Friday 27 July 2012

sambungan prolog: Berikan Ku Peluang Hapuskan Sedihmu


Farok tersenyum sendirian setelah memastikan isterinya berjalan keluar dari rumahnya itu. badan sasanya dibaringkan ke katil. kemudian dia ketawa sendirian. Ketawanya kedengaran menjengkelkan. Pada pemikirannya, sudah terbayang kehancuran yang bakal mewarnai hidup isterinya. entah kenapa dirinya begitu benci akan isterinya. namun, dia mengaku jua, sebenci-benci dia pada isterinya, sudah pasti dia bakal tewas dalam belaian isterinya. tapi kali ini, dia tidak akan tewas lagi dengan semua itu.  

Dia sudah tidak sabar untuk melihat kehancuran rumah tangganya sendiri! memang itu yang dia inginkan selama ini! Melihat kehancuran rumah tangganya dan wajah sedih isterinya! Persetankan segala dosa yang bakal dihurungnya! dia sudah jauh hanyut pada dendamnya sendiri. dendam kepada arwah ayahnya yang menyuruhnya kahwin dengan isterinya. sudah puas dia membentak tidak menginginkan perkahwinan itu. namun ayahnya mengugutnya. jika dia tidak mengahwini Raihana, hartanya bakal jatuh pada adik tiri lelakinya. kadangkala hatinya berasa sebal dengan sikap ayahnya yang jelas melebihi adik tirinya berbanding dirinya. anak kandung ayahnya! oleh itu dendam kepada si ayah 'dibayar' kepada isterinya. langsung tidak dipedulikan segala duka yang menjadi warna di wajah isterinya. Telefon bimbimtnya di sebelah bantal dicapai.

 Lincah tangannya mendail nombor seseorang. seketika kemudian, panggilannya disambut." Hello," mendatar suara orang ditalian sana menyambut panggilan Farok." Hello, Jay. Kau sekarang dekat mana?" tanya Farok tegas." Farok, sekarang ni aku dalam perjalanan menuju ke perhentian teksi itu," balas suara. kedengaran desah halus di talian sebelah sana." Farok, aku betul-betul tak sabar untuk malam ini." Farok tersenyum sinis mendengar kata-kata lelaki itu. kemudian dia ketawa kecil. Siapa yang tidak terpegun melihat kegebuan dan keayuan wajah isterinya. sedangkan dirinya, sudah berpuluh kali terlajak bersama isterinya.

" Sabar dulu Jay. Malam ni malam yang sangat menyeronokkan bagi kau dan kawan-kawan kau. takkan lari gunung dikejar punya. Hahaha. Cepat sikit sampai ke sana. aku takut ada teksi yang dah jemput dia," balas Farok dengan senyuman yang penuh tersirat bermain-main di bibirnya. Tanpa menunggu balasan dari Jay, talian terus dimatikan. tangisan, jeritan  Raihana ketika bersamanya, bermain di fikirannya. tiada sesalan yang di wajahnya.

 Yang terpamer, hanyalah wajah bertopengkan syaitan! Raihana yang terkejut melihat sebuah kereta Proton Waja yang berhenti di perhentian teksi itu, mengerutkan dahinya. dia berasa pelik apabila melihat kereta itu berhenti di perhentian teksi itu sedangkan tiada sesiapa di situ melainkan hanya dia seorang saja di sini. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi kepada dirinya. segera dia bangun dari duduknya dan berjalan menjauhi tempat itu sambil mengendong anaknya. baru beberapa tapak dia berjalan, dia rasakan seperti ada tangan yang menekup mulutnya menggunakan sehelai sapu tangan. bau busuk dan meloyakan pada sapu tangan itu membuatkan dirinya pengsan. anaknya masaih erat dalam pelukannya. 

Jay menyarungkan pakaiannya ke badannya. senyuman puas bermain di bibirnya. sungguh mengasyikkan apabila bersama Raihana. tidak sia-sia dia menerima tawaran Farok. nampknya memang lumayan tawaran Farok. Dia memandang Raihana yang masih lena tanpa seurat benang. hanya selimut tebal itu saja yang melindungi tubuh mulus itu. baju Raihana yang bersepah diambil dan dicampak ke muka Raihana. wanita itu mengeluh halus akibat diganggu lenanya. matanya dibuka perlahan dan kilauan cahaya menerobos masuk ke matanya. tangannya menghalang cahaya lampu bilik itu. Jay tersenyum sinis memandang wajah polos Raihana. Tampak begitu polos sekali. Jay duduk di birai katil dan tangannya mengelus lembut wajah Raihana. Kadang kala dia tertanya-tanya, kenapa begitu murah sekali Farok memberinya wanita ini? adakah tidak terasa rugi isteri yang cantik sebegini diberi sebegitu saja? huh! Bodoh! kutuk hatinya. Raihana yang merasa wajahnya dielus lembut membuka matanya sebesar mungkin. Wajah Jay terpampang di mukanya. sepantas kilat dia bangun dan terduduk di katil. apabila melihat dirinya tanpa seurat benang, selimut tebal itu pantas ditarik menutupi tubuhnya. apa semua ini? 

tanpa perlu dijawab lagi, dia sudah tahu jawapannya. air matanya menitis perlahan. lama kelamaan, air mata itu makin deras mengalir. kenapa semua ini terjadi? bagaimana dirinya boleh 'bersama' dengan lelaki ini? dia kenal lelaki ini. dia merupakan sahabat kepada suaminya. apakah semua ini ada kaitan dengan suaminya? rambutnya yang terdedah di tarik kasar.  Jay melekapkan tangannya ke wajah Raihana. Air mata wanita itu di lap. namun pantas Raihana mengelak. dirinya sekarang sudah tercemar. tercemar dengan semua ini! Jay yang berang dengan penolakkan Raihana mencengkam pipi wanita itu. matanya merenung tajam muka wanita itu. " Kau kenapa? terkejut tengok aku? Hahaha. Memang patut pun kau terkejut!" kata Jay dengan nada yang keras. Raihana cuba melepaskan cengkaman lelaki itu. perit pipinya dibuat sebegitu." Anyway, thanks for your special service. you're awesome!" balas Jay lagi. 

wajahnya didekatkan kepada wajah Raihana. tangannya masih lagi mencengkam pipi wanita itu. apabila bibirnya hampir ke bibir wanita, tamparan hebat mengenai wajahnya. Jay bertambah berang. Dia bertindak ganas kepada Raihana. tubuh wanita itu dihempap. Raihana hanya mampu menjerit hiba melihat dirinya bakal dicemar untuk kali kedua. Abang! jerit hati wanitanya. Safrina memujuk ibunya yang menangis hiba dihadapannya. dia juga turut mengalirkan air mata. begitu sekalikah penderitaan ibunya? tubuh ibunya dipeluk erat. dia menyembamkan wajanya dibahu ibunya.

 Safrina menangis semahunya. dia begitu sedih, kecewa dengan apa yang terjadi. tergamak ayahnya melakukan semua itu kepada ibunya. walaupun ibunya tidak menghabiskan kisah itu, tapi dia tahu apa yang berlaku seterusnya. pasti ibunya diceraikan dengan alasan berlaku curang dan keluarga ibunya mempercayai bulat-bulat kata-kata ayahnya.

 Ah! lelaki itu tidak layak digelar ayah! baru dia fahan kenapa ibunya sering menyesali kisah lamanya sedangkan dirinya sudah bebas dari cengkaman lelaki berjiwa binatang itu! Rupa-rupanya ada cerita yang dia terlepas pandang! cerita yang membuatkan diri dia hidup tunggang langgang bersama ibunya. perasaan benci begitu meluap-luap di dadanya. Angin yang menyapa lembut gerai mereka, langsung tidak memberi kesejukan kepada amarahnya! " Ibu, ibu kena ingat ibu. walauapa pun yang pernah terjadi sebelum ini, ibu kena tahu yang ibu masih ada Saf. Saf setia dengan ibu. ibu nyawa Saf dan Saf tulang belakang ibu," beritahu Safrina sebak. tangannya menggosok lembut belakang ibunya. memberi ketenangan walaupun dia sedar ketenangan itu tidak meresa sepenuhnya kepada ibunya.

Raihana memandang anaknya. bahu anaknya dipegang lembut. air mata anaknya yang mengalir diseka lembut. " Ibu ceritakan semua ini bukan nak tengok Saf nangis. Ibu nak Saf jangan pernah sedih dengan masa silam ibu. kerana semua tu dah lepas, nak. Ibu nak Saf jadi lebih tabah dari ibu jika dugaan melanda. jangan ingat kita perempuan, kita lemah," kata Raihana sambil merenung dalam ke dasar mata anaknya. disebalik sinar mata anaknya, dia dapat melihat amarah yang menjulang tinggi.  Ya Allah, kau lindungilah anak ku dari sebarang kecelakaan....
p/s: okey ini sambungannya. baca ya and then jgn malu2 tingglkn komen.

1 comment: