Sunday, 2 September 2012

MARI SINI HATI KAU! BAB 1

Cermin mata besar yang dipakainya di betulkan. Pelajar-pelajar di kolej itu memandangnya dengan sengihan sinis dan mata yang tajam. Dia tidak suka keadaan ini. Penampilannya dibetulkan dan seluarnya ditarik melepasi pusat. Sengihan mereka dibalas dengan sengihan juga. Rasa malu apabila diri ini menjadi perhatian. Meja batu yang berdekatan dengan cafe diduduknya. Buku-buku diletaknya diatas meja dengan tangan yang menggeletar kerana assignment yang baru disiapkannya dua hari lepas hilang. Entah macam mana dia hendak menghadap Prof. Kamil. Buku yang setebal tiga inci di selaknya. Dua minggu akan datang peperiksaan akhir semester akan bermula bagi mereka yang berada di semester akhir sepertinya. Itulah dia Nabil Hafizi. Dia berpegang kepada prinsip 'sediakan payung sebelum hujan'. memang tidak hairanlah sekiranya setiap peperiksaan dia dapat keputusan yang cemerlang lagi gemilang!

" Hai, Nabil," tegur satu suara halus. Nabil yang sedang terkebil-kebil membaca buku mengangkat pandangan. Dia tersenyum melihat gadis cantik dihadapannya sehinggat menampakkan braces yang dipakainya. Ewww, please lah jangan senyum macam tu, bodoh! Kutuk Syakira. Geli dia melihat cara nabil tersenyum. Rasa hendak diherdik saja namun apabila memikirkan yang dia perlukan bantuan lelaki itu, segera niat untuk marah lelaki itu terhenti. Senyuman manis cap gula seguni menghiasi bibirnya. Tangan halusnya diletakkan ke bahu lelaki itu dan dengan separuh rela bahu lelaki itu diurut lembut. Selembut-lembutnya.

" Eh, awak tengah urut saya ke?" tanya Nabil terkejut serta lurus. Dia tersengih ria bila perempuan itu sudi menyentuh bahunya. Syakira menjulingkan matanya keatas. Hisy, mamat bodoh ni! Dah tau ni urut pergi tanya lagi buat apa! Marahnya.

" Ya, sayang. I tengah urut you lah ni. Habistu you ingat I tengah buat apa ni, sayang?" ucap Syakira. Mukanya dibuat-buat seakan-akan geli dengan percakapannya tadi. Sorry okey, I terpaksa okey! Darurat!
" Oh, awak tengah urut ke? Thanks. Tapi urut tu kuat sedikit boleh tak? Saya rasa macam 'orang sotong' je yang urut."
Kejengkelan pada muka Syakira makin terserlah. Hisy, mamat bodoh ni, banyak songeh betul. Tangannya mengurut sedikit kuat bahu Nabil dan Nabgil tersenyum menerima urutan gadis itu.
" Nabil, you boleh bantu I tak?" tanya Syakira dengan suara penuh lunak dan menggoda. Nabil tersengih-sengih mendengar pertanyaan gadis itu. terasa dirinya itu bagaikan hero apabila ada orang meminta bantuan kepadanya.
" Awak nak saya tolong apa? Kalau awak nak saya ambilkan bintang untuk awak pun saya sanggup," balas Nabil dengan ketawa kecil yang amat menjengkelkan pada pendengaran Syakira. Adoii mamat ni. Nak berjiwanglah pulak dengan aku. Tak sedar rupa macam mana. Cuma otak kau je tu yang boleh pakai.  kutuk Syakira lagi.
" You ni, nakal tau. I nak you bantu I tolong siapkan assignment Prof. Kamil. You tahukan esok 'lelaki hantu' tu nak," rengek Syakira. Terpaksa dia menebalkan meminta bantuan dari lelaki bijak pandai lagi bestari itu.

Nabil terkedu. Buku yang tadi sedia ditatap ditutup. Matanya beralih pula kepada Syakira dengan sengihan di bibir. Aduh, kenapa Syakira minta aku buatkan assignment dia. Aku punya assignment yang Prof. Kamil nak tu pun dah hilang so kena buat baru. Aduhhh... Runsing Nabil memikirkannya.
" Syakira," panggil Nabil. Air liurnya ditelan. Nak terima ke tak? Nabil sedang dalam dilema. Nak tolak terasa kesian pula melihat wajah Syakira yang dimemekkan sedih.
" Ya, Nabil. I tau mesti you boleh bantu I, right?" tanya Syakira dengan wajah dimemekkan kesian. Dia perlukan bantuan lelaki itu. Kalau lelaki itu tidak mahu membantunya, boleh sahaja dia buat sendirian namun mengambil masa berminggu-minggu. Urgh!

Nabil makin rasa bersalah. Tanpa disedarinya kepalanya dianggukkan. Syakira yang melihat reaksi lelaki itu terjerit riang. Apabila melihat orang ramai disekelilingnya yang memandangnya pelik dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, segera dia berdiri diam dan memandang Nabil dengan tangan bersilang di dada.
" Thank you Nabil sebab nak bantu I. Okeylah, I pergi dulu. Jumpa esok, okey," ujar Syakira sebelum berlalu meninggalkan nabil dengan perasaan puas di hati. Nabil mengeluh halus. Cermin mata besarnya buat pertama kalinya di tanggalkan di khalayak umum. Dia langsung tidak menyedari cermin matanya sudah ditanggalkan dari matanya.
"Handsomenya dia."
" Mak aiii, tak sangka aku Nabil tu handsome."
" Alah, kenapalah dia tu nerd, kalau dia tak nerd, memang aku pikat dia sampai dapat."

Nabil yang mendengar orang sedang berkata mengenainya segera memakai cermin mata besarnya. Rasa segan pula orang memujinya handsome. Handsome ke dia? Nabil tersenyum sendirian memikirkan kemungkinan yang sebenarnya dia ni kacak. Kemudian dia ketawa kecil sambil memeluk bukunya erat.

Dia memerhatikan sahaja Nabil yang berlalu dengan muka yang tersengih-sengih sendirian. Keningnya terangkat melihat lelaki itu seperti orang tidak siuman. Dari tadi sebenarya dia memerhatikan lelaki itu bersama seorang gadis yang sangat dikenalinya. Gadis yang sering digelarnya 'ulat beluncas'. Kemudian matanya beralih pula kepada sekumpulan perempuan yang asyik memandang kearah Nabil. Keningnya semakin ternaik melihat mereka seperti tertarik dengan lelaki itu. Namun sebaliknya.
" You tengok tu, memang lah dia handsome, tapi ketawa seorang diri. Crazy," kata seorang gadis kepada kawannya itu.
" Yeah betul tu. Kalau dia tu tak gila dan tak nerd, memang aku dah sapu dia jadi pakwa aku," sokong lagi seorang perempuan di kalangan mereka. Rakan mereka yang lagi tiga orang hanya berdiam diri sahaja mendengar celoteh rakan sekumpulan mereka itu.

Kening Raisya terangkat mendengar perbualan sekumpulan gadis itu. Amboii, petang-petang ngumpat orang. Malam sikitlah kalau nak ngumpat pun. Kutuk hatinya. Topi jenama Adidas di kepalanya dibetulkan. Beg sandangnya yang dipegang sejak tadi digalas ke bahunya. Dengan lagak lelaki, dia berjalan menuju kearah sekumpulan perempuan itu yang asyik sekali mengumpat lelaki tadi. Dia ni dah lah pantang tengok orang yang mengumpat depan-depan dengannya. Memang kenalah sedas 'tembakan' berbiasa dari mulutnya.
" Assalamualaikum, minah-minah sekalian yang perasan diri tu cun sangat," ucap Raisya panjang berjela. Rambutnya terkeluar dari cap dimasukkan ke dalam cap.
Gadis -gadis itu yang asyik berbual tentang Nabil terus memandangnya dengan muka menyampah. Bukan mereka tidak kenal dengan Raisya. Gadis yang sentiasa digelar 'minah hero' di kolej ini kerana sikap berani gadis ini yang tidak tentu masa. Kadangkala menyampah juga tengok nama minah ni yang naik dekat kolej ni. Macam tak ada nama lain.
Ucapan salam Raisya tidak di balas. Raisya menjulingkan matanya ke langit melihat sikap sombong gadis-gadis itu semua. Sombong nak mampis minah-minah ni semua. Ingat aku hadap sangat lah nak jumpa diorang ni.

" Hai, aku datang sini dengan baik sambil ucap salam tapi korang semua ni balas dengan muka-tak-boleh-bla- korang buatkan aku rasa angin je," balas Raisya sambil mengipas wajahnya dengan buku setebal dua inci. Rasa nak patah tangannya mengipas mukanya dengan buku yang tebal itu.

" Hey, Raisya. Yang kau menyemak dekat sini kenapa? Kau nak gaduh dengan kami ke? Kalau kau rasa hangin boleh jalan lah, perempuan," balas seorang gadis di dalam kumpulan tadi. Mulutnya yang bagaikan laser membuatkan Raisya tergelak terbahak-bahak seorang diri. sekumpulan gadis itu makin pelik melihat reaksi Raisya yang ketawa mendengar apa yang dikatakan kawannya sebentar tadi.
" Bukan apa, aku datang ni dengan niat murni lagi suci. Aku nak tegur korang sikit ni, korang sedar tak sekarang ni waktu petang?" tanya Raisya. Berkerut dahi gadis-gadis itu mendengar pertanyaan pelik dari gadis itu.
" Memang petang. Kenapa?" tanya seorang gadis dari kumpulan itu dengan lurus. Rakan-rakannya yang lain sudah menjeling tajam melihat tingkah laku kawannya yang kelihatan lurus bendul dihadapan Raisya.
" Hah tahu pun petang. So, aku nak ingatkan korang ni, kalau nak ngumpat pun malam-malam lah sikit. Aku ni bukan apa, telinga aku ni telinga lintah. Petang-petang memang telinga aku ni semua boleh dengar. kalau malam sikit, telinga aku ni berehat sebentar. Harap maklum lah ya," balas raisya panjang berjela.
" Hah, lagi satu," sambungnya lagi. " Malam ni malam Jumaat. Aku nak jemput korang semua ni pergi surau baca Yassin. Itu pun kalau korang free lah dari 'mesyuarat tingkap' korang tu," kata Raisya lagi dengan senyuman lebar di bibir sehingga menampakkan lesung pipitnya. Gadis-gadis itu sudah terdiam terkena penangan Raisya. Raisya tersenyum lebar melihat tiada balasan dari gadis-gadis itu.
Dia memusingkan badannya menghadap ke belakang namun...
Splashhhhh!
Raisya memejamkan matanya apabila mukanya basah dengan air teh suam. Celaka! Siapa yang berani simbah aku ni! hatinya berasa geram campur marah. Matanya dibuka semula dan melihat wajah Syakira bersama gadis-gadis itu sedang ketawa melihatnya yang sudah basah di muka. Matanya memandang pula kearah cawan plastik yang kosong di tangan Syakira. Minah ni memang suka menyusahkan hidup aku lah! bentak hatinya. Orang ramai sudah mula memerhatikan mereka. Botol air yang berada di tangannya digenggam erat. penutupnya dibuka dan dia berjalan menuju kearah Syakira.
Splashhhhh!

Raisya tersengih gembira melihat baju Syakira yang sudah terkena hasil kerjanya. Puas hatinya dapat membalas apa yang dilakukan gadis itu. Syakira mengelap bajunya yang berjenama apabila basah disimbah air milo Raisya yang dibekal dari rumah. Perempuan ni memang nak kena!
Syakira berjalan menuju ke Raisya dengan tangan didepakan ke hadapan bagai hendak mencekik Raisya. Namun baru beberapa langkah, Syakira tersembam jatuh ke tanah apabila tersepak sebiji batu. Orang ramai yang memerhatikan mereka sejak tadi ketawa melihat Syakira jatuh tersembam ke tanah.
Raisya ketawa terbahak-bahak dan berjalan laju dari kawasan itu. Hatinya gembira dengan apa yang terjadi. Sengaja dia menyimbah air milo kegemarannya ke baju Syakira kerana dia tahu baju yang dipakai gadis itu mesti berjenama. Memang bukan Syakira lah namanya kalau pakai baju cap ayam. Hai, milo. Hari ni aku terpaksa korbankan kau gara-gara 'ulat beluncas' tu, getus hatinya sambil memandang botol airnya di tangan.
"Raisya!!!!" Dari jauh Raisya mendengar Syakira menjerit memanggil namanya. Raisya berjalan selamba dengan sengihan di bibir. Tak lama lagi pasti heboh bila orang tahu 'ulat beluncas' tu terjatuh depan orang ramai. Memang lari lah pakwa-pakwa dia, hatinya ria berkata-kata.

Nabil yang sejak dari tadi memerhatikan gelagat gadis itu bersama Syakira turut ketawa. Gembira rasanya melihat gadis yang tidak dikenalinya menyimbah gadis itu dengan air milo. Dan lebih mengejutkan lagi Syakira yang sentiasa control ayu itu tersembam jatuh ke tanah.

Raisya membasuh mukanya di cafe itu. Paip itu dimatikan dan wajahnya di kesat dengan tuala kecil yang disimpan dalam begnya. Dia menghampiri sebuah meja cafe dan duduk di atas meja itu. Kakinya dihayunkan ke hadapan dan ke belakang sambil membaca buku. Tiba-tiba dia seperti terdengar bunyi kerusi diseret. Dia turun dari meja dan tubuhnya yang membelakangkan pintu cafe dipusingkan. Mebulat matanya melihat seseorang di hadapannya yang sedang enak duduk di kerusi meja itu.
" Hai," tegur Nabil dengan sengihan di bibir. Tangannya dihulurkan ingin berjabat dengan gadis dihadpannya itu.
Raisya mengeluh halus. Adoii, mamat ni. Dengan perempuan pun nak bersalam-salam. Huluran Nabil tidak disambut lalu Nabil menarik tangannya semula apabila tiada sambutan dari gadis itu. Cermin mata besarnya dibetulkan. Pandangan tajam Raisya membuatkan dia gelisah.
" Hai, saya Nabil. Awak?" tanya nabil ramah. Dia ingin mengenali wanita itu lebih rapat kerana dia melihat gadis itu tidak hipokrit seperti orang lain di kolejnya. Gadis itu kelihatan sempoi sahaja dan tidak memikirkan penampilannya sebagai seorang wanita.
" Hai jugak. Aku Raisya," balas Raisya selamba dan berjalan menuju ke pintu cafe meninggalkan Nabil sendirian dengan langkah seperti lelaki. Dia malas ingin berlama-lama dengan lelaki itu. Buang masa dia saja.
Nabil hanya mengeluh halus saja melihat Raisya meninggalkan dirinya. Sombongnya dia.. getus hatinya. Bukunya dikemas balik dan turut keluar dari cafe itu. Dia malas ingin berlama-lama di cafe ini. Lebih baik dia pergi perpustakaan baca buku.

p/s: Niesa buat cerita baru. harap ada yang sudi membacanya. selamat malam... :o ZzZzZz... and one more.. kalu ada salah, mohon dimaafkan.... 

1 comment: