Wednesday 29 August 2012

BERIKANKU PELUANG HAPUSKAN SEDIHMU BAB 4

hye dan Assalamualaikum... wink3! ^^.... niesa dah siap n3 seterusnya...  hehe.. kalau ada yang silap, mohon dimaafkan yee.... <3 ... 


BAB 4
            Tan Sri Saifudin masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil. Datin Sri Fatimah yang sedang tidur-tidur ayam secara mengiring mencelikkan matanya apabila terasa gerakan di katil itu. Dia melihat suaminya yang duduk termenung di birai katil. Dia tahu suaminya termenung disebabkan apa. Ketika dia sedang berbaring diatas katil sambil membaca majalah, dia terdengar sesuatu yang riuh di luar rumah. Suaminya yang sedang berehat disebelahnya terus bangun dan keluar dari rumah itu. Datin Sri Fatimah menjenguk ke luar rumah melalui tingkap bilik. Pada waktu itu, dia melihat suaminya sedang menampar anak lelakinya. Dia terkejut melihat keadaan itu. Tanpa diketahui sebab olehnya, suaminya telah menampar anak lelakinya itu. Dia memang tidak berpuas hati melihat smua itu.
           
“ Kenapa abang tampar Rafiq?” tanya Datin Sri Fatimah sambil mengiring menghadap suaminya. Perasaan tidak puas hatinya perlu ditenangkan dengan mengetahui apa sebabnya. Tan Sri Saifudin tidak lekas menjawab. Dia tahu, sekiranya dia menjawab pasti ada saja jawapan isterinya untuk membela anak emasnya itu.
            “ Selama ni awak pernah nampak ke saya pukul anak-anak tanpa sebab? Mestilah ada sebab yang buatkan saya naik angin,” balas suaminya mendatar. Datin Sri Fatimah yang sejak tadi baring terus duduk di belakang suaminya yang sedang membelakanginya. Dia mendekati suaminya dan tangannya mengurut lembut bahu lelaki itu. Dia tidak mahu suaminya berasa tertekan pula mendengar pertanyaannya.
            “ Ya, saya tahu. Apa yang abang buat, pasti ada sebabnya. Tapi, saya nak tahu kenapa abang pukul dia? Abang keluar saja dari rumah abang terus tampar dia,” ujar Datin Sri Fatimah dengan tangannya masih mengurut bahu suaminya. Tan Sri Saifudin mengalihkan tangan isterinya dari bahunya. Dia tidak perlukan urutan itu smua yang dia perlukan adalah menenangkan dirinya. Pertanyaan isterinya tidak dijawab.
            “ Abang….” Panggil Datin Sri Fatimah lembut. Dia ingin tahu juga apa sebabnya. Pasti ada kena mengena dengan riuh rendah di luar sana namun dia tidak pastikan sama ada betul atau tidak.
            “ Anak awak tu kurang ajar sangat. Makin besar, makin samseng perangai dia. Dengan abang sendiri pun tak reti hormat. Sepatutnya, apa yang pernah terjadi dalam hidup dia, dijadikan teladan. Ini tidak, makin lama makin dibiar, makin teruk perangai dia!” balas Tan Sri Saifudin kasar. Dia bangun dari katil.
            “ Abang, Rafiq tu satu-satunya anak kita. Cuba abang fahamkan diri dia. Abang tak kesiankan dia ke? Dua tahun bang. Dua tahun dia macam tu. Abang tahu tak apa yang Mah rasa? Mah rasa Mah dah hilang anak Mah. Kadangkala Mah menyesal memberi restu kepada Hakim untuk berkahwin dengan arwah Kirana. Kalau mereka tidak kahwin, pasti saya tidak akan hilang anak saya. Pasti rumah ni tak akan berlaku pertengkaran. Tak akan berlaku. Tadi ketika di luar, abang lempang dia hanya kerana bersikap biadap? Kenapa abang tak lempang sekali si Hakim tu? Kenapa? Bukan dekat luar tadi dia juga bersikap biadap? Abang suka menangkan Hakim sedangkan dia bukan…” kata-kata Puan Sri Fatimah tergantung. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Air mata yang menitis mengenangkan penderitaan anaknya dikesat menggunakan tangannya. Matanya yang kabur dek air mata merenung suaminya yang kaku berdiri.
            “ Rafiq satu-satunya anak kita? Satu-satunya? Ya, memang Rafiq tu satu-satunya anak saya. Tapi Hakim tetap anak saya. Awak jangan lupa Mah, Hakim tu lahir dari rahim awak sendiri. Berkongsi susu ibu yang sama dengan Rafiq. Sekarang ni, saya rasa pelik tengok awak ni. Awak sentiasa lebihkan Rafiq.  Saya nak tanya awak, berapa kali awak pernah usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim pernah baring diatas riba awak? Berapa kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati membahagikan kasih sayang yang tidak adil kepada Hakim. Saya tahu penderitaan yang dialami Rafiq. Awak ingat Rafiq seorang sahaja ke yang menderita? Hakim tu, awak tak sedar dia menderita? Sepatutnya awak kena tahu, Hakim tu lebih menderita kerana arwah isterinya pergi. Entahlah, saya malas nak cakap lagi dengan awak pasal hal ni. Yang penting, apa yang saya lakukan tadi, semuanya memang patut. Cuma pada awak saja yang tak betul.” Tan Sri Saifudin sempat mengeluh halus sebelum berlalu ke dalam bilik air.
            Datin Sri Fatimah memandang kosong pintu bilik air dengan genangan air mata. tubuhnya menjadi lemah mendengar kata-kata suaminya. Air matanya mengalir lagi. gambar-gambar yang berbingkai didalam biliknya dipandang. Gambar-gambar itu semuanya sedang tersenyum bahagia. Hanya ada beberapa bingkai gambar bersama suaminya di dalam bilik ini manakala lebihnya gambar Rafiq bersamanya. Gambar Hakim pula? Gambar Hakim langsung tiada di dalam bilik ini. langsung tiada. Kalau ada pun hanya satu saja di ruang tamu. Itu pun gambar Hakim ketika berumur lima tahun. Mengingatkan itu semua membuatkan dia menangis teresak-esak. Kata-kata suaminya bermain di telinganya.
            “Saya nak tanya awak, berapa kali awak pernah usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim pernah baring diatas riba awak? Berapa kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati membahagikan kasih sayang yang tidak adil kepada Hakim.”
            Dia ada alasan tersendiri mengapa dia buat itu semua. Dia bukan tidak sayang kepada Hakim. Sedangkan di sudut hatinya, kasih sayangnya melimpah ruah kepada anaknya. Cuma apabila dia terpandangkan wjah Hakim, fikirannya terus melayang kepada si ‘dia’. Si dia yang menyebabkan dia makin jauh daripada anaknya.

           
            Rafiq menghempas kuat biliknya. Darah yang bersisa di bibirnya di lap kasar. Walaupun terasa perit akibat perbuatan sendiri, dia tidak ambil peduli semua itu. kakinya laju melangkah kearah meja solek. Imejnya di cermin direnung tajam. Bibirnya yang luka dibasahkan dengan lidah.
            “ Arh! Kenapa semua ni mesti terjadi? Kenapa mesti dia jadi abang aku? Kenapa dia bukan abang aku? Kenapa?” jerit Rafiq pilu. Barang-barangnya yang penuh di meja solek di campaknya ke lantai. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan betul. Kemudian, tangannya mencapai pula minyak wangi berbotol kaca lalu dibaling sekuat hati bersama teriakan. Dia benci hidup begini!
            Barangnya yang sudah bersepah di sana sini dan ada juga yang pecah, dipandang kosong. Air matanya sudah mengalir deras di pipi. Buat pertama kalinya selepas pemergian arwah Kirana, dia mengalirkan air matanya. Selama ini dia berlagak kuat, sedangkan hatinya teramat sakit dan langsung tidak dapat disembuhkan. Cermin meja solek dipandang lagi. apabila terpandangkan air matanya yang menitis di pipi, dia ketawa sendirian. “ Aku menangis? Aku menangis? Hahaha!” ketawa Rafiq dengan air mata yang tidak henti mengalir. Ketawanya yang terbahak-bahak bagaikan ada sesuatu yang sangat melucukan di matanya. Tiba-tiba tawanya terhenti. Wajahnya di cermin di renung tajam. Air mata menitis di pipi. Dia melihat air matanya yang menitis melalui pantulan wajahnya di cermin. Air matanya dilap kasar. Wajahnya bertukar serius.
             “ Aku mana boleh menangis. Aku tak boleh menangis! Aku kena kuat,” katanya dengan tujuan memberi semangat kepada diri sendiri. Sekeping gambar yang dilekatkan di penjuru cermin ditanggalnya. Wajah arwah Kirana yang tersenyum manis pada gambar itu direnung. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir lagi. hatinya ini benar-benar sedih. Meratapi nasib diri yang ditinggalkan kekasih hati yang akhirnya memilih abangnya sebagai suami.
            “ Kira, Kira tahu tak Rafiq terseksa sangat. Hati Rafiq sakit, Kira. Sakit sangat. Kenapa Kira tinggalkan Rafiq dahulu? Kenapa Kira kahwin dengan Hakim? Kenapa bukan dengan Rafiq? Kenapa Kirana sanggup tinggalkan Rafiq dahulu? Rafiq ada salah ke dengan Kira? Rafiq setiap hari rindukan Kira. Tapi Kira langsung tak ambil peduli. Hati Rafiq sakit sangat,” ujarnya persis mengadu. Dadanya yang bidang ditumbuk perlahan seperti menunjukkan hatinya benar-benar sakit. Tangisannya makin melebat. Tangisannya sayu sekali. Gambar itu direnung tajam dengan mata yang kabur dek air mata.
            “ Arh!” jeritnya lantang. Gambar wanita yang dicintainya separuh gila dikoyak sehingga menjadi cebisan kecil. Langsung tidak menyedari perbuatannya itu bakal mencederakan hatinya itu. cebisan kecil gambar itu dibalingnya keatas dan satu persatu cebisan kecil melayang-layang jatuh ke lantai. Lantai itu direnung kosong. Kemudian dia ketawa sendirian. Ketawa yang dicipta di dalam kesedihan. Kesedihan yang begitu menyesakkan jiwanya itu. jiwa yang sering dilanda rindu dan derita. Merindui wanita yang pergi meninggalkannya.
            Dia berjalan dengan lemah menuju ke katil. Tubuhnya terasa tidak bermaya. Dengan perlahan, tubuhnya dihempas kasar ke katil. Dia baring dalam keadaan meniarap. Matanya dipejam celikkan. Otaknya gagal mencerna apa yang sedang berlaku. Matanya yang kemerah-merahan dipejam sebelum dia tertidur dalam keadaan biliknya yang bersepah dengan kaca di merata tempat. Tidurnya nyenyak sekali. Bagaikan tiada apa yang terjadi.

            Datin Sri Fatimah duduk berehat di dapurnya. Segelas air jus oren disediakan diatas meja untuknya. Bilik Rafiq direnung sedih. Sebentar tadi dia mendengar jeritan anaknya. Begitulah anaknya. Selepas bergaduh dengan Hakim dan pergaduhannya terselit tentang Kirana, pasti anaknya akan menjadi begitu. Menjerit tidak tentu pasal kemudian ketawa seorang diri. Dia pasti, keadaan bilik anaknya itu mesti dalam keadaan tunggang langgang. Pada mulanya dia sukar menerima semua ini.  kini, dia sudah biasa dengan cara hidup anaknya selepas kematian arwah Kirana. Dia pernah membawa anaknya ke hospital sakit jiwa untuk mengetahui sama ada anaknya itu mengalami masalah kewarasan. Doctor mengatakan anaknya itu mengalami tekanan perasaan akibat suatu masalah yang mungkin memberi tamparan hebat kepada anaknya. Dia pasti dengan jawapan doctor itu kerana hanya mereka sekeluarga saja tahu apa yang terjadi.
            Datin Sri Fatimah menuju ke bilik anaknya untuk melihat keadaan anak lelakinya itu. pintu bilik anaknya yang berkunci dibuka menggunakan kunci pendua. Pintu bilik anaknya dibuka. Dia merenung sayu bilik itu yang tunggang langgang. Kaca bersepah di merata tempat. Malah handphone juga turut dibalingnya. Rafiq yang sedang tertidur di pandangnya. Dia mengutip serpihan kaca di bilik anaknya itu lalu dimasukkan ke dalam bakul plastic kosong. Kemudian dia mengutip pula cebisan gambar arwah kirana. Datin Sri Fatimah terkejut. Dia tahu itu pasti cebisan gambar arwah Kirana. Dia tidak menyangka anaknya sanggup mengoyakkan gambar wanita yang dicintainya.
            “ Ibu buat apa dalam bilik Rafiq?” tegur satu suara. Datin Sri Fatimah terkejut lalu segera dia beristighfar. Pertanyaannya anaknya tidak dijawab. Anaknya yang sedang duduk diatas katil dipandang. Dia nampak dengan jelas Rafiq kebingungan melihat biliknya. Begitulah anaknya, selepas sedar sahaja dari tidur, dia berubah menjadi lain. Dia lupa apa yang menyebabkan keadaan biliknya itu menjadi teruk.
            Rafiq melihat keadaan biliknya dengan kebingungan. Barang-barangnya bersepah sana sini. Matanya tertangkap pula pada cebisan gambar yang sedang dikutip oleh ibunya. Dia pantas bangun dari katil dan berjalan laju menuju ke ibunya. Dia terkejut! Hatinya berasa sebak melihat gambar wanita yang disayanginya sudah koyak menjadi cebisan kecil. Siapa yang buat semua ini? hatinya tertanya-tanya. Langsung tidak menyedari dirinya itu lah penyebab semuanya.
            Cebisan kecil yang berada di tangan ibunya diambil. Datin Sri Fatimah hanya memandang saja. Air mata yang ingin menitis ditahan sebaik mungkin. Rafiq terduduk sedih. Cebisan kecil itu dibawa ke katil dan cuba dicantumkan semula. Datin Sri Fatimah tidak dapat menahan air matanya lagi melihat anaknya itu.
            “ Ibu, siapa yang buat semua ini, ibu?” tanya Rafiq dengan sebak. Sampai hati mereka mengoyakkan gambar kekasih hatinya itu. Datin Sri Fatimah bangun bersama bakul plastic itu dan berlalu keluar dari bilik anaknya. Dia tidak sanggup melihat semua ini. dia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya. Dia melangkah lemah menuju ke dapur dengan esak tangisnya yang pilu. Pilu melihat seorang anak yang disayanginya menjadi sebegitu. Tanpa sedar, ada mata yang melihat semua itu dengan hati yang penuh perasaan bersalah.

sincerely,
hanisahazlan

Saturday 25 August 2012

BERIKANKU PELUANG HAPUSKAN SEDIHMU BAB 2 & 3

ASSALAMUALAIKUM..... niesa nak sambung cerita niesa ni... ekekeeke.... kali ni niesa post sekali dengan bab 3.... tapi jangn ambek kesah lh yek... bab 2 tu lebih panjang dr bab 3... hehehe.... ape2 pon.... jom bce.... >_<


BAB 2
RAFIQ memandu kereta Audi RX8 menuju ke rumah banglo keluarganya. Sun glasses dipakainya ketika memandu. Tanpa memakai cermin mata itu, dia hilang tumpuan dalam pemanduan akibat panahan cahaya matahari. Tali leher yang sejak tadi terikat kemas dirungkaikan. Rasa rimas walaupun aircond sudah terpasang. Lampu trafiq di hadapannya sudah mula bertukar berwarna merah. Rafiq mengeluh halus apabila keretanya tidak sempat mendahului lampu merah itu. kepalanya dipalingkan ke kanan apabila ada sebuah kereta Myvi berwarna merah jambu berhenti disebelahnya. wow, pink colour! Getus hatinya. Namun, perhatiannya bukan seratus peratus pada kereta itu. matanya turut memandang pemandu kereta itu. Orangnya cantik, seksi dan segalanya memang perfect pada matanya. Pemandu kereta itu memandang kearahnya. Namun, beberapa saat kemudian, dia memandang kehadapan semula. Rafiq tersenyum simpul. Matanya tetap focus pada kereta itu. Tiba-tiba si gadis itu memandang kearahnya tanpa berkelip. Rafiq turut memandang gadis itu dan memberikan senyuman seguni gula kearah gadis itu.
Gadis itu melambaikan tangan kearahnya. Rafiq turut membalas kemudian dia meneruskan pemanduan setelah lampu bertukar warna. Itu lah reaksi gadis-gadis di luar sana apabila memandangnya. Dia sudah biasa dengan reaksi semua itu. Dengan wajah yang dibekalkan tampan serta maskulin, memang ramai yang tertarik. Apatah lagi apabila dia tersenyum. Gigi taringnya pasti kelihatan dan manis sekali.
            Rafiq memandu keretanya memasuki garaj kereta. Keretanya diparkir bersebelahan kereta BMW M5 milik ibunya. Sun glasses dicabut dan di letak di seat belakang. Briefcasenya dibawa keluar dari kereta lalu menuju ke pintu rumah banglo.
            “ Rafiq,” panggil seseorang. Rafiq yang sedang menutup pintu rumah memandang kearah ibunya yang sedang duduk membaca majalah di ruang tamu. Rafiq berjalan menuju kearah ibunya dan tangan ibunya dicium penuh sopan. Rambut ikalnya diusap lembut oleh ibunya sebelum ibunya mengucup lembut kepalanya. Rafiq tersenyum bahagia. Dia senang dimanjakan begitu. “ Awalnya Rafiq balik hari ni,”ujar Datin Sri Fatimah. Rafiq tersenyum manis sebelum melabuhkan duduk disebelah ibunya. hari ni dia balik awal kerana ingin makan tengahari bersama ibunya yang keseorangan kerana ayahnya sekarang berada di luar Negara menguruskan perniagaannya di sana. Meskipun ada abangnya, dia tidak yakin abangnya akan pulang awal kerana tugas abangnya sebagai seorang guru tidak menentu masanya.
            “ Rafiq saja balik awal nak makan tengahari dengan ibu. Ibu dah makan ke belum ni?” tanya Rafiq manja. Bahu ibunya dipeluk lembut dan kepalanya disandarkan ke bahu ibunya.
            “ Ibu belum makan lagi. Perut ibu ni rasa macam penuh je lagi.lepas makan tengahari ni, kamu terus pergi pejabatlah ni?” tanya Datin Sri Fatimah. Rafiq mengangguk mengiyakan kata ibunya. pukul dua petang nanti dia ada mesyuarat dengan ahli lembaga syarikatnya itu. Semalam dia sudah merancang untuk menghabiskan masanya di rumah namun apabila tiba saja di pejabatnya, setiausahanya memberitahu bahawa petang nanti ada mesyuarat.
            “ Ibu, Rafiq naik atas dululah. Nak mandi lepas tu makan.” Ibunya tersenyum mendengar kata-kata Rafiq. Inilah anak lelakinya yang paling dia sayang sehinggakan suaminya mngatakan bahwa dia pilih kasih. Dia bukan pilih kasih, tapi kadangkala kasihnya tertumpah lebih kepada Rafiq berbanding abangnya kerana anaknya itu sering kali menghabiskan masa bersamanya. Jadi,tidak hairanlah jika Rafiq menjadi anak emasnya.
            Rafiq memasuki biliknya yang luas dan dinding yang berwarna cream. Perabot didalamnya tidaklah terlalu banyak kerana Rafiq ini jenis orang yang tidak suka keadaan yang serabut. Baginya, jika bilik ini penuh dengan pelbagai perabot, kepalanya boleh serabut apabila pulang dari kerja.
            Rafiq membuka butang bajunya dihadapan meja solek. Satu persatu butang baju dihuraikan sambil matanya memandang kearah imej mukanya di cermin. Rafiq memandang wajahnya teliti. Dia mempunyai wajah yang sempurna dan ramai gadis cantik mendampinginya tetapi kenapa tiada seorang pun yang mendapat tempat di hatinya? Kenapa mesti si dia yang telah lama meninggalkan cintanya? Walaupun dikhianati, si gadis itu tetap berada di dalam hatinya. Si gadis itu tega meninggalkannya untuk bersama dengan abangnya sendiri. Masih terdengar lagi kata cinta gadis itu kepada abangnya. Kepedihan itu hanya dia seorang saja yang tagung. Tapi akhirnya, dia dan abangnya sama-sama menanggung perasaan sakit itu apabila Kirana pergi meninggalkan mereka selama-lamanya setelah melahirkan anak abangnya.
Dia memandang kearah penjuru cermin itu. Di situ, terlekatnya gambar seorang wanita yang sekian lama bertakhta di hatinya. Rafiq berjalan kearah cermin itu dengan tangannya memegang baju kemeja biru berjalur putih yang baru dilucutkan dari tubuhnya. Gambar wanita itu ditanggalkan dari cermin dan dipandang sayu. Dia mengeluh. Semenjak, perkara dua tahun lepas berlaku, dia sudah kerap sekali mengeluh. Mengeluh bukan atas desakan kerja tetapi atas desakan hati yang sentiasa merindu dan mencintai gadis itu.
            Kirana… panggil hatinya. Matanya tidak lepas menatap wajah cantik di gambar itu. Rafiq rindu Kirana. Rindu sangat. Maafkan Rafiq kerana terus-terusan menyimpan perasaan ini sedangkan Rafiq dah berjanji dengan Kirana untuk cuba buang perasaan ini. Tapi Rafiq tak boleh. Dah dua tahun berlalu, tapi rasa sayang ini masih kekal dihati ini. Hatinya berkata-kata. Masa dua tahun adalah masa yang cukup panjang untuk melupakan gadis itu tapi tetap tidak boleh. Dia sudah berjanji pada diri sendiri. Jika dia menemui seorang wanita yang layak menjadi pendampingnya, cinta itu akan diusir jauh dari hatinya. Dan yang tinggal hanya kenangan saja. Gambar itu dilekatkan semula pada penjuru cermin itu. 
           
            Safrina duduk di meja guru yang disediakan di dalam kelas pelajar tingkatan tiga. Dia mengajar subjek Sejarah manakala subjek Fizik diajarnya di kelas pelajar tingkatan lima. Hanya sebuah saja kelas yang diajarnya bagi tingkatan lima dan tingkatan tiga. Tingkatan satu pula ada dua kelas yang perlu diajar subjek Matematik. Safrina memerhatikan pelajarnya yang sedang mencatat nota di papan putih itu. Jarinya runcingnya dipatahkan. Sudah tiga kelas dia masuk. Setiap kelas yang dimasuki pasti dia akan mengenalkan dirinya dulu. Kali ini, baru dia sedar betapa besarnya dugaan seorang guru. Jika murid tidak memahami apa yang diajar, guru bertanggungjawab untuk memahamkannya. Tapi, dia rasa lapang dada apabila melihat pelajarnya yang mengangkat tangan apabila tidak faham. Sekurang-kurangnya mereka ada sikap berusaha untuk memahami apa yang diajar.
            Tiba-tiba dia teringatkan tentang peremuannya dengan Hakim pagi tadi. Ya Tuhan. Hanya Tuhan saja tahu betapa debarnya dada ini apabila lelaki yang ketika dahulu mendapat tempat di hatinya berada di depan mata. Fikirannya melayang mengingati kejadian pagi tadi.
            Safrina terkaku dihadapan Hakim. Begitu juga Hakim. Dia tidak menyangka dia bakal menemui adik angkatnya di sekolah yang sama. Ketika di maktab dulu, mereka rapat bagaikan sepasang kekasih. Tetapi bagi Hakim mereka tidak lebih sebagai seorang adik dan abang. Namun bagi Safrina, dia gembira mereka digelar sebagai sepasang kekasih. Kerana sudah lama di mengimpikan semua itu. Namun, Hakim langsung tidak mengendahkan perasaannya meskipun pelbagai petunjuk sudah diberikan.
            “ Hakim, Cik Safrina,” tegur cikgu Amran apabila mlihat mereka terkaku dihadapan masing-masing. Pelik dia melihat mereka berdua. Cara mereka seperti kenal antara satu sama lain.Hakim dan Safrina sedar dari lamunan masing-masing. Mereka terus memandang sekeliling mereka. Ada diantara guru-guru yang berbisik-bisik diantara mereka. Hakim yang mula berasa kurang senang dengan suasana itu segera meminta diri. Safrina pula terkulat-kulat djhdapan guru-guru itu. Namun sedikit sebanyak hatinya mula lega apabila ada guru-guru yang menegurnya dan diajak berbual. Hakim yang sedang duduk di mejanya dikerling. Tidak puas menatap wajah itu.wajah itu makin kacak dimatanya. Namun segera dia mengingatkan dirinya bahawa lelaki itu sudah berkahwin dan mungkin mempunyai anak. Ah! Hakikat yang memeritkan.
            Safrina terhenti dari lamunannya. Dia memandang kearah luar kelas. Koridor yang selalunya menjadi tempat pelajar lalu lalang mulai kosong. Pandangan kosong dilemparkan kearah koridor. Matanya terlihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya yang sedang berjalan di koridor itu. Safrina yakin, lelaki itu pasti akan melintasi kelasnya. Dadanya berdebar. Dari dulu hingga sekarang debaran itu tidak pernah sekata nadanya. Buku teks diatas meja dicapai dan wajahnya ditutup dengan buku teks. Dia tidak ingin lelaki itu melihat dirinya di dalam kelas ini. Dia mengintip lelaki itu disebalik buku teks itu. Dan benar sangkaannya, lelaki itu melintasi kelasnya. Namun apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu berhenti di hadapan kelasnya. Wajahnya ditutup sepenuhnya dengan buku teks. Apabila lelaki itu memberi salam dia buat pekak! Haih, gagal betul kau jadi cikgu Ina!
            “ Cikgu Safrina, Cikgu Hakim ada dekat luar kelas,” tegur ketua kelas itu. Hah kau! Amek kau! Kan dah kena tegur. Buku teks diturunkan dari wajahnya dan dia memandang kearah Hakim. Mata Hakim membulat melihat gerangan guru perempuan itu. Namun, dia tersenyum manis pada Safrina. Makin tak sekata tempo jantung Safrina. Safrina berdiri di tempatnya. Langsung tidak beranjak untuk ke luar kelas. Dia berdiri bersebelahan kerusinya.
            “ Cikgu Hakim ada apa datang kelas ni?” tanya Safrina sambil tersenyum. Sedaya upaya menghilangkan rasa debar di hati. Hakim melihat waktu pada jam tangannya. Dia menunjukkan jam tangannya kepada Safrina. Gadis itu mengerutkan dahinya. Apahal mamat ni tunjuk jam dekat aku? Mentang-mentang pakai jam jenama Rolex, aku kisah sangat lah tu! Kutuknya. Namun Hakim masih lagi menunjukkan jamnya. Makin kerap jam tangannya ditunjuk, makin bertambah kerutan di dahi Safrina.
            Hakim menunjukkan jam tangannya kepada Safrina. Dia bukan ingin menunjuk tapi sebgai tanda bahawa masa bagi Safrina untuk kelas ini sudah tamat. Sudah tiba gilirannya untuk mengajar pula. Namun Safrina seperti tidak faham apa yang diperkatakn. Selalunya apabila dia berbuat begitu kepada guru-guru lain, cepat saja mereka faham tapi lain pula bagi Safrina. Kim, sedarlah sikit dia tu cikgu baru. mana dia tahu ‘tagline’ kau dengan cikgu-cikgu lain!
            “ Cikgu Safrina, cuba cikgu tengok jam sekarang dah pukul berapa?” tanya Hakim. Terselit sedikit nada sinis pada ayatnya. Safrina hanya menurut saja. Dia mengeluarkan cellphone nya untuk melihat waktu sekarang. Mata Safrina membulat. Alamak! Sekarang ni masa aku dah habis! Tapi kenapa aku tak dengar bunyi loceng? Safrina cuba menormalkan balik wajahnya. Dia cuba melindungkan perasaan malunya di hadapan Hakim. Hakim hanya berpeluk tubuh di hadapan kelas itu sambil merenung Safrina.
            “ Sekarang ni pukul sebelas lima puluh lima minit pagi. Kenapa cikgu Hakim tanya? Takkan lah jam punya canggih macam tu tak digunakan kot,” balas Safrina bersahaja. Sebenarnya dia ingin melindung perasaan malunya itu. Dia tahu masanya sudah tamat namun dia tidak mahu terkantoi begitu saja. Entah kenapa dengan dirinya ini. Pagi-pagi buat hal!
            “ Ya, saya tahu pukul berapa sekarang. Tapi cikgu Safrina sedar tak sekarang ni masa saya pula?” balas Hakim. Dia tahu gadis itu sengaja berpura-pura tidak tahu atau tidak faham.
            Safrina terkulat-kulat apabila Hakim berkata begitu. Dia cuba memaniskan wajahnya dan wajah pelajarnya yang sedang memandangnya dipandang. “ Oh really? Tapi kenapa saya tak dengar bunyi loceng? Awak semua dengar tak bunyi loceng?” tanya Safrina kepada pelajarnya. Hakim tergelak kecil melihat kelakuan gadis itu. Kalut! Kutuknya.
             Pelajarnya menggeleng menandakan mereka tidak mendengar bunyi loceng. Safrina tersenyum. Gembira rasanya apabila melihat pelajarnya seperti mem’back up’ nya. Padahal mereka hanya memberitahu yang benar saja.
            “ Benar,loceng tidak berbunyi kerana loceng mengalami kerosakan. Tetapi, sebagai seorang guru mesti lah peka, cikgu Safrina.” Safrina menundukkan wajahnya. Rasa malu pula. Baru saja dia mengajar di sini dah kena tegur. Safrina memandang pelajarnya. Ada pelajarnya yang sedang tersenyum-senyum. Huh! Bengangnya aku!
            Beg tanganya diatas meja dicapai. Dia berdiri di hadapan murid-murid semua dan ketua kelas memberi arahan untuk berdiri kepada semua pelajar. Kemudian, Safrina keluar dari kelas menuju ke tempat di mana Hakim berdiri. Dia berhenti sejenak di hadapan Hakim kemudian berlalu pergi.
            “ Ina, abang minta maaf kalau Ina berkecil hati tadi,” ujar Hakim perlahan seakan bercakap dengan dirinya. Namun, kata-kata itu sudah cukup untuk didengari Safrina. Safrina menghentikan langkahnya. Dia terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Dia memusingkan badannya menghadap ke tempat Hakim namun Hakim sudah masuk ke dalam kelas. Abang? Safrina menelan air liurnya. Dia dengar dengan jelas apa yang dikatakan lelaki itu. Hatinya berbunga-bunga. Ina, kau kena ingat dia tu suami orang dan dia Cuma anggap kau tak lebih sebagai seorang adik. Hatinya berkata-kata dan bunga-bunga mekar di hatinya seakan layu. Ya, dia kena ingat perkara yang satu itu. Dia tidak ingin menjadi pemusnah kepada sebuah hubungan suami dan isteri.
            Safrina mengemas meja kerjanya.buku-buku pelajarnya disusun dan diletakkan di satu sudut meja.  Dia duduk kembali di kerusinya ingin menghilangkan penat menjadi seorang guru. Namun, penat atau tidak, tanggungjawab ini tetap menjadi pilihannya dari kecil lagi sehingga lah dia memasuki maktab perguruan. “ Safrina, tak balik lagi ke?” tegur Cikgu Nazirah. Safrina menarik nafas sedalam-dalamnya. Gayanya diperhatikan Cikgu Nazirah. Nampak seperti penat sangat gadis itu pada matanya.
            “ Belum balik lagi, Kak Irah. Saya tanda dulu buku-buku budak ni. Takut kalau bawa balik rumah tak tertanda pula,” balas Safrina sambil tersengih malu. Nazirah hanya tersenyum mendengar kata-kata Safrina. Suka dia melihat Safrina. Perwatakan gadis itu membuatkannya cepat di senangi. Pada pandangannya, gadis itu periang orangnya. Jarak umur mereka hanya beza dua tahun saja membuatkan mereka tidak kekok berbual.
            “ Jangan balik lewat sangat. Dah pukul dua setengah petang ni. Sekolah ni pun dah kosong. Tinggal kamu dengan kak Irah je ni.” Safrina hanya senyap saja membiarkan Nazirah ‘membebelnya’. Nazirah berjalan ke koridor bangunan empat tingkat itu. Safrina dan Nazirah berada di bilik guru tingkat dua. Bangunan ini menghadap kearah pintu pagar utama. Dari tingkat dua itu, Nazirah terlihat sebuah kereta Honda Accord berada di hadapan pintu pagar itu. Dari bangunan itu, dia ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu kereta itu sambil berbual kosong dengan pengawal keselamatan sekolah itu. Siapa lelaki itu? Tak pernah nampak pun. Hati Nazirah tertanya-tanya.
            “ Ina,” panggil Nazirah sambil berjalan masuk ke dalam bilik guru. Safrina yang sudah bersiap sedia untuk pulang mengalihkan pandangan kepada Nazirah. Dia berjalan mendekati Nazirah.
            “ Ina, cuba Ina tengok dekat luar sana. Ina kenal tak lelaki itu?” tanya Nazirah sambil jarinya menunjuk kearah luar sekolah itu. Dahi Safrina berkerut memrhatikan lelaki yang sedang berbual dengan pengawal sekolah itu. Wajah lelaki itu diamati. Eh, lelaki tu macam… Abang Ajiq?! Safrina memandang Nazirah. “ Kak Irah, Ina kenal lelaki tu. Dia sekampung dengan Ina,” balas Safrina sambil memerhatikan lagi Haziq. Tapi Safrina pelik, apa lelaki itu buat di sini?
            “ Oh, orang kampung Ina rupanya. Apa dia buat dekat sini?” tanya Nazirah sambil memandang Haziq juga. Dia tertarik untuk melihat lelaki berkulit cerah itu. Amboi, Irah! Suami ada dekat rumah nak jeling orang lain lagi tu. “ Ina pun tak tau apa dia buat dekat sini. Marilah kak kita turun,” ajak Safrina kepada Nazirah. Nazirah menganguk sebelum menyuruh Safrina menunggunya sebentar untuk mengunci bilik guru itu.

            Haziq berbual dengan pengawal keselamatan sekolah tiu, Pak Kasim, mengenai kesihatan anak lelaki tua itu. Dua hari lepas, Pak Kasim telah menghantar anak lelakinya itu ke kliniknya. Anaknya itu mengalami demam biasa. Sebenarnya, dia datang sini ada hajatnya. Dia datang sini ingin menjemput Safrina pulang dari sekolah. Walaupun gadis itu sudah memberitahunya bahawa dia boleh menaiki teksi, tapi hatinya tetap berdegil ingin menjemput gadis itu pulang. Sudah satu jam lebih dia berbual dengan pengawal keselamatan itu. Namun, bayang Safrina tidak kelihatan. Mungkin dia sudah pulang agaknya. Hatinya berkata-kata. Ada sedikit perasaan kecewa.
            “ Haziq, pakcik sebenarnya nak tanya kamu ni. Dari tadi pakcik nampak kamu dekat sekolah ni. Kamu tunggu seseorang ke?” tanya Pak Kasim sambil menghisap rokoknya. Haziq tersengih. “Sebenarnya memang tunggu seseorang. Tapi dah balik agaknya ‘dia’ tu. Tapi tak mengapalah, boleh berbual-bual dengan Pak Kasim. Boleh tau-tau sikit pasal kesihatan anak Pak Kasim tu,” kata Haziq tanpa memeberitahu siapa orangnya. Dia tidak mahu Pak Kasim mengetahui siapa orangnya. Pak Kasim tersenyum senang mendengar kata-kata Haziq. Baik sungguh hati doctor muda ni. Getus hatinya. “ Oh begitu. Terima kasihlah ambil berat pasal anak Pak Kasim,” balas Pak Kasim. Haziq hanya tersenyum sambil matanya memandang sekeliling. Manalah tahu orang yang dicarinya msih belum pulang.
            Safrina berjalan menuju kearah Haziq dan pengawal keselamatan itu. Nazirah sudah pulang dengan membonceng motosikalnya. Memandangkan kereta Honda Accord milik lelaki itu telah menghalang jalan keluar kerana keretanya diberhentikan betul-betul berhadapan pintu pagar utama itu,  dia keluar dari sekolah itu menggunakan pintu pagar kedua yang masih belum dikunci pengawal keselamatan itu.
            “ Abang Ajiq,” panggil Safrina yang sudah tiba di pintu pagar utama itu. Haziq menghentikan perbualannya begitu juga pengawal keselamatan itu. Jelas kelihatan wajah Haziq seperti terkejut. Sangkanya gadis itu sudah pulang. Hatinya berbunga ceria. Wajah yang nyata terkejut berganti dengan senyuman manis. Safrina turut membalas.
            “ Haziq, pakcik masuk pondok pengwal dahulu lah, ya,” kata pengawal keselamatan itu. Haziq menganggukan kepalanya seakan mengizinkan pengawal keselamatan itu pergi. Safrina memandang haziq yang sedang bersandar di keretanya. Safrina berdiri di sebelah Haziq. “ Abang Ajiq buat apa dekat sini? Tunggu Siti ke?” tanya Safrina. Mustahil Haziq tunggu adiknya, Siti kerana pukul satu petang tadi sekolah ini mula kosong dengan pelajar yang tinggal hanya guru-guru.
            Haziq hanya tersenyum. Wajah gadis dihadapannya itu direnung dalam sehingga embuatkan gadis itu menundukkan pandangannya. Comel! “ Abang bukan tunggu Siti,” kata Haziq dengan wajahnya yang selamba. Dahi Safrina semakin berkerut. Kalau bukan tunggu Siti, tunggu siapa Abang Ajiq ni? Hatinya tertanya-tanya. “ Habistu abang tunggu siapa?” tanya Safrina tanpa memandang wajah Haziq. Perasaan malu masih menebal dalam dirinya apabila direnung sebegitu.
            “ Abang tunggu seorang wanita bernama Safrina Sumayyah.” Kenyataan Haziq membuatkan Safrina terus mendongakkan kepalanya memandang Haziq. Haziq hanya tersenyum kecil sebelum berlalu ke pintu sebelah pemanduan. Pintu itu dibuka dan tangannya mempersilakan Safrina masuk. Safrina yang masih terkejut teragak-agak untuk masuk ke dalam kereta itu. Haziq yang melihat Safrina yang teragak-agak untuk masuk memanggil namanya dan disuruh gadis itu masuk. Tetapi, safrina tetap tidak masuk.
            “ Abang Ajiq nak bawa Ina ke mana?” tanya Safrina lurus. Haziq tergelak kecil mendengar pertanyaan itu. Pintu kereta itu dibiarkan terbuka. “ Abang nak culik Ina,” kata Haziq sambil tergelak kecil. Safrina memasamkan mukanya. “ Mestilah abang nak hantar Ina balik,” kata Haziq lagi. Safrina masih tidak berganjak. “ Ina kan dah cakap yang Ina boleh naik teksi. Tak payah lah abang susahkan diri abang,” kata Safrina lembut. Haziq masih dengan senyuman di bibir. “ Tak payah naik teksi. Hari ni biar abang yang jadi pemandu teksi Ina,” balas Haziq bersahaja. Akhirnya, pintu kereta yang terbuka sejak tadi tertutup apabila Safrina masuk ke dalamnya. Haziq tersenyum lebar.
            Suasana di dalam kereta sunyi tanpa suara Haziq dan Safria yang kedengaran hanyalah suara DJ radio. Haziq menjeling Safrina yang dari tadi senyap. Dia tidak betah duduk dalam keadaan senyap macam ni. “ Ina, esok biar abang hantar Ina ke sekolah,” kata Haziq bagi memecahkan kesunyian di antara mereka. Safrina yang sejak tadi menghadap tingkap kereta memandang Haziq. Kenyataan lelaki itu mengejutkannya.
            “ Abang Ajiq, tak payah lah susah. lagi pun Ina ada kaki boleh berjalan kaki pergi sekolah.” Haziq tersentak mendengar kata-kata Safrina. Jalan kaki? Tidak tahukah gadis itu, jarak kampung mereka untuk sekolah itu ialah lima kilometer. Jauh! Haziq memandang tidak percaya kepada Safrina.
          “ Ina, jauh tu jalan kaki nak ke sekolah. Larat ke Ina nak jalan kaki?” tanya Haziq. Safrina hanya tersenyum. Larat? Dia pun tidak pasti adakah dia larat atau tidak. Namun untuk menerima bantuan lelaki itu terasa malu pula.
            “ Err, mestilah larat. Bukan jauh sangat pun sekolah tu,” balas Safrina perlahan. Kali ini tiada balasan dari Haziq. Safrina menjeling kearah Haziq yang sedang tenang memandu. Dia marahkan aku ke? Hatinya tertanya-tanya. Akhirnya mereka berdua diam saja hinggalah tiba di rumah Safrina. Safrina mengucapkan terima kasih namun tiada balasan daripada Haziq. Safrina sedih melihat Haziq begitu.kenapa dia sedih? Dia pun tidak tahu. Yang pasti dia kecewa melihat reaksi dingin lelaki itu. Safrina hanya memandang saja kereta Haziq yang dipandu keluar dari kawasan rumahnya. Abang Ajiq, janganlah marah……



BAB 3
Hakim memandu masuk keretanya ke perkarangan rumah banglo mewahnya itu. Kereta Proton Inspira diparkirnya di garaj kereta bersebelahan kereta ibunya. dia keluar dari kereta dan barang-barang yang dibelinya dikeluarkan dari seat belakang. Barang permainan untuk anaknya dan barang dapur yang dipesan ibunya dijinjing sambil berjalan kearah pintu rumah. Baru saja dia ingin masuk ke rumah, bunyi hon kereta kedengaran. Hakim memandang kearah kereta Audi RX8 adik lelakinya yang sedang brhenti di belakang keretanya. Apahal pula budak ni? Petang-petang dah cari pasal. Getus hatinya.
            Rafiq keluar dari kereta sambil merenung Hakim. Keretanya sengaja diberhentikan di belakang kereta abangnya itu. “ Kim, apa ni, bro? apa pasal kau parkir kan kereta kau dekat garaj ni?” tanya Rafiq sambil menendang tayar kereta abangnya. Dia sengaja berbuat begitu. Dia sedar perbuatannya itu sengaja menaikkan kemarahan abangnya itu. Tapi memang itu yang dia inginkan.
            Hakim menghela nafas halus. Apa lagi yang budak ni nak cari pasal dengan aku? Hatinya membentak geram. Pintu rumah yang terbuka di tutup balik. Dia tidak mahu mamanya melihat dia dan adiknya itu bertengkar nanti. Barang-barang yang dibeli diletak atas lantai lalu menuju kearah adiknya yang masih asyik menendang tayar keretanya itu.
            “ Kau apahal Fiq? Kau tak nampak ke dekat rumah ni ada dua garaj. Kau letaklah kereta kau dekat garaj yang lagi satu. Itu pun aku nak kena ajar ke?!” tempelak Hakim. Geram dia melihat perangai adiknya yang suka sangat mencari pasal dengannya. Tidak sudah-sudah perasaan sakit hati adiknya itu kepada dia. Yang lepas tu biarlah lepas. Dia juga turut menderita dengan apa yang terjadi dua tahun lepas. Bukan adiknya seorang saja.
            “ Masalahnya Kim, tempat yang kau parking kan kereta kau ni, tempat biasa aku. Kau tak nampak ke selama ni garaj yang ni jadi tempat ‘rasmi’ aku letak kereta?!” balas Rafiq. Wajah tenang abangnya menaikkan lagi amarahnya. Entah apa yang membuatkan arwah Kirana terpikat dengan abangnya padahal dia lebih bagus dari abangnya. Jika dibandingkan rupanya dengan abangnya, memang sah-sah dia lebih kacak! Tapi, Rafiq tidak sedar, arwah Kirana terpikat dengan abangnya berdasarkan sikap abangnya yang berhemah tinggi dan sentiasa bertolak ansur dengan arwah Kirana. Jadi tidak hairanlah arwah Kirana jatuh hati kepada abangnya dan meninggalkan dirinya. Jika Rafiq, sikapitu sukar sekali ada pada dirinya. Sering kali arwah Kirana mengalah dengannya dalam apa-apa jua hal.
            Hakim mengepal penumbuk. Nasib baik dia mengenangkan ini adiknya. Kalau tidak sudah pecah bibir itu makan penumbuknya. Dia bukan sengaja meletakkan keretanya di garaj itu. Tidak sangka pula garaj kereta juga boleh manjadi persengketaan mereka. “ Aku bukan sengajalah nak letak kereta dekat situ. Kau pergilah letak kereta kau dekat garaj sana. Itu pun kau tak puas hati,” balas Hakim dengan nada suara yang tertahan-tahan. Ikutkan hatinya ingin saja dia menengking kuat adiknya di situ.
            “ Memang aku tak puas hati! Dari dulu lagi aku tak puas hati dengan kau! Aku pun tak tahulah apa yang Kirana pandang sangat dekat kau! Padahal aku beribu kali bagus daripada kau. Aku lebih sempurna daripada kau. Kalau Kirana tak kahwin dengan kau, dia akan hidup dan dia pun jadi milik aku! Dan keadaan sekarang pasti tak akan berlaku kalau kau tak cuba nak rampas dia dari aku! Kau memang bangsat! Lelaki tak guna dalam dunia ni!” jerit Rafiq kearah abangnya. Melepaskan segala perasaan tidak puas hati kepada abangnya.
Pang! Rafiq jatuh tersembam ke lantai. Pipinya perit akibat ditampar. Darah merah mengalir di tepi bibirnya. Pipinya yang perit digosok perlahan. Dia mengangkat pandangan dan matanya bertembung dengan mata seseorang. Jelas sekali mata lelaki yang menamparnya itu bersinar garang. Rafiq terkaku. Tak menyangka persengketaan mereka didengari seseorang dan yang lebih mengejutkan, orang yang menamparnya ini adalah orang yang sangat dihormatinya.
Tan Sri Saifudin merenung garang anak lelakinya itu. Tangannya yang perit akibat menampar anak lelakinya itu digosok perlahan. Dia baru saja balik dari luar negari dan berehat di dalam bilik. Namun bunyi bising di luar rumah membuatkan dia terganggu. Keluar saja dari rumah, dia melihat Rafiq sedang mencemuh abangnya. Tidak sangka anak lelakinya itu semakin lama semakin biadab tingkah laku dan tutur bicaranya.
“ Jaga mulut tu, Muhammad Rafiq Kaifyl! Papa tak tahu apa kena dengan kamu ni sampai dengan abang sendiri pun mulut jadi biadab macam ni! Kamu kena terima hakikat tu Fiq! Perkara tu semua dah lepas! Dah tiada apa boleh diubah. Papa kecewa tengok kamu macam ni! Perangai kamu tu buat papa rasa gagal dalam didik anak! Tak boleh ke kamu buang sikap ego dan panas baran kamu tu?! Tak boleh ke? Sekali lagi kamu bersikap macam ni, papa tak akan teragak-agak untuk ambil balik jawatan yang papa berikan. Jangan cabar kesabaran ayah,” ujar Tan Sri Saifudin sebelum berlalu meninggalkan Rafiq di luar rumah. Hakim hanya diam sahaja. Dia memandang adiknya. Adiknya masih lagi terduduk diatas lantai rumah itu. Tak sangka tangan papanya yang sampai dulu ke pipi adiknya. Sepatutnya penumbuknya yang menyinggahi pipi itu. Mungkin ada hikmahnya semua ini. Jika ayahnya tidak masuk campur, mungkin sekarang dia sedang bertumbuk dengan adiknya. Hakim mengeluh halus. Penuh sungguh dugaan baginya
Rafiq hanya terduduk diatas lantai dengan merenung kosong lantai luar rumah itu. Tangannya masih lagi mengusap pipinya. Kata-kata ayahnya bagai kedengaran di telinganya. Kata-kata ayahnya langsung tidak memberi kesan kepada dirinya. Langsung tidak memberi kesedaran kepada dirinya. Baginya, apa yang dilakukannya tadi tidak patut ditegur kerana mereka bukan ada di tempatnya.
Rafiq terpana melihat ada seseorang menghulurkan tangan kepadanya untuk bangkit berdiri. Dia mendongakkan kepala dan melihat gerangan orang itu. Hakim tersenyum pahit kearahnya sambil menghulurkan tangan kepadanya agar berdiri. Namun, dia langsung tidak menyambut huluran itu. Dia terlihat senyuman yang terukir di bibir abangnya. Amarahnya meluap naik. Senyuman itu bagaikan sindiran kepadanya.
“ Aku tak perlukan abang macam kau untuk bantu aku,” kata Rafiq sambil merenung tajam abangnya. Wajah Hakim berubah mendengar kata-kata adiknya. Dia ingin membantu namun kata-kata itu yang diterimanya. Tangannya ditolak kasar oleh Rafiq. Dia memandang adiknya yang bangkit berdiri di hadapannya. Rafiq merenung tajam abangnya sebelum masuk ke dalam rumah. Hakim meraup kasar wajahnya. Berserabut kepalanya dengan sikap adiknya itu. Ya Allah, hebatnya dugaan Mu ini. Hatinya merintih….

Thursday 23 August 2012

SIMBOL DAJJAL DAN SIMBOL 666 DALAM SIRI MANGA NARUTO

mungkin apa yang dipost niesa ini di dalam bhse indonesia kerana niesa hanya copy and paste.... tapi niesa harap, ada yg sudi membacanya.. biarlah kita tidak hanyut lagi dalam penipuan orang kafir dan musuh-musuh Islam sekarang...

Sekilas tentang manga Naruto

Naruto adalah manga dan anime karya Masashi Kishimoto. Manga Naruto bercerita seputar kehidupan tokoh utamanya, Naruto Uzumaki, seorang ninja remaja yang berisik, interaktif, dan ambisius; dan petualangannya dalam mewujudkan keinginan untuk mendapatkan gelar Hokage, ninja terkuat di desanya.
Manga Naruto pertama kali diterbitkan di Jepang oleh Shueisha pada tahun 1999 dalam edisi ke 43 majalah Shonen Jump. Di Indonesia, manga ini diterbitkan oleh Elex Media Komputindo. Popularitas dan panjang seri Naruto sendiri (terutama di Jepang) menyaingi Dragon Ball karya Akira Toriyama, sedangkan serial anime Naruto, diproduksi oleh Studio Pierrot dan Aniplex, disiarkan secara perdana di Jepang oleh jaringan TV Tokyo dan juga oleh jaringan televisi satelit khusus anime, Animax, pada 3 Oktober 2002 sampai sekarang. Seri pertama terdiri atas 9 musim. Musim pertama dari seri kedua mulai ditayangkan pada tanggal 15 Februari 2007.

Tentang Masashi Kishimoto, pencipta manga Naruto

Masashi Kishimoto (lahir di Prefektur Okayama, Jepang, 8 November 1974; umur 36 tahun) adalah seorang mangaka Jepang. Masashi Kishimoto mulai mengembangkan bakatnya akan menggambar semenjak usia SD. Masashi Kishimoto menjadi mangaka terkenal semenjak karyanya, Naruto sukses besar baik di Jepang sendiri ataupun di negara-negara lain. Pada tahun 1999 Naruto pertama kali dipublikasikan di Shounen jump membuat Kishimoto menerima penghargaan hop step. Saudara kembar Masashi Kishimoto, Seishi Kishimoto juga merupakan seniman manga dengan karyanya yang terkenal 666 Satan.
Mangaka ini memang genius dengan menyelipkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, ketika melihat movie naruto, saya merasa ada hubungan antara karakter dalam manga ini dengan karakter dalam agama Shinto dan secret societies (organisasi rahasia).
***

AKATSUKI


Anggota Akatsuki
Akatsuki adalah nama sebuah kelompok antagonis dalam serial manga dan anime Naruto. Akatsuki beranggotakan 10 orang kriminal kelas S yang ditakuti karena kekuatan dan tabiat mereka yang buruk. Syarat keanggotaan mereka masih belum diketahui secara jelas. Tapi yang pasti, mereka semua mempunyai Kekkei genkai atau setara dengan Kekkei genkai yang unik dan mengerikan dan menakutkan.

Tujuan Akatsuki

Tujuan Akatsuki ialah penguasaan dunia dengan kekuatan mutlak. Mula-mula mereka akan mengumpulkan ke-9 bijuu lalu membangkitkan bijuu berekor 10. Lalu dengan kekuatan besar, mereka akan membangun desa mereka sendiri dan mengobarkan perang ke seluruh negara. Mereka akan membangun sebuah desa yang sanggup menerima tugas apapun termasuk pembunuhan, penyerangan, penculikan, perang, dan tugas kotor lainnya.

Headband / Ikat Kepala

Ikat kepala yang dipakai anggota Akatsuki sedikit berbeda, dimana ada bekas goresan melintang di simbol desa mereka. Ini menunjukkan bahwa mereka tidak lagi terikat dan terbebas dari desa asal mereka. Menunjukkan bahwa mereka memilih jalan untuk menjadi kafir. Sebagai contoh, Uchiha Itachi dari Leaf Village memakai simbol di dahinyadengan goresan vertikal yang menggores simbol tersebut.
    
Nabi Muhammad (SAW) yang diberkati berkata:
“… Diantara matanya, di dahinya tertulis kata kafir (tidak percaya). Dan setiap mukmin akan bisa membacanya.”
***

TOBI

Tobi menjadi anggota Akatsuki sesudah kematian Sasori dan menjadi rekan Deidara. Tobi merupakan Madara Uchiha, salah satu pendiri Konoha. TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenarnya) adalah pengasas sebuah klan yang bernama UCHIHA dan juga menumbuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu dan dikatakan memiliki kehidupan kekal abadi. Dia juga buta sebelah matanya dan DALANG di balik semua keburukan dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan dunia ninja yang baru.
Lagi-lagi, tokoh dalam manga Naruto ini mewakili ciri-ciri dari Dajjal laknatullah.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: “Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah matanya”.
Tobi memakai topeng aneh yang menutupi seluruh wajahnya, sehingga hanya mata kanannya saja yang terlihat, yang kemudian diketahui adalah Sharingan.

Jurus khas Uchiha: SHARINGAN

Sharingan

Klan Uchiha diketahui memiliki kemampuan memanipulasi Jurus Mata/Doujutsu dan jurus Sharingan yang dikuasai klan Uchiha adalah salah satu dari tiga jurus mata terhebat (dua jurus lainnya adalah Byakugan dan Rinnegan). Menurut Madara Uchiha, kemampuan mata Sharingan sebenarnya diturunkan dari Rikudo Sennin yang memiliki mata Rinnegan.

Magekyo Sharingan

Terdapat jurus mata yang melebihi Sharingan yaitu Magekyo Sharingan, yang dapat dibangkitkan oleh beberapa orang dalam Uchiha termasuk Sasuke, Itachi, Madara, dan Izuna.Syarat untuk membangkitkan Magekyo Sharingan adalah pengguna Sharingan harus membunuh teman terbaiknya untuk menguasai jurus itu.

Fuumetsu Magekyo Sharingan

Ada 1 tingkatan dari mata sharingan melebihi magekyo sharingan, dan hanya madara yang menguasai kemampuan itu. tentu saja ada syarat tertentu seperti halnya magekyo, syaratnya adalah mengambil mata keluarga (adik atau kaka) dan mencangkokannya ke dalam mata sendiri.
Fuumetsu Magekyo Sharingan memiliki kemiripan dengan mitos Horus, dewa MATAHARI, Mesir kuno:
Horus adalah salah satu Dewa kosmogoni dari Heliopolis (tempat kelahiran para Dewa) dalam penciptaan mitos dan legenda. Tuhan Horus, dipandang sebagai Tuhan Langit dan Matahari. Ayahnya bernama Osiris dan ibunya Isis, serta memiliki kakak bernama Seth. Legenda mengatakan bahwa Seth cemburu membunuh Osiris, ayah dari Horus dan Seth. Ketika Horus dibesarkan, ia bersumpah untuk membalas kematian ayahnya. Horus dan Seth melakukan beberapa kontes untuk menentukan siapa yang akan menduduki tahta Osiris. Dalam pertarungan, Horus terluka di mata kanannya. Tetapi Horus dapat membunuh Seth dan menduduki tahta Osiris.
Dan inilah yang dinamakan mata Sharingan :
Bentuk dari mata Sharingan yang sebenarnya adalah desain mata simbol 666 dengan pola melingkar.
Sebagai contoh Itachi Magekyo Sharingan.

Mata Sharingan : Simbol 666
Dan inilah mata Rinnegan, yang dikatakan Madara sebagai asal dari mata Sharingan Rikudo Sennin :

Mata Rinnegan, hampir mirip dengan simbol mata yang terdapat di pecahan uang 1 Dollar Amerika. Simbol Mata Dajjal?
Mangekyo Sharingan yang berbeda yaitu Mangekyo Sharingan milik Uchiha Sasuke, tetapi bermakna sama :

Sasuke "Mangekyo" Sharingan
***

AMATERASU

Amaterasu adalah tingkat tertinggi teknik Api, Api hitam Amaterasu, dikatakan api dari neraka yang panas seperti matahari, terbakar pada fokus yang diinginkan penggunanya.

Sasuke Amaterasu
Amaterasu dalam agama Shinto
Amaterasu disebutkan dalam Kojiki sebagai dewi matahari yang dilahirkan dari Izanagi, yang juga ditemani oleh saudaranya, Susanoo, penguasa badai. Dalam Kojiki, Amaterasu dijabarkan sebagai dewi yang darinya seluruh cahaya berasal, dan juga sering diartikan sebagai dewi matahari karena kehangatannya dan kepeduliannya kepada mereka yang memujanya.

Amaterasu : Dewi Matahari dalam agama Shinto
Patung diatas adalah patung Amaterasu (dewi MATAHARI) yang terletak di Kuil Ise, Semenanjung Ise Peninsula di bagian barat Honshu. Kuil Ise disebutkan sebagai kediaman dari Amaterasu dan kediaman cerminnya. Kuil ini tertutup untuk umum. Sampai saat ini, keluarga Kerajaan Jepang menyatakan keturunan dari Amaterasu, dan kaisar secara resmi dianggap sebagai dewa.\

The Eye of the Moon Plan

The Eye of the Moon Plan (Tsuki no Me Keikaku) adalah rencana utama Madara Uchiha untuk menguasai dunia.

Madara Moon Eye Plan
Tsukuyomi (dewa BULAN) dalam Shinto
Tsukuyomi, juga dikenal sebagai Tsukuyomi-no-Kami, adalah dewa bulan dalam Shinto dan mitologi Jepang. Nama Tsukuyomi-no-Mikoto adalah kombinasi dari kata Jepang untuk “bulan” (tsuki) dan “untuk membaca, untuk menghitung” (yomu). Interpretasi lain adalah bahwa namanya adalah kombinasi dari “malam terang bulan” (Tsukiyo) dan arti kata kerja “untuk melihat” (Miru).
Setelah mendaki tangga langit, Tsukuyomi-no-Mikoto tinggal di langit, juga dikenal sebagai Takamagahara, dengan adiknya Omikami Amaterasu, dewi MATAHARI.
Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, coba perhatikan dialog yang dikatakan oleh MADARA dalam ‘MOON EYES PLAN’.
“to have everything become one with me”
untuk menjadikan semuanya menjadi satu denganku
“I mean to achieve a complete form, in which all is united”
- maksudku untuk meraih bentuk yang sempurna, dimana semua menjadi satu (bersatu)
“I will cast my illusion upon all humans living upon the earth’s surface.”
Aku akan menggunakan ilusiku kepada semua manusia yang hidup di muka bumi”
“controlling all of humanity within that illusion, I will become one with the world”
Mengendalikan seluruh umat manusia dengan ilusi tersebut, aku akan menjadi satu dengan dunia
“It will be a world without hatred or conflict. everything will be one with me. everything united.”
Ini akan menjadi dunia tanpa kebencian atau konflik, semua akan menjadi satu denganku, semuanya bersatu
Apakah sudah jelas bagi anda pesan yang dimaksudkan Madara oleh Masashi Kishimoto dalam kehidupan DUNIA nyata kita? Ya, ini agak sama dengan tujuan illuminati dimana ingin membentuk Dunia Baru “New World Order”. Cita-cita UTAMA Organisasi AKATSUKI juga adalah menguasai dunia dan menciptakan sebuah dunia baru yang dipanggil keamanan, “One World United”.

JUUBI (Ten-tailed DEMON)

Monster berekor sepuluh (Jūbi) adalah Setan purba (ada sejak permulaan) yang dikisahkan pada manga Naruto. Semua ke-sembilan ekor monster hanyalah bagian dari chakra Monster berekor sepuluh. Tujuan utama Madara Uchiha, Moon Eye Plan, adalah untuk menangkap dan menggabungkan semua ke-sembilan ekor monster kembali ke Monster berekor sepuluh, dan menjadi jin-chūriki (wadah/tempat Jin) untuk melemparkan refleksi Sharingan di bulan, genjutsu ini dikenal sebagai Tsukuyomi tak terbatas yang akan menempatkan seluruh dunia di bawah kekuasaannya.
Ini adalah DEMON BERMATA SATU yang ingin dibangkitkan oleh Madara Uchiha.

Juubi : Ten Tailed Demon
Perhatikan matanya Demon ini :

Bentuk Mata Satu Juubi
Setiap lingkaran memiliki angka 6 berulang sebanyak 3 kali, 666.
Dan lihatlah topeng terbaru Madara