Friday, 26 April 2013

I Love You, Hubby! 12

Assalamualaikum... Bab 12 dah siap. Sorry ambil masa yang lama untuk update. :)

Keisya sedang duduk di ruang tamu rumah Aish sambil menonton televisyen. Matanya asyik menonton drama yang disiarkan sejak pukul lapan setengah malam tadi. Sekali sekala bibirnya membebel entah apa-apa akibat terlalu beremosi melayan drama yang disiarkan itu. Tapi sambil membebel, sempat juga dia menyumbatkan Twisties ke dalam mulutnya. Selamba sahaja dia mencapai Twisties di rak makanan rumah itu tanpa meminta kebenaran dahulu daripada suaminya. Alah, lagi pun dia tahu Aish tak akan marah punya. Rumah ini kan dia punya jugak. Hahaha.

" Keisya.."

Keisya memalingkan wajahnya ke tangga yang berhampiran dengan ruang tamu itu tatkala namanya diseru. Matanya memandang tubuh ibu mertuanya yang anggun memakai jubah berwarna ungu muda. Dia tersenyum tatkala memandang wajah ibu mertuanya itu yang sedang berdiri di tangga. Namun dalam diam, dia pelik juga kenapa ibu mertuanya pakai cantik-cantik malam begini. Nak keluarkah?

Puan katijah turun dari tangga itu dengan berhati-hati. Tubuh menantunya itu didekati. 
" Aish mana?" tanya Puan Katijah sambil duduk berhadapan dengan Keisya di sofa yang berlainan. Matanya turut memandang ke skrin televisyen itu, melihat kisah apa yang ditonton oleh menantunya itu.

Keisya menghentikan kunyahannya. Wajah ibu mertuanya dipandang. " Aish masih dekat dalam bilik. Solat isyak rasanya," balas Keisya. Puan Katijah diam tidak membalas sambil matanya memandang bilik anak lelakinya itu di tingkat atas.

" Errr, ibu nak ke mana malam-malam ni?" tanya Keisya teragak-agak. Dia sudah nekad untuk menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya ini. kalau nak tunggu langkah dari ibu mertuanya, mungkin sampai berjanggut tak ada apa-apa jadi lebih baik dia yang mulakan dahulu.

" Ibu nak pergi rumah kawan ibu. Rumah dia ada kenduri."

" Ohh. Dekat mana tu ibu?" tanya Keisya. Dia sudah bercadang-cadang ingin menghantar ibu mertuanya itu ke rumah yang dituju.

" Dekat sahaja. Selang beberapa buah rumah je dengan rumah Aish ni," jawab Puan Katijah acuh tak acuh. Namun terselit perasaan hairan di hatinya tatkala melihat menantunya ini bagaikan mesra sahaja dengannya. Ke hanya perasaan dia sahaja?

" Ohhhh." Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Keisya. Kemudian dia memandang semula ke arah televisyen yang sedang bersiaran itu.

" Kamu tak nak ikut?" tanya Puan Katijah mempelawa.

" Hah?!" terkejut Keisya tatkala ibu mertuanya itu tiba-tiba sahaja tanya sebegitu. Aku nak ikut pergi kenduri? Kenduri pun aku boleh kira guna jari berapa kali ak pernah pergi.

" Errrr.. kenduri apa tu ibu?" tanya Keisya sambil giginya menggigit-gigit jarinya. Dia terfikir sama ada hendak ikut atau tidak. Kalau dia menolak, apa pula yang difikirkan oleh ibu mertuanya itu nanti. Kalau dia ikut pula, rasanya macam rusa masuk masuk kampung nanti.

Puan Katijah memandang sekilas menantunya itu sebelum melabuhkan duduk di sofa yang berdekatan dengan menantunya itu.
" Kenduri untuk sambut anak perempuan dia yang baru pulang dari Mesir," balas Puan Katijah dengan wajah yang agak bangga dengan kelulusan yang dimiliki anak rakannya itu.

Riak muka Keisya berubah tatkala mendengar balasan dari Puan Katijah. Belajar dekat Mesir? Mesti stok perempuan 'jubah' ni, getus hati kecil Keisya. Namun bukan itu yang merubah riak wajahnya. Tapi riak wajah ibu mertuanya yang jelas menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian perempuan itu. Sedikit sebanyak hatinya turut terusik...

" Eh ibu tak pergi lagi ke?" Satu suara yang bertanya membuatkan dua pasang mata itu menumpukan perhatian kepada Aish yang sedang turun dari tangga menuju ke ruang tamu itu. Dia yang santai dengan seluar bermuda dan t-shirt hitam yang kemas membalut tubuh melemparkan senyuman kepada isterinya. Wanita itu diam dan tunduk tidak membalas. Aish tidak ambil hati akan keadaan itu kerana sudah sedia faham dengan isterinya itu. Pasti wanita itu masih malu dengan perkara yang terjadi ketika maghrib tadi/

" Belum lagi. Ibu tunggu kamu dulu. Oh ya, kamu nak suruh ibu masakkan apa-apa ke? Ibu takut kamu kelaparan nanti," ujar Puan Katijah tanpa memikirkan perasaan Keisya yang sedikit tergores dengan kata Puan Katijah. Keisya menarik nafas sedalam mungkin. Awat ayat orang tua ni macam nak sindir aku ni? Aku tahu lah aku tak pandai masak, at least aku reti juga nak goreng nuggets or anything else, hatinya menggerutu seorang diri.

" Tak apa lah ibu. lagi pun dekat rumah ni banyak makanan yang Aish boleh masak. Lagi pun.."
" Aish masak?" potong Puan Katijah sambil mengerling sekilas kepada menantunya. Keisya hanya menunduk sahaja.

" Tak apa ibu. Saya isteri dia. Nanti saya tolong masakkan untuk dia," ujar Keisya tanpa sempat Aish ingin meneruskan katanya. Dia terlopong seketika melihat isterinya berkata sedemikian. Keisya? Masak? Memang mustahil. Dia tahu isterinya itu memang kaku dalam masakan. Ini pula hendak memasak. Masakan apakah yang isterinya reti?

Puan Katijah tersenyum nipis. Dia bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan anak lelakinya itu.
" Dah lah. Ibu nak pergi ke rumah Auntie Jasmin dulu. Jaga diri kamu dan..." Puan Katijah memandang sekilas menantunya itu. " Dan jaga isteri kamu tu sekali," sambungnya lagi. Puan Katijah melangkah ke arah pintu rumah dengan Aish di sisi manakala Keisya tidak berganjak dari duduknya. Dia hanya memerhatikan dari tempat duduknya sahaja.

Aish menutup pintu rumahnya. Badannya dialihkan menghadap isterinya. Wanita itu hanya sepi sahaja tanpa berkata-kata. Yang ada hanyalah bunyi makanan ringan dikunyah. Dia berjalan mendekati isterinya dan berdiri di belakang sofa yang diduduki oleh isterinya itu.

" Makan Twisties sahaja ke?" bisik Aish di telinga isterinya. Wanita itu tersentak dan mengeluh halus apabila mendengar tawa dari suaminya.

" You ni terkejutkan I tau. Yes, I makan Twisties je. Kenapa? You tak kasi ke?" tanya Keisya lalu menghentikan kunyahannya. Dia memandang Aish yang berada di sisinya dan tatkala dia berpaling, bibir lelaki itu terlalu dekat dengan hidungnya. Oleh kerana terkejut, bantal kecil di sofa itu dicapainya lalu ditonyoh ke muka Aish.

" Auchh! Sakitlah sayang. Kenapa tonyoh muka abang ni?" tanya Aish sebal sambil menggosok lembut mukanya. Pedih juga kulit mukanya sebab ditonyoh kuat oleh isterinya.

Keisya yang baru sedar akan kelakuannya pantas bangun dan berdiri di hadapan Aish. Spontan tangannya dilekapkan ke muka suaminya itu. Dibelek-belek muka lelaki itu yang agak kemerahan itu. Dah lah putih macam anak cina, kena tonyoh sikit, memang merahlah jawabnya, getus hati Keisya.

Aish terkelip-kelip menerima usapan lembut di pipinya. Hatinya berbunga indah. Dia bahagian, dia sungguh bahagia diperlakukan sedemikian walaupun dia sedar, mungkin wanita itu kurang sedar akan perlakuannya itu. Tangan isterinya yang berada di pipinya itu disentuh lembut lantas mengejutkan Keisya.

Keisya terkedu sendiri. Baru dia sedar, tangannya sedang berada di pipi lelaki itu. Matanya menentang pandangan Aish yang redup. Agak berdebar dadanya menerima panahan mata daripada lelaki itu. Tiba-tiba hatinya diusik rindu. Jason...

Keisya pantas menarik tangannya lalu memusingkan badannya membelakangkan Aish. Wajahnya diraup kasar. Dia mengetap bibirnya. Dia berasa kecewa dengan dirinya sendiri yang sukar menghakis perasaan rindu itu. Hatinya bukan berdebar kerana Aish, tetapi kerana... Jason. Kenapa aku mesti ingat dekat dia balik? Kalau macam ni, mungkin aku gagal cintakan Aish. Hati Keisya berbisik sendiri.

Aish mengeluh halus. Baru sahaja dia ingin terleka dengan kemesraan yang diberikan isterinya. Tetapi ditarik kembali oleh isterinya. Bahu wanita itu disentuhnya lembut.

" Keisya..."
" You lapar?" tanya Keisya secara tiba-tiba bersama senyuman nipis di bibir.

Aish diam seketika tatkala Keisya mengajukan soalan itu kepadanya secara tiba-tiba. Kemudian dia mengangguk. 
" Keisya lapar tak?" tanya dia pula. Twisties yang diletakkan di sofa dicapainya. Laju sahaja mulutnya memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Keisya menganggukkan kepalanya. Aish yang melihat anggukan daripada isterinya memetikkan jarinya.
" Keisya lapar, abang pun lapar. So, Keisya nak makan apa? Biar abang masak," ujar Aish sambil tersenyum manis. Wajah Keisya yang berkerut membuatkan senyumannya mati.

" Why?" tanya Aish bersama kerutan juga.

" You tak payah masak. Biar I yang masak," ujar Keisya. Aish terkedu seketika. Liurnya ditelan. 

" Errrrr... abang bukan nak mempertikaian kepandaian Keisya dalam memasak. Tapi Keisya..."

" I yakin I boleh masak. So let me do it," balas Keisya dengan riak wajah yang bersemangat serta suara yang serius. Dia akan buktikan dia pun reti masak jugak. Seketika kemudian, dia mengeluh halus. Boleh ke kau masak Keisya? Goreng telur pun tak pernah.

Aish yang melihat perubahan wajah Keisya yang mendadak menyentuh lembut bahu wanita itu. Pening dia melihat mood wanita itu yang kejap okey dan kejap K.O.
" Dah kenapa pulak ni?" tegur Aish sekali lagi. Keisya mengangkat kepalanya sambil mencebik kecil.

" I lupa. I ni mana pernah masak. I cuma.."

" Abang tahu. Keisya cuma reti makan je," potong Aish bersama tawa kecilnya. Keisya menjeling geram kepada suaminya. 

" Tak apa lah. Abang kan ada. Suami Keisya ni semua kepakaran dia ada tau," ujar Aish dalam nada seloroh namun disambut dengan reaksi mengejek dari Keisya. Dia tergelak kecil. Hatinya bahagia hari ni, sangat bahagia. Banyak sungguh perkara manis yang dilalui olehnya bersama Keisya.

" So?" Keisya menjongketkan keningnya ke arah Aish sambil berpeluk tubuh.

" So let's make a dinner together," jawab Aish dengan senyuman ceria di bibir. Keisya menyambut senyuman itu dengan senyuman juga. Dia memusingkan badannya  lalu bergerak menuju ke ruang dapur.

" Keisya.."

Keisya menghentikan langkahnya tatkala suaminya itu memanggil. Badannya dipusingkan menghadap suaminya yang masih tidak berganjak di sisi sofa.

" I believe, one day, you'll say, I love you, hubby," ujar Aish bersama senyuman nipis di bibir. Matanya memanah tepat ke dalam anak mata isterinya. Namun wanita itu pantas menundukkan pandangannya.bersama senyuman kecil di bibir.

" I am trying for it, Aish," balas Keisya lembut. Kemudian dia berpaling semula meneruskan langkahnya.


AISH memecahkan dua biji telur mentah ke dalam mangkuk kecil. Dia menjeling sekilas ke arah Keisya yang sedang memanaskan kuali. Risau jika wanita itu tersalah buat. Tapi mustahil pula rasanya kalau memanaskan kuali pun boleh tersalah buat.

Telur itu dipukul sehingga sebati. Keisya yang sedang bersandar di kabinet dapur memerhati sahaja.

" Kenapa tak masukkan terus dalam kuali? Kenapa kena pukul telur macam tu dulu?" tanya Keisya naif. Aish tersenyum kecil. Kesiannya isteri aku ni, bisik hatinya.

" Sayang nak telur dadar ke telur mata kerbau?" tanya Aish sambil menghampiri kuali yang berisi minyak yang sedang dipanaskan. Dengan berhati-hati dia menuangkan telur yang sudah dipukul dengan sebati itu ke dalam kuali yang panas itu. Bunyi yang terhasil membuatkan Keisya terundur beberapa langkah ke belakang dengan penutup kuali dibawa ke hadapan. Seolah-olah menjadi perisai untuk dirinya.

" Errrr, I nak telur dadar," balas isterinya itu sambil memandang ngeri ke arah kuali. Aish menggeleng kecil melihat perlakuan isterinya itu.

" So, kalau nak buat telur dadar, the first step is, we must mixed the eggs until its become fluffy, girl." Keisya mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar penerangan suaminya. Telur di dalam kuali yang sudah terbentuk dilihatnya. 

" Lepastu, baru boleh masukkan ke dalam kuali. Kalau kita tak pukul dahulu telur tu, kemudian kita masukkan terus ke dalam kuali, ia akan jadi telur hancur. Tak ada rupa telur dadar," jelas Aish lagi. Situasi antara Keisya dan Aish tatkala ini bagaikan sedang berada di dalam rancangan masakan. Seorang chef, seorang pula pengacara. 

Keisya mengangguk-anggukkan kepalanya bagaikan burung patuk. Asyik dia memerhatikan Aish yang sedang menggoreng telur.

Aish memandang ke sisinya. Bibirnya spontan mengukir senyum melihat isterinya yang terjengah kepalanya ke dalam kuali. Aduhai sayang aku seorang ni...

" Are you get it what I said, girl?" tanya Aish bersama senyuman manis di bibir. Keisya pantas menoleh ke arah suaminya dan mengangguk-angguk sekali lagi. Melihat isterinya yang asyik mengangguk sahaja membuatkan dia berasa geli hati dan ketawa seorang diri. 

" Why you're laughing at me?" tanya Keisya bersama cebikan di bibir. Tidak puas hati dengan suaminya itu.

" You're so cute. Dari tadi abang tengok sayang asyik mengangguk sahaja, dah macam burung belatuk pula," selamba sahaja lelaki itu berkata. Spontan hinggap satu cubitan berbisa di lengannya. Menyeringai Aish menerima cubitan daripada isterinya.

" Jahat eh you. Yalah, you kan reti masak, semuanya perfect kononnya. Tapi tak payahlah nak merendah-rendahkan I yang tak hebat skill memasak ni," ujar Keisya. Nadanya seperti berjauh hati. Keisya berjalan menghampiri meja di dapur itu. Satu mangkuk sederhana besar yang berisi sayur kangkung dicapainya. Kemudian batang sayur itu dipatah-patahkannya. Protes. Keisya, sejak bila kau pandai nak merajuk dengan suami kau ni? Hatinya berkata sendirian. 

Aish menggeleng kecil melihat isterinya. Usik sedikit dah sentap. Telur dadar yang sudah siap dimasak itu dipindahkan ke dalam pinggan. Isterinya yang sedang asyik mematahkan batang sayur kangkung itu didekatinya.

" Abang ada bau orang merajuklah. Tapi siapa ya?" bisik Aish di telinga isterinya. Keisya menjauhkan sedikit dirinya dari Aish yang terlalu hampir dengannya. Rimas apabila lelaki itu suka sangat berbisik-bisik di telinganya.

" Mana ada I merajuk," balas Keisya perlahan. Tangannya bermain-main dengan daun kangkung itu. 

" Eh, sejak bila abang kata sayang merajuk? Nampaknya ada orang terasalah," balas Aish sambil ketawa kecil. Keisya yang terasa dirinya sedang dipermainkan membaling batang sayur kangkung ke arah suaminya.

" Bencilah you ni. Dah lah, you pergi masak seorang diri sana. I tengok movie malam-malam macam ni lagi bagus," ujar Keisya geram lalu bergerak ke singki membasuh tangan. Sempat lagi air basuh tangannya itu direnjis ke muka suaminya.

" Yalah, siapalah kita ni kan. Hanya pengemis cinta seorang isteri sahaja," ujar Aish seolah-olah berjauh hati. Namun itu hanya gurauan dia sahaja.

Keisya yang mendengar buat tidak tahu sahaja. Makin dilayan suaminya ini makin pelik-pelik pula nanti. Baru dia sedar, suaminya pandai bergurau dan tidak kekok melayannya yang baru hendak menunjukkan bibit-bibit mesra dengan suaminya itu. Dia harap, dia mampu mencintai lelaki itu.


Aish duduk bersandar di sofa ruang tamu miliknya usai makan malam. Isterinya pula sudah masuk ke dalam bilik setelah mengadu mengalami pening kepala selepas makan malam tadi. Terus dia memberikan panadol kepada isterinya dengan harapan sakit itu akan beransur dan menyuruh wanita itu berehat sahaja di dalam bilik.

Pintu rumah yang dibuka dari luar mengalihkan perhatian Aish. Wajah tua ibunya tersembul di sebalik pintu. 
" Kamu tak tidur lagi?" tanya Puan Katijah. Dia berjalan mendekati anak lelaki tunggalnya itu dan kepala itu diusap lembut.

" Aish tunggu ibu," ujar Aish manja dan mengucup lembut jari tua milik ibunya itu.

Puan Katijah tersenyum senang. Punggungnya dilabuhkan di sisi anak lelakinya itu.
" Fatimah dan Auntie Jasmin kirim salam." Salam yang dikirim disambut oleh Aish dalam nada bisikan. Wajah Fatimah yang ayu berjubah dan bertudung labuh menerpa mindanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Fatimah, anak perempuan Auntie Jasmin. 

" Makin cantik Fatimah sekarang ni Aish. Ilmu agama yang dia ada pun cantik," ujar Puan Katijah bersahaja sambil mengerling sekilas anaknya itu untuk melihat reaksi lelaki itu. Namun riak kosong sahaja yang terpamer.

" Untung kalau siapa yang menjadi suami dia. Kalau kamu..."

" Aish dah ada isteri, ibu," potong Aish kerana dia sudah tahu ke arah mana kata-kata ibunya itu.

" Ibu tahu. Tapi kamu mampukan?" tanya Puan Katijah dengan soalan tergantung. Tapi mudah difahami oleh Aish.

" Ibu, Aish tidak pernah ada niat untuk memadukan isteri Aish, ibu. Keisya seorang sahaja isteri Aish dunia akhirat, ibu," balas Aish dengan nada yang tenang. Dia tahu, sejak 3 tahun yang lepas, keluarganya dan Auntie Jasmin asyik kenenkan dia dengan Fatimah sahaja. Pada ketika itu, dia kurang ambil kisah jika keluarganya ingin menjodohkan dia dengan sesiapa sahaja, tapi bukan kali ini. Kali ini hatinya sudah terisi dengan satu nama sahaja.

Puan Katijah yang mendengar ayat balasan daripada anaknya mendiamkan diri sahaja. Berapa minit kemudian, dia bangun dari duduknya.
" Kamu anak ibu Aish. Ibu nak yang terbaik untuk kamu. Tetapi kalau itu pilihan kamu, ibu harap dia mampu jadi isteri yang ibu inginkan untuk kamu," ujar Puan Katijah lalu beransur dari ruang tamu itu. Aish hanya berdiam diri dan menghela nafas halus. Aku yakin, aku mampu membentuk Keisya seperti yang ibu inginkan, azam hatinya.

p/s: Okey, done for chapter 12. Hmm, nampaknya Keisya still lagi rindu akan Jason and maybe masih menagih cinta Jason. :O Berjayakah dia mencintai Aish? :/








Friday, 5 April 2013

I Love You, Hubby! 11

Keisya membuka pintu kereta sebaik sahaja keretanya Aish sudah elok terpakir di garaj kereta rumah lelaki itu. Keluar sahaja dari kereta, sekeliling kawasan rumah itu yang lengkap dengan sebuah kolam renang dipandangnya. Cantik dan terjaga rumah di hadapannya ini walaupun hanya diduduki oleh seorang lelaki yang bujang sebelum ini. Tapi sekarang ni dah tak bujang lagi kerana sudah berkahwin dengan dirinya.
" Tengok apa tu, sayang? Jom masuk ke dalam rumah," ajak Aish sambil membawa bagasi miliknya, Keisya dan ibunya. Keisya hanya memerhati sahaja lelaki itu membawa bagasi itu semua tanpa membantu. Dia membuat senaman sedikit kerana penat setelah berjam-jam mereka di lebuh raya dan akhirnya sampai juga walaupun sudah maghrib. Keisya terus berjalan menonong ke pintu rumah.

" Keisya," panggil ibu mertuanya, Puan Katijah. Keisya menghentikan langkahnya dan berpaling kepada ibu mertuanya begitu juga Aish. Dia ingin tahu juga kenapa ibunya memanggil isterinya.

" Aish, kamu pergi masuk dulu. Ibu ada benda sikit nak cakap dengan isteri kamu," ujar Puan Katijah sambil mengarahkan anak lelakinya itu masuk. Keisya pula sudah berasa tidak senang hati tatkala ibu mertuanya berkata sebegitu.

" Errr, Aish tak boleh tumpang dengar sekali ke ibu?" tanya Aish sambil tersengih. Dia perasan riak kurang senang yang terlakar di wajah isterinya. Kalau boleh dia pun ingin tahu sekali apa yang hendak dibual oleh ibunya. 

" No, Aish. Kamu pergi masuk dalam. Ini hal orang perempuan," ujar Puan Katijah tegas. Dia tahu kalau ada anak lelakinya di samping menantunya ini pasti ada sahaja ayat yang keluar dari bibir anak lelakinya itu untuk membela menantunya ini. 

Aish mengeluh halus dan menganggukkan sedikit kepalanya. Dia memandang sekilas wajah Keisya yang jelas mengharapkannya berada di sisi. Tapi apa yang dia boleh buat, ibunya hanya hendak berbual dengan isterinya sahaja dan tidak mahu dia masuk campur sekali.

" Aish.." rengek Keisya dengan riak wajah yang kurang senang. Aish tersenyum simpul mendengar rengekan itu dan berjalan mendekati Keisya yang sedang berdiri di muka pintu. Manakala ibunya masih berdiri di tepi kereta dan memerhatikan mereka berdua.

" Goodluck, girl. Abang tak boleh nak bantu. Jangan risau, ibu tak makan orang," ujar Aish sambil tersenyum. Pintu rumahnya ditolak dan bagasinya dibawa masuk ke dalam dulu. Baru saja kakinya ingin jejak ke dalam rumahnya itu, ada sepasang tangan yang dingin memeluk lengannya. Terpana Aish seketika apabila tangan itu menyentuh tangannya. Tapi kali ini sentuhan itu berbeza sekali. Jelas sekali sentuhan yang memerlukan perlindungan darinya. Jantungnya berdegup deras. 

" Memanglah ibu you tu tak makan orang. Kalau dia makan orang, sah-sah lah you tu kena makan dengan dia. Tapi I takut sekarang ni. Entah-entah dia nak marah I," adu Keisya tanpa menyedari tangannya semakin memegang erat lengan suaminya.

Aish hanya mampu tersenyum. Kali ini senyumannya bertambah lebar tatkala mendengar aduan isterinya. Rasa hendak ketawa pun ada mendengar butir bicara isterinya.
" Ish sayang ni. Tak adanya dia nak marah Keisya. Jangan buruk sangka sayang, tak baik," tegur Aish lembut. Tegurannya itu membuatkan bibir isterinya memuncung panjang ke hadapan.

Keisya melepaskan pegangannya dan berpeluk tubuh membelakangi suaminya. Menunjukkan protes. Kemudian, matanya berlaga dengan ibu mertuanya yang sejak dari tadi menjadi pemerhati kelakuan mereka berdua. Habislah kau Keisya, dia tengok kau pun macam nak telan. Bisik hatinya.


Puan Katijah berjalan mendekati menantunya yang masih tidak berganjak di pintu rumah setelah bayang anak lelakinya tidak kelihatan. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Hatinya masih tawar untuk menerima kehadiran menantunya tetapi hati tuanya sebentar tadi rasa tersentuh melihat senyuman bahagia yang terukir di bibir anak lelakinya.
" Jom duduk dekat sana. Ibu ada sikit nak cakap dengan kamu," arah Puan Katijah sambil menunjuk kearah meja dan kerusi batu yang tidak jauh dari kolam renang.

Keisya hanya akur sahaja. Dia dan ibu mertuanya melangkah bersama-sama menuju ke kerusi batu itu. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi batu yang berhadapan dengan ibu mertuanya. Beberapa minit kemudian, tiada apa yang dibualkan oleh mereka berdua. Sepi sahaja. Tapi keadaan itu membuatkan Keisya berasa kurang selesa kerana mata ibu mertuanya itu tidak langsung dialihkan dari memandangnya. Hisy, asal dia pandang aku macam tu? Muka aku comot ke? Tangannya meraba-raba wajahnya takut-takut ada yang 'melekat' di wajahnya. Namun tiada. Tak ada apa-apa pun dekat muka aku. Sah-sah lah ni dia nak telan aku, getus hati Keisya. 

" Errr ibu nak cakap apa dengan Keisya?" tanya Keisya teragak-agak. Tidak betah dia duduk menyepi sebegini. Lebih baik dia yang mulakan dulu.

" Aish pernah cerita dengan ibu, dia pernah terserempak dengan kamu dekat kedai buku, bukan?" tanya Puan Katijah. 

" Ha'ah. Kenapa ibu tanya?" tanya Keisya pula. Dia memang pernah terserempak dengan lelaki itu. Pada ketika itu dia sedang mencari novel yang ingin dibelinya. Manakala Aish berada di rak yang sama dengannya juga. Tatkala itu dia perasan juga sekali sekala lelaki itu memandang kearahnya.

" Bukan apa, ibu cuma hendak kepastian sahaja. Sebelum ini, kamu pernah bercinta?" tanya Puan Katijah ingin tahu.

Keisya menarik nafas panjang tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Serba salah dia hendak menjawab pertanyaan ibu mertuanya. Kenapalah dalam banyak-banyak soalan, soalan ni jugak dia nak tanya? Benci tau kita, bisik hatinya.

" Errr... errr..per..pernah," jawab Keisya teragak-agak. Tak biasa pula hendak kongsi cerita dengan ibu mertuanya yang jelas menunjukkan sikap kurang suka terhadapnya.

Puan Katijah hanya diam sahaja mendengar jawapan menantunya itu. Kemudian dia bertanya lagi, " Apa yang dah jadi dengan hubungan kamu berdua?" tanya Puan Katijah.

Keisya mengetap bibirnya apabila ibu mertuanya menyoalnya sebegitu. Apa yang aku nak jawab ni? Takkan aku nak cerita semuanya dekat dia? Isy, mana boleh! Aish, you see, ibu you ni memang nak 'telan' I dengan soalan-soalan maut dia tu!

" Errrr... dah.. kami putus.. kami sudah tiada persefahaman lagi, jadi, lebih baik kami berpisah," ujar Keisya dengan teragak-agak dan agak tunggang langgang. Kemudian dia menepuk mulutnya sedikit kerana rasa jawapannya itu kurang memuaskan hati tua di hadapannya ini.

" Hmm.. Kalau kamu dengan Aish sudah tiada persefahaman lagi, kamu bercerailah dengan dia?" tanya Puan Katijah sambil merenung menantunya itu.

" Errrr... Kalau jodoh diantara kami setakat itu sahaja, apa yang kami boleh buat," jawab Keisya. Tangannya diramas-ramas antara satu sama lain. Dahinya sudah berpeluh. Semua soalan yang diajukan oleh ibu mertuanya  membuatkan dia seperti cacing kepanasan dan yang paling penting, dia tidak suka semua soalan yang diajukan!

Puan Katijah berdiam diri mendengar jawapan daripada menantunya itu. Dia mengeluh halus seketika. Dia sayangkan anak lelaki tunggalnya itu hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya. Dia tidak mahu anak lelakinya itu kecewa seperti mana dia kecewa apabila melihat pasangan hidup pilihan lelaki itu. Sampai sekarang dia masih belum melihat lagi perubahan positif yang ditunjukkan Keisya seperti mana yang dijanjikan oleh Aish untuknya.

" Ibu sayang anak lelaki ibu. Ibu sayang dia kerana dia seorang anak yang mendengar kata dan sentiasa menurut kemahuan ibu tanpa membantah. Tapi ibu terkilan apabila tiba saat dia hendak menikah, dia bagai menepikan perasaan ibu," luah Puan Katijah dengan mata yang agak berkaca. Dia memang terasa sekali ketika anaknya itu hendak bernikah. Entah kenapa, mungkin dia rasa kasih anaknya itu kini terbahagi kepada dua dan dia terpaksa berkongsi kasih dengan menantunya ini.

Keisya terkedu mendengar luahan ibu mertuanya. Hatinya turut tersentuh. Beruntung sungguh wanita tua dihadapannya ini yang mempunyai anak yang baik seperti suaminya sedangkan dia.. dia sentiasa memberi masalah kepada mama dan papa nya. Selalu tidak ambil endah akan perasaan ibu bapanya.

" Dah lah, ibu nak masuk dulu. Nak solat maghrib." Puan Katijah bangun dari duduknya dan hendak melangkah kearah pintu. Namun jari jemarinya digenggam oleh seseorang. Dia memandang Keisya yang sedang tersenyum tawar kepadanya.

" Maafkan Keisya jika Keisya tak mampu nak jadi menantu terbaik untuk ibu. Maafkan Keisya sekali lagi jika anak lelaki ibu suatu hari nanti akan kecewa dengan Keisya dan maafkan Aish kerana dia memilih perempuan yang tidak layak sama sekali untuk dia," ujar Keisya dengan nada sayu. Entah kenapa dia rasa sebak tatkala mendengar luahan hati seorang ibu sebentar tadi. Matanya turut berkaca.

Puan Katijah menahan air mata sebaik mungkin agar tidak menitis. Tangannya ditarik dari genggaman menantunya dan meneruskan langkah menuju ke pintu rumah tanpa berpaling kearah Keisya.

Keisya terduduk lemah ke kerusi batu itu. Tangannya menongkat kepala dan matanya dipejamkan. Kadangkala dia terfikir juga, dia mendapat suami yang baik tetapi kenapa dia mempersiakan lelaki itu? Hatinya kuat berkata suatu hari nanti dia dan Aish akan berpisah dan dia mungkin bersama dengan orang lain, orang yang dicintainya. itu harapannya sejak dari dulu lagi, bersama dengan orang yang dicintai bukan yang tidak dicintai.


AISH memerhatikan isterinya yang termenung di luar rumah melalui tingkap di bilik. Sejak dari tadi, dia memerhatikan ibu dan isterinya di luar. Tidak tahu apa yang mereka bualkan tapi dia yakin pasti ada kena mengena dengan dirinya. Wajah isterinya juga turut mempamerkan riak kurang senang. Langsir yang diselaknya pantas ditarik menutup tingkap apabila isterinya memandang kearah biliknya.

"Aish," panggil ibunya diluar bilik bersama dengan ketukan di pintu. Aish berjalan mendekati pintu biliknya lalu dibuka pintu yang tidak berkunci itu.

" Kamu dah solat?" tanya Puan Katijah sambil tersenyum.

" Errr, belum lagi, ibu. Ibu ada apa-apa ke nak cakap dengan Aish?" tanya Aish.

" Ibu nak bagitahu kamu ni, ibu nak pergi rumah Auntie Jasmin selepas isyak ni sebab ada kenduri. Dah lama tak jumpa dengan dia. Alang-alang dekat rumah kamu, ibu nak pergi lah kenduri dia," ujar Puan Katijah.

Aish tersenyum kecil. Auntie Jasmin itu bagaikan keluarga mereka sendiri juga. Keakraban ibu dan jirannya itu menguatkan lagi tali persaudaraan antara jiran sesama jiran.

" Oh, kalau ibu nak pergi, pergilah. Lagi pun Aish tahu, ibu mesti akan bosan kalau tak ada teman nak berbual," ujar Aish sambil memaut tubuh ibunya.

" Ya lah. Dah pergi solat sana," pesan Puan Katijah sambil menepuk lembut pipi anaknya. Aish mengangguk akur dengan pesanan ibunya itu.

" Alright, ibu," balas Aish sambil mengucup lembut pipi ibunya. Dia hanya memandang sahaja ibunya yang sedang menuruni tangga menuju ke bilik yang bersebelahan dengannya. Seketika kemudian, dia masuk semula ke dalam bilik lalu tangannya menolak pintu biliknya untuk ditutup. Namun ada tangan seseorang yang menahan pintu itu lantas mengejutkan Aish.

" Ya Allah, Keisya. Buat terkejut abang je. Abang ingatkan siapa lah tadi," ujar Aish sambil mengurut lembut dadanya yang agak berdebar sebentar tadi. Kata-kata Aish tidak diambil endah oleh Keisya. Isterinya itu melangkah mendekati katil dan terus melabuhkan duduk di birai katil sambil tangannya menongkat kepala. Kelakuan Keisya menjadi perhatian Aish.

" Kenapa ni, sayang?" tanya Aish sambil berjalan mendekati isterinya. Dia pasti ada sesuatu yang mengganggu isterinya tatkala ini dan pasti ada kena mengena dengan perbualan ibunya dan isterinya itu.

Keisya diam tidak menjawab. Dia masih terfikir-fikir kata-kata ibu mertuanya yang jelas menunjukka rasa kecewa kerana memiliki menantu sepertinya. Dan sedikit sebanyak hatinya turut terguris. Kepalanya diangkat lalu dipalingkan menghadap Aish. Suaminya kini sedang duduk melutut di sisinya dengan pandangan redup yang tiba-tiba membuatkan dia rasa serba salah.

.Keisya merenung sedalam mungkin wajah suaminya itu dan cuba mencari kelemahan lelaki itu yang mungkin boleh dikaitkan kenapa dia sukar menerima lelaki itu. Tetapi tiada. Tiada kekurangan yang dia nampak sepanjang bersama lelaki itu. Apa yang dia nampak dalam diri lelaki itu, semuanya mengagumkan. Seorang anak yang baik, suami yang penyabar dan yang paling penting amat menyayangi dirinya. Juga dilengkapi dengan rupa paras yang menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana. Tapi entah kenapa hatinya tetap masih berdegil mahu mencintai Jason Harris.

" Keisya.." panggil Aish sekali lagi bersama sentuhan di tangan kanan isterinya itu. Digenggam lembut tangan itu.

Keisya tersentak dari mengelamun jauh dengan mata yang tidak berkelip memandang suaminya. Kepalanya dipalingkan ke tempat lain lantas wajahnya diraup lembut. Rasa malu pula jika lelaki itu sedar dia sedang merenung suaminya itu.

Aish menarik nafas sedalam yang mungkin apabila dirinya dibuat tidak endah isterinya. Dia bangun dari melutut dan duduk di sisi isterinya. Dia memandang sisi wajah isterinya yang sedang berpaling menghadap tempat lain.

" Keisya, abang..."

" Kenapa I yang jadi pilihan you, Aish? Kenapa mesti I? Kenapa tak orang lain? Kenapa mesti I?!" potong Keisya dengan pertanyaan yang bertalu-talu. Terdiam Aish mendengar pertanyaan isterinya itu. Kemudian dia menghela nafas halus. Tubuhnya direbahkan di sisi isterinya dengan kaki terjuntai di birai katil. Tubuh isterinya yang sedang duduk membelakanginya di pandang.

" Berapa kali Keisya nak tanya abang dengan soalan yang macam ni?" tanya Aish kurang berpuas hati. Sudah puas dia memberi penjelasan kepada Keisya sebelum ini. Dia memejamkan seketika matanya yang agak pedih itu. Mungkin kepenatan.

" I cuma nak tahu Aish. Kenapa mesti I? Banyak lagi perempuan yang baik selain I, tapi kenapa mesti I?" tanya Keisya bertalu-talu sekali lagi. Wajahnya ditekup dengan tangan seketika.

" Atau you pun sama macam lelaki lain, pandang rupa sahaja dan bukan hati seorang perempuan itu?" tanya Keisya lagi apabila suaminya hanya berdiam diri tanpa menjawab. Sudah banyak lelaki yang dia jumpa dan rata-ratanya bersifat hidung belang. Tapi... mustahil pula rasanya jika Aish bersikap sedemikian.

Aish tergamam apabila isterinya melemparkan tuduhan sebegitu keatasnya. Dia pantas bangun berdiri di hadapan isterinya. kata-kata isterinya itu seolah-olah menunjukkan dia lelaki berhidung belang.

" Apa awak cakap ni? Awak sedar tak apa yang awak cakap? Awak tahu tak apa hukum awak menuduh suami awak yang bukan-bukan tanpa usul periksa?" soal Aish dengan kata ganti nama yang mula berbeza. Wajah isterinya direnung tajam.

Keisya turut bangun berdiri menghadap suaminya. Kepalanya didongakkan memandang Aish yang hampir dengannya tatkala ini. Kedua-dua belah bahu suaminya itu dipegang kemas dan membuatkan riak wajah Aish bertukar.

" I tak ada niat nak tuduh you yang bukan-bukan. Cuma I rasa I memang betul-betul tak layak untuk you, Aish. Ibu you, baik sekali. Sepatutnya orang baik macam ibu you tu dapat menantu yang baik bukan macam I, Aish. I tak sempurna untuk you and I rasa..."

Kata-kata Keisya terhenti tatkala lelaki itu meletakkan jari telunjuknya ke bibir merahnya. Tanpa disedarinya, air matanya menitis ke pipi.

Aish mencapai tangan Keisya yang berada di bahunya. Dikucup lembut tangan mulus itu sebelum matanya membalas renungan berkaca daripada isterinya.
" No one is perfect, sayang. Abang tak sempurna dan kita semua tidak sempurna. Oleh kerana itu, Allah beri kita akal supaya kita dapat berfikir mana satu baik dan mana satu buruk. Tetapi manusia tetap tidak dapat menggunakan akal itu dengan baik sepenuhnya. Dalam hal jodoh, kita tak layak untuk mempersoalkan kenapa kita berjodoh dengan orang yang kita tak harapkan kerana semua itu sudah ditentukan terlebih dahulu oleh Allah sebelum kita lahir lagi. Macam kisah kita ni, abang cintakan Keisya dan Keisya pula tak ada langsung secebis cinta untuk abang... mungkin juga tiada kasih di hati..." ujar Aish lemah.

" Tapi abang yakin, ini jodoh kita. Jodoh Allah yang terbaik untuk abang kerana telah jumpakan abang dengan Keisya. Walaupun Keisya tidak seperti wanita-wanita yang abang damba sifatnya, tetapi hati abang tetap sejuk bersama dengan Keisya. Tetap bahagia dengan Keisya. Dan abang harapkan, Keisya tolong terima abang sebagai pemimpin Keisya dan berikan abang secebis kasih dari seorang isteri untuk suaminya. Itu sahaja yang abang nak daripada Keisya," ujar Aish lagi bersama senyuman yang cukup tenang dengan mata yang mulai berkaca. Air mata Keisya semakin bercucuran. Sungguh, dia terharu mendengar kata daripada suaminya. Tiada kata yang terluah untuk suaminya cuma matanya sahaja yang sedia bertatapan dengan suaminya.

Aish mengelap lembut air mata isterinya. Bibirnya kekal dengan senyuman untuk si isteri yang tidak henti merenung dalam anak matanya. Kemudian dia berpaling kearah bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Dia sudah semakin lewat untuk mengerjakan solat manghrib. Dengan perlahan dia melangkah mendekati bilik air tanpa berpaling lagi.

Bibir Keisya bergetar untuk mengatakan sesuatu tetapi tidak terluah. Sebaik sahaja lelaki itu ingin melangkah ke dalam bilik air, dia pantas menerpa ke arah Aish dan memeluk lelaki itu dari belakang. Tangisannya terhambur akhirnya dengan kepala disembamkan di belakang tubuh Aish. Lelaki itu kaku. Matanya tidak berkelip menerima pelukan daripada isterinya.

" Tolong ajarkan I untuk mencintai you..." pinta Keisya lembut bersama sedu sedan yang menghimpit pernafasan Aish.

p/s: woohoo... Okey, done for chapter 11. Suka tak? Cuba baca apa yang Keisya mintak daripada Aish.. Now, questions.. Mungkinkah mereka ditakdirkan bersama? Berjayakah Keisya untuk cintakan Aish? Adakah kehadiran Jason akan membuatkan Keisya gagal dalam usahanya itu? Adakah Jason akan melepaskan Keisya apabila suatu hari nanti mereka bertiga bertemu? Hehehe, jawapannya dekat cekk nohhh :)