Friday, 1 February 2013

I Love You, Hubby! 8

Assalamualaikum.... eh-eh bab 8 dah update? hehe... Writer tiba-tiba jadi rajin nak mengupdate awal selalunya liat nak mengupdate. Writer free sikit so sambung lah bab 8. And dalam bab 8 ni, writer ada membuat imbas kembali kisah prcintaan Jason with her ex-lover. So, read it....

Jason Harris masih tergamam di kedudukannya. Matanya tidak lepas memandang tubuh yang makin menjauhi dirinya. Sebak bertandang di hati. Wanita yang sentiasa memburu hati dan jiwanya kini sudah berada jelas di hadapan mata cuma tangan sahaja belum berpeluang untuk menzahirkannya. Matanya dipejam rapat dan langsung tidak menghiraukan orang ramai yang memandang dia dan wanita tadi. Jason Harris membuka matanya apabila terasa lengannya dipaut adiknya.

" I hate this clash, abang. Let's go!"  ajak Katrina sambil menarik tangan abangnya agar melangkah dari kawasan food court. Dia mahu membawa abangnya keluar dari sini. keluar dari shopping mall ini. Dia tidak mahu nanti mereka  bakal bertembung sekali lagi. Cukuplah tadi dia melihat sinar mata abangnya yang seakan-akan bergenang.

Jason Harris yang terkejut merentap tangannya. " Apa ni Kat?" ujar Jason Harris garang. Matanya memandang sekeliling food court ini mencari kelibat si dia. mana tahu, takdir mahu membawa dia berjumpa sekali lagi dengan wanita itu. Pertemuan empat mata sebentar tadi langsung tidak diduga bakal berlaku. Dan dia inginkan pertemuan sekali lagi.

" You asked me what? Abang sedar tak ni? Kat tak kira, kita keluar dari Sogo ni juga. Kita cari makan dekat tempat lain. Banyak lagi kedai makan yang sedap-sedap berbanding food court ni," ujar Katrina sambil tangannya menarik sedikit kasar lengan abangnya. Dia tidak mahu mereka bertembung lagi. 

" No! I won't! I won't leave this place" ujar Jason dengan nada membentak. Matanya merenung garang adiknya. Katrina terkedu menerima renungan abangnya. Sebahagian hatinya berasa kecewa apabila abangnya tidak mahu mendengar katanya. Semua yang dilakukannya adalah yang terbaik untuk abang tersayangnya. Pegangannya di lengan abangnya dilonggarkan.

" Fine! You stay here and wait for your lover." Katrina memberikan jelingan kepada abangnya. Tatkala ini, matanya sudah digenangi air kerana terluka dengan sikap abangnya. Dia melangkah laju meninggalkan abangnya yang masih tercegat di food court itu. kakinya laju melangkah kearah eskalator itu lalu perlahan meninggalkan Jason Harris yang memandang sahaja kelibat adiknya itu.

Jason Harris mengeluh berat. Hatinya sedikit kecewa kerana adiknya tidak menyokong dirinya. Ini hidupnya dan jalan ini yang dia hendak pilih tapi jalan ini juga yang membawa kepada pertengkaran antara dia dan katrina. Pilihan apa yang dia ada sedangkan sudah jelas lagi bersuluh, kehadirannya di Malaysia ini ingin memburu kembali kenangan indah yang lepas.

Jason Harris berpaling kearah eskalator apabila sedar hati adiknya sedang terluka. Kakinya maju melangkah menuju ke situ lalu turun ke tingkat bawah bangunan. Matanya meliar mencari adik kesayangan yang mungkin sedang merajuk dengan dirinya. Kakinya dibawa keluar dari bangunan Sogo itu lalu mencari adiknya di tempat dia memakirkan kereta.



Setiba sahaja dia di tempat parkir kereta, dia melihat adiknya sedang duduk bertinggung di hadapan pintu kereta pemandu. Kepalanya disembamkan ke lutut dan kedengaran dengan jelas suara tangisan adiknya itu. Jason Harris memandang sekeliling yang penuh dengan kereta lalu lalang di jalan raya. Dengan serba salah, dia mendekati adiknya lalu kepala itu disentuh lembut.

Katrina mengangkat kepalanya dan memandang abangnya yang sedang tersenyum hambar kepadanya. Air mata yang menitis di kesat kasar. Dia bangun berdiri di hadapan abangnya.
" Kenapa pergi ke sini? Kenapa tak tunggu sahaja dekat dalam cari kekasih hati abang? Dia kan lebih penting daripada darah daging abang sendiri," ujar Katrina sinis dengan mata yang masih menakung air. Dia membelakangkan abangnya, masih merajuk.

Jason Harris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bahu adiknya disentuh lembut dan diusap perlahan.
" Abang minta maaf. Abang terlalu ikut perasaan tadi," ujar Jason Harris lembut sambil mengucup belakang kepala adiknya itu. Namun tiada respons daripada Katrina.
" Antara cinta dan darah daging abang sendiri, antara dia dan Katrina, tiada apa yang dapat menggugat kasih abang kepada adik abang dekat dunia ni. Katrina segala-galanya untuk abang. Penyokong abang selama ini. I'am sorry girl for hurting you. I'am sorry..." ucap Jason Harris tulus. Air mata Katrina menitis mendengar kata-kata abangnya. Dia sedih kerana abangnya. Dia sedih kerana memikirkan derita yang mungkin dialami abangnya jika berkasih semula dengan Keisya. Dia tidak mahu semua itu terjadi. Dia sudah serik berjauhan dengan abangnya gara-gara kisah dua tahun yang lalu.

" Syyyy, don't cry girl. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang bukan abang yang terbaik untuk Katrina. Sorry...." ucap Jason Harris tanpa henti. Tubuh adiknya dibalikkan menghadapnya lalu air mata itu dikesat lembut. Dia tersenyum kearah adiknya dan gadis itu membalas dengan senyuman hambar.
" Now, abang tengah lapar. Tak dapat makan dekat food court pun tak apa lah. Kita cari restoran Melayu yang lain. Jangan nangis lagi, cair nanti make up tu," usik Jason Harris manakala Katrina menampar lembut pipi abangnya. Tubuh adiknya dipaut menuju ke pintu bahagian penumpang sebelah pemandu. Pintu kereta itu dibuka untuk adiknya tetapi tubuhnya ditolak adiknya ke tempat duduk itu. Kunci kereta di tangan di ambil adiknya.
" Hari ni Kat nak drive pula. Dulu abang kutuk Kat sebab takut bawak kereta kan, sekarang, Kat nak buktikan yang Kat pemandu yang paling berhemah dekat dunia ni," ujar Katrina bersama tawa kecilnya. Jason Harris yang mendengar tersenyum kecil lalu pipi adiknya menjadi sasarannya. Menyeringai gadis itu apabila dia mencubit lembut pipi itu.
" Okey, buktikan dekat abang," cabar Jason Harris sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Katrina tersenyum riang. Hilang sudah kesedihan yang melakar wajahnya sebentar tadi.

AISH menunggu isterinya yang masih belum tiba lagi. Pinggan yang licin miliknya itu ditolak ke hadapan. Handphone nya dikeluarkan dari koceknya lalu nombor telefon Keisya dicarinya. Baru sahaja tangannya ingin mendail nombor itu, kelibat isterinya muncul dengan wajah yang tidak bermaya.
" Lamanya sayang pergi tandas," tegur Aish lembut. Wajah isterinya direnung lembut. Pelik dia melihat wajah isterinya yang tidak bermaya itu.
Keisya melabuhkan punggung ke kerusi. Pinggan yang penuh dengan nasi tidak disentuh. Seleranya mati. kata-kata Aish juga langsung tidak dibalas.
" Kenapa muka sayang macam pucat ni? Hidung pun merah. Are you sick, sayang?" tanya Aish prihatin. Wajah isterinya disentuh lembut namun isterinya menepis tangannya.
" Abang Aish tanya you Keisya. Jawablah," ujar Shila lembut tetapi masih kedengaran sinis dalam ayat itu.

Keisya mengeluh halus. Kata-kata dari dua manusia di sisinya itu langsung tidak diambil endah. Beg tangannya yang berada di riba Aish dicapai lalu digantung ke bahunya. dia bangun berdiri.
" Where you want to go, sayang?" tanya Aish. Tangan isterinya dicapai lembut dan dia turut bangun begitu juga Shila.
" I nak balik," ujar Keisya pendek. Tangannya ditarik dari genggaman lelaki itu. Tidak selesa diperlakukan sebegitu di hadapan orang ramai apatah lagi orangnya itu ialah Aish.

" Tapi habiskanlah makanan ni dulu. Sayang kan lapar tadi," pujuk Aish. Bahu Keisya ditolak lembut agar duduk kembali di atas kerusi.
Keisya memandang wajah suaminya. Bahunya digoyangkan sedikit mengelak dari disentuh Aish. Kini kepalanya sedang runsing dengan kehadiran lelaki itu. Memang lelaki itu sentiasa dinantikan olehnya. Tetapi kenapa baru sekarang dia muncul? Kenapa bukan sebelum dia menjadi milik Aish?

" No, I nak balik. Kalau I lapar, dekat rumah still ada makanan. I boleh makan dekat rumah je. Now, I nak balik," ujar Keisya bernada tegas. Dia mendengar suaminya mengeluh halus namun peduli apa dia. Yang penting sekarang dia hendak pulang. Dia tidak mahu terserempak dengan Jason Harris lagi-lagi dalam keadaannya yang menjadi isteri orang.

" Okey, kita balik sayang," ujar Aish lemah. Dia runsing memikirkan mood isterinya kala ini. Kejap okey dan kejap mood nya itu bertukar buruk. Dia berharap agar apa yang sedang dirancangkan Fina untuknya menjadi. Wajah Shila yang muncung dipandang sekilas.

" Abang Aish, takkan dah nak balik? Shila belum puas lagi dekat Sogo ni," ujar Shila dengan nada yang agak sedih. Muka Shila yang kelihatan selamba itu dijelingnya geram. Hisy, perempuan ni! Potong line aku je tahu! Hatinya membentak geram.
" Shila, next time, okey. Now, kita balik dulu. Take a rest," ujar Aish lembut. Dia menjeling lembut wajah isterinya yang kelihatan berkerut. Dia perasan wanita itu kerap memicit dahinya sendiri. Hatinya mengatakan isterinya pasti sedang mengalami migrain.
" Hmm, okey," sahut Shila. Beg tangan di atas meja makan itu dicapainya lalu disangkut ke bahu. Wajah Keisya yang kelihatan tidak bermaya itu dipandangnya geram bercampur pelik. Geram kerana wanita itu seolah-olah tidak ingin dia berlama dengan Aish dan pelik kerana wanita itu seperti tidak bermaya.

Masing-masing menyepi di dalam kereta. Keisya melentokkan kepalanya menghadap ke luar tingkap. Kejadian di food court bermain di fikirannya. Susuk tubuh lelaki yang amat dicintainya kelihatan susut di matanya. Wajah lelaki itu juga penuh dengan jambang yang makin meliar di wajah maskulin itu. Sinar matanya juga.... tidak seceria dahulu. Hampir dia tidak mengenali susuk tubuh itu tadi namun mata yang berwarna biru laut itu amat dia kenali. Kisah percintaan dua tahun yang lepas antara dia dengan Jason Harris, bermain semula di fikiran membuatkan air matanya bergenang mengenang saat itu.

Keisya merenung tasik yang terpampang di hadapan mata. Tangannya diramas antara satu sama lain. Hatinya geram teramat sangat dengan sikap kekasih hatinya ini. Janji pukul empat sembilan pagi nak jumpa, alih-alih, dah pukul sembilan setengah pagi, satu bayang pun tak ada. Orang ramai yang lalu lalang di taman tasik itu asyik memandang kearahnya sahaja. Masakan tidak, dia asyik berdiri sahaja bagaikan tugu tanpa melakukan apa-apa. Rantai yang berada di leher diramas geram. Hisyy, kenapa lambat pulak hari ni?

Dia mengeluh bosan. Dia berjalan menuju ke kerusi batu yang ditempatkan di situ. Handphone nya dibawa keluar dari beg tangannya lalu dia mengambil gambar dirinya. Dia tersenyum melihat mimik wajah yang diambilnya. Mimik wajahnya yang tidak beriak menandakan dia bosan menunggu seorang diri di sini.


Gambar yang diambilnya dihantar ke nombor telefon Jason Harris. Memang itu sikapnya. Setiap kali dia mengambil gambar, pasti dia akan menghantar gambarnya itu ke handphone kekasihnya itu manakala kekasihnya pula menyimpan gambarnya ataupun dijadikan sebagai wallpaper handphone.

TO: My BooBoo

Sayangku, lama lagi ke nak sampai sini? Ada terima tak gambar tu? Comelkan? *Bagi I perasan sekejap :D* Cepatlah sampai sini. Penat tau tunggu. I asyik berdiri je semata-mata nak sambut kehadiran you tapi... Tak ada pun. You kejam :( Baik you sampai cepat sebelum I balik and tak nak jumpa you selama empat jam. :P

Pesanan ringkas itu dihantar kepada kekasih hatinya itu. Bibirnya mengoyakkan senyuman kecil. Mana tidaknya, hari-harinya sentiasa lengkap dengan kehadiran Jason harris di sisi. Walaupun berlainan kepercayaan, mereka tetap boleh bersatu dalam menghangatkan cinta mereka. Tapi boleh kekalkah cinta mereka yang sebegini?

Teelefonnya berdering kecil menandakan ada mesej yang masuk. tatkala terpandang akan nama itu, pantas dia membaca mesej yang diterima.

FROM: My BooBoo

Oh girl, my sweetheart! You're adorable, girl. You're the beautiful girl sayang. i'am adore you, darling.  I'am sorry, darling. In five minutes I'll be there. I'am on my way right now. Jangan termenung sambil pandang tasik sayang. Pandang rantai yang I bagi sayang, kerana setiap detik I nak you ingat dekat I. I love you, sayang. More than you know. :)

Keisya tersenyum membaca mesej dari Jason Harris. Macam tahu-tahu sahaja dia sedang termenung memandang tasik. Itu lah kekasihnya, setiap saat dan setiap waktu, ada sahaja kata-kata yang membahagiakan dia. 

TO: My BooBoo

I'am waiting, dear. Always.

Butang send ditekan. Dia tersenyum sendirian. kali ini senyumannya bukan dilemparkan ke tengah tasik, tetapi di rantai itu. Loket pada rantai itu diukir huruf 'H' yang merupakan pangkal huruf salah satu nama Jason Harris. 'H' untuk Harris. Loket itu didekatkan ke bibir lalu dicium lembut. Ini lah kali pertama dia jatuh cinta setelah bertahun-tahun dia mempermainkan perasaan lelaki-lelaki di luar sana. Pada mulanya, Jason Harris merupakan mangsa seterusnya, namun melihat keikhlasan dan ketulusan cinta yang Jason Harris, hatinya turut terpaut. 

Bunyi deringan kecil menandakan ada mesej lain yang masuk. 

FROM: My BooBoo

Sayang, I've something for you. Please, go near to a coconut tree behind you. There was a note at the tree. Please, do it for me, okey! :) XoXo

Keisya memalingkan wajahnya ke belakang. Terserlah pokok kelapa yang tidak berbuah di situ. Terus dia meliarkan matanya pada sekeliling taman itu. Mana tahu, kekasihnya itu sudah berada di sini namun sengaja menyuruhnya berbuat demikian. mesej itu dibaca sekali lagi. kemudian dia bangun dari duduknya lalu berjalan menghampiri pokok kelapa itu. Ada satu nota kecil yang dilekat pada batang pokok itu. Keisya tergelak kecil. Dia berasa geli hati apabila memikirkan dirinya seperti sedang bermain explorer pada zaman sekolah.

Nota kecil berwarna merah jambu itu ditariknya. Sebaris ayat pada nota itu dibacanya.

' You're the best thing that I had in this world. You're the only one that I want and no one else. You're the only one can design my heart into a 'love' shape. I just want you to know, that I really want you by my side, hold me when I'am down, hug me when I need you, Keisya Farina.'

Keisya tersenyum dalam perasaan terharu. Matanya yang sudah menakung air dipejam celikkan. Hatinya sungguh terharu dengan pengakuan ini. Walaupun tidak disedikan nama pengirimnya, tanpa berfikir dia sudah mengenali tulisan itu. Badannya disandarkan pada batang pokok itu. Ayat itu dibaca berulang kali dengan hati yang berbunga dan senyuman yang mekar di bibir. Matanya juga tidak lepas memandang sekeliling mencari kelibat si kekasih hati. Handphone nya berbunyi menandakan mesej masuk.

FROM: My BooBoo

Stop smiling, sayang. You make my heart melting. So, right now, go back to the rock bench. There was another note for you. 

Keisya mengerutkan dahinya. Dia memandang kearah kerusi batu yang didudukinya tadi. Rasanya tadi, tiada apa-apa nota di situ. Dia masih lagi berdiri di tepi pokok kelapa itu. Seketika kemudian, handphone nya berbunyi lagi.

FROM: My BooBoo

You wait for what, darling? Move now. I can't wait for it, sayang.

Keisya menggaru perlahan keningnya. Pelik! bagaimana lelaki itu seperti mengetahui tindak tanduknya? Dia tersenyum kecil. Hatinya dengan pasti mengatakan lelaki itu berada di sekitar sini. 

TO: My BooBoo

Where are you right now? Please, don't play hide-and-seek with me. 

Butang send ditekan. Matanya tidak lepas memandang sekeliling. Kadang kala ada pengunjung yang memandangnya tatkala melihat dia yang seperti tercari-cari. Tidak lepas juga mata lelaki di situ memandang seraut wajah putihnya itu. 

Handphone nya berbunyi lagi.

FROM: My BooBoo

Right now, I was there darling, in your heart. :) Just do it, sayang. You'll find me later.

Keisya berjalan mendekati kerusi batu itu. Nota yang dilekat di kerusi itu ditariknya dan dibaca. Pada kerusi itu, ada sebatang pen di sediakan. Mungkin untuk dirinya.

'Do you love me, sayang? Answer it yes or no by using that pen.'

Keisya ketawa kecil. Bahagian rasanya. Sungguh dia berasa sekarang ini dia sedang bermain explorer. Explorer cinta! Pen yang diletak pada kerusi itu diambilnya. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi itu.

' Yes, I love you, sayang. Love you so much.' Keisya tersenyum melihat jawapannya. Kertas kecil itu dipegang dengan keliru. Dia tidak tahu untuk berbuat apa dengan kertas ini. Pen di tangan di pukul lembut pada dagunya.
Handphone nya berdering lagi.

FROM: My BooBoo

Fold the paper then leave it at the rock bench. Go back to the coconut tree with that pen. There was another note for you.  Do it for me, okey? :) *I'am sorry if I burden you*

Keisya menggeleng kecil dengan mesej kekasihnya. Dia langsung tidak rasa membebankan malah dia gembiara kerana mempunyai kekasih seperti Jason Harris. Semua ciri-ciri lelaki idamannya ada pada Jason Harris.

Keisya berjalan kembali kearah pokok kelapa itu. Dalam sekelip mata, ada nota lain pula di situ. Entah bagaimana Jason Harris melakukannya, dia tidak tahu. Yang penting dia bahagia dan kekasihnya turut bahagia. Nota itu dicabutnya dan dibaca.

' Are you sure with your answer just now?' Keisya bertinggung di tanah dan pehanya menjadi alas nota itu untuk menulis jawapannya. Rambut yang menutupi separuh mukanya, diselit dicelah telinga.

' Yes, of course I'am sure.' Kertas kecil itu dilipat lalu dia bangun berdiri. Nota yang dia peroleh melalui batang pokok kelapa itu juga dibacanya. Tidak puas membaca ayat luahan kekasihnya. 

Tiba-tiba handphone nya berdering lagi. Kali ini bukan deringan mesej tetapi panggilan daripada seseorang. Tatkala melihat nama yang terpampang pada skrin handphone nya itu, dia tersenyum bahagian. pantas dia menekan butang 'menjawab'. 

" Hello, sayang! I...."
" Put that note on the ground then go to your car. ASAP please," ujar Jason harris terlebih dahulu sebelum sempat Keisya berkata apa-apa. Serentak itu, panggilan dimatikan. Tersentak Keisya apabila diperlakukan sedemikian. Geram bercampur pelik bermain di hatinya. Handphone nya disumbat kasar ke dalam beg tangannya. Kemudian, handphone nya berdering lagi. kali ini menandakan ada mesej yang masuk. Mesej yang masuk dibiarkan begitu sahaja. Dia terus meletakkan nota kecil dan pen itu diatas tanah lalu bergerak menuju ke kereta yang dipakir tidak jauh dari situ.

Keisya terpaku diatas tanah. Mulutnya yang terbuka kerana terkejut ditutup dengan tangannya. Hatinya bercampur sayu dan gembira dengan apa yang dilihatnya sekarang. keretanya didekati. Bumbung kereta itu dipandang dengan perasaan yang begitu terharu sekali. Rasa bersalah kerana dia tidak begitu sabar sebentar tadi. Sejambak bunga yang diletak diatas bumbung kereta diambilnya dengan air mata yang sudah bergenang. Tinggal tunggu masa sahaja untuk menitis.

' Thanks for loving me, Keisya Farina. I'am happy with you and also with your love. You're my air and my survival, girl. I promise, you won't get hurt with me. Keep my words, darling.'

Air mata Keisya menitis bercucuran di pipi. Walaupun hanya sejambak bunga dan sekeping kad yang diselit pada jambangan bunga itu, dia sudah cukup bahagia. Dia tidak perlukan yang lain, yang hanya dia perlukan kasih dan cinta daripada Jason Harris. Itu sahaja.

Tiba-tiba tubuhnya dirangkul dari belakang. haruman yang menusuk hidungnya itu amat dikenali. Pelukan itu dibiarkan sahaja walaupun dia sedar pasti banyak mata akan memandang serong kearah mereka. Namun apa mereka peduli, melihat penampilan dan warna kulit mereka, ramai yang pasti menyangka mereka bukan orang Bumiputra.

" I'll be loving you, forever,
 Deep inside my heart you'll leave me never,
Even if you took my heart and tore it apart,
I'll love you still, forever."

Jason Harris menyanyikan lembut chorus lagu itu pada telinga kekasihnya. Pelukannya dilepaskan. Tubuh itu dibalikkan menghadapnya. Dia tersenyum manis melihat air mata yang membasahi mata itu. Air mata itu dikesat lembut lalu dahi Keisya dicium lembut.
" I'am sorry because make you waiting for me," ujar Jason Harris lembut. Pipi Keisya diusap lembut.
Keisya hanya mampu tersenyum bahagia tanpa dapat mengungkapkan kata. Pipi lelaki itu disentuh lembut dan diusap perlahan.
" I love you, sayang," ujar Keisya lembut lalu merebahkan diri ke dalam pelukan Jason Harris. Dia berharap semua ini kekal hingga ke puncaknya.


" SAYANG, are you dreaming? Kita dah sampai rumah ni," ujar Aish bersama sentuhan lembut di bahu isterinya. Keisya tersentak dari lamunannya. Matanya yang terasa bergenang dipejam celikkan, tidak mahu lelaki itu melihat dia menangis. 
" Oh, dah sampai ke? Okey," ujar Keisya perlahan. Beg tangannya diatas riba disangkut ke bahu lalu keluar dari kereta itu. Dia berpaling seketika kepada Aish kemudian melangkah masuk menuju ke rumah. 

Aish mengeluh halus. Kepalanya disembamkan ke stereng kereta dengan helaan nafas yang begitu berat. Rasa bercelaru kepala otaknya dengan sikap Keisya yang tiba-tiba berubah. Handphone nya yang berdering menandakan panggila masuk diambilnya di dalam kocek seluar. Skrin handphone nya dilihat sekali imbas sebelum dijawab.

" Hello, Aish.."
" Assalamualaikum, Fina," potong Aish lalu mengucapkan salam. Fina di talian sebelah sana mula mengetapkan bibir.
" Errr, wa'alaikumussalam. Macam mana lunch? Everything okey?" tanya Fina tanpa berselindung. Dia yakin pasti sekarang Keisya sedang memikirkan hal tadi.
" Semuanya okey," jawab Aish lemah. 
" Oh, Keisya macam mana? Dia okey tak? Mood dia baik tak tadi?" tanya Fina pantas tanpa menyedari Aish tidak mengetahui hal yang sebenar.
" Tak tahu nak cakap macam. Tiba-tiba je tadi mood dia berubah sekelip mata," jawab Aish sambil menarik nafas panjang. Kemudian dia senyap seketika.
" Ohh," sahut Fina lalu turut diam. Tidak lama kemudian, Aish membuka bicara. Hatinya tiba-tiba terdetik sesuatu.
" Both of you were hiding something from me, right?" tanya Aish tiba-tiba. Pertanyaan Aish membuatkan Fina mengetap bibir, tidak tahu untuk berkata apa. 
" Fina, answer me," ujar Aish tegas. Tubuhnya sudah menegak dari bersandar. Dia menanti jawapan dari Fina.
" You ni Aish. Mana ada. Tak ada apa-apa pun. I sahaja tanya. okeylah, I ada hal. Bye," ujar Fina lalu mematikan talian. Aish memandang handphone nya dengan perasaan tidak puas hati. Dia tahu pasti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh isterinya dan Fina. Tapi apa rahsianya?

p/s: Okeyyyyy, watak Jason Harris sekarang semakin ditonjolkan untuk bab yang akan datang. Jangan risau, Jason Harris tidak terlalu mengancam bagi Aish merebut kasih Keisya tapi makin menguji perasaan sebenar Keisya kepada Aish. Erkk? Tunggu untuk bab seterusnya :D




















1 comment:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete