Lenggang-lenggok
tubuhnya menarik perhatian sesetengah pelanggan lelaki di situ. Ada yang
terpukau dengan kecantikannya dan ada juga yang terpukau dengan keindahan kulit
putih mulus yang didedahkan wanita itu. Keadaan itu membuatkan dia tersenyum
bangga. Bukan sukar bagi dia untuk menarik perhatian mana-mana lelaki.
Keisya melabuhkan duduk
di meja yang berhampiran dengan pintu masuk kafe itu. Matanya berlaga dengan
sepasang mata milik seorang pelayan lelaki yang ralit memandangnya.
“ Excuse me,” gamit
Keisya kepada pelayan lelaki itu. Laju sahaja lelaki berusia awal 20-an itu
melangkah ke meja yang diduduki Keisya.
“ Nak order apa, cik?” tanya
pelayan lelaki itu.
“ Macam biasa,” balas
Keisya. Matanya merenung tajam wajah lelaki itu, sengaja berbuat demikian malah
geli hati apabila melihat lelaki itu mula tidak senang duduk.
“ Err... macam biasa?”
Pelayan itu menyoal
kembali. Jelas sekali wajahnya mempamerkan kekeliruan.
Keisya mengeluh
perlahan. Rambut yang terjuntai dibawa ke belakang telinga.
“ Are you a new waiter?”
tanya Keisya. Tag nama pelayan lelaki itu dibacanya. Hisham, getus hatinya.
“ Errr...yes,” jawab Hisham
teragak-agak dalam keadaan seperti
cacing kepanasan.
Melihat keadaan lelaki
itu, Keisya menggeleng perlahan kepalanya. Tidak gemar melihat sikap tidak professional
yang ditunjukkan pelayan muda itu.
“ First, I am Keisya
Farina. You can call me Cik Keisya. Second, I am a regular customer here.
Third, caramel milk tea is my regular order. You can go now,” ujar Keisya
dengan wajah yang selamba. Hisham segera beransur pergi dari situ.
Kertas kecil yang
terdapat pesanan Keisya diletakkan di atas sebuah meja yang khas untuk pesanan.
Kertas itu kemudian diambil oleh seorang pelayan wanita, Neeta dan dihulurkan
kepada pekerja di bahagian dapur.
“ Cik Keisya tu memang
setiap hari ke datang kafe ni, Kak Neeta?” tanya Hisham dalam nada berbisik.
Matanya memerhatikan sahaja tingkah laku Keisya dari meja kaunter.
“ Huh? Cik Keisya?
Mana-mana?” tanya Neeta kembali dalam keadaan menggelabah.
Laju sahaja Hisham
meluruskan jari telunjuknya ke arah Keisya yang sedang ralit memandang telefon
pintarnya. Apabila terpandangkan Keisya, Neeta mula tidak tentu arah.
“ Eh, kenapa ni Kak
Neeta? Ada yang tak kena ke dengan Cik Keisya tu?” tanya Hisham sekali, turut
cemas melihat keadaan Neeta.
“ Memang tak kena.
Aduh, macam mana ni. Ibu dah lah tak ada sekarang ni,” omel Neeta seorang diri.
Hisham di sisinya dalam kekeliruan seorang diri.
“ Tak fahamlah, Kak
Neeta. Cuba perlahan sikit dengan saya ni. Saya dah lah orang baru. Kalau tak
ada Ibu dekat sini, tak boleh ke kita layan je Cik Keisya macam customer lain?”
tanya Hisham keliru.
“ Bukan macam tu,
Hisham. Masalahnya sekarang ni, Cik Keisya tu hanya akan minum caramel milk tea
yang dibuat oleh Ibu sahaja. Kalau orang lain buat, dia tak nak minum,” balas
Neeta panjang lebar.
“ Alah, kalau dia tak
nak minum caramel milk tea buatan orang lain, keluar jelah dari kafe ni. Ramai
lagi pelanggan nak kena layan, bukan dia seorang je nak dilayan,” ujar Hisham
dengan wajah yang agak menyinga.
Neeta menampar geram
lengan Hisham. Geram dengan kata-kata selamba lelaki itu.
“ Hesy, nasib baiklah
kau ni adik aku tau. Macam ini kisahnya, Hisham. Cik Keisya tu anak kepada
kawan baik Ibu. Akak ulang sekali lagi ya, Hisham. Anak kepada kawan baik Ibu,”
beritahu Neeta.
“ Kalau kita bagi
layanan yang tak berapa baik dekat Cik Keisya, takut-takut menjejaskan hubungan
Ibu dengan kawan baik dia pulak nanti,” tambah Neeta lagi.
“ So, macam mana ni?”
tanya Hisham.
“ So...kita kenalah
buat sesuatu supaya...”
