Monday, 31 December 2012

Hanya Dia, Jannah! (iii)



Aish Ahsan membuka pintu rumahnya. Hari ini dia pulang awal ke rumah. Selalunya dia tiba di rumah dalam pukul tiga petang tapi hari ini dia pulang awal untuk berehat kerana malam nanti tenaganya akan digunakan untuk berhibur. Ruang tamu yang sunyi dan tiada langsung bunyi 'ketang-ketung' di dapur membuatkan Aish mengerutkan dahinya.  kakinya pantas melangkah menuju ke dapur. Mana tahu isterinya tertidur ke dekat dapur tu!

Aish bersandar di dinding dapur. Tiada pula isterinya di dapur ini. Rasa janggal pula apabila pulang isterinya tiada untuk sambutnya. Jika dahulu dia tidak kisah tapi sekarang entah kenapa dia rasa dia perlukan itu semua. 
Gelas kaca dicapainya di rak lalu air yang berada di dalam jug di tuangnya. Tanpa membaca bismillah, dia rakus meminum air itu. Kemudian dia termenung di dapur itu.
'Mana pula isteri aku ni? Dekat atas ke tidur? Eh! Yang aku tetiba nak pikir pasal dia ni kenapa pula? Dah mereng ke aku?' Hatinya bermonolog. Kemudian dia ketawa sendirian apabila memikirkan dirinya sedang sebuk memikirkan isterinya. Tidak pernah-pernah untuk memikirkan pasal isterinya, tapi hari ini dok terfikir pula!

Dia membuka pintu biliknya. Apabila melihat sahaja katilnya, dia pantas berbaring di situ. Semalam tidurnya tidak puas kerana memikirkan hubungannya antara Jannah dan Risa. Jam hampir pukul dua pagi baru dia hendak terlelap. Dia menelentangkan badannya menghadap syiling. Namun, dia tertarik untuk memandang cermin meja soleknya. Ada sehelai nota kecil dilekatkan di permukaan cermin itu. Dia terus bangun lalu bergerak ke cermin itu. Nota itu ditariknya dari cermin.

' Aish, saya harap awak baca nota ni. Mana tahu awak mencari saya dalam rumah. Saya tiada di rumah kerana saya pergi ke pasar. Barang mentah di rumah kita hampir kesemuanya habis. Jadi, saya terpaksalah pergi pasar untuk beli semua itu. Saya harap awak tak marah saya keluar tanpa izin. =)'
Ditulis pada jam: 10 pagi
Ais mencebik membaca isi surat tu.  Kalau ya pun nak bagi tahu aku kau keluar, tak payahlah tulis notis panjang. Membazir dakwat sahaja. Tulis panjang-panjang macam ni bukannya aku heran pun. Monolog hati Aish. Waktu yang ditulis pada nota itu dibacanya. 'Dia keluar dalam pukul 10 tapi kenapa dah nak dekat pukul satu tak balik-balik lagi ni?' Hati Aish tertanya-tanya. Nota kecil itu dilekatkan kembali ke cermin meja soleknya. Entah kenapa dia rasa tulisan tangan Jannah itu cantik baginya. Tulisan berangkai yang cantik tertulis.

Jannah duduk di stesen bas. Dia megesat peluh di dahi. Lenguh kakinya apabila berjalan tidak tentu arah mencari jalan pulang. Inilah padahnya apabila duduk berkurung sahaja di dalam rumah. Jalan raya yang agak lengang itu dipandangnya sepi. Barang-barang yang dibelinya diletakkan di sebelahnya. Nak pergi beli barang reti, bila nak balik rumah, tak reti pula! ngomel hati jannah sendiri. Sudah banyak teksi yang berhenti ingin menghantarnya pulang namun dia menggeleng. Bagaimana dia hendak meminta teksi itu menghantarnya pulang sedangkan alamat rumah yang didudukinya pun tidak diketahui. Ketika hendak pergi ke pasar tadi pun dia hanya berkata hendak pergi ke pasar sahaja kepada pemandu teksi itu. Kemudian pemandu teksi itu terus menghantarnya ke pasar. Apalah nak jadi dengan kau ni Jannah sampai jalan nak balik ke rumah pun kau boleh tak tahu!

Jannah membelek isi beg tangannya. Begnya terus diselongkar apabila barang yang dicari tidak dijumpai! Kemudian menepuk dahinya! Macam mana aku boleh lupa nak bawa handphone? Hadoiii!
Jannah mengeluh halus mengenangkan kecuaiannya. Rasa sebak dan sedih bertandang di hatinya kerana tersangkut di stesen bas ini. Jika dia membawa handphone nya, pasti dia boleh meminta suaminya menjemputnya.
Matanya dikelipkan beberapa kali apabila merasakan matanya sudah dipenuhi air mata.


Aish mencelikkan matanya apabila tersedar dari tidur lalu menguap. Handphone nya yang terletak di sebelah bantal dilihat untuk melihat waktu. Sudah pukul dua petang. Dia menggeliatkan badannya dan perutnya yang kelaparan diusap. Ketika di ofisnya tadi, dia makan hanya untuk mengalas perut sahaja kerana selalunya dia akan mengenyangkan perut di rumah.
 Dia membuka pintu biliknya lalu kakinya laju menuju ke dapur. Meja dapur yang bersih tanpa sebarang hidangan membuatkan dia berasa pelik. Jannah tak balik lagi ke? Hatinya tertanya-tanya. Dia berjalan pula menuju ke bilik Jannah. mana tahu isterinya hari ini ingin mengelak daripada memasak.

Pintu bilik Jannah dibukanya. Kosong. Tubuh Jannah langsung tiada di dalam bilik. Aish melangkah masuk ke bilik Jannah yang dulunya sebagai bilik tetamu. Tetapi sekarang 'tetamunya' orang yang perlu dia hadap setiap hari. Tapi hari ini, wajah Jannah langsung tidak kelihatan di matanya.
" Mana pulak perempuan ni? Takkan tak balik lagi? Dah pukul dua lebih tak balik lagi, apa nak jadilah ni," bebelnya seorang diri. Dia mendekati tempat tidur Jannah. Apabila langkahnya semakin dekat, bayangan dia sedang memeluk isterinya diatas katil beberapa hari yang lepas menerpa mindanya. Aish menggelengakan kepalanya seolah-olah menghalau bayangan itu.
Handphone di tangan dipandang. Nombor telefon Jannah dicarinya. Setelah menjumpai nombor telefon Jannah di dalam handphone nya, nombor itu pantas di dail.
Ringtone lagu Muara Hati di bilik itu membuatkan Aish tercarik-cari dimanakah bunyi itu. Setelah menjumpai dari mana lagu itu datang, dia mengeluh kasar. Sia-sia sahaja dia menelefon isterinya tetapi handphone ditinggalkannya.
Perempuan ni kenapa? Handphone tak bawak lepas tu pergi pasar tak ingat nak balik. Hisy! Suka sangat buat aku sakit hati. Dah lah aku lapar!" bebel AIsh lagi seorang diri di dalam bilik itu.

