Friday, 19 October 2012

Hanya Dia, Jannah! (i)

Assalamualaikum! Niesa buat cerpen tau ni! Tapi cerpen nya ni gne nme watak I Love You, Hubby!.. cerpen ni dh lme buat sebelum ILYH.. tp x dipublishkn pun.... so trime lah.... (>-<)


Jannah duduk bersendirian di beranda yang menghadap ke kolam sederhana besar di luar rumah. Sungguh dia tidak menyangka begini rupanya pengakhiran hidupnya. Tidak menyangka gadis naif dan kampung sepertinya tinggal di rumah yang serba mewah ini.
Cincin dijarinya dipandang. Kini dia sudah bergelar isteri kepada lelaki yang langsung tidak menyintainya. Tapi baginya yang belum merasai indahnya cinta, cuba memberikan sepenuh perasaan kepada si suami. Cincin dijari cuba dibuka namun terlalu erat di tangannya. Dia mengeluh halus. Ya, Allah! Sungguh aku tak pernah mengharapkan semua ini! Jika ini sudah suratan takdir hidupku, aku pasrah! Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya.

Aish Ahsan masuk ke kamar pengantinnya usai memikirkan berpuluh kali samada hendak masuk ataupun tidak. Ruang bilik yang agak suram itu membuatkan dia berasa tidak selesa dengan keadaan ini. Bagaikan ada kejutan yang sedang menantinya. Isterinya yang sedang duduk di beranda didekati. Sliding door dibuka luas membiarkan angin masuk ke kamarnya.

" Ehem! Sekarang dah malam. Kenapa kau masih duduk dekat luar ni? Tunggu putera dari kayangan selamatkan kau dari semua ini?" ujar Aish sinis. Jannah tersentak mendengar suara lelaki itu. Segera kepalanya disentuh. Untung dia msih mengenakan tudung. Biarpun ikatan mereka sudah sah, dia masih belum bersedia.
" Errr, saya suka ambil angin malam dekat luar ni. Nyaman. Awak perlukan apa-apa ke?" tanya Jannah. Rasa tidak selesa pula apabila berduaan dengan suaminya ini.
" Aku tak perlukan apa-apa. Cuma aku nak cakap sikit dengan kau," ujar Aish. Kerusi yang berhadapan dengan isterinya ditarik lalu diduduknya. Jannah berdebar menanti isi yang ingin disampaikan suaminya. 
" Kau pasti sukakan dengan apa yang terjadi. Yalah, siapa yang tak suka bila kahwin dengan orang kaya macam aku ni. Bukan dapat aku seorang je, harta aku pun mungkin kau akan dapat. By the way, aku tak tahu apa yang menariknya engkau ni sampai keluarga aku berminat sangat dengan kau..."
" Saya langsung tak ada.."
" Aku tengah bercakap ni. Jangan kau nak menyampuk. Umur kau berapa sebenarnya?" tanya Aish sambil memandang kolam di bawah sana. Lebih tenang hatinya daripada menghadap wajah bersih isterinya.
" Umur saya 20 tahun," balas Jannah.  Wajah tampan suaminya direnung. Akan dia cuba meletakkan wajah ini di sudut hatinya suatu hari nanti.
" Hmm, muda lagi rupanya kau ni. Kau tak belajar ke?" tanya Aish. Belum sempat Jannah menjawab, Aish memotong. "Oh, aku lupa! Orang miskin macam kau, mana ada duit nak belajar. Kalau kau ada duit sambung belajar, pasti kau tolak pinangan ibu aku," ujar Aish. Rokok dikeluarkan dan pemetik api diacukan pada rokoknya. Dengan bersahaja asap rokok dihembuskan kearah wajah isterinya. Terbatuk-batuk Jannah.
Jannah cuba menahan gelodak perasaan marahnya dengan perbuatan dan biacara biadap suaminya. Dia tersenyum hambar sebelum berkata," Sudah ditakdirkan kita bersama, jadi tiada apa yang boleh diubah."

AIsh terkedu. Aish menenyehkan puntung rokoknya pada bekas yang disediakan. Kata-kata isterinya membuatkan dia sudah hilang mood untuk menyambung menghisap rokok. 
" Takdir? Kau tahu ke apa itu takdir. Takdir ni boleh diubah sama sekali." Jannah memandang suaminya. Apa maksud suaminya? Dia kurang memahami kata lelaki itu. " Maksud awak?" tanya Jannah keliru.
Aish tersenyum sinis mendengar pertanyaan isterinya. " Kau kata takdir tak boleh diubah tapi bagi aku semua itu boleh diubah! Kau tahukan siapa perempuan yang aku cinta selama ni. Dan aku tahu, kau pun rasa dia paling layak bersama aku." Jannah menahan rasa pedih mendengar kata-kata suaminya. Dia cuba tersenyum walaupun ianya perit sama sekali. Ya, lelaki itu tidak pernah menyintainya. Itu hakikat yang perlu dia tahu. " Jadi, aku nak perkahwinan ni berlangsung selama enam bulan. After that kita bercerai." Jannah mengucap panjang mendengar kata-kata lelaki itu. Mana mungkin dia hendak berbuat begitu. Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Jannah bangun dari duduknya dan berdiri menghadap suaminya. Aish tenang memandang wajah Jannah. 

" Saya tak setuju! Saya tahu awak cintakan Risa and go ahead with her! Tapi jika penceraian yang awak minta sama sekali saya tak terima," ujar Jannah tegas. Air mata berlinangan di matanya. Kenapa lelaki itu tidak cuba mencintainya seperti mana dia cuba untuk mencintai lelaki itu. Jannah bergerak masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu mendengar apa yang ignin diperkatakan suaminya. Kerana semuanya perit!
Aish turut bangun dan pergelangan tangan isterinya direntap kasar. Wajahnya bengis merenung wajah cerah isterinya. 
" Hey! Kau sedar diri kau tu! Aku suami kau tu isteri. Talak dekat tangan aku bukan dekat tangan kau! Kalau aku nak ceraikan kau suatu hari nanti, kita tetap akan berpisah. And one more thing, esok kita pindah ke rumah aku. Kau kena lakukan tugas kau sebagai orang gaji di rumah aku. Bukan tugas sebagai isteri. Faham!" ujar Aish garang. Pergelangan tangan Jannah dilepaskan kasar lalu dia keluar dari bilik itu. Pintu bilik dihempas kasar.
Jannah terdiam. Dadanya disentuh lembut. Air mata mengalir hangat di pipi gebunya. Sungguh dia terseksa. Kakinya berasa lemah. Perlahan dia berjalan kearah katil dan duduk di birai katil. Cadar perkahwinannya diusap perlahan. Tugas sebagaiorang gaji? Peritnya hati ini apabila sudah jelas dia disamakan dengan orang gaji.
" Ibu... Jannah perlukan ibu! Kenapa ibu terima pinangan keluarga dia ibu? Kenapa..." rintihnya

********************************************************************************

Aish mengusap lembut bahu kekasih hatinya itu. Sakit hatinya apabila gadis itu diam sahaja sejak dia dijemput masuk ke dalam bilik kerjanya. 
" Sayang, I tahu you marah but please, tinggal lagi empat bulan kami hidup bersama. After that, kita nikah and i will divorce her. Please wait patiently," kata Aish lembut. Risa tersenyum mendengar pujukan lelaki itu. Nampak sangat dia amat berharga dalam hidup lelaki itu. Wajah lelaki itu dipandangnya lembut.
" Okey. I keep your promise. But kenapa ibu you pinangkan dia untuk you? Why not me?" desak Risa. Aish terdiam mendengar pertanyaan gadis itu. Masakan ibunya hendak masuk meminang gadis ini sedangkan ibunya langsung tidak berkenan dengan gadis ini. Huh...

" I pon tak tahu sebabnya apa sayang. But you kena terus-terusan pikat hati ibu I. Can you sayang?" 
Risa mengangguk setuju. Walaupun separuh hatinya menjerit geram. Tak sangka begitu susah sekali untuk masuk ke dalam keluarga lelaki ini. Wajahnya disembamkan ke dada bidang lelaki itu manakala pinggang lelaki itu dipeluk erat. Aish membalas pelukan itu dengan hati yang gundah.

*********************************************************************************

Jannah menyediakan makanan tengahari buat suaminya. Dua bulan hidup bersama suaminya sudah cukup membuatkan dia jatuh cinta dengan suaminya. Namun dia tidak pasti adakah suaminya juga begitu sepertinya.
Loceng yang berbunyi membuatkan dia berasa berdebar. Dia berharap itu suaminya. Pintu rumah dibuka dan wajah tampan suaminya muncul dihadapan matanya. Tangannya dihulur dan seperti biasa tiada sambutan dari suaminya.
" Aku balik sekejap je ni. Petang nanti aku ada meeting," ujar Aish dingin. Jannah terus mendekati suaminya.
" Saya ada masak lauk kegemaran awak. Awak makanlah dulu baru pergi meeting," pujuk Jannah. Aish memandang tajam isterinya. " Aku dah kenyang makan dengan Risa. Makan lauk kau? Aku tak hadaplah!" Jannah tersentak mendengar kata suaminya. Air mata yang ingin menitis ditahan sebaik mungkin. Sampai hati awak kata macam tu! Rintih hatinya. Tanpa ditahan, air mata tetap menitis.

Aish menyapu gel rambut di kepalanya. Sudah dua bulan rupanya dia hidup dengan isterinya dan semakin lama kekasih hatinya menjauhkan diri darinya. Sudah puas dia mencari kesalahan dirinya, namun dia tidak tahu apa salahnya. Sikat diambil dan rambutnya disikat. \
Matanya terpandang pula gambar yang cantik berbingkai di meja solek. Gambar isterinya sedang tersenyum ceria sambil memeluk teddybear yang dibaginya secara terpaksa. Ia dibagi sempena hari jadi isterinya yang ke 20 pada bulan lepas. Gambar itu diambil dan senyuman nipis bermain di bibirnya. Apabila dia sedar, gambar itu pantas diletakkannya balik. Rasa aneh pula apabila menatap senyuman manis isterinya. Ah! Persetankan perasaan itu!

Aish turun menuju ke dapur. Dia ingin minum air sebelum bertolak ke tempat kerja. Namun matanya terpandang kearah meja dapur yang sudah tersedia air teh suam. Ianya amat menarik minatnya. Dengan berhati-hati gelas yang berisi air teh suam itu diambil dan diteguknya perlahan. Manis, getus hatinya. Air teh itu dihirup berkali-kali.

Jannah memerhatikan suaminya yang sedang menghirup air teh hasil tangannya. Dia berasa gembira melihat lelaki itu mulai menerima hasil tangannya. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman manis.

********************************************************************************
Aish berjalan-jalan di shopping mall tanpa arah tuju. Telefonnya didail nombor Risa tapi tidak diangkat. Dia buntu. Separuh hatinya menjerit untuk pulang ke rumah namun apabila mengingatkan Jannah yang tinggal bersamanya kini, niat itu dimatikan. Dia berjalan sambil melihat baju-baju yang tergantung. Dibelek setiapnya acuh tak acuh. Pandangannya dihalakan ke suatu tempat apabila mendengar suara yang sangat dikenalinya.

" Darling, singgah lah kedai kasut ni sekejap. Kasut I semua dah lama," rengek Risa itu kepada lelaki yang merangkul pinggangnya.
" Okey, sayang. Anything what you want. Tapi kita pergi makan dulu okey. After that baru beli kasut untuk you," balas lelaki itu sambil mengucup lembut pipinya.
" Love you darling. I tak sabar nak kahwin dengan you tau," ujar Risa manja sambil menggosok manja lengan sasa lelaki itu.
" I lagi tak sabar nak miliki you sayang."

Menggelegak marah hati Aish melihat adegan di hadapan matanya ini. Perit setiap sudut hatinya. Teganya wanita itu menduakan dia. Huh! Perempuan tak guna! Kau dah dapat aku kau cari yang lain! Hatinya menyumpah geram memandang Risa dan lelaki itu menaiki escalator. Tangannya menggenggam penumbuk. Ikutkan hatinya rasa ingin saja dia menumbuk wajah lelaki itu sepuas hatinya. Dia berjalan menuju ke escalator yang sama dinaiki Risa. Gadis itu langsung tidak menyedarinya di situ.

Langkahnya dilajukan mendekati kekasih hati itu menuju ke ruang pakir kereta di tingkat atas. Tiba sahaja mereka di tempat letak kereta lelaki itu, Aish pantas menarik kasar lengan Risa. Terjerit gadis itu apabila diperlakukan sebegitu kasar.
Risa terkejut memandang lelaki yang berada dihadapannya kini. Rasa meremang bulu romanya ini. Lelaki yang bersama dengan Risa turut terkejut namun dia mengambil tindakan masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dari situ. Terjerit kecil Risa melihat lelaki itu meninggalkan dirinya bersama Aish. Tak guna punya jantan pergi tinggalkan aku! Dia tersenyum kelat memandang Aish. 
" Sayang you buat apa dekat sini? How can you be here?" tanya Risa gelabah. Dia mendekati Aish dan tangannya memeluk erat lengan sasa Aish. Aish langsung tidak menolak. Ruang tempat letak kereta yang kosong itu membuatkan dia tanpa segan silu memeluk lengan lelaki itu.
" I ada kaki suka hati I lah nak pergi mana-mana. Why? You terkejut ke nampak I dekat sini? Takut terkantoi?" tanya Aish sinis. Tangannya ditarik agar dilepaskan dari pautan Risa. Risa teragak-agak melepaskan pautannya.
" Apa you cakap ni? Terkantoi apa?" tanya Risa berpura-pura tidak tahu. Sedangkan hatinya sedang menahan gelisah atas perbuatannya tadi. Aish tersenyum sinis. Pandai kau berlakon Risa!
" Honestly, tell me who's that man? Your part time boyfriend?" tanya Aish dengan merenung Risa tajam. Sekarang baru dia tahu apa punca gadis itu menjauhkan diri darinya. Cinta dimata gadis itu tak ubah seperti mainan.
" Ohhh.. lela..lelaki tu.. Lelaki tu kawan sekolah I dahulu," ujar Risa gelisah. Takut lelaki itu bakal meninggalkannya.
" Oh, I see. Why do you look so close to him? More than a friend," ujar Aish geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memberi pelempang kepada gadis itu. Namun ditahan sebaik mungkin.
Risa terasa jantungnya berdegup kencang. " Aish," panggil Risa manja dengan harapan lelaki itu bakal cair.
" Stop Risa. Start from now, you and me are nothing. Go ahead with your boy!" Jerkah Aish. Terkejut Risa mendengar kata-kata lelaki itu. Aish berjalan meninggalkan kekasihnya itu. Opps, bekas kekasih!
" Aish, please, jangan tinggalkan I," jerit Risa kepada Aish. Namun lelaki itu terus berjalan tanpa menghiraukannya.
" Eee, tak guna punya laki! Hancur plan aku! Macam mana aku nak balik ni?" tanyanya sendiri. Dia memandang ruang parkir kereta yang gelap. Dia terus berlalu dari situ kerana takut bersendirian.

*********************************************************************************

Aish masuk ke dalam rumahnya. Ruang tamu rumahnya sudah gelap menandakan isterinya sudah tidur. Dia bergerak ke dapur untuk minum air. Matanya terpandang lauk-pauk diatas meja namun dia tiada selera untuk menjamahnya. Hatinya masih lagi berasa pedih dengan kecurangan kekasihnya.

Dia berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas bersebelahan bilik isterinya. Langkahnya diberhentikan di hadapan bilik isterinya. Terasa hendak melawat isterinya. Pintu bilik isterinya dibuka.
Isterinya yang sedang membelakanginya di dekati. Dia terpaku. Buat pertama kalinya dia melihat Jannah tanpa tudung di kepala. Selama ini gadis itu langsung tidak membuka tudungnya dihadapannya dan dia langsung tidak berminat untuk mengetahui semua itu.

Rambut isterinya disentuh lembut. Diusap perlahan dan nafsu lelakinya mula berombak ganas.
Dia menarik nafas. Rasa tersekat penafasannya. Rambut isterinya dicium lembut. Lama ciumannya hinggap di kepala itu. Ciuman itu berlarutan ke leher isterinya namun pantas dia sedar. Dia bangun dan berjalan menuju ke pintu. Namun dia terhenti. Rasa berat hatinya untuk meninggalkan isterinya. Dia berpatah balik semula kepada isterinya dan tubuhnya direbahkan di samping isterinya. Dengan teragak-agak dia memeluk erat pinggang itu dan lena bersama isterinya berada dalam dakapannya. Tidurnya lena bersama isterinya.