“ Apa yang asyik
dibualkan ni?” tegur Aish apabila melihat dua orang pekerja kafe ibunya itu
sedang rancak berbual.
“ Eh, Encik Aish.
Errr... sebenarnya, kami ada masalah sikit, encik,” jawab Neeta. Hisham di
sisinya mengangguk laju, mengiyakan kata-kata kakaknya itu.
“ Hmm, masalah apa?”
tanya Aish sambil matanya membaca tag nama yang terpasang di uniform Hisham. A
new waiter, getus hati Aish.
“ Macam ni Encik Aish.
Ada seorang perempuan ni dia sangat suka minum caramel milk tea buatan Ibu.
Bila ada orang lain yang buatkan minuman tu, dia mesti tak nak. So...”
“ Senang kata, dia
takkan minum caramel milk tea buatan orang lain kecuali Ibu. Kan?” potong Aish
tanpa sempat Neeta menghabiskan kata-katanya.
Neeta dan Hisham
menganggukkan kepala mereka, setuju dengan kata-kata yang Aish berikan.
“ Yang mana satu
pelanggan perempuan tu?” tanya Aish sambil menanggalkan jaket kulit hitam
daripada tubuhnya.
“ Perempuan seksi yang
tengah duduk berdekatan pintu masuk tu, encik. Yang lawa, yang gebu, yang...”
“ Okay, saya dah nampak,”
potong Aish lagi tanpa sempat Hisham menghabiskan ayatnya.
“ Awak berdua boleh
bertenang. Biar saya yang uruskan pelanggan tu,” jar Aish. Apron dicapainya
lalu diikat pada pinggang.
“ Errr... Encik Aish
nak buat caramel milk tea ke?” tanya Neeta ragu-ragu.
“ Yalah. Siapa lagi
yang nak buat kalau bukan saya,” balas Aish. Kakinya melangkah masuk ke dapur
diekori oleh dua orang pekerjanya itu.
“ Encik bukan Ibu, so
it means you can’t do the drink,” ujar Neeta.
Tangan yang sedang
membuka tin susu pekat terhenti. Dia memandang ke arah Hisham dan Neeta. Tajam
pandangannya.
“ You guys don’t have
to worry about her. I am here and I know what I should do. Sambung kerja
korang,” arah Aish tegas. Neeta dan Hashim terus sahaja bergegas ke bahagian
pelanggan menjamu selera.
“ Caramel milk tea,”
ujar Hisham sambil menyajikan minuman itu kepada Keisya. Terbit senyuman manis
di bibir wanita itu apabila melihat minuman kegemarannya.
Hidungnya didekatkan ke
bibir cawan itu. Aroma teh itu dihidunya dahulu sebelum dia menikmatinya.
Dahinya berkerut. Kenapa rasa dia berbeza? Hatinya tertanya-tanya sendiri.
Keisya memanggil Hisham
dengan isyarat tangan. Lelaki itu muda mendekatinya dengan wajah yang sukar
untuk dia tafsirkan.
“ Siapa yang buat minuman
ni?” tanya Keisya. Matanya merenung tajam wajah pelayan lelaki itu.
“ Errr...hmm.. kenapa
cik Keisya tanya? Tak sedap ke?” tanya Hisham kembali tanpa menjawab
pertanyaannya.
“ Rasa dia tak sama
dengan Ibu buat,” balas Keisya.
“ Errr...sebenarnya,
memang bukan Ibu yang buat. Tetapi anak lelaki Ibu yang buat,” beritahu Hisham
teragak-agak.
Dahi Keisya berkerut
mendengar balasan daripada lelaki itu.
“ How it tastes, miss?”
tanya seorang lelaki berjaket kulit hitam yang muncul tiba-tiba di sisinya.
Keisya memandang lelaki itu atas bawah.
“ Could it be that you
are the person who made this drink?” tanya Keisya sambil menongkat dagu
memandang lelaki itu.
Aish tersenyum manis
mendengar pertanyaan wanita muda itu.
“ Yes, it is me,” jawab
Aish.
“ Well, it is
delicious. Rasa dia berbeza dengan yang sebelum ini. But I love this more,”
ujar Keisya bersama senyuman manis di bibir.
Dup! Dap! Dup! Dap!
Aish memegang dadanya.
Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang saat menerima senyuman manis
daripada wanita itu. Dia berdeham, cuba membuat rasa kekok yang ada.
“ Well, thank you,”
ucap Aish. Tanpa berlengah, dia terus menuju keluar dari kafe itu dan
meninggalkan Keisya dengan senyuman yang masih di bibir.
“ Such a sweet boy,”
bisik Keisya. Kemudian, teh susu karamel itu dinikmati sepenuh hatinya.
p/s: This is the edited version. Enjoy and do comment, guys :)
No comments:
Post a Comment