Tuesday, 9 October 2012

I Love You, Hubby! 1



“ Aku terima nikahnya, Keisya Farina binti John Rayyan dengan mas kahwinnya tiga puluh ringgit tunai,” ucap Aish Ahsan sekali lafaz. Kata-kata sah dari dua orang saksi membuatkan semua orang menghela nafas halus. Aish Ahsan mengeluh halus dan dia memandang seketika kepada Keisya yang sudah sah menjadi milik mutlaknya. Apabila mata mereka bertemu, senyuman manis diberikan kepada isterinya. Namun senyuman itu tetap tidak dapat merubah ketegangan di wajah isterinya. Dia tertunduk melihat kedinginan isterinya.

Aish melakukan solat sunat syukur atas kejayaannya mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya sendiri. Wanita yang pada mata keluarganya langsung tidak mempunyai nilai. Namun baginya, sebaik sahaja melihat wajah wanita itu, seluruh hatinya bagaikan sudah diserahkan kepada gadis itu. Jujur, dia mencintai wanita itu ketika terpandang buat kali pertama.

Fina yang duduk bersila di sebelah Keisya tersenyum ceria melihat rakannya sudah berjaya menjadi isteri kepada lelaki itu. Tisu di tangan dibawa ke dahi Keisya dan dikesat peluh dingin yang merenik di dahi rakannya itu. Rasa hendak ketawa melihat wajah cemberut rakannya itu. Dah kahwin dengan mamat handsome pun, muka cemberut! Jual mahal kau ni Keisya, getus hati Fina.

Keisya meramas jarinya. Kelibat suaminya yang sedang melakukan solat sunat dipandang. Dia dapat merasakan jari-jarinya bagaikan sudah membeku kedinginan. Tisu yang berada di tangan Fina dirampas dan dia mengesat kesar peluhnya. Alahai! Kenapa aku nervous ni? Buat tak tahu sudahlah, rungutnya. Tisu ditangannya diramas kegeraman!

“ Relax Keisya. Kau jangan takut sangat! Aku pasti kau akan bahagia dengan mamat tu,” ujar Fina disebelahnya. Tangan Keisya digenggamnya perlahan. Keisya tersenyum pahit.

“ Hotak kau aku akan bahagia dengan dia! Kenal dia pun aku tak pernah. Tup-tup masuk meminang aku! He’s crazy okey,” kata Keisya dengan nada geram. Mana tak lelaki itu digelarnya gila. Mereka belum pernah bersua muka tiba-tiba lelaki itu menghantar rombongan meminang. Keluarganya pula bukan main setuju untuk menikahkan mereka. Alih-alih dia yang menjeruk hati. Masaklah kau Keisya bila dah jadik isteri orang, rungut hatinya.

“ Kau ni Keisya. Sopan sikit, kak! Dah jadik bini orang dah kau ni. Tak sangka aku,” ujar Fina ditepi telinga Keisya. Keisya menjeling geram Fina.

“ Kenapa kau tak sangka? Apa kau ingat perempuan macam aku ni tak laku ke? Excuse me, kalau kau nak tahu, aku boleh bariskan beratus-ratus laki yang minatkan aku, okey!”ujar Keisya bongkak. Fina disebelah sudah membuat gaya ala-ala hendak muntah. Perasan cantik betul minah ni.. Tapi memang cantik pun. Huhuhu…

Keisya makin berdebar apabila Aish Ahsan semakin mendekatinya untuk pembatalan air sembahyang. Kakinya yang bersimpuh ayu terasa kebas. Senyuman manis dari suaminya tidak mampu untuk mengendurkan ketegangan pada wajahnya. Dia hanya menunduk sahaja sambil menanti suaminya berada di sisinya. Asal aku rasa lambat je ni? Slow motion ke apa? Getus hatinya.

Keisya tersentak apabila terasa jarinya disentuh lembut oleh tangan kasar dan dirasakan jarinya telah disarungkan sebentuk cincin. Dia memejamkan matanya erat. Tiba-tiba dia terasa sikunya disenggol.
“ Kau pejam mata apahal? Salam suami kau tu. Berangan je tahu,” bisik Fina ditepi telinganya. Keisya pantas membuka matanya dan tangan suaminya didekatkan ke bibirnya. Dengan separuh rela, tangan yang akan membimbingnya diciumnya lembut. Keisya terasa dagunya dipagut lembut dan matanya merenung wajah tampan suaminya. Matanya direnung lembut suaminya. Sempat dia menjeling sekilas pada cincin di jari manisnya. Wow, nice and simple! Bisik hatinya.

Aish dengan perasaan berbunga di hati mencium lembut dahi isterinya. Lama bibirnya menyinggahi dahi mulus isterinya. Flash camera menyinari isi masjid itu. Namun ciuman itu bukan sekadar disitu sahaja.

Keisya tersentak. Orang ramai yang berada di situ turut tersentak apabila suaminya mengalihkan ciuman ke pipinya. Pipinya yang berblusher makin kemerahan. Orang ramai mula berbisik mengusik. Terasa hendak dihempuk sahaja kepala suaminya yang mencium pipinya. Entah siapa bagi greenlight!

Aish Ahsan bersiap sedia untuk majlis persandingan mereka setelah diijab kabulkan pagi tadi. Sampingnya disarungkan ke tubuh yang sudah lengkap berpakaian pengantin.

“ Aish,” tegur satu suara.

Aish memandang kearah pintu apabila melihat ibunya sedang tersenyum manis kearahnya. Senyuman itu dibalasnya lembut. “ Masuklah ibu,” pelawa Aish yang masih berdiri di hadapan cermin. Puan Katijah masuk ke kamar itu. Wajah bahagia anaknya direnung sayu.

Aish yang ralit membetulkan sampingnya di hadapan cermin terhenti apabila melihat ada air mata yang menitis di pipi ibunya melalui pantulan cermin itu. Dia mengalihkan badannya ke belakang. Tangan ibunya diraih. Dikucup penuh kasih tangan itu dan tangan itu diletakkan di pipinya. Air mata ibunya dikesat.

“ Ibu, janganlah menangis. I’am still here. Hari ini kan hari bahagia anak ibu. Ibu senyumlah sikit untuk Aish. Jangan buat Aish rasa bersalah, ibu,” pujuk Aish dan tangannya kini beralih pada pipi ibunya. Dia tidak ingin air mata ibunya memberikan sejuta penyesalan kepadanya. Sebelum bernikah, memang dia sudah nekad untuk mengahwini gadis itu.

Puan Katijah mengangguk. Tangan anaknya digenggam erat. Bagaimana dia tidak bersedih apabila anaknya mengahwini wanita yang pada matanya banyak cacat celanya. Dia masih ingat lagi anaknya menunjukkan gambar menantunya sebelum bernikah. Rasa hendak luruh jantungnya apabila melihat perempuan pilihan anaknya itu terlampau mencolok mata pakaiannya. Dia tidak ingin anaknya menjadi ketua kepada wanita yang mungkin boleh menyeret anaknya ke lembah neraka jika tidak dididik betul.

“ Sekali lagi ibu tanya, kenapa Keisya yang jadi pilihan Aish?” tanya Puan Katijah masih tidak berpuas hati. Aish tersenyum mendengar pertanyaan ibunya. Ibunya seorang ini memang tidak mengenal erti berputus asa.

“ Ibu, Aish cintakan Keisya dan perasaan itu lahir dari hati ini. Bukan kerana rupa Aish mencintainya, namun ada kebaikan yang tersimpan dalam diri dia yang buat Aish rasa Aish ingin membimbingnya. Walaupun Aish sedar, Aish tidaklah sehebat Rasulullah untuk mengemudi bahtera ini ibu. Tapi ibu kena yakin, anak ibu ini boleh. Ibu juga kena yakin, dia boleh jadi menantu yang baik untuk ibu,” ucap Aish dengan mata yang berkaca-kaca. Tangan ibunya dicium berkali-kali seakan meminta pengampunan sekiranya dia sudah melakukan kesalahan yang besar.

“ Jika itu yang Aish mahu, ibu hanya mampu beri sokongan kepada Aish. Didik dia sebaik mungkin. Jangan berkeras sekiranya dia menduga Aish,” pesan Puan Fatimah. Dia risau sekiranya ego anaknya tercabar suatu hari nanti kerana sikap menantunya.

“ InsyaAllah, ibu.”

Ketukan pintu bilik mematikan perbualan mereka. Kakaknya, Amira tersenyum melihat adiknya yang kacak. “ Amboi! Bukan main berseri-seri akak tengok. Untunglah orang tu kahwin dulu daripada akak,” seloroh Amira. Aish yang sudah siap bertanjak ketawa geli hati.

“ Lebih baik Aish kahwin dulu daripada tunggu akak yang tak tiba-tiba calonnya,” kutuk Aish bersahaja. Amira menyeringai geram kepada adiknya. Puan Katijah hanya mampu menggeleng.

“ Dah-dah. Akak datang bukan nak melayan Aish tapi nak ‘jemput’ adik akak pergi bilik pengantin perempuan,” ujar Amira. Aish tersenyum apabila memikirkan kecantikan isterinya yang pasti menyerlah dengan solekan Mak Andam yang diupahnya.

“ Tak payah nak senyum-senyum seorang diri. Dah jom,” ajak Amira.

Keisya yang sudah siap berdandan sedang duduk di kerusi meja solak. Veil nya dibetulkan. Rambutnya yang keperang-perangan di betul-betulkan ala kadar. Rasa berdebar pula untuk munculkan diri di hadapan tetamu di luar sana. Dia memandang wajahnya yang cantik di cermin.

Aku dah kahwin. Macam mana aku nak teruskan hidup aku dengan perkahwinan bodoh ni? Aku tak boleh terima aku kahwin dengan umur aku yang baru 22 tahun. Oh! Mengarut!

“ Hai, sayang,” tegur satu suara. Keisya kaku di duduknya. Dia amat mengenali suara itu. Keisya tersentak melihat seseorang yang sedang berdiri di tepi pintu. Dia menjadi kalut. Kalut sangat! How can he be at my wedding? Ah! Please someone tell me this is a nightmare!
Sekarang ni dia perlukan Fina. Terasa hendak menjerit sahaja memanggil Fina untuk menyelamatkannya. Janganlah dia buat kecoh dekat wedding aku ni!

1 comment:

  1. BARU BACA DAH RASA BEST SANGAT CERITA NIE..HIHIHI

    ReplyDelete