Sunday 21 October 2012

Hanya Dia, Jannah! (ii)

Pintu bilik kerjanya ditolak dari luar. Kerusi yang tersedia di meja kerjanya diduduknya. Aish Ahsan memejamkan matanya seketika kemudian fail-fail yang masih belum disemaknya diatas meja diambilnya. Sudah dua hari dia tidak masuk ofis. Selama dua hari itu, dia cuba tenangkan fikirannya yang sejak akhir-akhir ini asyik terganggu. Terganggu dengan wajah Risa kemudian berganti pula dengan wajah Jannah.
Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu biliknya diketuk dari luar. Aish Ahsan mengangkat pandangannya kearah pintu setelah orang itu diizinkan untuk masuk. Wajah Risa yang bersolek nipis menyapa pandangannya. Aish Ahsan terpempan di tempat duduknya. Wajah yang dirinduinya kini berasa di hadapan mata. 

Risa tersenyum hambar kepada Aish yang leka memandangnya. Dia sungguh rindu dengan lelaki dihadapannya ini. Dengan langkah yang menggoda, dia berjalan menuju kepada Aish. Wajah Aish yang mula tumbuh bulu liar di sekitar dagunya tetap tidak mengurangkan ketampanan lelaki itu. Malah bertambah kacak dimata Risa.

" Hai, Aish." Aish mengalihkan pandangannya dari terus memandang wajah Risa. Perasaan marahnya akibat dipermainkan oleh gadis itu masih membara. Gadis di sisinya itu tidak diambil kisah langsung lalu dia terus menumpukan perhatian kepada kerjanya.
Risa tertunduk melihat kedinginan lelaki itu. Dia datang ke mari ingin memujuk kembali lelaki itu untuk bersamanya. Dia perlukan lelaki itu sekarang. Sangat-sangat memerlukan.
" Aish, I'am sorry. So sorry," ucap Risa lalu memaut leher Aish dari belakang. Leher lelaki itu dikucupnya manja. Dia berharap dengan cara itu hati lelaki itu bakal terpujuk.
Aish Ahsan memejamkan matanya menghayati kucupan yang diberikan oleh Risa. Sungguh dia rindu akan kucupan hangat yang sentiasa menemainya apabila bersama gadis itu. Tiba-tiba wajah Jannah yang tersenyum manis muncul di fikirannya. Aish tersentak lalu bangun berdiri. Risa hampir tersungkur apabila lelaki itu bangun dari duduk. Baju kemeja sendatnya yang berwarna putih berjalur merah jambu itu dibetulkan.

Aish Ahsan berdiri menghadap tingkap yang membolehkan dia melihat panorama Kuala Lumpur. Aish mengeluh halus. Dua orang yang berbeza status telah membuatkan fikiran dan jiwanya kacau. Sekarang, Risa kembali kepadanya semula seakan-akan merayu dirinya untuk kembali padanya.
" Buat apa you datang sni Risa?' tanya Aish tanpa memandang wajah Risa. Buat kali pertamanya dia bersuara setelah lama berdiam diri. 
" I rindukan you, Aish. Rindu sangat.I rindu untuk menjalani saat manis kita berdua. Please Aish, come back to me. Kita lupakan apa yang pernah terjadi diantara kita," rayu Risa. Beg tangannya diletakkan diatas meja kerja Aish lalu tubuh sasa itu dirangkulnya dari belakang. Pipinya disandarkan pada belakang tubuh Aish. Aish memejamkan matanya sekali lagi. Setiap perlakuan gadis itu terhadapnya sentiasa membuai perasaannya. Namun kenikmatan bercinta dengan gadis itu sudah terhenti apabila gadis itu sendiri telah meragut kembali rasa cintanya.
" I tak nak mengulangi kisah yang dulu. Cukuplah I dipermainkan. You tahu, hati I perit sekali cuba lupakan segala kenangan kita dan you senang lenang memainkan cinta I. Dahlah Risa, you balik. Let we start our relation as a friend," ujar Aish sedih lalu ingin melepaskan pelukan Risa. namun gadis itu tetap berdegil tidak mahu melepaskannya.

" Tak nak! I tak nak hubungan kita hanya sekadar kawan. I nak hubungan kita lebih jauh. As far as you be my husband and I be your wife. That's what I want Aish," kata Risa sambil menitiskan air mata. Tolonglah Aish. Terimalah aku jadi isteri kau! Sekurang-kurangnya anak dalam perut aku ni akan terbela jika kau kahwin dengan aku!

" Risa, please jangan macam ni. You jangan lupa apa yang you dah buat dekat belakang I. You curang! You tak setia! sedangkan I separuh mati cuba pertahankan hati i cuma untuk you," ujar Aish dalam sebak. Entah kenapa dia perlu sedih lagi tentang semua ini sedangkan sudah jelas kecurangan Risa di hadapan matanya.

Risa menangis teresak di hadapan lelaki itu. Apa yang perlu dia buat untuk mendapatkan kembali kasih sayang Aish? Dia perlukan Aish. Anak dalam perutnya ini perlukan seseorang lelaki yang perlu bertanggungjawab keatasnya. Dia datang ke sini dengan harapan Aish Ahsan akan menerimanya kembali dan berharap lelaki itu akan mengahwininya. Tapi, jika lelaki itu sudah tawar untuk mencintainya, apa yang perlu dia buat?

" Aish, please. I rayu. Tolong terima I kembali. I dah tak ada sesiapa lagi melainkan you, sayang. I cintakan you. I tak ada niat nak curang belakang you. Please Aish," rayu Risa dan tangan lelaki itu digenggamnya.
Aish hanya mampu memandang dengan hati yang berbelah lagi. Sayangnya dia kepada gadis itu masih bersisa tapi kepercayaannya sudah hilang untuk gadis itu.
" You baliklah Risa. You carilah lelaki lain. Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang boleh bahagiakan you. i dah tak boleh nak terima you. Hati I dah tawar untuk you. Baliklah Risa," ujar Aish. Tangannya ditarik dari pegangan lelaki itu.

Risa mencapai beg tangannya diatas meja kerja lelaki itu. Dia berjalan menuju ke pintu bilik lelaki itu. sebelum berlalu keluar, dia memalingkan mukanya memandang Aish. Dia sempat bertentang mata dengan Aish untuk berapa saat namun lelaki itu pantas melarikan wajahnya. Dia dengar ada keluhan kasar yang keluar dari celah bibir lelaki itu.

Aish memandang kearah pintu setelah mendengar bunyi dentuman pintu. Dari dalam bilik kerjanya, dia dapat melihat gadis itu sedang mengesat air matanya melalui dinding kaca biliknya. Dia duduk di sofa yang ada di biliknya dan menyandarkan badannya. Tangannya diletakkan diatas dahi.

Ringtone lagu The Reason menyedarkan Aish yang sedang termenung jauh. iPhone nya diambil dan nama Fiq tertera di iPhone nya.
" Helo," jawab Aish tanpa nada. Entah apa yang dimahukan oleh kawannya itu.
" Helo, bro! What's up, bro? Kau dekat mana sekarang ni?" tanya kawannya itu.
" Dekat mana lagi, dekat ofislah," jawab Aish malas. 
Kedengaran ada tawa di talian sebelah sana.
" Kau nak apa ni Fiq? Pagi-pagi call aku?" tanya Aish sambil memandang sekilas jam yang tergantung di dinding bilik kerjanya.
" Sahaja tanya khabar kawan aku di sana. Hahaha. By the way, aku nak ajak kau keluar malam ni," ajak Fiq. Sudah lama dia bertemu muka dengan Aish. Sejak lelaki itu kahwin, entah kenapa payah sekali hendak berjumpa muka. Tahulah dia tu masih dalam mood pengantin baru lagi. gerutu hati Fiq.
" Malam ni? Nak keluar ke mana?" tanya Aish dan badannya ditegakkan. Ajakan Fiq menarik minatnya. 
" Apa lagi, club lah," balas Fiq dengan ketawa nakalnya. Aish tersenyum ceria. Sudah lama dia tidak berfoya-foya di sana. lagi pula, masalah yang sering melandanya perlu dilepaskan dengan berhibur. Tak salah jika dia menerima ajakan Fiq.
" Okey! Aku ikut. jumpa kau malam nanti dekat club," setuju Aish kepad fiq. Fiq di talian sebelah sana sudah tersenyum penuh makna.
" Okey, kau pergi sana bawa Risa ke?" tanya Fiq. Wajah Aish sudah bertukar keruh apabila nama itu disebut.
" Hmm, tengoklah macam mana," balas Aish kemudian dia terus mematikan talian. malas untuk mengupas pasal Risa.

**********************************************************************************
Fiq tersenyum kepada Johan setelah mematikan perbualannya dengan Aish. Dia menaikkan ibu jarinya kepada Johan. Johan tersenyum puas. Nampaknya permainannya akan bermula tidak lama lagi. Tidak sia-sia dia membayar Fiq untuk melakukan semua ini. Johan memandang Fiq dengan pandangan jelek. Dengan memberikan sejumlah wang yang agak besar, Fiq sanggup melupakan persahabatannya dengan Aish semata-mata untuk menjayakan misinya itu.
" Bagus Fiq. So ni bayaran untuk kau," ujar Johan lalu mencampakkan sebuah sampul surat bersaiz A4 kepada Fiq. Fiq menangkapnya dengan sengihan lebar di bibir. Kemudian dia mengerutkan dahinya apabila bayaran yang diberikan tidak seperti apa yang dipersetujuinya.
" Kenapa macam tak cukup 50 ribu?" tanya Fiq curiga kepada Johan. Lelaki itu menggelengkan kepalanya melihat gelojohnya Fiq.
" Sabarlah. Tu baru permulaan. After semua beres, kau dapat bayaran dua kali ganda dari apa yang kau minta," ujar Johan sambil mengeluarkan rokok dari poket seluar. Fiq sudah tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.
" So, malam nanti aku nak kau jalankan tugas kau sebaik mungkin. Hasut dia," ujar Johan dengan renungan tajam kepada Fiq. Fiq sudah terangguk-angguk menerima arahan.
" No hal lah bro. Aku akan jalankan tugas tu dengan mudah," ujar Fiq dengan bangga. 
" Dah, kau boleh chow dari sini. Ingat selepas apa yang terjadi malam nanti, kau dengan apa dah tak ada kena mengena lagi. Faham?" Fiq menganggukkan kepalanya. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Johan keseorangan di taman rekreasi itu.

Johan tersenyum. Dendamnya kepada Aish akan terbalas. untuk menghancurkan lelaki itu, dia terpaksa melibatkan seseorang. melibatkan seseorang yang mungkin penting bagi Aish. Wajah isteri Aish bermain di fikirannya. Game start, Aish!

p/s: hehehee.. stop lg dekt sni.. >,< .... knape che writer stop?? huhuhuhu..... sbrnye ni just utk prsediaan kpd pmbace krana start dr hri esk i dh start exam so means i x de mse sgt nk update... ni pn tgh bce buku (bce buku celup2 je)... hehehe.... so trime lh.... kalau rjin, tgn tu silelh diberikn senaman dgn menaip komen di ruang yg tlh dsediakn.. eeeeee...




2 comments: