Sunday, 25 August 2013

I Love You, Hubby! 18 (full)

Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)

***************************

DIA menghabiskan hampir keseluruhan harinya di bilik keduanya yang digunakan sebagai tempat dia menghabiskan masa dengan melukis. Melukis gambar wanita yang dipuja-pujanya dari dulu sehingga kini.


“ Abang,” panggil Katrina yang sudah berdiri di belakangnya yang sedang melukis. Panggilan adiknya tidak dihiraukan. Matanya fokus pada lukisan dihadapannya ini.


“ Abang ke mana selama tiga hari ni?” tanya Katrina fasih berbahasa Melayu. Oleh kerana keluarga mereka sudah bermastautin di Malaysia lebih daripada 20 tahun, Bahasa Melayu menjadi bahasa perbualan mereka 
sekeluarga namun sekali sekala, Bahasa Inggeris turut digunakan.


“ Daddy dengan mummy mana? Sejak semalam abang tak nampak,” ujar Jason Harris tanpa menjawab pertanyaan adiknya itu. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah ke satu rak yang meletakkan pelbagai jenis warna air.


“ UK. Papa dengan mama dekat UK uruskan cawangan baru dekat sana,” balas Katrina lalu melabuhkan duduk di bangku kecil yang ada di bilik yang luas itu. Matanya memerhatikan potret yang sudah siap dilukis oleh abangnya itu. Dia mengeluh halus melihat wajah yang terpampang pada kanvas itu.


“ You  never tired to chase her always, right brother?”

Jason Harris yang sedang mengelap tangannya tersenyum nipis. Dia memusingkan badannya menghadap adiknya itu.


“ Yes, I am. You never been in love, so you don’t get what I feel, Kat,” balas Jason Harris lalu melangkah ke adiknya. Potret yang sedang direnung adiknya itu dibawa ke satu sudut lalu lantai yang bersepah itu dikemaskannya.


“ How can you be so confident that girl still loves you?” Katrina memandang abangnya yang sedang membersihkan lantai. Dia ingin memberitahu satu berita yang mungkin akan mengejutkan abangnya.


“ My heart told me, always,” bisiknya perlahan namun cukup untuk didengari oleh Katrina. Jawapan itu makin membuatkan gadis itu serba salah untuk menerangkan hal sebenar. Hal yang penting untuk abangnya tahu dan dia harap hal itu akan membuatkan abang dia berhenti mengharap kepada… kepada isteri orang.


“ Look here, Jason. I don’t know whether I should or shouldn’t tell you about this but… I just want you to know something. Maybe it will hurts you. But for me,  I must let you know even the truth maybe will let you lost your consideration. This about your life,” ujar Katrina sambil menarik nafas penuh. Dia bangun dari duduknya dan berdiri di sisi abangnya yang sedang membongkok mengutip helaian kertas yang bertaburan di lantai.


Jason Harris menegakkan badannya dan memandang adiknya dengan wajah serius. Kata-kata adiknya itu bagaikan ada satu perkara yang penting yang perlu dia tahu sehinggakan adiknya itu risau dia hilang pertimbangan. Entah kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.


“ Can you just straight to the point?” soal Jason Harris dan menghampiri adiknya. Tangannya menggenggam erat kertas di tangannya. Entah kenapa dia rasa ada satu perkara buruk yang ingin disampaikan oleh adiknya.


Katrina mengetap bibirnya lalu dengan tiba-tiba, tubuh itu dipeluk erat dan mengejutkan Jason Harris. Berat hatinya untuk memberitahu abangnya itu. Kepalanya dipaut pada bahu Jason Harris dengan pelukan yang erat walaupun lelaki itu tidak membalas malah menolak perlahan tubuhnya tetapi dia masih tidak berganjak.


“ Listen here, my brother. You’ll never get her back because she’s not yours anymore. She’s belong to someone else… she’s belong to her husband. The guy that she loves isn’t you anymore,” bisik Katrina perlahan lalu mengeratkan pelukan yang mula longgar.


