Wednesday 25 July 2012

prolog : Berikan ku Peluang Hapuskan Sedihmu


 Safrina membantu ibunya membungkus nasi lemak. tidak lama lagi, dia bakal menyusul ibunya ke gerai di tepi jalan kampung itu untuk menjual nasi lemak itu. selain nasi lemak itu, dijual juga mi siput yang sering dibeli oleh remaja-remaja yang baru pulang dari sekolah. sudah menjadi kebiasaannya membantu ibunya menguruskan semua ini setelah tamat belajar di Maktab Perguruan Batu Pahat. Dia sangat berterima kasih dengan adik ibunya yang membantunya menamatkan pembelajarannya ini. Jika mereka tiada, entah siapalah yang bakal membantu mereka. untuk mengharapkan ibunya, sudah tentu tidak. dia tidak mahu menambahkan lagi beban si ibu.Nasi lemak yang sudah siap dibungkus kesemuanya dimasukkan ke dalam bakul plastik. setelah semua nasi lemak itu dimasukkan ke dalam bakul itu, di atas nasi lemak itu dilapik dengan plastik lutsinar. Kemudian plastik itu ditindih pula dengan kuih muih dan mi siput.Raihana memandang anak perempuannya yang sedang asyik memasukkan makanan yang bakal dijual ke dalam bakul. dia bersyukur dikurniakan anak sebaik Safrina. anaknya itu sering menghulurkan tangan untuk membantunya. jika dulu, dia tidak menjual nasi lemak, mi siput dan kuih muih. Dia bekerja di sebuah kilang membuat roti. namun apabila umurnya makin meningkat, tenaganya makin berkurang untuk melakukan semua itu. oleh itu, dia berhenti melakukan kerja tersebut dan membuka gerai yang hanya sekangkang kera dengan menggunakan gaji nya yang masih berbaki. tapi dia tetap bersyukur walaupun nikmatnya ini tidaklah sehebat nikmat mereka yang lain.Safrina memandang ibunya yang terlalu asyik memandang wajahnya. apabila si ibu tersedar, dia melemparkan senyuman manisnya. raut wajahnya saling tidak tumpat wajah ibunya. namun mata itu lebih tertumpu seperti mata si ayah.Raihana membalas senyuman manis anaknya. kadang kala dia berasa menyesal dengan kisah silamnya dulu. menyesal bersuamikan lelaki seperti itu. Tetapi, kehadiran Safrina dalam hidupnya membuatkan dia yakin ada hikmah dia berkahwin dengan suaminya dulu. dia telah dikurniakan seorang anak yang baik paras rupanya malah baik sikapnya." Kalau ibu boleh undurkan masa tu, sudah tentu kita tidak akan hidup macam ni, Safrina," bisik ibunya, lembut. Safrina mengeluh halus. sudah acapkali dia mendengar ibunya berkata sedemikian kepadanya. namun tetap jua dia tidak memahami butir kata ibunya yang jelas tergantung ayatnya. Dia tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu ibunya. baginya, mungkin ibunya teringat kisah silam bersama ayahnya. dia juga turut maklum bagaimana sikap ayahnya sebelum ibunya diceraikan. akibat penceraian itu, ibunya dibuang keluarga dan hanya adik ibunya saja yang banyak membantu mereka berdua." Ibu, cuba ibu ceritakan apa yang terjadi. Safrina tak boleh tahan ibu kalau ibu asyik terus-terusan cakap macam tu. tolong cerita ya ibu," pinta Safrina lembut. tangan si ibu digapai dan digenggam lembut. punggungnya dilabuhkan di kerusi plastik yang bersebelahan dengan ibunya. dia pasti, ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh ibu. malah, sehingga sekarang ini, dia masih tidak mengerti apa yang menyebabkan ibunya diceraikan ayahnya dan dibuang keluarga. apabila perkara ini ditanyakan kepada makciknya, makcik nya hanya tersenyum dan membiarkan soalan itu berlalu pergi.Raihana turut membalas genggaman tangan anaknya itu. dielus lembut jari runcing itu. sekiranya masa boleh diputar kembali... ayat itu sering berulang-ulang di pemikirannya. entah kenapa, sejak anaknya makin meningkat dewasa, ayat itu kerap bermain di fikirannya.Imbas kembali:Raihana mengendong anaknya yang masih bayi sambil menunggu kepulangan suaminya yang masih tetap tidak pulang. Dari tadi anaknya menangis dan tangisan anaknya makin menggila. Dahi anaknya diusap lembut. Tangannya tiba-tiba terasa membahang ketika melekapkan tangannya diatas kepala anak kecil itu. Ya Allah, demam! Jam di dinding di kerling. Sudah menunjukkan 11 malam. Hatinya risau memikirkan keadaan anaknya ini. Dia memandang ke halaman rumah melalui cermin tingkap. Risau hatinya kerana suaminya masih tidak pulang lagi. sudah puas tangannya mendail nombor telefon suaminya tetapi suaminya tetap tidak menjawab panggilan. Dia duduk di sofa. Tangannya menepuk lembut punggung bayi itu sambil mengalunkan zikir.. Lama-kelamaan anaknya itu terlelap. Dahi anaknya dikucup lembut.Dari luar dia terdengar bunyi enjen kereta suaminya yang masuk perkarangan rumah. Anaknya diletakkan diatas sofa dan berjalan kearah tingkap. Kelihatan suaminya sedang berjalan menuju ke pintu rumah dalam keadaan terhuyung-hayang. Hatinya merintih melihat keadaan suaminya. Entah bila suaminya akan berubah. Tapi dia tetap sabar menunggu walaupun tangan mahupun kaki lelaki itu sudah banyak kali ditujukan pada tubuhnya. Dia akan tetap setia bersama suaminya hingga akhir hayatnya jika Allah izinkan.Tok! Tok! Kedengaran pintu rumah diketuk. Raihana melangkah perlahan menuju kearah pintu rumah mewah itu. Tudung di kepala dibetulkan agar dia kelihatan sempurna dimata lelaki itu walaupun sebaliknya. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya untuk menerima sebarang amukan dari lelaki yang bergelar suami kepadanya. Pintu rumah dibuka dan bau arak menerobos masuk kedalam hidungnya. Dia terpaksa menahan loya ditekak. Wajah suaminya yang lesu di pandang. Farok menyerahkan briefcase kepada isterinya tanpa memandang pun wajah si isteri yang setia menanti kepulangan suami. Farok merasakan badannya amat lekit sekali. Raihana mencapai tangan suaminya untuk disalami. Namun belum sempat bibirnya mengenai tangan lelaki itu, kepalanya ditolak secara kasar oleh Farok. Dia menahan sebal di hati. Kemudian lelaki itu melangkah masuk dalam keadaan mabuk sambil bibirnya membebel sesuatu. Tiba-tiba kedengaran tangisan anaknya diatas sofa. Farok menghentikan langkahnya dan memandang anaknya yang masih kecil dengan tenungan tajam. Budak ni menyusahkan aku betul! Bila aku balik je mulalah nak menangis!“ Raihana! Kau pergi diamkan budak tu. Aku balik je mesti nak memekak. Tak boleh bagi aku senang hidup. Masa lahir tak nak mampus, dah bagi hidup nak menyusahkan orang!”  kata Farok. Dia mendengus  kasar dan menuju ke bilik tidur mereka ditingkat atas. Raihana hanya beristighfar mendengar kata-kata suaminya. Dia cuba menahan airmatanya dari mengalir namun empangannya pecah jua. Benar kata orang, lidah lebih tajam berbanding pedang! Hanya dengan kata-kata, manusia boleh binasa! Pintu rumahnya  ditutup perlahan dan mendekati anaknya yang sedang menangis. Raihana menyusukan anaknya disofa sebelum menuju kebilik nya. Dia ingin meminta izin kepada suaminya untuk membawa anaknya ke klinik. Harap-harap suaminya masih ada sifat simpati keatas anak hasil hubungan sucinya dengan suaminya.Tombol pintu dipulas dan ditolak pintu perlahan. Suaminya sedang berbaring diatas katil sambil tersenyum memandang telefonnya. Dia pasti suaminya sedang berbalas message dengan seseorang yang pastinya perempuan. Suaminya menjeling tajam kearahnya sebelum kembali menatap telefon.“ Abang, saya nak bawa Safrina pergi klinik,” kata Raihana sambil menunjukkan Safrina, anaknya yang dalam pelukannya. Dia benar-benar risau dengan keadaan anaknya sekarang ini. dia tidak mahu kehilangan anaknya ini untuk sekali lagi. tahun lepas, dia telah disahkan mengandung. Namun semuanya terlambat. Kandungannya gugur akibat sikap tidak berperikemanusiaan suaminya. Kadang kala dia terfikir, kenapa dia begitu setia menemani si suami yang banyak memberikan derita lebih daripada bahagia.
“ Hmm.. kau pergilah. Tak payah balik pun tak apa malah lagi bagus,” semudah itu saja ayat itu keluar dari mulut Farok. Malas dia nak ambik tau pasal isterinya. Asalkan makan cukup sudah. Raihana menahan pedih dihatinya. Dia yakin suatu hari nanti ada sinar yang menjemputnya kealam bahagia.“ Tapi saya nak pinjam kereta abang boleh tak? Kereta saya masuk bengkel,” kata Raihana dengan gagap. Matanya memandang redup suaminya. Dia berharap supaya suaminya dapat memberikannya pinjam kereta mewah itu. Kalau suaminya tidak memberi keizinan, terpaksalah dia menunggu teksi tengah malam begini.Farok memandang kearah isterinya sambil tersenyum manis. Raihana turut membalas senyuman suaminya. Dia memandang isterinya dari atas bawah. Kemudian dia berjalan mendekati isterinya. Bibir Raihana masih lagi dihias dengan senyumannya. Hatinya lega kerana pasti suaminya akan memberi pinjam kereta itu. Namun sangkaannya sama sekali meleset.Pipi isterinya dicengkam kuat. Menyeringai Raihana dengan perlakuan suaminya. Kepala Raihana didongakkan menghadap mukanya. Bibirnya mengukir senyuman sinis.“ Kau ingat kereta aku tu layak ke kau yang pandu?! Hey! Cermin diri kau dulu! Kalau kau nak bawak budak tu pergi klinik, kau naik teksi sana ataupun jalan kaki! Dah pergi sana!” tangannya ditarik dari mencengkam pipi isterinya. Air mata Raihana mengalir lesu dipipi. Perit sekali hatinya mendengar cacian suaminya malah lebih perit sakit di pipinya. Kemudian kepalanya ditolak kasar oleh suaminya. Nasib baik dia dapat mengimbangkan badannya dari badannya terkena bucu meja. Tapi dalam hati dia bersyukur kerana Farok masih mempunyai sifat belas kasihan terhadap anak mereka walaupun setakat mengizikan dirinya keluar sebentar untuk ke klinik.Raihana keluar dari bilik itu sambil mengendong anaknya. Sekali lagi air matanya mengalir keluar. Ya Allah, kau kuatkanlah hambamu ini ya Allah. Rintih hati Raihana. Sesungguhnya sekarang ini dia rasa seperti hendak berputus asa dengan mahligai yang dibina atas dasar persahabatan keluarganya bersama keluarga suaminya. Suaminya tidak pernah mencintainya apatah lagi untuk mengaku dirinya sebgai isterinya. Dia hanya menjadi permainan lelaki itu ditempat tidur. Untuk menolak keinginan suaminya, dia tidak sanggup. Dia tahu dosa hukumnya menolak kemahuan suaminya.Anaknya diletakkan di atas sofa. Beg duitnya di keluarkan dari handbag nya. Zip beg duitnya dibuka dan duit di dalamnya dikira. Alhamdulillah Ya Allah! Hatinya mengucapkan syukur kerana duitnya masih cukup untuk membawa anaknya ke klinik. Semejak dia mendirikan rumah tangga, dia terpaksa berhenti kerja atas arahan suaminya. Nasib baik duit simpanannya masih ada.Pintu rumah dibuka. Selangkah demi selangkah dia keluar dari rumah bersama anaknya itu. Mulutnya tidak henti-henti berzikir. Malam yang dingin membuatkan dia berasa seram sejuk. Di seberang jalan sana, dia terlihat sebuah tempat perhentian teksi. Kepalanya ditoleh ke kiri ke kanan untuk memastikan tiada sebarang kenderaan lalu disitu. Setelah diyakinkan, kakinya melangkah melintas jalan.
Dia duduk di kerusi panjang di perhentian teksi itu. Baju tidur anaknya yang terselak dibetulkan. Tidak mahu anaknya kesejukan. Hanya beberapa buah kereta saja yang lalu lalang di kawasan itu. hatinya berharap sangat agar ada teksi yang berhenti. Punggung anaknya ditepuk perlahan apabila anak itu asyik merengek. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian teksi itu. segera mata Raihana memandang kearah kereta  Proton Waja berwarna keperakan itu. p/s: tunggu yang sterusnya okeyy... imbas kembali ni akan diketahui jugk nnti.. =)

No comments:

Post a Comment