Jannah
tersedar apabila jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Nasib baik hari ini dia 'cuti' kalau tidak pasti subuhnya terlepas. Terasa sesuatu yang berat pada pinggangnya. Dia cuba mengalihkan beban itu namun terasa ianya seperti erat di pinggangnya. Tubuhnya dikalihkan ke belakang. Terbeliak matanya melihat seseorang berada di sampingnya. Jannah mengelabah. Siapa lelaki ini? Perompak yang ingin mengambil kesempatan kah? Kalau perompak, sepatutnya melarikan diri! Wajah lelaki itu diamatinya dalam keadaan kelam. Dia terpana! Aish?!
" Kenapa ni sayang? Sejuk ke?" tanya Aish apabila merasakan ada pergerakan di sisinya. Langsung tidak menyedari ketika ini dia sedang memeluk isterinya.
Jannah kaku. Tidak tahu untuk membalas apa-apa. Tangannya terasa sejuk. Disebalik ketakutannya, dia masih terus merenung wajah suaminya. Kacak! Hanya itu yang dapat digambarkan pada matanya. Lelaki itu cukup sempurna fizikalnya namun sayang sikapnya tidak setampan wajahnya.

Aish membuka matanya apabila tiada sahutan daripada wanita di sampingnya. Buka
sahaja matanya, wajah Jannah terpamer di hadapan mukanya. Dia tersenyum dan matanya dipejamkan kembali. Berkerut dahi Jannah melihat suaminya tersenyum.
" Aish," seru Jannah lembut. Tangannya mengusap manja wajah Aish. Dia bagaikan sudah dapat merasa bahagia yang mungkin bakal dikecapinya kelak.
Aish membuka matanya semula. Wajah Jannah dihadapan mukanya membuatkan dia terkejut. Apa yang terjadi? Dia tertanya-tanya sendiri. Jannah yang pelik melihat lelaki itu terkejut pantas menarik semula tangannya.

" Macam mana aku boleh tidur dengan kau pulak ni?" tanya Aish bengang. Tubuhnya dibangunkan lalu duduk di birai katil Wajahnya diusap kasar. Dia sangkakan wanita yang bersamanya tadi ialah Risa. Aish mengeluh halus. Barangkali dia terlupa, Risa dengannya sudah tiada apa-apa hubungan lagi dan rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama gadis itu hancur musnah.

" Saya tak tahu macam mana awak boleh tidur dekat sini. Mungkin awak salah bilik," ujar Jannah. Dia turut duduk di atas katil itu.
Aish berdiri di sisi katil. Kepalanya dipicit-picit kemudian baru dia ingat dia yang masuk ke dalam bilik ini tanpa paksaan.
" Dahlah, aku nak keluar. Ada hal," ujar Aish dan ingin berlalu. Namun pautan tangan Jannah di lengannya membuatkan dia mematikan langkah. Jantungkan berdegup deras menerima sentuhan lembut itu.
" Semalam mama telefon. Dia kata dia nak datang hari ni dengan papa," kata Jannah lalu melepaskan pegangan apabila melihat renungan tajam Aish Ahsan.
" Oh. Ibu kau ada sekali?" tanya Aish jengkel.
Jannah menggelengkan kepalanya lalu tunduk. Aish tersenyum melihat gelengan itu.
" Baguslah dia tak datang. Aku tak nak rumah ni tercemar dengan bau orang kampung lagi. Cukuplah hidung aku ni tersumbat dengan bau kampung dari kau," hina Aish dengan tersenyum sinis.
Jannah yang sedari tunduk mengangkat kepalanya. Dia masih boleh terima jika dirinya ini dihina tapi kalau ibunya, dia tidak boleh terima. Wanita itu banyak mempertahankannya dan sering memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan rumah tangga ini.
" Saya bau kampung? Kalau saya bau kampung, tak kanlah awak tidur dengan lena sekali sambil peluk saya." Entah dari mana Jannah mendapat kekuatan untuk berkata sedemikian. Mata Aish membulat. Wah! Dah pandai menjawab. Peningkatan yang baik! Kutuk hati Aish.
Aish berjalan laju ke arah isterinya. Pipi isterinya dicengkam kuat.
" Hey! Kau jaga mulut kau! Kau kena ingat kalau bukan ibu aku tak kutip kau untuk jadikkan kau isteri aku, tak ada maknanya aku nak menghadap muka engkau 24 jam. Tak ingin tahu tak!" jerkah Aish dan melepaskan cengkamannya. Kalau boleh, ingin sahaja dia menampar isterinya, namun dia bukan lelaki yang kaki pukul.

Jannah hanya memandang Aish Ahsan yang berjalan keluar dari bilik. Dia menarik selimutnya melebihi dadanya. Kemudian dia menyembamkan wajahnya ke selimut itu. Esakannya bergema di bilik itu. Dia sangka dia bakal menerima kebahagiaan tak lama lagi, tapi sangkaannya meleset sama sekali. Selimut itu sudah lencun dengan air matanya. Biarlah dia menangis. Selama hidup berduaan dengan lelaki ini, ini lah air mata pertama yang dia jatuhkan.


" Assalamualaikum," ucapan salam di luar rumah mereka berdua menyentakkan lamunan Jannah.

" Jannah, mama dengan papa dah sampai," jerit Aish yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Pintu itu jaraknya hanya beberapa langkah sahaja dari tempat duduk Aish. Namun, sengaja dia ingin membiarkan isterinya yang membuka pintu.
" Jalan terkedek-kedek. Jalan cepat sikit. Mama dengan papa aku tengah tunggu dekat luar tu," kata Aish lantang bersama jelingan tajam kepada Jannah. Jannah yang menerima kata-kata itu pantas melajukan langkahnya.

"Jannah!" seru Datin Maria apabila wajah menantunya muncul di hadapan mukanya. Rindunya dia kepada gadis ini. Semenjak anak dan menantunya berpindah ke sini, sukar sekali Aish membawa menantunya ke rumahnya. Ada sahaja alasan yang diberikan Aish.

Jannah tersenyum kepada ibu mertuanya. Tangan dihulur dan dicium tangan ibu mertuanya itu. Tangan bapa mertuanya pun turut di salam sekali.
" Mana suami kamu, Jannah?" tanya Datuk Arsyad. Jannah membuka pintu rumah itu lebih luas. Apabila melihat anak lelakinya itu hanya duduk bergoyang kaki tanpa menyambut kehadirannya, dia menggelengkan kepala. Sampai bilalah nak jadi macam ni Aish! Gerutu hati tuanya.

" Hai, anak jantan, mama. Mama dengan papa datang ni, nak oiii," ujar Datin Maria dengan muka yang agak masam. Aish hanya tersenyum sahaja memandang mama dan papanya.

" Hehehe mama. Cerita best ni mama, tu yang lupa mama dengan papa dekat luar," ujar Aish dengan sengihan di bibir.
" Hmm, banyaklah alasan kamu ni, Aish. Menantu mama ni kamu bagi cukup makan ke tidak? Macam susut badan Jannah ni," kata mamanya sambil menepuk lembut bahu Jannah. Aish hanya mampu menggaru-garukan kepalanya. Kemudian dia tersengih.
" Hisy, mama ni. Cukup sangat mama. Duduk rumah besar macam ni, kalau tak cukup makan, menipu sangatlah mama," ujar Aish dan Jannah yang sepi di sampingnya di jeling. Jannah buat tidak tahu akan jelingan itu dan mempersilakan ibu dan bapa mertuanya duduk di sofa.
"Eh, Jannah nak pergi mana ni?" tanya Datin Maria apabila melihat menantunya ingin berlalu dari ruang tamu.
" Jannah nak hidang air ibu." Aish mencebik. Buat baiklah pula.
" Oh. Terima kasihlah Jannah. Ibu datang sini pun bukannya lama," balas Datin Maria sambil melihat sekilas wajah tidak selesa anaknya.

Jannah membancuh air di dapur. sekali sekala dia mengeluh. Entah sampai bila dia perlu bertahan dengan perkahwinan ini.

" Kau buat air ke kau termenung ni?" sergah satu suara berdekatan dengannya. Jannah menghadapkan badannya ke belakang. Terkejut dia apabila melihat lelaki itu sedang berdiri di hadapannya. hanya beberapa inci sahaja yang memisahkan mereka.
" Errr, awak nak apa dekat dapur ni?" tanya Jannah lembut. Wajah lelaki itu takut-takut untuk dipandang.
Aish hanya diam. Dia ralit memandang wajah ayu di hadapan matanya. Wajah gadis itu yang putih bersih mendatangkan keinginannya sebagai suami. Air liurnya ditelan berkali-kali. Kening gadis itu yang cantik terbentuk dipandang dengan penuh perasaan kemudian jatuh pula pada alis mata isterinya yang melentik dan menambahkan lagi kecantikan gadis itu. Hidung yang comel dan akhir sekali matanya memandang bibir gadis itu. Lama matanya berlabuh di situ apatah lagi apabila gadis itu membasahkan bibirnya. Bertambah mengganas keinginannya.

Jannah berasa tidak selesa direnung sebegitu. Air yang sudah siap dibancuh dan diletakkan ke atas dulang diangkat. Dia ingin berlalu dari situ. Namun belum sempat dia melangkah, dulang ditangan dipegang suaminya. Dulang itu diletakkan diatas kabinet dapur. Jannah tidak faham apa yang suaminya inginkan.

" Aish, awak nak apa?" tanya Jannah.
" Aku nak..nak.. kau," jawab Aish dengan desahan kasar. Pinggang gadis itu diraih secara tiba-tiba. Jannah yang tidak bersedia terus memaut leher Aish. Semakin berlari kencang jantung Aish apabila dadanya bersentuhan dengan dada isterinya.

Jannah terkebil-kebil dengan keadaannya sekarang. Dalam keadaan takut, ada perasaan bahagia apabila lelaki itu bertindak romantik kepadanya. Tangan yang memaut leher lelaki itu tidak dilepaskan.


Aish memandang lama wajah isterinya. Pipi gebu isterinya dipandang geram. Dia mendekatkan wajahnya kepada Jannah. Gadis itu hanya dia membantu. Bening mata isterinya direnung. Dengan perlahan, bibirnya berlabuh di bibir yang sungguh menarik perhatiannya. Lama bibirnya melekap di bibir gadis itu.


Jannah terkejut menerima kucupan hangat. Rasa hatinya dibelai lembut dengan kucupan itu. Indahnya hidupnya jika suaminya sudi memberikan belaian dan kasih sayang kepadanya seperti ini. Matanya dipejam rapat menghayati belaian suaminya. Pautan tangan di leher suaminya dieratkan lagi. Rambut lelaki itu diusap dengan penuh kasih.


" Ya Allah. Patutlah tak sampai-sampai airnya. Rupa-rupanya berasmaradana dekat sini rupanya," tegur Datin Maria dengan senyuman bahagia di bibir. bahagia dia melihat kemesraan anak menantunya.

Tersentak Aish dan jannah menerima sindiran daripada Datin Maria. Aish yang melihat tangannya sedang enak memeluk pinggang gadis itu pantas melepaskan pinggang gadis itu.

Jannah hanya diam sahaja. Bagaimanalah mereka boleh lupa akan kehadiran ayah dan ibu mertuanya? Dulang di kabinet dapur dicapai. Dengan senyuman malu, dia membawa dulang itu ke ruang tamu diekori oleh Datin Maria.


Aish mengeluh halus. Apa dah kena dengan aku ni? Dia melabuhkan duduk di kerusi makan. Rambutnya dilurut kasar. Dia tidak paham apa yang dia inginkan daripada gadis itu. Tapi kejadian tadi, buat dia rasa terbuai-buai. Aish tersenyum sendirian. Bibirnya disentuh lembut. Gadis itu orang pertama yang dikucupnya. Tangannya menyentuh lembut dadanya. Apa sebenarnya keinginan hatinya ini?


bersambung~

p/s: mls nk hbeskn dlu... nnti ade smbungnnya.. tinggl sikit je smbungnnye.. tp mls nk simpn citer ni dlm draft sbb dh brlmbk2 draft yg x trpublish... so tinggl sikit je nk hbes citer ni.. anyway spe yg bce ILYH msti thu Aish Ahsan adelh nme yg sme dgn watak ILYH...
Kalau ada salah, mohon maafkn lh ye.. lg pun citer ni dh lme x disemak.. ohhh! trok sgguh prangai...















3 comments: