BAB 4
Tan
Sri Saifudin masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil. Datin Sri
Fatimah yang sedang tidur-tidur ayam secara mengiring mencelikkan matanya
apabila terasa gerakan di katil itu. Dia melihat suaminya yang duduk termenung
di birai katil. Dia tahu suaminya termenung disebabkan apa. Ketika dia sedang
berbaring diatas katil sambil membaca majalah, dia terdengar sesuatu yang riuh
di luar rumah. Suaminya yang sedang berehat disebelahnya terus bangun dan
keluar dari rumah itu. Datin Sri Fatimah menjenguk ke luar rumah melalui
tingkap bilik. Pada waktu itu, dia melihat suaminya sedang menampar anak lelakinya.
Dia terkejut melihat keadaan itu. Tanpa diketahui sebab olehnya, suaminya telah
menampar anak lelakinya itu. Dia memang tidak berpuas hati melihat smua itu.
“
Kenapa abang tampar Rafiq?” tanya Datin Sri Fatimah sambil mengiring menghadap
suaminya. Perasaan tidak puas hatinya perlu ditenangkan dengan mengetahui apa
sebabnya. Tan Sri Saifudin tidak lekas menjawab. Dia tahu, sekiranya dia
menjawab pasti ada saja jawapan isterinya untuk membela anak emasnya itu.
“
Selama ni awak pernah nampak ke saya pukul anak-anak tanpa sebab? Mestilah ada
sebab yang buatkan saya naik angin,” balas suaminya mendatar. Datin Sri Fatimah
yang sejak tadi baring terus duduk di belakang suaminya yang sedang
membelakanginya. Dia mendekati suaminya dan tangannya mengurut lembut bahu
lelaki itu. Dia tidak mahu suaminya berasa tertekan pula mendengar
pertanyaannya.
“
Ya, saya tahu. Apa yang abang buat, pasti ada sebabnya. Tapi, saya nak tahu
kenapa abang pukul dia? Abang keluar saja dari rumah abang terus tampar dia,”
ujar Datin Sri Fatimah dengan tangannya masih mengurut bahu suaminya. Tan Sri
Saifudin mengalihkan tangan isterinya dari bahunya. Dia tidak perlukan urutan
itu smua yang dia perlukan adalah menenangkan dirinya. Pertanyaan isterinya
tidak dijawab.
“
Abang….” Panggil Datin Sri Fatimah lembut. Dia ingin tahu juga apa sebabnya.
Pasti ada kena mengena dengan riuh rendah di luar sana namun dia tidak pastikan
sama ada betul atau tidak.
“
Anak awak tu kurang ajar sangat. Makin besar, makin samseng perangai dia. Dengan abang sendiri pun tak reti hormat.
Sepatutnya, apa yang pernah terjadi dalam hidup dia, dijadikan teladan. Ini
tidak, makin lama makin dibiar, makin teruk perangai dia!” balas Tan Sri Saifudin
kasar. Dia bangun dari katil.
“
Abang, Rafiq tu satu-satunya anak kita. Cuba abang fahamkan diri dia. Abang tak
kesiankan dia ke? Dua tahun bang. Dua tahun dia macam tu. Abang tahu tak apa
yang Mah rasa? Mah rasa Mah dah hilang anak Mah. Kadangkala Mah menyesal
memberi restu kepada Hakim untuk berkahwin dengan arwah Kirana. Kalau mereka
tidak kahwin, pasti saya tidak akan hilang anak saya. Pasti rumah ni tak akan
berlaku pertengkaran. Tak akan berlaku. Tadi ketika di luar, abang lempang dia
hanya kerana bersikap biadap? Kenapa abang tak lempang sekali si Hakim tu?
Kenapa? Bukan dekat luar tadi dia juga bersikap biadap? Abang suka menangkan
Hakim sedangkan dia bukan…” kata-kata Puan Sri Fatimah tergantung. Dia tidak
sanggup untuk meneruskan ayatnya. Air mata yang menitis mengenangkan
penderitaan anaknya dikesat menggunakan tangannya. Matanya yang kabur dek air
mata merenung suaminya yang kaku berdiri.
“
Rafiq satu-satunya anak kita? Satu-satunya? Ya, memang Rafiq tu satu-satunya
anak saya. Tapi Hakim tetap anak saya. Awak jangan lupa Mah, Hakim tu lahir
dari rahim awak sendiri. Berkongsi susu ibu yang sama dengan Rafiq. Sekarang
ni, saya rasa pelik tengok awak ni. Awak sentiasa lebihkan Rafiq. Saya nak tanya awak, berapa kali awak pernah
usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim pernah baring diatas riba awak? Berapa
kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati
membahagikan kasih sayang yang tidak adil kepada Hakim. Saya tahu penderitaan
yang dialami Rafiq. Awak ingat Rafiq seorang sahaja ke yang menderita? Hakim
tu, awak tak sedar dia menderita? Sepatutnya awak kena tahu, Hakim tu lebih
menderita kerana arwah isterinya pergi. Entahlah, saya malas nak cakap lagi
dengan awak pasal hal ni. Yang penting, apa yang saya lakukan tadi, semuanya
memang patut. Cuma pada awak saja yang tak betul.” Tan Sri Saifudin sempat
mengeluh halus sebelum berlalu ke dalam bilik air.
Datin
Sri Fatimah memandang kosong pintu bilik air dengan genangan air mata. tubuhnya
menjadi lemah mendengar kata-kata suaminya. Air matanya mengalir lagi.
gambar-gambar yang berbingkai didalam biliknya dipandang. Gambar-gambar itu
semuanya sedang tersenyum bahagia. Hanya ada beberapa bingkai gambar bersama
suaminya di dalam bilik ini manakala lebihnya gambar Rafiq bersamanya. Gambar
Hakim pula? Gambar Hakim langsung tiada di dalam bilik ini. langsung tiada.
Kalau ada pun hanya satu saja di ruang tamu. Itu pun gambar Hakim ketika
berumur lima tahun. Mengingatkan itu semua membuatkan dia menangis
teresak-esak. Kata-kata suaminya bermain di telinganya.
“Saya
nak tanya awak, berapa kali awak pernah usap kepala Hakim? Berapa kali Hakim
pernah baring diatas riba awak? Berapa kali? Jangan kerana rupa Hakim lebih
mirip dengan wajah ‘dia’, awak sesuka hati membahagikan kasih sayang yang tidak
adil kepada Hakim.”
Dia
ada alasan tersendiri mengapa dia buat itu semua. Dia bukan tidak sayang kepada
Hakim. Sedangkan di sudut hatinya, kasih sayangnya melimpah ruah kepada
anaknya. Cuma apabila dia terpandangkan wjah Hakim, fikirannya terus melayang
kepada si ‘dia’. Si dia yang menyebabkan dia makin jauh daripada anaknya.
Rafiq
menghempas kuat biliknya. Darah yang bersisa di bibirnya di lap kasar. Walaupun
terasa perit akibat perbuatan sendiri, dia tidak ambil peduli semua itu.
kakinya laju melangkah kearah meja solek. Imejnya di cermin direnung tajam.
Bibirnya yang luka dibasahkan dengan lidah.
“
Arh! Kenapa semua ni mesti terjadi? Kenapa mesti dia jadi abang aku? Kenapa dia
bukan abang aku? Kenapa?” jerit Rafiq pilu. Barang-barangnya yang penuh di meja
solek di campaknya ke lantai. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan betul.
Kemudian, tangannya mencapai pula minyak wangi berbotol kaca lalu dibaling
sekuat hati bersama teriakan. Dia benci hidup begini!
Barangnya
yang sudah bersepah di sana sini dan ada juga yang pecah, dipandang kosong. Air
matanya sudah mengalir deras di pipi. Buat pertama kalinya selepas pemergian
arwah Kirana, dia mengalirkan air matanya. Selama ini dia berlagak kuat,
sedangkan hatinya teramat sakit dan langsung tidak dapat disembuhkan. Cermin
meja solek dipandang lagi. apabila terpandangkan air matanya yang menitis di
pipi, dia ketawa sendirian. “ Aku menangis? Aku menangis? Hahaha!” ketawa Rafiq
dengan air mata yang tidak henti mengalir. Ketawanya yang terbahak-bahak
bagaikan ada sesuatu yang sangat melucukan di matanya. Tiba-tiba tawanya
terhenti. Wajahnya di cermin di renung tajam. Air mata menitis di pipi. Dia melihat
air matanya yang menitis melalui pantulan wajahnya di cermin. Air matanya dilap
kasar. Wajahnya bertukar serius.
“ Aku mana boleh menangis. Aku tak boleh
menangis! Aku kena kuat,” katanya dengan tujuan memberi semangat kepada diri
sendiri. Sekeping gambar yang dilekatkan di penjuru cermin ditanggalnya. Wajah arwah
Kirana yang tersenyum manis pada gambar itu direnung. Tanpa disedarinya, air
matanya mengalir lagi. hatinya ini benar-benar sedih. Meratapi nasib diri yang
ditinggalkan kekasih hati yang akhirnya memilih abangnya sebagai suami.
“
Kira, Kira tahu tak Rafiq terseksa sangat. Hati Rafiq sakit, Kira. Sakit sangat.
Kenapa Kira tinggalkan Rafiq dahulu? Kenapa Kira kahwin dengan Hakim? Kenapa bukan
dengan Rafiq? Kenapa Kirana sanggup tinggalkan Rafiq dahulu? Rafiq ada salah ke
dengan Kira? Rafiq setiap hari rindukan Kira. Tapi Kira langsung tak ambil
peduli. Hati Rafiq sakit sangat,” ujarnya persis mengadu. Dadanya yang bidang
ditumbuk perlahan seperti menunjukkan hatinya benar-benar sakit. Tangisannya makin
melebat. Tangisannya sayu sekali. Gambar itu direnung tajam dengan mata yang
kabur dek air mata.
“
Arh!” jeritnya lantang. Gambar wanita yang dicintainya separuh gila dikoyak
sehingga menjadi cebisan kecil. Langsung tidak menyedari perbuatannya itu bakal
mencederakan hatinya itu. cebisan kecil gambar itu dibalingnya keatas dan satu
persatu cebisan kecil melayang-layang jatuh ke lantai. Lantai itu direnung
kosong. Kemudian dia ketawa sendirian. Ketawa yang dicipta di dalam kesedihan. Kesedihan
yang begitu menyesakkan jiwanya itu. jiwa yang sering dilanda rindu dan derita.
Merindui wanita yang pergi meninggalkannya.
Dia
berjalan dengan lemah menuju ke katil. Tubuhnya terasa tidak bermaya. Dengan perlahan,
tubuhnya dihempas kasar ke katil. Dia baring dalam keadaan meniarap. Matanya dipejam
celikkan. Otaknya gagal mencerna apa yang sedang berlaku. Matanya yang
kemerah-merahan dipejam sebelum dia tertidur dalam keadaan biliknya yang
bersepah dengan kaca di merata tempat. Tidurnya nyenyak sekali. Bagaikan tiada
apa yang terjadi.
Datin
Sri Fatimah duduk berehat di dapurnya. Segelas air jus oren disediakan diatas
meja untuknya. Bilik Rafiq direnung sedih. Sebentar tadi dia mendengar jeritan
anaknya. Begitulah anaknya. Selepas bergaduh dengan Hakim dan pergaduhannya
terselit tentang Kirana, pasti anaknya akan menjadi begitu. Menjerit tidak
tentu pasal kemudian ketawa seorang diri. Dia pasti, keadaan bilik anaknya itu
mesti dalam keadaan tunggang langgang. Pada mulanya dia sukar menerima semua
ini. kini, dia sudah biasa dengan cara
hidup anaknya selepas kematian arwah Kirana. Dia pernah membawa anaknya ke
hospital sakit jiwa untuk mengetahui sama ada anaknya itu mengalami masalah
kewarasan. Doctor mengatakan anaknya itu mengalami tekanan perasaan akibat
suatu masalah yang mungkin memberi tamparan hebat kepada anaknya. Dia pasti
dengan jawapan doctor itu kerana hanya mereka sekeluarga saja tahu apa yang
terjadi.
Datin
Sri Fatimah menuju ke bilik anaknya untuk melihat keadaan anak lelakinya itu.
pintu bilik anaknya yang berkunci dibuka menggunakan kunci pendua. Pintu bilik
anaknya dibuka. Dia merenung sayu bilik itu yang tunggang langgang. Kaca bersepah
di merata tempat. Malah handphone juga turut dibalingnya. Rafiq yang sedang
tertidur di pandangnya. Dia mengutip serpihan kaca di bilik anaknya itu lalu
dimasukkan ke dalam bakul plastic kosong. Kemudian dia mengutip pula cebisan
gambar arwah kirana. Datin Sri Fatimah terkejut. Dia tahu itu pasti cebisan
gambar arwah Kirana. Dia tidak menyangka anaknya sanggup mengoyakkan gambar
wanita yang dicintainya.
“
Ibu buat apa dalam bilik Rafiq?” tegur satu suara. Datin Sri Fatimah terkejut
lalu segera dia beristighfar. Pertanyaannya anaknya tidak dijawab. Anaknya yang
sedang duduk diatas katil dipandang. Dia nampak dengan jelas Rafiq kebingungan
melihat biliknya. Begitulah anaknya, selepas sedar sahaja dari tidur, dia
berubah menjadi lain. Dia lupa apa yang menyebabkan keadaan biliknya itu
menjadi teruk.
Rafiq
melihat keadaan biliknya dengan kebingungan. Barang-barangnya bersepah sana
sini. Matanya tertangkap pula pada cebisan gambar yang sedang dikutip oleh
ibunya. Dia pantas bangun dari katil dan berjalan laju menuju ke ibunya. Dia terkejut!
Hatinya berasa sebak melihat gambar wanita yang disayanginya sudah koyak
menjadi cebisan kecil. Siapa yang buat semua ini? hatinya tertanya-tanya. Langsung
tidak menyedari dirinya itu lah penyebab semuanya.
Cebisan
kecil yang berada di tangan ibunya diambil. Datin Sri Fatimah hanya memandang
saja. Air mata yang ingin menitis ditahan sebaik mungkin. Rafiq terduduk sedih.
Cebisan kecil itu dibawa ke katil dan cuba dicantumkan semula. Datin Sri
Fatimah tidak dapat menahan air matanya lagi melihat anaknya itu.
“
Ibu, siapa yang buat semua ini, ibu?” tanya Rafiq dengan sebak. Sampai hati
mereka mengoyakkan gambar kekasih hatinya itu. Datin Sri Fatimah bangun bersama
bakul plastic itu dan berlalu keluar dari bilik anaknya. Dia tidak sanggup
melihat semua ini. dia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya. Dia melangkah
lemah menuju ke dapur dengan esak tangisnya yang pilu. Pilu melihat seorang
anak yang disayanginya menjadi sebegitu. Tanpa sedar, ada mata yang melihat
semua itu dengan hati yang penuh perasaan bersalah.
sincerely,
hanisahazlan
sedihnya... :(
ReplyDelete