Thursday 2 June 2016

Seindah D&D 1

Cermin di hadapannya direnung bersama seulas senyuman bahagia di bibir. Kotnya yang tergantung berhampiran dengan meja solek dicapainya lalu disarungkan ke tubuh kecilnya. Kemudian, rambutnya yang panjang disisir lembut sebelum diikat kemas rambut itu dan gincu yang dicalit di bibir diratakan dengan jari. Dia menghela nafas, berpuas hati apabila melihat penampilan dirinya yang kemas, yang menonjolkan lagi kebijaksanaan dan kecantikan yang dimilikinya.

“ Happy New Year, Diana,” ucapnya di hadapan cermin meja solek itu.

Sebuah senyuman terukir lagi, kali ini lebih lebar dan tampak meyakinkan. Dia mengatur langkah ke sebuah almari yang penuh dengan kasut yang tersusun kemas dalam pelbagai jenama. Matanya merenung satu persatu kasut yang ada, mencari yang sesuai dengan penampilannya hari ini. Kemudian, sepasang kasut bertumit tinggi dicapainya lalu melangkah ke sebuah sofa merah hati yang berhampiran. Dia melabuhkan duduknya di situ sambil tangannya menyarungkan kasut itu ke kakinya.

“ Kenapa tercegat sahaja di hadapan pintu? Masuklah. Takkan pintu pun nak saya bukakan,” ujarnya dengan mata masih lagi membelek kakinya yang putih itu.

Perlahan-lahan terdengar pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki yang berkulit cerah dan bernampilan kemas melangkah masuk tanpa teragak-agak. Dia berjalan menghampiri gadis yang masih lagi tidak memandangnya itu. Dia berdeham beberapa kali untuk menarik perhatian gadis itu.

Gadis itu menoleh ke arah lelaki itu. Dia melemparkan senyuman manis bercampur sinis kepada pemuda di sisinya.

“ I thought you did not know how to open the door,” ujar gadis itu dengan sinis. Kata-kata gadis bernama Diana itu disambut dengan wajah yang tiada sebarang riak oleh pemuda bernama Hakim itu.

“ How did you know that I was standing in front of the door?” tanya Hakim. Dia masih lagi berdiri tegak di samping Diana dengan tangan disilangkan ke belakang.

Diana tergelak kecil lantas berdiri di hadapan Hakim.

“ Come on, Hakim. Dah berapa lama awak bekerja dengan saya? Segala rutin harian awak saya dah tahu, termasuklah berdiri di hadapan pintu bilik saya setiap hari,” jawab Diana bersama gelengan kecil. Dia mencapai beg tangannya lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja di hadapan pintu bilik, Diana berhenti melangkah lantas memandang ke arah Hakim yang mengekorinya dari belakang. Lelaki itu juga turut berhenti beberapa langkah daripadanya.

“ By the way, saya terlupa nak ucapkan sesuatu. Selamat pagi dan Selamat Tahun Baru, Hakim. Semoga awak terus tingkatkan prestasi awak sebagai setiausaha merangkap peguam merangkap bodyguard merangkap kawan baik dan merangkap segala-galanya buat saya. Tak lupa juga, semoga bahagia selalu,” ucap Diana ceria. Tangannya dihulurkan kepada Hakim bersama senyuman di bibir.

Senyuman gadis itu dibalasnya malah huluran tangan Diana turut disambutnya. Tangannya menggenggam kemas tangan gadis itu.

“ Saya pun nak ucapkan selamat pagi dan Selamat Tahun Baru kepada awak, Diana. Terima kasih untuk segala kenangan manis yang awak beri selama saya berdamping dan bekerja dengan awak,” ucap Hakim tenang dan penuh bermakna. Tangan Diana dilepaskan daripada genggamannya. Selajur itu, mereka berdua melangkah dan menuruni tangga bersama-sama menuju ke ruang makan.


Faris meletakkan sudu dan garfunya di sisi pinggan lalu makanan itu ditolak ke hadapan. Matanya menatap wajah gadis yang dicintainya. Gadis itu seolah-olah sedang mengelamun jauh malah makanannya juga tidak terusik sangat. Melihatkan lamunan gadis itu seolah-olah tidak berpenghujung, dia mengusap lembut tangan buah hatinya itu.

Diana tersentak apabila tangannya diusap lembut. Dia memandang Faris yang sedang merenungnya. Jelas sekali kerisauan di wajah itu.

“ Diana, are you sick? Dari tadi abang tengok Diana termenung. Makanan pun tak terusik sangat. Nak kata Diana stress dengan kerja, hari ini Happy New Year and ofis pun tak buka lagi,” tegur Faris prihatin.

Diana tersenyum nipis. Tangannya ditarik lembut dari genggaman Faris. Sudu dan garfu dicapainya lalu makanan itu dijamah kembali seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

“ Diana, answer me. Apa yang berlaku? Jangan buat abang tertanya-tanya sendiri,” ujar Faris dengan nada yang agak tegas. Dia tidak gemar melihat Diana bertindak sedemikian, seolah-olah dia tunggul di situ.

Diana menghela nafas berat. Jus oren dicapainya. Sekadar ingin membasahkan tekak yang kering. Selajur itu, dia merenung lembut wajah tampan di hadapannya itu. Direnung lama sebelum matanya beralih ke makanan bersama senyuman nipis di bibir.

“ Diana…”

“ Just because we are step siblings, is it wrong for us to love each other?” potong Diana sebelum sempat Faris menghabiskan kata-katanya.

Pertanyaan Diana membuatkan Faris melepaskan nafas lega. Dia fikirkan ada masalah yang besar sedang melanda buah hatinya, rupa-rupanya hal yang kecil sedang menganggu fikiran gadis itu.

“ Diana, kita bukan adik beradik kandung apatah lagi sebapa atau seibu. We have no blood relation at all. So, cinta kita bukan cinta terlarang,” balas Faris lembut. Tangan Diana dicapai lalu diusap lembut. Namun kemudian, gadis itu menarik kembali tangannya dengan agak kasar. Perlakuan itu membuatkan Faris tersentak. Belum pernah lagi gadis itu bertindak sedemikian.

“ Hubungan kita dah nak masuk tahun keenam, Faris. Sampai bila kita nak macam ni?”

Faris meraup wajahnya apabila soalan itu diajukan kepadanya. Wajah cantik itu direnungnya dalam. Ada tangisan yang cuba disembunyikan Diana apabila dia memalingkan wajahnya ke sisi.

“ Diana tahukan yang abang sangat sayangkan Diana. Sangat cintakan Diana. You just need to wait for a right moment. That’s all, Diana,” pujuk Faris. Wajah gadis itu diusapnya lembut.

“ Tapi bila, Faris Naufal? Sampai sekarang, ayah tak tahu hubungan kita. Macam mana kita nak tentukan masa yang sesuai kalau parents pun tak tahu pasal hubungan kita? It looks like we are in forbidden love!” bentak Diana. Kali ini, tangisannya tidak dapat lagi disembunyikan. Air matanya mengalir di pipi dan dibiarkan tanpa diseka.

Faris menghela nafas berat. Perasaan geram dan serba salah bercampur di hati. Geram apabila gadis itu membuka topik yang sama saban tahun dan serba salah kerana membiarkan gadis itu dalam penantian yang lama. Bukan dia tidak cinta, tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Dia menarik tangan Diana lalu dilekapkan ke mukanya. Air mata gadis itu pula diseka lembut.

“ I love you and I always love you, Diana William. You are going to be my wife as soon as I can. Just hold on for a little more. I swear, Diana,” bisik Faris. Nadanya mendayu.

Diana menolak lembut tangan Faris di wajahnya. Dengan senyuman hambar, dia bangkit daripada duduknya dan berlalu pergi dari situ, meninggalkan Faris yang termangu seorang diri.

“ I am sorry, Diana..”



Bagasi beroda berwarna silver yang dibawanya disandarkan ke dinding. Kad yang berada di tangan dimasukkan ke dalam soket yang bertulis ‘Insert Card’ sebelum dikeluarkan kembali. Kemudian, pintu bilik resort itu dibuka.

“ Wah! Leganya bila dah jumpa katil,” ujar Farleq seorang diri. Kakinya melangkah laju ke katil sebelum tubuhnya melambung ke katil empuk itu.

“ Bapak ah! Heaven nya!” ujarnya agak kuat bersama senyuman puas di bibir. Badannya digolekkan ke kiri dan kanan seperti anak kecil yang teruja.

Pandangannya kemudian ditalakan ke siling kapur itu. Perlahan-lahan, matanya dipejamkan, melayani rasa penat yang mencengkam seluruh tubuh badannya. Perjalanan dari London ke KLIA, kemudian dari KLIA ke Cameron Highlands, benar-benar membuatkan dia hilang segala kudrat. Tanpa disedari, Farleq telah hanyut dibuai mimpi.


Matanya dipejam celikkan. Dia menggeliat seketika, melonggarkan sendi-sendinya. Jam yang masih terletak elok di pergelangan tangan dibeleknya dengan mata yang kuyu menahan kantuk. Kemudian, telefon pintarnya dibelek pula. Dia menggaru-garu kepalanya yang gatal tatkala terlihat banyak missed calls yang terpampang. Semuanya panggilan daripada neneknya.

“ 20 missed calls? Nenek ni dah betul-betul rindukan aku. Nanti jelah call balik,” bisik Farleq seorang diri. Dengan sisa kantuk yang masih bersisa, dia bangun daripada katil lalu terus berjalan menuju ke bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup, kedengaran telefon pintarnya berbunyi.

“ Hello,” sahut Farleq perlahan sebaik sahaja telefon pintarnya dicapai. Dia melabuhkan duduk ke atas katil.

“ Apa hello-hello?! Assalamualaikum, Muhammad Farleq!”

Mata yang kuyu terus membulat sebaik sahaja disergah begitu oleh neneknya.
“ Waalaikumussalam, nek,” balas Farleq. Ada tawa kecil dari hujungnya.

“ Pandai pun jawab salam. Nenek ingatkan dah tak reti nak ucap salam tadi,” perli Nek Lijah di talian.

“ Amboi, nek. Masa dekat London, bukan main lembut lagi suara nenek bila call Farleq. Sampai je Malaysia, terus bertukar macam nenek tiri,” usik Farleq.

“ Dulu kamu jauh, memanglah kena lembut suara supaya kamu balik. Sekarang, suara jadi macam nenek tiri pun nenek tak kisah sebab kamu dah dekat,” ujar Nek Lijah selamba.

“ Kalau kamu dekat sana dengar macam nenek tiri, atok dekat sini dengar suara nenek kamu dah macam orang hijau (hulk) dalam cerita orang putih tu.”

Farleq tergelak kecil mendengar perlian datuknya terhadap neneknya. Kedengaran di talian, pasangan tua itu sedang berbalah manja.

Adoi, comel betullah pasangan sejoli ni, getus hati Farleq. Rasa kagum dengan kebahagiaan yang masih berpanjangan antara nenek dan datuknya itu.

“ Farleq.”

“ Ya, nek,” sahut Farleq.

“ Kamu dekat mana sekarang ni? Dekat KL ke?” tanya Nek Lijah lembut.

Farleq menarik nafas panjang. Melalui pertanyaan itu, pasti ada pertanyaan yang tidak digemarinya akan menyusul.

“ Tak, nek. Farleq dekat Cameron Highlands.”

“ Buat apa dekat Pahang? Kenapa tak balik KL?”

Farleq mengurut perlahan dahinya, memikirkan jawapan yang sesuai. Tapi, tiada yang sesuai.

“ Perlu ke nek Farleq balik KL? Bukan ada apa-apa pun,” balas Farleq. Ada nada lirih dalam ayatnya.

“ Kenapa cakap macam tu, Farleq? Baliklah. Kamu masih ada keluarga lagi dekat sana. Mama kamu pasti rindukan kamu,” pujuk Nek Lijah. Kedengaran sebak suaranya di talian.

Farleq mengetap bibirnya, menahan sebak yang membungkam.

“ Keluarga? Masih ada tempat ke buat Farleq selepas papa buang Farleq daripada keluarga? Hanya sebab Farleq tak mahu teruskan tradisi keluarga, hanya sebab Farleq nak jadi seorang photographer, patutkah Farleq diperlakukan sedemikian?” Setelah mendiamkan diri untuk seketika, terluah juga apa yang tersimpan. Air matanya tak mampu lagi ditahan daripada mengalir.

“ Farleq…” panggil Nek Lijah sayu.

“ Tak apalah, nek. Tak payah nak pujuk Farleq untuk balik. Orang dah tak sudi tengok muka kita, buat apa kita terhegeh-hegeh nak tunjukkan muka. Dahlah, nek. Farleq nak mandi ni. Solat Asar pun belum lagi ni. Assalamualaikum.”

Telefon pintarnya dicampak ke sisi. Di situ, di birai katil, dia termangu seorang diri. Bohonglah jika dia tidak rindu dengan keluarganya, terutamanya ibu dan adik perempuannya. Tapi disebabkan keinginannya untuk menjadi seorang photographer dan bukannya pewaris kepada hasil kejayaan ayahnya, dia ditendang keluar daripada keluarga oleh ayahnya. Hanya kerana sebuah syarikat yang ditubuhkan ayahnya, dia terputus hubungan dengan keluarga hampir 7 tahun.

Telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Telefon itu dicapai.

Daripada: Nenek
Sebagai anak, Farleq, kita kena rendahkan ego kita. Kita kena mengalah dengan orang tua kita. Biarlah kehadiran kamu nanti dimaki, dihina dan dicaci oleh ayah kamu, yang penting kamu perlu berbakti dengan mereka, sayang.

Sebaik sahaja membaca mesej itu, tubuhnya terasa lemah sekali, terasa berat bahu kirinya, seolah-olah dosa yang tidak tertanggung membebani bahunya. Perlahan-lahan tubuhnya tersandar lemah di birai katil. Kakinya dilunjurkan dengan kepala disandarkan di birai katil. Di birai katil itu, dia menangis teresak-esak dan penuh kepiluan.


Pagi-pagi sebegini, ternyata ramai pelancong sama ada dalam atau luar negara yang melawat Lavender Garden Cameron Highlands, tidak terkecuali Diana. Namun kehadirannya bukanlah sebagai pelancong tetapi hanya ingin menenangkan fikiran.

Pertemuan dia dan Faris seminggu yang lalu telah membawa dia ke sini. Oleh sebab asyik memikirkan hubungan mereka, fokusnya terhadap kerja bukan lagi seratus peratus malah kurang daripada lima puluh peratus. Jadi, di Cameron Highlands inilah tempat dia melepaskan tekanan di samping menjenguk ladang strawberi yang diusahakan keluarganya.

Keharuman lavender membuatkan dia berasa tenang memandangkan dia penggemar haruman itu. Sekali-sekala dia menangkap gambar secara rambang. Sebahagian daripada gambar yang diambil penuh dengan gambar kanak-kanak sedang berlari dan bergurau antara adik-beradik masing-masing. Dia gemar dengan kanak-kanak tapi mungkin kerana dia tidak mempunyai adik kecil, agak sukar baginya untuk bermesra dengan kanak-kanak.

Sedang dia merakam suasana di situ, telefon pintarnya berbunyi. Terpampang nama Hakim di skrin telefonnya.

“ Good morning, Diana,” ucap Hakim di talian.

“ Good morning,” balas Diana ringkas.

“ Mesti awak tengah gembirakan dikelilingi dengan bunga lavender?”

“ Macam mana awak tahu saya dekat Lavender Garden?” soal Diana dengan kerutan di dahi. Kedengaran tawa kecil di hujung talian.

“ Awak lupa ke, awak yang minta saya pasangkan tracking app pada telefon awak dan dihubungkan dengan telefon saya saja. Remember that?”

Diana menepuk dahinya. Terlupa dia akan hal itu. Pagi-pagi lagi dia telah menunjukkan sikap ‘blurr’ nya itu pada Hakim.

“ Oh ya. Hehe, saya lupa. Awak dekat mana sekarang?” 

“ Cubalah teka,” balas Hakim bersahaja.

“ Amboi, childish betul. Mestilah saya tak tahu. Probably, office?” duga Diana. Kini, dia sudah melabuhkan duduk di sebuah kerusi batu yang disediakan di situ.

“ Hmm… kenapa awak jawab office?” soal Hakim, sengaja ingin bermain tarik tali dengan Diana.

“ Eee, manalah saya tahu. Awak suruh saya teka, saya teka jelah,” balas Diana dengan geram. Semakin dia bertambah geram apabila lelaki itu sedang gelak dan kelihatan seronok mengenakan dirinya.

“ Tekalah lagi,” pinta Hakim dengan tawa yang masih bersisa.

“ Dahlah! Malas nak teka,” ujar Diana geram.

“ Aik? Orang tu merajuk ke?” duga Hakim.

“ Excuse me, Mr. Hakim. Sepanjang awak berkhidmat dengan saya sebagai setiausaha merangkap peguam merangkap bodyguard merangkap kawan baik saya, awak pernah ke nampak saya merajuk?”

Di hujung talian, Hakim tersenyum. Hatinya tenang mendengar suara itu yang memang tidak pernah mengalah dengannya.

“ Tak pernah,” jawab Hakim ringkas.

“ Habistu, kenapa tanya lagi?” soal Diana. Namun, untuk beberapa ketika, tiada jawapan yang diberikan. Tiada langsung suara di hujung talian.

“ Hakim, are you still there?”

“ Even though Diana William never showed that she was offended or sulking, but I know she always cried. She hid her pain from everyone but she couldn’t hide it when she was with me.. because I am the only one who understands her the most.”

Diana tersenyum mendengar kata-kata Hakim. Itulah Hakim yang dia kenal hampir 10 tahun. Sentiasa memahami dirinya lebih daripada orang lain. Malah, Faris pun tidak mampu memahami dirinya seperti mana lelaki itu memahaminya. Walaupun begitu, hatinya langsung tak terpaut dengan sikap lelaki itu. Entah apa sebabnya, mungkin kerana dia sudah menganggap lelaki itu seperti keluarganya juga.

“ Are you trying to be a sweet talker to me?” usik Diana. Ada senyuman yang terbit di bibirnya.

“ Do you think so?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“ By the way, where are you now exactly?” soal Diana sekaligus menghentikan perbualan tarik tali dengan Hakim.

“ Saya dekat ladang strawberi keluarga awak.”

Diana tercengang. Langsung dia tidak menyangka lelaki itu mengekorinya sampai ke sini.

“ Wow! Sampai Cameron Highlands awak ikut saya. Why you have to do so?” soal Diana sedikit terkejut.

“ Sebab saya tahu Diana perlukan seseorang untuk diajak berbual.”

Kata-kata itu membuatkan Diana tertunduk. Ada air yang bergenang di tubir mata. Dia terharu. Sungguh, dia benar-benar terharu. Di saat orang lain pergi meninggalkan dirinya, hanya Hakim yang datang menemainya di setiap kesukarannya.

“ Wait for me, I’ll be right there.”

Talian dimatikan. Air mata yang sudah menitis diseka. Dia bangkit berdiri dan melangkah mendekati bunga lavender di hadapannya. Bunga itu disentuh dengan wajah Hakim di fikirannya. I hope you will find a girl who is better than me, Hakim. Hatinya berbisik sendiri.


Bekas plastik yang berisi strawberi yang dilimpahi coklat itu disambutnya dengan senyuman di bibir. Satu persatu strawberi yang disaluti coklat itu dibawa masuk ke dalam mulutnya. Masam dan manis yang bercampur betul-betul memikat seleranya.

Farleq melangkah menuju ke kereta sewanya yang terletak di hadapan pintu masuk ladang strawberi itu. Sedang dia asyik menikmati strawberi, tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Habis berselerak strawberinya di tanah. Tetapi hal itu tidak menjadi perhatiannya. Perhatiannya lebih tertumpu ke sweater yang comot dengan coklat yang dipakai oleh orang tersebut. Serba salah menghuni jiwanya.

“ I am so sorry, miss. I have no intention to stain your sweater,” ujar Hakim bersungguh-sungguh kepada gadis bermata biru kehijauan itu. Wajahnya yang kebaratan meyakinkan Farleq bahawa gadis itu merupakan pelancong di sini. Aduh, matilah aku. Tak pasal-pasal nanti aku jadi faktor penyumbang kepada kemerosotan bilangan pelancong asing di Malaysia, getus Farleq khuatir.

“ Apa maaf-maaf?!” jerkah gadis itu.

Tersentak Farleq apabila dijerkah sedemikian. Matanya terkelip-kelip memandang gadis itu.

“ Awak fikir sweater saya ni murah? I bought it for 800 dollars in London. Sekarang ni, sweater saya dah kotor. Kalau kotor sikit tak apa, tapi banyak! Awak ingat senang nak hilang kesan kekotoran ni nanti? Fikir senang saya nak dapat sweater macam ni dekat Malaysia? Fikir senang ke, hah?!” jerkah Diana kepada lelaki dihadapannya ini. Langsung tiada riak serba salah di wajah itu malah senyuman sinis pula dilemparkan kepadanya.

“ Dah habis marah ke, cik? Hebat betul marah sampai muka merah macam strawberi saya tengok,” perli Farleq selamba. Matanya memandang ke arah cawan kertas yang berisi air di tangan gadis itu. Dengan selamba cawan di tangan gadis itu diambilnya lalu membuatkan gadis bermata biru kehijauan terpinga-pinga. Dengan selamba juga, dia menghirup air itu.

“ Hmm, Nescafe,” ujar Farleq. Dengan secara tiba-tiba, Nescafe suam itu disimbah ke sweater Diana dan menerukkan lagi sweater itu.

“ What the hell?!” carut Diana akibat kemarahan.

Farleq hanya beriak selamba. Dia memberikan senyuman manis kepada gadis itu.

“ Cik nak tahu tak apa yang lebih mahal daripada sweater cik ni? Budi bahasa lebih mahal daripada sweater buruk cik ni malah tak terbeli oleh sesiapa pun,” ujar Farleq bersama senyuman manisnya namun kelihatan sinis di mata Diana.

Tanpa menunggu sebarang alasan daripada Diana, Farleq berjalan meninggalkan gadis itu. Baru beberapa langkah dia menapak, dia berhenti.

“ Cik!” panggil Farleq. Diana teragak-agak untuk menoleh.

“ Kalau cik nak tahu, sweater yang saya pakai ni pun dari London juga. I bought it for 100 dollars only. Lagi murah daripada cik punya tapi langsung tiada kesan kotoran pada baju saya walau kotoran degil sekali pun. Tak macam cik punya,” sindir Farleq pedas sebelum berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Sebuah senyuman kemenangan terukir di bibirnya.

Diana mengetap bibirnya. Kedua-dua belah tangannya dikepal.


“ Sweater kau warna hitam, that’s why senang basuh. Aku punya putih, memanglah susah nak dibasuh. Idiot,” bentak Diana seorang diri.

***********

Writer says:
Saya tahu dah lama saya menyepi kerana sibuk dengan tugas sebagai student. For I Love You, Hubby! saya hold dahulu. Hope korang enjoy the new one. And I'll focus on this one first.  Maaf sebab dah lama menyepi. Bermula hujung tahun ni, inshaaAllah blog ini akan aktif 24 jam :)