Hakim melemparkan
senyuman manis apabila Diana muncul di sisinya. Namun, senyuman itu mati
apabila terpandangkan kotoran yang mencomotkan sweater berwarna putih milik
gadis itu. Dia memandang gadis itu dengan dahi yang berkerut, meminta
penjelasan.
Diana mengeluh halus.
Dia melabuhkan duduk di sisi lelaki. Tangannya cuba membersihkan kotoran itu,
namun makin bertambah teruk pula.
“ Janganlah tenung saya
macam tu,” tegur Diana kurang senang apabila lelaki itu ralit merenung sisi
wajahnya. Apabila melihat lelaki itu tetap tidak mahu mengikut kata-katanya, dia
menolehkan wajah menghadap Hakim. Renungan lelaki itu dibalas dengan renungan
yang lembut.
Hakim tersentak lalu
memalingkan wajahnya ke sisi. Inilah kelemahan dia. Dia tidak mampu merenung
jauh ke dalam mata gadis itu. Dia khuatir hatinya akan lebih parah.
Diana tergelak kecil.
Sejak dahulu lagi, lelaki itu tidak akan pernah mampu melawan renungan matanya.
Dia tahu apa sebabnya cuma dia tidak mahu terlalu ambil kisah.
“ What happened to your
sweater?” tanya Hakim dengan penuh prihatin. Dia memandang sahaja perlakuan
gadis itu. Diana sudah menanggalkan sweaternya. Yang tinggal menyarungi tubuhnya
hanyalah baju yang agak nipis dan berlengan panjang.
“ Tadi, ada seorang
mamat ni. Dia terlanggar saya. To make matter worse, strawberi bersalut coklat
yang dia beli terjatuh, kemudian terkena sweater saya ni. Thennn….” Hujung ayat
itu ditekan Diana, menandakan dia sedang geram. Hakim hanya memerhatikan sahaja
tanpa bersuara.
“ Dengan selamba badak
dia, dia kotorkan lagi sweater saya dengan air Nescafe. Dia pergi simbah air tu
dekat sweater saya! Kurang ajar betul! Huh!” luah Diana dengan penuh perasaan
geram. Hakim di sisinya hanya tersenyum geli hati.
“ Tak cukup dengan itu,
dia bagi tazkirah yang entah apa-apa dekat saya, cakap pasal budi bahasalah,
pasal itulah, pasal inilah. Dan yang paling menyakitkan hati saya ialah dia
bandingkan sweater buruk dia tu dengan sweater saya. OMG! I hate that man!”
luah Diana lagi. Sweater di tangannya digumpal geram.
Sepanjang luahan gadis
itu, Hakim hanya tersenyum dan ada kalanya tergelak kecil. Dia sungguh bahagia
dapat mendengar suara gadis itu. Malah bertambah bahagia apabila kehadirannya
di saat Diana memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan sentiasa tepat.
Hakim menanggalkan
sweaternya dan yang tinggal menyarungi tubuhnya hanyalah baju yang berlengan
pendek. Dia memakaikan sweater itu pada Diana. Sekadar menutupi bahagian
belakang gadis itu. Sweater gadis itu diambilnya.
“ I will take this. I
will try to wash it without leaving stains on it,” ujar Hakim sambil melipat
sweater milik Diana.
Diana tersenyum
sendirian dengan keprihatinan lelaki itu. Terharu dan serba salah dengan
layanan baik lelaki itu yang sentiasa menyayanginya.
“ Who am I to you?”
Pertanyaan Diana yang
secara tiba-tiba membuatkan pergerakan Hakim terkaku seketika. Kemudian, dia
tersenyum.
“ You are my friend. My
precious friend,” balas Hakim lembut.
“ So, why are you
treating me like I am more than a friend to you?” soal Diana dengan pandangan
yang sayu.
“ Because I treat you
with my love and not only with my kindness,” balas Hakim. Wajah gadis itu
dipandangnya. Dia sedar ada sebak yang sedang ditahan gadis itu.
“ Berbaloi ke cinta
awak pada saya sedangkan saya tak balas cinta awak, Hakim?” soal Diana. Wajah
lelaki itu direnung sayu. Lelaki itu diam tanpa membalas.
“ Apa yang awak dapat
dengan mencintai saya, Hakim?” soal Diana lagi. Dia ingin sekali mendengar
luahan hati lelaki itu. Dia ingin tahu sejauh manakah hati lelaki itu terluka
disebabkannya.
“ Saya dapat
kebahagiaan,” jawab Hakim ringkas. Bila sedar ada sebak yang menyelubungi
jiwanya, cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke sisi. Khuatir air mata
lelakinya jatuh.
Mendengarkan jawapan
itu, Diana tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Oleh sebab tidak
berpuas hati dengan jawapan lelaki itu, dia menunbuk geram lengan Hakim.
“ What kind of happiness
you get from loving me? Are you happy seeing me with another man? Are you happy
when see me laughing happily with Faris?” soal Diana bertalu-talu. Jelas
kedengaran ada sendu yang cuba ditahan gadis itu.
Hakim mengetap
bibirnya. Dia memandang kembali wajah Diana. Mata gadis itu cuba direnungnya
sedalam yang mungkin.
“ Yes, I am happy,
Diana. As long as you are happy with everything you do, I am always be there
smiling for you. That is all I need to be happy,” balas Hakim pilu.
Jawapan yang diterimanya
membuatkan Diana terpaku. Tangannya ingin sekali merangkul tubuh itu tetapi dia
tidak mampu berbuat demikian. Di bahu lelaki itu, dia meluahkan seluruh
tangisan serba salahnya. Hatinya terluka mendengar setiap kata-kata lelaki itu.
Diana terluka kerana
Hakim tidak pernah memikirkan perasaan lelakinya sendiri, tetapi sering
mengutamakan perasaannya. Lelaki itu sedaya upaya cuba menjauhkan dia daripada
perasaan serba salah. Diana terasa seperti mementingkan diri sendiri setiap
kali Hakim berbuat demikian.
“ I am sorry, Hakim.
You are so nice to me, nicer than Faris. You also love me more than I love
myself, you love me more than you love yourself…but what can I do, Hakim? I
still cannot love you. My feelings for Faris is too strong. I love Faris, Hakim.
I love him so much. I am so so so sorry..”
Matanya merenung dalam
wajah Hakim. Lelaki itu menyentuh lembut pipinya lalu menyeka air mata gadis
itu.
“ No need to say sorry,
Diana. Saya cintakan awak dengan setulus hati saya. Saya tidak minta balasan daripada
awak. Jika awak beri sekalipun, saya yakin itu hanyalah simpati dan bukannya
cinta. Cukuplah awak bahagia dan sentiasa ada di hadapan mata saya. That is
what love means for me, Diana.”
Mereka berbalas
renungan, seolah-olah menzahirkan apa yang terbuku di hati. Di hati Diana,
sarat dengan simpati buat lelaki itu. Dia bukan tidak pernah cuba untuk
mencintai lelaki itu, tetapi cintanya buat Faris begitu dalam walaupun dia
sendiri tidak pasti akan penghujung cintanya. Dia hanya mampu berharap agar suatu
hari nanti, Hakim bertemu dengan bahagianya sendiri.
Panorama ibu kota
diperhatikan Faris dari bangunan itu. Satu keluhan berat dilepaskannya. Pada
waktu ini, fikirannya kacau sekali dengan kehilangan Diana yang secara tiba.
Kocek seluarnya diseluk
lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Pantas sahaja jarinya mendail nombor Diana.
Tidak lama kemudian, dia mendengus kasar. Panas hatinya apabila gadis itu
langsung tidak menjawab panggilannya. Kerana terlalu mengikutkan perasaan
geram, semua fail yang berada diatas meja ditolak jatuh daripada meja.
“ What the hell is
going on with you, Diana?!” bentak Faris geram. Tanpa membuang masa, nombor
Hakim pula didail.
“ Helo,” sahut suara di
talian.
“ Helo, Hakim. Ini
saya, Faris.”
“ Ada apa-apa yang saya
boleh bantu ke Encik Faris?” soal Hakim tenang di talian walaupun dia sudah
dapat mengagak apa yang akan ditanya nanti.
“ Ya, memang ada yang
perlu dibantu. Where the hell is Diana right now?!” soal Faris kasar.
“ Why you ask me, Mister
Faris? I do not know where she is right now,” balas Hakim bersahaja.
“ Liar! You are her
secretary. How come she did not tell you anything about her whereabout?!”
bentak Faris. Pandangannya dialihkan ke luar bangunan.
“ Saya tak menipu,
Encik Faris. I really do not know where she is. How about if you ask her by
yourself?” cadang Hakim. Dia masih bersuara tenang walaupun Faris membentak
dia.
Faris mendengus kasar.
Bengkak hatinya kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan.
“ Hakim,” panggil satu
suara di talian sebelah sana.
Faris terbungkam
mendengar suara itu.
“ Suara siapa tu?” soal
Faris dengan keinginan membuak-buak.
“ That’s my cousin’s
voice, Linda,” balas Hakim.
Mendengar sahaja
balasan daripada Hakim, dia terus mematikan talian. Perasaan sakit hati
menyebabkan dia melempar telefon pintarnya ke dinding lalu berkecai begitu
sahaja.
“ Kau fikir aku bodoh? Linda
konon! Aku tahu itu suara siapa,” bisik Faris seorang sendiri. Riak wajahnya
sarat dengan perasaan sakit hati.
“ Encik Faris, Tan Sri
Johan hendak berjumpa dengan Encik Faris di ofis beliau sekarang,” pesan
setiausaha Faris melalui interkom.
Faris menarik nafas
panjang. Rambutnya yang sedikit serabai dirapikan kembali. Kotnya yang
digantung pada kerusi dicapainya sebelum beredar dari ruang kerjanya menuju ke
ruang kerja ayah tirinya.
Pintu yang diperbuat
daripada kayu jati itu diketuknya sebelum satu suara mengizinkannya masuk ke
dalam. Sebaik sahaja kaki dia menapak ke dalam ruang kerja Tan Sri Johan
William yang merupakan ayah tirinya, Faris terkaku. Tetamu yang ada di situ
juga turut terkaku.
“ Apa yang kamu tunggu,
Faris? Masuklah. Ayah nak kenalkan kamu dengan tetamu istimewa kita hari ini,”
ajak Tan Sri Johan bersama senyuman di bibir.
Faris menapak ke arah
sofa dan meja kecil yang disediakan di situ. Matanya langsung tidak teralih
daripada memandang tetamu istimewa mereka, malah tetamu itu membalas
renungannya.
“ Faris, ayah nak
kenalkan dekat kamu, anak Uncle Akbar, iaitu Arina,” ujar Tan Sri Johan.
Faris dan Arina
berbalas pandangan seketika sebelum masing-masing berjabat tangan. Genggaman
tangan Arina begitu erat sekali, menghantar makna tersirat disebaliknya.
“ And Arina, this is my
son...”
“ Faris. Faris Naufal,”
potong Arina tanpa sempat Tan Sri Johan menghabiskan ayatnya.
“ Oh! You guys know
each other?” soal Tan Sri Johan dengan sedikit terkejut.
Pertanyaan lelaki yang
sudah lebih separuh separuh abad itu dibalas dengan senyuman oleh Arina
manakala Faris hanya tersenyum tawar.
“ Oh, nice! Dekat mana
kamu berdua kenal?” soal Tan Sri Johan ingin tahu.
Arina memandang Faris
seketika. Terdapat gelisah yang terlukis pada wajah lelaki itu.
“ Kami kenal semasa
belajar dekat New York dulu. Your son was famous among girls back then and that
was how I knew him,” balas Arina bersahaja.
“ Really? Baguslah
kalau macam itu,” ujar Tan Sri Johan sambil tersenyum. Matanya memandang anak
tirinya yang begitu ralit memandang Arina dan begitu juga Arina. Dia dapat
merasakan bahawa ada kisah yang tersembunyi dalam lipatan memori anak-anak muda
di hadapannya itu. Sebuah senyuman terukir di bibir tua itu.
Farleq duduk di kerusi
yang disediakan di beranda. Langit malam menjadi santapan matanya. Di atas meja
pula tersedianya kopi hangat yang dibuatnya sendiri.
Ingatannya melayang
mengingati keluarga di Kuala Lumpur. Mengenangkan kembali raut wajah sedih si
ibu dan si adik perempuan tatkala kakinya melangkah keluar daripada rumah
dengan berat hati. Masih dia ingat wajah ayahnya yang penuh dengan kemarahan
sehingga sanggup menghalaunya keluar.
Walaupun dipujuk
beberapa kali oleh ibunya agar tidak meninggalkan rumah, dia tetap memilih
untuk meninggalkan keluarganya kerana dia tidak lagi sanggup hidup di bawah
telunjuk dan kemahuan ayahnya.
Kini, dia telah berjaya
menerbitkan beberapa buah buku di London berdasarkan pengalamannya sebagai
jurugambar, malah dia juga mempunyai galeri tersendiri di sana yang memaparkan
banyak gambar hasil tangkapannya. Sungguhpun dia telah berjaya mencipta nama di
luar negara, tetapi jiwanya tidak pernah tenang. Semuanya disebabkan rindu dan
rasa serba salah ke atas keluarganya.
Farleq mengeluh
sendiri. Air kopi suam itu dihirupnya.
“ Berdosa ke aku selama
ni?” soalnya seorang diri. Dia mengeluh sendiri tatkala senyuman bahagia keluarganya
bermain-main di layar ingatan.
Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu yang diketuk
memecahkan lamunan Farleq. Dalam keadaan yang separa terkejut, dia berasa
kehairanan sendiri.
“ Siapa yang datang?
Aku rasa aku tak minta apa-apa service,” bisik Farleq seorang diri, namun
begitu dia tetap juga melangkah ke pintu dan melihat siapa yang datang melalui
kanta kecil yang diletak pada pintu.
Sebaik sahaja melihat
gerangan orang di luar, Farleq terperanjat lalu bersandar di pintu dengan riak
wajah terkejut.
“ Apahal minah tu dekat
depan bilik aku pula ni? Entah-entah dia buru aku sebab sweater dia,” bisik
Farleq seorang diri sambil memerhatikan tetamu yang tidak dijemput melalui
kanta itu.
Pintu diketuk secara
berterusan. Semakin lama, ketukan pintu itu semakin kuat dan Farleq masih
bersandar kaku di pintu itu. Tiba-tiba dia berasa cemas sendiri.
“ Errr, wrong person!
Wrong person!” jerit Farleq dari dalam. Seketika kemudian, ketukan pintu itu
telah pun berhenti.
“ Aikk? Dah ‘bla’ ke
minah tu?”
Sekali lagi dia
memerhatikan melalui kanta kecil itu dan tetamu yang tidak diundang itu masih
lagi berdiri di hadapan pintu sambil berpeluk tubuh.
Sementara di luar bilik
yang disewa Farleq, ‘tetamu yang tidak diundang’ itu sedang asyik mendail
nombor seseorang namun tidak dijawab.
“ Aduh! Ke mana pula
Hakim ni?” dengus Diana lalu diketuk pintu di hadapannya itu bertalu-talu.
Geram hatinya apabila Hakim tidak membuka pintu.
“ Takkanlah aku salah
bilik kot. Hakim sendiri cakap bilik nombor 109,” bisik Diana seorang diri.
Riak wajahnya yakin sungguh.
Nombor Hakim
berkali-kali didail tetapi tidak berjawab. Diana mendengus kasar. Pintu
dihadapannya diketuk berkali-kali dengan kasar.
Sedang dia asyik
mengetuk pintu itu, seseorang telah membukanya dari dalam. Terpampang di
hadapannya wajah yang sedaya upaya tidak mahu dipandangnya lagi.
“ Kau?! Hei, apa kau
buat dekat sini hah?” Tanya Diana kasar sambil matanya merenung lelaki yang
berkain pelekat itu atas bawah.
p/s: To be continued. Ehehehe. Okay, this is another story. Sambil menunggu ILYH untuk diedit sebaik mungkin, writer provide kan another story untuk you guys. Segala kritikan wrtier akan terima dengan sebaiknya. :)
No comments:
Post a Comment