Dada Jason Harris turun naik menahan marah dengan senyuman sinis di bibirnya. Marah bukan kerana cerita yang disampaikan, tetapi marah terhadap adiknya yang mereka-reka cerita. Tubuh adiknya ditolak kasar dengan renungan tajam yang menikam. Dia tahu Katrina tidak suka akan Keisya, tetapi janganlah sampai mereka-reka cerita semata-mata untuk dia berhenti mencintai Keisya.


Adik dia silap! Dia tidak akan berpaling dari cinta Keisya.


“ Watch your mouth, Kat. Just because you don’t like her, you made a nonsense story to make me stop from loving her? You wrong, Kat. You wrong about me, and you wrong about my heart. You can try many ways to stop me but you must know that I’ll always love her. No one can stop me!” ujar Jason Harris tegas sambil tangannya mengepal penumbuk. Sakit hatinya mendengar adiknya yang mereka-reka cerita. Sampai begitu sekali adiknya membencikan Keisya.


Katrina menggelengkan kepalanya perlahan. Oleh kerana cinta yang masih utuh di hati, abang dia sanggup membutakan mata dari melihat kebenaran. Ketika diberitahu berita ini oleh kawannya, dia pun kurang mempercayainya. Tetapi apabila kenyataan itu disokong dengan kawan-kawannya yang lain beserta gambar perkahwinan wanita yang dicintai abangnya, dia mula percaya.


“ You have to wake up, brother. Open your eyes and see what had happened. I am not lying you about this. You have to trust me,” ujar Katrina sambil memaut bahu abangnya. Matanya membalas renungan abangnya itu bagi meyakinkan lelaki itu. Namun abangnya itu menjauh dengan wajah yang kusut.


Jason meraup wajahnya berkali-kali. Dia tidak tahu sama ada hendak mempercayainya ataupun menidakkannya. Mustahil wanita itu sudah berkahwin dengan lelaki lain kerana tatkala mereka terserempak hari itu, dia masih lihat ada cinta untuk dirinya. Mustahil!


“ Tak! Kat mesti tipu abang. Tolonglah Kat, abang rayu. Biarkan abang bahagia dengan perempuan  yang abang cinta. Kenapa mesti Kat nak menghalang sedangkan itu yang membahagiakan abang? I am your brother, Kat. Your brother. Don’t you want to see me happy with someone I love?” ujar Jason Harris kecewa. Dia berundur beberapa tapak ke belakang lalu memusingkan badannya menghadap potret wanita yang dicintainya itu dengan keluhan yang berat.


“ Yes, I do. I want to see you happy. Tetapi bukan dengan Keisya, abang. Dia isteri orang. Abang tak boleh cintakan isteri orang,” ujar Katrina perlahan. Tangannya memaut lengan abangnya lembut namun ditepis abangnya itu. Dia mengeluh halus. Penat. Penat memujuk abangnya untuk mempercayai kata-katanya. Dia cuma mampu berharap agar satu hari nanti, lelaki itu menjumpai pengganti Keisya dan lebih baik daripada wanita itu.


Katrina berjalan menuju ke pintu bilik itu untuk berlalu dari situ. Dengan hati yang sebal, dia berlalu keluar dari bilik itu. Terserah kepada abangnya hendak mempercayainya atau pun tak.


Jason Harris menghentak kuat tangannya ke meja di bilik itu melepaskan geram yang berbuku di hati. Kertas yang berada di tangan dilempar ke  arah pintu. Dia tertekan! Tertekan sekali dengan sikap adiknya.




KEISYA merenung langit malam melalui balkoni di bilik itu. Merenung langit malam tanpa berkelip bagaikan wajah yang dicintainya berada di situ. Ah, dia rindu akan lelaki itu.


Namun, dalam rindu, dia berasa pelik. Pelik kerana sepatutnya hari ini mereka pulang ke rumah ibu mertuanya di Johor Bharu tetapi dibatalkan dan mereka akan bertolak pada esok pagi.


Apabila dia menanyakan sebab itu kepada ibu mertuanya, wanita tua itu hanya tersenyum sahaja tanpa menjawab soalannya. Dan sekarang ni, dia keseorangan di rumah kerana ibu mertuanya dan Shila keluar pergi membeli belah. Apabila dia ingin turut serta, ibu mertuanya menyuruh berehat sahaja di rumah. Tapi masalahnya, dia bosan. Sekurang-kurangnya kalau dia ikut, tak adalah dia asyik teringatkan Aish pagi, siang dan malam. Pelik betul, rungut hatinya.


Laman rumah Aish dipandangnya seolah-olah mengharapkan kereta lelaki itu akan muncul tiba-tiba. Sudahlah dia sedang kelaparan tatkala ini. Dia hanya mampu mengisi perutnya dengan meminum Nescafe. Nasib baik ada beberapa paket kecil Nescafe di dapur itu. Bahan masakan memang penuh di dapur itu, tapi boleh ke dia nak memasak?


Dia memusingkan badannya menghadap pintu bilik yang dibiarkan terbuka. Dari dalam biliknya, dia dapat melihat tangga yang menuju ke tingkat bawah yang terletak berhadapan dengan bilik tetamu. Dia menunggu Aish muncul dihadapan bilik dan cuba memujuknya. Dia amat berharap akan hal itu. Lagi-lagi, hatinya kini sah milik suaminya.


Keisya memejamkan matanya. Membayangkan Aish hadir untuk menyapu segala duka yang bersarang di hati. Kalaulah lelaki itu muncul…


Duhai kasih cuba kau dengarkan,

Bisik hati penuh kejujuran,

Dengan sepenuh keikhlasan,

Ku dambakan pengertian..


Matanya dibuka pantas apabila mendengar petikan gitar diiringi suara yang cukup dia rindu. Melihat lelaki yang dicintainya berada di hadapannya ketika dia mengharapkan kemunculan itu, dia berasa dia seperti bermimpi. Betulkah apa yang dilihatnya ini? Wajah di hadapannya di renung tidak berkelip tanpa berganjak dari duduknya.


Jangan kau dengar fitnah dunia,

Kerana ianya dusta semata,

Menghancurkan kesucian,

Jalinan kebahagiaan…


Wajah isterinya direnung dalam mata yang bersinar ceria. Bibirnya tidak berhenti menyebut bait-bait lagu itu dan matanya terlihat air mata yang bergenang pada sepasang mata bundar itu.


Sebenarnya aku merasa,

Sinar cahaya yang gemilang,

Ketika kau beriku harapan,

Dan sering aku harapkan,

Cinta berlandas keimanan,

Dan kasih suci kita kan diberkati…


Setapak demi setapak, Aish berjalan menuju ke Keisya yang tidak berkelip merenungnya..


Ku cuba sedaya,

Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina,

Kerana pasti aku,

Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan,

Sepertimu….

Tuhan berikanlah,

Ketabahan hatiku untuk membina,

Impian kasihku…


Dan kini, dia berdiri di hadapan isterinya bersama sejuta rasa bahagia dalam hatinya ini. Dan lagu ini… dedikasikan khas buat isteri tercinta. Dia ingin meluahkan apa yang dia rasa melalui lagu ini.


Gitar di tangan diletak ke bawah lalu tangan isterinya dicapai lalu dikucup lembut lalu berbisik lembut di telinga isterinya, “ Bersama mengharapkan, ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahagia.” Bait terakhir lagu itu dibisik syahdu di telinga wanita kesayangannya itu.


Serentak itu juga, air mata Keisya mengalir lembut membasahi pipinya lalu menitis ke tangannya. Dia hanya 
tersenyum melihat air mata yang mengalir itu. Tangannya mengusap lembut air mata itu.


“ Maafkan abang, sayang. Maafkan abang…”


Bibir Keisya bergetar hendak mengatakan sesuatu namun tidak terluah. Dia menunduk seketika memandang jari jemarinya yang berada dalam genggaman Aish sebelum memaut leher lelaki itu dan tubuh itu dipeluk erat. Tubuh ini tidak akan sesekali dia biarkan menjauh darinya seperti apa yang berlaku padanya.


Pelukan itu dibalas dengan eratnya. Bibirnya mengucup lembut dahi itu dengan hati yang berbunga bahagia. Hatinya tidak sudah mengucap syukur dan dia berterima kasih dengan Fina yang menceritakan segalanya kepadanya.


“ Kasih, ku harapkan cinta kita akan terus hingga ke syurga…” Dan dia, terus tersenyum bahagia mendengar bisikan suaminya itu.




 Keresahan. Ya, dia keresahan apabila mendengar perbualan mak ngahnya dengan Aish melalui telefon. Apa yang membuatkan dia resah apabila mak ngahnya tak sudah-sudah mengucapkan kata syukur. Dia dapat rasakan ada berita yang kurang menyenangkannya. Jangan-jangan diorang dah berbaik tak? Oh God, it can’t be…

Mak ngahnya yang sedang memilih pakaian di dalam butik muslimah dipandang dari luar butik. Tak kuasa dia hendak mengikut segala gerak geri mak ngahnya di dalam butik itu. Dah lah butik Muslimah, tak kena langsung dengan jiwanya. Cuma kadangkala mak ngahnya itu memanggilnya dan memadankan tudung dengan dirinya. Terasa diperli pula oleh mak ngahnya. Menantu sendiri tak diubah, ada hati nak ubah aku, bisik hatinya panas.


“ Shila,” panggil Puan Katijah dari dalam butik. Di tangannya ada sepasang jubah berwarna biru muda yang sangat cantik pada mata tuanya. Shila mengeluh halus sambil mulutnya tidak henti-henti mengomel. Menyesal aku ikut orang tua ni. Ingatkan nak pujuk aku kahwin dengan anak dia ke apa ke.. urghh!


“ Ya, mak ngah, Shila datang ni,” sahut Shila lalu berjalan malas ke  arah mak ngahnya. Dia membalas senyuman mak ngahnya dengan senyuman yang jelas sekali plastik. Puan Katijah bukan buta untuk menilai senyuman itu. Dari jauh tadi dia sudah melihat wajah Shila yang jelas masam.


“ Cantik tak baju ni Shila?” tanya Puan Katijah sambil memadankan jubah yang kembang di bahagian bawahnya kepada Shila. Gadis itu membelek jubah itu dengan penuh minat. Pada matanya, jubah itu memang cantik.


“ Mak ngah nak beli jubah ni ke?” tanya Shila ramah sambil tangannya meramas lembut kain jubah itu. Lembut sungguh kain jubah tu. Mesti mahal ni, bisik hatinya.


“ Ha’ah. Mak ngah nak beli jubah ni,” jawab Puan Katijah sambil memadankan jubah itu dengan tubuh Shila.

Shila tersenyum ceria. Mak ngahnya itu kelihatan beria-ria sekali menyuruhnya untuk mencuba jubah itu. Dia rasakan Puan Katijah ingin membelikan jubah ini untuknya. 

Walaupun dia kurang berminat dengan pakaian ini, tetapi rasa gembira pula bila mak ngahnya hendak membelikan jubah ini untuk dia. Bolehlah nanti dia tunjukkan jubah ni kepada Keisya. Rancangannya sudah dirangka dari awal tanpa menyedari bahawa itu hanya angan-angan dia sahaja.




Langit yang gelap disinari dengan ribuan bintang menjadikan malam itu sangat bermakna buat mereka. Sangat bermakna bagi pasangan pengantin baru ini dan sangat bermakna bagi Keisya. Inilah kali pertama dia jatuh cinta dengan begitu mudah sekali. Belum cukup sebulan, hatinya sudah terpaut utuh kepada suaminya. Entah ubat apa yang suaminya berikan sampai dia jadi kemaruk sebegini.


“ Cantik,” puji Aish yang sedang memeluk erat pinggang isterinya.


“ Betul tu. Langit malam hari ni nampak cantik lain macam pula rasanya,” balas Keisya penuh makna. Aish tersenyum nipis. Dagunya dipautkan pada bahu isterinya lalu lehernya isteri ditiup lembut membuatkan wanita itu ketawa kecil dengan perlakuannya.


“ Don’t do that, Aish. Geli,” ujar Keisya dengan tawa kecil sambil menolak lembut wajah Aish.


“ Malam ni, abang dapat hayati dua keindahan yang terbentang luas depan mata abang ni,” ujar Aish lalu mengucup pula pipi isterinya. Sejak mendapat tahu isterinya ini mencintainya juga membuatkan dia tidak betah duduk diam di sisi isterinya. Ada sahaja dia ingin lakukan terhadap isterinya.


Dahi Keisya berkerut, tidak memahami butir bicara suaminya. Sisi wajah suaminya dipandang.


“ Dua keindahan? Apanya?” tanya Keisya lurus.


Aish membawa tubuh Keisya menghadapnya. Rambut yang menutup sebahagian wajah isterinya diselit ke belakang telinga.


“ Keindahan alam dan keindahan yang lagi satu ini sangat tak ternilai untuk abang. Kerana keindahan itu, abang berada dekat sini. Kerana keindahan itu, abang berada dekat hati dia. Kerana keindahan tu, hati abang tak pernah lepas dari rasa rindu…”


Pipi Keisya membahang. Dia tahu siapa yang dimaksudkan suaminya. Ah Aish cukuplah! Jangan buat hati ini asyik mencair sahaja.


“ Dan kerana keindahan tu adalah Keisya Farina,” ujar Aish romantic sambil mencuit hidung mancung isterinya. Wanita itu menunduk dengan pipi yang kemerahan tatkala hidungnya dicuit manja. Raut malu itu cuba disembunyikan dengan memandang ke langit.


“ Someone’s blushing,” bisik Aish nakal.


Keisya mengetap bibirnya menahan malu. Bukan tidak biasa dengan luahan romantis Aish, tetapi hatinya ini sejak dua menjak suka sangat menggedik dengan suaminya itu.


Burrrr! Keisya tersentak. Perutnya dipegang dengan dahi yang berkerut. Tak sangka perutnya yang lapar ini telah mengeluarkan bunyi yang agak kuat. Dia memandang Aish yang sedang merenung bintang di langit. Dia menghela nafas halus. Nasib baik lelaki itu tidak mendengarinya.


“ I heard it,” ujar Aish tiga patah lalu memandang isterinya dengan senyuman nakal. Mustahil dia tidak mendengarnya. Bunyi agak kuat apatah lagi dia sedang berdiri di sisi isterinya, pastilah dengar.


Ahh! Dia rasa nak sembamkan wajahnya dekat kolam di bawah sana. Malu apabila suaminya mendengar perutnya yang berbunyi. Ya Allah, laparnya! Dia menahan perut yang lapar dengan dahi yang berkerut. Wajahnya ditundukkan sedikit agar suaminya tidak lihat riak wajahnya.


“ Keisya,” panggil Aish apabila wanita itu diam sahaja di sisinya dengan tangan di perut. Dia menarik wajah isterinya menghadap wajahnya. Wanita itu tersengih kelat sambil menepuk perutnya yang kosong.


“ I laparlah Aish,” ujar Keisya perlahan. Dia terlalu lapar kala ini.


“ Kenapa tak makan? Dekat rumah ni kan banyak makanan,” ujar Aish lembut sambil mengusap lembut perut isterinya.


Keisya mencebik. “ Macam mana nak makan kalau dekat dalam rumah ni Cuma ada Nescafe je yang I boleh buat. Memasak ni mana I reti,” balas Keisya mengaku kelemahan dirinya. Rasa menyesal pula tidak menitik beratkan hal memasak dalam diri. Kan sekarang dah susah. Nak memasak untuk suami pun tak reti. 

Aish menggeleng perlahan. Nampaknya, memang isterinya ini perlu dimasukkan ke kelas memasak.


“ Nasib baik tak ada baby dalam perut ni, kalau ada, kelaparan anak abah,” ujar Aish selamba lalu membuatkan Keisya terkedu. Bergetar jantungnya tatkala Aish berkata begitu. Lagi-lagi apabila lelaki itu membahasakan dirinya abah membuatkan hatinya berasa kembang dengan panggilan itu. Abah? Dan dia Ummi? Keisya tersenyum sendirian apabila membayangkan semua itu.


“ Eh, tersenyum pula dia ni,” tegur Aish lalu mencuit perlahan dagu isterinya. Lantas membuatkan wanita itu tersipu-sipu. Dia tahu apa yang difikirkan isterinya. InsyaAllah, sayang. Tak lama lagi akan ada orang ketiga dalam keluarga ni. Bisik hatinya.


“ Dah jom ikut abang. Time for cooking,” ujar Aish lalu memaut bahu isterinya.


“ Aish, wait,” tahan Keisya.


“ Apa lagi sayang?” tanya Aish lembut.


“ I love you,” luah Keisya perlahan sambil tersenyum malu. Ah, malunya aku!


“ Abang tahu,” jawab Aish selamba lalu membuatkan wanita itu terpinga-pinga.


“ Errr, macam mana you tahu?” tanya Keisya pelik.


“ Nanti abang cerita.”


“ But Aish…”


“ Sorry girl. Sekarang ni abang lapar dan Keisya pun lapar. So it’s time for cooking, okay. Hal yang tu abang akan cerita nanti.”


“ Janji?” tanya Keisya.


“ Ya, sayang,” balas Aish. Keisya mengalah lalu memaut lengan suaminya manja.


“ Jom kita makan,” ujarnya manja. Aish tersenyum manis.


“ Here we go.”




SHILA memandu kereta keluaran Toyota itu tanpa sebarang suara. Dalam hati ingin mengajak mak ngahnya 
itu berbual-bual tapi nak bualkan pasal apa? Dia ni bukannya peramah sangat pun orangnya. Peramah pun dengan kawan-kawan yang ‘sejenis’ macam dia.


Tangannya memutar kuat lagu Pitbull yang kebanyakannya ‘rap’ sahaja. Puan Katijah di sebelahnya menggeleng perlahan. Sakit telinganya mendengar lagu sebegitu. Entah apa-apa sahaja citarasa anak muda zaman sekarang dalam mendengar lagu. Cuba cari lagu yang ada kena mengena denga kerohanian sedikit. Bebel hati tuanya.


“ Shila, perlahankan sedikit lagu tu,” tegurnya lembut.


Shila tersenyum malu sambil hatinya memberontak kecil. Nak tak nak, tangannya memutar perlahan lagu itu.


“ Sorry, mak ngah.”


“ Shila, mak ngah nak cakap sikit dengan kamu ni,” ujar Puan Katijah dengan nada serius. Dia rasa inilah masanya untuk dia berkata tentang masalah rumah tangga anak lelakinya yang banyak melibatkan gadis ini sekali.


“ Apa dia mak ngah?” tanya Shila yang sudah tahu arah tuju mak ngahnya itu.


“ Kamu tahu Aish sayang Keisya kan?” Puan Katijah memandang sisi wajah Shila.


Shila mengetap bibirnya. Dia teramatlah tahu akan hal itu, tapi kenapa mak ngahnya tanya pasal hal ini? Takkanlah mak ngahnya dah syak yang bukan-bukan?


“ Errr, ya tahu. Kenapa mak ngah tanya?” tanya Shila sambil cuba mengawal nada suaranya agar tidak kelihatan gugup.


“ Shila, kalau niat kamu untuk menjadi perosak rumah tangga orang, mak ngah mohon, tolong jangan bertindak begitu, Shila,” rayu Puan Katijah sambil menyentuh peha gadis itu. Dia bukan hendak menuduh gadis itu. Dia cuma tidak sanggup melihat rumah tangga anaknya yang baru terbina itu musnah gara-gara ‘tangan’ orang lain.



“ Apa yang mak ngah cakapkan ni? Shila nak rosakkan rumah tangga orang?” tanya Shila berpura-pura tidak faham. Dalam hati, sudah macam-macam jenis kutukan dilemparkan bagi mak ngahnya itu. Kurang ajar, macam mana mak ngah boleh kesan ni?


“ Mak ngah cuma cakap sahaja Shila. Kamu tahukan keadaan rumah tangga Aish sejak kamu ada?” lurus sekali Puan Katijah berkata-kata. Dia tahu gadis itu ada niat lain disebaliknya. Dan dia tahu, anak saudaranya ini ada merancang sesuatu dengan kakak kandungnya. Dia bukan tidak tahu, kebahagiannya anak beranak sentiasa dicemburui oleh kakaknya itu, ibu kepada Shila.


“ So, mak ngah nak tuduh Shila lah ni?” tanya Shila dengan nada kesal.


“ Mak ngah bukan nak tuduh kamu, Shila..”


“ Habis tu apa mak ngah? Tengok luka ni. Mak ngah lupa tentang luka ni?” Luka di tangannya ditunjuk kepada ibu saudaranya.


“ Kalau mak ngah nak tahu, Keisya tu bukan perempuan baik, mak ngah. Keisya tu dengan semua lelaki dia pernah bersama. Sekatil tahu mak ngah! Takkan mak ngah nak biarkan anak mak ngah dapat sisa? Shila bukan nak rosakkan rumah tangga abang Aish mak ngah, Shila nak semua orang celik mata tengok siapa diri Keisya yang sebenar. Mak ngah baru kenal dia tak sampai sebulan, lainlah Shila yang dah bertahun kenal dia. Satu kolej mak ngah!” ujar Shila cuba mempertahankan dirinya. Segala keburukan Keisya yang belum sahih diceritakan kepada mak ngahnya.


“ Shila, kamu tak elok buat fitnah tentang Keisya. Mak ngah tahu, Keisya bukan orang baik pada asalnya. Semua orang ada dosa lampau. Tapi kalau tidur sekatil dengan lelaki lain, mak ngah tak percaya.”


“ Memanglah mak ngah tak percaya, sebab mak ngah baru kenal dia tak sampai sebulan. Mak ngah, Shila ni anak saudara mak ngah, takkanlah Shila nak menipu mak ngah?” Shila sedaya upaya mempertahankan kata-katanya. Dia takkan menyerah kalah dengan mudah. Melihat musuhnya bahagia sedangkan dia makan hati adalah satu kekalahan dia takkan terima sampai mati!


“ Shila, satu sahaja mak ngah nak kata.” Shila memandang sekilas kepada mak ngahnya, menanti butir bicara yang seterusnya.


“ Jangan menyebarkan sesuatu perkara tanpa bukti, Shila. Itu fitnah namanya,” ujar Puan Katijah. Dia ingin gadis itu tahu bahawa dia bukan mudah untuk mempercayai kata-kata seseorang itu.


Shila mengetap bibirnya. Tangannya memegang stereng kereta dengan erat. Fine, I’ll show you!