Saturday, 7 December 2013

I Love You, Hubby! 21

Jason Harris mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok tersebut. Lighter yang tersimpan di dalam kocek dikeluarkannya lalu api menyala membakar hujung rokok. Kemudian, diselitkannya ke celah bibir yang masih merah. Entah bila dia sudah berani menyentuh rokok. Sejak hidupnya bertambah tertekan, rokok menjadi penemannya yang paling setia di kala sunyi.

Langit malam yang dihiasi beribu bintang menjadi penemannya. Tangannya ligat membuka tali leher yang menjerut lehernya sambil menghembus asap rokok. Tali lehernya itu dicampak ke meja yang disediakan di balkoni itu.

Kini, fikirannya menerawang jauh mengingati kembali majlis perkahwinan wanita yang dicintainya. Marah, sakit, kecewa dan cemburu, semua perasaan itu bercampur menjadi satu. Namun, perasaan sedih dan kecewa lebih menguasai. Hatinya sakit melihat senyuman bahagia di bibir wanita yang dicintainya itu. Bagaikan tiada lagi kasihnya dalam hati wanita itu.

Dalam dia mengingati kembali kisah-kisah manis mereka berdua, tiba-tiba mindanya teringat akan suami wanita itu. Dahinya berkerut. Dia memusingkan badan menghadap sliding door sambil memikirkan akan lelaki itu. Dia rasakan dia seperti pernah bertemu dengan suami kepada Keisya. Jari telunjuknya mengetuk perlahan dahinya agar mengingati kembali pertemuan mereka berdua. Dia yakin, mereka pernah bertemu.

Puntung rokok ditenyeh pada bekas rokok. Kemudian dia bergegas masuk ke dalam rumah menuju ke laci meja. Laci meja itu ditarik lalu sekeping kad perkahwinan yang tertera nama Keisya bersama pasangannya dikeluarkan.

Nama pengantin lelaki menjadi perhatiannya.

Aish Ahsan! Dia tersentak. Dia kenal lelaki ini. Lelaki ini pernah membantunya menggantikan tayar keretanya yang pancit. Tiba-tiba dia merasakan dunia ini bagaikan kecil sahaja. Pusing-pusing orang yang sama juga ditemuinya. Namun, kebetulan kali ini adalah yang tidak disangka-sangkakannya.

" Abang?" Jason Harris menoleh kepada adiknya yang sedang berdiri di tepi pintu.

" Why?" tanya adiknya apabila melihat wajahnya kelihatan runsing.

" Errrr, I ever met Keisya's husband," balas Jason Harris lalu melabuhkan duduk di birai katil. Katrina mendekati abangnya dengan seribu pertanyaan.

" Where have you met him?"

Jason Harris memandang adiknya sekilas sebelum menceritakan segala-galanya tentang pertemuan mereka berdua.

" How small this world..." bisik adiknya perlahan.

Katrina memandang abangnya yang sedang termenung merenung kad perkahwinan itu. Kad perkahwinan itu diberikan oleh rakannya kemudian dia serahkan kepada abangnya. Oleh kerana abangnya ingin memastikan bahawa pengantin perempuan itu benar-benar Keisya Farina, dia dan Jason Harris akhirnya tiba di dewan hotel tersebut dan menyaksikan sendiri kebahagiaan yang terlukis di wajah bekas teman wanita abangnya.

Dia merapatkan jarak duduk di antara mereka sebelum pipi abangnya dikucup lembut. Niatnya ingin menghalau rasa sedih dan kecewa yang bersarang di hati abangnya. Dia berharap sekali abangnya dapat memulakan kisah silamnya dan menjadi Jason Harris yang sentiasa membuatnya tertawa.

" I miss the old you. Try to forget her, brother. She is not yours anymore," bisik Katrina perlahan sambil menepuk lembut bahu abangnya. Kemudian dia bangun dari duduknya dan keluar dari situ.

Jason Harris mengeluh perlahan. Nafasnya ditarik dalam bersama air yang bergenang di tubir mata.

" I have to forget her. She doesn't love me anymore.." Dia berbisik perlahan dan merenyuk kad perkahwinan yang berada di tangannya.


Majlis bahagia Aish dan Keisya akhirnya berakhir juga. Keisya mencubit perlahan pipinya kerana berasa agak sengal. Mana tidaknya, sepanjang malam dia tersenyum untuk tetamu yang hadir. Sampai naik kebas pipinya.

Suasana bilik yang ditempah khas untuk mereka berdua dipandang sepuasnya. Permukaan katil mereka dipenuhi dengan bunga mawar yang membentuk 'love'. Dia tersenyum sambil tangan cuba membuka tudung yang membaluti kepala. Sedang dia membuka tudung itu, ada ketukan di pintu bilik.

Dengan dahi yang berkerut dan tubuh yang agak penat, dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik itu. Sebaik sahaja dibuka, terpampang wajah Fina yang sedang membuat 'peace' dan wajah kakak iparnya.

" Eh? Apa yang you all..."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Fina dan Amira menolak Keisya menuju ke katil sebelum pintu dikunci. Riak wajah Keisya jelas sekali terkejut. Pelik dengan mereka berdua.

" You all berdua ni kenapa? Ada apa datang malam-malam ni?" tanya Keisya pelik. Dia berdiri menghadap dua orang gadis di hadapannya ini.

" Keisya, we have to prepare you before Aish comes here," ujar Fina tanpa menjawab pertanyaan Keisya. Rakan baiknya itu ditarik menuju ke bilik air lalu diberikan sehelai baju tidur berkain jarang kepada Keisya.

" Oh my God! What's this?" Keisya membelek baju itu dengan muka sukar ditafsir. Melihat baju itu, dia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya. Oh no, I won't wear this in front of him. No!

" Eh, Keisya! Sejak bila kau tak kenal baju ni? Ini baju tidur, cik kak. Aku nak kau nanti pakai baju tidur ni. Mahal tau aku beli. Habis duit aku 200 ringgit sebab baju ni," bebel Shila sambil cuba memadankan baju itu dengan badan Keisya. Amira di sisi Fina hanya tersenyum sahaja.

" Kak Mira..." rengek Keisya dengan muka yang mencemik.

" Sorry, Keisya. Akak setuju dengan Fina. Kamu pakai sahajalah baju ni. Lagipun, inikan malam pertama kamu," ujar Amira dengan nada mengusik.

" Kak Mira! Malam pertama Keisya dah lepaslah!," balas Keisya malu-malu. Baju tidur itu ditekup ke mukanya kerana malu.

" Memanglah dah lepas. Tapi 'hak' laki kau tu yang belum lepas," ujar Fina lalu menolak masuk Keisya ke dalam bilik air. Dengan muka yang mencuka, Keisya hanya mampu menurut sahaja.

" Cepat sedikit siap! Aku dengan Kak Mira tunggu kau! Cepat sedikit sebelum suami kau sampai," jerit Shila bersama tawa kecilnya. Dia memandang Amira, kemudian masing-masing membuat muka teruja. Tangan mereka diangkat tinggi kemudian tapak tangan mereka dilagakan. Pecah tawa 'gedik' daripada gadis-gadis itu.


Aish menguap kecil. Bahunya yang lenguh di urut perlahan sambil melangkah menuju ke bilik hotel. Selepas berbual bersama rakan-rakannya yang hadir, dia cuba mencari bayang Keisya di dewan hotel, namun wanita itu tidak kelihatan sehinggalah dia terserempak dengan Fina dan Amira yang tersengih-sengih memandangnya sambil mengatakan bahawa Keisya sedang menunggunya di bilik.

Pintu bilik hotel ditolaknya perlahan. Terpampang di matanya suasana bilik yang gelap gelita bagaikan tidak berpenghuni. Dia melihat sekali lagi nombor yang terpampang di pintu bilik. Takut dia tersilap masuk bilik pula.

Setelah yakin bahawa bilik ini adalah bilik yang ditempah olehnya, dia melangkah masuk ke dalam sambil tangan menggagau ke dinding hotel mencari suis lampu.

" Aish, don't! Please, jangan switch on lampu tu!"

Aish tersentak. Dalam gelap, dia cuba mencari arah suara itu. Dia tahu suara itu milik Keisya. Tangannya masih lagi menggagau mencari suis lampu.

" Why? Kenapa abang tak boleh nak switch on lampu?" tanya Aish pelik. Geram pula dia apabila suis lampu langsung tidak dijumpainya. Isterinya ni pun satu, entah apa dibuatnya dalam gelap gelita macam ni.

" I malu..." balas Keisya perlahan.

Berkerut dahi Aish mendengar. Malu? Malu sebab apa?

" Apahal pula nak malu? Inikan abang, your husband," ujar Aish. Apabila tangannya sudah menjumpai apa yang dicari, tanpa berlengah dia terus memetik suis lampu itu. Bilik yang gelap mula diterangi cahaya lampu.

" Ahhhhh!" jerit Keisya lalu melompat ke arah katil. Tubuhnya pantas diselubungkan dengan selimut sehingga ke kepala.

Aish mengusap perlahan dadanya. Terkejut dia mendengar jeritan isterinya. Matanya merenung pelik isterinya yang sedang berselindung di sebalik selimut. Dengan teragak-agak, dia mendekati isterinya. Apabila jarak mereka semakin dekat, dia terdengar isterinya berbisik sesuatu.

" Please, Aish. Jangan dekat. I malu.." bisik Keisya berulang kali. Tangannya menggenggam kuat selimut itu, takut-takut suaminya hendak merentap selimut itu.

" Keisya, kenapa ni?" tanya Aish lembut sambil menggenggam lembut tangan isterinya. Dengan perlahan, dia cuba menarik perlahan selimut yang menutup seluruh tubuh itu. Namun, pegangan kuat wanita itu membantutkan hasratnya.

" Keisya.." panggil Aish lirih. Tidak faham dia dengan sikap isterinya.

" Okay, fine. Abang keluar dari sini kalau Keisya tak nak bagitahu sebabnya," ujar Aish pasrah. Apabila menunggu hampir seminit untuk mendengar balasan daripada isterinya, dia terus berdiri dan menuju ke pintu bilik kerana kesabarannya semakin menipis. Dia tidak faham dengan sikap Keisya yang kadang kala baik dan kadang kala pelik.

" Aish...."

Langkah kakinya terhenti tatkala tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia mengeluh halus. Dia kalah. Dia kalah dengan kemanjaan dan pelukan isterinya. Tangan yang memeluk erat tubuhnya diusap lembut bersama senyuman kecil di bibir. Mana mungkin dia boleh merajuk lama dengan isterinya. Pada wanita itu terletak bahagianya.

" Look at me," pinta Keisya perlahan sambil menarik perlahan tubuh lelaki itu agar menghadapnya. Serentak itu, mata Aish membulat. Nafasnya sesak melihat panorama di hadapan matanya ini. Dia membalikkan semula tubuhnya ke arah bertentangan, khuatir jika dia tidak dapat mengawal diri.

" That's why I refused to let you see me," bisik Keisya. Tangannya sekali sekala membetulkan baju tidur yang jarang yang tersarung di tubuhnya.

" Keisya.."

Kepalanya diangkat memandang Aish yang masih berdiri membelakanginya.

" Don't wear like this if you can't give me what I want," ujar Aish bersama keluhan. Nafasnya berombak mengimbangi nafsu yang bergelora.

Tangannya sudah memulas tombol pintu untuk keluar dari bilik hotel itu. Namun Keisya lebih bertindak pantas dengan mengapit wajah lelaki itu. Matanya yang berkaca merenung dalam wajah suaminya yang kaget sekali menerima tindakan darinya.

" I did this because of you.You suami I, Aish. I.. I milik you. And my heart is yours. I don't want to deny your right anymore. I.. love you," bisiknya perlahan lalu memeluk tubuh suaminya erat bagai tidak mahu melepaskan.

Aish tersenyum bahagia lalu membalas pelukan itu dengan erat sekali. Dahi isterinya dikucup bertalu-talu dengan bibir yang lancar mengucapkan syukur kepada Tuhan. Dengan lafaz istighfar dan basmalah, malam itu menjadi saksi pemberian bernilai seorang isteri kepada suami.


Dia menangis teresak-esak di dalam bilik hotel itu. Hancur. Hancur sekali hatinya melihat kebahagiaan yang terpampang di matanya. Siapa kata dia boleh terima semua ini? Tak, tak akan sesekali dia menerima kebahagiaan yang jelas sungguh di matanya di dewan hotel itu.

Telefon pintarnya dicapai lalu mendail nombor seseorang. Air mata yang mengalir di kesatnya kasar.

" Hello, Kamil. I nak jumpa you esok pagi dekat cafe hotel," ujarnya kepada Kamil di talian.

Setelah menerima balasan dari Kamil yang memberi persetujuan, talian terus diputuskan tanpa banyak kata. Mukanya yang sembap dipandang di cermin meja solek. Wajahnya ditilik sebaik mungkin. Dia ingin tahu apa yang kurang pada wajahnya.

Kemudian dia mengeluh hampa. Wajahnya tiada apa yang kurang. Berkulit gebu, hidung yang mancung dan mata yang bundar. Semuanya sudah cukup menunjukkan dia seorang gadis yang jelita. Sekali lagi, air matanya mengalir. Mengalir kerana rasa bersalah.

" I'm sorry.. Keisya.."


p/s: Okay. Thanks sebab sudi baca dan singgah blog writer. And yes, if writer bagitahu siapa perempuan misteri tu, you guys mesti tak percaya :) Jangan lupa klik 3 label dekat bawah ni. Pilih salah satu dan jangan lupa komen :)




Tuesday, 3 December 2013

Teaser 21

Majlis bahagia Aish dan Keisya akhirnya berakhir juga. Keisya mencubit perlahan pipinya kerana berasa agak sengal. Mana tidaknya, sepanjang malam dia tersenyum untuk tetamu yang hadir. Sampai naik kebas pipinya.

Suasana bilik yang ditempah khas untuk mereka berdua dipandang sepuasnya. Permukaan katil mereka dipenuhi dengan bunga mawar yang membentuk 'love'. Dia tersenyum sambil tangan cuba membuka tudung yang membaluti kepala. Sedang dia membuka tudung itu, ada ketukan di pintu bilik.

Dengan dahi yang berkerut dan tubuh yang agak penat, dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik itu. Sebaik sahaja dibuka, terpampang wajah Fina yang sedang membuat 'peace' dan wajah kakak iparnya.

" Eh? Apa yang you all..."

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Fina dan Amira menolak Keisya menuju ke katil sebelum pintu dikunci. Riak wajah Keisya jelas sekali terkejut. Pelik dengan mereka berdua.

" You all berdua ni kenapa? Ada apa datang malam-malam ni?" tanya Keisya pelik. Dia berdiri menghadap dua orang gadis di hadapannya ini.

" Keisya, we have to prepare you before Aish comes here," ujar Fina tanpa menjawab pertanyaan Keisya. Rakan baiknya itu ditarik menuju ke bilik air lalu diberikan sehelai baju tidur berkain jarang kepada Keisya.

" Oh my God! What's this?" Keisya membelek baju itu dengan muka sukar ditafsir. Melihat baju itu, dia sudah tahu apa yang perlu dilakukannya. Oh no, I won't wear this in front of him. No!

" Eh, Keisya! Sejak bila kau tak kenal baju ni? Ini baju tidur, cik kak. Aku nak kau nanti pakai baju tidur ni. Mahal tau aku beli. Habis duit aku 200 ringgit sebab baju ni," bebel Shila sambil cuba memadankan baju itu dengan badan Keisya. Amira di sisi Fina hanya tersenyum sahaja.

" Kak Mira..." rengek Keisya dengan muka yang mencemik.

" Sorry, Keisya. Akak setuju dengan Fina. Kamu pakai sahajalah baju ni. Lagipun, inikan malam pertama kamu," ujar Amira dengan nada mengusik.

" Kak Mira! Malam pertama Keisya dah lepaslah!," balas Keisya malu-malu. Baju tidur itu ditekup ke mukanya kerana malu.

" Memanglah dah lepas. Tapi 'hak' laki kau tu yang belum lepas," ujar Fina lalu menolak masuk Keisya ke dalam bilik air. Amira tergelak kecil mendengar kata-kata Fina. Dengan muka yang mencuka, Keisya hanya mampu menurut sahaja.

" Cepat sedikit siap! Aku dengan Kak Mira tunggu kau! Cepat sedikit sebelum suami kau sampai," jerit Shila bersama tawa kecilnya. Dia memandang Amira, kemudian masing-masing membuat muka teruja. Tangan mereka diangkat tinggi kemudian tapak tangan mereka dilagakan. Pecah tawa 'gedik' daripada gadis-gadis itu.

p/s: Hehe, writer saja bagi teaser. Padahal entry full dah siap :P