Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)
********************************************************************
Azan Subuh sayup kedengaran
berhampiran dengan rumah banglo itu. Kalimah suci yang dilaungkan itu
membuatkan Keisya membuka matanya perlahan-lahan. Rasa berat saja nak buka mata
sebab malam tadi, hampir pukul tiga pagi baru niat nak tidur itu ada. Menantikan
si suami yang tak kunjung tiba membuatkan dia tidur bertemankan air mata dan
kata-kata cinta dari suaminya.
Keisya menggosok perlahan
matanya. Dia memandang siling dalam keadaan yang masih mamai. Beberapa minit
kemudian, dia bingkas bangun dan matanya mencari insan lain di dalam bilik itu.
Namun hampa yang ditemuinya. Aish tiada di sini, tiada bersama dengannya.
Kemungkinan lelaki itu langsung tidak balik. Mudah sahaja air matanya ingin
meleleh. Terasa macam besar sangat kesalahannya pada malam semalam sedangkan
itu semua hanyalah perlakuannya yang tidak disengajakan.
Sofa yang selalu menjadi tempat
tidur Aish didekati. Bagaikan terbau sahaja haruman tubuh Aish yang lekat di
situ. Bantal yang selalu menjadi alas Aish di sofa ketika tidur dicapainya lalu
dicium lembut. Serentak itu air matanya mengalir lembut membasahi bantal sofa
itu.
Bukan dia tidak memberi bantal
yang tersedia di katil itu, tetapi lelaki itu lebih rela menggunakan bantal
sofa itu. Bantal-bantal tidur yang berlebihan di bilik ini sering digunakan
Aish sebagai 'perisai' untuk dirinya. Bantal-bantal itu disusun satu persatu di
birai katil dengan tujuan menghalang wanita kesayangannya jatuh dari katil.
Tuk!Tuk!Tuk!
Keisya tersentak tatkala pintu
biliknya diketuk perlahan. Bantal itu diletak kembali ke tempat asal dan satu
suara lembut milik ibu mertuanya menujah masuk ke gegendang telinganya.
" Bangun Keisya. Dah masuk
waktu subuh ni," ujar Puan Katijah dengan niat hendak mengejutkan
menantunya itu.
" Keisya dah bangun ni,
ibu," sahut Keisya dari dalam bilik. Kemudian, dia terdengar suara Shila
di luar biliknya yang sedang berkata-kata dengan ibu mertuanya itu.
" Mak ngah, jom kita solat
subuh secara berjemaah. Lagi afdhal kalau solat secara berjemaah daripada
seorang diri kan, Mak ngah." Keisya mengetap bibir mendengar kata-kata
gadis itu diluar biliknya. Kuat betul suara gadis itu seolah-olah hendak satu
taman ini dengar suaranya itu. Dia tahu, pasti gadis itu hendak dia
mendengarnya.
Pintu bilik dikuak perlahan.
Wajah ibu mertuanya dan Shila yang masih berdiri di luar biliknya itu dipandang
tenang.
" Ibu, boleh Keisya nak
solat jemaah sekali dengan ibu?" tanya Keisya lembut. Sambil-sambil itu
matanya melingas kiri dan kanan mencari kelibat suami tercinta. Namun tak
kelihatan.
" Kamu ni Keisya. Mestilah
boleh. Lagi bagus kalau solat berjemaah. Kamu pergi ambil wuduk sana. Ibu
tunggu dekat ruang tamu. Kita solat dekat sana," balas Puan Katijah sambil
tersenyum ceria. Dia sudah dapat melihat perubahan yang ada pada diri Keisya.
Alhamdulillah, dia bersyukur anak lelakinya dapat mendidik wanita itu sehingga
adanya perubahan yang baik.
Keisya tersenyum kecil lalu
meminta izin untuk masuk semula ke dalam bilik. Baru sahaja pintu itu ditutup,
dia menguak kembali pintu biliknya itu. Kelibat Shila sudah hilang di
matanya manakala ibu mertuanya sudah bergerak menuju ke tangga.
" Errr ibu," panggil
Keisya lalu menghentikan langkah ibu mertuanya itu.
" Errr.. Aish belum balik
lagi ke ibu?" tanya Keisya teragak-agak.
Puan Katijah memandang Keisya dengan
kening yang berkerut. Masakan menantunya itu tidak tahu akan kepulangan anaknya
sebentar tadi. Sebelum masuk waktu Subuh, anaknya itu pulang sebentar kemudian
keluar semula sebelum azan subuh.
" Kamu tak sedar ke Aish
balik tadi?" tanya Puan Katijah prihatin. Dia sudah dapat menghidu
ketegangan yang masih berlaku dikalangan anak dan menantunya.
Keisya terpaku mendengarnya.
Aish ada balik ke? Hatinya tertanya-tanya sendiri. Timbul sebak yang mula
mencengkam kuat hatinya. Sampai hati lelaki itu. Balik tanpa memberi tahu
dirinya, tanpa mengajaknya bersolat subuh secara berjemaah. Semudah itukah Aish
merampas rasa bahagia yang ada? Tiada ruangkah untuk dia meminta maaf dekat
lelaki itu dan menceritakan segala-galanya?
Puan Katijah mengetap bibirnya
apabila melihat wajah keruh Keisya. Dia lihat ada air yang bergenang di tubir
mata menantunya itu. Wanita muda itu didekati lalu dibawa tubuh itu ke dalam
pelukannya. Lancar sahaja bibirnya berkata-kata kepada menantunya itu.
" Allah tidak pernah
membiarkan hamba-Nya hidup bersenang-lenang tanpa dugaan yang ada. Apa yang
Keisya rasa dan hadapi sekarang ni, semua ini adalah dugaan. Allah tak akan
menduga Keisya dengan dugaan sebegini andai Keisya tidak kuat. Keisya kena
hadapi semua ini kerana inilah dugaan dalam rumah tangga."
"Kehadiran orang ketiga
dalam rumah tangga berada di mana-mana sahaja, cuma kita saja yang perlu
bersiap sedia untuk mempertahankan rumah tangga kita. Perkahwinan satu ikatan
yang suci, runtuhnya sesebuah rumah tangga itu akibat kelalaian dari pasangan
suami isteri itu mengundang kebencian Allah. Ingat, berkasih sayanglah antara
suami isteri. Barulah perkahwinan dijamin bahagia," ujar Puan Katijah
lembut. Tatkala ini dia sudah mendengar esakan halus daripada Keisya. Biarlah
telekungnya basah asalkan menantunya itu dapat melepaskan semua yang dirasa.
Sedikit sebanyak hatinya geram juga dengan sikap anaknya yang seolah-olah
melarikan diri daripada masalah.
Jika dahulu, kehadiran
wanita seperti Keisya langsung tidak diingini. Tetapi sedikit demi sedikit, dia
mula sayang dengan wanita itu apatah lagi hati anaknya berada pada menantunya
ini.
AISH bersandar lemah di dinding masjid yang bercat hijau muda. Tenang sedikit
hatinya setelah melaksanakan solat subuh. Warna hijau yang melatari isi masjid
ini menambahkan lagi rasa tenang di rumah Allah ini. Jam di masjid sudah
menunjukkan hampir ke tujuh pagi. Orang ramai yang hadir pun sudah mula susut.
Hanya tinggal dia dengan beberapa orang jemaah yang lain.
Telefon bimbitnya dikeluarkan
dari kocek baju Melayunya. Telefon yang dimatikan itu diaktifkan semula setelah
hampir satu jam dimatikan kerana menunaikan solat subuh. Aktif sahaja
telefonnya itu, satu mesej daripada ibunya terus masuk ke telefonnya. Mesej itu
sudah tiga puluh minit masuk ke peti mesejnya.
Aish dekat mana sekarang ni?
Sebelum subuh ibu tengok Aish dah keluar. Kamu langsung tak beritahu Keisya
kamu pulang. Kesian dia. Kalau kamu sayang dia, kamu tak patut tinggal dia
macam tu saja. Kamu patut dengar penjelasan dia, bukan pergi macam tu saja
seolah-olah menghukum dia.
Mesej yang berunsur tazkirah
pagi daripada ibunya. Mesej daripada ibunya dibiarkan tidak berbalas. Tiada
mood untuk melakukan apa-apa di pagi-pagi begini. Moodnya terus dibawa angin
apabila melihat pipi isterinya yang lena berbekas dengan air mata. Lain tak
bukan, pasti air mata kesal kerana perbuatannya.
Bukan niat dia hendak berlalu
begitu saja. Tetapi dia tidak bersedia menghadap si isteri yang dilukai. Dia
yakin pasti wanita itu marah dengannya. Mungkin juga akan menjauhkan diri
darinya. Dia belum bersedia untuk semua itu setelah semua rasa indah dilalui
mereka berdua.
DIA tersenyum puas. Mana tak
puasnya apabila rancangannya sudah hampir selesai. APabila difikirkan balik,
pelik rasanya apabila tiba-tiba sahaja dia inginkan Aish sedangkan dulu, ibunya
beria-ria menyuruhnya memikat sepupunya itu tapi dia menolak. Adakah kerana
pesaingnya Keisya menyebabkan dia rasa tertarik untuk memiliki lelaki
itu?
Sejak dulu lagi, dia memang
menyimpan rasa benci dan iri hati terhadap wanita itu kerana Keisya mempunyai
segala-galanya. Dari pasangan hingga ke harta, wanita itu mendahului dirinya.
Luka di tangan di belek.
Luka itu masih belum disapukan ubat malah dibiarkan begitu sahaja. Dia sedang
menunggu kepulangan Aish. Apabila lelaki itu pulang, segala plot 'drama' yang
telah diatur akan 'ditayangkan'. Dia tersenyum sinis. Luka ini amat bermakna
untuk dirinya. Dia berharap semuanya berjalan lancar.
Jika dia tidak dapat
memiliki Aish pun tidak mengapa asalkan dia dapat melihat Keisya disingkirkan
dari keluarga itu. Dia tidak mahu wanita itu mempunyai hubungan dengan keluarga
mak ngahnya ini. Dia benci!
Telefonnya yang berbunyi
tiba-tiba terus diangkat apabila nama ibunya terpapar di skrin telefon. Ibunya
kini sudah pulang ke Malaysia tetapi dia menyuruh ibunya agar pergi jauh untuk
sementara waktu. Jika ibunya muncul di hadapan keluarga ini, hancur punah
rancangannya!
" Hello ibu."
" Hello Shila. Kamu ni baru
bangun dari tidur ke hape? Kamu jangan nak malukan ibu dengan membuta
dekat rumah orang. Jaga sedikit perlakuan kamu tu, karang hancur
semuanya..." bebel Puan Latifah berterusan tanpa sempat Shila berkata-kata
apa. Gadis itu hanya mampu mendengus kasar sambil menjauhkan telefon bimbitnya
dari telinganya. Hatinya mengutuk geram akan ibunya. Telefon aku
pepagi buta ni cuma nak bagi ceramah sepuluh sen lebih baik tak payah!
Beberapa saat berlalu, Shila
mendekatkan kembali telefon bimbitnya itu ke telinga dengan muka yang rimas
mendengar bebelan ibunya itu.
" Ibu, dah habis ke belum
ni? Ibu nak Shila dengar sehari suntuk ke ibu membebel? Kalau sehari suntuk,
sorrylah ibu,Shila banyak kerja nak buat daripada dengar ibu membebel,"
bidas Shila geram. Sakit hatinya mendengar bebelan pedas orang tuanya itu.
Macamlah dia tak pandai nak atur rancangannya itu. Dia bukan bodoh untuk atur
semuanya.
" Eeee, mulut kamu tu...
Aku sumbat dengan cili baru tahu. Kurang ajar sangat cakap dengan aku ni. Hey,
sedar sikit, aku ni tau yang bela kamu tu sampai umur 23 tahun ni. Nak harapkan
bapak kamu tu, entah-entah kamu ni dah jadi pelacur agaknya," ujar Puan
Latifah lepas.
" Yalah, bu. Cukup-cukuplah
tu membebel. Sakit telinga Shila ni nak tadah bebelan ibu tu. Berdarah tahu
tak. Ibu ni sikit-sikit nak mengungkit je kejenya. Jadi pelacur pun untung
juga, ibu. Dapat duit. Tak adalah hari-hari telinga ni nak kena sogok dengan
bebelan ibu tu. Kalau tahi telinga tu boleh bertukar jadi jongkong emas tu tak
apalah pula," jawab Shila selamba sambil menjulingkan mata ke siling tanda
menyampah. Sudah lama dia tidak berperang mulut sebegini dengan ibunya. Sekali
sekala syok juga dapat kutuk ibunya tu. Biar sedar sikit orang tua tu!
" Kamu ni... eeeee, macam
bunyi gagak je aku dengar suara kamu ni tau. Kalau kamu depan mata ibu ni,
memang dah cukup-cukup ibu kerjakan. Nasib baik...."
" Syyyy. Sudah-sudahlah tu
ibu. Kalau ibu dah gian sangat nak membebel, pergi membebel dekat orang lain.
Sikit-sikit nak membebel je kerja dia. Macam tak ada kerja lain. Hah, yang ibu
ni call Shila kenapa?" tanya Shila yang sudah dapat mengagak apa yang
ibunya itu inginkan.
" Ibu nak tanya, macam mana
dengan rancangan kamu tu? Menjadi tak?" tanya Puan Latifah dengan tidak
sabarnya. Manusia, kehancuran orang yang dicari. Keredhaan dari Tuhan, langsung
dibawa ke tepi.
" Menjadi sangat sampai luka tangan Shila ni
dikerjakan Keisya," jawab Shila sambil menyentuh perlahan luka yang masih
baru itu. Tidak lah teruk mana tapi kerana luka kecil ini, ketegangan Aish dan
Keisya terjadi. Untung dia terserempak dengan Keisya di dapur pada malam tadi,
kalau tak, pasti semua ini tidak akan terjadi.
" Hah luka?! Kurang ajar betul perempuan tu.
Suka-suka hati dia je nak lukakan anak aku."
" Relakslah ibu. Luka ni lumayan tau ibu.
Kerana luka ni lah, diorang tengah goyah tau. Kalau Shila 'jentik' sikit, mesti
dah runtuh jawabnya," ujar Shila sambil ketawa jahat. Gembira sungguh dia.
" Apa yang dah jadi sampai luka kamu tu
boleh jadi isu diorang bergaduh?" tanya Puan Latifah pelik. Pasal luka
kecil tu pun boleh bergaduh? Hmm, hebat betul anak dara sunti dia ni. Eh sunti
lagi ke?
" Yang tu ibu tak payah tahulah. Yang
penting sekarang ni, kita cuma tunggu je masa yang sesuai," balas Shila
sambil tersenyum membayangkan kehancuran yang akan terjadi. Senyuman di
bibirnya kendur apabila mendengar derap langkah seseorang di luar biliknya dan
dehaman seorang lelaki.
" Ibu, okaylah. Shila ada hal ni. Bila-bila
nanti kita sembang. Bye," ujar Shila tanpa berlengah. Telefon bimbitnya
diletakkan di meja solek lalu menghampiri pintu biliknya.
Pintu bilik itu direnggangkan sedikit. Melalui
bukaan yang kecil itu, dia melihat Aish sedang berlalu di hadapan biliknya.
Terus pintu biliknya itu dibuka luas, konon-kononnya tidak menyedari kehadiran
lelaki itu.
" Eh abang. Baru balik ke? Abang pergi mana tadi? Dah sarapan?" tanya Shila dengan senyuman lebarnya. Wajah tidak bermaya Aish dipandang dengan mata yang galak.
Lelaki itu hanya diam sahaja tanpa menjawab. Wajah Shila dipandang kosong lalu beredar masuk ke biliknya tanpa mempedulikan Shila.Memandang wajah Shila menambahkan kekusutan yang sedia ada.
Shila mendongkol geram. Tangannya dikepal lalu
tapak tangannya menepuk marah pintu biliknya itu. Eeee, lelaki ni. Boleh je dia
buat tak tahu dengan aku? Dia lupa ke yang bini dia tu dah cederakan aku?
Bongok betul! Tak apa. Kau tunggu. Kau tengoklah nanti apa yang jadi, bisik
hati Shila penuh amarah. Dia masuk semula ke dalam biliknya dengan hati yang
membengkak.
Pintu biliknya ditolak perlahan. Dia menarik
nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mencari udara untuk
berhadapan dengan kemarahan isterinya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke
dalam, kelibat isterinya tidak kelihatan.
Dia mencari isterinya di dalam bilik itu.
Langsung tidak menyedari Keisya yang memang berada di situ.
Aish menolak pintu bilik air itu namun kosong.
Kemudian matanya terpandang satu tubuh yang sedang lena di atas sofa. Dia
menghela nafas halus sambil menggeleng perlahan. Langsung dia tidak perasan
bahawa isterinya itu sedang terlena di sofa dengan…menggunakan bantal yang
menjadi alas kepalanya di rumah ini.
Tubuh itu didekati. Tanpa mengeluarkan sebarang
bunyi, dia melutut di sisi sofa itu sambil merenung rindu wajah lena itu.
Rambut yang menutup separuh dari wajah itu dibawa ke tepi. Tidak puas memandang
dengan separuh wajah sahaja.
Jari-jemarinya dibawa bermain pada rambut yang
lurus itu. Sementara wanita itu sedang tidur, biarlah dia melepaskan kerinduan
yang sedia ada. Jari yang setia mengulit rambut itu terhenti apabila matanya
terlihat sebuah buku setebal satu inci berada dalam pelukan isterinya. Rasa
ingin tahu membuak-buak dalam dadanya. Dengan perlahan, tangannya menarik
perlahan buku itu lalu berjalan ke katil.
Satu persatu helaian buku itu dielak. Kelihatan
buku itu merupakan diari isterinya. Rasa bersalah menerjah hatinya kerana menceroboh
privasi isterinya. Sampai sahaja jarinya di muka surat yang akhir sekali,
matanya terpaku pada tajuk helaian itu.
‘Cinta Hatiku’.
Jantungnya berdebar-debar membaca tajuk itu.
Hatinya meronta-ronta hendak membaca tulisan isterinya itu. Akhirnya dia berkeputusan
mengikut kata hatinya. Dia ingin tahu siapa cinta hati isterinya. Melihat pada
tarikh yang tertera pada helaian itu, penulisan itu baru ditulis pada hari ini.
Hari
yang malang. Hari yang sangat malang bagi aku yang baru nak merasa saat
manis..bahagia.. bahagia bersama dia. Tapi.. entah dimana silapnya, semua
menjadi huru hara. Hanya kerana sebuah kesalahan yang aku tak buat, dia
menyepi. Menyepi dari pandangan aku. Puas aku tunggu dia pulang ke rumah
sehinggakan pada malam tadi aku terlena pada pukul tiga pagi. Tragis kan? Ya,
aku tahu perjalanan hidup aku memang sentiasa tragis. Adakah jalan hidup aku
tak pernah menemui jalan bahagia?
Aish mengetap bibirnya membaca ayat-ayat yang
tertera di buku itu. Sesak dadanya membaca nukilan isterinya. Dia tahu, dalam
nukilan ini, isterinya itu memaksudkan dirinya.
Hanya
kerana seorang perempuan, tangan itu sudah berani hinggap ke muka aku. Tak
pernah aku duga wajah aku ni akhirnya akan menerima penampar sulung. Yang
paling aku kecewakan, penampar itu datangnya dari dia. Tega benar dia menampar
aku. Dialah orang pertama yang menampar aku dan.. aku harap itu tamparan
terakhir dari dia buat aku. Aku akan pastikan kebahagiaan menjadi milik aku dan
aku akan luahkan perasaan aku…
Bacaan Aish terhenti apabila telefonnya yang
berada di dalam kocek baju Melayu menerima panggilan telefon. Melihat nama yang
terpapar pada telefon bimbitnya membuatkan dia berasa pelik. Apahal dia ni
telefon aku?
“ Hello, Fina.”
“ Hey, Aish! You dah buat apa hah?” sembur Fina
laju.
Aish menjauhkan telefonnya dari telinganya.
Bingit telinganya mendengar gadis itu jerit kepadanya. Apalah masalah perempuan
ni…
“ Assalamualaikum, Fina,” ucap Aish lebih kepada
sinis. Dia dapat agak yang gadis ini pasti sudah tahu apa yang terjadi. Mungkin
isterinya mengadu kepada Fina. Haihh..
“ Errr… wa…wa’alaikumussalam,” jawab Fina
tergagap. Malu sebenarnya sebab main hambur anak teruna orang.
“ Hei, I nak cakap sedikit ni. I memang tak puas
hati dengan you ni. You sesuka suki hati you je kan tampar my bestfriend
forever. You tak kenal Shila tu siapa then you boleh percayakan dia hundred
percent. Lepastu tampar kawan I. Eeee, you sedar tak you tampar siapa time tu?
Sepatutnya you tampar si Shila bongek tu!” hambur Shila geram kepada lelaki
itu. Aish terdiam mendengar amukan gadis itu. Kemudian dia mengeluh halus.
“ Yes, I know. That’s my bad. Tapi I tak boleh
nak kawal perasaan I masa tu. I keliru…” ujar Aish kesal.
“ Okay, listen here. You can’t believe on Shila.
She’s Mak Lampir. Dia tu memang suka tengok kehancuran orang lain. So, lain
kali, sebelum tangan you tu naik dekat muka bini you, you fikir beribu kali
okay.”
“ She’s my wife and I know what I should and
shouldn’t in my marriage. You don’t need to worry. I can handle it.” Ego Aish
bertindak. Terasa tercabar pula apabila gadis ini melebih-lebih. Dia tahu tak
yang kawan dia tu bini aku bukan bini dia?
“ Okay, fine. I called you not for having an
argue with you. I want to see you right now,” ujar Fina.
Berkerut dahinya mendengar kata-kata gadis itu.
Nak jumpa dia? Aish tersenyum sinis. Dia sedar tak yang aku ni dekat Kuala
Selangor dan dia dekat Kuala Lumpur? Dia nak suruh aku pergi KL ke semata-mata
nak jumpa dia? Oh please… Jauh tu.
“ Jumpa you? Dekat KL ke? Oh please girl. We just
can talk through the handphone and no need to meet each other okay,” bantah
Aish. Malas dia nak pandu jauh-jauh walaupun hanya mengambil satu jam hendak ke
sana. Walaupun satu jam, dia boleh buat macam-macam dekat rumah ni.
Fina mendengus kasar. Banyak songeh betul mamat
ni. “ I dekat Kuala Selangor sekarang ni,” balas Fina beku.
Mata Aish membulat. Dah dekat Kuala Selangor?
Memang nekad minah ni nak jumpa dengan aku. Keisya punya hal sampai sanggup
buat apa-apa saja. Aku respect betul dekat dia ni.
“ Hei Aish. You dengar tak ni? Ke you dah jadi
tunggul?” ujar Fina geram. Sakit hati bila tiada apa-apa balasan dari Aish.
“ Yes, I dengar. Okay-okay. You bagi tahu I dekat
mana you nak jumpa nanti I datang situ,” cadang Aish lalu terus mematikan
telefonnya. Malas nak menunggu lama. Beberapa minit kemudian, mesej daripada
Fina masuk. Gadis itu mengajaknya berjumpa di sebuah restoran yang tidak jauh
dari tempatnya ini. Fina juga pesan agar tidak memberitahu Keisya akan perjumpaan ni.
Buku yang berada di tangannya direnung seketika.
Niat nak meneruskan bacaannya tetapi Fina hendak berjumpa dengannya pula.
Sambung lepas balik nantilah, bisik hatinya. Buku itu dibawa semula ke sofa
lalu diletakkan ke dalam pelukan Keisya. Tempat asal buku itu. Kemudian dia
terus menukar baju melayunya kepada T-shirt ringkas. Nak jumpa Fina je pun, tak
payah cantik-cantik. Getus hatinya.
Setelah menyikat ala kadar rambutnya, dia terus
mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar dari bilik itu. Tidak menyedari
langsung ada sepasang mata dan telinga yang sentiasa mengawasi dan mendengar
setiap butir bicaranya.
“ Assalamualaikum,” ucap Aish sebaik sahaja tiba
di tempat yang menjadi pilihan Fina. Gadis itu yang sedang menaip sesuatu di
telefon bimbitnya tersentak apabila melihat Aish sudah berada di sisinya.
“ Wa’alaikumussalam. Eh sekejapnya you sampai?” tanya Fina lalu memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam
beg tangannya. Jus oren di dalam gelas dikacau perlahan dengan penyedut
minuman.
“ Restoran ni bukan jauh
pun dari rumah I,” balas Aish lalu melabuhkan duduk di hadapan gadis berambut
hitam berkilat ini.
“ Eh air you je ke? Air untuk I you tak order
sekali?” tanya Aish sambil menggamit seorang pelayan yang tidak jauh dari
mereka.
“ I mana tahu you suka air apa.”
“ I tak kisah air apa-apa pun,” ujar Aish. Dia
memesan kepada pelayan perempuan itu segelas teh tarik dan roti bakar serta
telur separuh masak. Fina hanya menjadi pemerhati sahaja.
“ You lapar ke? Macam tak sarapan lagi je I
tengok,” ujar Fina.
“ Yup, I belum sarapan lagi. Tak sempat,” ujar
Aish sambil tersenyum kecil. Bukan tak sempat tapi dia yang tiada selera nak
makan. Tapi bila sampai sahaja di restoran ini, perutnya ‘mendayu-dayu’ minta
diisi.
“ Tak sempat? Hmm, whateverlah Aish. I nak cakap
sedikit ni tentang…”
“ Stop. If you want to talk about me and Keisya,
yes, you can but please don’t too much,” potong Aish pantas. Dia tidak mahu
gadis itu terlalu masuk campur dalam rumah tangganya. Tetapi jika gadis itu
hendak memberi apa-apa cadangan yang mampu membaik pulih hubungan mereka, dia
terima.
“ Okay-okay. Memang pasal korang berdua. You tahu
kan Keisya tu siapa dengan I?”
“ Your bestfriend forever, ever and ever?” jawab
Aish sinis. Fina mengetap bibirnya geram mendengar jawapan lelaki di hadapannya
ini.
“ Yes, she is. Antara I dengan you, siapa kenal
dia lebih, lebih dan lebih rapat?” tanya Fina dalam sinis juga.
Aish mengangkat tangannya ke sisi seolah-olah
menyerah kalah. “ Of course, you.”
“ Hmmm tahu pun. Sekarang ni, Shila berada di
rumah you, kan?”
“ Eh yang you ni banyak tanya ni kenapa? Apa yang
you nak buat ni? Ya, Shila dekat rumah I,” jawab Aish pelik. Pelik dia dengan
gadis ini. Dari tadi asyik tanya benda yang sudah jelas benderang.
“ I tanya tu jawab je lah. Look Aish. I, Keisya
dengan Shila tidak sebulu. Memang tak sebulu. Dekat kolej, ada saja yang minah
sengal tu nak cari pasal. I pun tak tahulah kenapa dengan dia tu. Suka sangat
bersaing dengan Keisya. Then, bila you kahwin dengan Keisya, lagilah dia tak
puas hati,” ujar Fina panjang berjela. Dia kesian dengan nasib Keisya. Wanita
itu sudah seperti keluarganya sendiri. Hampir 10 tahun mereka bersama, sudah
tentu dia mengenali Keisya dan seluruh cerita wanita itu.
“ Kenapa dia tak puas hati sangat I kahwin dengan
Keisya? I rasa perkahwinan kitorang tak menggugat keamanan dia,” ujar Aish
dengan keluhan halus. Silap. Dia silap sekali membenarkan Shila tinggal di situ.
“ You have everything what women want. Of course
dia tak puas hati,” balas Fina. Kalau dia ni jahat macam Shila juga, tak
mustahil dia akan cuba goda lelaki di hadapannya walaupun dia berkawan baik
dengan Keisya. Uiiii, mamat handsome, siapa yang tak nakkan. Bisik hatinya
nakal.
“ I am not. I just have a heart which’s full of
love. Love to myself, love to my family and…”
“ And love to your wife,” sambung Fina sambil
tersengih kecil. Aish hanya tersenyum nipis sambil menggaru perlahan keningnya
yang lebat itu.
“ You know about Jason Harris?” tanya Aish.
Fina terkedu. Dia tidak menyangka bahawa lelaki
dihadapannya ini sudah tahu tentang Jason Harris. Duduknya mulai gelisah,
bimbang jika dia membuka mulut Keisya akan memarahinya.
“ Jangan risau. Keisya dah bagitahu I pasal dia,”
ujar Aish apabila melihat reaksi Fina yang gelisah.
“ Oh, you dah tahu rupanya. So, kenapa you tanya?”
tanya Fina sambil menyedut minumannya.
“ Sebab I rasa, Keisya masih cintakan Jason
Harris,” balas Aish. Apabila menyebut nama Jason Harris, fikirannya melayang
mengingati pertemuannya dengan pemuda malam semalam. Tidak menyangka lelaki itu
mempunyai nama yang sama ataupun… err tak mungkinlah.
“ Hello, Encik Aish Ahsan yang tua tiga tahun dari
I dengan Keisya, you ni nama je dah hidup 26 tahun dekat muka bumi ni tetapi
perasaan terlindung seorang perempuan tu pun you tak tahu. Keisya bukan main
teruja lagi cakap dekat I yang dia sukakan you tapi you ni.. urghhh loading
sangat,” ujar Fina panjang berjela tanpa menyedari yang dia sudah terlepas
cakap sesuatu perkara manakala Aish di hadapannya sudah berdiri serta merta.
Orang ramai mula memberi perhatian kepada Aish dan Fina yang disangka pasangan
kekasih. Menyangkakan ada tayangan perdana antara mereka berdua.
Aish sudah tidak tahu hendak bereaksi bagaimana.
Dia yakin apa yang dia dengar itu tidak salah dan kini hatinya sudah berbunga
tanpa menyedari dia sudah berdiri kejung di hadapan Fina. Gadis itu pula mula
kelihatan kaget melihat reaksi spontan Aish. Apahal dengan mamat ni? Muka
handsome-handsome, janganlah dia buat perangai pelik pulak dekat sini.
“ Fina, ulang balik ayat you tadi. Ulang balik!”
desak Aish yang mula tidak keruan seperti perasaannya juga. Tidak keruan mendengar
sebaris ayat itu. Arh, harap-harap pendengarannya tidak salah. Kalau silap,
memang malu besar dia hari ini. Malu dekat restoran ini dan malu sebab perasan
terlebih.
Fina tersentak mendengar Aish yang mendesak dia mengulang
kembali ayat dia. Ayat apa yang mamat ni suruh aku ulang? Aku rasa dah banyak
ayat aku cakap dengan dia ni.
“ Ayat yang mana satu ni?” tanya Fina sambil
berdiri. Tangannya menggamit lengan Aish supaya duduk kembali. Bengang melihat
orang ramai yang mula menukar posisi tubuh melihat drama mereka.
Aish menepis tangan Fina. “ Alahhh, ayat yang
tadi tu lah. Ada you sebut ayat tu,” desak Aish lagi. Sikapnya kini seolah-olah
kanak-kanak lelaki yang inginkan gula-gula tetapi tidak diberi. Cuma tinggal kaki
sahaja tidak dihentak-hentak ke lantai. Pandangan orang ramai kini sudah tidak
dipedulikan oleh Aish.
Fina menggaru perlahan kepalanya. Cuba mengingat
kembali ayat apa yang disebutkannya tadi. Orang ramai yang memandang mereka
dipandang satu persatu bagaikan mencari jawapan di setiap wajah itu.
Fina mengetap bibirnya apabila dia mengingat
kembali ayat yang disebutkannya sebentar tadi. Ayat yang merupakan pengakuan
Keisya!
“ No, no, no. I tak ingat ayat tu. Dah lah Aish,
jom kita balik. Eeeee, semua pandang kitalah. Malulah I macam ni,” ujar Fina
cuba menafikan sambil tersengih bersalah kepada yang memandang.
Aish tersedar. Dia memandang orang sekeliling
yang sudah memandang mereka semacam. Pantas dia mendekati Fina lalu mengheret
gadis itu menuju ke keretanya yang diparkir berhadapan restoran itu. Lupa
seketika pada makanan yang belum dibayar.
“ Okey done! Clean and clear from other people.
So, tell me what you said just now. Tell me!” desak Aish berterusan sambil
mengatupkan kedua belah tangannya bagaikan merayu. Sudah hilang sikap tenang
dan machonya. Kalau aku nak rakam aksi dia sekarang ni, aci tak? Bisik hati
Fina nakal.
“ I tak tahu ayat apa yang you maksudkan. Now,
better you balik. So, sampai di sini sahaja pertemuan kita. I nak masuk ke
dalam restoran balik, nak bayar duit makan,” ujar Fina cuba melarikan diri. Dia
sudah berjanji agar tidak memberitahu Keisya akan hal ni, tapi nampaknya sudah
terlepas pula.
Namun baru beberapa langkah sahaja dia menapak,
Aish melayangkan sesuatu dihadapan matanya yang tidak mampu dia tolak seumur
hidup ini. Sesuatu yang mampu menjadikan lelaki-lelaki yang didampinginya
menjadi ‘pokai’.
“ I heard what you’ve said just now, girl. Tell
me everything about what has Keisya said to you. And then, you can use this to
buy anything what you want,” ujar Aish perlahan dengan nada yang agak menggoda
pada pendengaran Fina apatah lagi kad kredit yang dilayangkan di hadapannya
menggoda dirinya. Keisya, aku minta maaf! Aku terpaksa bagitahu juga! Raung
hati Fina.
p/s: okay done! Don't forget to give a comment okay! :)