Monday 5 December 2016

I Love You, Hubby! ( Pertemuan pertama Aish Ahsan dan Keisya Farina) versi edited

Lenggang-lenggok tubuhnya menarik perhatian sesetengah pelanggan lelaki di situ. Ada yang terpukau dengan kecantikannya dan ada juga yang terpukau dengan keindahan kulit putih mulus yang didedahkan wanita itu. Keadaan itu membuatkan dia tersenyum bangga. Bukan sukar bagi dia untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.

Keisya melabuhkan duduk di meja yang berhampiran dengan pintu masuk kafe itu. Matanya berlaga dengan sepasang mata milik seorang pelayan lelaki yang ralit memandangnya.

“ Excuse me,” gamit Keisya kepada pelayan lelaki itu. Laju sahaja lelaki berusia awal 20-an itu melangkah ke meja yang diduduki Keisya.

“ Nak order apa, cik?” tanya pelayan lelaki itu.

“ Macam biasa,” balas Keisya. Matanya merenung tajam wajah lelaki itu, sengaja berbuat demikian malah geli hati apabila melihat lelaki itu mula tidak senang duduk.

“ Err... macam biasa?”

Pelayan itu menyoal kembali. Jelas sekali wajahnya mempamerkan kekeliruan.

Keisya mengeluh perlahan. Rambut yang terjuntai dibawa ke belakang telinga.

“ Are you a new waiter?” tanya Keisya. Tag nama pelayan lelaki itu dibacanya. Hisham, getus hatinya.

“ Errr...yes,” jawab Hisham  teragak-agak dalam keadaan seperti cacing kepanasan.

Melihat keadaan lelaki itu, Keisya menggeleng perlahan kepalanya. Tidak gemar melihat sikap tidak professional yang ditunjukkan pelayan muda itu.

“ First, I am Keisya Farina. You can call me Cik Keisya. Second, I am a regular customer here. Third, caramel milk tea is my regular order. You can go now,” ujar Keisya dengan wajah yang selamba. Hisham segera beransur pergi dari situ.

Kertas kecil yang terdapat pesanan Keisya diletakkan di atas sebuah meja yang khas untuk pesanan. Kertas itu kemudian diambil oleh seorang pelayan wanita, Neeta dan dihulurkan kepada pekerja di bahagian dapur.

“ Cik Keisya tu memang setiap hari ke datang kafe ni, Kak Neeta?” tanya Hisham dalam nada berbisik. Matanya memerhatikan sahaja tingkah laku Keisya dari meja kaunter.

“ Huh? Cik Keisya? Mana-mana?” tanya Neeta kembali dalam keadaan menggelabah.

Laju sahaja Hisham meluruskan jari telunjuknya ke arah Keisya yang sedang ralit memandang telefon pintarnya. Apabila terpandangkan Keisya, Neeta mula tidak tentu arah.

“ Eh, kenapa ni Kak Neeta? Ada yang tak kena ke dengan Cik Keisya tu?” tanya Hisham sekali, turut cemas melihat keadaan Neeta.

“ Memang tak kena. Aduh, macam mana ni. Ibu dah lah tak ada sekarang ni,” omel Neeta seorang diri. Hisham di sisinya dalam kekeliruan seorang diri.

“ Tak fahamlah, Kak Neeta. Cuba perlahan sikit dengan saya ni. Saya dah lah orang baru. Kalau tak ada Ibu dekat sini, tak boleh ke kita layan je Cik Keisya macam customer lain?” tanya Hisham keliru.

“ Bukan macam tu, Hisham. Masalahnya sekarang ni, Cik Keisya tu hanya akan minum caramel milk tea yang dibuat oleh Ibu sahaja. Kalau orang lain buat, dia tak nak minum,” balas Neeta panjang lebar.

“ Alah, kalau dia tak nak minum caramel milk tea buatan orang lain, keluar jelah dari kafe ni. Ramai lagi pelanggan nak kena layan, bukan dia seorang je nak dilayan,” ujar Hisham dengan wajah yang agak menyinga.

Neeta menampar geram lengan Hisham. Geram dengan kata-kata selamba lelaki itu.

“ Hesy, nasib baiklah kau ni adik aku tau. Macam ini kisahnya, Hisham. Cik Keisya tu anak kepada kawan baik Ibu. Akak ulang sekali lagi ya, Hisham. Anak kepada kawan baik Ibu,” beritahu Neeta.

“ Kalau kita bagi layanan yang tak berapa baik dekat Cik Keisya, takut-takut menjejaskan hubungan Ibu dengan kawan baik dia pulak nanti,” tambah Neeta lagi.

“ So, macam mana ni?” tanya Hisham.

“ So...kita kenalah buat sesuatu supaya...”

“ Apa yang asyik dibualkan ni?” tegur Aish apabila melihat dua orang pekerja kafe ibunya itu sedang rancak berbual.

“ Eh, Encik Aish. Errr... sebenarnya, kami ada masalah sikit, encik,” jawab Neeta. Hisham di sisinya mengangguk laju, mengiyakan kata-kata kakaknya itu.

“ Hmm, masalah apa?” tanya Aish sambil matanya membaca tag nama yang terpasang di uniform Hisham. A new waiter, getus hati Aish.

“ Macam ni Encik Aish. Ada seorang perempuan ni dia sangat suka minum caramel milk tea buatan Ibu. Bila ada orang lain yang buatkan minuman tu, dia mesti tak nak. So...”

“ Senang kata, dia takkan minum caramel milk tea buatan orang lain kecuali Ibu. Kan?” potong Aish tanpa sempat Neeta menghabiskan kata-katanya.

Neeta dan Hisham menganggukkan kepala mereka, setuju dengan kata-kata yang Aish berikan.

“ Yang mana satu pelanggan perempuan tu?” tanya Aish sambil menanggalkan jaket kulit hitam daripada tubuhnya.

“ Perempuan seksi yang tengah duduk berdekatan pintu masuk tu, encik. Yang lawa, yang gebu, yang...”

“ Okay, saya dah nampak,” potong Aish lagi tanpa sempat Hisham menghabiskan ayatnya.

“ Awak berdua boleh bertenang. Biar saya yang uruskan pelanggan tu,” jar Aish. Apron dicapainya lalu diikat pada pinggang.

“ Errr... Encik Aish nak buat caramel milk tea ke?” tanya Neeta ragu-ragu.

“ Yalah. Siapa lagi yang nak buat kalau bukan saya,” balas Aish. Kakinya melangkah masuk ke dapur diekori oleh dua orang pekerjanya itu.

“ Encik bukan Ibu, so it means you can’t do the drink,” ujar Neeta.

Tangan yang sedang membuka tin susu pekat terhenti. Dia memandang ke arah Hisham dan Neeta. Tajam pandangannya.

“ You guys don’t have to worry about her. I am here and I know what I should do. Sambung kerja korang,” arah Aish tegas. Neeta dan Hashim terus sahaja bergegas ke bahagian pelanggan menjamu selera.


“ Caramel milk tea,” ujar Hisham sambil menyajikan minuman itu kepada Keisya. Terbit senyuman manis di bibir wanita itu apabila melihat minuman kegemarannya.

Hidungnya didekatkan ke bibir cawan itu. Aroma teh itu dihidunya dahulu sebelum dia menikmatinya. Dahinya berkerut. Kenapa rasa dia berbeza? Hatinya tertanya-tanya sendiri.

Keisya memanggil Hisham dengan isyarat tangan. Lelaki itu muda mendekatinya dengan wajah yang sukar untuk dia tafsirkan.

“ Siapa yang buat minuman ni?” tanya Keisya. Matanya merenung tajam wajah pelayan lelaki itu.

“ Errr...hmm.. kenapa cik Keisya tanya? Tak sedap ke?” tanya Hisham kembali tanpa menjawab pertanyaannya.

“ Rasa dia tak sama dengan Ibu buat,” balas Keisya.

“ Errr...sebenarnya, memang bukan Ibu yang buat. Tetapi anak lelaki Ibu yang buat,” beritahu Hisham teragak-agak.

Dahi Keisya berkerut mendengar balasan daripada lelaki itu.

“ How it tastes, miss?” tanya seorang lelaki berjaket kulit hitam yang muncul tiba-tiba di sisinya. Keisya memandang lelaki itu atas bawah.

“ Could it be that you are the person who made this drink?” tanya Keisya sambil menongkat dagu memandang lelaki itu.

Aish tersenyum manis mendengar pertanyaan wanita muda itu.

“ Yes, it is me,” jawab Aish.

“ Well, it is delicious. Rasa dia berbeza dengan yang sebelum ini. But I love this more,” ujar Keisya bersama senyuman manis di bibir.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Aish memegang dadanya. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang saat menerima senyuman manis daripada wanita itu. Dia berdeham, cuba membuat rasa kekok yang ada.

“ Well, thank you,” ucap Aish. Tanpa berlengah, dia terus menuju keluar dari kafe itu dan meninggalkan Keisya dengan senyuman yang masih di bibir.


“ Such a sweet boy,” bisik Keisya. Kemudian, teh susu karamel itu dinikmati sepenuh hatinya.

p/s: This is the edited version. Enjoy and do comment, guys :)

Friday 2 December 2016

Seindah D&D 2

Hakim melemparkan senyuman manis apabila Diana muncul di sisinya. Namun, senyuman itu mati apabila terpandangkan kotoran yang mencomotkan sweater berwarna putih milik gadis itu. Dia memandang gadis itu dengan dahi yang berkerut, meminta penjelasan.

Diana mengeluh halus. Dia melabuhkan duduk di sisi lelaki. Tangannya cuba membersihkan kotoran itu, namun makin bertambah teruk pula.

“ Janganlah tenung saya macam tu,” tegur Diana kurang senang apabila lelaki itu ralit merenung sisi wajahnya. Apabila melihat lelaki itu tetap tidak mahu mengikut kata-katanya, dia menolehkan wajah menghadap Hakim. Renungan lelaki itu dibalas dengan renungan yang lembut.

Hakim tersentak lalu memalingkan wajahnya ke sisi. Inilah kelemahan dia. Dia tidak mampu merenung jauh ke dalam mata gadis itu. Dia khuatir hatinya akan lebih parah.

Diana tergelak kecil. Sejak dahulu lagi, lelaki itu tidak akan pernah mampu melawan renungan matanya. Dia tahu apa sebabnya cuma dia tidak mahu terlalu ambil kisah.

“ What happened to your sweater?” tanya Hakim dengan penuh prihatin. Dia memandang sahaja perlakuan gadis itu. Diana sudah menanggalkan sweaternya. Yang tinggal menyarungi tubuhnya hanyalah baju yang agak nipis dan berlengan panjang.

“ Tadi, ada seorang mamat ni. Dia terlanggar saya. To make matter worse, strawberi bersalut coklat yang dia beli terjatuh, kemudian terkena sweater saya ni. Thennn….” Hujung ayat itu ditekan Diana, menandakan dia sedang geram. Hakim hanya memerhatikan sahaja tanpa bersuara.

“ Dengan selamba badak dia, dia kotorkan lagi sweater saya dengan air Nescafe. Dia pergi simbah air tu dekat sweater saya! Kurang ajar betul! Huh!” luah Diana dengan penuh perasaan geram. Hakim di sisinya hanya tersenyum geli hati.

“ Tak cukup dengan itu, dia bagi tazkirah yang entah apa-apa dekat saya, cakap pasal budi bahasalah, pasal itulah, pasal inilah. Dan yang paling menyakitkan hati saya ialah dia bandingkan sweater buruk dia tu dengan sweater saya. OMG! I hate that man!” luah Diana lagi. Sweater di tangannya digumpal geram.

Sepanjang luahan gadis itu, Hakim hanya tersenyum dan ada kalanya tergelak kecil. Dia sungguh bahagia dapat mendengar suara gadis itu. Malah bertambah bahagia apabila kehadirannya di saat Diana memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan sentiasa tepat.

Hakim menanggalkan sweaternya dan yang tinggal menyarungi tubuhnya hanyalah baju yang berlengan pendek. Dia memakaikan sweater itu pada Diana. Sekadar menutupi bahagian belakang gadis itu. Sweater gadis itu diambilnya.

“ I will take this. I will try to wash it without leaving stains on it,” ujar Hakim sambil melipat sweater milik Diana.

Diana tersenyum sendirian dengan keprihatinan lelaki itu. Terharu dan serba salah dengan layanan baik lelaki itu yang sentiasa menyayanginya.

“ Who am I to you?”

Pertanyaan Diana yang secara tiba-tiba membuatkan pergerakan Hakim terkaku seketika. Kemudian, dia tersenyum.

“ You are my friend. My precious friend,” balas Hakim lembut.

“ So, why are you treating me like I am more than a friend to you?” soal Diana dengan pandangan yang sayu.

“ Because I treat you with my love and not only with my kindness,” balas Hakim. Wajah gadis itu dipandangnya. Dia sedar ada sebak yang sedang ditahan gadis itu.

“ Berbaloi ke cinta awak pada saya sedangkan saya tak balas cinta awak, Hakim?” soal Diana. Wajah lelaki itu direnung sayu. Lelaki itu diam tanpa membalas.

“ Apa yang awak dapat dengan mencintai saya, Hakim?” soal Diana lagi. Dia ingin sekali mendengar luahan hati lelaki itu. Dia ingin tahu sejauh manakah hati lelaki itu terluka disebabkannya.

“ Saya dapat kebahagiaan,” jawab Hakim ringkas. Bila sedar ada sebak yang menyelubungi jiwanya, cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke sisi. Khuatir air mata lelakinya jatuh.

Mendengarkan jawapan itu, Diana tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Oleh sebab tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu, dia menunbuk geram lengan Hakim.

“ What kind of happiness you get from loving me? Are you happy seeing me with another man? Are you happy when see me laughing happily with Faris?” soal Diana bertalu-talu. Jelas kedengaran ada sendu yang cuba ditahan gadis itu.

Hakim mengetap bibirnya. Dia memandang kembali wajah Diana. Mata gadis itu cuba direnungnya sedalam yang mungkin.

“ Yes, I am happy, Diana. As long as you are happy with everything you do, I am always be there smiling for you. That is all I need to be happy,” balas Hakim pilu.

Jawapan yang diterimanya membuatkan Diana terpaku. Tangannya ingin sekali merangkul tubuh itu tetapi dia tidak mampu berbuat demikian. Di bahu lelaki itu, dia meluahkan seluruh tangisan serba salahnya. Hatinya terluka mendengar setiap kata-kata lelaki itu.

Diana terluka kerana Hakim tidak pernah memikirkan perasaan lelakinya sendiri, tetapi sering mengutamakan perasaannya. Lelaki itu sedaya upaya cuba menjauhkan dia daripada perasaan serba salah. Diana terasa seperti mementingkan diri sendiri setiap kali Hakim berbuat demikian.

“ I am sorry, Hakim. You are so nice to me, nicer than Faris. You also love me more than I love myself, you love me more than you love yourself…but what can I do, Hakim? I still cannot love you. My feelings for Faris is too strong. I love Faris, Hakim. I love him so much. I am so so so sorry..”

Matanya merenung dalam wajah Hakim. Lelaki itu menyentuh lembut pipinya lalu menyeka air mata gadis itu.

“ No need to say sorry, Diana. Saya cintakan awak dengan setulus hati saya. Saya tidak minta balasan daripada awak. Jika awak beri sekalipun, saya yakin itu hanyalah simpati dan bukannya cinta. Cukuplah awak bahagia dan sentiasa ada di hadapan mata saya. That is what love means for me, Diana.”

Mereka berbalas renungan, seolah-olah menzahirkan apa yang terbuku di hati. Di hati Diana, sarat dengan simpati buat lelaki itu. Dia bukan tidak pernah cuba untuk mencintai lelaki itu, tetapi cintanya buat Faris begitu dalam walaupun dia sendiri tidak pasti akan penghujung cintanya. Dia hanya mampu berharap agar suatu hari nanti, Hakim bertemu dengan bahagianya sendiri.



Panorama ibu kota diperhatikan Faris dari bangunan itu. Satu keluhan berat dilepaskannya. Pada waktu ini, fikirannya kacau sekali dengan kehilangan Diana yang secara tiba.

Kocek seluarnya diseluk lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Pantas sahaja jarinya mendail nombor Diana. Tidak lama kemudian, dia mendengus kasar. Panas hatinya apabila gadis itu langsung tidak menjawab panggilannya. Kerana terlalu mengikutkan perasaan geram, semua fail yang berada diatas meja ditolak jatuh daripada meja.

“ What the hell is going on with you, Diana?!” bentak Faris geram. Tanpa membuang masa, nombor Hakim pula didail.

“ Helo,” sahut suara di talian.

“ Helo, Hakim. Ini saya, Faris.”

“ Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke Encik Faris?” soal Hakim tenang di talian walaupun dia sudah dapat mengagak apa yang akan ditanya nanti.

“ Ya, memang ada yang perlu dibantu. Where the hell is Diana right now?!” soal Faris kasar.

“ Why you ask me, Mister Faris? I do not know where she is right now,” balas Hakim bersahaja.

“ Liar! You are her secretary. How come she did not tell you anything about her whereabout?!” bentak Faris. Pandangannya dialihkan ke luar bangunan.

“ Saya tak menipu, Encik Faris. I really do not know where she is. How about if you ask her by yourself?” cadang Hakim. Dia masih bersuara tenang walaupun Faris membentak dia.

Faris mendengus kasar. Bengkak hatinya kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

“ Hakim,” panggil satu suara di talian sebelah sana.

Faris terbungkam mendengar suara itu.

“ Suara siapa tu?” soal Faris dengan keinginan membuak-buak.

“ That’s my cousin’s voice, Linda,” balas Hakim.

Mendengar sahaja balasan daripada Hakim, dia terus mematikan talian. Perasaan sakit hati menyebabkan dia melempar telefon pintarnya ke dinding lalu berkecai begitu sahaja.

“ Kau fikir aku bodoh? Linda konon! Aku tahu itu suara siapa,” bisik Faris seorang sendiri. Riak wajahnya sarat dengan perasaan sakit hati.
“ Encik Faris, Tan Sri Johan hendak berjumpa dengan Encik Faris di ofis beliau sekarang,” pesan setiausaha Faris melalui interkom.

Faris menarik nafas panjang. Rambutnya yang sedikit serabai dirapikan kembali. Kotnya yang digantung pada kerusi dicapainya sebelum beredar dari ruang kerjanya menuju ke ruang kerja ayah tirinya.

Pintu yang diperbuat daripada kayu jati itu diketuknya sebelum satu suara mengizinkannya masuk ke dalam. Sebaik sahaja kaki dia menapak ke dalam ruang kerja Tan Sri Johan William yang merupakan ayah tirinya, Faris terkaku. Tetamu yang ada di situ juga turut terkaku.

“ Apa yang kamu tunggu, Faris? Masuklah. Ayah nak kenalkan kamu dengan tetamu istimewa kita hari ini,” ajak Tan Sri Johan bersama senyuman di bibir.

Faris menapak ke arah sofa dan meja kecil yang disediakan di situ. Matanya langsung tidak teralih daripada memandang tetamu istimewa mereka, malah tetamu itu membalas renungannya.

“ Faris, ayah nak kenalkan dekat kamu, anak Uncle Akbar, iaitu Arina,” ujar Tan Sri Johan.

Faris dan Arina berbalas pandangan seketika sebelum masing-masing berjabat tangan. Genggaman tangan Arina begitu erat sekali, menghantar makna tersirat disebaliknya.

“ And Arina, this is my son...”

“ Faris. Faris Naufal,” potong Arina tanpa sempat Tan Sri Johan menghabiskan ayatnya.

“ Oh! You guys know each other?” soal Tan Sri Johan dengan sedikit terkejut.

Pertanyaan lelaki yang sudah lebih separuh separuh abad itu dibalas dengan senyuman oleh Arina manakala Faris hanya tersenyum tawar.

“ Oh, nice! Dekat mana kamu berdua kenal?” soal Tan Sri Johan ingin tahu.

Arina memandang Faris seketika. Terdapat gelisah yang terlukis pada wajah lelaki itu.

“ Kami kenal semasa belajar dekat New York dulu. Your son was famous among girls back then and that was how I knew him,” balas Arina bersahaja.

“ Really? Baguslah kalau macam itu,” ujar Tan Sri Johan sambil tersenyum. Matanya memandang anak tirinya yang begitu ralit memandang Arina dan begitu juga Arina. Dia dapat merasakan bahawa ada kisah yang tersembunyi dalam lipatan memori anak-anak muda di hadapannya itu. Sebuah senyuman terukir di bibir tua itu.


Farleq duduk di kerusi yang disediakan di beranda. Langit malam menjadi santapan matanya. Di atas meja pula tersedianya kopi hangat yang dibuatnya sendiri.

Ingatannya melayang mengingati keluarga di Kuala Lumpur. Mengenangkan kembali raut wajah sedih si ibu dan si adik perempuan tatkala kakinya melangkah keluar daripada rumah dengan berat hati. Masih dia ingat wajah ayahnya yang penuh dengan kemarahan sehingga sanggup menghalaunya keluar.

Walaupun dipujuk beberapa kali oleh ibunya agar tidak meninggalkan rumah, dia tetap memilih untuk meninggalkan keluarganya kerana dia tidak lagi sanggup hidup di bawah telunjuk dan kemahuan ayahnya.

Kini, dia telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku di London berdasarkan pengalamannya sebagai jurugambar, malah dia juga mempunyai galeri tersendiri di sana yang memaparkan banyak gambar hasil tangkapannya. Sungguhpun dia telah berjaya mencipta nama di luar negara, tetapi jiwanya tidak pernah tenang. Semuanya disebabkan rindu dan rasa serba salah ke atas keluarganya.
Farleq mengeluh sendiri. Air kopi suam itu dihirupnya.

“ Berdosa ke aku selama ni?” soalnya seorang diri. Dia mengeluh sendiri tatkala senyuman bahagia keluarganya bermain-main di layar ingatan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu yang diketuk memecahkan lamunan Farleq. Dalam keadaan yang separa terkejut, dia berasa kehairanan sendiri.

“ Siapa yang datang? Aku rasa aku tak minta apa-apa service,” bisik Farleq seorang diri, namun begitu dia tetap juga melangkah ke pintu dan melihat siapa yang datang melalui kanta kecil yang diletak pada pintu.

Sebaik sahaja melihat gerangan orang di luar, Farleq terperanjat lalu bersandar di pintu dengan riak wajah terkejut.

“ Apahal minah tu dekat depan bilik aku pula ni? Entah-entah dia buru aku sebab sweater dia,” bisik Farleq seorang diri sambil memerhatikan tetamu yang tidak dijemput melalui kanta itu.

Pintu diketuk secara berterusan. Semakin lama, ketukan pintu itu semakin kuat dan Farleq masih bersandar kaku di pintu itu. Tiba-tiba dia berasa cemas sendiri.

“ Errr, wrong person! Wrong person!” jerit Farleq dari dalam. Seketika kemudian, ketukan pintu itu telah pun berhenti.

“ Aikk? Dah ‘bla’ ke minah tu?”

Sekali lagi dia memerhatikan melalui kanta kecil itu dan tetamu yang tidak diundang itu masih lagi berdiri di hadapan pintu sambil berpeluk tubuh.

Sementara di luar bilik yang disewa Farleq, ‘tetamu yang tidak diundang’ itu sedang asyik mendail nombor seseorang namun tidak dijawab.

“ Aduh! Ke mana pula Hakim ni?” dengus Diana lalu diketuk pintu di hadapannya itu bertalu-talu. Geram hatinya apabila Hakim tidak membuka pintu.

“ Takkanlah aku salah bilik kot. Hakim sendiri cakap bilik nombor 109,” bisik Diana seorang diri. Riak wajahnya yakin sungguh.

Nombor Hakim berkali-kali didail tetapi tidak berjawab. Diana mendengus kasar. Pintu dihadapannya diketuk berkali-kali dengan kasar.

Sedang dia asyik mengetuk pintu itu, seseorang telah membukanya dari dalam. Terpampang di hadapannya wajah yang sedaya upaya tidak mahu dipandangnya lagi.

“ Kau?! Hei, apa kau buat dekat sini hah?” Tanya Diana kasar sambil matanya merenung lelaki yang berkain pelekat itu atas bawah.

Pertanyaan Diana disambut dengan senyuman sinis oleh Farleq.


p/s: To be continued. Ehehehe. Okay, this is another story. Sambil menunggu ILYH untuk diedit sebaik mungkin, writer provide kan another story untuk you guys. Segala kritikan wrtier akan terima dengan sebaiknya. :)

I Love You, Hubby! 25

Assalamualaikum, my dear readers. I'm back!

Okay, starting from today, writer akan beri tumpuan 90% dekat blog ni as I have many things to do here, lagi-lagi tentang ILYH. I know, ramai yang tertunggu sambungan dia. But there's something i want to tell you guys. Actually, writer tengah jalankan proses editing for ILYH. Wait-wait! Don't jump into any conclusions yet. ILYH belum nak diterbitkan lagi, tapi insyaAllah akan diterbitkan if tiada masalah. Tapi...There are many things that need to be edited. Writer tengah pikiaq tajuk baru untuk ILYH... I dont know the reasons for why i want to change the title, maybe it's a little bit immature to be a title. And bukan setakat tajuk sahaja berubah, but jalan cerita juga turut berubah.

About 70% jugalah jalan cerita berubah tapi watak-watak still writer kekalkan. Macam biasa, Aish Ahsan and Keisya Farina sebagai watak utama. Watak antagonis pun kekal sama cuma jalan cerita and tajuk sahajalah. Writer banyak ubah pada permulaan cerita, so maybe you guys kena baca from awal untuk kenali watak utama dengan lebih dalam especially Keisya.

So, i really hope that you guys are ready with this changes and support me always okay. Writer tahu ramai yag teruja dengan tajuk entry ni but i am so sorry guys, there's no chapter 25. Sorry! Serious guys, writer tak pernah sangka yang writer akan serius dalam bidang penulisan even though i have many things to think about. It seems like writing dah mula jadi a part of my life, so do pray for me okay. Thanks guys. Lots of love from me :D

Thursday 2 June 2016

Seindah D&D 1

Cermin di hadapannya direnung bersama seulas senyuman bahagia di bibir. Kotnya yang tergantung berhampiran dengan meja solek dicapainya lalu disarungkan ke tubuh kecilnya. Kemudian, rambutnya yang panjang disisir lembut sebelum diikat kemas rambut itu dan gincu yang dicalit di bibir diratakan dengan jari. Dia menghela nafas, berpuas hati apabila melihat penampilan dirinya yang kemas, yang menonjolkan lagi kebijaksanaan dan kecantikan yang dimilikinya.

“ Happy New Year, Diana,” ucapnya di hadapan cermin meja solek itu.

Sebuah senyuman terukir lagi, kali ini lebih lebar dan tampak meyakinkan. Dia mengatur langkah ke sebuah almari yang penuh dengan kasut yang tersusun kemas dalam pelbagai jenama. Matanya merenung satu persatu kasut yang ada, mencari yang sesuai dengan penampilannya hari ini. Kemudian, sepasang kasut bertumit tinggi dicapainya lalu melangkah ke sebuah sofa merah hati yang berhampiran. Dia melabuhkan duduknya di situ sambil tangannya menyarungkan kasut itu ke kakinya.

“ Kenapa tercegat sahaja di hadapan pintu? Masuklah. Takkan pintu pun nak saya bukakan,” ujarnya dengan mata masih lagi membelek kakinya yang putih itu.

Perlahan-lahan terdengar pintu dibuka dari luar. Seorang lelaki yang berkulit cerah dan bernampilan kemas melangkah masuk tanpa teragak-agak. Dia berjalan menghampiri gadis yang masih lagi tidak memandangnya itu. Dia berdeham beberapa kali untuk menarik perhatian gadis itu.

Gadis itu menoleh ke arah lelaki itu. Dia melemparkan senyuman manis bercampur sinis kepada pemuda di sisinya.

“ I thought you did not know how to open the door,” ujar gadis itu dengan sinis. Kata-kata gadis bernama Diana itu disambut dengan wajah yang tiada sebarang riak oleh pemuda bernama Hakim itu.

“ How did you know that I was standing in front of the door?” tanya Hakim. Dia masih lagi berdiri tegak di samping Diana dengan tangan disilangkan ke belakang.

Diana tergelak kecil lantas berdiri di hadapan Hakim.

“ Come on, Hakim. Dah berapa lama awak bekerja dengan saya? Segala rutin harian awak saya dah tahu, termasuklah berdiri di hadapan pintu bilik saya setiap hari,” jawab Diana bersama gelengan kecil. Dia mencapai beg tangannya lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Sebaik sahaja di hadapan pintu bilik, Diana berhenti melangkah lantas memandang ke arah Hakim yang mengekorinya dari belakang. Lelaki itu juga turut berhenti beberapa langkah daripadanya.

“ By the way, saya terlupa nak ucapkan sesuatu. Selamat pagi dan Selamat Tahun Baru, Hakim. Semoga awak terus tingkatkan prestasi awak sebagai setiausaha merangkap peguam merangkap bodyguard merangkap kawan baik dan merangkap segala-galanya buat saya. Tak lupa juga, semoga bahagia selalu,” ucap Diana ceria. Tangannya dihulurkan kepada Hakim bersama senyuman di bibir.

Senyuman gadis itu dibalasnya malah huluran tangan Diana turut disambutnya. Tangannya menggenggam kemas tangan gadis itu.

“ Saya pun nak ucapkan selamat pagi dan Selamat Tahun Baru kepada awak, Diana. Terima kasih untuk segala kenangan manis yang awak beri selama saya berdamping dan bekerja dengan awak,” ucap Hakim tenang dan penuh bermakna. Tangan Diana dilepaskan daripada genggamannya. Selajur itu, mereka berdua melangkah dan menuruni tangga bersama-sama menuju ke ruang makan.


Faris meletakkan sudu dan garfunya di sisi pinggan lalu makanan itu ditolak ke hadapan. Matanya menatap wajah gadis yang dicintainya. Gadis itu seolah-olah sedang mengelamun jauh malah makanannya juga tidak terusik sangat. Melihatkan lamunan gadis itu seolah-olah tidak berpenghujung, dia mengusap lembut tangan buah hatinya itu.

Diana tersentak apabila tangannya diusap lembut. Dia memandang Faris yang sedang merenungnya. Jelas sekali kerisauan di wajah itu.

“ Diana, are you sick? Dari tadi abang tengok Diana termenung. Makanan pun tak terusik sangat. Nak kata Diana stress dengan kerja, hari ini Happy New Year and ofis pun tak buka lagi,” tegur Faris prihatin.

Diana tersenyum nipis. Tangannya ditarik lembut dari genggaman Faris. Sudu dan garfu dicapainya lalu makanan itu dijamah kembali seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

“ Diana, answer me. Apa yang berlaku? Jangan buat abang tertanya-tanya sendiri,” ujar Faris dengan nada yang agak tegas. Dia tidak gemar melihat Diana bertindak sedemikian, seolah-olah dia tunggul di situ.

Diana menghela nafas berat. Jus oren dicapainya. Sekadar ingin membasahkan tekak yang kering. Selajur itu, dia merenung lembut wajah tampan di hadapannya itu. Direnung lama sebelum matanya beralih ke makanan bersama senyuman nipis di bibir.

“ Diana…”

“ Just because we are step siblings, is it wrong for us to love each other?” potong Diana sebelum sempat Faris menghabiskan kata-katanya.

Pertanyaan Diana membuatkan Faris melepaskan nafas lega. Dia fikirkan ada masalah yang besar sedang melanda buah hatinya, rupa-rupanya hal yang kecil sedang menganggu fikiran gadis itu.

“ Diana, kita bukan adik beradik kandung apatah lagi sebapa atau seibu. We have no blood relation at all. So, cinta kita bukan cinta terlarang,” balas Faris lembut. Tangan Diana dicapai lalu diusap lembut. Namun kemudian, gadis itu menarik kembali tangannya dengan agak kasar. Perlakuan itu membuatkan Faris tersentak. Belum pernah lagi gadis itu bertindak sedemikian.

“ Hubungan kita dah nak masuk tahun keenam, Faris. Sampai bila kita nak macam ni?”

Faris meraup wajahnya apabila soalan itu diajukan kepadanya. Wajah cantik itu direnungnya dalam. Ada tangisan yang cuba disembunyikan Diana apabila dia memalingkan wajahnya ke sisi.

“ Diana tahukan yang abang sangat sayangkan Diana. Sangat cintakan Diana. You just need to wait for a right moment. That’s all, Diana,” pujuk Faris. Wajah gadis itu diusapnya lembut.

“ Tapi bila, Faris Naufal? Sampai sekarang, ayah tak tahu hubungan kita. Macam mana kita nak tentukan masa yang sesuai kalau parents pun tak tahu pasal hubungan kita? It looks like we are in forbidden love!” bentak Diana. Kali ini, tangisannya tidak dapat lagi disembunyikan. Air matanya mengalir di pipi dan dibiarkan tanpa diseka.

Faris menghela nafas berat. Perasaan geram dan serba salah bercampur di hati. Geram apabila gadis itu membuka topik yang sama saban tahun dan serba salah kerana membiarkan gadis itu dalam penantian yang lama. Bukan dia tidak cinta, tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Dia menarik tangan Diana lalu dilekapkan ke mukanya. Air mata gadis itu pula diseka lembut.

“ I love you and I always love you, Diana William. You are going to be my wife as soon as I can. Just hold on for a little more. I swear, Diana,” bisik Faris. Nadanya mendayu.

Diana menolak lembut tangan Faris di wajahnya. Dengan senyuman hambar, dia bangkit daripada duduknya dan berlalu pergi dari situ, meninggalkan Faris yang termangu seorang diri.

“ I am sorry, Diana..”



Bagasi beroda berwarna silver yang dibawanya disandarkan ke dinding. Kad yang berada di tangan dimasukkan ke dalam soket yang bertulis ‘Insert Card’ sebelum dikeluarkan kembali. Kemudian, pintu bilik resort itu dibuka.

“ Wah! Leganya bila dah jumpa katil,” ujar Farleq seorang diri. Kakinya melangkah laju ke katil sebelum tubuhnya melambung ke katil empuk itu.

“ Bapak ah! Heaven nya!” ujarnya agak kuat bersama senyuman puas di bibir. Badannya digolekkan ke kiri dan kanan seperti anak kecil yang teruja.

Pandangannya kemudian ditalakan ke siling kapur itu. Perlahan-lahan, matanya dipejamkan, melayani rasa penat yang mencengkam seluruh tubuh badannya. Perjalanan dari London ke KLIA, kemudian dari KLIA ke Cameron Highlands, benar-benar membuatkan dia hilang segala kudrat. Tanpa disedari, Farleq telah hanyut dibuai mimpi.


Matanya dipejam celikkan. Dia menggeliat seketika, melonggarkan sendi-sendinya. Jam yang masih terletak elok di pergelangan tangan dibeleknya dengan mata yang kuyu menahan kantuk. Kemudian, telefon pintarnya dibelek pula. Dia menggaru-garu kepalanya yang gatal tatkala terlihat banyak missed calls yang terpampang. Semuanya panggilan daripada neneknya.

“ 20 missed calls? Nenek ni dah betul-betul rindukan aku. Nanti jelah call balik,” bisik Farleq seorang diri. Dengan sisa kantuk yang masih bersisa, dia bangun daripada katil lalu terus berjalan menuju ke bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup, kedengaran telefon pintarnya berbunyi.

“ Hello,” sahut Farleq perlahan sebaik sahaja telefon pintarnya dicapai. Dia melabuhkan duduk ke atas katil.

“ Apa hello-hello?! Assalamualaikum, Muhammad Farleq!”

Mata yang kuyu terus membulat sebaik sahaja disergah begitu oleh neneknya.
“ Waalaikumussalam, nek,” balas Farleq. Ada tawa kecil dari hujungnya.

“ Pandai pun jawab salam. Nenek ingatkan dah tak reti nak ucap salam tadi,” perli Nek Lijah di talian.

“ Amboi, nek. Masa dekat London, bukan main lembut lagi suara nenek bila call Farleq. Sampai je Malaysia, terus bertukar macam nenek tiri,” usik Farleq.

“ Dulu kamu jauh, memanglah kena lembut suara supaya kamu balik. Sekarang, suara jadi macam nenek tiri pun nenek tak kisah sebab kamu dah dekat,” ujar Nek Lijah selamba.

“ Kalau kamu dekat sana dengar macam nenek tiri, atok dekat sini dengar suara nenek kamu dah macam orang hijau (hulk) dalam cerita orang putih tu.”

Farleq tergelak kecil mendengar perlian datuknya terhadap neneknya. Kedengaran di talian, pasangan tua itu sedang berbalah manja.

Adoi, comel betullah pasangan sejoli ni, getus hati Farleq. Rasa kagum dengan kebahagiaan yang masih berpanjangan antara nenek dan datuknya itu.

“ Farleq.”

“ Ya, nek,” sahut Farleq.

“ Kamu dekat mana sekarang ni? Dekat KL ke?” tanya Nek Lijah lembut.

Farleq menarik nafas panjang. Melalui pertanyaan itu, pasti ada pertanyaan yang tidak digemarinya akan menyusul.

“ Tak, nek. Farleq dekat Cameron Highlands.”

“ Buat apa dekat Pahang? Kenapa tak balik KL?”

Farleq mengurut perlahan dahinya, memikirkan jawapan yang sesuai. Tapi, tiada yang sesuai.

“ Perlu ke nek Farleq balik KL? Bukan ada apa-apa pun,” balas Farleq. Ada nada lirih dalam ayatnya.

“ Kenapa cakap macam tu, Farleq? Baliklah. Kamu masih ada keluarga lagi dekat sana. Mama kamu pasti rindukan kamu,” pujuk Nek Lijah. Kedengaran sebak suaranya di talian.

Farleq mengetap bibirnya, menahan sebak yang membungkam.

“ Keluarga? Masih ada tempat ke buat Farleq selepas papa buang Farleq daripada keluarga? Hanya sebab Farleq tak mahu teruskan tradisi keluarga, hanya sebab Farleq nak jadi seorang photographer, patutkah Farleq diperlakukan sedemikian?” Setelah mendiamkan diri untuk seketika, terluah juga apa yang tersimpan. Air matanya tak mampu lagi ditahan daripada mengalir.

“ Farleq…” panggil Nek Lijah sayu.

“ Tak apalah, nek. Tak payah nak pujuk Farleq untuk balik. Orang dah tak sudi tengok muka kita, buat apa kita terhegeh-hegeh nak tunjukkan muka. Dahlah, nek. Farleq nak mandi ni. Solat Asar pun belum lagi ni. Assalamualaikum.”

Telefon pintarnya dicampak ke sisi. Di situ, di birai katil, dia termangu seorang diri. Bohonglah jika dia tidak rindu dengan keluarganya, terutamanya ibu dan adik perempuannya. Tapi disebabkan keinginannya untuk menjadi seorang photographer dan bukannya pewaris kepada hasil kejayaan ayahnya, dia ditendang keluar daripada keluarga oleh ayahnya. Hanya kerana sebuah syarikat yang ditubuhkan ayahnya, dia terputus hubungan dengan keluarga hampir 7 tahun.

Telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Telefon itu dicapai.

Daripada: Nenek
Sebagai anak, Farleq, kita kena rendahkan ego kita. Kita kena mengalah dengan orang tua kita. Biarlah kehadiran kamu nanti dimaki, dihina dan dicaci oleh ayah kamu, yang penting kamu perlu berbakti dengan mereka, sayang.

Sebaik sahaja membaca mesej itu, tubuhnya terasa lemah sekali, terasa berat bahu kirinya, seolah-olah dosa yang tidak tertanggung membebani bahunya. Perlahan-lahan tubuhnya tersandar lemah di birai katil. Kakinya dilunjurkan dengan kepala disandarkan di birai katil. Di birai katil itu, dia menangis teresak-esak dan penuh kepiluan.


Pagi-pagi sebegini, ternyata ramai pelancong sama ada dalam atau luar negara yang melawat Lavender Garden Cameron Highlands, tidak terkecuali Diana. Namun kehadirannya bukanlah sebagai pelancong tetapi hanya ingin menenangkan fikiran.

Pertemuan dia dan Faris seminggu yang lalu telah membawa dia ke sini. Oleh sebab asyik memikirkan hubungan mereka, fokusnya terhadap kerja bukan lagi seratus peratus malah kurang daripada lima puluh peratus. Jadi, di Cameron Highlands inilah tempat dia melepaskan tekanan di samping menjenguk ladang strawberi yang diusahakan keluarganya.

Keharuman lavender membuatkan dia berasa tenang memandangkan dia penggemar haruman itu. Sekali-sekala dia menangkap gambar secara rambang. Sebahagian daripada gambar yang diambil penuh dengan gambar kanak-kanak sedang berlari dan bergurau antara adik-beradik masing-masing. Dia gemar dengan kanak-kanak tapi mungkin kerana dia tidak mempunyai adik kecil, agak sukar baginya untuk bermesra dengan kanak-kanak.

Sedang dia merakam suasana di situ, telefon pintarnya berbunyi. Terpampang nama Hakim di skrin telefonnya.

“ Good morning, Diana,” ucap Hakim di talian.

“ Good morning,” balas Diana ringkas.

“ Mesti awak tengah gembirakan dikelilingi dengan bunga lavender?”

“ Macam mana awak tahu saya dekat Lavender Garden?” soal Diana dengan kerutan di dahi. Kedengaran tawa kecil di hujung talian.

“ Awak lupa ke, awak yang minta saya pasangkan tracking app pada telefon awak dan dihubungkan dengan telefon saya saja. Remember that?”

Diana menepuk dahinya. Terlupa dia akan hal itu. Pagi-pagi lagi dia telah menunjukkan sikap ‘blurr’ nya itu pada Hakim.

“ Oh ya. Hehe, saya lupa. Awak dekat mana sekarang?” 

“ Cubalah teka,” balas Hakim bersahaja.

“ Amboi, childish betul. Mestilah saya tak tahu. Probably, office?” duga Diana. Kini, dia sudah melabuhkan duduk di sebuah kerusi batu yang disediakan di situ.

“ Hmm… kenapa awak jawab office?” soal Hakim, sengaja ingin bermain tarik tali dengan Diana.

“ Eee, manalah saya tahu. Awak suruh saya teka, saya teka jelah,” balas Diana dengan geram. Semakin dia bertambah geram apabila lelaki itu sedang gelak dan kelihatan seronok mengenakan dirinya.

“ Tekalah lagi,” pinta Hakim dengan tawa yang masih bersisa.

“ Dahlah! Malas nak teka,” ujar Diana geram.

“ Aik? Orang tu merajuk ke?” duga Hakim.

“ Excuse me, Mr. Hakim. Sepanjang awak berkhidmat dengan saya sebagai setiausaha merangkap peguam merangkap bodyguard merangkap kawan baik saya, awak pernah ke nampak saya merajuk?”

Di hujung talian, Hakim tersenyum. Hatinya tenang mendengar suara itu yang memang tidak pernah mengalah dengannya.

“ Tak pernah,” jawab Hakim ringkas.

“ Habistu, kenapa tanya lagi?” soal Diana. Namun, untuk beberapa ketika, tiada jawapan yang diberikan. Tiada langsung suara di hujung talian.

“ Hakim, are you still there?”

“ Even though Diana William never showed that she was offended or sulking, but I know she always cried. She hid her pain from everyone but she couldn’t hide it when she was with me.. because I am the only one who understands her the most.”

Diana tersenyum mendengar kata-kata Hakim. Itulah Hakim yang dia kenal hampir 10 tahun. Sentiasa memahami dirinya lebih daripada orang lain. Malah, Faris pun tidak mampu memahami dirinya seperti mana lelaki itu memahaminya. Walaupun begitu, hatinya langsung tak terpaut dengan sikap lelaki itu. Entah apa sebabnya, mungkin kerana dia sudah menganggap lelaki itu seperti keluarganya juga.

“ Are you trying to be a sweet talker to me?” usik Diana. Ada senyuman yang terbit di bibirnya.

“ Do you think so?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“ By the way, where are you now exactly?” soal Diana sekaligus menghentikan perbualan tarik tali dengan Hakim.

“ Saya dekat ladang strawberi keluarga awak.”

Diana tercengang. Langsung dia tidak menyangka lelaki itu mengekorinya sampai ke sini.

“ Wow! Sampai Cameron Highlands awak ikut saya. Why you have to do so?” soal Diana sedikit terkejut.

“ Sebab saya tahu Diana perlukan seseorang untuk diajak berbual.”

Kata-kata itu membuatkan Diana tertunduk. Ada air yang bergenang di tubir mata. Dia terharu. Sungguh, dia benar-benar terharu. Di saat orang lain pergi meninggalkan dirinya, hanya Hakim yang datang menemainya di setiap kesukarannya.

“ Wait for me, I’ll be right there.”

Talian dimatikan. Air mata yang sudah menitis diseka. Dia bangkit berdiri dan melangkah mendekati bunga lavender di hadapannya. Bunga itu disentuh dengan wajah Hakim di fikirannya. I hope you will find a girl who is better than me, Hakim. Hatinya berbisik sendiri.


Bekas plastik yang berisi strawberi yang dilimpahi coklat itu disambutnya dengan senyuman di bibir. Satu persatu strawberi yang disaluti coklat itu dibawa masuk ke dalam mulutnya. Masam dan manis yang bercampur betul-betul memikat seleranya.

Farleq melangkah menuju ke kereta sewanya yang terletak di hadapan pintu masuk ladang strawberi itu. Sedang dia asyik menikmati strawberi, tanpa sedar dia terlanggar seseorang. Habis berselerak strawberinya di tanah. Tetapi hal itu tidak menjadi perhatiannya. Perhatiannya lebih tertumpu ke sweater yang comot dengan coklat yang dipakai oleh orang tersebut. Serba salah menghuni jiwanya.

“ I am so sorry, miss. I have no intention to stain your sweater,” ujar Hakim bersungguh-sungguh kepada gadis bermata biru kehijauan itu. Wajahnya yang kebaratan meyakinkan Farleq bahawa gadis itu merupakan pelancong di sini. Aduh, matilah aku. Tak pasal-pasal nanti aku jadi faktor penyumbang kepada kemerosotan bilangan pelancong asing di Malaysia, getus Farleq khuatir.

“ Apa maaf-maaf?!” jerkah gadis itu.

Tersentak Farleq apabila dijerkah sedemikian. Matanya terkelip-kelip memandang gadis itu.

“ Awak fikir sweater saya ni murah? I bought it for 800 dollars in London. Sekarang ni, sweater saya dah kotor. Kalau kotor sikit tak apa, tapi banyak! Awak ingat senang nak hilang kesan kekotoran ni nanti? Fikir senang saya nak dapat sweater macam ni dekat Malaysia? Fikir senang ke, hah?!” jerkah Diana kepada lelaki dihadapannya ini. Langsung tiada riak serba salah di wajah itu malah senyuman sinis pula dilemparkan kepadanya.

“ Dah habis marah ke, cik? Hebat betul marah sampai muka merah macam strawberi saya tengok,” perli Farleq selamba. Matanya memandang ke arah cawan kertas yang berisi air di tangan gadis itu. Dengan selamba cawan di tangan gadis itu diambilnya lalu membuatkan gadis bermata biru kehijauan terpinga-pinga. Dengan selamba juga, dia menghirup air itu.

“ Hmm, Nescafe,” ujar Farleq. Dengan secara tiba-tiba, Nescafe suam itu disimbah ke sweater Diana dan menerukkan lagi sweater itu.

“ What the hell?!” carut Diana akibat kemarahan.

Farleq hanya beriak selamba. Dia memberikan senyuman manis kepada gadis itu.

“ Cik nak tahu tak apa yang lebih mahal daripada sweater cik ni? Budi bahasa lebih mahal daripada sweater buruk cik ni malah tak terbeli oleh sesiapa pun,” ujar Farleq bersama senyuman manisnya namun kelihatan sinis di mata Diana.

Tanpa menunggu sebarang alasan daripada Diana, Farleq berjalan meninggalkan gadis itu. Baru beberapa langkah dia menapak, dia berhenti.

“ Cik!” panggil Farleq. Diana teragak-agak untuk menoleh.

“ Kalau cik nak tahu, sweater yang saya pakai ni pun dari London juga. I bought it for 100 dollars only. Lagi murah daripada cik punya tapi langsung tiada kesan kotoran pada baju saya walau kotoran degil sekali pun. Tak macam cik punya,” sindir Farleq pedas sebelum berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Sebuah senyuman kemenangan terukir di bibirnya.

Diana mengetap bibirnya. Kedua-dua belah tangannya dikepal.


“ Sweater kau warna hitam, that’s why senang basuh. Aku punya putih, memanglah susah nak dibasuh. Idiot,” bentak Diana seorang diri.

***********

Writer says:
Saya tahu dah lama saya menyepi kerana sibuk dengan tugas sebagai student. For I Love You, Hubby! saya hold dahulu. Hope korang enjoy the new one. And I'll focus on this one first.  Maaf sebab dah lama menyepi. Bermula hujung tahun ni, inshaaAllah blog ini akan aktif 24 jam :)