Tuesday, 29 January 2013

I Love You, Hubby! 7 (full)


Aish membelek penampilannya yang ringkas di hadapan cermin. Dia merenung dirinya di dalam cermin. Handsome jugakan aku ni! Puji dirinya sendiri. Kemudian dia terketawa seorang diri memikirkan sikapnya yang sudah berubah sedikit semenjak menjadi suami kepada Keisya, pelajar kolej. Kunci kereta yang terletak di meja solek dicapainya. Dia perlu menjemput isterinya di kolej. 


Ibu mertuanya yang sedang berbual mesra dengan ibunya dipandang ketika sedang menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Ibunya apabila bersama dengan ibu mertuanya, tiada kekok yang terpamer di riak wajah ibunya. Begitu mesra ibu melayan ibu mertuanya itu sedangkan diri isterinya sukar diterima ibunya.


“ Hah, Aish! Kamu nak ke mana tu? Bukan main lagi dressing,” tegur Puan Katijah. Puan Kaisyah hanya tersenyum sahaja melihat dua beranak itu.

“ Simple sahaja ibu, pakaian Aish ni. Aish nak keluar sekejap nak jemput Keisya,” jawab Aish sambil membalas senyuman ibu mertuanya.

“ Eh, awalnya kamu nak jemput Keisya Aish. Kelas dia tamat pukul satu nanti. Sekarang ni baru pukul dua belas, Aish,” kata Puan Kaisyah. Dia faham dengan perasaan Aish yang jelas sekali cinta akan anaknya. Sudah tentu menantunya tidak mahu terlewat walau seminit pun.

Aish tersenyum mendengar kata-kata Puan Kaisyah. Dia sengaja pergi lebih awal. Biar isterinya berasa terharu sedikit melihat dia yang jemput terlalu awal. Erk, terharu ke nanti bini kau Aish? Silap-silap makin disindirnya kau! Kutuk hatinya.
 


“ Errr… mama, Aish memang sahaja pergi jemput Keisya awal sedikit. Takut nanti terlewat pula,” balas Aish sambil tersengih. Dia perasan pandangan kurang senang dari ibunya. Baginya, semenjak dia bernikah dengan Keisya, sikap ibunya seperti berubah. Dia memberikan senyuman kepada ibunya namun ibunya kaku tidak membalas. Melihat keadaan itu, segera Aish meminta untuk jemput isterinya.


“ Mama, ibu, Aish pergi dulu, ya.” Aish berlalu dari ruang tamu itu menuju ke pintu rumah. Wajah ibunya langsung tidak dipandang kerana tidak mahu menambah rasa bersalah di bahunya.


Aish memakirkan keretanya berhadapan dengan kolej isterinya. Dia membuka pintu kereta lalu tubuhnya dibawa keluar dari kereta itu. Keluar sahaja dari kereta, dia perasan akan mata-mata gadis di situ yang memandangnya tidak berkelip. Mana tidaknya, dengan spek mata hitam yang dipakainya menambahkan lagi kekacakan yang sedia dimiliki oleh Aish. Dengan langkah yang kemas, dia berjalan menuju ke pondok pengawal kolej itu.

“ Cari siapa, dik?” tegur pengawal itu apabila Aish berhenti dan duduk di kerusi yang di sediakan di luar pondok pengawal itu.

“ Tak cari siapa-siapa, bang. Tunggu isteri saya habiskan kelas dia,” jawab Aish sambil tersenyum manis kepada lelaki itu. Pengawal lelaki yang dalam lingkungan 40 tahun itu mengangguk mendengar penjelasan Aish. Kemudian, dia membiarkan sahaja pemuda itu menunggu isterinya.

“ Abang dah lama ke kerja sini?” tanya Aish bagi menghilangkan kebosanannya menunggu isterinya.

“ Eh, tak adalah lama sangat. Abang baru start kerja sini tahun lepas gantikan Pak Seman,” ujar lelaki itu.

“ Bini kamu pelajar kolej ni ke?” tanya pengawal itu pula.

“ A’ah, bang. Isteri saya pelajar kolej ni,” balas Aish. Matanya menangkap kelibat Fina yang sedang berjalan menuju ke café kolej itu. Matanya mencari kelibat Keisya di sisi Fina namun tiada langsung kelibat isterinya. Aish bangun dari duduknya dan meminta diri dari pengawal itu. Langkahnya diatur kemas menuju kearah Fina yang sedang berdiri di hadapan mesin tin minuman.

“ Kirim salam abang dekat bini kamu tu,” usik pengawal kolej itu dan disambut dengan gelakan kecil oleh Aish.
 


“ Ehem.” Dehaman Aish mengejutkan Fina yang tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Wajahnya dipalingkan ke belakang dan matanya membulat melihat Aish yang sedang tersenyum manis kearahnya.


“ Eh, you Aish. You buat apa dekat sini?” tanya Fina sambil berlalu menuju ke meja kosong café itu. Penutup tin minuman dibuka lalu minuman itu disedut menggunakan straw.

“ I tunggu isteri I lah. Mana Keisya? Bukan selalunya dengan you ke?” tanya Aish lalu melabuhkan duduk di hadapan Fina. Spek mata hitam ditanggalkan dari wajahnya dan rambutnya yang sedikit kusut itu dikemaskan.

“ Keisya pergi tandas kejap. Dari tadi mengadu sakit perut. And you ni segak betul hari ni. You dari mana sahaja ni?” tanya Fina sambil memandang seraut wajah kacak dihadapannya ini. Kadangkala hatinya terdetik, tidak tergodakah Keisya dengan seraut wajah tampan ini yang bertambah kacak dengan senyuman manisnya? Kalau dia berada di tempat Keisya, mungkin dia akan berhenti belajar dan bermanja sahaja dengan Aish. Ewahh.

“ I dari rumah je, Fina. Segak ke I hari ni? Untuk isteri I, mesti lah kena sentiasa segak,” ujar Aish sedikit bangga. Fina di hadapannya sudah mencebikkan bibir manakala dia hanya terketawa kecil.

“ You guys kahwin baru lima hari but tak nampak macam kahwin. Keisya sibuk dengan kolej and you sibuk dengan urusan you. You tak ambil cuti ke?” tanya Fina ingin tahu. Pelik juga melihat rakannya itu datang kelas hari ni.

“ I ambil cuti kahwin lah Fina. I ada sahaja dekat rumah mertua I. Cuma kawan you je yang busy nak ke kelas hari ni,” ujar Aish bersama senyuman kecil. Mungkin kalau pasangan suami isteri yang lain sedang sibuk bermadu kasih. Tetapi dia, kebosanan di rumah mengharungi cuti-cutinya sendiri.
 

 “ You tak pergi jalan-jalan ke? Apa kata you bawa isteri you tu pergi honeymoon,” cadang Fina. Aish menggeleng kecil sebelum membalas kata-kata Fina.

“ You tahukan kawan baik you tu macam mana dengan I? I ajak pergi jalan-jalan dekat kawasan sini je, bukan main menolak lagi dia,” ujar Aish bersama keluhan kecil. Tangannya bermain dengan spek mata hitamnya. Sambil-sambil itu, dia membalas senyuman dari gadis-gadis yang lalu lalang di café itu.


Fina ketawa kecil mendengar rungutan lelaki itu. dia cukup faham dengan sikap kawannya itu.

“ How about beach?”

Aish mengerutkan dahinya mendengar ayat Fina.

“ Kenapa dengan pantai?” tanya Aish yang tidak memahami butir bicara gadis di hadapannya ini.
Fina menghentikan sedutannya dan memandang Aish. Tak kan lah lelaki ini tidak tahu bagaimana akrabnya hubungan Keisya dengan pantai?

“ You tak tahu ke isteri you tu suka pantai? Dalam kata lain, fanatic sangat dengan pantai,” ujar gadis itu bersama kerutan di dahi. Semakin berlapis kerutan di dahi Aish apabila mendapat tahu isterinya menyukai pantai.

“ Jadi?” tanya Aish yang masih belum mengerti. Fina mengeluh halus. Tahulah dia yang lelaki ni langsung tidak mengetahui tentang kesukaan rakan baiknya itu.

“ Jadi, apa kata you bawa isteri you tu pergi pantai? Kalau you ajak sahaja ke pantai, mesti dia ikut punya,” ujar Fina yakin sekali. Aish yang mendengar sudah menyandarkan tubuhnya ke kerusi café.

“ Kalau dengan you, mungkin dia akan ikut. Tapi dengan I, suka macam mana pun dia dengan pantai, pasti dia akan menolak juga,” balas Aish. Dia lihat gadis di hadapannya ini sedang diam sebentar seperti memikirkan sesuatu.

“ I boleh bantu you,” ujar Fina bersama senyuman di bibir.
  

“ But how?” tanya Aish pula. Matanya merenung Fina dengan sejuta pengharapan agar gadis itu tidak memainkannya pula.


“ You tak payah tahu dulu sekarang ni. You just give me your number then I will tell you, okey,” ujar Fina. Tangannya menyeluk handbag nya lalu mengeluarkan iPhone nya.

“ Boleh percaya ke you ni?” tanya Aish ragu-ragu. Riak wajah Fina bertukar bengang. Eh, mamat ni! Aku nak bantu boleh dia tanya macam tu.

“ Kalau you tak nak percayakan I, it’s okey,” balas Fina bersahaja lalu mencapai iPhone nya di atas meja café untuk dimasukkan semula ke dalam handbag nya. Namun Aish lebih pantas mencapai iPhone nya.

“ Okey, done. I dah save number I dalam tu,” ujar Aish bersama sengihan di bibir. Tangannya menghulurkan iPhone Fin dan gadis itu menyambutnya dengan senyuman sinis di bibir.

“ You jangan risau. I tak main-mainkan you. Kalau bantuan I ni berjaya, you kena belanja I okey,” ujar Fina bersama sengihan di bibir. Dia yakin rancangannya akan berjaya.

“ Belum apa-apa lagi, dah minta belanja,” omel Aish perlahan. Namun sudah cukup didengar oleh Fina.

“ You nak kutuk I pergi jauh-jauh sana,” ujar Fina geram sambil melemparkan jelingan kepada Aish. Geram pula dengan lelaki ini.

Fina mencari nombor telefon Aish di dalam contacts. Matanya kemudian terhenti di satu nick nama. Keisya’s Beloved Husband? Matanya memandang Aish yang sedang termenung. Kemudian di bibirnya mengukir senyuman kecil melihat sikap Aish.

“ Keisya’s beloved husband? Wow, extreme nya nick you,” ujar Fina bersama gelakan kecil. Aish yang mendengar kata-kata Fina sudah membahang di wajah.

“ Biarlah kalau extreme pon. Lagi pun bukan I guna nick ‘Fina’s Beloved Husband’ right?” ujar Aish dengan cebikan di bibir. Fina di hadapannya membalas dengan sengihan. Tangannya laju menukar nick number Aish kepada yang lain.

“ I think this nick most suitable for you,” ujar Fina sambil menunjukkan nick Aish yang sudah bertukar di iPhone nya. Membulat mata Aish apabila nick nya digantikan dengan ‘Pengemis Cinta’.

“ What ‘Pengemis Cinta’? Kenapa letak nick tu?” tanya Aish keliru bersama tidak puas hati.
Fina ketawa kecil. “ Tengoklah diri you sekarang ni. Bagaikan mengemis kasih di isteri. Hahaha,” seloroh gadis itu dengan ketawa besarnya manakala Aish pula hanya diam. Betullah apa yang dikatakan gadis itu, dia bagaikan mengemis kasih si isteri. Bukan bagai lagi, memang ya pun!

“ Wah, happy go lucky nampaknya,” tegur Keisya yang sudah tiba di sisi Fina. Matanya tidak dialihkan langsung kearah Aish. Sakit hati melihat Fina yang ketawa gembira di sisi suaminya. Erk, sakit hati? What’s going on you, Keisya?!

“ Eh, sayang,” tegur Aish perlahan bersama senyuman manis bergayut di bibir. iPhone Fina yang berada di tangan suaminya membuatkan dia terpanggil-panggil apa yang lelaki itu buat. Perbualan dan gelakan mereka berdua juga membuatkan dia melajukan langkah ke sini.

“ Bual apa je ni?” tanya Keisya acuh tak acuh padahal dalam hati ingin sahaja dia mencekik Fina agar bercerita.

“ Nothing Keisya. Bual-bual biasa sahaja,” ujar Fina bersama senyuman kecil di bibir. Dia memandang wajah Aish yang sedikit terkesan apabila si isteri tidak mengendahkannya.

“ Suami kau datang sini nak jemput kau. So kau balik dengan dia sahaja lah. Aku naik Rudy, okey,” ujar Fina lalu bangun dari duduknya ingin berlalu. Namun Keisya pantas menarik tangan kawannya agar jangan berlalu. Fina tersenyum senget lalu menarik tangannya dan berlalu pantas.

“ Jom balik,” ajak Aish kepada isterinya.

“ I nak makan dulu,” ujar Keisya dingin sambil membuang pandang kearah beberapa pelajar perempuan yang asyik menjeling kearah suaminya sahaja.

“ Okey, kita makan kat luar. Jom,” ajak Aish lagi dengan menyentuh lembut tangan Keisya.

“ You bualkan apa je dengan Fina?” tanya Keisya ingin tahu. Tangannya ditarik dari genggaman lelaki itu.

“ Nothing. Bual-bual biasa sahaja, sayang,” balas Aish lalu bangun dari duduknya. Pandangan tidak puas hati dari isterinya dibuat tidak tahu. Spek mata hitamnya dipakai ke wajah menambahkan lagi berpasang-pasang mata yang menoleh kearahnya.

Keisya turut bangun dari duduknya. Belum sempat mereka berdua melangkah, ada suara halus menjerit memanggil nama suaminya.

“ Abang Aish!” Dengan lenggok yang menggoda, gadis itu mendekati Aish bersama senyuman menggoda. Keisya di sisi diberi jelingan tajam!


Aish tergamam melihat gadis yang memanggilnya itu. dia memandang Keisya meminta pengertian bagaimana Shila boleh berada di sini namun wanita itu mengalihkan pandangan kearah lain dengan riak wajah yang sukar ditafsir. Dia memandang semula kearah gadis di hadapannya kini yang sedang tersenyum manja kepadanya.
" Abang Aish sihat?" tanya gadis itu sambil memaut lengannya manja. Keisya mendengus keras melihat perlakuan gadis itu manakala Aish masih kehairanan.

" Alhamdulillah, abang sihat. Apa yang Shila buat dekat sini?" tanya Aish terus kepada Shila yang setia memeluk lengannya. Dia cuba menarik lengannya itu namun gadis itu makin mengeratkan lagi pelukannya.

" Abang ni, tak tanya pun Shila sihat atau tidak. Terus je tanya apa yang Shila buat dekat sini," kata Shila dengan suara yang manja. Keisya yang mendengar terasa berbulu sahaja telinganya. Meluat! Dia memandang Aish yang mula mempamerkan riak bersalah mendengar rajukan Shila.

" Sorry, Shila. Abang cuma tak sangka jumpa Shila dekat sini. Shila sihat?" tanya Aish. Dia memandang kearah isterinya yang sedang menayangkan muka bosan seolah-olah tidak terasa langsung dengan kehadiran gadis ini. Manakala dia masih kehairanan dengan adanya gadis itu di sini.

Shila tersenyum mendengar pertanyaan Aish. Keisya di sisi lelaki itu diberikan senyuman sinis walaupun dia sedar wanita itu berbuat tidak nampak sahaja dengannya. " Shila sihat abang. Dah lama tak jumpa abang. Rindu... " rengek gadis itu sambil mengusap pula jari jemari Aish. Aish  tersentak lalu dengan pantas menarik tangannya dan dia sedar perubahan riak pada gadis itu. Keisya tersenyum sinis apabila Aish bertindak sedemikian kepada Shila. Bukan mudah untuk kau memiliki dia, Shila! Bisik hati Keisya.

" Okey, baguslah kalau Shila sihat. So, what are you doing here?" tanya Aish kepada Shila. Dia memandang isterinya yang mula melabuhkan duduk di kerusi cafe yang ditinggalkan mereka sebentar tadi. Matanya ditumpukan kearah isterinya seketika yang berada tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

" Abang Aish ni takkan tak tahu yang Shila study dekat sini. Wife abang tak bagi tahu ke pasal ni yang kita orang ni dah lama 'bersaudara' dekat kolej ni?" sindir Shila sambil menjeling Keisya yang mula memberikan renungan tajam kearahnya. Namun Shila beriak selamba malah dengan selamba melambaikan tangan kearah Keisya yang tidak jauh dari mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka berdua sebelum ini.

Keisya memalingkan wajahnya kearah lain apabila gadis itu melambaikan tangan kearahnya. Bukan dia tidak tahu gadis itu berpura-pura baik dengannya apabila berhadapan dengan Aish. Semenjak dia sah menjadi isteri kepada lelaki pujaan Shila itu, gadis itu ada sahaja 'modal' untuk mencari pasal dengannya. Tiap-tiap hari tidak sah kalau gadis itu tidak mencari gaduh dengannya. Semua pergaduhan pasti dikaitkan sekali dengan nama suaminya itu. Hey! Aku tak kisahlah kalau kau minat si Aish tu. Kalau kau boleh bawa Aish tu jauh dari hidup aku lagi bagus! Jerit hatinya namun separuh hatinya pula seolah-olah tidak rela dengan kenyataan sebahagian hatinya itu. 

" Aku tak tahu lah apa yang Abang Aish tu pandang dengan kau ni. Nak kata kau cantik, aku pun cantik juga. Nak kata kau bijak, aku pun bijak juga. Susah aku nak percaya yang abang Aish tu mudah jatuh cinta dengan perempuan macam kau! Entah-entah kau bagi ubat pengasih dekat dia," ejek Shila sambil ketawa sinis di dalam toilet perempuan itu. Nasib baik toilet itu kosong tanpa kehadiran pelajar lain kalau tidak pasti heboh.

Keisya menyabarkan hati mendengar cemuhan dari gadis itu. Dia memandang gadis itu dari atas hingga bawah. Ya, Shila memang tidak kurang hebatnya dari segi penampilan namun jika hendak dibandingkan kecantikan mereka, kecantikan semula jadi lebih menyerlah pada wajah Keisya berbanding Shila yang bertempek bedak tebal lapan inci!

" Aku tak tahu apa masalah kau dengan aku! kalau kau tak puas hati aku dah nikah dengan Aish, pergi mampuslah dengan kau! Aku tak perlukan kau untuk berpuas hati dengan pernikahan aku dengan Aish. Kalau kau dah kemaruk sangat dengan laki aku, kau boleh pejam mata and just grab him from me. I don't care about him!" Keisya merenung tajam wajah Shila yang seolah-olah terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari bibirnya. Bagaimana tidak terkejut, gadis itu langsung tidak mengetahui mengenai dirinya yang langsung tidak mencintai Aish.

Shila terkedu mendengar kata-kata dari Keisya. Sekarang baru dia tahu kisah disebalik rumah tangga wanita dihadapannya ini. Hatinya melonjak riang apabila mengetahui wanita itu langsung tidak mencintai Aish. Bibirnya mula mengoyak senyuman sinis kepada Keisya.
" Fine! Kau jangan cabar aku Keisya. Aku boleh dapatkan dengan mudah apa yang aku nak selama ini. Kau jangan berputih mata kalau Aish jatuh dekat tangan aku. Pada waktu itu, kau boleh bezakan siapa yang bijak dan siapa yang tolol!" ujar Shila kasar. suaranya memenuhi segenap ruang di dalam bilik air itu. Shila mencapai beg tangannya yang diletakkan di kerusi kayu di bilik air itu lalu keluar dari situ. Sempat lagi dia melemparkan jelingan tajam kepada Keisya. Dia nekad untuk memiliki Aish! Dia nekad!

Keisya tersedar dari hanyut dengan perbalahannya antara dia dan Shila pada pagi tadi. Dia meraup kasar wajahnya. Kata-katanya yang merelakan sahaja Aish dirampas darinya bermain kembali di telinganya. Betul ke Keisya kau sanggup berikan begitu sahaja suami kau dekat Shila? Kau tak rasa rugi ke? hatinya berkata-kata. Dia menggelengkan kepalanya bagi menghalau resah yang tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana. Rantai yang tersangkut di leher, disentuhnya. Bagaikan angin lalu, segala resah yang bermain terus lenyap dari hatinya.

" Sayang, are you okey?" tanya Aish yang melihat Keisya seolah-olah hilang ke dunianya sendiri. Matanya memandang rantai yang berada di leher Keisya. Loket rantai wanita itu terukir huruf 'H'. Sudah lama dia perasan, wanita itu seringkali hanyut sambil memegang rantai itu. Hatinya kadangkala terdetik pasti ada kisah disebalik rantai emas itu.

Keisya mendongak memandang Aish yang sedang tersenyum manis kearahnya. Dia mengangguk lemah kemudian dia memandang pula kearah Shila yang tidak sudah-sudah melemparkan senyuman sinis dan meluat kepadanya.

" Lama lagi ke kita dekat sini? I'am hungry Aish," kata Keisya lemah kepada Aish. Sejujurnya dia memang kelaparan. Ditambah lagi dengan kehadiran Shila yang langsung tidak disangkanya itu.

Aish tersenyum nipis melihat mimik muka Keisya yang sedang mengadu lapar itu. Sungguh comel di matanya!  Dia melutut dihadapan Keisya yang masih duduk itu. Shila yang melihat perlakuan Aish terpinga-pinga apatah lagi Keisya.


" Sorry, buat isteri abang tertunggu-tunggu. Sampai lapar isteri abang yang seorang ni," ujar Aish lembut. Tangannya menyelak rambut Keisya yang menutupi separuh wajah isterinya. Rambut itu diselitkan ke celah telinga manakala jari jemarinya sengaja dimain-mainkan di belakang telinga gadis itu. Ingin bermanja dan mencurahkan cinta yang tidak bertepi kepada isterinya. Keisya hanya membiarkan sahaja walaupun terasa ingin bertempik sahaja kepada suaminya. Namun dia puas melihat wajah meluat Shila.


" Aish, I lapar okey. Can we go right now?" tanya Keisya dengan suara yang agak membentak.


Aish melarikan tangannya dari bermain di belakang telinga wanita itu. Dia menjeling sekilas kepada Shila yang sudah masam mukanya. Tidak diketahui pula apa puncanya. Aish bangkit berdiri begitu juga Keisya.


" Sayang, Shila akan tumpang kita balik sekali nanti. So, kita terus pergi makan dulu then hantar Shila, okey?" ujar Aish sambil memandang kedua-dua wajah yang berdiri di sampingnya kini.


" Shila tak kisah abang," sahut Shila dengan nada ceria. Gembira bukan kepalang dia apabila mendengar kata-kata Aish. Wajah Keisya yang sedang berkerut dahinya dipandang sinis.


" Eh, kenapa nak tumpangkan dia pula? Shila kan ada kereta so biarlah dia balik dengan kereta dia sana," jawab Keisya tidak puas hati. Menyemak sahaja perempuan ni! Tak tahu malu betul! Kutuk hatinya.


" Sayang, kereta dia rosak. Jadi, dia terpaksa tinggalkan sementara waktu kereta dia dekat sini. Apa salahnya kita tumpangkan dia, sepupu abang ni kan. Lagi pun, sepupu abang, sepupu Keisya juga kan," ujar Aish lembut agar tidak menyinggung perasaan isterinya. Dia masih tidak paham dengan isterinya yang dingin dengan Shila padahal riak wajah Shila kelihatan selamba sahaja.


" Eleh, alasan!" bisik Keisya geram namun mampu didengari oleh Aish. Lelaki itu hanya mampu tersenyum tawar sahaja dengan tingkah isterinya. Serba salah dia jadinya.


Dalam hati Shila, sudah berbakul-bakul sumpah seranah untuk Keisya. Namun, kata-kata daripada Aish yang membelanya membuatkan dia tersenyum kepuasan.

" So abang, can we go now? Kesian isteri abang kelaparan. kalau pengsan dekat sini nanti, tak pasal-pasal susahkan abang nak angkat wife abang tu," ujar Shila bersama mimik wajah prihatin. Keisya hanya mampu berdiam sahaja. malas mahu berkata apa-apa. Terserah lah kepada suaminya. Lelaki itu yang memandu kereta, bukan dia yang pandu. Kalau dia yang pandu, awal-awal sudah ditendangnya gadis itu keluar.

Mereka bertiga gerak seiringan menuju ke kereta Aish yang diparkir elok di hadapan kolej itu. Dari tadi, ada sahaja kisah yang dibualkan Aish dan Shila sehingga membuatkan Keisya rasa sedikit terpinggir. Aish yang sedang bergelak ketawa bersama Shila diberikan jelingan tajam sehingga ketawa lelaki itu mengendur melihat jelingannya.


Keisya mengambil tempat duduk di sebelah pemandu manakala Shila mengambil duduk di bahagian penumpang di belakang Aish. Dia sempat menoleh ke belakang sekilas dan bibir gadis itu asyik tersenyum sahaja. Sukalah tu laki aku tumpangkan kau! Bisik hatinya. Tali pinggang keselamatan sudah dipasang melintang pada tubuhnya. Dia menjeling Aish sekilas yang sedang menghidupkan enjin kereta.


" Okey, sekarang ni nak makan dekat mana?" tanya Aish sambil memandang isterinya. Baru sahaja wanita itu ingin berkata, ada suara yang mencelah.


" Abang Aish, Shila ada satu tempat ni. Makanan barat dekat restoran tu memang sedap. Shila pernah singgah restoran tu dengan kawan masa tu. Kalau abang Aish setuju, apa kata kita singgah makan dekat restoran itu? Lagi pun, Shila tahu jalannya dekat mana," ujar gadis itu bersungguh-sungguh membuatkan Aish menimbang cadangan gadis itu. Dia menujukan soalan kepada isterinya, tetapi gadis itu pula yang menjawab.


" Orang lapar nak makan nasi. Bukan nak makan makanan barat tu semua," sindir Keisya bersama senyuman sinis di tepi bibir. Dia menoleh sekilas kepada Shila yang sudah bermasam muka dengannya. Lantak situlah. Yang penting dia mahukan nasi untuk mengenyangkan perutnya.


" Tapi Keisya, makanan barat pun mengenyangkan juga. Perut you tu sebesar tong drum ke sampai tak boleh kenyang bila makan makanan barat?" sinis sekali Shila menyoal. Aish pula sudah terpinga-pinga melihat keadaan di dalam keretanya ini. Sudah, meletus juga nanti!


Keisya mengetap bibirnya geram. Tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk. Gadis ini memang suka sangat mencari pasal dengannya. Jika sebelum dia bernikah dengan Aish, gadis itu kuat juga mencari pasal dengannya namun sekarang, makin bertambah kuat modal untuk membuatkan dia sakit hati.


Baru sahaja dia membuka mulut untuk membalas apa yang dikatakan oleh Shila, Aish pantas mencelah.

" Okey, girls. Biar abang yang pilih nak makan dekat mana okey. Seen abang yang pandu kereta ni, abang putuskan kita makan makanan Melayu sahaja lah. Lagi pun kita semua lapar, jadi lebih baik makan nasi dan lauk pasti mengenyangkan," ujar Aish memberi kata putus arah tuju mereka. Daripada melihat Keisya dan Shila bergaduh, biar dia sendiri yang membuat pilihan.

Shila memeluk tubuhnya dan menyandar kasar tubuhnya ke kusyen kereta. Geram dan bengang apabila Aish lebih memihak kepada Keisya. Keisya menoleh ke belakang dengan senyuman manis dan kenyitan mata kepada Shila. Gadis itu menyeringai geram dengan perlakuan Keisya.

" Abang Aish..." keluh Shila sambil melemparkan pandangan ke jalan raya. Konon-kononnya merajuk dengan sikap Aish.
" I'am sorry, Shila. Maybe next time kita pergi makan dekat restoran tu," pujuk Aish sambil memberikan senyuman kepada gadis itu. Gadis itu mengeluh hampa dan mengalihkan pandangan kearah Aish.
" Anything for you, abang," bisik Shila perlahan dan tidak didengari oleh Aish dan Keisya. Perjalanan meraka ke restoran makanan melayu sunyi begitu sahaja. Tiada siapa diantara mereka yang memulakan perbualan kerana masing-masing hanyut dengan perkara yang bermain-main di minda.

Jason Harris berjalan seorang diri di Sogo Shopping Mall. Dia di situ bersama Katrina namun bayang adik perempuannya hilang sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam Sogo Shopping Mall itu. Dia tidak tahu apa yang dicari adiknya di dalam shopping mall itu. Nak kata adiknya itu mahu membeli baju, dia kurang yakin kerana gadis itu lebih kerap mengunjungi Pavilion berbanding di sini.


Dia berjalan seorang diri di sekitar shopping mall itu. Dia tidak tahu arah tujunya ke mana. Sekejap-sekejap dia menaiki eskalator menuju ke bahagian pakaian lelaki. Apabila sudah bosan, dia pergi pula ke bahagian baju perempuan. kadangkala malu pula rasanya apabila asyik mukanya sahaja yang asyik berlegar-legar di bahagian baju dalam perempuan. Sehinggakan pekerja di situ asyik tersenyum sahaja kepadanya. Serba tak kena terus jadinya dia.


Keisya menghampiri sebuah meja kosong di food court Sogo Shopping Mall itu lalu meletakkan sepinggan nasi yang berisi beberapa jenis lauk di atas meja. Dia melabuhkan duduk di kerusi dan mengalihkan pandangan kearah Aish yang sedang membawa dua biji pinggan berisi nasi. Dia pasti, lagi satu pinggan itu pasti milik Shila. Hisy, mengada-ada betul minah ni! Apabila melihat kelibat Shila di sisi Aish, dia menjulingkan mata memandang kearah lain. Menyampah tengok muka si Shila itu.


" Hai sayang. Kenapa tak makan lagi ni?" tegur Aish lalu melabuhkan duduk di sisi Keisya. Shila yang melihat tiada kerusi di sisi Aish, pantas mengambil kerusi di meja lain lalu diletakkannya ke sebelah kerusi Aish. Sekarang ini, lelaki itu diapit oleh dua orang wanita yang memang hebat paras rupanya.


" Saja tunggu you. Eh, you tak order air ke?" tanya Keisya menyedarkan Aish yang sudah bersiap sedia hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut. Aish menepuk lembut dahinya apabila terlupa yang dia tidak menempah air.


" Lupa pula abang nak order air. Sayang nak air apa?" tanya Aish lalu berdiri. Keisya di sisi dipandangnya. Apabila melihat, rambut panjang Keisya hanpir mencecah nasi di dalam pinggan, dia menolak lembut rambut itu ke belakang leher isterinya.


" I nak jus tembikai," jawab Keisya dan memandang Shila yang berdeham untuk mengalihkan perhatian Aish.

" Shila pula nak air apa?" tanya Aish kepada Shila pula. Gadis itu tersenyum manja kepadanya. " Abang nak minum air apa?" tanya Shila tanpa menjawab pertanyaan Aish. Aish mengerutkan dahinya kehairanan namun pertanyaan gadis itu tetap dijawab.

" Abang nak minum jus oren," balas Aish. " Shila nak minum air apa ni?" tanya Aish sekali lagi. Dia perasan isterinya sudah mengeluh untuk kali yang ke berapa.

" Kalau macam tu, Shila nak jus oren juga sama macam abang," jawab gadis itu dengan suara yang dilenggokkan manja. Dia menjengahkan sedikit kepalanya kepada Keisya untuk melihat reaksi wanita itu tetapi keisya hanya bereaksi selamba sahaja.

Aish tersenyum nipis. Dia sudah lama sedar akan petunjuk perasaan yang diberikan Shila kepadanya. Namun dia buat tidak tahu sahaja. Malas mahu melayan perasaan Shila. Takut jika tersilap melayan, parah pula jadinya nanti.


" Hmmm nampaknya Abang Aish dah makin 'terikat' dengan aku, Keisya. So, what do you think about this?" sinis sekali Shila bertanya setelah kelibat Aish hilang dari pandangan. Dia menongkatkan dagu memandang Keisya di sisi. Ingin melihat reaksi yang terpamer di wajah itu namun reaksi selamba sahaja yang ditemui. Jadi, memang benarlah, Keisya langsung tidak mempunyai perasaan dengan Aish. Good news!


" Dah lah Shila. Kalau kau rasa kau mampu memiliki Aish, just move on. tak payah hiraukan aku," jawab Keisya lemah, malas mahu bertekak. 


" Hahaha. Kau boleh cakap macam tu sebab kau dah miliki dia. Untung kau kan. Dah lah kaya, dapat laki pun dari orang yang berada. Selalunya dalam novel, perempuan miskin dapat lelaki kaya, tapi sekarang ni sebaliknya. Tapi, tak guna juga kalau kita dapatkan seseorang itu dengan cara kotor," ujar Shila selamba. Dia melemparkan senyuman sinis kepada keisya apabila renungan wanita itu mula mengancam.


" Apa maksud kau, Shila?" tanya Keisya dengan nada yang agak membentak. Sepenuh perhatian diberikan kepada gadis yang masih tidak habis dengan senyuman di bibir.


" Well, kau mesti faham maksud aku kan? Dengan jujur aku cakap, taste abang Aish bukan perempuan macam kita. Then dia tersangkut dengan minah clubbing macam kau. You know what? It's miracle. Tapi aku pasti kau mesti ada lakukan sesuatu di belakang Aish kan?" sindir Shila sambil ketawa sinis. Garfu dan sudu di pinggan dicapainya lalu sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya.


Keisya mendengus kasar. " So kau nak kata aku guna-gunakan si Aish ke? Aku bukan perempuan kolot macam kau yang masih fikirkan benda-benda tahyul tu semua," ujar Keisya kasar lalu memalingkan wajah ke sekeliling food court itu. Sudu di tangan di main-mainkan dengan nasi di pinggan. 


Shila tersentak mendengar kata-kata Keisya. Eii, kurang ajar betul minah ni! Sudu dan garfu diletakkan kasar di atas pinggan. Berdenting bunyinya dan menarik perhatian pelanggan lain. " Kau jaga mulut kau tu sikit. Jangan sampai aku pecahkan hubungan sulit kau dengan Kamil kepada Aish," ugut Shila. Ugutannya hanya disambut dengan hilai tawa daripada Keisya. 


" Hubungan sulit aku dengan Kamil? What the rubbish are you talking about? Kau jangan jadi bodohlah Shila. kau bagilah tahu 'hubungan sulit' aku dengan Kamil tu," sindir Keisya sambil ketawa kecil. Dia yakin, Shila pasti memerhatikan gerak gerinya selama ini dengan kamil di kelab malam. Dia menggelengkan perlahan kepalanya sambil tidak berhenti ketawa kecil. Sengaja ingin menyakitkan hati Shila.


Shila menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang bengang dengan isteri Aish. Sudu di tangan dicampak kasar ke pinggan membuatkan berpuluh-puluh mata memandang kearahnya. Dia langsung tidak menghiraukan mata-mata itu semua.


" Kalau kau rasa, sudu dan pinggan tu mak bapak kau punya, kau campak lah sekali pinggan tu," sindir Keisya sambil meneruskan kunyahannya. Dia menjeling sekilas kearah Shila yang makin mencuka riak wajahnya.



KATRINA berjalan laju mendekati abangnya yang sedang membelek pakaian lelaki. Setiba sahaja dia di sisi abangnya, lengan abangnya dipaut mesra dan kepalanya dilentokkan manja. Hal itu membuatkan Jason Harris sedikit tersentak dan tersenyum apabila adiknya membuat muka comel agar tidak dibebel.

" Kat pergi mana?" tanya Jason Harris lembut sambil mengusap lembut kepala adik kesayangannya itu.
" Kat pergi cari baju dekat bahagian perempuan," balas Katrina sambil menarik lembut tangan abangnya itu agar melangkah menuju ke eskalator. Jason harris mematikan langkahnya dan memandang adiknya kehairanan.
" Kat pergi cari baju dekat bahagian perempuan? Abang ada jalan-jalan dekat situ tadi, tapi tak nampak pun bayang Kat," ujar Jason Harris kehairanan. kata-katanya disambut dengan sengihan oleh adiknya itu.
" Kat nampak abang tadi, tapi Kat nyorok biar abang tak nampak," balasnya bersahaja dengan gelakan kecil. Jason harris membulatkan matanya sengaja. 
" Main sorok-sorok pula dengan abang. Kena culik dengan hantu kopek baru tahu," balas Jason Harris dan tanpa sedar dia mula membuka sedikit kisah lalu. katrina mengerutkan dahinya. Hantu kopek? 
" Hantu kopek tu hantu abang?" tanya Katrina kepada Jason Harris. Mereka melangkah kearah eskalator menuju ke tingkat atas bangunan.
" Hantu kopek tu hantu orang Melayu. Abang pun tak tahu nak jelaskan pasal hantu itu. Tapi kalau Keisya.."
" Eh, abang! Kat laparlah. Jalan-jalan cari baju sampai Kat tak sedar perut Kat ni dah lapar," potong Katrina. Dia sengaja berbuat sedemikian apabila mendengar nama wanita itu disebut abangnya. Dia tidak mahu mood mesra mereka rosak apabila nama itu mula terpacul dari mulut abangnya.

" Kan dah lapar! Lain kali tu shopping jangan tak ingat dunia. Lepas tu tinggalkan abang seorang diri dekat sini," ujar Jason harris sedikit berjauh hati. katrina tersenyum nipis memandang abangnya. Pipi dan bibir abangnya yang memuncung dicubit manja. Tidak sampai satu minit, senyuman manis dilayangkan Jason Harris kepada adiknya. Katrina mencebik melihat sikap manja abangnya itu.

" Jom pergi food court. Abang teringin nak makan nasi berlauk," ujar Jason Harris sambil menarik tangan adiknya menuju ke food court yang memang sesak dengan orang ramai. Mereka berdua melangkah seiring menuju ke food court itu.

"EH sayang. Nak pergi mana ni?" tanya Aish apabila Keisya bangun dari duduknya. Pinggan isterinya yang masih penuh dengan nasi dipandang.

" I nak pergi ladies kejap," balas Keisya. Beg tangannya diletakkan diatas riba Aish manakala iPhone nya tidak ditinggalkan. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja kerana dia faham, isterinya menyuruhnya menjaga beg tangannya itu.
" Hati-hati sayang," pesan Aish namun tidak didengari oleh Keisya kerana wanita itu telah melangkah jauh.

Keisya melangkah sedikit pantas menuju ke bilik air yang terletak di food court itu. Namun, entah bagaimana, bahunya telah berlanggaran dengan seseorang lalu menyebabkan dia hampir terjatuh. Nasib baik ada kerusi makan yang dijadikannya tempat berpaut. Bajunya yang terlorot sedikit dari bahu dibetulkan.

" I'am sorry, miss. Saya tak sengaja terlanggar cik...." kata-kata lelaki yang melanggarnya terhenti. Dia mengangkat wajahnya untuk memandang wajah lelaki itu lalu membuatkan dia terkedu. Tangannya berasa dingin tiba-tiba. Peluh mula merenik di dahi. Tidak sangka dia bakal bertemu kembali dengan seraut wajah tampan di hadapannya ini.
" Keisya...." seru lelaki itu lembut yang nyata juga terkejut dengan penemuan empat mata ini. Matanya tidak berkelip memandang seraut wajah ayu itu. Rasa ingin disentuh sahaja wajah itu.

Keisya tersedar dari renungannya lalu meminta diri menuju ke bilik air. Tangannya dilekapkan ke dahi dan rasa berdenyut kepalanya secara tiba-tiba. Pintu bilik air itu dibuka lalu dikunci dari dalam. iPhone yang berada kemas di dalam genggaman dibelek sebelum tangannya lincah mencari nombor Fina.


" Hello Keisya, what's..."

" Fina! Dia dah balik sini Fina. Dia dah ada dekat Malaysia! I saw him Fina and aku baru sahaja lepas bertembung dengan dia! Dia dah balik sini!" jerit Keisya agak kuat sambil tangannya mengurut dahi yang mula pening. Fina di talian hujung sana mula terdiam kerana dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Keisya.

p/s: Taraaaaaa... Full bab 7.. first writer nak mohon maaf sangat-sangat sebab lewat post bab ini. Sekarang, writer dah post and pliss rajinkan jari dengan menaip komen di ruangan yang disediakan. :D







3 comments:

  1. Harap-harap Keisya tidak meninggalkan Aish sebab nak bersama dengan Jason.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau.... cerita ini memberi 'bahagian' yg adil antara Keisya, Aish n Jason.. ^__^

      Delete
    2. lama lgi ke writer nak upload next bab?

      Delete