Setengah jam berlalu. Aish semakin gelisah. Tubuhnya yang dibaringkan diatas katil itu digolek-goleknya. Cadangnya dia ingin menunggu isterinya sehingga pulang di dalam bilik ini. Tapi dah hampir pukul tiga, bayang isterinya masih belum muncul. Aish bangun dari berbaring. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ke mana pulak perempuan ni? Suka sangat buat aku marah!


Aish mencapai kunci keretanya di dalam bilik. kakinya laju melangkah menuju ke luar rumah. Dia tidak boleh berdiam diri. Isterinya perlu dicari. Perempuan ni memang tak boleh buat aku senang. Entah-entah ikut mamat Lombok agaknya. Gerutu hati Aish. Enjen keretanya pantas dihidupkan. Destinasi pertama untuk mencari isterinya ialah pasar yang berdekatan dengan tempat tinggalnya ini.


Jannah murung di stesen bas itu. Dia mati akal untuk berbuat sesuatu. kalaulah dia hafal nombor telefon suaminya, pasti dia akan menelefon suaminya menggunakan telefon awam yang terletak berhampiran stesen bas ini. Perutnya sekarang sudah berkeroncong kuat. Sudahlah dia tidak sarapan. Rasa-rasanya boleh pengsan dia kalau tidak makan.


Jannah memandang sekumpulan remaja lelaki yang berkeliaran di stesen bas ini. Sekali sekala dengar siulan nakal daripada mereka. jannah langsung tidak mengambil peduli semua itu. Baginya, remaja seperti itu tidak patut dilayan.

" Seorang sahaja, cik adik?" tegur seorang remaja lelaki dikalangan sekumpulan remaja itu. Rakan-rakannya yang lain sudah tersengih-sengih memandangnya sebelum mereka bersurai meninggalkan remaja itu bersama Jannah. Pertanyaan remaja lelaki yang mungkin sebaya dengannya tidak dijawab Jannah. Malas dia mahu melayan.
Sombonglah awak ni. Orang tanya, tak jawab pun," ujar remaja lelaki itu lalu melabuhkan punggung di sebelah Jannah. Jannah terkedu apabila remaja lelaki itu duduk di sebelahnya. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya. Rasa seram sejuk pula apabila berduaan dengan remaja seperti ini. Beg tangannya di peluk erat.
" Awak ni cantiklah." Kedengaran desah halus yang keluar dari bibir remaja lelaki itu. Duduknya makin didekatkan kepada jannah. Kecantikan Jannah membuatkan dia berasa peluang yang ada jangan dilepaskan. Lagi pula, tiada orang yang lalu lalang di jalan raya ini sekarang.
Jannah makin menjarakkan lagi duduknya. Dia takutSungguh dia takut. Apabila melihat lelaki itu makin galak ingin mendekatinya, dia pantas berdiri. Kakinya laju sahaja ingin melangkah dari situ namun pegangan tangan remaja lelaki itu pada lengannya membuatkan dia terhenti lalu meronta meminta lepaskan diri.
" Nak pergi mana ni, sayang? Kita belum buat apa-apa lagi, nak chow gitu je? Isk, isk. Mana boleh macam tu sayang," ujar remaja lelaki itu sambil tangannya galak mengusap pipi Jannah. Jannah meronta-meronta ingin melepaskan diri. Dia berharap sangat agar ada kereta yang lalu lalang di kawasan ni. Apabila melihat lelaki itu ingin mendekatkan wajah mereka, Jannah meronta kuat. Pegangan lelaki itu akhirnya terlepas. Jannah mengambil keputusan melarikan diri sambil menjinjing beg plastik yang sarat dengan bahan mentah. Remaja lelaki itu tidak melepaskan dia begitu sahaja. Sedang dia berlari menyelusuri tepi jalan raya, lariannya terhenti dan wajahnya tersembam di dada seseorang. Jannah mulai kaget lalu menjerit.

Lepaskan akuLepaskan akuAk tak nak! Lepaskan aku!" Jannah menjerit sambil badannya meronta dalam pelukan lelaki itu. Air matanya sudah lebat menuruni pipi. Badannya menggigil kala ini.

" Hey, jannah. Kau kenapa ni?" suara itu membuatkan tangisan Jannah terhenti. Pelukan orang itu dilepaskan lalu dia memandang wajah orang itu.
" Aish," panggil Jannah perlahan. Bibirnya menggigil ketakutan sambil memandang wajah Aish.Kemudian dia menangis teresak-esak. Aish terkedu melihat jannah menangis. Hatinya tersentuh melihat air mata yang mengalir itu. Tangannya yang memeluk pinggang Jannah dialihkan ke bahu gadis itu. Bahu gadis itu digosoknya lembut.
" Hey kenapa ni? Cuba cakap," pujuk Aish lembut. Tangannya mengesat perlahan air mata gadis itu lalu tangan gadis itu digenggam dan menarik perlahan tangan itu mengikutnya menuju ke keretanya. ketika dia sedang mencari gadis itu, dia melihat gadis itu terkocoh-kocoh berlari.Diatidak tahu apa yang berlaku sehingga gadis itu berlari dengan gopohnya bagaikan ada yang mengejar di belakang. Oleh itu, dia memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu menahan gadis itu.

Aish Ahsan membukakan pintu kereta untuk Jannah. Namun gadis itu hanya diam membatu di sisi keretanya. Aish Ahsan mengeluh halus. Dia tidak faham dan tidak tahu apa yang mengganggu gadis itu. " Tunggu apa lagi ni?" tanya Aish lembut. Wajah Jannah yang agak pucat direnungnya simpati. Rasa melayang marahnya apabila isterinya pulang lambat ke rumah.

Jannah memandang Aish dengan mata yang berkaca. Dengan pantas, tubuh sasa suaminya dipeluknya erat. Dia menangis teresak-esak di dada suaminya. Dia berterima kasih kepada suaminya kerana berada tepat pada masanya. Kalau tidak, pasti dia sudah diapa-apakan oleh remaja lelaki itu.
Aish tergamam. Tidak menyangka dia bakal menerima pelukan daripada gadis itu. Pelukan Jannah dibalas. Kepala Jannah diusapnya lembut. " Syyy, janganlah nangis.Jangan risau aku ada dekat sini," pujuk Aish dan mengangkat wajah Jannah. Air mata Jannah dikesatnya lembut. Tanpa sedar, bibirnya laju sahaja mengucup mata isterinya.
Jannah berasa tenang menerima kucupan hangat daripada suaminya. Terasa sedih dan ketakutannya dibawa jauh dengan ciuman suaminya.


Johan memberhentika keretanya tidak jauh dari tempat Aish dan Jannah berdiri. Namun mereka langsung tidak menyedari kehadiran orang lain kerana asyik dengan perasaan masing-masing. Johan tersenyum sinis. Hari ini kau selamat Jannah! Tapi malam nanti mungkin tidak. Tiba-tiba telefonya berbunyi. Melihat sahaja nama yang terpapar di skri telefonnya mebuatkan dia mendengus kasar.

Helo! Kau buat kerja macam mana hah budak? Nak handle perempuan macam tu pun tak boleh!" jerkah Johan kepada seorang remaja lelaki yang berada di talian. Remaja lelaki yang cuba mengapa-apakan Jannah adalah orang suruhannya. Ketika dia sedang memandu kereta di jalan ni, dia terlihat perempuan itu sedang duduk bersendirian. Segera niat jahatnya mulai bersarang di hati. Oleh itu dia mengupah remaja lelaki itu untuk mengganggu gadis itu. Namun semuanya gagal keran kehadiran Aish.

" Sorry lah boss. Aku tadi baru sahaja nak 'rasa' dia tapi boleh pula tu dia lepas," jawa remaja lelaki itu, Acap. Remaja lekai itu juga tidak berada jauh di tempat Jannah dan AIsh berdiri. Dia menjadi pemerhati dari jau dan berharap lelaki itu akan segera beredar meninggalkan gadis itu.

" Sorry naik lori lah sanaBodoh! Kau dekat mana sekarang ni?" tanya Johan menahan marah. Jika lelaki itu ada di hadapanya sekarang, memang dah lama makan penumbuknya. Duit nak, tapi kerja hancur! Getus hatinya.
Aku tengah menyorok ni boss. Tak jauh pun dari diorang. Mana tahu nanti lelaki tu chow boleh aku teruskan kerja aku," jawab remaja lelaki itu sambil ketawa kecil. tidak sabar untuk meneruskan kembali kerjanya yang terbengkalai tadi.
Johan mendengus kasar. Bodoh punya budak!
" Woi, kau tak payah nak tunggu dekat situ. Lelaki tu tak akan tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu bini dia bodoh! Dah kau chow dari situ. Malam nanti aku nak jumpa dengan kau," ujar Johan bercampur
marah dan geram.
Taliannya dimatikan. Matanya memandang sahaja kereta Aish yang mula bergerak meninggalkan kawasan itu. dia mendengus geram. Rancangannya untuk memberi amaran kali ini tidak jadi. Terpaksalah dia menunggu untuk malam ini. Dia harap apa yang dia rancang bakal menjadi.

Aish menjeling sekilas kearah isterinya yang sedang duduk bersandar di kerusi kereta sambil kepala terlentok memandang pemandangan di luar kereta. Dia sebenarnya masih pelik lagi dengan kejadian sebentar tadi. wanita itu brlari-lari di tepi jalan seolah-olah dikejar sesuatu. Dia pula yang mencari isterinya ketika itu perasan wanita itu lalu memberhentikan keretanya.

" Kau kenapa tadi? Aku tengok kau macam takutkan sesuatu saja tadi," ujar Aish sambil memberhentikan keretnya di jalan raya apabila lampu trafik betukar merah. Dia memandang isterinya apabila tiada balasan daripada isterinya. Apahal pulak isteri aku ni? Tak dengar ke apa yang aku cakap? Ke pekak?

" Woi, Jannah!" panggil Aish namun tiada sahutan daripada isterinya. Dahinya berkerut. Ni dah sah-sah pekak ke apa?
" Woi Jannah!" panggil Aish sekali lagi kali ini disertakan sekali dengan tepukan lembut sedikit kuat bahu Jannah. Kepala Jannah yang terlentok di tingkap kereta pada mulanya tadi sudah bertukar arah. Kepalanya terlentok pula meghadap suaminya.

Aish mendengus kasar. Bertuah punya isteri! Aku cakap seorang diri rupanya dia pulak sedap membuta dalam kereta aku ni! Matanya jatuh kepada wajah Jannah yang lena tidur di sisinya. Hatinya tertanya-tanya juga, isterinya ini tidak laparkah kerana sudah seharian menunggu di perhentian teksi. bibir Jannah yang terbuka sedikit seolah-olah wanita itu benar-benar kepenatan. Matanya jatuh pula pada dada isterinya. Dia menelan air liur. Dada wanita itu kembang kempis menyedut udara. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Don't stare at her Aish! Alihkan mata kau ke tempat lain! Hatinya membentak keras.

Kepala Jannah jatuh melentok ke bahunya pula. Aish menghela nafas kasar. Aduh! Menguji iman aku betullah perempuan ni! Matanya cuba dfokusan kepada pemanduannya sahaja walaupun debaran di dada semakin kuat terasa. sterengnya dipegang kejap dan matanya terkebil-kebil apabila tangan isterinya memeluk erat lengannya pula. Hish, perempuan ni!

" Woi!" jerit Aish sambi tanganya mengawal stereng kereta. Jeritannya itu membuatkan Jannah tersentak lalu bersandar tegak di kerusi kereta dengan muka yang mamai. seketika kemudian dia memalingkan wajahnya kepada suaminya.

" Hah! Sedar pun akhirnya. Mimpi indah ke sampai aku panggil pun tak dengar?" tanya Aish sindir sambil menjeling tajam kearah Jannah bagi menghilangkan kejanggalan yang berasa di hatinya. Wajah wanita itu masih kelihatan mamai lagi walaupun puas disindir dengan Aish.

" Kita dah sampai ke?" tanya Jannah dalam keadaan mamai sambil melentokkan kepalanya ke kerusi kereta itu. perutnya digosok perlahan. Lapar....

" Dah sampai apa nya? Belum lagi. Aku nak tanya kau ni? Kau lapar tak?" tanya Aish sambil menjeling ke tangan Jannah yang sedang menggosok perut. Lapar lah tu....

" Errrr, lapar... Awak dah makan ke belum?" tanya Jannah risau sambil kepalanya menghadap wajah Aish dari sisi.

" Ingat juga kau dekat aku. Mestilah aku belum makan. Dekat rumah tadi, tudung saji sahaja yang aku nampak," sindir Aish sambil membelokkan keretanya memasuki kawasan deretan restoran.

Jannah menunduk mendengar Aish berkata begitu. " Saya minta maaf. Saya sebenarnya lupa jalan balik ke rumah. Alamat pun saya kurang pasti. Sebab tu saya tak balik-balik ke rumah," balas Jannah lembut. Dia tahu alasannya kurang logik tapi itu lah yang dia alami. Berkurung sahaja di dalam rumah membuatkan dia sebegitu.

Aish memandang tidak percaya Jannah. " What the heck?! Jalan nak balik ke rumah pun tak tahu? Itu aku boleh terima lagi tapi kalau alamat rumah aku pun kau tak tahu, aku tak tahu nak cakap apa. Hmmm, nasib aku terima isteri macam kau ni.. Tak boleh diharap langsung," ujar Aish geram.

Jannah hanya diam sahaja mendengar kata-kata Aish. Hatinya berasa sebal dan sakit mendengar ayat yang keluar dari bibir Aish. Aku tak boleh diharap? kalau aku tak boleh diharap, kenapa semua kepentingan untuk dia sentiasa aku sediakan? Bentak hati jannah geram. Kalau boleh ingin sahaja dia luahkan, tapi dia tiada keberanian untuk berkata sedemikian.

Aish memberhentikan keretanya berhadapan dengan sebuah restoran makanan barat. Jannah memandang restoran itu dengan dahi yang berkerut. Hilang rasa lapar melihat suaminya berhenti di hadapan restoran itu. Perut dia mana boleh terima makanan barat ini semua!

" Dah, jom turun. Aku dah lapar dah ni. Muka kau pun dah pucat aku tengok. Lain kali aku nak train kau supaya dapat hafal alamat rumah aku," sindir Aish lagi. Jannah hanya diam tidak membalas. Malas mahu berlawan kata dengan lelaki itu.

Mereka berdua bersama-sama melangkah masuk ke dalam restoran itu. Penyambut pelanggan tersenyum menyambut kehadiran mereka. Mereka mengambil tempat yang berhampiran dengan sepasang kekasih yang asyik berbual mesra sambil menunggu makanan.

Aish membaca menu di hadapannya. Sekali sekala matanya memandang sekilas Jannah yang berasa agak tidak selesa itu.
" Hmmm, aku rasa aku nak makan spaghetti bolognese. Kau nak makan apa pulak?" tanya Aish sambil memandang muka Jannah. Isterinya itu menggigit bibir sambil menyelak helaian menu itu.

" Errrr, awak nak makan apa tadi?" tanya Jannah sekali lagi. Bebelit-belit rasanya nama makanan yang disebutkan oleh Aish tadi.

" Aku nak makan SPAGHETTI BOLOGNESE. Ada faham?" Aish menekan kuat sebutan makanan itu. Jannah mengangguk faham dan kembali menyelak makanan yang ada di situ. dia tidak tahu hendak memilih makanan yang mana kerana semua makanan yang ada di situ langsung tidak diminatinya. Hendak meminta Aish keluar dan cari kedai lain, takut dia pula yang kena dengan Aish.

" Kau pulak nak makan apa?" tanya Aish sambil menolak ke tepi menu dihadapannya. matanya difokuskan pada wajah Jannah. Wajah isterinya itu berkerut.

" Errrrr, Aish. Boleh tak awak yang pilihkan? Saya tak tahu mana satu yang sedap," ujar Jannah. Dia tidak mahu memilih sesuka hati. Takut-takut tak sedap, membazir pula nanti.

" Huh! Kalau dah tekak orang kampung, makan pizza pun kata tak sedap," sindir Aish sambil tergelak kecil. Menu yang berada di hadapan wanita itu dibawa ke hadapannya. 

" Aku order kan kau urmmmm, hah! Aku orderkan kau, black pepper chicken chop. Kau pernah dengar tak makanan ni, kalau orang bijak macam kau ni, tak tahu makanan ni, better kau jangan sekolah lah," ujar Aish selamba. Matanya memandang Jannah yang mengangguk di hadapannya itu.

" Apasal kau angguk-angguk ni?" tanya Aish. 
" Saya pernah dengar makanan tu. Tapi tak pernah merasa," jawab Jannah sambil tersenyum malu. Aish hanya mengeluh.

Setelah pelayan mengambil tempahan, AIsh dan Jannah melayan perasaan masing-masing. Hari ini AIsh rasa agak pelik dengan dirinya. Entah zaman bila dia jadi semesra macam ni dengan Jannah. Tapi yang pasti, ada satu rasa yang hadir tatkala bibirnya mengucup lembut mata Jannah ketika terserempak dengan isterinya di tepi jalan. Dia memandang Jannah yang sedang termenung.
' Dulu aku tak tahu, apa lebihnya kau ni jika dibandingkan dengan Risa. Tapi sekarang, aku dah nampak kelebihan itu semua..'
" Aish," panggil Jannah sambil menggoyangkan dua batang jarinya dihadapan Aish. Sudah banyak kali dia menyeru nama lelaki itu, tetapi tiada sahutan dari lelaki itu.

Aish tersentak. Wajahnya diraup kasar sebelum memandang Jannah apabila wanita itu mencuit lembut tangannya yang berada di atas meja.
" Hmmm, kau nak apa?" tanya Aish sambil melingaskan pandangan ke seluruh restoran itu.
" Errrr... malam ni awak ada nak pergi mana-mana ke?" tanya Jannah perlahan. Dia ingin bertanya mana tahu lelaki itu ingin keluar malam nanti dan makan di luar sekali. Jadi tidaklah susah payah dia untuk memasak.

" Ha'ah. Aku nak keluar malam ni. Kenapa kau tanya?" tanya Aish ingin tahu. Wajah Jannah dipandang ingin tahu. 
" Eh tak ada apa-apa," balas Jannah balik. 

Pelayan restoran itu meletakkan sepinggan spaghetti bolognese dan sepinggan black pepper chicken chop di hadapan mereka. Aish membalas senyuman pelayan itu sebelum menolak perlahan pinggan black pepper chicken chop itu dihadapan Jannah. Sepinggan spaghetti ditarik kehadapannya.

Jannah terkulat-kulat memegang pisau pemotong daging dan garfu. Dia tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Dia memandang Aish yang enak menjamu selera tanpa pedulikan dia yang masih tidak menjamah makanan di hadapannya. Perut sudah makin kuat berkeroncong.

" Kau kenapa tak makan?" tanya Aish dengan mulut yang penuh dengan mi spaghetti. Sudu dan garfu yang berada di tangan diletakkan di atas pinggan. Matanya memandang wajah wanita itu yang sedang berkerut memandang makanan dihadapannya.
" Kau tak nak makan ke?" tanya Aish sekali lagi. Kini, pandangan Jannah tertumpu kearah Aish pula. Dia menunjukkan pisau dan garfu di tangannya. Aish memandang tidak faham.

" Kalau makan guna tangan boleh tak?" tanya Jannah lembut. Pisau dan garfu di tangan sudah di letakkan di atas pinggan.
" Hah?!" Aish memandang tidak mengerti Jannah.
" Saya tak reti nak makan guna pisau ni. Lebih baik kalau saya guna tangan," jawab Jannah sambil tangannya sudah didekatkan kearah daging ayam itu. Namun, Aish pantas menarik pinggannya lalu dibawa ke hadapan lelaki itu.
" Kalau tak tahu nak makan, jangan berat mulut nak minta tolong," ujar Aish sambil tangannya memotong daging ayam itu menjadi cebisan kecil. Dalam beberapa minit, daging ayam itu sudah siap menjadi cebisan kecil.
" So, you can eat right now. Lain kali belajar makan cara gunakan pisau dengan garfu. Tak lah macam rusa masuk kebun," ujar Aish selamba. Pinggan itu ditolaknya ke hadapan Jannah.
" Rusa masuk kampung, Aish," betulkan Jannah Hatinya sedikit terhibur dengan kata-kata lelaki itu.
" Arh! Whatever. Yang penting kau makan sekarang. Lepas ni aku nak balik. Dah hampir pukul tiga setengah petang ni," ujar Aish sambil menghabiskan sisa makanan di pinggan manakala Jannah terdiam. Sudah pukul tiga setengah petang? Ya Allah, Solat Zohor aku belum tunaikan lagi ni! Hatinya terjerit kecil. Daging ayam black pepper itu dimakannya sedikit pantas. 

" Yang kau ni makan macam orang tak makan sebulan kenapa?" sindir Aish sambil menyedut minumannya. 
Jannah tidak menjawab dan teruskan menghabiskan makanan di hadapannya. Dia tidak nafikan, makanan itu sedap jugak. Memanglah sedap Puan Jannah oiii, nama pun daging ayam!


Setelah kereta Aish tiba di perkarangan rumah milik lelaki itu, dia pantas membuka pintu dan segera berlalu ke pintu rumah. Tombol pintu dipulas namun dikunci dari dalam. 
" Hoi-hoi!! Sabar sikit. Kelam kabut betul. Tepi sikit," arah Aish kepada Jannah. Jannah memberi ruang kepada Aish membuka pintu rumah yang berkunci itu. Setelah pintu itu dibukanya luas, Jannah pantas masuk ke rumah dan ingin berlalu ke biliknya Namun pegangan Aish di lengannya mematikan niatnya untuk terus melangkah. Wajah Aish dipandangnya.
" Malam ni kau tak payah masak. Lagi pun aku nak keluar malam ni so aku makan dekat luar je lah," ujar Aish. Jannah mengangguk perlahan dan menarik lengannya dari terus menjadi mangsa pegangan Aish. Dia harus cepat masuk ke bilik kalau tidak dia akan terlepas solat Zohor.
Pelik aku tengok minah ni. Dah masuk rumah pun kelam kabut lagi! Kutuk hati Aish. Kakinya menuju ke sofa dan dibaringkan tubuhnya ke sofa empuk itu. Langsung tidak menghiraukan kewajipan solat Zohor yang bakal tamat waktunya tidak lama lagi.

Jannah keluar dari biliknya setelah solat Maghrib. Dia memandang ruang tamu yang gelap tanpa cahaya. Kakinya laju menuju ruang tamu lalu memetik suis lampu di ruang itu. Bunyi pintu dibuka membuatkan dia mengalihkan pandangan ke hadapan bilik Aish. Suaminya sudah siap berpakaian T-shirt berjenama Polo dengan seluar jeans. Gayanya seperti orang bujang sahaja yang belum terikat dengan mana-mana lelaki.

" Jannah. Aku nak keluar ni. Maybe aku balik lambat. Make sure pintu rumah kau kunci nanti," arah Aish. Kunci rumah dan kunci kereta di capainya di sebuah meja kecil berhampiran dengan tangga. Kakinya laju sahaja ingin melangkah ke pintu rumah namun ada suara halus yang menghentikan langkahnya. Tangannya yang kasar itu terasa disentuh dan dicium lembut. Dia memandang Jannah yang masih setia memegang tangannya.
" Balik jangan lewat sangat. Hati-hati memandu," pesan Jannah lalu melepaskan pegangannya. Terasa lapang dadanya apabila bertindak sebegitu sementara Aish masih lagi kaku. Kemudian dia tersedar dan terus keluar dari rumah. 

" YOW Aish!" Jerit seseorang memanggilnya setelah dia tiba di sebuah kelab malam yang memang sentiasa hangat dengan pengunjung lagi-lagi dengan anak muda yang masih tidak mengenal erti hidup.
" Yow Fiq," sahut Aish lalu membalas pelukan Fiq yang ada sedikit terbau kesan arak dan rokok. Tetapi jika Aish, badannya masih tidak berbau sebegitu kerana dia memang berpegang kepada prinsipnya tidak menyentuh arak dan rokok.
" Lambatlah kau datang. Kita orang semua tunggu kau sampai nak naik berjanggut dah ni," ujar Fiq disambut dengan tawa Aish. Fiq hanya tersenyum sinis. Sebentar lagi, tak kan ada lagi senyuman dekat bibir kau, Aish! Maafkan aku Aish! Aku terpaksa lakukan semua ini demi adik aku. Hati Fiq berbisik sayu sambil memandang Aish yang gembira sekali bertemu dengan rakan-rakan mereka.

Fiq melabuhkan duduknya berhampiran dengan Aish yang sedang minum segelas coca cola di sofa kelab malam itu. Lelaki itu seperti sedang berkhayal sahaja tingkah lakunya. Mata Fiq membalas pandang Johan yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
" Woi! Kau termenung apa ni bro? Teringatkan isteri kau ke?" tanya Fiq dengan hati yang gundah. Sebentar lagi, permainan Johan akan bermula. Dia tidak sanggup mengingati dirinya ini yang sudah mengkhianati persahabatannya dengan Aish.
" Hahaha. Ingatkan bini aku buat apa. Aku dekat kelab ni, bro! Enjoy bukan ingat bini," balas Aish sambil senyuman kecil bermain di bibir. Tapi hakikatnya dia sedang mengingati isterinya. Entah kenapa hatinya berasa gundah tatkala ini.
" Hahaha. Manalah tahu kau rindu isteri kau ke kat sini. By the way, aku ada someone nak kenalkan dekat kau ni," ujar Fiq lalu berdiri. Aish memandang Fiq meminta penjelasan. Gelas di tangan sudah diletakkannya di atas meja kecil di hadapannya.
" Siapa dia bro?" tanya Aish sambil matanya mencari kelibat orang yang mungkin Fiq ingin perkenalkan.

"Hello Aish," satu suara yang menyapanya dari sisinya membuatkan dia berpaling ke kanannya. Matanya membulat. Nafasnya terasa sesak apabila melihat seorang lelaki yang sedang tersenyum sinis kearahnya. Mukanya diraup kasar. Kini, matanya dialihkan pula kearah Fiq yang sedang memandang sugul kearahnya.
" I'am sorry Aish. Sebelum apa-apa yang berlaku, aku nak minta maaf dekat kau. Aku terpaksa buat ni semua Aish," ujar Fiq lalu berlalu meninggalkannya yang sedang tercegat memandang Johan, abang kepada bekas teman wanitanya sebelum Risa.
" Kenapa muka kau macam pucat Aish? Terkejut ke tengok aku dekat sini?" tanya Johan sinis dan dengan selamba duduk di sofa yang diduduki oleh Aish. Aish tidak menjawab pertanyaan Johan. Otaknya terasa kosong tatkala ini.

Jannah sedang duduk di sofa menonton televisyen. Drama bersiri Melayu yang terpampang di kaca tv amat menarik minatnya. Gelas yang terletak di atas meja berhadapan dengannya dicapai dan ingin diteguknya. Namun air di gelas itu sudah habis. Dia memandang televisyen yang sedang mentayangkan iklan di tv. Dia pantas bangun dari duduk untuk menambah air di dalam gelas lalu bergerak ke dapur.

Krikkk! Krikkkk!

Bunyi sesuatu di ruang tamu membantutkan tingkahnya untuk menuang air ke dalam gelas. Dia menajamkan lagi pendengarannya. Mana tahu itu sekadar mainan perasaannya. Namun bunyi itu semakin jelas dipendengarannya. Gelas di tangan di letakkan ke dalam sinki. Dia melangkah laju menuju ke ruang tamu. Setibanya di ruang tamu, lututnya terasa lemah sekali apabila melihat pintu rumahnya sudah terbuka luas. Dia pelik bercampur takut. Dia mendekati pintu rumah itu dan menjengahkan sedikit kepala kearah pondok pengawal rumah ini. Suasana di dalam pondok pengawal itu dari jauh terang benderang. Mungkin pintu rumahnya ini tidak ditutup rapat dan angin menolaknya. Pintu rumah itu ditutup dan apabila dia berpaling, dia terus jatuh terduduk. Dia terkejut melihat remaja lelaki yang sama yang ditemuinya di stesen teksi berada di hadapannya.

" Macam mana kau boleh masuk dalam rumah ni?" tanya Jannah dengan suara yang sedikit ketakutan. Dia bangkit berdiri namun tubuhnya masih lagi bersandar di pintu rumah. Remaja lelaki itu tergelak sinis melihatnya. Mata lelaki itu memandangnya penuh berahi. Nasib baik dia masih mengenakan tudung di kepala. Sejak duduk bersama Aish, lelaki itu tidak pernah melihat rambutnya sebelum kejadian dia bilik tidurnya berlaku.

" Hahahaha. Kenapa macam takut je ni, sayang?" ujar Acap lalu berjalan mendekati Jannah. Wajah Jannah yang putih gebu itu dipandangnya penuh perasaan. 
Jannah memulas tombol pintu rumah itu untuk berlari keluar. Namun pinggangnya diraih kasar oleh Acap. Dia menjerit ketakutan sambil menjerit memanggil Pak Samad, pengawal keselamatan rumah ini.
" Sial! Kau nak lari ke mana hah? Jangan harap kau boleh. Sekali kau cuba nak lari, mati kau!" ujar Acap garang sambil ketawa besar. Tudung di kepala Jannah ditarik kasar. Maka terserlah rambut Jannah yang diikiat ekor kuda. Tubuh Acap ditolaknya kasar ke hadapan lalu dia berlari menuju ke tangga. Namun lengannya dapat ditangkap Acap.
" Tolong jangan buat aku macam ni. Aku sanggup beri kau apa-apa sahaja tapi tolong jangan buat macam ni dekat aku," ujar Jannah sambil cuba melepaskan diri.

Acap menolak tubuh Jannah ke dinding lalu tangannya memerangkap tubuh wanita itu. 
" Hahaha. Aku tak boleh nak ikut cakap kau. Sebab suami kau dah bayar aku!" tengkingnya sambil menghimpit tubuh Jannah.
"Tipu! Aish tak akan buat macam tu!" jerit Jannah sambil cuba tolak tubuh Acap yang sedikit sasa itu.
" Kau tak percaya? Kau baca mesej ni," ujar Acap sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Tangan kirinya memegang lengan Jannah manakala tangan kanannya mencari-cari mesej.
" Nah! Kau baca mesej ni! Suami kau yang suruh!"

Jannah dengan teragak-agak mencapai telefon bimbit jenama nokia itu dari tangan Acap. Matanya membaca mesej yang terpampang di skrin telefon itu.

FROM: AISH

Aku nak kau buat apa yang aku suruh! Aku dah bayar kau sepuluh ribu ringgit dan ikut apa yang aku suruh! Malam ni, Jannah jadi milik kau! Milik mutlak kau!

Jannah menggeleng-gelengkan kepala membaca mesej itu. Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya. Kau kena percaya Jannah. Selama ini dia bencikan kau, jadi tak mustahil dia buat semua ini! Sebahagian hatinya mengiyakan mesej itu. Tangannya ditarik kasar Acap menuju ke sofa. Air matanya berlinangan di pipi. Tega sungguh suaminya bertindak sedemikian. Aish kejam! Hatinya sungguh remuk tatkala ini.




Saturday, 15 December 2012

Sedutan Bab 6: I Love You, Hubby!



Jason Harris mencampak kasar tuxedonya di lantai. Sakit di hati masih berbaki banyak. Panas hatinya melihat adegan dua orang manusia di hadapannya. Oleh kerana sakit hati, pantas dia berlalu dari majlis hari jadi rakan adiknya dan berlalu ke rumah. Adegan mesra antara ‘si dia’ dengan lelaki itu menyakitkan matanya. Benci dengan apa yang dilihatnya. Walaupun wanita itu memakai topeng yang menutup separuh mukanya, dia masih kenal wanita yang sekian lama bertakhta di hatinya. Pada mula dia melihat wanita itu, hatinya berasa sebak kerana rindu tetapi semua itu hilang bergantikan cemburu setelah melihat kejadian itu.

Tali leher yang dipakainya dirungkaikan dari lehernya gelojoh. Rimas! Dicampak tali lehernya ke sofa. Baju kemeja yang tersarung kemas dilucutkan lalu tubuh yang agak melekit itu dibaringkan di atas tilam.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan pintu biliknya membuatkan dia merengus kasar. Ada sahaja yang ingin mengganggu ketenteramannya. Kepalanya digaru kasar.

“ Masuk! Bilik tak kunci pun,” ujar Jason Harris lemah sambil duduk bersila di atas katilnya. Selimutnya ditarik hingga ke paras pinggang, mengurangkan kedinginan pada badannya.
Wajah adiknya, Katrina, muncul di sebalik pintu. Masam mencuka wajah Katrina. Mana taknya, sedang dia bergembira dengan rakannya di majlis hari jadi seorang rakannya itu, tangannya ditarik abangnya 
agar meninggalkan majlis itu. Dia tidak tahu apa masalah abangnya ini.

“ Kenapa dengan Kat ni?” Tanya Jason Harris sambil memandang wajah adiknya yang masam mencuka. Dia tahu apa sebabnya. Namun dia hanya bereaksi selamba lalu memalingkan wajah kearah televisyen yang sedang bersiaran.

“ Abang tanya kenapa? Abang tu yang sepatutnya kenapa? Tiba-tiba je heret Kat keluar dari dewan,” rungut Katrina dengan nada yang agak kasar. Dia berpeluk tubuh sambil merenung tajam abangnya itu. Dia ingin tahu apa yang terjadi di majlis tersebut sehingga abangnya itu tergesa-gesa meninggalkan majlis itu.

“ Kenapa ni Kat? Abang penatlah. lagi pula, ada something wrong dekat majlis tu,” ujar Jason Harris bernada rendah. Tangannya bermain-main dengan remote tv di tangan. Wajah adiknya itu dipandang sekilas.

“ Something wrong? Apa yang wrongnya? Cara abang keluar dari dewan tu macam abang terserempak bekas kekasih pula,” ujar gadis itu lancang tanpa menyedari kata-katanya itu. Seketika kemudian baru dia sedar. Dia mengetap bibirnya dan memandang abangnya yang merenungnya tajam. Terlupa dia seketika akan kisah lalu abangnya. Dia mengeluh halus, tidak memahami apa yang berlaku.

“ I’am sorry. Tak sengaja cakap macam tu. But at least tell me what’s going on at the party. You look angry when leave the hall,” ujar Katrina lembut dengan nada memujuk. Dia tahu ada sesuatu yang terjadi di majlis itu. Kalau tiada, masakan abangnya itu seperti bermasalah sekarang ini.

“ I saw her at the party,” ujar Jason Harris lemah. Kepalanya dipalingkan kearah lain. Tidak mahu adiknya itu melihat takungan air di matanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya tatkala adegan di majlis itu terlayar di kepalanya. Hanya dia sahaja yang merasa pedihnya melihat semua itu.

Katrina tergamam. Pelukan di tubuhnya terlepas. Kini matanya hanya tertumpu kearah abangnya. He saw her? Who’s her? Is she….. hatinya tertanya-tanya. Namun kemungkinan yang bermain di kepalanya membuatkan dia yakin siapa yang abangnya lihat di majlis. Dia berjalan mendekati abangnya yang berada di atas katil. Dia melabuhkan duduk di birai katil abangnya. Tangannya dilekapkan ke pipi abang kesayangannya itu, menarik wajah itu menghadap mukanya. I want to know who’s she, bisik hatinya.

“ You saw her? Who’s her? Is she your ex-girlfriend?” tanya Katrina lembut. Dia merenung mata abangnya yang sayu memandangnya. Hilang keceriaan di mata abangnya yang baru tiba di Malaysia beberapa hari yang lepas. Air mata yang ingin menitis di pipi itu diusapnya lembut. Dia benci melihat abangnya sedih dan kecewa. Cukuplah untuk dua tahun yang lalu.

Jason Harris mengeluh kasar. Pertanyaan adiknya tidak dijawab. Tangan adiknya yang masih setia melekap di pipinya diusap lembut. Meraih kasih daripada gadis itu.

“ Abang, jawablah. Betul ke itu dia?” tanya Katrina sedikit tegas. Pipi abangnya itu ditepuk lembut seolah-olah menyedarkan Jason Harris yang senyap. Jason Harris mengeluh lembut lalu menolak lembut tangan gadis itu dari menyentuh pipinya. Kakinya dilunjurkan ke lantai lalu dia bangkit berdiri. Dia berjalan menuju ke meja solek. Wajahnya yang kusut dipandang melalui cermin.

“ Yes, she was my love. The only one I love and I need until now even…”

Katrina memandang abangnya yang memutuskan kata. Dia bangun dari duduk lalu berjalan menuju kearah abangnya. Bahu abangnya dipeluk dan kepalanya dilentokkan pada bahu lelaki itu.

“ Even she gave you a big scar at your heart? Hmm?” tanya Katrina dengan nada yang agak sinis. Pantulan wajah abangnya di cermin dipandang dengan renungan tajam. Jujur, dia tidak suka perempuan yang dicintai abangnya muncul kembali dalam kehidupan mereka. Kemunculan wanita itu seolah-olah ingin membuka kembali kisah lalu.

Jason Harris terdiam mendengar kata-kata adiknya. Tangan adiknya ditolak dari bahunya lalu dia berjalan semula menuju ke katil. Kata-kata adiknya terngiang-ngiang di telinganya. Memang wanita itu telah memberinya sejuta kelukaan di hatinya, tapi hatinya masih berdegil untuk meraih cinta wanita itu. Adakah dia bodoh mengharap pada wanita yang tidak ikhlas mencintainya? Benar kata orang, cinta membuatkan kita bodoh!

“ I don’t want to talk about it anymore,” ujar Jason Harris. Matanya memandang adiknya memohon pengertian daripada adiknya itu. Tangannya diletakkan ke dada lalu memejamkan mata sambil berkata 
“ Abang tak nafikan, dia banyak memberikan kelukaan di hati ini. Tapi cinta dan rindu telah merawat kembali hati ini.” Jason Harris membuka matanya. Dia perasan wajah adiknya sedang mencemik sinis dengan kata-katanya. Biarlah apa yang hendak gadis itu katakan, tapi itu lah yang dia rasa.

“ Don’t talk like a stupid man, abang! Okey, Kat nak tanya abang. You told me that you saw her at the party then why you don’t approach her? Bukan ke abang rindu kan dia? Kenapa nak hilangkan diri depan dia?” tanya Katrina lantang. Tubuhnya dihempaskan kasar ke sofa di bilik abangnya.

“ I saw her danced with another man,” ujar Aish kedengaran berbisik kepada dirinya sendiri. Namun, semua itu cukup untuk didengari oleh Katrina. Gadis itu ketawa sinis kepadanya. Konon luka itu telah dirawat kembali dengan cinta dan rindu, padahal makin terluka hati tu! Sinis hati Katrina berkata. Dia berdiri menghadap abangnya. Tidak tentu arah dirinya memikirkan mengenai abangnya ini.

“ Are you drunk, brother? Come on, abang.  Abang sendiri Nampak dia menari dengan lelaki lain. Kenapa abang masih nak cintakan dia? dia tu cuma bekas kekasih abang dan belum tentu dia cintakan abang seperti mana abang cintakan dia separuh gila macam ni!” ujar Katrina lantang dengan air yang bertakung di mata. Hatinya sebak dengan keadaan abangnya ini. Hanyut dengan cinta!

Jason Harris merenung tajam adiknya. Hatinya sedikit terguris dengan kata adiknya itu.

“ Mind your words, Katrina!” ujar Jason Harris kasar. Nada suara Jason Harris yang kasar membuatkan Katrina tersentak! Hatinya bertambah kecewa dengan abangnya. Kerana seorang wanita, abangnya berkasar dengan dirinya. Dia benar-benar kecewa.

 “ Kat cakap yang betul abang and I want my old brother. Kat nak abang Kat yang ceria dan tak mudah tewas dengan dugaan. But I lost ‘my brother’! Because of love, you forgot about your sister. Abang lupa dengan adik abang yang seorang ni hanya kerana seorang wanita! Hanya kerana cintakan seorang perempuan kaki laki dan kaki botol! Do you think I’am stupid about Islam? Islam mengharamkan arak bukan? Tetapi perempuan yang beragama Islam itu ingkar dengan agama dia sendiri? Lainlah macam kita abang yang tak ada agama. And for your information, Kat benci perempuan itu yang bernama Keisya Farina! I hate her!”

Katrina mendengus kasar lalu keluar dari bilik abangnya itu. Memandang abangnya yang tak reti bahasa itu membuatkan dia sakit hati. Pintu bilik yang dihempas kuat membuatkan Jason Harris tersentak. Dia memejamkan matanya seketika sambil meramas rambutnya yang kusut.

What I’ve done?


“ WOW Keisya!” tegur Fina yang baru sahaja habis menari dengan Rudy, lelaki yang diminatinya. Gadis itu melabuhkan duduk di sisi Keisya yang sedang duduk mengelamun.

“ Keisya….” Panggil Fina dengan nada yang meleret. Keisya menjeling rakannya itu. Bila nada rakannya sudah sebegitu, tahulah dia pasti ada sesuatu yang ingin diketahui oleh Fina.

“ Hmmm, kau nak apa?” tanya Keisya acuh tak acuh. Matanya sedang mencari kelibat lelaki yang menari dengannya tadi namun tiada. Gelas panjang yang berisi air berperisa epal dicapainya.

“ Alah kau ni Keisya. Aku bukan nak menyebuk tapi…”

“ Tak payahlah kau nak kata macam tu Fina. Kau sebenarnya nak tahukan siapa yang menari dengan aku tadi kan?” tebak Keisya bersama senyuman sinis di bibir. Fina,Fina. I know you well, friend.
Fina tersenyum malu. Kemudian tangannya menjalar di bahu Keisya. “ Pandai pun kau. Mestilah aku nak tahu. Dia nampak agak misteri tapi kenapa dia macam kenal kau? Kau kenal dia ke?” tanya Fina ingin tahu. Gelas di tangan Keisya dicapai lalu diteguk air itu selamba. Jelingan Keisya dibuat tidak endah.

“ Aku pun tak tahu dia siapa. But, dari mata dia, macam aku kenal dia,” balas Keisya sambil tangannya bermain-main di dagu seolah-olah sedang berfikir. Fina di sisinya ketawa kecil.

“ Wow Keisya! Don’t stare at his eyes. Dari mata turun ke hati nanti,” usik Fina sambil ketawa kecil. Dia mengelak apabila Keisya ingin memberikan cubitan di lengannya yang putih itu.

“ Tapikan Keisya, aku rasa dia macam minat dekat kau lah. Jealousnya aku!” ujar Fina. Keisya disebelah sudah berkerut dahi. Baginya, kata-kata Fina itu ada benar juga. Kalau tidak masakan lelaki itu mengajaknya menari bersama? Keisya, maybe he wants to be your friend, not more than that. Hatinya meningkah.

“ Tapi tak semestinya Fina. Who knows, he just wants to be my friend,” tingkah Keisya lalu merampas kembali gelasnya di tangan Fina. Dia ni, air aku pun nak rembat! Rungut hati Keisya.

“ Hey, kawan kau cakap?! Masa kau dance tadi, dia tenung kau bagai nak tembus muka kau tu, kau still kata just nak berkawan? Kau ni sejak bila jadi lembap Keisya?” selamba sahaja dia mengutuk Keisya. Rakannya itu sudah memberi jelingan tajam kepadanya.

Keisya tidak membalas kata-kata Fina. Kini matanya tertumpu pada sesosok tubuh yang sedang membelakangi mereka. Matanya dikecilkan cuba mengamati tubuh itu dari belakang. Dia bangun berdiri dan tubuhnya tegak meghadapkan kearah tubuh itu yang masih lagi membelakanginya.

Fina yang melihat reaksi rakannya yang agak pelik itu turut memandang kearah yang sama. Matanya cuba difokuskan ke tempat yang menjadi perhatian kepada Keisya. Seketika kemudian dia ternganga dan menggoncang perlahan bahu Keisya. Teruja melihat sesosok tubuh itu.

“ Keisya, itu bukan ke yang menari dengan kau tadi? Oh Gosh! I thought he already leave this hall,” ujar Fina sambil melihat kearah lelaki itu yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki.

“ Yes I know Fina. Aku pun ingat dia dah bla dari dewan ni. Rupanya ada lagi. Aku nak tahu dia siapa Fina,” ujar Keisya dengan nada yang agak nekad. Fina di sisi dipandang sekilas.

“ So, apa lagi?! Jom kita rempuh!” ujar Fina penuh bersemangat. Keisya mengangguk kecil kemudian bersama-sama mereka berjalan menuju kearah lelaki itu. Keisya nekad, jika lelaki itu ingin merahsiakan identitinya itu juga, dia akan bertindak menanggalkan mask yang setia di wajah lelaki itu.


“ HEY, dude! Look at two ladies at there. Kenapa diorang pandang kita lain macam?” ujar seorang  lelaki itu kepada rakannya yang berada di hadapannya. Rakannya itu memalingkan wajahnya ke satu arah yang ditunjuk oleh rakannya itu. Keningnya berkerut. Ada dua orang gadis sedang berjalan menghampiri mereka. Itu bukan ke Keisya and Fina?

“ Errrr, i know who they are,” ujar lelaki itu  sedikit gugup lalu berjalan pantas meninggalkan rakannya yang terpinga-pinga melihat dirinya itu. Kakinya laju melangkah kearah pintu dewan yang hampir dengan tempat dia dan rakannya itu berdiri. Dia perlu pergi sebelum dua orang gadis itu menghampirinya.


“ KEISYA, look! Dia nak keluar dari dewan!” ujar Fina keras lalu mencapai tangan rakannya agar seiring mengejar lelaki itu. Keisya yang agak kalut mengangkat sedikit tinggi dressnya lalu mengikut langkah Fina yang laju itu. Kenapa lelaki itu lari? Hatinya tertanya-tanya dan melangkah laju mendekati pintu dewan.

Setiba di luar dewan, Fina dan Keisya memanjang kanleher masing-masing mencari kelibat lelaki itu namun tidak kelihatan. Keisya mengeluh kasar. Buat penat dia sahaja berlari mengejar lelaki itu namun tidak jumpa juga.

“ Mana dia ni, beb? Hilang macam tu je! Aku rasa kita dah cukup laju kejar dia,” bebel Fina sambil mengesat peluh di dahi. Tetamu yang sedang bersembang di luar dewan memandang mereka sinis. Mana taknya, sejuk-sejuk macam ni berpeluh padahal mereka marathon tadi!

Keisya tidak membalas. Nafasnya turun naik. Matanya masih lagi mencari-cari kelibat lelaki itu. Entah kenapa hatinya memberontak ingin mengetahui siapa gerangan lelaki itu. Kemudian dia terlihat seorang lelaki yang sedang bersandar di dinding yang agak suram sedikit kawasannya. Pantas dia menarik tangan Fina dan berlari-lari anak mendekati kawasan itu.

“ Wei, Keisya! Kau nak pergi mana ni?” tanya Fina sambil cuba menyaingi langkah Keisya yang laju itu. Tangannya sudah memegang pinggang yang agak lenguh itu. Aku datang sini nak enjoy, tak pasal-pasal marathon dengan minah ni! Rungut hati Fina. Padahal dia yang beria-ria tadi mengajak Keisya untuk ‘mendapatkan’ lelaki itu.

“ Aku nampak dia dekat sana! Kau ikut je lah jangan banyak cakap,” balas Keisya sedikit mengah. Sakit kakinya terpaksa berlari dengan kaki yang memakai kasut tumit tinggi. Tetamu yang hadir di situ semua memandang mereka kepelikan melihat mereka marathon malam-malam begini.

p/s: dapatkah mereka membongkar identiti lelaki itu? Hehehe.. nanti jawapannya cik writer sambung bab 6. Ni just sedutan dari bab 6. tengah dalam proses sedikit bab 6. (Berbelit-belit ayat) Okey, bacalah sedikit mengenai hero kedua, JASON HARRIS. Thanks for read it okey. Tangan itu kalau rajin sila-sila lah menaip komen. Sebarang kritikan akan diterima dengan baik. ^__^. Love you my readers!