Thursday 16 August 2012

BAB 1:BERIKANKU PELUANG HAPUSKAN SEDIHMU

wahhhh dah lme niesa tk post ape2 kn? dh berapa lme ek? huhuu.. niesa pon tk kesan.... niesa mmg busy btol thun ni... so memndgkn skrg ni cuti sklh for rye, ini lh ksempatan niesa utk bkk blog n post ntry bru.... sblom tu, niesa nk ckp skit ni....

1. Niesa nk ucpkn slmt mnnti ketibaan hari rye.. wah tk sgke kn hari rye dh nk tibe... hari ahad ni insyaallah rye.. klo tk rye, mybe hari isnin.... hari rye merupakan hari kemenangan bg umt islam dlm brpuase... so kalau dh nme pun hari kemenangan, niesa hrp tk ade lh brlaku lg kes tgn putus, jari hilang... kesannye?? kesannye dr MERCUN.... niesa tgk pon dh ngeri tau... kalau tringin jgk nak main tu.. main lh mrcun pop-pop.... tk bhye... niesa ckp ni pon niesa ingtkn diri sndiri jgk... >__< okey, jika ade salah silp dlm bicara, cehh bkn, dlm menaip, sila ampunkn ye... niesa ni mnusia.. sntiasa lalai...

2. okey, memndgkn niesa tkut niesa sbok lg, niesa postkn ntry bru... ntry smbungn crite yg niesa buat... utk pngetahuan smue (yg sudi mnjenguk dan brkawn dgn niesa), cerita ni niesa wt sndiri eh... x prcaye? tk prcaye senang je, ambik lptop swich off n then hntk dkt dnding... so niesa senang hati anda pun senang hati... =,=... ooononono.... niesa gurau je.... hehehe....

so ni smbungnnye..

 
Safrina merapikan lipatan tudungnya di hadapan cermin. Hari ini hari pertama dia mula mengajar di sebuah sekolah menengah. Semangatnya berkobar-kobar tidak sabar untuk mengajar. Manjadi seorang guru, adalah impiannya sejak kecil lagi. Dan dia bersyukur, impiannya tercapai juga. Dia juga turut berterima kasih kepada mak usunya yang begitu gigih membantunya sehingga sampai ke tahap ini. Tidak kurang juga kepada si ibu yang sudah banyak mencurah bakti dan kasih sayang kepadanya.
Baju kurung cotton dibetulkan juga. Da ingin kelihatan berkeyakinan apabila dilihat oleh cikgu-cikgu di sekolah itu. Sekolah menengah itu lah tempat dia belajar dulu. Dan tidak sangka, dia diberi tugas menjadi guru di sekolah itu. Dia harap kehadirannya diberi kerjasama di sekolah itu kerana dia sedar dia masih amatur dalam member didikan.
            “ Safrina, sarapan dah siap. Cepat turun. Dah nak dekat pukul lapan ni, nak oii. Kamu tu bukan budak sekolah lagi nak kena suruh turun pergi sekolah,” bebel Raihana. Safrina ketawa kecil mendengar bebelan ibunya. Bebelan ibunya mencuit hatinya. Ya, dia bukan lagi pelajar bernama Safrina Sumayyah. Tapi sekarang ini, dia ialah Cikgu Safrina yang bakal menjalankan tugasnya pagi ini. Yang bakal tergolong dalam golongan ‘terhormat’ kerana guru ini hendaklah diberi penghormatan atas usahanya dalam mendidik.
            Safrina menuruni tangga kayu yang menghubungkan ruang tamu ke dapur. Sampai saja di dapur, dia memberikan senyuman manis kepada ibunya. Beg tangannya diletakkan di atas meja makan. Pinggan yang masih belum tersedia disediakan oleh Safrina. Raihana hanya tersenyum memandang anaknya. Safrina yang sedar akan pandangan ibunya memandang kepada ibunya.
            “ Ibu, kenapa ibu pandang Ina macam tu? Tudung Ina tak betul ke? Ke baju Ina masih renyuk?” Tanya Safrina gelisah. Hisy,takkan lah ada yang tak betul kut? Tadi dekat bilik dah puas aku betulkan. Bebel hatinya. Bibirnya dimuncungkan apabila merasakan ada yang tak kena.
            Raihana hanya tersenyum saja memandang reaksi gelisah anaknya. Itu lah anaknya, setiap kali dia memandang lama anaknya, pasti ditanya samada ada yang tidak betul.
            “ Nak pergi mana tu, Ina?” Tanya Raihana apabila melihat anaknya ingin melangkah keluar dari dapur. Safrina memandang ibunya dengan muka yang tidak puas hati.
            “Ina nak pergi bilik. Mana tau ada lagi yang tak kena ke dengan pakaian Ina.” Raihana tergeleng kecil mendengar kata-kata anaknya. Safrina.. Safrina….
            “ Dah tak payah nak pergi bilik. Dah cantik dah ibu tengok,” kata Raihana sambil menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan. Sambal udang dicapainya.
            Safrina hanya tersengih saja mendengar kata ibunya. Kalau ibu dah kata okey, so semuanya perfect! Getus hatinya. Dengan senang hati, kerusi ditarik dan pinggan yang sudah tersedia nasi dan lauk dicapainya. Dengan lafaz bismillah, nasi lemak buatan ibunya disuap ke dalam mulutnya. Ah! Nikmatnya.
            “ Safrina, kamu pergi sekolah ni naik apa?” Tanya Raihana. Memandangkan dekat rumahnya ini cuma ada basikal buruk dan motosikal buruk itu saja, dia rasa risau pula memikirkan kenderaan yang menghantar anaknya ke sekolah itu nanti. Nak suruh anaknya membawa motosikal, rasa kurang senang pula. Ya lah kan, anaknya ni takut sikit nak bawa motor. Karang ada juga yang tak sampai ke sekolah.
            Safrina menghentikan suapannya. Air sirap dicapai dan diteguknya sedikit. “ Semalam Ina jumpa Abang Ajiq dengan Siti dekat kedai Pak Mail. Kebetulan pula dia Tanya Ina, Ina dapat kerja dekat mana. Lepas tu Ina ceritalah dekat mana Ina dapat kerja. Tup tup, dia tanya Ina, nanti nak pergi sekolah naik apa? Lepas tu Ina kata lah Ina tak pasti. Tiba-tiba dia kata dia nak tumpangkan Ina pergi ke sekolah sekali harung dengan Siti. So, Ina terima je lah, bu. Lagi pun susah ibu nak dapat orang macam tu,” beritahu Safrina panjang berjela. Ibunya tanya tujuh patah, dia pula berjela-jela balas. Memang layak benar lah tu jadi cikgu.
            Raihana mengangguk mendengar penjelasan anaknya. “ Habis tu, dia jemput kamu pukul berapa ni nanti?” tanya Raihana. Dia turut menjamah nasi lemak. Selepas ini, dia akan berjalan kaki menuju ke gerai tepi jalan mereka itu. Walaupun sudah banyak kali ditegah oleh anaknya dari menjual makanan, dia tetap berdegil. Katanya bosan kalau tidak berbuat apa-apa.
            “ Abang Ajiq kata, mungkin dalam pukul tujuh setengah nanti dia jemput dekat rumah. Tapi Ina kata dengan dia, jemput Ina dekat simpang tiga depan dengan kedai Pak Mail,” balas Safrina. Raihana mengeluh halus. Dia rasa bersalah pula menyusahkan Haziq atau nama lainnya Ajiq. Cukup-cukup lah dia menyusahkan adik perempuannya yang banyak menolongnya. Dia tidak mahu lagi menambah beban kepada orang lain pula.
            “ Kamu kata pukul tujuh setengah? Sekarang ni dah pukul tujuh dua puluh minit.lagi sepuluh minit nak dekat tujuh setengah. Kamu, Ina jangan buat orang tertunggu. Ibu tak suka,” kata Raihana. Safrina memandang jam di dinding dapur rumahnya. Ya Allah. Lagi sepuluh minit nak dekat tujuh setengah. Safrina menghentikan suapannya. Dia melangkah ke sinki dan tangannya dicuci.
            “Nasib baik ibu tolong ingatkan Ina. Kalau tak jenuh abang Ajiq tunggu,” kata Safrina. Beg tangannya dicapai dan tangan ibunya di salam. “ Dah pergi cepat. Bukan dekat tau nak ke jalan sana tu.” Safrina hanya mengangguk mendengar kata ibunya.

“ABANG Ajiq, sorry Ina lambat. Kesian Abang Ajiq tunggu lama. Abang Ajiq tak kisahkan?” tanya Safrina sambil memandang wajah cerah lelaki di hadapannya ini. Rasa bersalah pula membiarkan lelaki itu yang menunggunya dan rasa terharu juga melihat ketenangan lelaki itu dalam menantinya. “ Eh, tak apa. Abang tak kisah. Yang penting Ina dah sampai pun ke sini. Biar abang sampai dulu ke sini daripada Ina yang sampai dulu. Bahaya perempuan tunggu sorang-sorang kat sini,” ujar Haziq sambil tersenyum. Kembang kuncup hati Safrina mendengarnya. Abang Ajiq ni prihatin jugak orangnya. Getus hati Safrina. Hati Haziq terasa damai memandang wajah lembut gadis ini. Tidaklah terlalu cantik orangnya, namun kelembutan wajahnya dan pipinya yang sedia kemerahan itu yang banyak menarik perhatian kaum Adam. Apatah lagi matanya yang bundar dan berwarna hazel coklat.
            Safrina tersenyum senang mendengar kata lelaki itu. Kereta Honda Accord yang diparkir di bawah pokok di jalan simpang tiga itu dipandang. Dia yakin itu pasti kereta milik lelaki itu kerana semalam dia terlihat lelaki itu memandu kereta berwarna kelabu itu. “ Jom Safrina, abang hantar. Takut terlewat pula nanti,” kata Haziq. Dia menunggu Safrina untuk memasuki keretanya. Dia ingin lihat samada gadis itu memilih duduk di sebelahnya atau di bahagian belakang.
            Safrina membuka pintu di bahagian belakang. Namun matanya sempat menangkap tempat dudukdi sebelah pemanduan. Dahinya berkerut. “ Abang Ajiq, Siti mana? Bukan sepatutnya dia sekali harung dengan Ina ke?” tanya Safrina berkenaan adik Haziq, Siti. Kepalanya masih dijengukkan lagi ke kerusi sebelah pemanduan itu. Manalah tau matanya ke yang tersilap tengok. “ Oh, Siti abang dah hantar awal-awal lagi. Entah angin apa budak itu nak pergi sekolah awal,” kata Haziq. Safrina hanya tersenyum kecil mendengar kata-kata Haziq. Pintu di bahagian belakang yang dibuka ditutup kembali. Kini pintu di sbelah pemanduan yang dibuka dan punggungnya dilabuhkan ke kerusi itu. Kalau ikutkan hatinya dia mahu duduk di belakang namun rasa kurang manis pula apabila memikirkan dirinya yang enak duduk di belakang bagaikan si Haziq itu supirnya.
            Haziq tersenyum lebar. Nampaknya gadis itu memilih duduk di sampingnya. Ada satu ketenangan dan kedamaian yang mengalir lembut ke dalam hatinya. Tanpa berlengah pantas pintu bahagian pemanduan dibukanya. Dengan lafaz bismilah, pemanduannya dimulakan.

HAKIM duduk di meja kerjanya di pejabat guru itu. Nafasnya ditarik dalam. Semput pula rasanya apabila naik tangga menuju ke pejabat guru dengan perut yang kenyang kerana terlalu banyak makan ketika bersarapan tadi. Beg sandangnya yang berisi buku-buku teks untuk mengajar dan pelbagai jenis fail di dalamnya di letak di atas meja kerja. “ Hermm, banyak lagi rupanya buku yang aku tak tanda lagi,” bisiknya. Buku-buku murid tingkatan lima disusunnya di satu sudut. Dia bercadang hendak menanda buku-buku itu ketika menggantikan kelas Cikgu Amran. Gggggrrrr! Tiba-tia pula perut Hakim terasa pedih. Alamak, tandas dah panggil! Hakim bergegas bangun dan menuju ke tandas guru.
            Safrina mengikut Puan Hjh Khatijah, pengetua sekolah itu ke pejabat guru. Rasa berdebar hatinya apabila kakinya mulai menjejakkan kaki ke dalam pejabat guru. Dia perasan mata guru-guru di pejabat itu tertumpu kearahnya. Dia hanya tersenyum simpul sambil memandang satu persatu guru-guru di situ. “ Baiklah. Seperti yang telah diberitahu dalam mesyuarat kita minggu lepas yang sekolah kita bakal menerima guru baru, jadi dengan ini saya memperkenalkan Cikgu Safrina Sumayyah sebagai rakan kerjasama cikgu-cikgu semua dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah ini. Untuk pengetahuan guru-guru di sini, Cik Safrina merupakan bekas pelajar di sekolah ini. Jadi saya harap guru-guru semua mampu bekerjasama dengan Cik Safrina” ujar pengetua sekolah itu. Puan Hjh Khatijah menghulurkan tangan kepadanya sebagai tanda rasminya di sekolah ini. Huluran tangan itu disambut dan kemudian huluran tangan guru-guru perempuan pula disambut. Guru-guru lelaki Cuma mengangguk dan tersenyum. Safrina berasa lapang dada dengan penerimaan guru-guru di situ. Ada yang sudah mula mengajak berbual dengannya. Ada juga guru yang mengenalinya yang bertanyakan perkembangannya selepas tamat SPM.
            Hakim menggosok perutnya setelah melepaskan ‘hajat’. Tangannya dibasuh di sinki di tandas guru. “ Hek eleh, dekat sini rupanya kau, Kim. Puas aku cari kau dekat pejabat tadi,” tegur satu suara di belakangnya. Kepalanya pantas ditoleh dan muncul wajah Cikgu Amran. Hakim hanya tersenyum simpul. “ Biasalah, Am. Pagi-pagi macam ni, memang ke tandas dulu lah jawabnya aku,” balas Hakim kepada cikgu muda itu. Kata-katanya disambut oleh gelak tawa Amran.
            “ Kim, tadi pengetua bawa masuk guru baru. Guru perempuan, Kim. Memang banyak ayu wajah dia,” ujar Amran sambil menggayakan rambutnya di hadapan cermin. Hakim hanya menggelengkan kepalanya saja. “ Ah kau,Amran! Kau semuanya cantik. Tu je lah yang kau nampak,” balas Hakim. Dia langsung tidak teruja mendengar berita daripada Amran. Baginya, hanya seorang wanita saja yang cantik pada pandangan matanya. Yang sekian lama bertakhta di hatinya. Gadis yang akhirnya menjadi jodohnya. Namun, selepas isterinya itu melahirkan anaknya, isterinya disahkan meninggal dunia. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hatinya saat itu. Walaupun sudah dua tahun berlalu dan seiring itu umur anaknya memasuki dua tahun, kesannya masih dalam untuknya dan menjadikan dia orang yang agak sensitive apabila menyentuh hal arwah isterinya. Tiada siapa pun yang mengetahui rasa sakitnya ini hatta ayah dan ibunya serta adik lelakinya.
            Hakim dan Amran berjalan masuk ke dalam pejabat. Sesudah masuk saja ke dalam pejabat, sebuah wanita yang dikerumui guru-guru menyapa pandangannya. Dia memandang Amran dan lelaki itu berlalu sambil mejungkitkan keningnya. Tu ke cikgu barunya? Hati Hakim tertanya-tanya. Dia berjalan kearah guru-guru yang sedang mengerumuni gadis itu. “ Eh, Cikgu Hakim. Mari sini saya perkenalkan cikgu baru kita,” kata seorang cikgu perempuan sambil menggamitnya kepada gadis yang sedang membelakangkannya itu. Hakim hanya menurut saja. Tambahan pula, kehadiran cikgu itu menambah sedikit keselesaan kepadanya untu bertegur sapa dengan cikgu baru itu.
            “ Cikgu Safrina, inilah Cikgu Hakim. Cikgu yang cemerlang di sekolah ini,” kata guru perempuan itu. Hakim hanya tersenyum mendengar kata-kata berunsur pujian itu. Safrina yang membelakangkan Hakim memusingkan badannya. Teringin untuk melihat wajah guru cemerlang di sekolah ini. Ketika dulu, guru yang cemerlang merupakan Puan Fatimah. Namun, mungkin Puan Fatimah sudah bersara kerana pada umur Safrina 17 tahun, cikgu itu sudah pun mempunyai seorang cucu.
            Hakim memandang wajah cikgu baru yang sedang menghadapnya. “ Saya Cikgu Ha….” Kata-kata Hakim terhenti. Matanya terpaku pada wajah itu.. Safrina turut terlopong! My prince?! Mulutnya ditekup. Ya Tuhan, kebetulan apakah ni? Kenapa MP (My Prince) ada dekat sini? Dia cikgu ke?
Kedua-duanya terkaku berbicara. Bibir membeku lidah pula kelu berkata….. tidak tahu untuk menzahirkan lagi perasaan terkejut. Pandangan pelik guru-guru langsung tidak diendahkan. Bagi Hakim, si dia, banyak memberi perencah dalam hidupnya. Dari perencah kari hingalah perencah laksa yang langsung tidak diminatinya. Bagi Safrina, si dia, banyak memberi warna di dalam hidupnya. Dari warna merah menyala hinggalah warna itu pudar, sepudar-pudarnya..

p/s: slmt mmbace... sorry kalau mmbosnkan, meng'annoyingkn' or whtever yg x memuaskn hati.... niesa buat ni pon ske2... skdr mnjdk hobi.... hehhe.... and blog ni pon trtubuh dgn keinginn yg mengada-ngada dr niesa.... huhuuh.... klo ade trsalah taip, mohon maafkn.... jgn ngutuk2 k.. kurg phale puase... hehe.. >__<

1 comment:

  1. suspen la pulak..hmm nk kena baca n3 seterusnya ni..

    ReplyDelete