Friday 19 October 2012

I Love You, Hubby! 3 pt 2



Assalamualaikum... weeeee.... bab 3 dh update.. suke x? suke x? okeyyy ni bab 3 pt 2.. after that, tros masuk bab 4.. sile2 lah yek bce... bce jgn x bce...  lps ni, aisya akn smbg crite BPHS pule utk bab 6... and then smbg Jiranku, cintaku! pula.... so, sile2kn bce okk... mempersembahkan....




Keisya berjalan menuruni tangga menuju ke ruang makan. Di ruang makan, semua orang sedang berkumpul menunggunya. Aish yang melihat isterinya tersenyum. Namun senyuman mula pudar apabila melihat pemakaian Keisya. Nafasnya sesak. Jika dia yang melihat sudah mula berasa lain macam, apatah lagi saudara mara lelakinya. Pasti mereka juga turut merasa geloranya.

“ Good morning, ma, pa,” ucap Keisya manja. Pipi papa dan mamanya dikucup sayang. Saudara mara dari pihaknya dan pihak Aish hanya dilemparkan senyuman. Kerusi meja bersebalahn dengan Aish ditariknya. Dia hanya meleparkan senyuman biasa apabila Aish senyum kearahnya. Hatinya masih lagi tawar.

“ Oleh kerana semua orang sudah berkumpul dekat sini, mari lah kita mulakan makan,” ujar Encik John kelat. Rasa malu melanda hati tuanya melihat kerenah manja namun pakaian anaknya itu lagi menambahkan rasa malunya. Sebelum makan, Aish telah membaca doa di ruang makan itu.
Keisya menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan lauk udang masak sambal mamanya dicedoknya.. Sarapan pagi hari ini benar-benar buatkan dia tidak memikirkan lagi diet yang sedang diamalkannya. Makanan di hadapannya ini benar-benar ‘menggoda’.
Aish hanya memandang sahaja lauk dihadapannya. Dia masih menunggu langkah dari isterinya. Menunggu isterinya untuk melayannya di meja makan. Pinggannya yang kosong ditenung. Dia menjeling Keisya yang sedang menuang air ke dalam gelas. Apabila tiada langsung langkah dari isterinya, Aish yang memulakannya dahulu.

“ Sayang, tolong ambilkan nasi untuk abang,” ujar Aish lembut. Keisya memandang Aish pelik. Hai, nasi dekat depan mata pun nak suruh aku ambil. Mengada-ngada. Gerutu hati Keisya. Mangkuk kaca yang berisi nasi dicapainya Keisya dan dicedokkan nasi untuk Aish.
“ Eh sayang. Cukup-cukup. Banyak sangat ni,” kata Aish sambil memegang tangan isterinya yang ingin meletakkan nasi ke dalam pinggannya. Penuh pinggannya dengan nasi yang diberi isterinya.
“ Eh, banyak sangat ke you? You kena makan banyak, baru I tak lari, sayang,” kata Keisya gedik. Sesenduk nasi ditambah lagi ke dalam pinggan suaminya. Apabila melihat nasi suaminya sudah tinggi melangit di dalam pinggan, dia meletakkan kembali mangkuk nasi. Puas hatinya melihat wajah cuak suaminya.
“ You nak sambal udang tak?” tanya Keisya lalu mengambil mangkuk kaca yang berisi lauk tersebut.
“ Errr, nak. Tapi abang nak sedi..”
“ You nak bayak sambal udang? Okey,” potong Keisya sambil meletakkan enam sudu sambal dan hanya tiga ekor udang.

Aish menelan air liurnya. Dia bukan mahu banyak tapi mahu sedikit sahaja. Sudahlah dia tak tahan pedas. Dia memandang isterinya yang sedang enak makan nasi lemak di pinggannya itu. Apabila mata mereka bertembung, dia melihat isterinya tersenyum puas ke arahnya. Main-main ye sayang dengan abang! Gerutu hati Aish dan sudu di pinggannya dicapai. Sebuah rancangan sudah bermain-main di fikirannya. Dengan lafaz bismillah, nasi itu dibawa ke mulut takut-takut. Ya, Allah! Lindungilah perutku!

Puan Katijah memandang sayu anak lelakinya yang terpaksa melayan kerenah Keisya. Dia tahu, gadis itu sengaja meletakkan nasi dan sambal yang banyak.  Keisya dipandangnya marah! Inikah cara gadis itu melayan suaminya? Kenapa gadis ini yang menjadi pilihan anaknya kenapa bukan gadis lain? Dia tidak melihat langsung kebaikan dalam diri gadis itu. Lihat pakaian gadis itu, berseluar jean yang terlalu sendat dan baju tanpa lengan yang menampakkan lurah. Pening kepalanya melihat pemandangan yang menyesakkan matanya itu.

“ Eh, kak Tijah nak pergi mana? Nasi belum habis dimakan lagi,” tegur Puan Kaisyah apabila melihat besannya sudah bangun dari duduk. Adakah keletah anaknya itu membuatkan Puan Katijah berasa tidak selesa?
Puan Katijah tersenyum pahit kepada besannya itu. Wanita dihadapannya ini baik tapi sayang, anak mereka tidak terdidik dengan betul.
“ Akak  tiba-tiba rasa pening kepala. Rasa berdenyut-denyut kepala ni. Akak nak naik atas dululah, Kaisyah,” pinta Puan Katijah lembut. Semua mata memandangnya risau kecuali Keisya. Gadis itu begitu asyik dengan makanan di hadapannya. Sikap gadis itu membuatkan Puan Katijah makan hati. Jujur, selama ini hatinya langsung tidak merelakan gadis itu menjadi menantunya. Namun kerana sayang anaknya terhadap gadis itu, dia merelakannya.
“ Akak naiklah atas. Risau saya tengok akak. Kalau bertambah melarat, bagitahu saya ye kak.”
Aish yang risau melihat ibunya bersuara. “ Mari Aish teman ibu naik ke atas,” ujar Aish lembut lalu bangun berdiri. Puan Katijah tersenyum melihat kebaikan yang ingin dihulur anaknya itu. Kenapa Aish pilih isteri macam Keisya? Ibu tak mahu melihat dosa-dosanya menghempap kamu, Aish. Hati tuanya merintih.
“ Tak apalah, kamu pergi makan. Dekat sahaja bilik ibu,” halang Puan Katijah. Aish mengeluh halus.
“ Betul cakap ibu, you tu.  You makan dulu. Lagi pun bilik ibu dekat sahaja,” sokong Keisya. Dia tak mahu suaminya itu mengikut ibu mertuanya. Dia mahu melihat suaminya itu menghabiskan nasi di pinggan itu. Kata-katanya itu telah disalah ertikan oleh ibu mertuanya.
Dengan berat hati, Aish melepaskan ibunya menuju ke bilik. Dia tahu, ibunya pasti tidak suka akan sikap isterinya di meja makan. Maafkan Aish, ibu. Aish janji, Aish akan didik dia dengan sebaik mungkin. Aish janji, ibu. Keisya yang berada di sebelahnya dipandang. Abang tak pernah menyesal memilih sayang kerana ini jalan yang abang pilih.

Aish mengetuk pintu bilik ibunya. Dia ingin mengajak ibunya untuk turut serta sekali dalam perkelahan di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat. Saudara-mara pihak isterinya dan pihaknya juga turut serta sekali.
“ Masuklah Aish. Ibu tak kunci pun pintunya,” ujar Puan Katijah dari dalam bilik. Aish membuka pintu bilik dan tersenyum kearah ibunya yang sedang berbaring di katil.
“ Ibu dah okey?” tanya Aish. Pertanyaannya hanya dijawab dengan anggukan.
“ Ibu, kejap lagi semua orang hendak pergi berkelah di Hulu Langat. Saudara-mara kita pun ikut sekali. Jom, ibu ikut kami berkelah,” ajak Aish ceria. Punggungnya dilabuhkan di katil itu. Puan Katijah hanya tersenyum kemudian dia menggeleng.
“ Ibu tak nak ikutlah Aish. Ibu nak rehat kalau boleh. Ibu rasa penat pula. Entah apa puncanya.” Aish mengeluh halus. Perasaan bersalah terhadap ibunya semakin mencengkam kuat hatinya.
“ Kenapa ni ibu? Kenapa tiba-tiba je pula rasa penat? Ke sebab Keisya?” tanya Aish serba salah. Tangan ibunya digenggam lembut. Wajah ibunya direnung sayu. Dia berharap, agar restu dari ibunya akan terus berpanjangan.

“ Eh, Aish ni. Apa kena mengena pula dengan Keisya? Tak ada kena mengenalah,” nafi Puan Katijah. Sedangkan apa yang dikatakan anaknya itu benar.
Aish menundukkan kepalanya. Dia perasan akan perasaan kurang senang ibunya terhadap Keisya yang memberi layanan yang kurang baik terhadapnya di meja makan. Wajah tidak puas hati ibu di meja makan sebentar tadi jelas di matanya. Dia tahu, isterinya masih belum diterima sepenuhnya oleh ibunya. Namun, apa yang boleh dia lakukan selain terus berdoa agar hubungan antara ibunya dan isterinya akan terjalin lebih rapat.

“ Ibu, Aish faham. Kehadiran Keisya dalam keluarga kita langsung tidak diinginkan ibu. Aish minta ampun sangat, bu. Cuma satu sahaja Aish minta, tolong restui perkahwinan kami, bu. Sebelum menikahi Keisya ibu, Aish sudah yakin dia memang jodoh untuk Aish ibu. Aish akan cuba sedaya upaya menjadi seorang pemimpin untuk Keisya. Aish perlukan sokongan ibu untuk bantu didik dia juga ibu,” ujar Aish sebak. Tangan ibunya dicium bertalu-talu dan dilekapkan ke pipinya.
Puan Katijah memalingkan wajahnya dari memandang wajah Aish. Air matanya menitis. Sungguh dia berdosa kerana cuba menolak percaturan Allah selama ini. Tapi hatinya ini masih lagi tidak dapat menerima gadis itu lagi. Dalam doanya siang dan malam, dia sentisa mengharap anak-anaknya mendapat segala kebaikan di dunia ini. Namun, jodoh anak lelakinya tidak sebaik yang dia inginkan.

Keisya mengemas barangnya yang perlu dibawa untuk pergi berkelah. Seluarnya sudah digantikan dengan seluat track suit. Jaket kulit berwarna hitam disarungkan ke tubuhnya. Wajahnya yang sudah 
semula jadi cantik ditepek dengan blusher untuk menaikkan seri wajah.

“ Dah siap?” tegur Aish yang sedang bersandar di muka pintu. Dari tadi dia sudah berdiri di situ namun gadis itu tidak menyedari kehadirannya.
“ Err.. hampir siap,” balas Keisya teragak-agak. Dia memandang tubuh Aish yang hanya berT-shirt putih berkolar serta berseluar jean. Nak mandi dekat air terjun pakai seluar jean jugak ke?
Aish berjalan masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan renungan pelik daripada Keisya. Beg pakaiannya dicapai dan seluar trak suit yang sama jenis dengan isterinya dikeluarkan.
“ Keisya,” panggil Aish kepada keisya yang sedang duduk termenung di hadapan meja solek. Aish menunjukkan seluarnya kepada Keisya. Keisya mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“ Tak apalah kalau sayang tak paham,” balas Aish dengan senyuman yang terukir di bibir. Keisya makin tidak memahami lelaki itu.
Aish berdiri di sebelah katil mereka. Tali pinggang yang melilit pinggangnya dilonggarkan dan pencangkuk seluarnya dibuka. Keisya menelan air liur. Baru dia faham apa maksud lelaki itu menunjukkan seluar kearahnya. Rupa-rupanya dia hendak menyalin seluar. Pantas dia berdiri dan ingin berlalu keluar.
“ Sayang nak ke mana pula? Temankanlah abang kejap,” kata Aish. Dia sengaja ingin mengusik gadis itu. Ingin membalas perbuatan isterinya di meja makan tadi.  Keisya menelan air liur. Rasa pelik pula apabila mendengar lelaki itu berkata sedemikian.

Tanpa berlengah, Keisya mendekati pintu dan tombol pintu itu dipulasnya. Lebih baik dia keluar sebelum dia melihat yang tidak sepatutnya.

“ Sayang nak pergi mana ni? Abang kan suruh teman,” ujar Aish lalu pinggang isterinya diraih. 
 Keisya terkedu. Dia cuba melepaskan pelukan lelaki itu namun lelaki itu makin mengeratkan lagi pelukan.

Aish terbuai-buai dengan haruman rambut Keisya. Bau shampoo yang dipakai isterinya benar-benar memikat hatinya. Tangan sasanya dibawa ke rambut Keisya lalu dielus lembut. Lembut sekali rambut itu bagaikan sutera. Rambut itu dibawa ke hidungnya namun belum sempat dia menikmati haruman rambut isterinya Keisya pantas melepaskan diri.
Berdebar-debar jantungnya dengan perlakuan lelaki itu. Dia membalas renungan lembut suaminya. Renungan itu bagaikan ingin meminta belaian dan kasih sayang darinya. Namun dia belum ada semua itu untuk suaminya. Tombol pintu dipulas dan dia berlalu keluar dari bilik itu.
Aish Ahsan hanya mengeluh halus. Seluar jeansnya segera diganti dengan seluar track suit itu. kemudian dia duduk termenung di birai katil. Rambutnya diramas kasar. Batinnya sungguh terseksa apabila bersama dengan gadis itu. jika diikutkan kehendak hatinya, boleh sahaja dia memaksa gadis itu namun dia bukan lelaki yang sebegitu.



JASON Harris mengheret beg rodanya menuju ke luar lapangan terbang. Sampai sahaja diluar, dia menghela nafas halus. Sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki ke Malaysia. Rindu rasanya dengan cuaca di Malaysia. Duduk di Melbourne membuatkan  dia sentiasa gelisah memikirkan seseorang yang dicintainya di Malaysia ini. Beg rodanya dibawa menuju ke tempat menunggu teksi.
“ Harris!” panggil seseorang. Harris yang sedang mendengar walkman pantas mengalihkan pandangan di sisinya. Teman rapatnya, Elman, dilemparkan senyuman. Sudah lama dia tidak bertemu dengan lelaki ini. walaupun berbeza haluan hidup dan bangsa, mereka tetap boleh bersatu menjadi seorang kawan.

Tubuh Elman dipeluknya erat. Bahu sasa rakannya ditepuk mesra.

“ Wah, makin handsome abang kita sekarang,” ujar Elman sambil menggosok kepala Harris. Harris hanya tersenyum.
“ Kau pun apa kurangnya aku tengok. Dulu kurus cekeding, sekarang dah tough badan,” balas Harris. Beg rodanya diangkat oleh Elman namun pantas Harris menghalang.
“ Biarlah bro aku angkat. Kau mesti tengah penat sekarang ni kan,” ujar Elman. Harris membiarkan sahaja temannya itu mengangkat begnya itu.
Pintu kereta Honda Accord milik Elman dibukanya. Tubuhnya yang agak lesu disandarkan ke kerusi penumpang di sebelah pemandu. Elman hanya membiarkan sahaja Harris bersandar sebentar.
“ Kau lapar tak, bro? Kalau lapar kita singgah makan,” ujar Elman lalu menghidupkan enjin kereta. Harris yang memejamkan matanya untuk seketika memandang rakannya disebelah.
“ Terserah lah dekat kau. Aku tak kisah,” balas Harris lalu memejamkan semula matanya. Elman yang ingin bertanya lagi tidak jadi meneruskan pertanyaannya apabila melihat Harris yang sedang kepenatan. Nanti-nanti sahajalah aku tanya! Gerutu hatinya.

“ So, macam mana life kau dekat Melbourne?” tanya  Elman kepada Harris yang merupakan atheist. Walaupun lelaki ini tidak beragama, itu tidak bermakna dia tidak boleh bersahabat dengan lelaki ini. Lagi pun, Harris ini bukan lelaki yang suka berfoya-foya di luar sana.
Harris yang sedang memandang sekeliling restoran makanan barat itu memandang wajah rakannya itu.  
“ Biasa-biasa sahajalah El aku dekat sana. Macam aku duduk dekat Malaysia seperti dua tahun lepas,” balas Harris perlahan. Hatinya masih lagi kecewa dan pedih dengan kisah dua tahun yang lepas itu. Namun, bukan mudah untuk dia melupakan semua itu. Perasaannya masih sama lagi seperti dua tahun yang dahulu itu.
“ Come on, bro. kau masih ingat dia lagi ke?” tanya Elman sambil menghadiahkan senyuman kepada pelayan yang mengambil pesanan. Perbualan mereka terhenti sebentar kemudian bersambung balik setelah pesanan diambil.
“ Untuk lupakan dia, bukan cukup untuk mengambil masa dua tahun. Mungkin dia kekal dalam hati aku,” ujar harris sambil tangannya menyentuh skrin Samsung Galaxy nya. Dia ingin memberitahu kepada keluarganya yang dia sudah tiba di Malaysia. Ketika sampai di lapangan terbang, dia terlupa pula hendak memaklumkan ketibaannya.
“ Aku ingatkan kau dah lupakan dia. Lagi pula, buat apa kau nak ingatkan perempuan tu lagi? dia dah lukakan hati kau bro. Wake up, bro. Dia tu playgirl. Tak cukup dengan seorang lelaki sahaja.”
Harris ketawa mendengar kata-kata Elman yang agak kelakar pada pendengarannya. Selalunya, lelaki sahaja yang tidak setia dan tidak cukup dengan seorang perempuan. Tapi kini dalam hidupnya, dia terjebak dalam percintaan dengan seorang gadis playgirl. Sekali lagi dia mengeluh.
“ Itu mungkin dahulu dia memang playgirl. Siapa tahu sekarang dia dah berubah?” tingkah Harris. Elman hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Harris yang masih ingin mempertahankan gadis itu.
“ Terserahlah dekat kau Harris. Yang penting jangan kau terluka lagi sekali sudahlah. Aku tak sanggup tengok kau siang malam termenung bila kecewa,” ujar Elman sayu. Lelaki dihadapannya ini seorang yang tabah namun bila berbicara mengenai gadis yang dicintainya, ketabahn lelaki itu melayang hilang.
“ Thanks Elman. Kau sentiasa jadi penyokong untuk aku,” ujar Harris terharu.
“ Anyway, kau ada dengar cerita pasal dia tak?” tanya Harris masih mengenai topic yang sama. Elman mengeluh kasar. Tak puas hati dengan Harris yang masih ingin membangkitkan cerita yang sama.
“ Aku ingat dah habis dah cerita pasal dia, rupanya ada lagi,” balas Elman sedikit geram. Harris ketawa kecil mendengar kata-kata rakannya itu.
“ Sekali kau buka cerita pasal dia, aku tak akan berhenti tanya mengenai dia, El,” balas Harris sambil menongkat dagu diatas meja.
Elman hanya diam. Dari dulu sehingga sekarang, lelaki ini tidak pernah puas bercerita dan mengadu mengenai gadis itu kepadanya.
“ Aku tak ada dengar pula cerita pasal dia, bro. Aku dengar dia dah pindah kolej selepas kau pergi Melbourne,” balas Elman. Kenyataan itu mengejutkan Harris.
“ Eh why dia pindah kolej?” tanya Harris terkejut.
 “ Aku pun tak tahu apa sebabnya,” kata Elman lalu menyedut minuman di meja yang baru tiba.

Harris memalingkan wajahnya ke arah pintu restoran itu. hatinya sedikit hampa. Baru sahaja dia ingin menjejaki gadis itu di kolejnya dahulu. Namun, perkhabaran dari Elman membuatkan dia rasa kecewa kerana gadis itu mungkin sedang jauh darinya sekarang ini. Dia memandang skrin Samsung Galaxy nya. Wajah seorang wanita terpampang di handphone nya itu.

4 comments: