernah usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim pernah baring diatas riba awak? Berapa kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati membahagikan kasih sayang yang tidak adil kepada Hakim.”
            Dia ada alasan tersendiri mengapa dia buat itu semua. Dia bukan tidak sayang kepada Hakim. Sedangkan di sudut hatinya, kasih sayangnya melimpah ruah kepada anaknya. Cuma apabila dia terpandangkan wjah Hakim, fikirannya terus melayang kepada si ‘dia’. Si dia yang menyebabkan dia makin jauh daripada anaknya.

           
            Rafiq menghempas kuat biliknya. Darah yang bersisa di bibirnya di lap kasar. Walaupun terasa perit akibat perbuatan sendiri, dia tidak ambil peduli semua itu. kakinya laju melangkah kearah meja solek. Imejnya di cermin direnung tajam. Bibirnya yang luka dibasahkan dengan lidah.
            “ Arh! Kenapa semua ni mesti terjadi? Kenapa mesti dia jadi abang aku? Kenapa dia bukan abang aku? Kenapa?” jerit Rafiq pilu. Barang-barangnya yang penuh di meja solek di campaknya ke lantai. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan betul. Kemudian, tangannya mencapai pula minyak wangi berbotol kaca lalu dibaling sekuat hati bersama teriakan. Dia benci hidup begini!
            Barangnya yang sudah bersepah di sana sini dan ada juga yang pecah, dipandang kosong. Air matanya sudah mengalir deras di pipi. Buat pertama kalinya selepas pemergian arwah Kirana, dia mengalirkan air matanya. Selama ini dia berlagak kuat, sedangkan hatinya teramat sakit dan langsung tidak dapat disembuhkan. Cermin meja solek dipandang lagi. apabila terpandangkan air matanya yang menitis di pipi, dia ketawa sendirian. “ Aku menangis? Aku menangis? Hahaha!” ketawa Rafiq dengan air mata yang tidak henti mengalir. Ketawanya yang terbahak-bahak bagaikan ada sesuatu yang sangat melucukan di matanya. Tiba-tiba tawanya terhenti. Wajahnya di cermin di renung tajam. Air mata menitis di pipi. Dia melihat air matanya yang menitis melalui pantulan wajahnya di cermin. Air matanya dilap kasar. Wajahnya bertukar serius.
             “ Aku mana boleh menangis. Aku tak boleh menangis! Aku kena kuat,” katanya dengan tujuan memberi semangat kepada diri sendiri. Sekeping gambar yang dilekatkan di penjuru cermin ditanggalnya. Wajah arwah Kirana yang tersenyum manis pada gambar itu direnung. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir lagi. hatinya ini benar-benar sedih. Meratapi nasib diri yang ditinggalkan kekasih hati yang akhirnya memilih abangnya sebagai suami.
            “ Kira, Kira tahu tak Rafiq terseksa sangat. Hati Rafiq sakit, Kira. Sakit sangat. Kenapa Kira tinggalkan Rafiq dahulu? Kenapa Kira kahwin dengan Hakim? Kenapa bukan dengan Rafiq? Kenapa Kirana sanggup tinggalkan Rafiq dahulu? Rafiq ada salah ke dengan Kira? Rafiq setiap hari rindukan Kira. Tapi Kira langsung tak ambil peduli. Hati Rafiq sakit sangat,” ujarnya persis mengadu. Dadanya yang bidang ditumbuk perlahan seperti menunjukkan hatinya benar-benar sakit. Tangisannya makin melebat. Tangisannya sayu sekali. Gambar itu direnung tajam dengan mata yang kabur dek air mata.
            “ Arh!” jeritnya lantang. Gambar wanita yang dicintainya separuh gila dikoyak sehingga menjadi cebisan kecil. Langsung tidak menyedari perbuatannya itu bakal mencederakan hatinya itu. cebisan kecil gambar itu dibalingnya keatas dan satu persatu cebisan kecil melayang-layang jatuh ke lantai. Lantai itu direnung kosong. Kemudian dia ketawa sendirian. Ketawa yang dicipta di dalam kesedihan. Kesedihan yang begitu menyesakkan jiwanya itu. jiwa yang sering dilanda rindu dan derita. Merindui wanita yang pergi meninggalkannya.
            Dia berjalan dengan lemah menuju ke katil. Tubuhnya terasa tidak bermaya. Dengan perlahan, tubuhnya dihempas kasar ke katil. Dia baring dalam keadaan meniarap. Matanya dipejam celikkan. Otaknya gagal mencerna apa yang sedang berlaku. Matanya yang kemerah-merahan dipejam sebelum dia tertidur dalam keadaan biliknya yang bersepah dengan kaca di merata tempat. Tidurnya nyenyak sekali. Bagaikan tiada apa yang terjadi.

            Datin Sri Fatimah duduk berehat di dapurnya. Segelas air jus oren disediakan diatas meja untuknya. Bilik Rafiq direnung sedih. Sebentar tadi dia mendengar jeritan anaknya. Begitulah anaknya. Selepas bergaduh dengan Hakim dan pergaduhannya terselit tentang Kirana, pasti anaknya akan menjadi begitu. Menjerit tidak tentu pasal kemudian ketawa seorang diri. Dia pasti, keadaan bilik anaknya itu mesti dalam keadaan tunggang langgang. Pada mulanya dia sukar menerima semua ini.  kini, dia sudah biasa dengan cara hidup anaknya selepas kematian arwah Kirana. Dia pernah membawa anaknya ke hospital sakit jiwa untuk mengetahui sama ada anaknya itu mengalami masalah kewarasan. Doctor mengatakan anaknya itu mengalami tekanan perasaan akibat suatu masalah yang mungkin memberi tamparan hebat kepada anaknya. Dia pasti dengan jawapan doctor itu kerana hanya mereka sekeluarga saja tahu apa yang terjadi.
            Datin Sri Fatimah menuju ke bilik anaknya untuk melihat keadaan anak lelakinya itu. pintu bilik anaknya yang berkunci dibuka menggunakan kunci pendua. Pintu bilik anaknya dibuka. Dia merenung sayu bilik itu yang tunggang langgang. Kaca bersepah di merata tempat. Malah handphone juga turut dibalingnya. Rafiq yang sedang tertidur di pandangnya. Dia mengutip serpihan kaca di bilik anaknya itu lalu dimasukkan ke dalam bakul plastic kosong. Kemudian dia mengutip pula cebisan gambar arwah kirana. Datin Sri Fatimah terkejut. Dia tahu itu pasti cebisan gambar arwah Kirana. Dia tidak menyangka anaknya sanggup mengoyakkan gambar wanita yang dicintainya.
            “ Ibu buat apa dalam bilik Rafiq?” tegur satu suara. Datin Sri Fatimah terkejut lalu segera dia beristighfar. Pertanyaannya anaknya tidak dijawab. Anaknya yang sedang duduk diatas katil dipandang. Dia nampak dengan jelas Rafiq kebingungan melihat biliknya. Begitulah anaknya, selepas sedar sahaja dari tidur, dia berubah menjadi lain. Dia lupa apa yang menyebabkan keadaan biliknya itu menjadi teruk.
            Rafiq melihat keadaan biliknya dengan kebingungan. Barang-barangnya bersepah sana sini. Matanya tertangkap pula pada cebisan gambar yang sedang dikutip oleh ibunya. Dia pantas bangun dari katil dan berjalan laju menuju ke ibunya. Dia terkejut! Hatinya berasa sebak melihat gambar wanita yang disayanginya sudah koyak menjadi cebisan kecil. Siapa yang buat semua ini? hatinya tertanya-tanya. Langsung tidak menyedari dirinya itu lah penyebab semuanya.
            Cebisan kecil yang berada di tangan ibunya diambil. Datin Sri Fatimah hanya memandang saja. Air mata yang ingin menitis ditahan sebaik mungkin. Rafiq terduduk sedih. Cebisan kecil itu dibawa ke katil dan cuba dicantumkan semula. Datin Sri Fatimah tidak dapat menahan air matanya lagi melihat anaknya itu.
            “ Ibu, siapa yang buat semua ini, ibu?” tanya Rafiq dengan sebak. Sampai hati mereka mengoyakkan gambar kekasih hatinya itu. Datin Sri Fatimah bangun bersama bakul plastic itu dan berlalu keluar dari bilik anaknya. Dia tidak sanggup melihat semua ini. dia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya. Dia melangkah lemah menuju ke dapur dengan esak tangisnya yang pilu. Pilu melihat seorang anak yang disayanginya menjadi sebegitu. Tanpa sedar, ada mata yang melihat semua itu dengan hati yang penuh perasaan bersalah.

sincerely,
hanisahazlan

1 comment: