Monday 25 June 2012

Sunday 24 June 2012

cintamu keinginan jiwaku(sinopsis 2)

Aiman ingin mendekati gadis di hadapannya itu. namun semakin dia mendekati gadis itu, semakin panjang pula langkah gadis itu untuk menjauhkan dirinya darinya. Aiman mengeluh halus. Nasib dialah. siapa suruh nafsu tu tidak boleh dikawal!

qalishah merenung lelaki dihadapannya kini. Kejadian yang hampir membuatkan dia merana bermain di ingatan. segera kepalanya digelengkan untuk menghalau bayangan hitam itu. Huh! Dasar lelaki! " Aiman, kenapa you ada dekat sini? you ada hal apa pulak dekat sini?" tanyanya kepada Aiman walaupun sudah jelas yang lelaki itu ingin bertemu dengannya. Tudung sarung yang dipakainya diperbetulkan. seketika kemudian dia rasakan tangannya direntap kasar oleh lelaki itu dan dia dibawa kearah lif syarikat itu. segera direntap kembali tangannya. Jijik dia diperlakukan sebegitu. Aiman pula hanya beriaksi tenang saja. Walau apa pun, dia akan berkahwin dengan gadis ini.

" You nak bawa I ke mana, AIman?" tanya Qalishah. namun lelaki itu hanya diam saja. huh! Qalisha mendengus. Sah-sahlah lelaki ni dah bisu. segala pertanyaannya hanya dijawab dengan wajah tenang itu saja. akhirnya qalisha beralah jua untuk menanyakan lagi soalan yang sama sehinggalah lif itu membawa mereka ke tempat parking kereta di tingkat dua. pintu lif terbuka. namun Qalisha terkedu memandang seraut wajah kusam di hadapannya. Aiman hanya tersenyum sinis.

#o0key itu saja yang Nie Sa boleh bagi. Insyaallah ada sambungnnya nanti.#

Saturday 23 June 2012

cinta mu keinginan jiwaku ( sinopsis 1)

Qalisha menjeling tajam lelaki di hadapannya kini. Berombak kenang dadanya melihat wajah si durjana itu. Lelaki yang hampir merosakkan dirinya dan hampir membuatkan dia dibuang keluarga. Lelaki di hadapannya trsenyum tawar memandangnya. Aiman sedar gadis itu pasti sedang membenci dirinya. dia silap membuat tindakan. sepatutnya dia teruskan niat dia yang berpura-pura baik agar senang dia terikat dengan gadis itu. sudah tentu keluarga gadis itu terpikat dengan kebaikannya. Namun semuanya hancur tatkala nafsunya melebihi segalanya. Gadis itu hampir dirogolnya apabila gadis itu berterus terang yang dia hanya sebagai kawan. sesudah itu, berang terus jadiknya dia.

#psss..sorry... sikit je sinopsisnya...kalau boleh nak tulis lagi panjang tpi memandangkan atok saya kurang sehat and now die brada dkt hosp, so sye trpkse bhnti dlu.insyaallah saya akan smbung nnti..