Friday, 22 March 2013

I Love You, Hubby! 10 Full


Assalamualaikum... okey, done for chapter 10. Chapter ni tak banyak kisah Aish kerana writer lebih fokuskan kepada kisah silam Keisya and Jason. dalam bab ni,Writer dah huraikan terus apa yang terjadi dengan Jason and Keisya ni sebab ramai yg tanya tentang tu. So lepas ni, memang banyak kisah Aish and Keisya and also tentang rancangan Aish dan Fina tu.. Hehehe.. 

Sejadahnya dilipat usai solat subuh. Isterinya yang masih dalam 'cuti' masih enak tidur lagi. Dia sudah biasa sangat dengan jadual bangun pagi isterinya. Selalunya, jika jarum jam belum cecah pukul sebelas pagi, memang langsung tidak nampak bayang isterinya. Paling awal isterinya bangun pun dalam pukul sepuluh pagi. Aish menggeleng kecil mengenangkan sikap isterinya. Hatinya bertekad akan cuba merubah isterinya.

Bagasi baju yang diletak di sisi almari baju ditariknya lalu dibuka bagasi itu. Hari ini mereka akan pulang ke rumah ibunya. Tapi sementara itu, dia sudah bercadang hendak singgah dahulu di rumah bujangnya untuk mengemas sedikit apa yang patut kerana sudah seminggu lebih dia tidak menjenguk rumah itu.

Baju kemejanya dan baju t-shirtnya yang disimpan di dalam almari dikeluarkan. Satu persatu baju dilipat lalu dimasukkan ke dalam bagasi itu. Seketika kemudian, baru dia teringat baju isterinya masih belum dikemaskan lagi. Nak kemaskan ke tak? Or biarkan dia yang kemas sendiri? Hatinya tertanya-tanya. Dia bukan tidak faham dengan sikap isterinya itu. Pantang jika orang menyentuh pakaiannya lagi-lagi pakaian yang agak 'sensitif' itu.

" Sayang.. sayang," kejutkan Aish sambil menggoncang bahu isterinya. Sejak dua menjak ini isterinya semakin dingin dengan dirinya. Sudah puas dia belek apa kesalahan dia namun dia masih belum temui kesalahannya.

Keisya mengeluh kecil sambil menggeliat halus. Matanya yang masih kantuk dan terasa agak pedih akibat cahaya lampu yang menerobos masuk dihadang dengan tangan. Dia memandang sekilas Aish sebelum mengiringkan badannya membelakangi Aish.

" Sayang, bangunlah. Pukul sembilan ni kita nak bertolak dah pergi rumah abang. Baju pun sayang belum kemas lagi," ujar Aish sambil duduk di birai katil. Tangannya bermain-main dengan rambut isterinya dan wanita itu langsung tidak menepis.

" Pukul sembilan bertolak? Kenapa awal sangat? Tak boleh ke bertolak petang? I nak tidurlah, Aish," rengek Keisya lalu mengambil bantal disisinya dan ditekup ke muka. Ni yang dia tak suka ni, pagi-pagi terpaksa bangun.

" Bertolak awal lagi bagus sayang. Jimat masa. Bangun sayang. Baju sayang belum kemas lagi tu," ujar Aish sambil menggoncang perlahan bahu wanita itu. Namun tiada respons daripada isterinya. Aish tersenyum kecil. Susahnya nak bangunkan budak kecik ni, getus hatinya.

" Ke.... sayang nak abang yang kemaskan baju sayang? Abang tak kisah cuma.... pakaian yang 'sensitif' itu abang..."
" Eh tak apa-apa. Biar I yang kemas. Kalau you yang kemas, silap-silap berterabur bagasi I," potong Keisya laju. Cuak dia apabila memikirkan lelaki itu mahu mengemas bajunya. Selimut yang menutup tubuhnya yang hanya berpakaian baju tanpa lengan dan seluar paras lutut itu disingkap. Sempat dia membebel yang entah apa-apa. Geram dengan sikap suaminya yang agak mendesak baginya.

Aish terketawa kecil. Geli hati melihat sikap isterinya. Mudah sahaja nak gertak isterinya ini.
" Apa ketawa-ketawa? Suka lah tu I dah bangun," ujar Keisya geram. Tualanya dicapai lalu dengan langkah yang malas dia berjalan menuju ke bilik air.
" Mandi jangan lupa sabun ya sayang. Cepat sikit tau," ujar Aish bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
" Hisy, I tahu lah. I bukannya budak kecil umur lima tahun yang baru nak belajar mandi," balas Keisya geram. Sempat dia melemparkan jelingan tajam kepada Aish.


Keisya menyikat lembut rambutnya yang panjang paras bahu di hadapan cermin. Sambil menyikat rambutnya, matanya asyik bersabung sahaja dengan Aish melalui pantulan cermin. Lelaki itu sedang duduk di katil dengan mata yang asyik memandangnya. Rasa serba tidak kena dirinya. Selalunya, masa yang diambil untuk menyikat rambut hanya lima minit sahaja tapi gara-gara renungan suaminya, semuanya bagaikan menjadi lambat.

" Ibu you singgah sekali ke dekat rumah you?" tanya Keisya untuk hilangkan rasa canggungnya. Rasa seram pula dengan renungan lelaki itu.
Aish agak tersentak apabila wanita itu mula berkata-kata. Kepalanya digaru perlahan sebelum menjawab pertanyaan isterinya.

" Of course ibu abang ikut sekali. Kenapa tanya?" tanya Aish lalu bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati meja solek dan sikat yang digunakan Keisya dicapainya. Rambutnya yang memang sentiasa kemas dan pendek itu disikat ala kadar sahaja. 

" Tak ada apa," balas Keisya. Dia tidak dapat membayangkan hari-harinya bersama Puan Katijah nanti. Dengan sikap ibu mertuanya yang jelas menunjukkan kurang selesanya dengan dia membuatkan dia berasa agak canggung untuk bermesra dengan perempuan tua itu. Agaknya dia nak menantu yang pakai jubah 24 jam kut tapi dapat pulak menantu macam aku ni, getus hatinya. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lapan pagi. 

" Keisya..." panggil Aish lembut. Kini dia sedang berdiri di belakang isterinya. Dia dapat hidu dengan jelas bau harum rambut isterinya.
Keisya yang tidak sedar kehadiran lelaki itu dibelakangnya mengundur setapak ke belakang. Gerakannya menyebabkan dia terpijak kaki Aish dan tubuhnya terdorong ke belakang. Keisya kaget kerana dia sangka dia akan jatuh terlentang ke belakang namun tiada apa-apa yang berlaku. Dia dapat rasakan tubuhnya sedang bersandar di sesuatu yang keras dan tegap. Dan dia berasa amat selamat.....

Hembusan nafas yang menyapa telinganya membuatkan dia tersentak lalu membuka matanya yang dipejamkan secara tidak sengaja. Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya dan dia tahu siapa orang itu. Tapi haruman tubuh yang menusuk hidungnya membuatkan dia teringat kepada seseorang. Sungguh sama haruman itu dan seperti orang itu adalah si dia.

" Jason..." seru Keisya lembut dalam nada tertahan-tahan. Pelukan itu tidak dileraikan tapi dibiarkan sahaja dalam keadaan yang direlakan ataupun tidak.

" Siapa Jason?" tanya Aish. 







Keisya menggigit bibirnya tatakala pertanyaan itu keluar dari dua ulas bibir sensual milik suaminya. Tangannya diramas-ramas antara satu sama lain. Tangan lelaki itu sudah pun terlerai dari pinggangnya tatkala dia menyebut nama Jason. mungkin suaminya berasa kurang senang ataupun jealous. Yalah kan, suami mana yang tak jealous bila si isteri sebut nama lelaki lain.

" Siapa Jason tu?" tanya Aish lagi dengan nada suara yang agak tegas. Hatinya berasa agak panas bila Keisya menyebut nama lelaki lain dihadapannya. Tangannya meramas rambutnya kasar tatkala angin cemburu semakin bertiup ke hatinya.

" Errr.. well, he is.. errrr.... He is my friend," jawab Keisya teragak-agak. Tanpa berlengah, kakinya dibawa laju menuju ke pintu untuk melarikan diri namun lelaki itu lebih bertindak pantas berbandingnya. Lengannya dicengkam Aish lalu kepalanya dibawa menghadap kearah suaminya. Tetapi tidak lama kemudian, dia menundukkan pandangannya tatkala mata Aish menikam tepat ke anak matanya.

" Really that he's just your friend? Girl, I knew there was many things that you're hiding from me," ujar Aish dengan perasaan ingin tahu di hati. Tidak ada istilah salah jika dia hendak mengetahui semua perkara yang isterinya rahsiakan daripada dia. Dia perlu tahu semua itu. Dia ingin tahu semua perkara termasuk apa yang terjadi di food court pada ketika itu. Dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku di sana namun dirahsiakan oleh isterinya.

Keisya mengangkat wajahnya. Rasa menyesal pula kerana telah menyebut nama bekas kekasihnya. Tidak memasal dia kena soal macam-macam dengan suaminya.
" Kenapa you nak tahu sangat siapa dia tu? kalau I kata kawan, maksudnya dia cuma kawan sahaja lah. And  one more thing, rahsia? I sembunyikan banyak rahsia daripada you? Kalau ya pun I ada hak sembunyikan hal yang berkaitan dengan hal peribadi I," ujar Keisya lalu menarik lengannya kasar. tetapi sekali lagi, Aish menarik lengannya itu. kali ini pegangan lelaki itu cukup kemas.

" I'am your husband and I need to know it. Tak ada istilah peribadi dalam sesuatu perkahwinan, Keisya," ujar Aish tegas. Dia hendak tahu semua perkara itu kerana dia dapat rasakan ada sesuatu perkara yang menghalang wanita itu mencintainya. Mungkin hati wanita itu pernah terisi sebelum ini sebelum kehadirannya..

" Give me a reason why you want to know about it so much," balas Keisya pula sambil matanya membalas renungan lelaki itu yang sudah bertukar redup. Begitu redup sekali renungan lelaki itu dan menzahirkan terus perasaan lelaki itu terhadapnya.

Aish mengetap bibirnya tatkala wanita itu memintanya memberikan sebab. Dia memejam matanya seketika dan membuka kembali matanya semula.
" Because I love you," jawab Aish dengan tegas.

Keisya terkedu mendengar kata-kata Aish. Walaupun sudah beratus-ratus kali ayat itu keluar dari bibir suaminya, namun kali ini dia rasa tersentuh pula mendengar. Entah kenapa perasaan itu yang muncul. Seketika kemudian dia teringat perbualannya dengan Fina.

" Aku jeles? Aku tak kisah lah. Kalau ada beribu baris perempuan yang nakkan dia, kau kena tahu satu perkara Fina, aku tak termasuk dalam golongan perempuan-perempuan tu semua," balas Keisya dengan senyuman sinis di bibir.

" Okeylah Keisya. Kau menang. Tapi kau jangan yakin sangat dengan apa yang kau cakap. takut kau termakan kata-kata sendiri," pesan Fina.


Keisya menekupkan telinganya seolah-olah ingin menghalau kata-kata Fina. No, selama aku hidup, aku cuma cintakan seorang lelaki sahaja, getus hatinya. Perbuatan Keisya itu menjadi perhatian Aish dan telah disalah anggap oleh lelaki itu. Hati lelaki itu terguris dengan sendiri.


" I'am sorry if you hate to hear it.." ujar Aish lemah. Keisya tersentak dan memandang suaminya dengan dahi yang berkerut. Bibirnya bergetar ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak terluah.

Aish melangkah menuju ke pintu lalu meninggalkan isterinya seorang diri di dalam bilik. Keisya hanya memandang sahaja langkah suaminya itu tanpa menghalang. Kemudian dia pantas mengalihkan wajahnya kearah lain apabila suaminya turut memandang kepadaya. Sedang dia termenung memandang cermin di meja solek, iPhone nya berbunyi nyaring.

Gadjet itu dicapainya lalu matanya memandang skrin yang memaparkan nama seseorang. Dia mengeluh 
tatkala nama itu terbias di pandangannya. Sudah lama pemanggil itu tidak menelefonnya, tapi kali ini muncul pula nama itu di skrin lebarnya.
" Hmmm." Sahut Keisya kurang berminat dengan panggilan yang diterimanya.
" Wow! Akhirnya you jawab juga panggilan I. tak sia-sia I try call you hari ni."
" Excuse me, Encik kamil, just tell me what you want to say. I tak banyak masa sekarang ni," ujar Keisya sambil duduk di birai katil. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan Kamil kepadanya. Tapi yang pasti, hal yang hendak diberitahu sudah tentu perkara yang memang sia-sia.

" Hahaha. You look so sexy with voice tone. Anyway, how about one glass of wine at club this night?" ajak Kamil. Keisya mengeluh halus. Dah agak dah, memang perkara yang sia-sia tapi perkara itu juga lah yang sering dilakukannya.
" Sorry Kamil, I..."
" Did you want to give me an excuse?" potong Kamil dengan nada suara yang mula bertukar dingin. Dia ingin menemui wanita itu. Hati lelakinya rindu untuk menatap wajah yang dicintainya itu. 
" No, Kamil but I really can't go. Hubby I nak bawa I balik rumah keluarga dia untuk persandingan pihak dia," balas Keisya. baginya tidak ada beza jika dia tidak ada hal yang penting hari ni kerana sudah tentu langkahnya agak terbatas untuk ke kelab malam kerana sudah pasti Aish tidak akan mengizinkannya.

Kamil mendengus kasar di talian. Tidak puas hati menyelubungi dirinya.
" Just now, you gave me an excuse, Keisya," ujar Kamil dengan nada yang agak sayu pada pendengaran keisya. 
" But it's a reasonable excuse, Kamil. lagi pun, ada hal penting ke yang you nak bagi tahu I?" tanya Keisya.
Kamil mengeluh di talian. " Tak ada apa but... I miss you so much girl. Too much."

Keisya mengeluh halus mendengar pengakuan rindu lelaki itu. Dia sedia maklum lelaki itu mencintainya tapi ada terselit perasaan was-was dengan cinta lelaki itu terhadapnya kerana lelaki itu tidak betah dengan seorang perempuan sahaja selama ini.
" Dah lah Kamil. lupakan je lah perasaan rindu you tu dekat I. I'am already married," balas Keisya.
" Yeah, the fact that I have through it. But..."
" Listen Kamil. I tak halang you untuk terus cintakan I dan rindukan I. But I think you just waste your time. Find another girl for you, Kamil," balas Keisya lantas mematikan handphone nya. Tak sanggup lagi untuk mendengar ayat manis yang keluar dari bibir Kamil. Tubuhnya direbahkan ke katil lalu memejamkan mata serapat-rapatnya.


JASON Harris memberhentikan kereta yang dipandunya di tepi jalan. Sekeliling kawasan itu terbentang luas dengan tanaman padi yang menghijau. Sekarang ini dia berada di sebuah kampung yang terletak di Kedah. Sudah lama dia tidak melihat pemandangan indah ini. Jika dahulu, apabila ada sahaja masalah yang melanda dirinya, dia sanggup meredah beratus kilometer untuk sampai ke Kedah. Dan yang pasti di sisinya pasti ada yang menemani... Tapi kali ini dia keseorangan.. Keseorangan menanggung beban yang memberat di kepala.

Dia duduk bertinggung menghadap padi yang menghijau itu. Sebuah keluhan dilepaskan. iPhone di tangannya sudah dimatikan kerana dia tidak mahu diganggu dengan sebarang panggilan. Dengan ibu dan ayahnya, langsung tidak dimaklumkan ke mana dia membawa diri begitu juga adiknya. Dia ingin bersendirian. Dia ingin cuba menenangkan fikiran dengan menikmati keindahan alam ini namun kisah yang merosakkan hubungannya dengan perempuan yang tercinta tetap juga mengasak-asak mindanya. Kepalanya diletakkan ke lutut dengan keluhan kasar yang keluar dari mulutnya.
" Why all of this must be happened to us, Keisya? Why?" rintihnya seorang diri. Kisah dua tahun yang lepas kembali bermain di fikirannya.


Jason Harris memasuki sebuah kedai bunga yang masih buka lagi. Hari ini, dia ingin berjumpa dengan buah hatinya. Jadi, dia bercadang untuk membeli sejambak bunga buat kekasih hatinya. Jason berjalan mendekati kaunter yang dijaga oleh seorang perempuan berambut keperangan di situ.
Gadis itu melemparkan senyuman manis kepadanya sebelum menyapanya. " Hai," sapa gadis itu dengan senyuman tidak lekang di bibir. Handsome nya, tak ada rupa macam Melayu lah, getus hati gadis di hadapannya itu.

" Hi, I want a bouquet of red rose, please," pinta Jason yang turut tersenyum. Gadis itu berlalu dari kaunter itu dan menuju ke tempat yang diletakkan pelbagai jenis bunga hidup di situ. Jason hanya memerhati sahaja sambil berpeluk tubuh.



Jason Harris hanya diam sahaja sambil memerhati gelagat gadis itu yang sedang membalut bunga mawar merah itu. Tatkala gadis itu memandangnya dan melemparkan senyuman, dia turut tersenyum. Dia sudah biasa diberi perhatian sebegitu oleh ramai wanita di luar sana.

" How much is it?" tanya Jason sambil mengeluar dompetnya dari kocek seluar. 
" Just one hundred fifty," balas gadis itu dengan senyuman tidak lekang di bibir. Bercahaya matanya melihat wajah yang sungguh tampan di hadapannya ini.

Jason mengeluar tiga helai lima puluh ringgit lalu diserahkan kepada gadis dihadapannya itu. Kemudian dia berlalu pergi dari kedai itu dengan bunga mawar yang berada di dalam pegangannya.


Jason memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo mewah yang tersergam indah di kawasan perumahan itu. Dia menjengukkan sedikit kepalanya ke sekeliling kawasan rumah itu.

Handphone nya dikeluarkan lalu tangannya laju mendail nombor seseorang. Namun panggilannya tidak diangkat. Sekali lagi dia cuba mendail namun tetap hampa yang ditemui. 
Pintu keretanya dibuka lalu dia melangkah mendekati pintu pagar utama yang berdekatan dengan pondok pengawal.

" Encik cari siapa?" tanya pengawal itu lembut yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar. Pintu pagar tidak dibukanya, risau jika Jason ini mengancam keamanan di kawasan rumah itu. Jason Harris dipandangnya atas bawah dan dia yakin pemuda di hadapannya ini bukan orang sembarangan.
" Saya Jason Harris. Kawan kepada Keisya. Saya datang nak jumpa dengan dia," jawab Jason sambil menjengahkan sedikit kepalanya di celah pagar itu, mencari kelibat seseorang.

" Cik Keisya tak ada, encik. Selepas maghrib tadi dia dah keluar dengan kawan dia," balas pengawal yang berumur lingkungan 40-an itu. Dahi jason berkerut mendengar penjelasan pengawal itu. 
" Boleh saya tahu sama ada kawan dia tu lelaki atau perempuan?" tanya Jason sambil tersenyum kelat. Hatinya sedikit hampa apabila Keisya keluar dengan seseorang pada hari ini sedangkan dia sudah bagi tahu gadis itu awal-awal yang dia ingin berjumpa dengan gadis itu.

" Erm, kawan cik keisya tu perempuan orangnya, encik."
 Jason memalingkan wajahnya kearah lain dan cuba mengingati kawan perempuan Keisya yang lain. Tapi hatinya mengatakan rakan perempuan Keisya yang dimaksudkan oleh pengawal ini pasti Fina.
" Oh, terima kasih, encik. Saya minta diri dulu," ujar Aish dan berlalu meninggalkan rumah itu. keretanya didekati lalu tubuhnya diboloskan ke dalam kereta. Handphone nya dikeluarkan sekali lagi dari koceknya lalu nombor telefon Fina didailnya.

" Helo," sahut Fina di talian. Jason Harris menjauhkan sedikit handphone nya dari telinganya kerana terdengar bunyi yang amat membingitkan telinganya. Dia dapat rasakan gadis ini sedang berada di kelab malam berdasarkan bunyi yang didengarnya itu.

" Hello, Fina. You dekat mana sekarang ni?" tanya Jason Harris sambil handphonenya itu dijauhkan sedikit dari telinganya.
" What? I tak dengarlah Jason. Boleh cakap kuat sikit tak?" tanya Fina dengan suara yang meleret. Jason Harris mengeluh halus. Dari suara gadis itu dia yakin gadis itu dibawah pengaruh arak.
" I tanya, you dekat mana sekarang ni?" tanya Jason sekali lagi dengan suaranya dikuatkan sedikit. 
" Oh, itu yang you tanya. I dekat rumah lah takkan dekat tempat lain. Jason, kenapa you tak datang rumah I?" tanya Fina dengan suara yang kuat. 
" Datang rumah you? What for?" tanya Jason dengan dahi yang berkerut.
" What for you tanya? Keisya tak bagitahu you ke I ada buat party? Come Jason, join us. Sementara parents I tak ada dekat rumah, let's we enjoy!" ujar Fina dengan tawanya yang meleret.

Jason senyap seketika. Fina buat party? Kenapa Keisya tak bagitahu aku? Hatinya tertanya-tanya. 
" Fina, Keisya ada dengan...." Kata-katanya termati tatkala panggilan sudah dimatikan. Dia memandang ke hadapan dengan hati yang tertanya-tanya. Dia tidak berpuas hati dengan Keisya yang tidak memaklumkan hal itu kepadanya. Adakah hubungan mereka selama ini telah menyekat kebebasan gadis itu dan oleh sebab itu gadis itu tidak memberitahunya hal ini?

Enjin kereta dihidupkan. Keretanya dipandu menuju ke rumah Fina. Dia yakin kekasihnya itu ada di rumah gadis itu. Dia bukan tidak tahu betapa sosialnya kekasih hatinya itu dan dia kurang gemar dengan pergaulan gadis itu.

Keretanya diparkirkan di belakang sebuah kereta BMW. Memang ramai sungguh yang hadir ke majlis Fina itu kerana berderet kereta diparkir di hadapan rumah banglo mewah milik keluarga gadis itu. Dia melangkah keluar dari keretanya lalu berjalan mendekati rumah banglo mewah itu yang sungguh meriah dengan kerlipan lampu pelbagai warna. Seluruh rumah itu sesak dipenuhi orang ramai. Ada yang sedang menari, dan ada yang sedang bergelak ketawa sambil memegang botol atau gelas yang berisi arak.
" Jason!" panggil seseorang setelah dia tiba di perkarangan rumah gadis itu. Dia berhenti melangkah dan berdiri di tepi kolam renang itu. Matanya memandang Fina yang sedang tersenyum kepadanya dengan langkah yang agak kurang stabil.

" Datang pun you akhirnya," ujar Fina dan berdiri di sisi lelaki itu. Kerana kedudukannya yang kurang stabil, dia hampir tergelincir ke dalam kolam namun sempat tubuhnya dipaut oleh Jason. Fina yang separa sedar itu tergelak kecil kerana berasa geli hati sendiri dengan kecuaiannya. 

" Thanks for saving me. Want a glass of wine?"tanya Fina sambil menunjukkan segelas wine ditangannya. Jason menolak lembut pelawaan Fina. Dia sudah lama tidak menyentuh minuman memabukkan itu sejak dia mengenali Keisya dan agama kekasih hatinya itu. Walaupun dia jelas dengan kejahilan Keisya yang tidak seperti orang lain yang taat dengan tuntutan agama masing-masing, tapi dia tetap cintakan gadis itu.

" You cari siapa?" tanya Fina apabila Jason asyik memandang sekeliling rumahnya.

" Errrr... I cari Keisya. Where is she?" tanya Jason. Matanya menjelajah setiap pelosok rumah itu. Setiap kali dia memandang ke satu arah, pasti ada sahaja mata gadis-gadis di situ yang memandangnya.

" Oh Keisya. I don't know where is she. Maybe dia tengah menari dekat dalam. Jom lah masuk rumah I. Just make like your own home," ujar Fina sambil menarik tangan lelaki itu agak ikut bersama  masuk ke dalam rumah. Jason tidak menolak dan akur sahaja kerana dia ingin bertemu dengan buah hatinya itu.


Tiba sahaja di dalam rumah Fina, gadis itu telah pun berlalu pergi dari sisinya dan menari dengan seorang lelaki tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia tidak ambil peduli tentang itu dan matanya terus mencari kelibat Keisya. Meja panjang yang menempatkan minuman didekatinya. Segelas jus oren dicapainya lalu diteguk sedikit. Lagu-lagu yang dimainkan di dalam rumah itu membuatkan badannya mengikut rentak lagu itu. Tidak lama kemudian, matanya terpandang seorang perempuan dan seorang lelaki yang sedang menari membelakanginya dengan aksi yang sungguh ghairah. Entah kenapa, matanya melekat sahaja pada pasangan itu sehinggalah perempuan itu mengalihkan posisi tubuh menghadapnya.

Pranggggg!

Gelas kaca yang dipegangnya terlepas dari tangan lalu pecah berderai di atas lantai. Bunyi gelas kaca yang pecah itu hanya menarik beberapa pasang mata sahaja dan mereka yang lain masih hanyut dengan hiburan termasuklah pasangan tadi. Gelas yang pecah tidak dihiraukan kerana matanya lebih tertumpu kepada pasangan itu yang sedang asyik bercumbuan. Hatinya panas, pedih, kecewa dan bermacam lagi rasa yang menghentam ruang hatinya. Dengan renungan tajam, dia melangkah laju menuju ke arah pasangan itu. 

" Keisya!" panggilnya kasar setelah tiba di sisi pasangan itu. Keisya yang separa sedar itu pantas menghentikan aksi memalukannya itu dan memalingkan wajahnya ke sisi. Dengan keadaan yang separa sedar, wajah Jason kelihatan kabur pada pandangan matanya namun masih dia kenal.

" Eh, honey! Macam mana you boleh ada dekat sini? Who's invite you?" tanya Keisya dengan nada yang meleret-leret. Apabila lelaki yang menari dengannya itu mahu meneruskan ciuman mereka, Keisya tergelak manja sambil menampar lembut pipi lelaki itu. 

Dushhh! Satu penumbuk hinggap tepat ke pipi lelaki itu lalu membuatkan dia tersungkur. Keisya terkejut dan terpinga-pinga melihat keadaan itu. Keadaan yang pada mulanya terkawal mula menjadi kecoh. Jason mendekati lelaki yang ditumbuknya itu. Kolar baju lelaki itu direnggut kasar lalu ditarik ke hadapan agar lelaki itu bangun menghadapnya. Satu tumbukan lagi hinggap di pipi lelaki itu. Orang ramai yang hadir hanya menjadi penonton sahaja. Manakala Keisya pantas berlalu dari situ untuk mencari Fina.

" Bangsat kau! Kau tahu tak dia tu siapa? Dia tu kekasih aku, hak aku! Aku belum pernah sentuh dia sampai macam tu sekali tapi kau dah langgar apa yang sepatutnya jadi milik aku! Sial!" Jason melepaskan tumbukan yang bertubi-tubi ke perut lelaki itu. Apabila melihat keadaan lelaki itu semakin parah, beberapa orang lelaki cuba meleraikan pergaduhan itu.

" Jason! Enough!" jerit Fina tatkala melihat Jason masih cuba hendak memukul lelaki itu walaupun sudah ditahan oleh beberapa orang lelaki yang hadir. Keisya di sisi hanya diam membatu kerana tidak sangka perkara ini akan terjadi. Dia pelik bagaimana kekasihnya itu boleh berada di sini sedangkan dia langsung tidak memaklumkan majlis ini kepada Jason. Jika dia maklumkan, pasti dia tidak dapat bersosial dengan lebih bebas bersama lelaki lain walaupun hatinya memang ikhlas bersama dengan Jason.

" Apa dah jadi ni Jason? Kenapa you pukul kawan I?!" tanya Fina dengan kasar sambil menolak kasar dada bidang Jason. 

Jason tidak menjawab pertanyaan Fina. Fikirannya kini lebih tertumpu kepada apa yang dia lihat dan matanya pula lebih tertumpu kepada Keisya. Gadis itu menunduk tatkala bertembung pandang dengannya. Sungguh, hatinya benar-benar remuk. 
" Kenapa you tak bagitahu I you ada majlis? Kenapa you pergi ke majlis ni sedangkan I dah banyak kali ingatkan you I nak jumpa dengan you? Siapa I dan apa lebihnya majlis ini berbanding I?" tanya Jason kepada Keisya dengan nada yang dingin. Orang ramai mula berkumpul di sekeliling mereka untuk mengetahui apa yang terjadi.

Keisya diam. Dia tidak tahu untuk jawab apa. Dia memang tahu mereka ada temujanji tetapi majlis ini lebih menarik minatnya kerana sudah lama dia tidak bersosial. 
" Jawab!" Tengkingan Jason menyentak jantung Keisya. Dia memandang Jason lalu melepaskan keluhan.
" I memang nak datang ke sini sebab I dah lama tak datang ke majlis macam ni. I bukan tak nak inform kan kepada you, tapi kalau I bagitahu nanti, I tak akan ada di sini," balas Keisya. Jawapan gadis itu mengundang kelukaan yang lebih dalam di hati Jason. Dia dapat merasakan gadis itu ingin meminggirkannya. 

" I tak kisah kalau you nak datang sini, but I tak sangka you curang belakang I! You biarkan lelaki lain sentuh you di depan mata I! Apa semua tu Keisya? Apa semua tu?!"

Keisya menarik nafas panjang mendengar pertanyaan lelaki itu. Rasa dirinya ini dikongkong dengan lelaki yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan dengannya. Ciuman dan sentuhan sudah sebati dalam dirinya dengan mana-mana lelaki.

" Semua yang I buat bersama lelaki tadi I dah pernah buat dengan ramai lelaki.." Jason tersentak mendengar balasan dari gadis itu. Dadanya berombak kencang mendengar jawapan itu.
" And itu cara I ketika bersosial, ketika bersama kawan-kawan lelaki I dan tak lebih dari seorang kawan. Kenapa you perlu marah Jason? Even I buat perkara tu semua, hati I tetap milik you, and I tetap cintakan you tapi please, I rasa you dah macam kongkong hidup I and I..."

" Enough, Keisya Farina. Enough.... I kongkong hidup you, bukan? Fine, after what's already happened, you tak akan rasa terkongkong lagi," ujar Jason dengan mata yang mula berkaca. Berat baginya untuk meneruskan ayat yang seterusnya.

" Start from now, I'am not your darling, anymore. Thanks for what you have done to me. Goodbye," ujar Jason sebak lalu melangkah pergi dari situ. Langsung tidak dipedulikan Keisya yang terpana mendengar kata putus darinya. Biarlah, jika ini yang diinginkan oleh perempuan yang dicintainya itu, dia sanggup melepaskan gadis itu pergi. Even you're tearing my heart into a small piece, I'll still love you, forever.. Keisya Farina..


Allahuakbar, Allahuakbar..
Allahuakbar Allahuakbar..

Jason Harris tersentak dari lamunan apabila terdengar azan berkumandang. Langit yang senja menjadi santapan matanya. Dia tahu itu merupakan seruan azan maghrib bagi penduduk kampung di situ. Pelupuk mata yang sedang digenangi dengan air mata kerana teringat kisah yang lepas pantas dikesat. Jika dua tahun yang lepas, dia sentiasa berfikir, apabila dia hendak mengahwini Keisya, sudah tentu dia perlu memeluk Islam dan menjalani kehidupan sebagai Islam. Tetapi apa yang di harapkan dua tahun yang lepas musnah namun niat untuk memeluk Islam sentiasa menjentik tangkai hatinya tapi.. entah kenapa hatinya bagaikan sudah kurang berminat untuk kearah itu. Apabila sesuatu niat yang suci didorongi dengan hanya satu tujuan sahaja, pasti semuanya hanya sia-sia sahaja.

p/s: Okey... cuti untuk seminggu ni memang writer fokuskan sedikit dekat blog ni but still study too.. Huhuhu













Thursday, 14 March 2013

Sedikit sedutan I Love You, Hubby!

Sejadahnya dilipat usai solat subuh. Isterinya yang masih dalam 'cuti' masih enak tidur lagi. Dia sudah biasa sangat dengan jadual bangun pagi isterinya. Selalunya, jika jarum jam belum cecah pukul sebelas pagi, memang langsung tidak nampak bayang isterinya. Paling awal isterinya bangun pun dalam pukul sepuluh pagi. Aish menggeleng kecil mengenangkan sikap isterinya. Hatinya bertekad akan cuba merubah isterinya.

Bagasi baju yang diletak di sisi almari baju ditariknya lalu dibuka bagasi itu. Hari ini mereka akan pulang ke rumah ibunya. Tapi sementara itu, dia sudah bercadang hendak singgah dahulu di rumah bujangnya untuk mengemas sedikit apa yang patut kerana sudah seminggu lebih dia tidak menjenguk rumah itu.

Baju kemejanya dan baju t-shirtnya yang disimpan di dalam almari dikeluarkan. Satu persatu baju dilipat lalu dimasukkan ke dalam bagasi itu. Seketika kemudian, baru dia teringat baju isterinya masih belum dikemaskan lagi. Nak kemaskan ke tak? Or biarkan dia yang kemas sendiri? Hatinya tertanya-tanya. Dia bukan tidak faham dengan sikap isterinya itu. Pantang jika orang menyentuh pakaiannya lagi-lagi pakaian yang agak 'sensitif' itu.

" Sayang.. sayang," kejutkan Aish sambil menggoncang bahu isterinya. Sejak dua menjak ini isterinya semakin dingin dengan dirinya. Sudah puas dia belek apa kesalahan dia namun dia masih belum temui kesalahannya.

Keisya mengeluh kecil sambil menggeliat halus. Matanya yang masih kantuk dan terasa agak pedih akibat cahaya lampu yang menerobos masuk dihadang dengan tangan. Dia memandang sekilas Aish sebelum mengiringkan badannya membelakangi Aish.

" Sayang, bangunlah. Pukul sembilan ni kita nak bertolak dah pergi rumah abang. Baju pun sayang belum kemas lagi," ujar Aish sambil duduk di birai katil. Tangannya bermain-main dengan rambut isterinya dan wanita itu langsung tidak menepis.

" Pukul sembilan bertolak? Kenapa awal sangat? Tak boleh ke bertolak petang? I nak tidurlah, Aish," rengek Keisya lalu mengambil bantal disisinya dan ditekup ke muka. Ni yang dia tak suka ni, pagi-pagi terpaksa bangun.

" Bertolak awal lagi bagus sayang. Jimat masa. Bangun sayang. Baju sayang belum kemas lagi tu," ujar Aish sambil menggoncang perlahan bahu wanita itu. Namun tiada respons daripada isterinya. Aish tersenyum kecil. Susahnya nak bangunkan budak kecik ni, getus hatinya.

" Ke.... sayang nak abang yang kemaskan baju sayang? Abang tak kisah cuma.... pakaian yang 'sensitif' itu abang..."
" Eh tak apa-apa. Biar I yang kemas. Kalau you yang kemas, silap-silap berterabur bagasi I," potong Keisya laju. Cuak dia apabila memikirkan lelaki itu mahu mengemas bajunya. Selimut yang menutup tubuhnya yang hanya berpakaian baju tanpa lengan dan seluar paras lutut itu disingkap. Sempat dia membebel yang entah apa-apa. Geram dengan sikap suaminya yang agak mendesak baginya.

Aish terketawa kecil. Geli hati melihat sikap isterinya. Mudah sahaja nak gertak isterinya ini.
" Apa ketawa-ketawa? Suka lah tu I dah bangun," ujar Keisya geram. Tualanya dicapai lalu dengan langkah yang malas dia berjalan menuju ke bilik air.
" Mandi jangan lupa sabun ya sayang. Cepat sikit tau," ujar Aish bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
" Hisy, I tahu lah. I bukannya budak kecil umur lima tahun yang baru nak belajar mandi," balas Keisya geram. Sempat dia melemparkan jelingan tajam kepada Aish.


Keisya menyikat lembut rambutnya yang panjang paras bahu di hadapan cermin. Sambil menyikat rambutnya, matanya asyik bersabung sahaja dengan Aish melalui pantulan cermin. Lelaki itu sedang duduk di katil dengan mata yang asyik memandangnya. Rasa serba tidak kena dirinya. Selalunya, masa yang diambil untuk menyikat rambut hanya lima minit sahaja tapi gara-gara renungan suaminya, semuanya bagaikan menjadi lambat.

" Ibu you singgah sekali ke dekat rumah you?" tanya Keisya untuk hilangkan rasa canggungnya. Rasa seram pula dengan renungan lelaki itu.
Aish agak tersentak apabila wanita itu mula berkata-kata. Kepalanya digaru perlahan sebelum menjawab pertanyaan isterinya.

" Of course ibu abang ikut sekali. Kenapa tanya?" tanya Aish lalu bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati meja solek dan sikat yang digunakan Keisya dicapainya. Rambutnya yang memang sentiasa kemas dan pendek itu disikat ala kadar sahaja. 

" Tak ada apa," balas Keisya. Dia tidak dapat membayangkan hari-harinya bersama Puan Katijah nanti. Dengan sikap ibu mertuanya yang jelas menunjukkan kurang selesanya dengan dia membuatkan dia berasa agak canggung untuk bermesra dengan perempuan tua itu. Agaknya dia nak menantu yang pakai jubah 24 jam kut tapi dapat pulak menantu macam aku ni, getus hatinya. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lapan pagi. 

" Keisya..." panggil Aish lembut. Kini dia sedang berdiri di belakang isterinya. Dia dapat hidu dengan jelas bau harum rambut isterinya.
Keisya yang tidak sedar kehadiran lelaki itu dibelakangnya mengundur setapak ke belakang. Gerakannya menyebabkan dia terpijak kaki Aish dan tubuhnya terdorong ke belakang. Keisya kaget kerana dia sangka dia akan jatuh terlentang ke belakang namun tiada apa-apa yang berlaku. Dia dapat rasakan tubuhnya sedang bersandar di sesuatu yang keras dan tegap. Dan dia berasa amat selamat.....

Hembusan nafas yang menyapa telinganya membuatkan dia tersentak lalu membuka matanya yang dipejamkan secara tidak sengaja. Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya dan dia tahu siapa orang itu. Tapi haruman tubuh yang menusuk hidungnya membuatkan dia teringat kepada seseorang. Sungguh sama haruman itu dan seperti orang itu adalah si dia.

" Jason..." seru Keisya lembut dalam nada tertahan-tahan. Pelukan itu tidak dileraikan tapi dibiarkan sahaja dalam keadaan yang direlakan ataupun tidak.

" Siapa Jason?" tanya Aish. 

p/s: Siapa Jason? Siapa Jason? Keisya bagi tahu atau tak? Nak Keisya bagi tahu or just deny hal sebenar? Hmmmm....




Tuesday, 12 March 2013

I Love You, Hubby! 9

Okey, chapter 9 coming.... :P

Fina berjalan mendekati Keisya yang sedang termenung di meja Secret Recipe itu. Mata wanita itu memandang kearah luar manakala tangannya pula bermain dengan straw di dalam gelas panjang. Fina tersenyum kecil melihat kawannya dan jarinya dipetik di hadapan muka kawan baiknya itu. Tersentak Keisya dan wajahnya kelihatan 'blur' bagaikan baru bangun dari tidur. 

" Woi beb. Berangan je ko ni. Kau okey tak ni?" tanya Fina. Tangannya mencapai menu diatas meja lalu diselak-diselak.

Keisya terdiam sebentar mendengar pertanyaan Fina. Okey kah dia sekarang ni? Dia memang okey, namun hati dan fikirannya K.O.!
" Eh makcik ni. Berangan lagi tu. Kau ni, jangan fikirkan sangatlah kejadian semalam tu. Now, kau fokus dekat rumah tangga kau ni," ujar Fina lembut. Tangannya mencapai tangan Keisya lalu diusap lembut, mengalirkan semangat. Sebenarnya, dia sekarang berada di dalam dilema. Adakah dia perlu menyokong Aish ataupun menyokong Keisya yang hatinya masih berada di dalam genggaman Jason Harris?

" Stop lah Fina cakap pasal rumah tangga aku. Aku dengan perkahwinan tu, zero! Aku buntu Fina sekarang ni. Aku.... aku tak sangka.. boleh terserempak dengan dia and at the same time, there was Katrina." Keisya melurut rambutnya yang ikal itu. Runsing dia sekarang ni. Runsing memikirkan kehadiran lelaki itu yang memang dinantikan sepanjang hidupnya. Namun, apabila lelaki itu sudah muncul, kenapa dia berasa runsing dan bercelaru? Bukankah dia sepatut gembira dan pikat kembali hati itu? Adakah mungkin kerana statusnya sekarang ini, dia bersikap sedemikian?

" What? Katrina ada sekali ke? Oh my God!" ujar Fina dengan nada terkejut. Masakan tidak, dia tahu adik kepada bekas kekasih kawannya ini memang anti-Keisya sejak hubungan kawan baiknya itu putus bersama Jason Harris.
Keisya hanya diam sahaja mendengar nada terkejut. Tangannya mengacau air pada gelas panjang itu.
" Kat ada apa-apakan kau tak?" tanya Fina dengan nada sedikit menggelabah. Namun, apabila melihat cebikan dan gelengan Keisya, dia berasa sedikit lega. Bukan dia tidak faham dengan sikap Katrina itu, gadis itu begitu pantang jika ada orang yang menyakiti abang kesayangannya itu.

Seorang pelayan lelaki datang ke meja dengan membawa dua pinggan oreo cheese cake bersama dengan segelas jus epal hijau. Dengan cermat, pelayan itu meletakkan dua pinggan kek itu dan segelas jus tembikai diatas meja. Sempat lagi Fina melemparkan senyuman menggoda kepada pelayan yang berkulit cerah itu.

" Kau tak payah lah selak menu tu lagi. Aku awal-awal dah tolong order kan," ujar Keisya lalu menarik sepinggan kek ke hadapannya itu. Fina hanya tersengih sahaja memandang rakannya itu. Tidak susah-susah dia hendak membuat tempahan lagi.

" So, sambung cerita tadi. Aku nak pengakuan dari mulut kau sendiri," ujar Fina dengan nada yang agak serius. Wajah rakannya itu direnung tajam. Dia hendak mendengar sesuatu pengakuan dari mulut Keisya.

Keisya memandang pelik wajah rakannya itu. Lain macam sahaja bunyinya! Getus hati Keisya. Gelas panjang ditolaknya ke tepi lalu wajahnya dipangku dengan tapak tangan.
" Kau ni, serius semacam je. Pengakuan apa nya? Kau jangan bukan-bukan eh," awal-awal lagi Keisya sudah memberi amaran kepada Fina. Bukan boleh percaya sangat gadis dihadapannya ini. Kadangkala pengakuan yang pelik-pelik disuruhnya buat.

" Maybe pengakuan ni agak 'bukan-bukan' pada kau. Tapi aku nak tahu. Kalau kau rasa aku kawan kau, kau kena jujur dengan aku, okey," pinta Fina lembut. Dia tidak mahu menekan sangat rakannya ini. Kalau makin ditekan wanita dihadapannya ini, makin keras hatinya!

" Kau boleh tak jangan nak memutar belitkan ayat. Just shoot, okey," ujar Keisya dengan nada yang sedikit membentak. Jelingan geram dilemparkan kepada Fina namun wajah gadis itu tetap serius.

Fina menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Entah kenapa pula dia yang menjadi gelabah. Relax lah Fina!
" Do you love Aish?" tanya Fina berhati-hati. Pertanyaannya itu membuatkan riak wajah rakannya itu bertukar seratus peratus. Keisya mengalihkan wajahnya dari pandangan Fina. Lidahnya kelu untuk memberi jawapan kepada Fina. Adakah dia cintakan Aish? Dahinya berkerut memikirkan jawapan. Dia tidak tahu apa yang sedang dirasakan hatinya ini namun dia cuma sedar satu hakikat sahaja tentang perasaannya kepada Aish. Dia sudah mula sayang kepada lelaki itu sekadar teman! Ya, teman mungkin teman untuk bergaduh!

" Keisya, aku tanya ni and answer, please," pinta Fina lembut apabila melihat Keisya begitu lambat untuk memberikan jawapan ditambah pula dengan sikap rakannya itu yang tiba-tiba sahaja termenung dengan dahi yang berkerut.
Keisya memalingkan wajahnya menghadap Fina. Kemudian dia mengeluh halus. Rambutnya diselitkan ke celah telinga sebelum menjawab soalan Fina itu.

" kenapa mesti soalan tu yang kau tanya? Aku dah agak dah, soalan kau semuanya tak masuk akal," keluh Keisya. Kek dihadapan matanya langsung tidak disentuh. Bagaikan mati sahaja seleranya apabila disoal begitu. Fina ni memang tau! Depan rezeki pergi soal aku dengan soalan tu pula! Gerutu hatinya.

" Aku bukan apa Keisya. Aku... Aku sebenarnya kesian dengan si Aish tu," ujar Fina perlahan. Entah kenapa simpatinya jatuh pula kepada Aish. Melihat kesungguhan lelaki itu dalam memikat hati rakannya ini, membuatkan dia rasa Keisya ini seorang wanita dan isteri yang beruntung memiliki Aish.

" What? Kau kesiankan dia? Antara kawan kau ni dengan lelaki tu, kau lebih kesiankan dia? Habistu aku ni macam mana?" soal Keisya tidak berpuas hati. Baginya Fina patut kasihan dengan nasibnya yang terjerat dengan perkahwinan ini dan dalam masa yang sama, dirinya ini berada di dalam dilema.

Fina terdiam mendengar kata-kata Keisya. Dia sudah menjangka pasti rakannya itu bakal berkata sedemikian. tangannya mencapai gelas panjang di hadapannya. Tekaknya yang kering dibasahkan dengan air  jus itu.

" Aku rasakan Keisya, kau kena lupakan Jason then teruskan hidup kau dengan laki kau. Dia layak untuk kau dan kau pun layak untuk dia," ujar Fina memberikan cadangan. Keisya yang mendengar cadangan itu membulatkan matanya. Baginya cadangan itu tidak masuk akal. Lupakan Jason? Melupakan lelaki yang mempunyai sejarah terbesar dalam hidupnya? Tidak sesekali.

" Sorry, kau suruh aku lupakan Jason then teruskan hidup dengan Aish? Kau tahukan Jason tu siapa dalam hidup aku. Dan kau juga tahukan siapa Aish tu pulak dalam hidup aku," ujar Keisya dengan nada membentak. Dalam hatinya masih terpahat lagi nama Jason Harris ditambah pula dengan kehadiran lelaki itu yang sudah dekat dengan hidupnya.

" So, kenapa kau terima pinangan Aish? Kau tahu tak, kau dah seksa perasaan laki kau tu. Aku rasa.."
" Yang kau ni dari tadi asyik bela Aish tu kenapa? Kau dah jatuh cinta dengan dia ke?" potong Keisya dengan geram. Sakit hati melihat rakannya itu asyik melebihi suaminya sahaja. Ah! Memang semua orang dalam dunia ni asyik menyebelahi suaminya sahaja.

Fina tersedak kecil tatkala Keisya mengatakan dia jatuh cinta dengan Aish. Urgh! Nonsense. Aish tu laki orang takkan aku nak sukakan dia, bantah hatinya. Dia memandang Keisya dengan senyuman di bibir.
" Kalau aku jatuh cinta dengan dia, kenapa? Kau jeles?" soal Fina sengaja menguji isi hati Keisya. Namun rakannya itu hanya mencebik sinis sambil menggelengkan kepalanya.
" Aku jeles? Aku tak kisah lah. Kalau ada beribu baris perempuan yang nakkan dia, kau kena tahu satu Fina, aku tak termasuk dalam golongan perempuan-perempuan tu semua," balas Keisya dengan senyuman sinis di bibir. Kata-kata yang keluar dari bibirnya amat yakin sekali namun di sudut hatinya ada perasaan gentar setelah berkata sedemikian rupa.

Fina membulatkan matanya kearah keisya. Berani betul rakannya itu berkata sebegitu. Dia belum rasa penangan Aish yang sebenar, sebab tu boleh kata macam-macam, kutuk hati Fina. Sedangkan dia yang memandang Aish pun hampir tergolek jantungnya inikan pula Keisya yang duduk sebumbung dan sekatil dengan lelaki itu. Erk? Sekatil ke?

" Okeylah Keisya. Kau menang. Tapi kau jangan yakin sangat dengan apa yang kau cakap. Takut kau termakan kata-kata sendiri," pesan Fina. Walaupun Aish itu kelihatan sabar dan bersungguh-sungguh untuk menagih cinta Fina, tapi lelaki itu tetap manusia yang boleh berubah-ubah dari segi perasaan.

Keisya menolak ke tepi gelasnya. Rasa kelat pula tekaknya apabila Fina berkata sedemikian. Riak wajahnya yang berubah sebentar tadi dikembalikan dalam mood tenang.

" Kenapa kau yakin sangat aku boleh jatuh cinta dengan dia? Cuba kau bagitahu aku," ujar Keisya sambil menongkat dagu memandang rakannya itu. Fina tersengih-sengih mendengar pertanyaan rakannya itu. Jus dihadapannya disedut seketika sebelum menjawab.

" Pada mata aku yang masih belum buta lagi ni, aku tengok Aish so charming. Semua pakej idaman lelaki lengkap dekat dia. Dia baik, caring, penyabar, always love you even though you're not, dan taat pada perintah agama," ujar Fina bersama senyuman di bibir. Ayat terakhir yang disebutnya itu disebut dalam nada perlahan. Yalah kan, dia ni pandai memilih orang yang bijak pandai dalam agama tapi diri sendiri masih jahil dalam agama. Tiba-tiba pula hatinya terdetik memikirkan kejahilannya selama ini bersama Keisya. Jika dia memiliki Aish, pasti dia berubah 360 darjah.

Keisya tersedak kecil. Apa yang membuatkan dia tersedak kecil adalah ayat terakhir yang disebut rakannya itu. Taat pada agama? Yes, Aish memang taat pada agama. Dia belum pernah melihat lelaki itu meninggalkan mana-mana solat semenjak dia hidup hampir seminggu dengan lelaki itu. Tapi setiap kali dia melihat lelaki itu solat, setiap kali itu lah hatinya sering terdetik, kenapa dia yang menjadi pilihan lelaki itu?

" Dia memang taat pada agama," akui Keisya. Dia mengeluh kecil.
" See, kau sendiri pun mengaku. Aku rasa kalau kau dengan Jason, maybe you'll become so worse," ujar Fina bersahaja tanpa memikirkan perasaan Keisya. Jika dulu dia memang sentiasa sokong setiap keputusan rakannya itu tapi kali ini, dia rasa Keisya patut memikirkan yang sebaiknya demi masa depannya. peluang yang cerah sudah terbuka di depan matanya dan kisah silam itu sepatutnya dilupakan begitu sahaja.

Keisya merenung tajam Fina namun gadis itu hanya beriak selamba sahaja. " Bukan kau ke dulu yang kenalkan Jason dengan aku? Bukan kau ke dulu yang sokong hubungan aku dengan Jason? And now, when I still put on my feelings on him, why you seem not agree with it?" tanya keisya tidak berpuas hati. Dia duduk menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil memeluk tubuh.

" Okey, I don't want to fight with you. So, aku tak nak hal ni akan buat hubungan kita as a friend retak. Aku bukan apa keisya, aku sayang kau. Sekarang ni aku nampak kau berdiri dekat jalan yang cerah, yang benar, so aku nak kau teruskan. Sorry, kalau aku macam desak kau, sorry again," ujar Fina beralah dengan nada yang lembut. Dia rasa dia agak menekan rakannya itu. Jika Keisya terus menekan bahawa dia tidak ingin hidup bersama Aish, dia tidak boleh melakukan apa-apa. Walaupun kehidupannya sudah seperti gadis barat, dia masih meletakkan jodoh dan maut di tangan Tuhan.

Keisya menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia akui, semua apa yang dikatakan Fina terlalu benar dan memang banyak benarnya tapi apa yang boleh dia lakukan jika hatinya masih memihak kepada Jason? Dan selama ini dia tetap menanti Jason.

" Okey, aku pun minta maaf juga dekat kau. Entah lah Fina, aku rasa aku macam perlukan rehat yang teramat sangat," ujar Keisya sambil mengurut sedikit kepalanya yang berasa sedikit pusing. 

Fina menjeling sekilas rakan baiknya itu. Tiba-tiba muncul satu idea di fikirannya.
" Majlis persandingan di pihak keluarga Aish next week right?" tanya Fina meminta kepastian.
" Yalah, next week. Kan aku dah bagi invitation card, itu pun nak tanya lagi," balas Keisya dengan cebikan di bibir.
" Okey, good," jawab Fina dengan senyuman di bibir.
" Apa yang good nya?" tanya Keisya dengan dahi berkerut.
" Nothing. But tadi kau kata kau perlukan rehat, right?" Keisya mengiyakan pertanyaan rakannya itu dengan dahi yang semakin berkerut. Tidak faham dengan rakannya ini.
" So, how about go for a holiday at a beach?" ujar Fina dengan senyuman yang semakin terbentuk di bibir. Di dalam fikirannya, sudah bermacam rancangan yang dirangkanya.

p/s: done for chapter 9. so chapter ni hanya ada fina and keisya talk about keisya's heart. Sengaja tak munculkan hero. so, apa yang dirangka Fina dalam kepala otak dia tu? tunggu lagi beberapa bab untuk tahu rancangan Fina.. hehe



Sunday, 10 March 2013

Hanya Dia, Jannah! (1/2 part akhir)

Aish Ahsan membuka matanya yang terasa sedikit berat itu. Kepalanya pula terasa berat sangat dan dia dapat rasakan seperti ada cecair yang mengalir di belakang kepalanya. Dengan teragak-agak dia menyentuh belakang kepalanya. Tatkala tangannya menyentuh belakang kepalanya, kulit kepalanya terasa pedih sekali lalu tangannya itu dilihat. Ada darah merah yang sedang membasahi tangannya itu. Kusyen kereta yang menjadi tempat dia bersandar dipandang. Barang-barang yang terdapat dalam kereta itu dipandang. Ya, ini memang kereta dia tapi bagaimana kepalanya boleh berdarah...?

Johan! Baru dia teringat dia ada berjumpa dengan Johan di kelab malam. Pintu kereta yang tertutup itu dibukanya lalu tubuhnya dibawa keluar menghirup udara malam. Tangannya masih setia melekap di belakang kepala. Dia melihat waktu di jam tangannya. Dah pukul dua belas malam. Detik hatinya. Dengan teragak-agak dia keluar dari kawasan tempat keretanya di parkir yang berhadapan dengan kelab malam itu. Dalam hatinya menyumpah seranah Johan yang menyebabkan dia sebegini. Kalau dia tidak ikutkan kata-kata Fiq untuk turut serta dalam kelab malam itu, pasti dia tidak akan sebegini. Atau Fiq juga turut bersubahat dalam hal ini..?

Aish Ahsan menyandarkan tubuhnya di sisi pintu kelab malam itu. Dia tidak menghiraukan langsung pandangan orang ramai yang keluar masuk ke kelab itu. Tangannya menyeluk kocek mencari telefon bimbitnya. Dia perlu menelefon isterinya. Entah kenapa hatinya berasa tidak enak pula memikirkan Jannah yang sedang berada di rumah. Dahinya berkerut tatkala telefon bimbitnya tiada di dalam kocek. Dia mengeluh kasar. Mana pula handphone aku ni?! Bentak hatinya. Tangannya dikepal sebelum menumbuk geram dinding kelab malam itu.

" Woi, apa yang kau buat ini?" tegur seorang lelaki yang berbadan sasa. Mungkin orang yang ditugaskan menjaga kelab malam ini. Aish mengangkat kedua belah tangannya kehadapan seakan memohon maaf. Lelaki itu mendengus kasar.

" Engkau ni bukan yang kena heret dengan si Johan dan Fiq tu ke?" tanya lelaki itu sekali lagi sambil mengamati wajahnya yang bengkak itu. Aish tersentak mendengar pertanyaan lelaki itu. Namun apa yang membuatnya lebih tersentak apabila nama Fiq dikaitkan sekali. Kali ini, hatinya tidak dapat menipu akalnya.

" Fiq? Maksud kau... Kau nampaklah aku kena belasah dan Fiq ada sekali time aku kena belasah?!" nada suara Aish naik tinggi. Dadanya berombak kencang. Amarahnya membuak-buak. Sial punya Fiq. Kau sanggup tikam belakang aku! Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup buat aku macam ni? Hatinya berbisik sayu dan kurang percaya dengan tindakan rakan baiknya itu. 

"  Dah! Kau pergi berambus sana! Pergi sebelum aku pulak yang pecahkan muka kau," marah lelaki itu yang cuba menutup kata-katanya yang terlanjur sebentar tadi. Dia telah disuruh 'tutup mulut' oleh Fiq dan Johan namun terbuka juga akhirnya.

Aish menumbukkan tangannya sekali lagi ke dinding. Kemudian, baru dia beransur pergi dari situ dengan hati yang menyumpah-nyumpah Fiq. Dan hatinya kali ni, berasa tidak enak sekali. Keretanya pantas didekati dengan pening yang mula mengganggu kepalanya. Seluruh keretanya diselongkar untuk mencari handphone nya. Dia perlu menelefon isterinya. Dia ingin tahu apakah isterinya baik-baik sahaja. 

Matanya tertancap pada handphone nya yang berada di lantai kereta di bahagian penumpang. Gadget itu diambil sebelum tubuhnya dibolos masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup. Dia menghidupkan handphone nya yang telah dimatikan itu. Dia tidak tahu siapa yang mematikan hadphone nya ini tapi dia pasti ini angkara Johan juga.

Hidup sahaja handphone itu, berkali-kali bunyi mesej menyapa telinganya. Matanya membulat apabila terdapat tiga belas panggilan yang tidak dijawab dan empat mesej yang masuk. Peti simpanan mesej dibukanya dan matanya tertancap pada satu mesej yang dihantar oleh ibunya. Hatinya tiba-tiba berdebar kencang sedangkan mesej itu masih belum dibacanya lagi.

From: Mama

Aish dekat mana sekarang ni? Puas mama dengan papa call tapi Aish tak angkat. Sekarang mama dengan papa dekat hospital. Rumah kamu dipecah masuk dan hampir isteri kamu jadi mangsa rogol. Mama nak kamu datang sini ASAP. Banyak perkara yang kami nak tanya ni.


Jantung Aish berdebar kencang membaca isi mesej itu. Rumahnya dipecah masuk? Berita itu tidak berapa mengejutkan dia kerana dia yakin itu angkara Johan tapi apabila melibatkan isterinya.... yang didakwa hampir dirogol membuatkan kemarahannya tidak dapat dikawal lagi. Tangannya menghentak stereng kereta dan hon keretanya membingitkan tempat parking kelab malam itu.

" Johan! Fiq! Keparat punya manusia!" jeritnya bagaikan orang gila di dalam kereta. 


DATIN Maria duduk termenung di hadapan wad menantunya manakala Datuk Arsyad di sampingnya menghabiskan masa dengan berzikir. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada menantunya. Nasib menantunya amat baik sekali apabila pengawal keselamatan rumah anaknya itu cepat bertindak dengan menelefon polis setelah sedar daripada pengsan akibat dihentak di kepala. Dan yang paling mengejutkan dia adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang remaja yang mengatakan bahawa anak lelakinya yang mengarahkan remaja itu merogol Jannah. Pada mulanya, dia tak nak mempercayai kata-kata remaja lelaki itu namun mesej pada handphone yang ditunjukkan oleh remaja itu kepadanya membuatkan hatinya remuk. 

" Abang, kenapa Aish sanggup buat macam ni dekat menantu kita? Diorang tak bahagia ke selama ni? Saya kesal sangat ada anak macam dia. Kalau saya boleh putar masa balik, dah lama saya buang dia kalau tahu hidup dia menyusahkan saya," ujar Datin Maria sedih. Air matanya sudah berjujuran di pipinya yang sudah menampakkan kedutan. Tangisannya mula kedengaran. 

Datuk Arsyad beristighfar mendengar kata-kata isterinya itu. Dia benci mendengar isterinya berkata begitu kerana apa yang ditimpakan Allah kepada hambanya tidak layak dipersoalkan atau dinilai. Kepala isterinya dipaut ke bahu lalu diusap lembut. 
" Bawa beristighfar Maria. Ini semua dugaan Allah. Awak tak boleh menilai yang benar di pihak budak tu sahaja Maria. Kita kena dengar dulu penjelasan dari Aish. Mana tahu ini semua hanya perbuatan khianat orang yang hendak mempecahbelahkan mereka je," ujar Datuk Arsyad yang lebih berfikiran terbuka. Tangannya yang kasar mengelus lembut tangan isterinya. Walaupun sudah 30 tahun berkahwin, namun kasih sayang masih utuh dan bertambah utuh lagi-lagi diusia yang semakin senja ini.

Datin Maria mengesat air matanya. " Tapi kemana Aish nya, abang? Dari pukul sembilan tadi Mar call dan hantar mesej dekat dia tapi dia tak balas langsung. Jangan-jangan dia dah larikan diri," kata Datin Maria lagi yang tidak mampu mengubah persepsi buruknya kepada Aish.

Datuk Arsyad menggelengkan kepalanya. Sudah tidak tahu hendak dikata apa lagi. Aish pun satu, dah tahu malam, nak juga keluar dari rumah. Kemudian ditinggalkannya Jannah bersendirian di rumah. Ya Allah, aku tahu ujian ini masih kecil untuk Kau timpakan kepada kami berbanding mereka yang jauh lebih berat ujiannya. Kuatkan lah pegangan kami sekeluarga agar dapat kami laluinya dengan kuat....


Semua mata tertumpu kearah Aish. Mana tidaknya, dengan muka yang bengkak dan darah yang mengalir di kolar baju sudah tentu membuatkan banyak mata memandang kearahnya. Dia melangkah terhuyung-hayang di dalam hospital itu. Pening sungguh kepalanya.. Seketika kemudian, dia terasa bahunya ditepuk oleh seseorang. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang memakai kot putih labuh dipandangnya dengan mata yang mula layu.

" Encik kenapa ni? Doktor, dia perlukan bantuan dengan segera," ujar doktor lelaki itu kepada seorang doktor perempuan. Hanya ayat itu sahaja yang didengarinya sebelum dia rebah ke lantai.

p/s: hehehe... post jugak cik writer cerita ni. So sorry sebab cik writer ade ujian so tak boleh tumpukan hundred percent dgn cerita ni.. So, cik writer hanya mampu berikan separuh cerita HDJ + dengan sedutan yang sebelum ni ok. :D .. Btw, thanks kerana masih sanggup menanti cerpen yang tak berbentuk cerpen ni. LOL. And lagu tema cerita ni (siap ada lagu tema lagi tau, poyo punya cik writer), search dekat youtube ' I wanna grow old with you' by Westlife or just dengar dekat blog ni je. Sebab cik writer ade masukkan lagu tu dalam blog ni. And one more thing, sorry kalau agak bercelaru cerita ni. Maaflah, fikiran tengah terganggu dengan ujian ni. Hehe.. Okey, tata, Assalamualaikum..