Friday 26 October 2012

Hanya Dia, Jannah! (iii)



Aish Ahsan membuka pintu rumahnya. Hari ini dia pulang awal ke rumah. Selalunya dia tiba di rumah dalam pukul tiga petang tapi hari ini dia pulang awal untuk berehat kerana malam nanti tenaganya akan digunakan untuk berhibur. Ruang tamu yang sunyi dan tiada langsung bunyi 'ketang-ketung' di dapur membuatkan Aish mengerutkan dahinya.  kakinya pantas melangkah menuju ke dapur. Mana tahu isterinya tertidur ke dekat dapur tu!

Aish bersandar di dinding dapur. Tiada pula isterinya di dapur ini. Rasa janggal pula apabila pulang isterinya tiada untuk sambutnya. Jika dahulu dia tidak kisah tapi sekarang entah kenapa dia rasa dia perlukan itu semua. 
Gelas kaca dicapainya di rak lalu air yang berada di dalam jug di tuangnya. Tanpa membaca bismillah, dia rakus meminum air itu. Kemudian dia termenung di dapur itu.
'Mana pula isteri aku ni? Dekat atas ke tidur? Eh! Yang aku tetiba nak pikir pasal dia ni kenapa pula? Dah mereng ke aku?' Hatinya bermonolog. Kemudian dia ketawa sendirian apabila memikirkan dirinya sedang sebuk memikirkan isterinya. Tidak pernah-pernah untuk memikirkan pasal isterinya, tapi hari ini dok terfikir pula!

Dia membuka pintu biliknya. Apabila melihat sahaja katilnya, dia pantas berbaring di situ. Semalam tidurnya tidak puas kerana memikirkan hubungannya antara Jannah dan Risa. Jam hampir pukul dua pagi baru dia hendak terlelap. Dia menelentangkan badannya menghadap syiling. Namun, dia tertarik untuk memandang cermin meja soleknya. Ada sehelai nota kecil dilekatkan di permukaan cermin itu. Dia terus bangun lalu bergerak ke cermin itu. Nota itu ditariknya dari cermin.

' Aish, saya harap awak baca nota ni. Mana tahu awak mencari saya dalam rumah. Saya tiada di rumah kerana saya pergi ke pasar. Barang mentah di rumah kita hampir kesemuanya habis. Jadi, saya terpaksalah pergi pasar untuk beli semua itu. Saya harap awak tak marah saya keluar tanpa izin. =)'
Ditulis pada jam: 10 pagi
Ais mencebik membaca isi surat tu.  Kalau ya pun nak bagi tahu aku kau keluar, tak payahlah tulis notis panjang. Membazir dakwat sahaja. Tulis panjang-panjang macam ni bukannya aku heran pun. Monolog hati Aish. Waktu yang ditulis pada nota itu dibacanya. 'Dia keluar dalam pukul 10 tapi kenapa dah nak dekat pukul satu tak balik-balik lagi ni?' Hati Aish tertanya-tanya. Nota kecil itu dilekatkan kembali ke cermin meja soleknya. Entah kenapa dia rasa tulisan tangan Jannah itu cantik baginya. Tulisan berangkai yang cantik tertulis.

Jannah duduk di stesen bas. Dia megesat peluh di dahi. Lenguh kakinya apabila berjalan tidak tentu arah mencari jalan pulang. Inilah padahnya apabila duduk berkurung sahaja di dalam rumah. Jalan raya yang agak lengang itu dipandangnya sepi. Barang-barang yang dibelinya diletakkan di sebelahnya. Nak pergi beli barang reti, bila nak balik rumah, tak reti pula! ngomel hati jannah sendiri. Sudah banyak teksi yang berhenti ingin menghantarnya pulang namun dia menggeleng. Bagaimana dia hendak meminta teksi itu menghantarnya pulang sedangkan alamat rumah yang didudukinya pun tidak diketahui. Ketika hendak pergi ke pasar tadi pun dia hanya berkata hendak pergi ke pasar sahaja kepada pemandu teksi itu. Kemudian pemandu teksi itu terus menghantarnya ke pasar. Apalah nak jadi dengan kau ni Jannah sampai jalan nak balik ke rumah pun kau boleh tak tahu!

Jannah membelek isi beg tangannya. Begnya terus diselongkar apabila barang yang dicari tidak dijumpai! Kemudian menepuk dahinya! Macam mana aku boleh lupa nak bawa handphone? Hadoiii!
Jannah mengeluh halus mengenangkan kecuaiannya. Rasa sebak dan sedih bertandang di hatinya kerana tersangkut di stesen bas ini. Jika dia membawa handphone nya, pasti dia boleh meminta suaminya menjemputnya.
Matanya dikelipkan beberapa kali apabila merasakan matanya sudah dipenuhi air mata.


Aish mencelikkan matanya apabila tersedar dari tidur lalu menguap. Handphone nya yang terletak di sebelah bantal dilihat untuk melihat waktu. Sudah pukul dua petang. Dia menggeliatkan badannya dan perutnya yang kelaparan diusap. Ketika di ofisnya tadi, dia makan hanya untuk mengalas perut sahaja kerana selalunya dia akan mengenyangkan perut di rumah.
 Dia membuka pintu biliknya lalu kakinya laju menuju ke dapur. Meja dapur yang bersih tanpa sebarang hidangan membuatkan dia berasa pelik. Jannah tak balik lagi ke? Hatinya tertanya-tanya. Dia berjalan pula menuju ke bilik Jannah. mana tahu isterinya hari ini ingin mengelak daripada memasak.

Pintu bilik Jannah dibukanya. Kosong. Tubuh Jannah langsung tiada di dalam bilik. Aish melangkah masuk ke bilik Jannah yang dulunya sebagai bilik tetamu. Tetapi sekarang 'tetamunya' orang yang perlu dia hadap setiap hari. Tapi hari ini, wajah Jannah langsung tidak kelihatan di matanya.
" Mana pulak perempuan ni? Takkan tak balik lagi? Dah pukul dua lebih tak balik lagi, apa nak jadilah ni," bebelnya seorang diri. Dia mendekati tempat tidur Jannah. Apabila langkahnya semakin dekat, bayangan dia sedang memeluk isterinya diatas katil beberapa hari yang lepas menerpa mindanya. Aish menggelengakan kepalanya seolah-olah menghalau bayangan itu.
Handphone di tangan dipandang. Nombor telefon Jannah dicarinya. Setelah menjumpai nombor telefon Jannah di dalam handphone nya, nombor itu pantas di dail.
Ringtone lagu Muara Hati di bilik itu membuatkan Aish tercarik-cari dimanakah bunyi itu. Setelah menjumpai dari mana lagu itu datang, dia mengeluh kasar. Sia-sia sahaja dia menelefon isterinya tetapi handphone ditinggalkannya.
" Perempuan ni kenapa? Handphone tak bawak lepas tu pergi pasar tak ingat nak balik. Hisy! Suka sangat buat aku sakit hati. Dah lah aku lapar!" bebel AIsh lagi seorang diri di dalam bilik itu.

Setengah jam berlalu. Aish semakin gelisah. Tubuhnya yang dibaringkan diatas katil itu digolek-goleknya. Cadangnya dia ingin menunggu isterinya sehingga pulang di dalam bilik ini. Tapi dah hampir pukul tiga, bayang isterinya masih belum muncul. Aish bangun dari berbaring. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ke mana pulak perempuan ni? Suka sangat buat aku marah!


Aish mencapai kunci keretanya di dalam bilik. kakinya laju melangkah menuju ke luar rumah. Dia tidak boleh berdiam diri. Isterinya perlu dicari. Perempuan ni memang tak boleh buat aku senang. Entah-entah ikut mamat Lombok agaknya. Gerutu hati Aish. Enjen keretanya pantas dihidupkan. Destinasi pertama untuk mencari isterinya ialah pasar yang berdekatan dengan tempat tinggalnya ini.


Jannah murung di stesen bas itu. Dia mati akal untuk berbuat sesuatu. kalaulah dia hafal nombor telefon suaminya, pasti dia akan menelefon suaminya menggunakan telefon awam yang terletak berhampiran stesen bas ini. Perutnya sekarang sudah berkeroncong kuat. Sudahlah dia tidak sarapan. Rasa-rasanya boleh pengsan dia kalau tidak makan.


Jannah memandang sekumpulan remaja lelaki yang berkeliaran di stesen bas ini. Sekali sekala dengar siulan nakal daripada mereka. jannah langsung tidak mengambil peduli semua itu. Baginya, remaja seperti itu tidak patut dilayan.

" Seorang sahaja, cik adik?" tegur seorang remaja lelaki dikalangan sekumpulan remaja itu. Rakan-rakannya yang lain sudah tersengih-sengih memandangnya sebelum mereka bersurai meninggalkan remaja itu bersama Jannah. Pertanyaan remaja lelaki yang mungkin sebaya dengannya tidak dijawab Jannah. Malas dia mahu melayan.
" Sombonglah awak ni. Orang tanya, tak jawab pun," ujar remaja lelaki itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Jannah. Jannah terkedu apabila remaja lelaki itu duduk di sebelahnya. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya. Rasa seram sejuk pula apabila berduaan dengan remaja seperti ini. Beg tangannya di peluk erat.
" Awak ni cantiklah." Kedengaran desah halus yang keluar dari bibir remaja lelaki itu. Duduknya makin didekatkan kepada jannah. Kecantikan Jannah membuatkan dia berasa peluang yang ada jangan dilepaskan. Lagi pula, tiada orang yang lalu lalang di jalan raya ini sekarang.
Jannah makin menjarakkan lagi duduknya. Dia takut. Sungguh dia takut. Apabila melihat lelaki itu makin galak ingin mendekatinya, dia pantas berdiri. Kakinya laju sahaja ingin melangkah dari situ namun pegangan tangan remaja lelaki itu pada lengannya membuatkan dia terhenti lalu meronta meminta lepaskan diri.
" Nak pergi mana ni, sayang? Kita belum buat apa-apa lagi, nak chow gitu je? Isk, isk. Mana boleh macam tu sayang," ujar remaja lelaki itu sambil tangannya galak mengusap pipi Jannah. Jannah meronta-meronta ingin melepaskan diri. Dia berharap sangat agar ada kereta yang lalu lalang di kawasan ni. Apabila melihat lelaki itu ingin mendekatkan wajah mereka, Jannah meronta kuat. Pegangan lelaki itu akhirnya terlepas. Jannah mengambil keputusan melarikan diri sambil menjinjing beg plastik yang sarat dengan bahan mentah. Remaja lelaki itu tidak melepaskan dia begitu sahaja. Sedang dia berlari menyelusuri tepi jalan raya, lariannya terhenti dan wajahnya tersembam di dada seseorang. Jannah mulai kaget lalu menjerit.

" Lepaskan aku! Lepaskan aku! Ak tak nak! Lepaskan aku!" Jannah menjerit sambil badannya meronta dalam pelukan lelaki itu. Air matanya sudah lebat menuruni pipi. Badannya menggigil kala ini.

" Hey, jannah. Kau kenapa ni?" suara itu membuatkan tangisan Jannah terhenti. Pelukan orang itu dilepaskan lalu dia memandang wajah orang itu.
" Aish," panggil Jannah perlahan. Bibirnya menggigil ketakutan sambil memandang wajah Aish.Kemudian dia menangis teresak-esak. Aish terkedu melihat jannah menangis. Hatinya tersentuh melihat air mata yang mengalir itu. Tangannya yang memeluk pinggang Jannah dialihkan ke bahu gadis itu. Bahu gadis itu digosoknya lembut.
" Hey kenapa ni? Cuba cakap," pujuk Aish lembut. Tangannya mengesat perlahan air mata gadis itu lalu tangan gadis itu digenggam dan menarik perlahan tangan itu mengikutnya menuju ke keretanya. ketika dia sedang mencari gadis itu, dia melihat gadis itu terkocoh-kocoh berlari.Diatidak tahu apa yang berlaku sehingga gadis itu berlari dengan gopohnya bagaikan ada yang mengejar di belakang. Oleh itu, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu menahan gadis itu.

Aish Ahsan membukakan pintu kereta untuk Jannah. Namun gadis itu hanya diam membatu di sisi keretanya. Aish Ahsan mengeluh halus. Dia tidak faham dan tidak tahu apa yang mengganggu gadis itu. " Tunggu apa lagi ni?" tanya Aish lembut. Wajah Jannah yang agak pucat direnungnya simpati. Rasa melayang marahnya apabila isterinya pulang lambat ke rumah.

Jannah memandang Aish dengan mata yang berkaca. Dengan pantas, tubuh sasa suaminya dipeluknya erat. Dia menangis teresak-esak di dada suaminya. Dia berterima kasih kepada suaminya kerana berada tepat pada masanya. Kalau tidak, pasti dia sudah diapa-apakan oleh remaja lelaki itu.
Aish tergamam. Tidak menyangka dia bakal menerima pelukan daripada gadis itu. Pelukan Jannah dibalas. Kepala Jannah diusapnya lembut. " Syyy, janganlah nangis.Jangan risau aku ada dekat sini," pujuk Aish dan mengangkat wajah Jannah. Air mata Jannah dikesatnya lembut. Tanpa sedar, bibirnya laju sahaja mengucup mata isterinya.
Jannah berasa tenang menerima kucupan hangat daripada suaminya. Terasa sedih dan ketakutannya dibawa jauh dengan ciuman suaminya.


Johan memberhentika keretanya tidak jauh dari tempat Aish dan Jannah berdiri. Namun mereka langsung tidak menyedari kehadiran orang lain kerana asyik dengan perasaan masing-masing. Johan tersenyum sinis. Hari ini kau selamat Jannah! Tapi malam nanti mungkin tidak. Tiba-tiba telefonya berbunyi. Melihat sahaja nama yang terpapar di skri telefonnya mebuatkan dia mendengus kasar.

" Helo! Kau buat kerja macam mana hah budak? Nak handle perempuan macam tu pun tak boleh!" jerkah Johan kepada seorang remaja lelaki yang berada di talian. Remaja lelaki yang cuba mengapa-apakan Jannah adalah orang suruhannya. Ketika dia sedang memandu kereta di jalan ni, dia terlihat perempuan itu sedang duduk bersendirian. Segera niat jahatnya mulai bersarang di hati. Oleh itu dia mengupah remaja lelaki itu untuk mengganggu gadis itu. Namun semuanya gagal keran kehadiran Aish.

" Sorry lah boss. Aku tadi baru sahaja nak 'rasa' dia tapi boleh pula tu dia lepas," jawa remaja lelaki itu, Acap. Remaja lekai itu juga tidak berada jauh di tempat Jannah dan AIsh berdiri. Dia menjadi pemerhati dari jau dan berharap lelaki itu akan segera beredar meninggalkan gadis itu.

" Sorry naik lori lah sana. Bodoh! Kau dekat mana sekarang ni?" tanya Johan menahan marah. Jika lelaki itu ada di hadapanya sekarang, memang dah lama makan penumbuknya. Duit nak, tapi kerja hancur! Getus hatinya.
" Aku tengah menyorok ni boss. Tak jauh pun dari diorang. Mana tahu nanti lelaki tu chow boleh aku teruskan kerja aku," jawab remaja lelaki itu sambil ketawa kecil. tidak sabar untuk meneruskan kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.
Johan mendengus kasar. Bodoh punya budak!
" Woi, kau tak payah nak tunggu dekat situ. Lelaki tu tak akan tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu bini dia bodoh! Dah kau chow dari situ. Malam nanti aku nak jumpa dengan kau," ujar Johan bercampur
marah dan geram.
Taliannya dimatikan. Matanya memandang sahaja kereta Aish yang mula bergerak meninggalkan kawasan itu. dia mendengus geram. Rancangannya untuk memberi amaran kali ini tidak jadi. Terpaksalah dia menunggu untuk malam ini. Dia harap apa yang dia rancang bakal menjadi.

bersambung~

p/s: che writer!!! kenape brhnti lagi?? alahai u alls... che writer bkn ape... ade hal plk lps ni.. che writer ambek stu jam utk buat entry ni.... hhuhuhu... tragis x?? (padahal boleh siap klo x mengelamun)... hehehehe.... sooooo bce lah yekkk... che writer jnji lps ni ending dye pulop... so, wait for the next entry k...


No comments:

Post a Comment