Monday, 8 June 2015

I Love You, Hubby! 24


Kepala yang sedang terlentok lena di bahunya itu diusap lembut. Sebagai suami, dia tahu isterinya itu sedang kepenatan. Masakan tidak, hampir empat jam mereka berada di awangan. Naik kematu punggung masing-masing. Itu baru penerbangan ke Indonesia, belum lagi penerbangan ke Mekah seperti mana yang mereka rancang sebelum ini. 

" Pak, mobilnya udah sampai ke destinasi." 

Teguran daripada pemandu pelancong, Pak Jali membuatkan tumpuan Aish terhadap isterinya beralih ke sebuah hotel yang sangat indah dan gah. Sebelum tiba ke sini, dia sudah tempat terlebih dahulu menempah bilik di hotel ini. Dia memilih The Mulia Beach Resort sebagai tempat penginapan mereka. Keisya yang masih bersandar di bahunya dikejut perlahan.

" Honey, please wake up. Kita dah sampai ni," kejut Aish sambil mengelus lembut pipi isterinya. Keisya merengek kecil sebelum mengeliat. Matanya terpisat-pisat memerhati keadaan sekeliling sebelum mulutnya terbuka kecil. 

" Wow! Nice! We are going to spend our nights here?" soal Keisya dengan penuh teruja.

" Of course, honey. Hey, why you look so excited?" Aish tergelak kecil melihat keterujaan isterinya. Setahunya, isterinya itu sudah berkali-kali ke luar negara, sudah pasti panorama di hadapan matanya ini biasa-biasa sahaja.

Keisya tersenyum simpul. Dia melangkah keluar daripada kereta tanpa menjawab pertanyaan suaminya. Sengaja membiarkan suaminya berteka-teki seorang diri.

Berkerut dahi Aish melihat sikap Keisya yang pelik di matanya itu. Tanpa menghiraukan isterinya, dia membantu Pak Jali mengeluarkan bagasi mereka daripada kereta. Bagasi yang pada asalnya perlu dibawa hanya dua buah sahaja namun bertambah lagi sebuah kerana isterinya kata bahawa bagasi lagi sebuah yang kosong itu hendak diisi dengan barang-barang yang dibeli di sini. Menggeleng sahaja Aish apabila mendengarnya.

" Nak Keisya bantu ke?" tanya Keisya yang sedang memegang bagasi kosong. Aish tersenyum sinis ke arahnya.

" Kalau setakat angkat bagasi kosong, baik tak payah sayang. Setakat bagasi tu abang boleh junjung atas kepala ni tau!" perli Aish. Keisya tersengih. 

" Alah, you ni. It is better than not helping you, okay. Lagipun, I dah lost out my energy. Tak larat nak angkat bagasi tu semua. You sampai hati ke tengok your honey ni angkat bagasi tu semua?" Keisya cuba meraih simpati suaminya dengan membuat muka comel. 

Aish meletakkan bagasi di tangannya di hadapan pintu hotel. Tubuhnya dipusingkan menghadap si isteri yang sedang memuncungkan bibirnya. Geli hatinya melihat wajah comel yang dipamerkan isterinya. Pinggang isterinya diraih dalam pelukan. Orang yang lalu lalang langsung tidak dipedulikan. Bagasi yang dibawa sudah diangkut oleh pekerja hotel itu.

" Sebab tak sampai hatilah abang tak bagi sayang bawa bagasi yang berat tahap anak gajah ni tau. Entah apalah yang sayang isi dalam beg ni. Risau jugak abang kalau-kalau isteri abang ni bawa almari sekali," usik Aish sambil tersenyum nakal. Semakin panjang muncung Keisya mendengar usikan Aish. Dia meronta dalam pelukan Aish, menunjukkan tanda protes.

" Aish! Eee, you ni kan. Bukan nak pujuk I tapi makin menjadi-jadi pula dia ni. Dahlah, nak merajuk!" Keisya berpeluk tubuh namun pingangnya masih berada dalam pelukan Aish. Dia menunduk memandang jari kaki dengan bibir yang memuncung.

" Sayang," panggil Aish meleret. Tiada respon daripada isterinya. Wanita itu masih tekun membelek jari kakinya. Dengan perlahan, Aish mengucup perlahan ubun-ubun isterinya yang ditutupi dengan selendang yang dipakai isterinya. Dagunya dipanggung di atas kepala isterinya sambil tangan mengusap lembut belakang badan isterinya.

" You want to know something, dear? I never fall in love with any girls until i met you at the book store. For the first time i set my eyes on you, i could feel that you were the missing piece of my heart. On that time, I was already falling in love with you so bad...until now. I always love you, baby. Always and forever," bisik Aish dengan hati yang tulus. Kemudian, dia tersenyum apabila ada tangan yang memaut pinggangnya.

Keisya menyembamkan mukanya ke dada suaminya. Terharu mendengar luahan hati suaminya. Seketika kemudian, dia menepuk lembut dada suaminya berkali-kali. 

" Sayang, what are you trying to do?" soal Aish pelik melihat Keisya yang masih tidak berhenti menepuk dadanya diselangi dengan usapan lembut. Hesy, ada-ada sahajalah buah hati pengarang jantung aku ni.

" I nak pastikan yang cinta you dekat I betul-betul tenggelam jauh di dasar hati. Barulah hati you terikat mati untuk I," balas Keisya sebelum mencium dada suaminya. Terkaku Aish dibuatnya.

" Okay, I dah kunci hati you. So, jom check in," ujar Keisya setelah mengucup lama dada suaminya.

Aish yang terpana terus tersentak. Sungguh, dia benar-benar terbuai dengan tindakan isterinya tadi. Keisya yang sudah berlalu meninggalkannua diekoru dari belakang sambil tangannya mengusap perlahan dadanya dengan bibir yang terukir senyuman bahagia.

Klik! 

Lelaki itu membelek gambar yang berjaya ditangkapnya. Pasangan suami isteri yang sedang berpegangan menuju ke lif dipandangnya bersama senyuman sinis. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket seluar lalu mendail nombor seseorang.

" Hello. Mereka dah sampai ke Bali," beritahu lelaki itu.

" What are they doing now?" tanya seseorang di talian.

" Mereka baru sahaja checked in hotel."

" Really? If that so, stay dekat hotel yang sama dengan mereka. Sentiasa perhatikan mereka. Sentiasa update infornation about them, okay?"

" Okay, no problem," balas lelaki itu sebelum mematikan talian. Beg bagasinya ditarik menuju ke kaunter hotel.


Gambar yang diterimanya melalui whatsapp ditenungnya lama. Gambar pasangan suami isteri yang sedang asyik berpelukan itu menimbulkan rasa jengkel di hatinya apatah lagi melihat penampilan si isteri yang berubah secara mendadak.

" Hidup kau memang sentiasa dilimpahi dengan kebahagiaan, Keisya. Dari dulu lagi, kau selalu dapat apa yang kau nak. We used to share everything we had before. Hmmm... I think it is okay if I ruin your happiness a bit. Kau dah terlalu banyak hidup bahagia. Sudah tiba masanya untuk kau rasa apa itu derita supaya kau lebih menghargai apa yang kau ada dahulu," katanya seorang diri. Gambar berbingkai yang diletakkan di atas meja solek dicapainya. Dia mengusap perlahan gambar itu. 

" Dear, i do this because of you. I want her to feel the pain you have to shoulder, dear."
Sedang dia asyik merenung gambar yang berbingkai itu, telefon pintarnya menerima satu mesej. Dia tersenyum membaca mesej itu. Dia menyilang kakinya sambil tersenyum puas. Rambutnya yang ikal dipintal-pintal sebelum dibawa ke mulut. Lagaknya seperti perempuan psiko. 

" Your love story is going to end soon. I am really looking forward to it, Keisya." Usai berkata sedemikian, dia tertawa seorang diri. Tawanya itu diselangi dengan tangisan dan sendu yang mengayat hati.

Keisya melayan perasaan yang sedang hangat dengan cinta seorang diri di balkoni hotel itu. Bilik yang ditempah suaminya ini berhadapan dengan kolam renang. Dari situ, dia sudah boleh nampak dengan jelas warna air laut yang kehijauan. Indah sekali. Sungguh, dia benar-benar jatuh cinta dengan tempat ini kerana tempat ini merupakan pilihan terbaik suaminya bagi destinasi bulan madu.

" Sayang tengah berangankan abang ke?" tegur Aish lalu memeluk tubuh isterinya dari belakang. Bahu isterinya yang dicium lembut.

" Berikan Keisya 1001 sebab kenapa Keisya perlu berangankan abang," usik Keisya sambil menjeling manja suaminya. 

Aish menarik tubuh Keisya menghadapnya lalu bibir isterinya dikucup lembut. Lama bibir mereka bertaut sehingga Aish sendiri yang melepaskan kucupan itu. Keisya yang masih terkejut dengan tindakan Aish membalas renungan lembut suaminya.

" Semua 1001 sebab tu berada di sini," ujar Aish seraya menyentuh rantai yang berada di leher Keisya. 

Keisya tergamam melihat rantai  cantik yang berada di lehernya. Dia tidak sedar bila Aish memakaikannya rantai tersebut. Pada rantai itu terdapat ukiran nama suaminya. Dia tersenyum manja sebelum mengucup sekilas bibir suaminya. 

" Thanks, dear. It is so beautiful," puji Keisya setulus hati. 

" Of course, it is, honey. Lagi cantik berbanding rantai yang Jasin Harros bagi," balas Aish sambil tersengih nakal. Keisya hanya mampu tertawa bahagia di samping lelaki yang dicintainya itu.

" Aish, please sing for me a song," pinta Keisya manja. Tangannya memaut leher Aish.

" What kind of song you want?" tanya Aish sambil mengeratkan lagi pelukannya.

" Anything, dear."

" Okay. Abang akan nyanyikan satu lagu ni tapi jangan gelakkan abang." Keisya mengangguk setuju dengan mata yang bersinar penuh teruja.

" You're my honeybunch, sugarplum, pumpy-umpy-umpkin, you're my sweetie pie, you're my cuppycake, gumdrop, snoogums, boogums, you're the apple of my eye. And i love you so and i want you to know that i always be right here, and i love to sing sweet songs to you because you are so dear."

Keisya terdiam. Seketika kemudian, dia tergelak manja. Reaksi itu membuatkan Aish menjadi segan.

" I have told you before, do not laugh at me," ujar Aish dengan nada merajuk.

" I am laughing because you are damn cute, my honeybunch," balas Keisya yang masih bersisa ketawanya.

Aish menekup mulut Keisya yang masih ketawa. Wajahnya serius. 

" I really love you, Keisya. Really falling in love with you," ujar Aish dengan nada yang romantik.

" I love you too, hubby," balas Keisya manja.