Sunday 30 June 2013

I Love You, Hubby! 16 (full entry)

Assalamualaikum... Heeeee siap pun bab 16 full entry... Enjoy ok :D

Aduh! Macam mana boleh kantoi pula depan diorang ni? Hatinya berbisik resah. Aish dan Keisya yang sedang berdiri di hadapannya dipandang dengan wajah yang pucat. Tangannya meramas sesama sendiri mencari idea untuk beredar dari situ.

“ What are you doing here?” tanya Keisya pula setelah pertanyaan suaminya tidak dijawab gadis itu. Dia merenung tajam gadis di hadapannya ini sambil bercekak pinggang. Hatinya terdetik mengatakan gadis ini mencuri dengar segala perbualannya dengan suaminya.

“ Errr… I mana ada buat apa-apa dekat sini. I cuma lalu sahaja depan bilik korang berdua,” balas Shila teragak-agak. Dia memandang seketika ke  arah Aish yang sedang merenungnya dengan tubuh bersandar di pintu.

“  Really?” tanya Aish pula dengan rasa was-was. Susah dia nak percaya kata-kata gadis itu setelah apa yang terjadi siang tadi.

Keisya memandang sekilas suaminya sebelum memandang ke  arah gadis itu semula. Dia melemparkan senyuman sinis kepada Shila. Melihat gadis itu yang serba tidak kena, mustahil tiada apa-apa berlaku.

“ Kau curi dengar perbualan aku dengan Aish kan? Betul kan?” tanya Keisya dengan mata dijegilkan. Geram dengan gadis di hadapannya ini. Tidak sudah-sudah hendak buat kacau dalam rumah ni. Nak saja dibuat gulai gadis ini.

“ Eh, mana ada. Tak baik you tuduh macam tu dekat I. Kan Aish?” Shila merenung Aish penuh mengharap agar lelaki itu membelanya di hadapan Keisya. Hampir gugur jantungnya apabila tebakan Keisya itu tepat. Memang dia mencuri dengar segala perbualan mereka dengan melekapkan telinganya ke pintu bilik itu. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Aish tersenyum nipis ke  arah Shila. Senyuman yang lebih kepada menyindir.

“ Kalau yang Keisya cakap tu salah, habis tu apa yang Shila buat depan bilik abang?” tanya Aish yang menyebelahi isterinya. Dia juga yakin gadis itu mencuri dengar perbualan mereka berdua.

“ Kalau abang Aish tak percayakan Shila, it’s okey. Tuhan tahu siapa yang benar,” ujar Shila yang mula berdusta. Wajahnya dibuat muka simpati. Lakonannya menjadi ditambah lagi dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Dalam hati Shila, sudah bergelak sakan apabila melihat riak wajah Aish yang berubah melihat wajah sedihnya.

“ Abang percayalah cakap Keisya tu. Sedangkan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Shila tak nak cakap banyak pasal fitnah ni. Abang pasti lebih tahukan tentang fitnah ni semua,” ujar Shila lagi dengan tangan yang konon-kononnya mengesat air mata palsu itu.

Keisya merengus kasar. Sedikit geram dengan kata-kata gadis itu. Tapi dia turut rasa serba salah, risau jika tuduhannya itu salah.

“ Shila, abang tak ada niat nak….”

“ Tak apalah abang. Shila sedar siapa Shila dalam rumah ni. Shila cuma tetamu yang tidak diundang dalam rumah ni. Dan pasal pagi tadi, Shila nak mohon maaf dengan Keisya sebab tarik rambut dia. Sorry,” sela Shila dengan bernada kesal. Kemudian dia mengeluh halus sambil mendongakkan kepala ke atas. Lagaknya seperti seorang sedang kecewa. Tapi dalam hatinya, tidak henti menyumpah seranah Aish yang terpedaya dengan lakonannya.

Mereka berdua memandang tubuh Shila yang berlalu ke tingkat bawah. Aish meraup wajahnya berkali-kali. Dia rasa bersalah kerana menyakiti hati Shila.

“ Eh, Keisya nak pergi mana pula ni?” tanya Aish apabila melihat wanita itu melangkah keluar dari bilik.

“ Tadi you kata you nak minum air kan? So, biar I yang ambilkan,” jawab Keisya lantas ingin beredar dari situ. Namun tangan yang memaut lengannya membuatkan langkahnya terhenti. Terus dia menoleh ke  arah lelaki itu.

“ Thanks, sayang,” bisik Aish romantis dengan senyuman manisnya yang membuatkan Keisya serba tidak kena. Pegangan tangannya dilepaskan dan dengan selamba, dia mengenyitkan matanya kepada wanita itu. Tawanya terhambur apabila melihat wanita itu terus menjadi serba tidak kena.


Shila mendengus geram. Sakit hatinya mendengar tawa manja daripada Aish. Pasti lelaki itu sedang bermanja dengan isteri kesayangannya itu. Gelas yang masih berbaki air diteguknya sehingga habis. Dengan hati yang membengkak, gelas kaca itu diletak kasar ke dalam singki bagaikan meluahkan segala sakit hati di situ.

“ Kenapa tak pecahkan terus gelas tu? Puas sedikit hati kau nanti,” kata Keisya selamba yang baru sahaja melangkah ke dapur itu. Dia dapat menangkap jelingan tajam Shila namun dibalas dengan senyuman sinis daripadanya.

Shila mendengus kasar. Dia menoleh ke  arah Keisya yang sedang mencapai gelas kaca di rak yang disediakan. Dia tersenyum sinis apabila mengingati kembali perbualan Aish dan Keisya. Tubuhnya di sandarkan pada kabinet dapur itu.

“ Jason Harris. Hmmm, sedap nama tu,” ujar Shila sambil tergelak sinis.

Jantungnya berdegup kencang mendengar nama itu disebut oleh Keisya. Tangan yang memegang gelas kaca yang berisi air kosong itu menggigil. Mujur tidak terlepas. Benarlah tuduhannya selama ini, gadis itu memang benar mencuri dengar perbualan mereka suami isteri. Dia cuba beriak selamba. Pisau dicapai pula dan sebiji epal dikupas kulitnya untuk dirinya. Dia memang biasa memakan epal pada lewat malam begini.

“ Nama sedap, tapi sayang sekali. Dia tak beragama. Perempuan Islam bercinta dengan lelaki yang tiada agama? Sorry to say Keisya. For me, it’s disgusting,” sinis Shila. Dia tersenyum puas apabila melihat riak wajah isteri abang sepupunya yang bertukar sedikit pucat. Dia berjalan mendekati Keisya yang sedang mengupas epal di kabinet dapur yang berdekatan dengan pintu masuk dapur.

“ Tapi tak hairanlah kalau perempuan macam kau bercinta dengan lelaki yang jenis macam tu,” sambungnya lagi. Dengan selamba, tangan kanannya memaut bahu kiri Keisya. Sengaja ingin memanaskan keadaan.

Keisya yang sedang menahan sabar menolak kasar tangan gadis itu. Dia cuba menahan api kemarahannya yang membuak-buak. Tangan yang mengupas epal itu makin laju gerakannya. Dia ingin cepat beredar ke biliknya daripada mendengar kata pedas daripada Shila.

Gadis itu hanya tersenyum sinis tidak sudah-sudah apabila Keisya menolak kasar tangannya.
“ Agak-agaknya kan, kalau si Jason Harris yang paut bahu kau tu, kau tepis tak?” tanyanya sengaja menyindir walaupun dia dua kali lima sahaja dengan Keisya yang dulu.

“ Tapi aku rasa, kau tak tepis kot sebab tengok dari gaya kau ni, macam dah kena tebuk tupai.”

Kali ini, Keisya tidak dapat membendung api kemarahanya.

“ Kurang ajar kau kan!” bentak Keisya lalu menoleh ke  arah Shila di sisinya. Tanpa sedar, pisau yang masih berada dalam genggamannya tergores pada pergelangan tangan Shila.

“ Ouch!” Shila menyeringai sakit sambil memegang tangannya yang terluka itu. Dia merenung Keisya tajam. Mulutnya laju ingin menghamburkan kata-kata kesat tetapi terhenti apabila seseorang memasuki dapur itu.

“ Eh, kamu berdua rupanya. Ingatkan siapa tadi yang bising-bising dekat bawah,” tegur Puan Katijah. Kemudian matanya terpaku pada luka di tangan Shila dan.. pisau di tangan Keisya. Akalnya terus membuat rumusan yang salah.

“ Shila, tangan kamu…” Puan Katijah datang mendekati Shila lalu tangan itu dicapai. Wajah gadis itu direnung dan Keisya di sisinya dikerling sekilas.

Wajah Shila suram sekali. Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Kemudian, tangisannya terhambur jua lalu tubuh tua dihadapannya dipaut. Air matanya mengalir membasahi pipi. Puan Katijah menggosok perlahan belakang gadis itu dan merenung dalam wajah Keisya yang pucat lesi.

“ Kenapa tangan kamu tu Shila? Apa yang dah terjadi?” tanya Puan Katijah bertalu-talu dan menolak perlahan tubuh anak saudaranya. Matanya memandang wajah Shila dan Keisya silih berganti.

Shila mengesat air matanya. Dia memandang ke  arah Keisya yang kaku berdiri dengan senyuman sinis. Kemudian dia berpaling semula ke  arah Puan Katijah dengan muka yang sedih.

“ Apa dah terjadi ni, bu?” tanya Aish yang baru tiba di dapur. Dia yang menunggu isterinya di dalam bilik berasa pelik apabila kelibat wanita itu tidak muncul-muncul juga. Akhirnya, dia mengambil keputusan melihat sendiri apa yang isterinya lakukan.

Mata Aish terpaku pada darah yang menitis dari tangan Shila. Dahinya berkerut melihat darah itu lalu mendekati gadis itu. Tangan gadis itu dipegang dengan muka yang berkerut. Keisya yang masih tercegat dipandang dan matanya membulat melihat pisau yang dipegang Keisya ada sedikit kesan darah. Dia merenung tidak percaya isterinya.

“ Kenapa ni Shila? Apa yang dah terjadi dekat dapur ni sampai berdarah-darah macam ni?” tanya Aish sambil merenung simpati wajah Shila yang sedang menutup luka tangan kiri itu dengan tangan kanan.

Shila menahan tangis. Namun tangisan itu terhambur sekali lagi. Sengaja ingin menghangatkan lagi keadaan.

“ Shila sedih sangat abang. Shila cuba nak berbaik dengan Keisya tapi… dia cederakan Shila. Shila langsung tak sangka dia sanggup cederakan Shila, abang. Shila sedih sangat abang,” adu Shila mereka-reka cerita ditambah lagi dengan lakonannya yang mantap. Hatinya kini berasa puas dan tidak menyesal tangannya terluka kerana kelukaan ini membawa hasil yang agak lumayan.

Keisya terkedu mendengar kata-kata Shila.Dia langsung tiada niat untuk mencederakan gadis itu. Semua ini terjadi di luar jangkaan dia. Dengan teragak-agak dia mengangkat kepala dan memandang ke  arah Aish. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir ke pipi apabila melihat renungan tajam suaminya.

“ Keisya, apa semua ni?” tanya Aish dengan nada suara yang bertukar sedikit kasar. Dia langsung tidak menyangka isterinya sanggup menyakiti sepupunya ini. Hatinya tidak yakin isterinya sanggup melukakan Shila. Namun pisau yang dipegang Keisya dan tangan yang luka itu tidak mampu menghalang dia untuk meletak prasangka buruk terhadap isterinya.

“ Aish, please dengar dulu penjelasan I. Ini semua terjadi dengan tidak sengaja. Please percayakan I, Aish,” rayu Keisya dan melepaskan pisau yang berada di tangan ke lantai.Dia cuba mendekati suaminya tetapi lelaki itu menjauh. Hatinya sedih bercampur kesal apabila suami yang mencintainya tidak mempercayainya.

“ Ibu, Keisya tak sengaja cederakan Shila…. Keisya betul-betul tak sengaja,” ujar Keisya dalam tangis dan mendekati ibu mertuanya itu. Puan Katijah menggeleng kesal. Susah dia nak percaya menantunya itu sanggup bertindak sedemikian. Tangisan Keisya dihiraukan dengan hati yang kecewa.

“ Aish….” Panggil Keisya lemah dan cuba mencapai tangan suaminya namun lelaki itu menepis perlahan.

“ Masuk ke dalam bilik, Keisya,” arah Aish perlahan. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain apabila matanya bertentangan dengan mata isterinya.

Keisya menggeleng perlahan dengan tangis yang tidak dapat diselindungi lagi. Hatinya pedih sekali apabila lelaki itu menyebelahi Shila berbanding dirinya.

“ I kecewa sangat-sangat Aish. I kecewa…. I tak sangka.. you lebih percayakan orang lain berbanding isteri you sedangkan you, lebih kenal diri I. Ini semua berlaku dengan tidak sengaja Aish. I tak sengaja melukakan Shila,” ujar Keisya teresak-esak. Dia merenung sisi wajah suaminya yang langsung tidak memandang mukanya. Kata-kata romantis Aish sebentar tadi kini menjadi racun untuknya. Sekelip mata bahagia yang dirasa direnggut kasar. Begitu mudah lelaki ini mempercayai Shila berbanding dirinya.

“ Abang, Shila tak mereka cerita abang. Abang kena percayakan Shila untuk kali ini. Abang sendiri nampak dia pegang pisau itu tadikan. Abang…”

“ Diam!” jerit Aish lantang sambil memegang kepalanya. Dia keliru sekali. Keliru teramat sangat. Diantara dua perempuan di hadapannya ini, hatinya lebih memihak untuk menyebelahi isterinya tapi tidak mustahil juga wanita itu bertindak kasar kepada sepupunya kerana dia tahu perwatakan Keisya yang dulu.

“ Aish, you have to believe me.. I’m your wife. Please…”

“ Aku kata diam, diam je lah!” jerit Aish lantang dengan mata merenung garang isterinya. Tanpa disedari, tangannya laju menampar Keisya sehingga terduduk wanita itu. Aish menggigil perlahan apabila mengenangkan tangan itu baru sahaja menampar pipi wanita kesayangannya.

Pipi yang pedih dipegang perlahan dengan air mata yang sudah membasahi seluruh wajahnya itu. Wajah suaminya direnung dengan mata yang berkaca. Dia langsung tidak menduga yang lelaki itu sanggup menamparnya. Inilah kali pertama dia merasa penangan seorang lelaki. Dan yang paling menyedihkan, tamparan itu datang dari suaminya sendiri.

Puan Katijah menerpa ke  arah Keisya. Simpati sungguh dia melihat keadaan Keisya walaupun dia tidak tahu siapa yang benar ketika ini. Tubuh menantunya itu dipaut agar berdiri.

“ Terima kasih Aish dengan apa yang you beri. Terima kasih kerana merenggut kembali kebahagiaan yang baru I kecapi. Terima kasih, terima kasih sangat,” ujar Keisya pilu dengan merenung pedih wajah itu. Wajah sinis Shila dipandang seketika sebelum berlalu menuju ke biliknya dengan hati yang remuk rendam. Aish hanya mampu berdiam diri dan tangan kanan yang menampar wajah isterinya dikepal. Hatinya terluka melihat kepedihan isterinya akibat tamparan darinya.

“ Ahhhh!” jerit Aish tiba-tiba lalu menepis gelas yang berada di kabinet dapur itu. Pecah berderai kaca itu seperti mana pecahnya hati Keisya yang kecewa dengan sikapnya. Shila dan ibunya ditinggalkan di dapur manakala dia menuju ke  arah ruang tamu. Setelah menjumpai kunci kereta miliknya, dia terus membawa diri jauh dari rumah itu. Jauh dari kekusutan yang melanda.


Keisya menutup perlahan pintu bilik itu lalu tubuhnya disandarkan pada pintu bilik itu dengan air mata yang masih tidak berhenti mengalir. Pedih hatinya, pedih sekali. Tindakan Aish telah merobekkan hatinya yang mula memberi rasa cinta kepada lelaki itu. Tega benar lelaki itu menyakiti tubuhnya ini. Mengenangkan tamparan lelaki itu pada pipinya membuatkan tubuh dia melorot jatuh. Kepalanya disandarkan pada pintu itu sambil mencengkam kuat dadanya seolah-olah ingin menghalau rasa pedih itu.

Sampai hati kau buat aku macam ni, Aish…sampai hati. Kerana perbuatan yang tidak disengajakan, kau sanggup buat aku macam ni. Kau sanggup bela perempuan lain berbanding isteri you. Ini ke balasan yang I dapat… setelah you berikan seluruh rasa bahagia tu dekat I?

Hatinya bermonolog sendiri. Lututnya dipaut ke dada dan wajahnya disembamkan ke lutut. Tangisannya dihamburkan seorang diri.. tanpa sesiapa yang sudi memujuk. Tanpa sesiapa yang sudi meredakan rasa pedih dan sedih di hatinya ini. Semua orang dalam rumah ini memulaukan dia… termasuk suaminya sendiri.

Sungguh aku tak bisa,
Sampai kapan pun tak bisa,
Membenci dirimu,
Sesungguhnya aku tak mampu..

Lagu yang keluar dari telefon pintarnya membuatkan Keisya mengangkat pandangannya ke  arah meja solek. Dengan langkah yang longlai, dia berjalan menuju ke meja solek itu lalu mencapai telefon pintarnya. Nama seseorang yang terpamer pada skrin telefonnya membuatkan air matanya makin laju membasahi pipi. Bibirnya diketap perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

“ Hello,” sahutnya.

“ Hello, Keisya. Waaaaaa! Aku rindu dengan kau tahu tak! Rindu gila. Kau sihat tak, Keisya?” tanya Fina dengan nada teruja. Sudah lama dia tidak bertemu dengan rakannya ini. Maklumlah kawannya yang seorang ini sudah berkahwin, jadi agak susahlah mereka hendak keluar bersama.

Keisya menahan sebak yang makin menujah hatinya. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab.

“ Fina, aku pun rindukan kau juga… rindu sangat,” balas Keisya dengan esakan tangis yang sudah tidak dapat ditahan. Panggilan daripada rakan baiknya memang tepat pada masanya. Di saat dia memerlukan seseorang meluahkan rasa, Finalah orang pertama yang mendengar segala luahan hatinya.

Senyuman ceria Fina yang berada di talian mengendur. Dia cemas apabila mendengar tangisan Keisya.

“ Eh Keisya, kau kenapa ni? Kau kenapa menangis? Siapa yang buat kau ni? Takkan kau rindu aku sampai menangis teruk macam ni,” tanya Fina bertalu-talu dengan nada suara yang cemas. Dia tahu pasti ada yang terjadi. Ini kali pertama dia mendengar wanita itu menangis setelah dua tahun berlalu.

Air matanya dikesat perlahan. Terasa semput nafasnya kerana terlalu banyak menangis.

“ Aku tak tahu nak cerita macam mana Fina. Perkara ni.. perkara ni terjadi dengan pantas Fina. Aku.. aku rasa.. aku..”

“ Hey, Keisya. Relax dulu. Tarik nafas, hembus… Tarik nafas hembus okey,” potong Keisya apabila dia kurang memahami butir bicara rakannya itu. Dia tahu pasti rakannya berada dalam keadaan yang kurang terkawal. Jika dia ada di sisi Keisya, pasti dia akan peluk wanita itu untuk menenangkan wanita itu.

Keisya yang mendengar kata-kata Shila mengikut arahan gadis itu seolah-olah gadis itu berada di hadapannya ketika ini.

“ Kau dah okey?” tanya Fina setelah mereka berdua sepi seketika. Apabila pertanyaan itu diajukan, terus kedengaran tangisan daripada Keisya. Fina mengeluh seketika. Berat betul kes kawan aku sekarang ni, getus hatinya.

“ Aku tak okey Fina.. aku tak okey…” rintih Keisya sambil kepalanya menggeleng perlahan.

“ Hati aku sakit..pedih. Sampai hati dia buat aku macam ni Fina.. dia tampar aku Fina sedangkan aku tak sengaja,” rintih Keisya lagi. Tubuhnya dibawa menghadap ke cermin. Wajahnya yang sembap dan kemerahan itu ditenung sendiri. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia serang Shila tadi, tapi dia masih mampu mengawal perasaannya.

“ Wait. Dia? Dia tu kau maksudkan Aish ke?” tanya Fina dengan sedikit terkejut. Hatinya tidak yakin bahawa Aish yang menampar kawan baiknya itu. Mustahil sekali lelaki itu menampar kawan baiknya kerana baginya, Aish terlalu mencintai Keisya dan bersabar dengan kerenah kawan baiknya itu selama ini.

“ Ya, Aish. Dia… dia tampar aku depan Shila… depan mak mertua aku,” jawab Keisya. Kini air matanya sudah kering di pipi. Air matanya sudah kering untuk menangisi segala perbuatan Aish.

Fina yang berada di talian sebelah sana menekup mulutnya tidak menyangka. Tetapi apabila mendengar nama Shila disebut, dia yakin pasti ada yang telah terjadi antara mereka bertiga sehingga rakannya ini berendam air mata. Dia bukan tidak tahu perangai Shila tu, suka sangat mencari pasal dengan mereka di kolej. Dan yang pasti, gadis itu suka dengan Aish.

“ Ini semua angkara Shila kan sampai kau menangis macam ni?” tanya Fina menahan amarah. Tak lain tak bukan pasti angkara Shila.

“ Beb, cerita dekat aku apa minah balaci tu buat dekat kau. Cerita dekat aku macam mana si Aish yang cinta nak gila dekat kau tu boleh tampar kau. Eeee, tak puas hati aku ni tahu tak,” bentak Fina emosional. Dia memang pantang apabila nama Shila disebut lagi-lagi kalau gadis itu mencari pasal.

“ Now, Shila dekat dalam rumah kami, rumah aku dan Aish. Kau tahu tak…dia akan duduk dengan kami selama sebulan. Urghhh, aku tak tahulah apa rancangan sebenar dia,” luah Keisya sambil menghela nafas halus.

“ What?! Dia dekat dalam rumah kau?” jerit Fina geram sambil mengepal penumbuk. Eh minah ni, memang dah melebih nampaknya, getus hatinya.

“ Okey, sekarang ni aku nak kau cerita apa yang terjadi. Minah tu memang tau. Buat menyemak je dekat rumah orang. Macam lah dia tu tak ada rumah sampai kena duduk bawah jambatan. Seriously, Keisya, aku menyampah dengan dia. And now, please tell me what happened,” gesa Fina dengan keluhan kasarnya. Kecil besar mata dia membayangkan Shila kini berada di hadapan matanya.

Keisya tersenyum kecil mendengar kemarahan Fina. Dia yang bermasalah, kawannya turut terasa sekali. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Setelah diam seketika, dia menceritakan apa yang terjadi kepada Fina dengan linangan air mata. Gadis itu hanya mampu mengeluh kesal mendengar kisah tersebut.

“ Keisya, aku nak kau berkata jujur dengan aku,” ujar Fina setelah tamat kisah duka kawan baiknya itu. Dan sekarang, dia perlu tahu kebenaran yang sebenarnya daripada Keisya.

“ Hmmm, okay. Apa dia?” tanya Keisya tanpa was-was.

“ Aku nak kau jawab dengan jujur dan jangan menafikan apa yang kau rasa. Kau cintakan Aish, bukan?” tanya Fina senafas. Dia mahu mendengar pengakuan dari bibir Keisya.

Keisya mengetap bibirnya. Dia… dia tidak tahu untuk menjawab apa. Dia masih keliru.

“ I don’t know, Fina,” balas Keisya sambil mengeluh nafas halus. Rasa kecewa dan geram dengan suaminya masih bersisa banyak tetapi yang anehnya, rasa benci tidak tertanam dalam hatinya. Bagaikan ada satu rasa yang menghalang rasa benci itu.

Fina mengeluh halus. Keisya memang sentiasa begini. Bab perasaan, kawannya itu sentiasa gagal. Mungkin kerana sering menjadi perhatian ramai lelaki lalu menyebabkan wanita itu kurang mengambil berat akan hal perasaan ini semua.

“ Mustahil kau tak tahu. Aku kenal kau bukan setahun dua tau Keisya. Aku kenal kau dah bertahun-tahun. Dan aku lebih kenal kau berbanding suami kau sendiri. Kalau kau dah nangis bagai nak rak sebab kena tampar dengan Aish, mustahil kau tak ada perasaan dekat dia. Kau jangan menafikan Keisya. Karang laki kau tu lari dekat Shila, baru kau tahu erti penyesalan,” ujar Fina geram kepada Keisya.

“ Keisya, cakap sajalah kau cintakan Aish,” provok Fina sambil tersenyum. Dia tahu wanita itu mencintai lelaki itu, tetapi berat mulut untuk mengaku cinta.

“ Keisya….” Diam. Tiada sahutan daripada Keisya.

“ Keisya, tell me.” Masih lagi diam.

“ Keisya! Tell me!”

“ Yes, I am. I am in love with him. With Aish! And I want him right now. I really need him and I want to tell him what I feel right now!” sela Keisya penuh bersemangat. Kemudian terdengar gelak tawa daripada Fina dan dia hanya mampu mengetap bibir menahan malu. Yes Fina. I am in love with him. Really love him!

“ Lawaklah kau ni Keisya. Bukan main bersemangat cakap. Cakap sajalah kau suka dia. Ni sampai terjerit-jerit bagai macam aku tak dengar apa yang kau cakap,” kutuk Fina sambil ketawa tidak berhenti.

Keisya turut tergelak kecil apabila mengenangkan tingkah lakunya tadi. Malu rasanya dengan kawan baiknya ini.

“ Dah kau tu asyik desak aku je, aku pun cakaplah sekuat hati,” balas Keisya sambil mencebik. Tangannya naik menyentuh dadanya sendiri. Dapat dirasai satu debar halus yang cukup mengusik jiwanya. Aish..hatinya memanggil lembut nama itu. Arh, dia rindu akan senyuman Aish yang manis pada saat ini. Rasa tak lengkap hidupnya walaupun lelaki itu tidak sampai setengah jam keluar dari rumah itu.

“ Woi cik kak, senyap je kau. Berangan eh?” usik Fina.

“ Mana ada kau ni,” balasnya serba tak kena. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

“ Okay lah Fina. Aku ada hal kejap. Bye, assalamualaikum,” ujarnya meminta diri tanpa sempat Fina membalas. Pintu yang tadi diketuk kini sudah dibuka dari luar. Terpacul muka ibu mertuanya di depan biliknya. Senyuman nipis dilemparkan ke  arah Puan Katijah.

“ Tak tidur lagi?” tanya Puan Katijah dengan wajah simpati. Dia sudah dengar, dia sudah dengar segala perbualan menantunya dengan seseorang. Mendengar luahan hati menantunya itu meyakinkan dia bahawa menantunya itu tidak bersalah dan dia yakin dengan cinta Keisya kepada Aish yang didengar sebentar tadi.

“ Errr tak boleh nak tidur,” balas Keisya jujur. Tangannya bermain dengan handphone di tangan.

“ Kalau begitu, ibu masuk tidur dululah,” ujar Puan Katijah lembut.

“ Errr ibu. Aish pergi mana?” tanya Keisya. Ketika dia hendak berlalu ke bilik, dia lihat lelaki itu keluar dari rumah dan mendengar enjin kereta menderum kuat.

Puan Katijah mengeluh halus. “ Ibu pun tak tahu dia pergi mana. Kamu jangan risaulah. Kejap lagi baliklah dia tu,” jawab ibu mertuanya lembut. Keisya hanya mengangguk lembut dengan hati yang bercampur baur.

“ Keisya, ibu nak minta maaf sebab Aish tampar kamu. Ibu yakin, menantu ibu tak salah,” sambung Puan Katijah lagi sambil tersenyum lembut. Pintu bilik itu ditutup kembali lalu beredar ke biliknya.

Keisya termenung sendiri. Hatinya mengucap syukur. Sekurang-kurangnya ibu mertuanya tidak termakan dengan fitnah yang ditabur. Walaupun hubungan mereka masih hambar, tetapi wanita tua itu mempercayainya.


Aish memberhentikan keretanya di tepi jalan raya yang masih sibuk walaupun dah lebih satu pagi. Dia memandang jalan raya itu melalui tingkap kereta sebelum keluar dari keretanya. Dia ingin mengambil udara segar setelah dua puluh minit dia memandu tanpa arah. Dia hanya ingin membawa diri jauh dari kekusutan yang melanda dan kesedihan atas perbuatan sendiri.

Tubuhnya disandarkan pada bahagian hadapan kereta. Jalan raya yang sibuk itu dipandangnya. Sekali sekala dia perasan pandangan pengguna jalan raya terhadapnya. Mungkin mereka menyangkakan keretanya itu sedang mengalami kerosakan. Walaupun suasana di sini masih tidak dapat menenangkan perasaannya yang berkecamuk, sekurang-kurangnya dia jauh sebentar dari masalah yang melanda.

Dia mengeluh halus mengenangkan kejadian di rumahnya tadi. Kehadiran Shila dalam rumahnya telah mengundang banyak masalah. Dan masalah yang terbaru, tangan gadis itu terluka akibat Keisya. Dia masih tidak mempercayai isterinya itu sanggup melukakan gadis itu. Sungguhpun begitu, tamparan tetap juga hinggap ke pipi mulus itu. Sejujurna dia langsung tidak berniat untuk menampar wanita kesayangannya itu, tetapi desakan daripada wanita itu dan Shila membuatkan dia bertindak di luar kawalan.

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku telah melukakan amanah yang Kau berikan padaku..hatinya berbisik penuh kesal.

Aish memejamkan matanya seketika. Cuba menghalau kekusutan yang sarat di kepalanya. Tidak lama kemudian, matanya dibuka kembali apabila ada sebuah Toyota Jeep berhenti di hadapannya. Seorang lelaki keluar dari kereta itu lalu mencangkung di sisi kereta, melihat keadaan tayar keretanya.

Dia berjalan mendekati lelaki muda itu. Wajah lelaki yang berkulit cerah itu dipandang sekilas sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lelaki itu menoleh ke  arahnya.

“ What happened?” tanya Aish sambil tersenyum ramah. Raut wajah lelaki itu tidak menggambarkan seperti lelaki Melayu tetapi persis mat saleh.

“ Tayar kereta saya ni pancit, bang. Nak kena tukar tayar spare lah nampak gayanya,” jawab lelaki itu fasih berbahasa Melayu.

“ Berapa tayar  yang pancit ni?” tanya Aish sambil duduk mencangkung di sisi lelaki itu.

“ Satu je, bang,” jawab pemuda itu. Langsung tidak kekok membahasakan diri Aish ‘abang’ kerana penampilan lelaki itu lebih matang darinya.

“ Oh. Kalau tak kisah, marilah abang bantu alang-alang abang ada dekat sini,” ujar Aish.

“ Abang nak bantu? Tak susahkan abang ke?” tanya pemuda itu lalu berdiri. Sakit pula kakinya asyik mencangkung terlalu lama.

“ Boleh je asalkan kamu ada tayar spare,” baas Aish dengan ramah. Pemuda itu tersenyum mendengar jawapannya.

Mereka berdua saling membantu menukar tayar kereta pemuda itu di tepi jalan raya walaupun pemuda itu boleh melakukannya seorang diri. Setelah selesai kerja menukar tayar, pemuda itu memaut tangannya dan mengucapkan terima kasih atas kesudian Aish yang sudi membantu. Aish hanya tersenyum sahaja tanpa berkata apa-apa.

“ Oh ya. Lupa pula abang nak kenalkan diri abang. Nama abang Aish Ahsan atau Aish saja. Kamu pula?” tanya Aish sambil membersihkan tangannya dengan tisu basah yang diberikan oleh pemuda itu.

“ Nama saya Jason Harris. Abang panggil je saya Harris,” jawab pemuda itu dengan senyuman tidak lekang di bibir manakala Aish terus terdiam mendengar sebaris nama itu.

Jason Harris? Tak mungkin dia kot. Mungkin kebetulan mereka mempunyai nama yang sama, akalnya membuat andaian.

“ Abang?” Pemuda itu tepuk perlahan bahu Aish apabila lelaki itu tiba-tiba sahaja diam.


“ Errr, dah lewat malam ni. Abang balik dululah, Har.. Harris,” ujar Aish meminta diri. Usai bersalaman dengan pemuda itu, dia terus berlalu dari situ meninggalkan pemuda itu yang kepelikan melihat Aish yang bertukar dari ramah kepada janggal.

p/s: Okey, done for chapter 16. :)

Monday 24 June 2013

I Love You, Hubby! 16 (half entry)

Assalamualaikum. Okey, ini dia chapter 16 tapi half je lah. Yang lagi separuh dalam pembikinan. Enjoy okey :)
**********************************************

Aduh! Macam mana boleh kantoi pula depan diorang ni? Hatinya berbisik resah. Aish dan Keisya yang sedang berdiri di hadapannya dipandang dengan wajah yang pucat. Tangannya meramas sesama sendiri mencari idea untuk beredar dari situ.

“ What are you doing here?” tanya Keisya pula setelah pertanyaan suaminya tidak dijawab gadis itu. Dia merenung tajam gadis di hadapannya ini sambil bercekak pinggang. Hatinya terdetik mengatakan gadis ini mencuri dengar segala perbualannya dengan suaminya.

“ Errr… I mana ada buat apa-apa dekat sini. I cuma lalu sahaja depan bilik korang berdua,” balas Shila teragak-agak. Dia memandang seketika ke  arah Aish yang sedang merenungnya dengan tubuh bersandar di pintu.

“  Really?” tanya Aish pula dengan rasa was-was. Susah dia nak percaya kata-kata gadis itu setelah apa yang terjadi siang tadi.

Keisya memandang sekilas suaminya sebelum memandang ke  arah gadis itu semula. Dia melemparkan senyuman sinis kepada Shila. Melihat gadis itu yang serba tidak kena, mustahil tiada apa-apa berlaku.

“ Kau curi dengar perbualan aku dengan Aish kan? Betul kan?” tanya Keisya dengan mata dijegilkan. Geram dengan gadis di hadapannya ini. Tidak sudah-sudah hendak buat kacau dalam rumah ni. Nak saja dibuat gulai gadis ini.

“ Eh, mana ada. Tak baik you tuduh macam tu dekat I. Kan Aish?” Shila merenung Aish penuh mengharap agar lelaki itu membelanya di hadapan Keisya. Hampir gugur jantungnya apabila tebakan Keisya itu tepat. Memang dia mencuri dengar segala perbualan mereka dengan melekapkan telinganya ke pintu bilik itu. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Aish tersenyum nipis ke  arah Shila. Senyuman yang lebih kepada menyindir.

“ Kalau yang Keisya cakap tu salah, habis tu apa yang Shila buat depan bilik abang?” tanya Aish yang menyebelahi isterinya. Dia juga yakin gadis itu mencuri dengar perbualan mereka berdua.

“ Kalau abang Aish tak percayakan Shila, it’s okey. Tuhan tahu siapa yang benar,” ujar Shila yang mula berdusta. Wajahnya dibuat muka simpati. Lakonannya menjadi ditambah lagi dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Dalam hati Shila, sudah bergelak sakan apabila melihat riak wajah Aish yang berubah melihat wajah sedihnya.

“ Abang percayalah cakap Keisya tu. Sedangkan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Shila tak nak cakap banyak pasal fitnah ni. Abang pasti lebih tahukan tentang fitnah ni semua,” ujar Shila lagi dengan tangan yang konon-kononnya mengesat air mata palsu itu.

Keisya merengus kasar. Sedikit geram dengan kata-kata gadis itu. Tapi dia turut rasa serba salah, risau jika tuduhannya itu salah.

“ Shila, abang tak ada niat nak….”

“ Tak apalah abang. Shila sedar siapa Shila dalam rumah ni. Shila cuma tetamu yang tidak diundang dalam rumah ni. Dan pasal pagi tadi, Shila nak mohon maaf dengan Keisya sebab tarik rambut dia. Sorry,” sela Shila dengan bernada kesal. Kemudian dia mengeluh halus sambil mendongakkan kepala ke atas. Lagaknya seperti seorang sedang kecewa. Tapi dalam hatinya, tidak henti menyumpah seranah Aish yang terpedaya dengan lakonannya.

Mereka berdua memandang tubuh Shila yang berlalu ke tingkat bawah. Aish meraup wajahnya berkali-kali. Dia rasa bersalah kerana menyakiti hati Shila.

“ Eh, Keisya nak pergi mana pula ni?” tanya Aish apabila melihat wanita itu melangkah keluar dari bilik.

“ Tadi you kata you nak minum air kan? So, biar I yang ambilkan,” jawab Keisya lantas ingin beredar dari situ. Namun tangan yang memaut lengannya membuatkan langkahnya terhenti. Terus dia menoleh ke  arah lelaki itu.

“ Thanks, sayang,” bisik Aish romantis dengan senyuman manisnya yang membuatkan Keisya serba tidak kena. Pegangan tangannya dilepaskan dan dengan selamba, dia mengenyitkan matanya kepada wanita itu. Tawanya terhambur apabila melihat wanita itu terus menjadi serba tidak kena.


Shila mendengus geram. Sakit hatinya mendengar tawa manja daripada Aish. Pasti lelaki itu sedang bermanja dengan isteri kesayangannya itu. Gelas yang masih berbaki air diteguknya sehingga habis. Dengan hati yang membengkak, gelas kaca itu diletak kasar ke dalam singki bagaikan meluahkan segala sakit hati di situ.

“ Kenapa tak pecahkan terus gelas tu? Puas sedikit hati kau nanti,” kata Keisya selamba yang baru sahaja melangkah ke dapur itu. Dia dapat menangkap jelingan tajam Shila namun dibalas dengan senyuman sinis daripadanya.

Shila mendengus kasar. Dia menoleh ke  arah Keisya yang sedang mencapai gelas kaca di rak yang disediakan. Dia tersenyum sinis apabila mengingati kembali perbualan Aish dan Keisya. Tubuhnya di sandarkan pada kabinet dapur itu.

“ Jason Harris. Hmmm, sedap nama tu,” ujar Shila sambil tergelak sinis.

Jantungnya berdegup kencang mendengar nama itu disebut oleh Keisya. Tangan yang memegang gelas kaca yang berisi air kosong itu menggigil. Mujur tidak terlepas. Benarlah tuduhannya selama ini, gadis itu memang benar mencuri dengar perbualan mereka suami isteri. Dia cuba beriak selamba. Pisau dicapai pula dan sebiji epal dikupas kulitnya untuk dirinya. Dia memang biasa memakan epal pada lewat malam begini.

“ Nama sedap, tapi sayang sekali. Dia tak beragama. Perempuan Islam bercinta dengan lelaki yang tiada agama? Sorry to say Keisya. For me, it’s disgusting,” sinis Shila. Dia tersenyum puas apabila melihat riak wajah isteri abang sepupunya yang bertukar sedikit pucat. Dia berjalan mendekati Keisya yang sedang mengupas epal di kabinet dapur yang berdekatan dengan pintu masuk dapur.

“ Tapi tak hairanlah kalau perempuan macam kau bercinta dengan lelaki yang jenis macam tu,” sambungnya lagi. Dengan selamba, tangan kanannya memaut bahu kiri Keisya. Sengaja ingin memanaskan keadaan.

Keisya yang sedang menahan sabar menolak kasar tangan gadis itu. Dia cuba menahan api kemarahannya yang membuak-buak. Tangan yang mengupas epal itu makin laju gerakannya. Dia ingin cepat beredar ke biliknya daripada mendengar kata pedas daripada Shila.

Gadis itu hanya tersenyum sinis tidak sudah-sudah apabila Keisya menolak kasar tangannya.
“ Agak-agaknya kan, kalau si Jason Harris yang paut bahu kau tu, kau tepis tak?” tanyanya sengaja menyindir walaupun dia dua kali lima sahaja dengan Keisya yang dulu.

“ Tapi aku rasa, kau tak tepis kot sebab tengok dari gaya kau ni, macam dah kena tebuk tupai.”

Kali ini, Keisya tidak dapat membendung api kemarahanya.

“ Kurang ajar kau kan!” bentak Keisya lalu menoleh ke  arah Shila di sisinya. Tanpa sedar, pisau yang masih berada dalam genggamannya tergores pada pergelangan tangan Shila.

“ Ouch!” Shila menyeringai sakit sambil memegang tangannya yang terluka itu. Dia merenung Keisya tajam. Mulutnya laju ingin menghamburkan kata-kata kesat tetapi terhenti apabila seseorang memasuki dapur itu.

“ Eh, kamu berdua rupanya. Ingatkan siapa tadi yang bising-bising dekat bawah,” tegur Puan Katijah. Kemudian matanya terpaku pada luka di tangan Shila dan.. pisau di tangan Keisya. Akalnya terus membuat rumusan yang salah.

“ Shila, tangan kamu…” Puan Katijah datang mendekati Shila lalu tangan itu dicapai. Wajah gadis itu direnung dan Keisya di sisinya dikerling sekilas.

Wajah Shila suram sekali. Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Kemudian, tangisannya terhambur jua lalu tubuh tua dihadapannya dipaut. Air matanya mengalir membasahi pipi. Puan Katijah menggosok perlahan belakang gadis itu dan merenung dalam wajah Keisya yang pucat lesi.

“ Kenapa tangan kamu tu Shila? Apa yang dah terjadi?” tanya Puan Katijah bertalu-talu dan menolak perlahan tubuh anak saudaranya. Matanya memandang wajah Shila dan Keisya silih berganti.

Shila mengesat air matanya. Dia memandang ke  arah Keisya yang kaku berdiri dengan senyuman sinis. Kemudian dia berpaling semula ke  arah Puan Katijah dengan muka yang sedih.

“ Apa dah terjadi ni, bu?” tanya Aish yang baru tiba di dapur. Dia yang menunggu isterinya di dalam bilik berasa pelik apabila kelibat wanita itu tidak muncul-muncul juga. Akhirnya, dia mengambil keputusan melihat sendiri apa yang isterinya lakukan.

Mata Aish terpaku pada darah yang menitis dari tangan Shila. Dahinya berkerut melihat darah itu lalu mendekati gadis itu. Tangan gadis itu dipegang dengan muka yang berkerut. Keisya yang masih tercegat dipandang dan matanya membulat melihat pisau yang dipegang Keisya ada sedikit kesan darah. Dia merenung tidak percaya isterinya.

“ Kenapa ni Shila? Apa yang dah terjadi dekat dapur ni sampai berdarah-darah macam ni?” tanya Aish sambil merenung simpati wajah Shila yang sedang menutup luka tangan kiri itu dengan tangan kanan.

Shila menahan tangis. Namun tangisan itu terhambur sekali lagi. Sengaja ingin menghangatkan lagi keadaan.

“ Shila sedih sangat abang. Shila cuba nak berbaik dengan Keisya tapi… dia cederakan Shila. Shila langsung tak sangka dia sanggup cederakan Shila, abang. Shila sedih sangat abang,” adu Shila mereka-reka cerita ditambah lagi dengan lakonannya yang mantap. Hatinya kini berasa puas dan tidak menyesal tangannya terluka kerana kelukaan ini membawa hasil yang agak lumayan.

Keisya terkedu mendengar kata-kata Shila.Dia langsung tiada niat untuk mencederakan gadis itu. Semua ini terjadi di luar jangkaan dia. Dengan teragak-agak dia mengangkat kepala dan memandang ke  arah Aish. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir ke pipi apabila melihat renungan tajam suaminya.

“ Keisya, apa semua ni?” tanya Aish dengan nada suara yang bertukar sedikit kasar. Dia langsung tidak menyangka isterinya sanggup menyakiti sepupunya ini. Hatinya tidak yakin isterinya sanggup melukakan Shila. Namun pisau yang dipegang Keisya dan tangan yang luka itu tidak mampu menghalang dia untuk meletak prasangka buruk terhadap isterinya.

“ Aish, please dengar dulu penjelasan I. Ini semua terjadi dengan tidak sengaja. Please percayakan I, Aish,” rayu Keisya dan melepaskan pisau yang berada di tangan ke lantai.Dia cuba mendekati suaminya tetapi lelaki itu menjauh. Hatinya sedih bercampur kesal apabila suami yang mencintainya tidak mempercayainya.

“ Ibu, Keisya tak sengaja cederakan Shila…. Keisya betul-betul tak sengaja,” ujar Keisya dalam tangis dan mendekati ibu mertuanya itu. Puan Katijah menggeleng kesal. Susah dia nak percaya menantunya itu sanggup bertindak sedemikian. Tangisan Keisya dihiraukan dengan hati yang kecewa.

“ Aish….” Panggil Keisya lemah dan cuba mencapai tangan suaminya namun lelaki itu menepis perlahan.

“ Masuk ke dalam bilik, Keisya,” arah Aish perlahan. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain apabila matanya bertentangan dengan mata isterinya.

Keisya menggeleng perlahan dengan tangis yang tidak dapat diselindungi lagi. Hatinya pedih sekali apabila lelaki itu menyebelahi Shila berbanding dirinya.

“ I kecewa sangat-sangat Aish. I kecewa…. I tak sangka.. you lebih percayakan orang lain berbanding isteri you sedangkan you, lebih kenal diri I. Ini semua berlaku dengan tidak sengaja Aish. I tak sengaja melukakan Shila,” ujar Keisya teresak-esak. Dia merenung sisi wajah suaminya yang langsung tidak memandang mukanya. Kata-kata romantis Aish sebentar tadi kini menjadi racun untuknya. Sekelip mata bahagia yang dirasa direnggut kasar. Begitu mudah lelaki ini mempercayai Shila berbanding dirinya.

“ Abang, Shila tak mereka cerita abang. Abang kena percayakan Shila untuk kali ini. Abang sendiri nampak dia pegang pisau itu tadikan. Abang…”

“ Diam!” jerit Aish lantang sambil memegang kepalanya. Dia keliru sekali. Keliru teramat sangat. Diantara dua perempuan di hadapannya ini, hatinya lebih memihak untuk menyebelahi isterinya tapi tidak mustahil juga wanita itu bertindak kasar kepada sepupunya kerana dia tahu perwatakan Keisya yang dulu.

“ Aish, you have to believe me.. I’m your wife. Please…”

“ Aku kata diam, diam je lah!” jerit Aish lantang dengan mata merenung garang isterinya. Tanpa disedari, tangannya laju menampar Keisya sehingga terduduk wanita itu. Aish menggigil perlahan apabila mengenangkan tangan itu baru sahaja menampar pipi wanita kesayangannya.

Pipi yang pedih dipegang perlahan dengan air mata yang sudah membasahi seluruh wajahnya itu. Wajah suaminya direnung dengan mata yang berkaca. Dia langsung tidak menduga yang lelaki itu sanggup menamparnya. Inilah kali pertama dia merasa penangan seorang lelaki. Dan yang paling menyedihkan, tamparan itu datang dari suaminya sendiri.

Puan Katijah menerpa ke  arah Keisya. Simpati sungguh dia melihat keadaan Keisya walaupun dia tidak tahu siapa yang benar ketika ini. Tubuh menantunya itu dipaut agar berdiri.

“ Terima kasih Aish dengan apa yang you beri. Terima kasih kerana merenggut kembali kebahagiaan yang baru I kecapi. Terima kasih, terima kasih sangat,” ujar Keisya pilu dengan merenung pedih wajah itu. Wajah sinis Shila dipandang seketika sebelum berlalu menuju ke biliknya dengan hati yang remuk rendam. Aish hanya mampu berdiam diri dan tangan kanan yang menampar wajah isterinya dikepal. Hatinya terluka melihat kepedihan isterinya akibat tamparan darinya.


“ Ahhhh!” jerit Aish tiba-tiba lalu menepis gelas yang berada di kabinet dapur itu. Pecah berderai kaca itu seperti mana pecahnya hati Keisya yang kecewa dengan sikapnya. Shila dan ibunya ditinggalkan di dapur manakala dia menuju ke  arah ruang tamu. Setelah menjumpai kunci kereta miliknya, dia terus membawa diri jauh dari rumah itu. Jauh dari kekusutan yang melanda.

p/s: So, apa yang korang rasa tentang Shila? Dear readers, Shila ni merupakan ancaman besar dalam cerita ni :)  do read, do comment okey :)

Saturday 22 June 2013

Done Chapter 15 (FULL ENTRY PRINTSCREEN)

Guys, writer dah post entry for chapter 15 full tapi secara printscreen. I don't know what's the problem of my blog. Lepas writer dah siap taip-taip tu semua, writer publish then hasilnya my writing blank. Means, tajuk je keluar but the text was lost. So, I try to use another way to post the entry and then keluarlah entry printscreen. I know it's a bit messy and it was. So click this for the chapter 15 full entry printscreen version----> Chapt. 15 full entry printscreen version

I Love You, Hubby! 15 (full entry *printscreen* )

Guyssssss, I hope you don't mind. :(