Saturday, 1 June 2013

I Love You, Hubby! 13 full

Entry penuh bagi bab 13 yang sebelum ini. Hope, tak keliru. :)

Keisya membuka sliding door yang memisahkan ruang bilik dan balkoni. Kerusi dan meja yang terdapat di balkoni itu didekatinya lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi itu. Segelas susu yang dibawa masuk sekali ke dalam bilik itu diletakkan keatas meja sambil matanya memandang seluruh kawasan rumah itu dari balkoni. Dia tidak nafikan,rumah itu memang besar walaupun tidak sebesar dan segah rumah banglo milik keluarganya. Tetapi, rumah sebesar ini sudah cukup besar di matanya sesuai dengan status Aish sebagai seorang arkitek landskap luaran.

Susu itu diteguk sedikit sambil matanya melihat ke bawah, ke arah kolam renang. Kemudian bebola matanya melihat pula ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan jam dua belas malam. Dia mengeluh seketika. Menanti suaminya yang masih belum masuk tidur lagi. Dia pun tidak tahu sejak bila dia pandai menunggu suaminya. Mungkin sejak dia cuba belajar mencintai lelaki itu.

Matanya menyorot ke arah susuk tubuh yang sedang berjalan di kawasan kolam renang itu. Dia memerhatikan susuk tubuh itu dengan lebih terperinci. Seketika kemudian, baru dia sedar susuk tubuh itu ialah milik suaminya. Gelas di tangan di letak semula ke atas meja. Dia memerhatikan lelaki itu yang duduk di tepi kolam itu sambil menghulurkan kaki ke dalam air yang sejuk itu dan lelaki itu seperti termenung panjang. Entah apa yang dimenungkan lelaki itu.

Aish menghayunkan kakinya di dalam kolam renang itu. Tiba-tiba pula mood untuk bermain air datang pada waktu malam sebegini. Tangannya dicelupkan ke dalam kolam renang itu lalu jari-jarinya dikembangkan di dalam air itu sambil tersenyum menghayati kesejukan air itu. Kemudian itu memegang hujung bajunya untuk dibuka. Belum sempat dia membuka bajunya itu, satu suara memanggilnya.

" Aish!" Dia mencari arah suara itu di belakangnya namun tiada.
" Hey, I kat sini lah," kata suara itu dengan tawa. Aish mengalihkan pandangannya ke arah balkoni. Dia melihat Keisya sedang asyik ketawa melihat dirinya. Berkerut dahinya melihat wanita itu yang gembira sekali.

" Kenapa Keisya ketawa?" tanya Aish dengan nada suara yang dikuatkan agar wanita itu boleh dengar.

Keisya menutup mulutnya dengan tangan. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tawa. Mana tidaknya, dia geli hati melihat riak wajah Aish yang kelihatan cuak tatkala dia memanggil lelaki itu. Mungkin terkejut agaknya.

" Hmmm, tak ada apa-apalah. Sahaja nak buat senaman mulut malam-malam ni," balas Keisya sambil tersenyum kecil.

" Ohhhh.. " hanya itu sahaja yang dijawab oleh Aish. Kemudian dia memandang semula ke arah kolam renang.

" Hey, kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Aish lagi tiba-tiba dengan nada suara dan riak wajah yang sengaja diriakkan serius. Keisya yang sedang di balkoni biliknya tersenyum geli hati melihat wajah serius suaminya yang agak pelik di matanya. Mana tak peliknya, lelaki itu belum pernah membuat riak wajah serius yang palsu di matanya.

Aish menggarukan kepalanya. Pelik melihat isterinya yang terlebih ceria dengannya malam ini. Tetapi perubahan itu menghiburkan hatinya. Tidak lah dia rasa serba tak kena sahaja nanti.

" Please, jangan buat muka serius palsu you tu. Kelakar okey. Riak wajah you tu tak boleh menipu orang okey," ujar Keisya bersama muka mengejek. Aish menguntum senyuman senget di bibirnya.

Kalau macam tu, adakah sayang boleh rasa sama ada kasih sayang yang terlukis dekat wajah ni, palsu atau tulen? Hati Aish berkata-kata. Matanya merenung redup isterinya yang sedang bermain-main dengan gelas yang sudah kosong di tangan.

Ya Allah, jika dia benar-benar ditakdirkan untuk aku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, ya Allah. Jika hadirnya hanya untuk sementara sahaja ya Allah, kau tabahkan lah hati ini untuk menempuh hari-hari tersebut dengan tenang. Dalam diam, dia memanjatkan doa.

" You pulak kenapa tak tidur lagi? Asyik termenung jauh je I tengok," tegur Keisya sambil memandang ke arah Aish yang sedang menunduk itu dengan mata terpejam. Macam ada masalah berat je yang menimpa lelaki itu.

" Abang tak boleh nak tidur," jawab Aish lalu matanya dibuka memandang isterinya. Kesejukan air kolam itu menambahkan rasa segar pada badannya membuatkan rasa lena makin menjauh.

" Itulah, siapa suruh minum air nescafe pada waktu malam. Kan dah tak boleh tidur jadinya," kata Keisya dengan suara yang agak sinis. Bukan hendak menyindir, lebih kepada menegur sebenarnya.

Aish tersenyum kecil mendengar kata-kata Keisya yang kedengaran sinis di telinganya.
" Kata orang, dia tu kenapa tak tidur lagi? Orang perempuan tak elok tidur lewat, sayang," balas Aish tidak mahu mengalah. Senyumannya bertambah lebar tatkala melihat cebikan Keisya.

" I belum tidur lagi sebab minum susu. I tak boleh tidur sebelum minum  susu," jawab Keisya sambil menunjukkan gelas kaca yang sudah kosong kepada suaminya di bawah sana. Aish dibawah sana diam tidak membalas begitu juga Keisya yang turut mendiamkan diri.

Melihatkan isterinya yang diam seperti mengelamun itu, Aish mengeluarkan kakinya dari kolam itu lalu berdiri menghadap isterinya. Dua belah tangannya diletakkan ke sisi mulut seolah-olah hendak menjerit.

" Keisya," panggil Aish dengan tangan yang masih setia di sisi mulut. Suaranya yang seakan berteriak menyentakkan Keisya. Matanya terkelip-kelip memandang si suami di bawah sana.

" Kenapa panggil I? I bukannya jauh sangat pun sampai you nak jerit-jerit panggil I" kata Keisya sambil menggaru-garu keningnya yang cantik terbentuk.

Aish meletakkan tangannya ke sisi. Dia tersenyum lagi. Haih, entah berapa banyak kali dia nak tersenyum kalau dengan isterinya ini. Bagaikan ada magnet sahaja di sisi bibirnya agar terus tersenyum.

" Saja abang jerit. Keisya memang tak jauh dari abang, tapi abang risau kalau jiwa Keisya yang jauh dari abang. Termenung jauh macam tak ada orang je dekat sekeliling dia," balas Aish sambil mencebirkan bibirnya. Sudah terikut-ikut macam Keisya yang suka mencebirkan bibir.

Keisya tunduk akibat malu sendiri apabila suaminya menegur dia yang termenung jauh sebentar tadi. Dia tidak boleh kalau orang tegur dia kerana termenung nanti dia akan tersipu-sipu seorang diri.

" Keisya," panggil Aish meleret. Isterinya itu mengangkat pandangan memandangnya. Rasa ada debar halus mengetuk ruang hatinya tatkala Aish memanggilnya dengan lembut sebegitu. Ah, tak mungkin semudah itu dia menerima lelaki itu.

" Lama lagi ke?" tanya lelaki itu. Pertanyaan suaminya itu membuatkan Keisya kurang faham hujung pangkal pertanyaan suaminya itu.

" Apa yang lamanya?" tanya Keisya bersama kerutan di dahi. 

Aish tersenyum lagi. Senyum. Senyum. Senyum dan terus tersenyum mungkin selagi Keisya berada di sisinya. Dia membuang pandang ke arah kolam di hadapannya itu. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan lagi kata-katanya.

" Lama lagi ke abang akan terima hak abang?" 

Hak? Hak apakah yang dimaksudkan suaminya? Keisya tertanya-tanya sendiri kemudian mulutnya melopong apabila memikirkan 'hak' yang setiap isteri wajib berikan kepada seorang suami. Ohmai, itu ke yang dia maksudkan?

" Bukan hak itu yang abang maksudkan." Bagaikan sudah mengerti dengan reaksi isterinya, pantas Aish menyambung kata-katanya. Dia belum terfikir lagi akan hak yang satu itu.

Keisya menutup semula mulutnya apabila Aish seolah-olah dapat membaca fikirannya. Oh baguslah, dia tidak sentuh tentang hak yang satu itu, hatinya berkata sendiri.

" So, hak apa yang you maksudkan?" tanya Keisya pula. Tidak betah melihat Aish yang tiba-tiba berdiam diri pula.

" Hak abang untuk dicintai oleh seorang isteri yang bernama Keisya Farina. Lama lagikah hak itu abang akan terima?" tanya Aish terus. Dia memandang isterinya yang tidak berkelip memandangnya. Mungkin dia kelihatan tidak sabar untuk berada di hati Keisya, tapi hakikatnya dia memang tidak sabar pun.

Gugup. Terkejut. Itu lah perkataan yang sesuai digambarkan kepada Keisya. Dia memandang suaminya tidak berkelip. Seketika kemudian, dia menundukkan wajahnya apabila wajahnya terus-terusan menjadi santapan mata Aish yang redup itu. 

Dia sendiri tertanya-tanya, bilakah hatinya akan diserahkan sepenuhnya kepada Aish? Dia senang dengan lelaki itu dan bahagia juga. Lelaki itu tidak kekok dengannya ketika hendak bermesra. Tapi ada sesuatu yang membuatkan dia keliru untuk menjawab soalan lelaki itu. Ada satu perasaan halus yang mengalir di setiap urat darahnya setiap kali lelaki itu tersenyum kepadanya. Dia tidak dapat pastikan sama ada itu... cinta atau bukan? Kekeliruan itu tidak dapat dirungkai membuatkan jawapan untuk suaminya tergantung.

" Nampaknya memang lama lagi lah abang terima hak abang yang satu ni. Kalau hak abang yang ni belum dapat lagi, hak yang 'itu' pula belum tentu akan dapat," ujar Aish lalu membuatkan wajah isterinya merona merah. Malu Keisya apabila Aish menyentuh hak yang satu itu dan serba salah pula kerana menafikan dua hak itu.

" I am sorry, Aish. I can't give what you want from me. Sorry," ujar Keisya dengan serba salah. Walaupun kata-katanya dalam nada yang agak perlahan, tetapi masih didengari oleh Aish dibawah sana. Mungkin kerana suasana yang agak sunyi tidak membataskan suara mereka.

" It's okey, sayang. I'll waiting for it. Don't think too much about what I said just now," balas Aish bersama senyuman yang memberikan kelegaan untuk Keisya. Walaupun Aish kata jangan fikir terlalu banyak tentang apa yang dikatakan tadi, dia tetap memikirkannya. Bukan sahaja saat ini, saat-saat yang berlalu dia tetap memikirkannya.

Sepi. Kedua-duanya sepi. Aish termenung menghadap kolam manakala Keisya tidak berkelip merenung suaminya itu. Dalam diam, dia menilai Jason dan Aish. Baginya, Aish tidak kurang dari segi rupa dan harta malah suaminya lebih kacak baginya. Kasih sayang yang diberikan oleh dua lelaki itu turut mempunyai kelainan. Dia dapat rasakan cinta Aish lebih suci terhadap dirinya. Ah, segala-segalanya memang berpihak kepada suaminya! Jason dan Aish, dua lelaki yang berbeza kepercayaan tetapi mencintai wanita yang sama.

" Encik Aish," panggil seorang lelaki yang lengkap berpakaian pengawal. Aish terus mengalihkan pandangannya dari kolam renang itu kepada pengawal rumahnya itu yang sedang berdiri di belakang. Keisya juga turut fokus kepada pengawal itu, ingin tahu apa yang hendak disampaikan pengawal itu kepada suaminya.

" Ada orang hendak berjumpa dengan encik." Kata-kata pengawal itu membuatkan mereka suami isteri saling berpandangan.

Malam-malam buta macam ni pun ada orang nak jumpa lagi ke? Pelik. Hati Keisya berkata sendiri.

" Siapa orangnya, Pak Mal?" tanya Aish kepada pengawal bernama Pak Mal itu.

Lelaki yang berusia lingkungan 50 tahun itu memberitahu gerangan orang tersebut. Mendengar sahaja nama orang yang disebut itu, Aish terus memandang Keisya yang sedang mendengus kasar kerana tidak selesa dengan kehadiran insan yang tidak dijemput kehadirannya itu.



AISH mempersilakan tetamu yang tidak diundang itu ke dalam rumahnya. Setelah tetamu itu menjejakkan kaki ke dalam rumahnya, pintu utama rumah itu ditutup sebelum dikuncinya. Dalam kepalanya tatkala ini penuh dengan pelbagai soalan. Tertanya-tanya kenapa tetamu yang tidak diundang kehadirannya datang ke rumahnya. Dia makin bertambah hairan apabila melihat bagasi yang dibawa oleh orang itu.

Mata Aish dan sepasang lagi mata terarah kepada Keisya yang sedang berjalan menuruni tangga. Mata isterinya tidak lepas memandang ke arah tetamu mereka itu dengan muka yang tiada secubit pun rasa ceria.

" Duduklah." Aish mempersilakan tetamu mereka itu untuk duduk setelah lama berdiri. Pantas sahaja tetamunya itu melabuhkan duduk di sofa.

" Ada apa Shila datang rumah abang ni?" tanya Aish terus dengan perasaan ingin tahu. Dia melabuhkan duduk di sisi isterinya yang awal-awal lagi sudah melabuhkan duduk di hadapan tetamu mereka ini.

Shila meramas-ramas tangannya sesama sendiri sebelum tersenyum kecil kepada Aish. Sempat dia menangkap jelingan maut daripada Keisya. Ah, peduli apa dia! Dia datang sini bukan kerana Keisya, tetapi kerana jejaka tampan di sebelah wanita itu.

" Mak ngah tak bagitahu abang apa-apa ke?" Pertanyaan Aish dibalas pula dengan pertanyaan Shila. Dia melihat pasangan suami isteri itu berpandangan sesama sendiri sebelum menumpukan perhatian kepadanya.

" Bagitahu? Bagitahu apa? Mak ngah tak ada cakap apa-apa pun dengan abang, kan sayang?" balas Aish sambil menyentuh perlahan tangan isterinya. Keisya yang terkejut menerima sentuhan itu pantas mengangguk. Kemudian, bibirnya tercalit sebuah senyuman kepuasan apabila dia melihat sinar kemarahan di mata gadis itu melihat kemesraan suaminya.

" Oh yeke mak ngah tak bagi tahu apa? Ingatkan abang tahu," balas Shila sedikit menekan suaranya apabila melihat adegan di hadapan matanya ini. Tunggu kau Keisya. 

" So, apa sebabnya kau datang sini, Shila? Malam-malam macam ni datang serbu rumah orang. Macam dah tak ada hari esok nak datang rumah orang," sembur Keisya terus dengan nada yang sinis. Aish menepuk perlahan tangan Keisya yang jelas tidak suka dengan kehadiran gadis itu. Dia pun kurang suka dengan gadis di hadapannya ini tapi sebagai tuan rumah, dia hendaklah melayan dengan baik tetamunya itu.

" Errrr, I bukan apa, I cuma..." kata-kata Shila terhenti tatkala terpandangkan Puan Katijah yang sedang menuruni tangga. Melihat Shila yang sedang memandang ke arah tangga, Aish dan Keisya yang sedang duduk membelakangi tangga pantas memandang ke arah itu.

" Eh Shila. Bila sampai ni? Baru sampai ke dah lama sampai?" tanya Puan Katijah bertubi-tubi sambil melabuhkan duduk di sisi anak saudaranya itu. Shila tersenyum manis kepada mak ngahnya itu sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman. Keisya yang melihat kemesraan ibu mertuanya dan Shila membuatkan hatinya sedikit terusik walaupun dia tahu, kemesraan yang ditunjukkan gadis itu penuh dengan maksud tersirat.

" Shila baru sahaja sampai mak ngah. Mak ngah tak tidur lagi ke dari tadi?" tanya Shila sekadar berbahasa. Dia menjeling sekilas Keisya yang sedikit terusik riak wajahnya. Dia tahu apa yang terjadi diantara Keisya dan mak ngahnya ini. Semua rahsia ada di tangannya. Kisah kepincangan rumah tangga abang sepupunya ini  cuma berada di hujung jari sahaja.

" Mak ngah dah tidur tadi. Tapi mak ngah dengar ada orang berbual-bual sebab tu mak ngah turun bawah. Rupanya Shila dah sampai," jawab Puan Katijah mesra sambil meramas lembut bahu Shila yang terdedah itu. 

" Eh yang kamu ni datang lewat malam kenapa? Kenapa tak datang esok pagi je?" tanya Puan Katijah kehairanan. Tak silap dia, dia ada pesan agar gadis ini datang pada esok pagi je, tapi alih-alih sudah tercongok gadis ini di depan mata.

" Errr.. Shila.. Bukan apa, mak ngah. Kalau drive malam-malam ni, tak berapa nak sesak jalan. Kalau drive esok pagi, mungkin sesak jalan raya," pantas sahaja Shila mencipta alasan padahal dia memang sengaja datang pada waktu begini. 

Aish dan Keisya hanya diam tidak mengerti dengan perbualan Puan Katijah dan Shila. Nak mencelah, rasa serba salah pula kerana kelihatan rancak perbualan mereka ini.

" Oh, macam tu. Hmm, dah pukul satu pagi ni. Kamu pun mesti penatkan?" Shila mengangguk tanda mengiyakan kata-kata mak ngahnya itu.

Puan Katijah bangun dari duduknya dan memandang anak lelakinya dan menantunya itu. " Aish, mari sini tolong Shila angkat bagasi dia ni. Tunjukkan dia bilik tetamu. Kesian sepupu kamu ni, pasti dia penat," arah Puan Katijah sambil menunjukkan bagasi merah milik Shila. Gadis itu hanya tersenyum ceria tatkala abang sepupunya itu berdiri di sisinya untuk mengangkat bagasinya itu.

" Eh tak apalah abang. Biar Shila angkat sendiri. Bukan berat sangat pun bagasi ni," ujar Shila jual mahal. Tangannya mendarat diatas tangan Aish yang sedang mengangkat bagasinya itu. Sengaja dia bertindak demikian. Lagi pula, mak ngahnya sudah pun berlalu ke atas. Bukan nampak pun orang tua itu akan kelakuannya ini.

Keisya berpeluk tubuh melihat kelakuan Shila. Tatkala matanya bersabung dengan mata suaminya, dia memandang tempat lain. Entah kenapa, hatinya panas sekali dengan kelakuan gadis itu. Mungkin kerana gadis itu tidak menghormati Aish sebagai haknya.

" Orang nak tolong angkatkan, jual mahal pulak. Kalau orang tak tolong, pandai pula cari orang suruh bantu," bebel Keisya lalu naik ke tingkat atas meninggalkan suaminya dan Shila. Berbulu matanya melihat aksi manja Shila.

Hatinya bersorak riang melihat Keisya yang nyata tidak senang dengan kelakuannya tadi. Dia tersenyum manja kepada Aish.

" Tak apa lah. Biar abang angkat sampai ke bilik tetamu," ujar Aish dengan riak wajah yang bertukar sedikit suram. Geram dengan sikap gadis itu yang sesuka hati menyentuh tangannya. Sudahlah dia tidak tahu sebab-sebab gadis itu datang dan bermalam di rumahnya. Ibunya pula diam tidak memberitahu apa-apa kepadanya. 

Selesai membantu Shila mengangkat bagasi dan menunjukkan bilik untuk Shila, dia berjalan menuju ke biliknya. Ketika melintasi bilik ibunya, dia menghentikan langkahnya. Kakinya dibawa ke arah bilik ibunya itu. Perasaan ingin tahu menguasai dirinya. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik ibunya, tangannya ditarik balik. Esok-esok sahajalah kau tanya, Aish.  Dah lewat dah ni. Hatinya berkata-kata.


Shila mengunci pintu bilik itu lalu berjalan kegembiraan menuju ke katilnya. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu nombor ibunya didail. Keberadaan ibunya yang jauh dari negara ini selama sebulan membuatkan dia tidak mahu melengahkan masa menjalankan tugasnya.

" Helo," sahut Puan Latifah di hujung talian.

" Helo, ibu. Shila sekarang ni dekat rumah Aish. Bermalam dekat sini," ujar Shila terus terang sambil tersengih kegembiraan apabila memikirkan dia hampir mendapat apa yang dia inginkan.

" What?! Kenapa kamu ada dekat rumah Aish ni?" tanya Puan Latifah dengan suara yang memetir. Shila menjauhkan sedikit telefon pintarnya itu sebelum menggosok perlahan telinganya yang pedih dek hambatan suara ibunya itu. 

" Hisy ibu ni. Dengar dulu apa yang Shila nak cakap ni," balas Shila perlahan. Dia menarik nafas panjang sebelum menceritakan semuanya kepada ibunya. Tujuan dia ke mari dan tentang apa yang dia hendak lakukan semuanya diceritakan kepada ibunya. Puan Latifah di hujung talian sudah tersenyum puas. Tak sangka anaknya ini mempunyai akal yang panjang.

" Make sure apa yang kamu buat tu berjaya. Jangan cakap je lebih, tapi hasilnya, habuk je dapat," balas Puan Latifah.

" Don't worry, ibu. Semuanya dalam kawalan Shila. Okey, ibu. Shila mengantuk nak tidur dulu. Selamat malam," ujar Shila. Baru sahaja dia hendak mematikan talian, ibunya membalas.

" Selamat malam apanya?! Tempat ibu sekarang ni dah nak masuk tengahari. Kamu jangan lupa bangun awal esok. Jangan nak buat perangai membuta kamu tu dekat rumah Aish," ujar Puan Latifah dengan sedikit rasa risau mengenangkan rancangan anak perempuannya ini berjaya atau tidak.

" Yalah, ibu. Tak payah nak membebel sangat lah. Orang mengantuk ni. Dah lah, ibu. Shila tidur dulu. Bye." Talian diputuskan tanpa sempat ibunya membalas apa-apa. Dia tersenyum puas. Tubuhnya dibaringkan ke atas katil yang sungguh empuk itu. Tak lama lagi, lena aku memang bertilamkan katil saiz king, angan Shila.

p/s: Okey, dah tahukan siapa yang datang? Part ni saya habiskan terus dalam bab 13 apabila saya tengok bab 13 yang sebelum ini macam pendek sahaja. Jangan lupa komen. Kepada yang mungkin lupa siapa Shila ni, sila baca semula bab 4. :)

2 comments:

  1. Heyshhh, menyampah betul dgn perangai gedik shila nie tau!!, =_="

    ReplyDelete