Tuesday, 9 October 2012

I Love You, Hubby! 3 Pt.1



Assalamualaikum... bab 3 pt 1 dh update.... dh bkk blog, kne bce okey... trimass you allsss!

Aish Ahsan mencelikkan matanya. Azan yang berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan rumah Keisya sayup-sayup didengarinya. Dia menggeliat malas diatas sofa. Tubuhnya segera dibangunkan dan duduk menyandar di sofa itu. terasa sakit pinggangnya tidur di sofa yang bersaiz agak kecil itu. Lagi-lagi tubuhnya ini langsung tidak sesuai untuk baring di tempat yang begitu. Lainlah kalau tubuh seperti Keisya, pasti tiada masalah untuk baring di sofa itu. aish bangun dari sofa dan melangkah longlai menuju ke bilik air di bilik itu.
Dia melangkah keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian. Keisya yang masih lena di atas katil bersaiz queen itu didekati. Tenang sekali wajah itu dalam tidur. Tangannya di dekatkan ke kepala Keisya. Namun apabila mengingatkan wuduk yang telah diambil, pantas dia menarik semula tangannya.
“ Sayang, bangun sayang. Solat subuh,” kejut Aish sambil tangannya mencuit bahu Keisya yang tertutup. Namun tiada respons positif daripada Keisya. Hanya rengekan malas sahaja yang kedengaran.
Aish tersenyum manis melihat Keisya. Keisya… Keisya, seru hatinya. Dia berhenti daripada mengejutkan isterinya. Solat subuh dilakukan dahulu kemudian isterinya baru dikejutkan.

Dahi Keisya berkerut. Rambutnya yang berserabai digaru kasar dengan mata yang terpejam. Gangguan orang yang sedang membaca Yasin membuatkan dia tidak lena untuk tidur. Namun yang peliknya, bacaan Yasin itu bagaikan terlalu dekat dengannya. Dengan hati yang mendongkol geram, dia mencelikkan matanya.
“ Hey! You ni kenapa hah? Pagi-pagi buta macam ni baca Yasin dekat tepi telinga I! You ingat I dah mati ke apa?” marah Keisya. Macam mana dia tidak marah apabila melihat suaminya sedang membaca Yasin di sisinya. Bagaikan dia ni orang yang sedang nazak sahaja sehingga dibacakan Yasin.
Aish tersenyum. Dia tidak marah melihat isterinya memarahinya. Memang patut isterinya memarahinya kerana lenanya terganggu tetapi hanya cara itu sahajalah isterinya itu akan bangun untuk menunaikan solat.
“ Assalamualaikum, sayang. Good morning,” ucap Aish tanpa membalas bebelan isterinya. Yasin di tangan diletakkan di meja lampu tidur. Keisya yang sedang merenungnya tajam dipandang kasih. Rambut isterinya dielus lembut.
“ Sayang, sekarang dah pukul enam setengah pagi. Bangun sayang solat subuh. Nanti terlepas,” ujar Aish memujuk. Keisya mencebik mendengar ajakan suaminya. Bantal di capai dan mukanya ditekup dengan bantal. Malas mahu mendengar dan memandang wajah suaminya yang menyesakkan pandangan matanya.
Sikit-sikit solat. Tak ada kerja lain agaknya untuk suruh aku buat. Solat tu esok-esok aku buatlah nanti. Tak matinya aku esok. Bentak hatinya.
“ You ni sikit-sikit solat. Sikit-sikit solat. You jaga solat you tu cukuplah. Tak payah nak sibuk tentang solat I. solat tu esok-esok I boleh buat,” ujar Keisya berang. Dia pantang jika ada orang yang mengganggu lenanya. Sudahlah semalam dia tidur lambat akibat matanya sukar sekali untuk dipejamkan. sekarang, suaminya menyuruhnya bangun untuk solat. Huh!
“ Sayang, please bangun. Solat subuh sayang,”pujuk Aish lagi. dia tidak henti-henti meminta gadis itu untuk bangun. Lagi pun ini tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Mendidik seorang isteri yang sudah hanyut di dalam dunia yang lain.
Keisya rimas dengan pujukan suaminya. Bila matanya hendak terlelap, ada sahaja yang dilakukan Aish. Dengan perasaan yang membengkak, dia bengun secara mengejut dan duduk bersandar di kepala katil. Aish agak terkejut melihat Keisya yang bangun secara tiba-tiba. Bagaikan mumia tingkah laku isterinya dengan rambut yang berserabai. Tanpa sedar, ada senyuman di bibirnya.
“ You kenapa nak senyum-senyum pulak ni? Sukalah tu I bangun,” bebel Keisya dengan tangan yang sedang cuba meluruskan rambutnya.
“ Tiada apa yang menggembirakan bagi abang. Cukuplah sekadar awak terus berada di sisi abang dan setia mentaati abang,” ujar Aish melalut jauh bersama senyuman manis di bibir. Keisya berpura-pura tidak dengar kata-kata suaminya. Dia tidak suka mendengar kata-kata dari bibir suaminya. Baginya, perkataan suaminya ada aura yang membuatkan orang tertarik selalu. Urgh! Bahaya!
“ Ah, dah! You tak payah nak jual ayat you tu dekat I. Tak laku!” ujar Keisya lalu berdiri di sisi katilnya. Wajah Aish dijelingnya bagaikan meluat melihat wajah itu. Dia ingin berlalu dari situ namun ada yang menghalang. Genggaman erat Aish pada lengannya membuatkan dia berpaling.
“ Abang akan sentiasa berada di sisi sayang. Hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan beribu-ribu tahun akan datang, hanya Keisya Farina. Hanya satu nama yang terpahat kuat dalam hati abang. Bantu diri sayang untuk pahat nama abang. Abang mohon, sayang,” bisik Aish sayu di telinga Keisya. Tatkala ini hati Aish sedang gelisah. Mimpinya malam tadi semakin segar di ingatan. Dalam mimpinya, Keisya menangis hiba dan berlari jauh meninggalkannya. Puas dia mengejar, bayang tubuh isterinya tetap tidak dijumpainya. Itu yang dia takut. Takut untuk kehilangan isterinya.
Keisya kaku dalam bisikan Aish. Dia memejamkan matanya bagaikan lelaki yang dicintainya yang membisikkan kata-kata itu. Tapi siapakah lelaki yang dia cintai? Si dia? Tak mungkin si ‘dia’ akan berpaling kearahnya semula setelah hati lelaki itu dilukainya.
“ Cukup Aish. Jangan minta I lakukan semua itu. I tak akan lakukan semua itu. Nama you, belum ada dalam hati I walaupun setakat bayang sahaja,” ujar Keisya lalu memedihkan hati Aish yang mendengar.
“ You suruh I solatkan tadi? So, lepaskan tangan I,” ujar Keisya sinis. Aish dengan hati yang pedih melepaskan tangan gadis itu. dia hanya mampu memandang tubuh itu yang mula menghilang di dalam bilik air.
 
Abang tetap akan tunggu, sayang. Tunggu cinta daripada sayang. Jika Allah sudah gerakkan hati itu hanya membisik nama abang, sejauh mana abang pergi, sayang pasti tidak akan merelakannya. Abang akan pastikan itu terjadi. You’re the only one can flutter my heart easily, Keisya.

P/s: thnks for read it.. kalau rjin, sila bawa jari anda ke papan taip dan silap taip di ruang komen yg disediakn okey...

7 comments:

  1. best & lain drp yg lain.. xsabar nak baca next entry...keep it up! =)

    ReplyDelete
  2. thanks for read it... sye akn smbung bab setrusnye scpt mgkin...

    ReplyDelete
  3. caring, loving n protecting.... suami mithali

    ReplyDelete
    Replies
    1. (^-^)... anyway thnks for read it and sudi mgomen..

      Delete
  4. aneh betul mentaliti si keisya.dapat suami yang baik tak dihargai.sepatutnya si aish tu biarkan keisya tu buat sementara.biar isteri dia tahu apa tu rasa kehilangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. yup... akhirnya dpt jugk sye bce komen yg mcm ni.. ^_^.. jgn risau, nnti Keisya akan rse kehilangn tu sume.. hehe..

      Delete