Sunday 9 December 2012

I Love You, Hubby! 5 (full)


Di dalam kereta milik Aish, mereka berdua diam menyepi. Keisya pula sudah diam membatu di sisi Aish. Sejak mereka keluar dari pusat membeli belah, tiada bicara pun daripada Aish untuk Keisya. Wajah lelaki itu tegang sekali bagaikan sedang memendam amarah. Bagi Aish, hatinya sakit sekali dengan adegan yang sepatutnya tidak berlaku bagi wanita yang bergelar isterinya itu. Sepatutnya Keisya pandai menjaga maruahnya. Sudah lama dia berada di ruang tempat isterinya mencari tuala wanita itu. Tetapi apabila perasan akan kehadiran Kamil di sisi isterinya, langkahnya mati untuk mendekati isterinya. Separuh hatinya menjerit agar mendekati isterinya, separuh lagi hatinya menyuruh dia berdiam diri sahaja selagi Kamil tidak melampaui batas.

Radio yang sedang ‘berceloteh’ itu dimatikan oleh Aish. Hatinya bertambah kusut mendengar lagu-lagu yang berkumandang daripada radio itu. Hatinya juga masih tidak tenang. Baginya Kamil itu, bila-bila sahaja akan merampas kebahagiannya. Lihatlah tadi, lelaki itu sesuka hati memeluk isterinya sedangkan dia terpaksa memendam keinginan untuk menyentuh wanita itu.
Keisya memejamkan matanya seketika. Tidak betah duduknya dengan keadaan Aish yang menyepi. Entah kenapa, dia rasa lebih baik lelaki itu bersuara daripada diam sebegini. Dia menegakkan duduknya dan dia perasan Aish memandang sekilas kearahnya. Tangannya menyeluk kedalam beg tangannya mencari iPhone nya. Mana tahu, ada mesej daripada sesiapa. Dan ternyata memang benar. Ada dua buah mesej masuk dalam handphone nya. Satu persatu mesej dibuka.

FROM: Fina Gedik

Keisyaaaaa!!! Aku rindu kau! Sejak kau kahwin ni, kau langsung dah tak layan aku. Ramai friends kau dekat kelab malam cari kau. Keisya, malam ni ada birthday party Sarah. Jom, Keisya. Pukul lapan malam. Kalau kau setuju, call aku dulu tau!

Keisya menghela nafas halus. Dia pun turut rindu akan temannya seorang itu. Turut rindu juga akan kebisingan malam di dalam kelab malam. Mesej Fina yang mengajaknya untuk ke majlis hari jadi salah seorang rakannya membuatkan hatinya teruja untuk menyertai juga. Tapi, dengan keadaannya yang sudah terikat dengan Aish, ada peluangkah untuk dia ke sana? Adakah Aish yang berlagak alim dengan dirinya ini akan melepaskannya ke majlis social itu? Susahnya kalau title dah bertukar ‘puan’ ni! Hatinya merungut geram.

Mesej kedua yang diterimanya dibuka pula. Nama pengirim itu membuatkan dia mengeluh.

FROM: Kamil

Keisya, when I first saw you, I felt something inside my heart, don’t know what was that. When I touched you, I knew that I need you by my side. And it means love for me. I love you, Keisya. Really love you! But now, I lost you. I lost my love. But, I will chase you, love.

Keisya terkedu membaca mesej daripada Kamil. Ayat itu menunjukkan lelaki itu benar-benar nekad mahu memilikinya. Ada perasaan terharu menyelinap dalam hatinya dengan kesungguhan lelaki itu tapi hatinya milik orang lain dan yang pasti, Aish sudah memilikinya dahulu.

“ Kamil….” Tanpa sedar nama itu meluncur perlahan dari dua ulas bibirnya. Tidak menyedari Aish yang memerhatinya dari tadi melalui ekor mata.

Papppp!

Keisya tersentak apabila telefonnya yang berada di tangan dirampas oleh Aish. Sudahlah di skrin telefonnya terpampang jelas mesej daripada Kamil. Dia hanya kaku sahaja tanpa berbuat apa-apa. melihat raut wajah tegang itu, takut pula rasanya untuk melawan.

Aish mendengus kasar. Keretanya diberhentikan secara kecemasan di tepi jalan raya. Matanya memandang sekilas wajah isterinya yang terkejut. iPhone milik Keisya yang berada di dalam genggamannya dipegang kemas. Perasaan ingin tahunya membuak-buak apabila gadis itu menyebut nama Kamil sambil membaca sesuatu di iPhone itu.

Pedih! Sakit! Marah! Cemburu! Semuanya hadir bercampur di dalam hatinya. Sakit matanya membaca ayat-ayat cinta daripada Kamil. Pedih matanya membaca ayat itu.

“ Keisya, when I first saw you, I felt something inside my heart, don’t know what was that..” Aish mengucapkan kembali mesej Kamil. Mata Keisya membulat melihat Aish melakukan sedemikian. Kemudian lelaki itu tergelak sinis.

“ When I touched you, I knew that I need you…” Aish mengetap geram bibirnya membaca ayat itu. Menyampah rasanya. Sengaja dia membaca ayat itu dihadapan isterinya. Ayat mesej itu menyakitkan hatinya. Kalaulah Kamil berada di hadapannya, memang lunyai lelaki itu dikerjakannya.


“ Aish, stop it,” ujar Keisya tegas. Dia tidak mahu lelaki itu mengucapkan ayat itu. Hatinya tidak sakit dengan perlakuan lelaki itu, tetapi dia yakin lelaki itu yang sedang menahan rasa sakit di dalam hati. Tangannya ingin merampas telefonnya tetapi lelaki itu pantas mengelak.

“ Let me finish it, Keisya,” ujar Aish keras namun dalam nada perlahan. Keisya terdiam dan terus duduk bersandar di kerusi kereta. Membiarkan sahaja apa yang ingin dilakukan Aish.

“ And it means love for me. I love you, Keisya. Really love you! But now, I lost you. I lost my love. But, I will chase you, love,” ujar Aish lagi namun kali ini nadanya bertukar garang dan membentak. Dia menggengam erat iPhone isterinya itu. Kalau ikutkan hatinya,mahu sahaja dia mencampak telefon itu keluar ke jalan raya biar hancur dilanggar kereta. Matanya menjeling tajam Keisya. Isterinya itu diam tidak berkutik dan hanya menunduk sambil mengetap bibir. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin. Tanpa Keisya, hidupnya tenang. Tanpa Keisya, hidupnya tidak huru hara. Tapi kini semua itu hilang berganti marah dan cemburu. Keisya, can you feel what I feel right now?

“ Kamil is your boyfriend, right?” tanya Aish dengan nada yang lemah. Rasa lelah nafasnya memendam semua perasaan. Keisya terus mengalihkan mukanya kepada Aish. Pertanyaan Aish membuatkan dia terpana seketika.

“ Aish, Kamil bukan…”

“ Kenapa susah sangat Keisya nak terima hakikat ini? Kenapa Keisya susah sangat nak terima yang hakikatnya abang sayang Keisya, cintakan Keisya? Adakah Kamil dah dapat meraih tempat Keisya dahulu berbanding abang?” tanya Aish lemah. Matanya memandang sayang isterinya. Dia perlu sabar dengan isterinya. Walaupun isterinya banyak menduganya, tapi wanita itu cintanya, pemilik tulang rusuknya.

“ Bukan Kamil yang berada dalam hati I…” jawab Keisya perlahan. Wajahnya dipalingkan kearah lain.
Aish mengeluh perlahan. Semenjak hidup bersama Keisya, banyak kali dia mengeluh atas dasar cintanya yang tiada penghujung.

“ Habistu siapa?” tanya Aish agak kasar. Pada matanya, Kamil memang kekasih kepada Keisya. Tapi gadis itu menafikannya. Habistu, siapa lagi lelaki yang menduduki hati Keisya?

Keisya meramas sendiri jari jemarinya. Kepalanya tunduk menghadap jari.

“ Tiada siapa-siapa,” balas Keisya perlahan sambil memandang Aish, memohon pengertian agar jangan disoal mengenai hati. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia memberitahu Aish siapa yang berada di dalam hatinya.

Aish menumbuk geram stereng keretanya. Geram! Keisya di sisinya sudah tersentak melihat Aish dalam keadan sebegitu. Selama ini lelaki ini tidak pernah marah sedemikian rupa. Ketika dia dicumbu oleh Kamil, reaksi Aish masih tenang walaupun dia sedar lelaki itu diamuk emosi.

Aish beristighfar. Ingin menenangkan kembali hati yang sedang hangat membara dengan cinta dan cemburu. Setelah hatinya kembali tenang, dia kembali meneruskan pemanduannya yang tergendala akibat mesej daripada Kamil. iPhone Keisya dipulangkan kembali kepada isterinya. Perjalanan mereka sunyi tanpa suara.


Aish memberhentikan keretanya di garaj yang disediakan. Enjin keretanya dimatikan kemudian dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi keretanya. Dia menoleh kepada Keisya. Wanita itu telah membuka pintu kereta untuk keluar dari keretanya. Namun, tangannya pantas menyambar lengan wanita itu. Keisya tersentak. Matanya memandang kepada wajah Aish yang sedang keletihan.

“ I’am sorry what I’ve been done for you. I just want you to know, I love you until my die,” ujar Aish lembut dengan usapan lembut di pipi isterinya. Dengan pantas, bibirnya laju mengucup pipi isterinya. Tangan isterinya dikucup lembut lalu dilepaskan. Wanita itu pantas keluar dari keretanya dengan wajah yang memerah. Dia hanya memandang langkah isterinya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi. Perasaan bahagia menyelinap ke dalam hatinya. Masih terasa lagi hangatnya pipi itu menerima kucupan daripadanya.


Keisya duduk termenung di hadapan meja solek. Jam di dinding dipandang. Sudah satu jam dia tiba di rumah dan sekarang sudah menginjak ke angka lima petang. Hatinya runsing memikirkan majlis yang ingn disertainya itu. iPhone nya dicapai. Tangannya laju mencari nombor telefon Fina.
“ Hello, Fina.”

“ Keisya!” jerit Fina di talian. Bingit telinganya mendengar suara jeritan itu. Telefon itu dijarakkan sedikit dari telinganya.

“ Kau ni Fina, nak aku pekak ke?” seloroh Keisya dengan suara yang membentak.

“ Hahaha. Alah, beb. Aku rindu kau tau. Dah tiga hari tak jumpa kau. Selalunya setiap hari kita jumpa,” balas Fina di hujung talian. Keisya tersenyum senang dengan kata-kata temannya itu. Walaupun baru beberapa hari tidak bertemu, rasa rindu sudah kepada rakannya seorang itu.

“ Yelah tu, Fina. Kau ni buka boleh percaya sangat cakap. Kelentong je lebih,” gurau Keisya. Fina di talian sudah ketawa mengilai.
“ Sampai hati kau cakap macam tu. Ni kau call aku ni pehal? Rindu ke?”
“ Tak ada masa aku nak rindu kau. Aku nak tanya kau ni, pasal birthday party Sarah. Majlis tu buat dekat mana?” tanya Keisya dan matanya menangkap Aish yang memasuki bilik mereka itu. Lelaki itu tersenyum kearahnya namun dia diam tidak membalas. Malah dia bangun dari kerusi meja solek dan berjalan ke balkoni bilik mereka. Tidak selesa jika Aish mendengar perbualannya.

“ Majlis tu buat dekat dewan yang dekat dengan kolej kita itu. Apa ek nama dewan tu? Aku lupa lah nama dewan tu,” ujar Fina. Keisya ketawa kecil mendengar kata-kata rakannya itu.
“ Kau ni Fina, ada-ada je kan. So, majlis tu start pukul lapan ke?” tanya Keisya meminta kepastian.
“ Yes, pukul lapan malam,” jawab Fina.
“ Okey tu je aku nak tanya,” ujar Keisya sambil memandang ke halaman rumahnya. Sejuk sahaja di balkoni itu dengan angin petang yang menyapa tubuhnya.
“ Wei, beb,” panggil Fina.
“ Ya, Fina,” sahut Keisya.
“Lupa pulak nak cakap. Tema majlis tu masquerade,” ujar Fina. Keisya mengangguk bagaikan ada Fina dihadapannya ini.
“ Okey. Kau ni lambat tau inform dekat aku. Topeng aku belum ada lagi tau,” ujar Keisya sedikit berjauh hati. Fina di talian ketawa mendengar kata-kata kawannya itu.
“ Kau tak payah lah beli mask. Nanti aku bawa. Cantik punya!” balas Fina dengan ketawa kecil.
“ Okey. Thanks, Fina.” Talian dimatikan. Keisya duduk di kerusi yang ada di balkoni biliknya itu. Dia memandang langit petang.

“ Fina call?” Tanya seseorang di sisinya. Keisya tersentak. Pantas kepalanya ditolehkan ke belakangnya.
“ Yes, Fina,” jawab Keisya acuh tak acuh. Tangannya bermain-main dengan iPhone di tangan. Inbox yang penuh dengan mesej, dibukanya. Tangannya laju membuang mesej-mesej yang penuh di dalam inbox. Risau jika lelaki itu akan menyelongkar inbox nya walaupun dia tahu Aish tak akan berbuat begitu.

Aish mengambil duduk di kerusi yang berhadapan dengan Keisya.  Wanita itu langsung tidak memandangnya malah memandang langit. Dia turut memandang ke langit mencari apa yang dipandang isterinya itu.

“ Aish, I malam nanti nak keluar,” ujar Keisya sambil memandang Aish. Lelaki itu mengalihkan pandangan kepadanya.

“ Nak keluar ke mana?” Tanya Aish dengan dahi berkerut. Baru balik dari jalan-jalan, nak keluar lagi? Tak penat ke dia ni? Hatinya berkata-kata.
Eeeee, mamat ni. Sebuk je nak tahu aku nak pergi mana. Rungut hati Keisya.
“ Errr, I nak pergi birthday party kawan I,” jawab Keisya acuh tak acuh. Dia perasan pandangan kurang senang Aish dengan kenyataan itu.

“ Dekat mana? Nightclub?” Tanya Aish dengan nada sindiran. Keisya menjeling tajam Aish. Aish yang sedar dia sudah membuat gadis itu terasa hati berdeham.

“ Dekat mana majlis tu?” Tanya Aish.
“ Dekat dewan,” balas Keisya. Tangannya masih lagi setia bersama handphone nya.

Aish tidak membalas lalu bangun dari duduknya. Keisya yang sedar lelaki itu bangun berdiri pantas memandang Aish. Lelaki itu berjalan menuju ke almari pakaiannya. Keisya terkejut! Dia berjalan laju menghampiri Aish. Pintu almari yang hampir dibuka Aish dihadang dengan tubuhnya.

“ You nak buat apa?” Tanya Keisya dengan mata membulat. Aish nyata terkejut dengan Keisya yang berada di hadapannya. Kemudian dia tersenyum manis. Bahu wanita itu disentuh lembut.  Tubuhnya dirapatkan dengan Keisya sehingga wajah Keisya hampir tersembam ke dada Aish. Keisya tergamam. Dengan sendirinya dia mengalihkan tubuhnya dari Aish. Aish tersenyum kecil melihat reaksi Keisya. Tangannya pantas ingin membuka almari baju Keisya.

“ Wait! You nak buat apa buka I punya almari?” Tanya Keisya berang. Wajah Aish dipandang menyinga.
“ Abang nak carikan dress untuk Keisya. Keisya kan nak pergi party,” balas Aish lalu membuka almari pakaian wanita itu tanpa menghiraukan jeritan Keisya.

Keisya menutup mukanya. Malu jika pakaian kecilnya terpampang di hadapan mata Aish.
“ Sayang..”
“ Don’t say..” potong Keisya laju.
“ Don’t say what? Sayang bukalah mata tu,” ujar Aish lalu berjalan mendekati Keisya. Tangan wanita itu ditarik perlahan agak tidak menutup matanya sekali lagi.

“ Sayang, pakaian Keisya ni semuanya tak sesuai untuk Keisya,” balas Aish bersahaja sambil menyentuh dress seksi yang dimiliki oleh Keisya. Ada dress yang sudah menutup seluruh tubuh wanita itu namun jarang. Ada yang terbelah sana sini, dan kebanyakannya mengikut fesyen barat.

Keisya berang. Geram mendengar Aish mengatakan dress nya itu tidak sesuai untuknya.
“ You apa tahu. You laki. Sana sikit. I nak pilih dress,” ujar Keisya sedikit kasar lalu menolak tubuh lelaki itu yang sedang tercegat di hadapan almarinya. Namun tolakannya tidak berkesan keatas tubuhnya.

“ No, semua dress ni tak sesuai untuk Keisya,” bantah Aish lembut. Dia tidak mahu wanita itu membuat ‘tayangan perdana’ di majlis tersebut dengan dress yang entah apa-apa.

“ You ni kenapa? I yang nak pakai ke you yang nak pakai? I yang beli semua dress ni, I tahulah baju ni sesuai atau tidak dengan I,” ujar Keisya dengan nada yang berang. Dia cuba menolak lagi tubuh lelaki itu namun suaminya hanya berdiam diri.

Aish berpeluk tubuh di hadapan Keisya. Dia menjongketkan keningnya beberapa kali membuatkan isterinya itu menyeringai.

“ Tema majlis apa?” Tanya Aish ingin tahu. Keisya diam tidak membalas sambil berpeluk tubuh. Sakit hati dengan sikap lelaki itu yang makin membuatkan dia bertambah benci dan sakit hati.
“ Kalau Keisya tak cakap, terpaksalah abang duduk depan almari ni,” balas Aish bersahaja lalu duduk di lantai bersandar di pintu almari. Dia dengar wanita itu merengus kasar namun dia buat tidak tahu sahaja.
“ Masquerade,” jawab Keisya dengan hati yang membengkak.

Aish mengjongketkan keningnya. Oh, masquerade rupanya. Hatinya berkata-kata. Dia bangun dari duduknya lalu menarik tubuh wanita itu mendekatinya. Namun Keisya hanya membatu dengan muka yang masam.

“ Janganlah macam ni. Abang nak ajak Keisya beli dress baru. Yang sesuai dengan isteri abang ni,” ujar Aish lembut sambil mencuit perlahan dagu gadis itu.
Muka yang keruh itu berubah reaksi. Dia memandang wajah Aish dengan reaksi wajah yang seakan-akan tidak percaya. Dia memusingkan badannya menghadap Aish di sisinya.

“ You ajak I beli dress?” Tanya Keisya meminta kepastian.
“ Yes,” jawab Aish mengiakan.

“ Means you belanjalah kan?” Tanya Keisya dengan nada yang agak teruja.
Aish tersenyum kecil. Haih, pantang betul kalau nak bershopping ni. Dia mengangguk dengan pertanyaan Keisya. Gadis itu tersenyum kecil.

“ Okey, I bersiap-siap dulu. Kita kena pergi sekarang. Takut tak sempat nanti,” balas wanita teruja. Bukan senang nak ‘tapaww’ Aish ni. Hati wanitanya berbisik nakal.

“ But, abang yang pilih.” Kata-kata Aish itu membuatkan senyuman di bibir Keisya mati. Aish tersenyum.

“ But I will make sure that dress will make you perfect like angel,” balas Aish lembut lalu menarik lembut tangan wanita mendekatinya.

Keisya pantas menarik tangannya dari genggaman lelaki itu. Dia tidak mahu hanyut dengan semua ini.
“ Okey, I ikut. You belanja and make sure that dress will make me perfect like angel,” ujar Keisya dengan nada sindiran di hujung ayat. Dia memandang wajah lelaki itu namun Aish hanya tersenyum kecil mendengar kata-katanya.


Aish Ahsan dan Keisya Farina melangkah masuk ke dalam sebuah butik. Dari luar, mata Keisya sudah terpaku dengan keindahan pakaian di situ. Dengan teruja, dia memandang sekeliling butik itu yang tersangkut pelbagai jenis pakaian yang menarik minatnya. Dalam hatinya memuji-muji kepandaian Aish dalam mencari butik yang cantik ‘luar’ dan ‘dalam’.

“ Keisya, mari ikut abang,” ajak Aish. Tangannya menarik lembut tangan gadis itu sambil bibirnya bergayut senyuman kecil melihat reaksi Keisya yang teruja dengan  pakaian-pakaian yang ada di situ. Dari gelagat wanita itu, dia pasti isterinya belum pernah menjejakkan kaki ke dalam butik ini.

Keisya mengikut gerak geri Aish. Matanya tidak lepas memandang pakaian di situ. Semuanya cantik dan dia tidak kisah jika Aish memilihkan mana-mana pakaian kerana dia tahu dia boleh jadi ‘angel’.

“ Miss, sudah siap ke belum dress haritu?” Tanya Aish kepada pekerja butik itu. Pekerja itu mengangguk seketika dan bercakap sebentar dengan Aish. Keisya diam sahaja. Tidak memahami butir bicara mereka walaupun berbahasa Melayu.

“ Keisya, tunggu sini sekejap. Kalau abang dah jumpa dress tu, abang tunjukkan dekat sayang,” ujar Aish dan Keisya hanya mengangguk. Sofa di situ didudukinya. Rasa bangga pula memiliki suami yang memahami citarasanya.

Aish mengikut pekerja wanita itu masuk ke dalam sebuah bilik khas. Bilik itu tersedianya setiap pakaian yang telah siap dijahit memenuhi citarasa pelanggan.

“ Ini dress nya, Encik Aish. Saya harap Encik Aish berpuas hati. Kami melakukan mengikut citarasa Encik Aish,” ujar pekerja wanita seraya menyerahkan dress labuh yang kembang dari paras pinggang hingga ke buku lali. Dress berwarna putih itu sungguh cantik di mata Aish. Hatinya yakin wanita itu akan menyukai pakaian ini kerana pada mata lelakinya sangat perfect. Tiada lagi dress yang menampakkan lurah dada, tiada lagi yang menampakkan betis wanita itu dan lengan wanita itu.

“ Macam mana, Encik Aish? Do you like it?” Tanya pekerja wanita itu. Matanya memandang sahaja Aish yang asyik membelek pakaian itu. Aish memandang pekerja wanita itu dengan senyuman lebar di bibir.

“ Of course, I like it. Menepati citarasa yang saya inginkan,” balas Aish lalu menyerahkan kembali pakaian itu kepada pekerja wanita tersebut. Sama-sama mereka berdua melangkah keluar dari bilik khas itu lalu melangkah menuju ke Keisya yang sedang membelek setiap pakaian yang ada di situ.

“ Keisya,” panggil Aish. Keisya mendekati Aish dengan muka yang masih teruja. Tidak sabar mahu melihat bagaimana pilihan lelaki itu.

“ Mana dress nya?” Tanya Keisya penuh tidak sabar. Dia memandang  Aish kemudian matanya jatuh kearah pakaian yang sedang dibawa oleh pekerja wanita itu. Dress putih labuh itu menarik minatnya. Dia terlopong seketika melihat pakaian itu. Dia berjalan pantas mendekati pekerja wanita itu lalu mengambil pakaian itu dengan gelojoh. Aish hanya mampu tersenyum kepada pekerja itu.

“ Aish Ahsan! I want this dress! I want it!” kata Keisya dengan penuh teruja. Dress itu dipeluk erat seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Aish ketawa kecil. Comel sungguh rekasi wanita itu dan hatinya lapang melihat kegembiraan yang terpancar di wajah itu. Apa yang membuatkan wanita itu bahagia, dia turut bahagia.

“ Yes, sayang. It’s for you,” balas Aish sambil memeluk bahu wanita itu. Keisya memandang wajah Aish dengan hati yang sayu. Entah kenapa dia rasa begitu. Tapi hatinya gembira. Tanpa sedar dia memeluk tubuh lelaki itu tanpa dipaksa tetapi dengan rela hatinya.

Aish terkedu. Liurnya ditelan, kesat. Matanya memandang pekerja wanita itu yang tersenyum kearah mereka. Dia hanya mampu tersenyum. Dengan perasaan bahagia, bahu wanita itu dipeluknya.
“ Sayang, kita dekat butik sekarang ni,” bisik Aish perlahan di telinga gadis itu. Perlahan dia dapat merasakan pelukan wanita itu terlerai daripada tubuhnya.

“ Okey, I nak dress ni okey,” ujar Keisya teragak-agak lalu menyerahkan kembali dress itu kepada pekerja wanita itu. Dia memandang Aish yang tersengih memandangnya. Seketika dia dapat merasakan darah panas menyerbu mukanya.

“ Lain kali, peluk lagi tau,” bisik Aish mengusik. Wajahnya makin merah padam dengan tindakan Aish. Eeeeee, macam mana aku boleh terpeluk dia niiii!

“ Cik Keisya, cik nak cuba dress ini?” Tanya pekerja itu kepada Keisya. Keisya tersenyum senang sambil menggeleng laju.
“ Eh tak apa. Dress tu memang sesuai untuk saiz badan saya,” balas Keisya sambil tersenyum. Hari ni murah pula dia dengan senyuman.


Aish Ahsan mengerling kearah isterinya yang sedang menjinjit beg plastic yang berisi dress labuh itu. Seketika kemudian, langkahnya terhenti. Keisya yang sedar lelaki itu berhenti di belakangnya menoleh ke belakang.

“ Why Aish?” Tanya Keisya dengan dahi yang berkerut. Dia berjalan mendekati Aish.
“ Tema majlis masquerade kan? Tapi sayang dah ada mask ke?” Tanya Aish.
“ It’s okey. Fina nak tolong bawakan,” balas Keisya.
“ Itu pun kalau dia ingat,” ujar Aish bersahaja lalu menarik tangan wanita itu menuju ke sebuah kedai.

Dua buah mask dicapai Aish di dalam kedai itu. Satu berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih bercorak rama-rama. Mask putih itu ditunjukkan kepada isterinya. Wanita itu membelek seketika mask itu.

“ Cantiklah mask ni, simple je,” ujar Keisya lalu meletakkan mask itu di mukanya pada bahagian mata. Kemudian dia berpaling kepada Aish meminta reaksi lelaki itu.
“ Nice. Suitable for you,” ujar Aish sambil tersenyum manis. Bahagia rasa apabila wanita itu semakin mesra dengan dirinya.

Keisya tersenyum mendengar pujian Aish. Matanya jatuh kepada mask hitam yang dipegang Aish. Dia memandang Aish yang cuba match kan mask itu pada mukanya. Pelik juga apabila melihat lelaki itu sebuk-sebuk untuk mencuba mask.

“ You nak beli ke mask tu?” tanya Keisya.
“ Yes, abang nak beli mask ni. Why?” tanya Aish sambil mengalihkan mask itu dari matanya.
“ Errr, tak ada apalah,” balas Keisya seraya berjalan menuju ke kaunter bayaran.

 Aish mengerling kearah Keisya yang sedang berbalas mesej. Hari ni, hatinya berasa gembira walaupun kegembiraannya dicacatkan dengan perasaan tidak puas hatinya terhadap Kamil. Tap siapa sangka, dengan topic ‘majlis’, sudah dapat mengembalikan semula kebahagiaannya dan kemesraan antaranya dengan Keisya. Malah hatinya bertambah lapang apabila gadis itu berasa gembira dengan dress yang direka khas untuk isterinya mengikut citarasanya. Sebelum majlis perkahwinan mereka, dia sudah meminta dress yang direka khas untuk isterinya di butik itu.


Keisya melihat dirinya yang indah berpakaian dress labuh di hadapan cermin. Tubuhnya dipusing-pusingkan. Rasa teruja dengan dirinya. Pada matanya, dia seolah-olah seperti bidadari seperti apa yang diyakinkan Aish sebelum ini. Dia tersenyum ceria. Wajahnya yang disolek nipis menambahkan kecantikan pada wajahnya. Right now, I’am angel! Jerit hatinya. Entah kenapa dia rasa teruja tidak bertempat. Mungkin dress cantik ini menambahkan kegembiraan di hatinya.

Dia mencari-cari Aish di sekitar bilik mereka namun tiada. Matanya terpaku pada pintu bilik air yang tertutup rapat itu. Pasti lelaki itu berada di dalam bilik air. Dia menghampiri katil lalu melabuhkan duduk di situ sambil menunggu Aish. Lelaki ada berpesan dengannya yang dia aian dihantar oleh suaminya itu. Dengan senang hati dia menerimanya kerana dia pun malas nak drive.

Aish membelek penampilannya di dalam bilik air. Tubuhnya yang sasa dibaluti dengan tuxedo hitam serta bow merah di leher. Rambutnya pula di sisir rapi. Oleh kerana gadis itu benci melihatnya menyalin pakaian di bilik, jadi terpaksalah dia menukar pakaiannya di bilik mandi ini. Pintu bilik air didekati lalu dibuka.

Keisya tercengang. Aish terpaku. Keindahan pada diri masing-masing membuatkan mereka terpaku. Keisya memandang Aish atas bawah. Dia tidak nafikan lelaki itu memang kacak ditambah pula dengan tuxedo hitam dan bow merah di leher. Aish pula tidak berkelip mata memandang isterinya. Indah. Hanya itu sahaja dia mampu kata tentang penampilan Keisya. Benar apa yang dikata, isterinya itu memang bidadari. Bidadari yang diturunkan Tuhan untuknya di dunia ini.

“ Errr, Aish, kenapa you berpakaian macam ni? You pun ada majlis juga ke?” Tanya Keisya seraya mengalihkan matanya dari terus memandang Aish yang kacak itu. Tangannya bermain-main dengan dressnya itu.

“ Errrr, yes. Abang ada majlis juga malam ni. Temanya masquerade juga seperti majlis kawan Keisya itu,” ujar Aish panjang tanpa dipinta. Matanya masih tidak lepas merenung isterinya itu. Rasa tidak mahu melepaskan sahaja isterinya itu.

“ Oh, I see! Okey lah kalau macam tu, jom gerak sekarang,”ujar Keisya lalu bangun  dari duduknya. Dia melangkah bersahaja walaupun dia perasan dengan renungan Aish yang merimaskan dirinya.


Aish Ahsan memberhentikan keretanya di hadapan dewan yang meriah. Keningnya bertaut seketika melihat dewan ini.
“ Why Aish?” Tanya Keisya apabila melihat reaksi wajah Aish sebegitu.
“ Errrr, ini ke dewannya?” Tanya Aish meminta kepastian. Matanya memerhati setiap pelosok dewan itu.
“ Betullah ni dewannya. Kenapa Aish?” Tanya Keisya lagi. Pelik dengan reaksi Aish.
“ Errrr, nothing. Okeylah, pergi masuk sana. Mask bawa tak?” Tanya Aish sambil memandang Keisya.
“ Don’t worry. Ada ni,” ujar Keisya sambil menayangkan mask nya di hadapan Aish. Mask itu terus dipakainya. Lelaki itu hanya tersenyum memandangnya.

Pintu kereta dibukanya sendiri lalu tubuhnya dibawa keluar dari kereta. Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkannya. Dia tersenyum ceria. Dengan hati yang lapang, dia melangkah masuk ke dalam dewan. Sebentar lagi pasti majlis akan bermula.

Semua yang hadir berpakaian indah sesuai dengan tema. Masing-masing memakai mask di wajah. Seketika kemudian, dia dapat merasakan hampir semua tetamu yang hadir mengalihkan mata kearahnya. Rasa bangga menujah ke hati. Adakah kecantikannya terlalu memukau pada mala mini? Hatinya berbisik kecil.

“ Keisya!” tegur Fina yang berpakaian dress seksi menampakkan betis dan pehanya. Keisya mengalihkan pandangannya kepada Fina kemudian mereka berpelukan seketika.

“ Look at you, Keisya! So beautiful! Patutlah semua orang asyik pandang sini je,” usik Fina sambil membelek tubuh Keisya yang indah bersalut pakaian labuh itu.
“ Thanks Fina,” ucap Keisya tersenyum ceria. Tengoklah suami siapa yang pilih! Erkkk?
“ Betul cakap Fina tu Keisya. You’re really beautiful. Cemburu I,” ujar Sarah yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.

“ Eh Sarah! Happy birthday Sarah. Jelita you malam ni,” puji Keisya sambil memeluk tubuh Sarah. Gadis itu hanya tersenyum ceria sambil membalas pelukan Keisya.

“ Okey, girls. Tiba masa potong kek. Then, kita enjoy,” ujar Sarah dan berlalu dari situ menuju ke pentas yang menempatkan kek tiga tingkat itu.

“ Keisya, nasib baik kau ada mask. Bila aku dah sampai sini, aku baru teringat mask kau,” ujar Fina sambil tersengih-sengih. Mask yang dipakai oleh Keisya pada matanya ringkas sahaja tapi cantik.

“ Hmm, nasib baik aku fikir nak beli. Kalau tak, tak lengkap aku pergi majlis ni,” balas Keisya sambil memberikan cubitan halus di lengan gadis itu yang terdedah. Menyeringai Fina menerima cubitan.


Selesai sahaja acara memotong kek, muzik indah beralun memenuhi ruang dewan itu. Tetamu yang hadir mula mengambil ruang untuk menari dengan pasangan masing-masing. Ramai tetamu yang hadir terdiri daripada anak muda. Keisya dan Fina masih lagi duduk di meja tetamu sambil memerhatikan mereka yang sedang menari itu.

“ Eh, Rudy! Keisya, aku nak pergi tempat Rudy sana, okey,” ujar Fina pada Keisya lalu pantas berlalu meninggalkan Keisya yang berseorangan tanpa teman di sisi. Bosan rasanya pula apabila terpaksa memerhatikan sahaja tetamu yang hadir sedang menari manakala dia, tanpa pasangan untuk menari.

“ Excuse me, miss. Shall we dance?” ujar seorang lelaki di hadapannya yang lengkap bertuxedo dengan mask di muka. Lelaki itu melutut di hadapannya sambil menghulurkan tangan kearahnya. Keisya terpaku seketika. Siapa lelaki ini? Hatinya tertanya-tanya. Namun, tangannya sudah dicapai lelaki itu lalu menarik tubuhnya ke ruang menari.

Tangannya diletakkan ke bahu oleh lelaki itu. Manakala pinggangnya dirangkul erat. Dengan perlahan, tubuh mereka dialun bersama mengikut rentak muzik. Matanya tidak lepas mengamati wajah lelaki di hadapannya ini. Seperti dia pernah berjumpa sebelum ini.

“ Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya lelaki itu sambil tersenyum manis. Keisya tidak membalas tetapi matanya asyik memandang wajah lelaki itu. Sinar mata lelaki itu, dia dapat merasakan dia mengenali lelaki itu. Tapi siapa?

“ Awak siapa?” Tanya Keisya perlahan. Lelaki itu tidak membalas tetapi hanya tersenyum sahaja. Keisya mengeluh apabila tidak mendapat jawapan.

“ Siapa pun saya, yang pasti, kini saya dekat dengan awak. Sangat dekat,” bisik lelaki itu perlahan.

Akhirnya, mereka berdua diam dan terus menari tanpa memikirkan sepasang mata yang sedang memandang dengan hati yang remuk, kecewa, sedih dan bermacam rasa. Dia mencabut mask nya dari wajah lalu beredar dari dewan itu. Tidak sanggup melihat wanita yang dicintai, menari bersama lelaki lain.

p/s: okey..... ILYH full... sorry sesangat... writer banyak aktiviti sangat bulan december ni.... hmmm, nak buat 1 bab pun rushing.... blog ni pun dah selekeh tanpa sentuhan writer, jadi, touch up kan sikit... hehehe

4 comments:

  1. Rase geram sangat dgn Keisha nie. HeYSHH =_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, geram dengan Keisya... spe yg menari dgn Keisya tu? kekasih lama ke?

      Delete
    2. siapakah itu? kekasih lama? hmmm, tunggu... ^__^

      Delete
  2. keisya memang mcm tu erh...
    pantang diajak..terus menari.. geramnyer...

    ReplyDelete