Assalamualaikum... Heeeee siap pun bab 16 full entry... Enjoy ok :D
Aduh! Macam mana boleh kantoi pula depan diorang ni? Hatinya
berbisik resah. Aish dan Keisya yang sedang berdiri di hadapannya dipandang
dengan wajah yang pucat. Tangannya meramas sesama sendiri mencari idea untuk
beredar dari situ.
“ What are you doing here?” tanya Keisya pula setelah pertanyaan
suaminya tidak dijawab gadis itu. Dia merenung tajam gadis di hadapannya ini
sambil bercekak pinggang. Hatinya terdetik mengatakan gadis ini mencuri dengar
segala perbualannya dengan suaminya.
“ Errr… I mana ada buat apa-apa dekat sini. I cuma lalu sahaja
depan bilik korang berdua,” balas Shila teragak-agak. Dia memandang seketika
ke arah Aish yang sedang merenungnya dengan
tubuh bersandar di pintu.
“ Really?” tanya Aish pula
dengan rasa was-was. Susah dia nak percaya kata-kata gadis itu setelah apa yang
terjadi siang tadi.
Keisya memandang sekilas suaminya sebelum memandang ke arah gadis itu semula. Dia melemparkan
senyuman sinis kepada Shila. Melihat gadis itu yang serba tidak kena, mustahil
tiada apa-apa berlaku.
“ Kau curi dengar perbualan aku dengan Aish kan? Betul kan?” tanya
Keisya dengan mata dijegilkan. Geram dengan gadis di hadapannya ini. Tidak
sudah-sudah hendak buat kacau dalam rumah ni. Nak saja dibuat gulai gadis ini.
“ Eh, mana ada. Tak baik you tuduh macam tu dekat I. Kan Aish?”
Shila merenung Aish penuh mengharap agar lelaki itu membelanya di hadapan
Keisya. Hampir gugur jantungnya apabila tebakan Keisya itu tepat. Memang dia
mencuri dengar segala perbualan mereka dengan melekapkan telinganya ke pintu
bilik itu. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
Aish tersenyum nipis ke
arah Shila. Senyuman yang lebih kepada menyindir.
“ Kalau yang Keisya cakap tu salah, habis tu apa yang Shila buat
depan bilik abang?” tanya Aish yang menyebelahi isterinya. Dia juga yakin gadis
itu mencuri dengar perbualan mereka berdua.
“ Kalau abang Aish tak percayakan Shila, it’s okey. Tuhan tahu
siapa yang benar,” ujar Shila yang mula berdusta. Wajahnya dibuat muka simpati.
Lakonannya menjadi ditambah lagi dengan air mata yang bergenang di tubir mata.
Dalam hati Shila, sudah bergelak sakan apabila melihat riak wajah Aish yang
berubah melihat wajah sedihnya.
“ Abang percayalah cakap Keisya tu. Sedangkan fitnah itu lebih
besar dosanya daripada membunuh. Shila tak nak cakap banyak pasal fitnah ni.
Abang pasti lebih tahukan tentang fitnah ni semua,” ujar Shila lagi dengan
tangan yang konon-kononnya mengesat air mata palsu itu.
Keisya merengus kasar. Sedikit geram dengan kata-kata gadis itu.
Tapi dia turut rasa serba salah, risau jika tuduhannya itu salah.
“ Shila, abang tak ada niat nak….”
“ Tak apalah abang. Shila sedar siapa Shila dalam rumah ni. Shila
cuma tetamu yang tidak diundang dalam rumah ni. Dan pasal pagi tadi, Shila nak
mohon maaf dengan Keisya sebab tarik rambut dia. Sorry,” sela Shila dengan
bernada kesal. Kemudian dia mengeluh halus sambil mendongakkan kepala ke atas.
Lagaknya seperti seorang sedang kecewa. Tapi dalam hatinya, tidak henti
menyumpah seranah Aish yang terpedaya dengan lakonannya.
Mereka berdua memandang tubuh Shila yang berlalu ke tingkat bawah.
Aish meraup wajahnya berkali-kali. Dia rasa bersalah kerana menyakiti hati
Shila.
“ Eh, Keisya nak pergi mana pula ni?” tanya Aish apabila melihat
wanita itu melangkah keluar dari bilik.
“ Tadi you kata you nak minum air kan? So, biar I yang ambilkan,”
jawab Keisya lantas ingin beredar dari situ. Namun tangan yang memaut lengannya
membuatkan langkahnya terhenti. Terus dia menoleh ke arah lelaki itu.
“ Thanks, sayang,” bisik Aish romantis dengan senyuman manisnya
yang membuatkan Keisya serba tidak kena. Pegangan tangannya dilepaskan dan
dengan selamba, dia mengenyitkan matanya kepada wanita itu. Tawanya terhambur
apabila melihat wanita itu terus menjadi serba tidak kena.
Shila mendengus geram. Sakit hatinya mendengar tawa manja daripada
Aish. Pasti lelaki itu sedang bermanja dengan isteri kesayangannya itu. Gelas
yang masih berbaki air diteguknya sehingga habis. Dengan hati yang membengkak,
gelas kaca itu diletak kasar ke dalam singki bagaikan meluahkan segala sakit
hati di situ.
“ Kenapa tak pecahkan terus gelas tu? Puas sedikit hati kau
nanti,” kata Keisya selamba yang baru sahaja melangkah ke dapur itu. Dia dapat
menangkap jelingan tajam Shila namun dibalas dengan senyuman sinis daripadanya.
Shila mendengus kasar. Dia menoleh ke arah Keisya yang sedang mencapai gelas kaca
di rak yang disediakan. Dia tersenyum sinis apabila mengingati kembali
perbualan Aish dan Keisya. Tubuhnya di sandarkan pada kabinet dapur itu.
“ Jason Harris. Hmmm, sedap nama tu,” ujar Shila sambil tergelak
sinis.
Jantungnya berdegup kencang mendengar nama itu disebut oleh
Keisya. Tangan yang memegang gelas kaca yang berisi air kosong itu menggigil.
Mujur tidak terlepas. Benarlah tuduhannya selama ini, gadis itu memang benar
mencuri dengar perbualan mereka suami isteri. Dia cuba beriak selamba. Pisau
dicapai pula dan sebiji epal dikupas kulitnya untuk dirinya. Dia memang biasa
memakan epal pada lewat malam begini.
“ Nama sedap, tapi sayang sekali. Dia tak beragama. Perempuan
Islam bercinta dengan lelaki yang tiada agama? Sorry to say Keisya. For me, it’s
disgusting,” sinis Shila. Dia tersenyum puas apabila melihat riak wajah isteri
abang sepupunya yang bertukar sedikit pucat. Dia berjalan mendekati Keisya yang
sedang mengupas epal di kabinet dapur yang berdekatan dengan pintu masuk dapur.
“ Tapi tak hairanlah kalau perempuan macam kau bercinta dengan
lelaki yang jenis macam tu,” sambungnya lagi. Dengan selamba, tangan kanannya
memaut bahu kiri Keisya. Sengaja ingin memanaskan keadaan.
Keisya yang sedang menahan sabar menolak kasar tangan gadis itu.
Dia cuba menahan api kemarahannya yang membuak-buak. Tangan yang mengupas epal
itu makin laju gerakannya. Dia ingin cepat beredar ke biliknya daripada
mendengar kata pedas daripada Shila.
Gadis itu hanya tersenyum sinis tidak sudah-sudah apabila Keisya
menolak kasar tangannya.
“ Agak-agaknya kan, kalau si Jason Harris yang paut bahu kau tu,
kau tepis tak?” tanyanya sengaja menyindir walaupun dia dua kali lima sahaja
dengan Keisya yang dulu.
“ Tapi aku rasa, kau tak tepis kot sebab tengok dari gaya kau ni,
macam dah kena tebuk tupai.”
Kali ini, Keisya tidak dapat membendung api kemarahanya.
“ Kurang ajar kau kan!” bentak Keisya lalu menoleh ke arah Shila di sisinya. Tanpa sedar, pisau
yang masih berada dalam genggamannya tergores pada pergelangan tangan Shila.
“ Ouch!” Shila menyeringai sakit sambil memegang tangannya yang
terluka itu. Dia merenung Keisya tajam. Mulutnya laju ingin menghamburkan
kata-kata kesat tetapi terhenti apabila seseorang memasuki dapur itu.
“ Eh, kamu berdua rupanya. Ingatkan siapa tadi yang bising-bising
dekat bawah,” tegur Puan Katijah. Kemudian matanya terpaku pada luka di tangan
Shila dan.. pisau di tangan Keisya. Akalnya terus membuat rumusan yang salah.
“ Shila, tangan kamu…” Puan Katijah datang mendekati Shila lalu
tangan itu dicapai. Wajah gadis itu direnung dan Keisya di sisinya dikerling
sekilas.
Wajah Shila suram sekali. Ada air mata yang bertakung di tubir
matanya. Kemudian, tangisannya terhambur jua lalu tubuh tua dihadapannya
dipaut. Air matanya mengalir membasahi pipi. Puan Katijah menggosok perlahan
belakang gadis itu dan merenung dalam wajah Keisya yang pucat lesi.
“ Kenapa tangan kamu tu Shila? Apa yang dah terjadi?” tanya Puan
Katijah bertalu-talu dan menolak perlahan tubuh anak saudaranya. Matanya
memandang wajah Shila dan Keisya silih berganti.
Shila mengesat air matanya. Dia memandang ke arah Keisya yang kaku berdiri dengan senyuman
sinis. Kemudian dia berpaling semula ke
arah Puan Katijah dengan muka yang sedih.
“ Apa dah terjadi ni, bu?” tanya Aish yang baru tiba di dapur. Dia
yang menunggu isterinya di dalam bilik berasa pelik apabila kelibat wanita itu
tidak muncul-muncul juga. Akhirnya, dia mengambil keputusan melihat sendiri apa
yang isterinya lakukan.
Mata Aish terpaku pada darah yang menitis dari tangan Shila.
Dahinya berkerut melihat darah itu lalu mendekati gadis itu. Tangan gadis itu
dipegang dengan muka yang berkerut. Keisya yang masih tercegat dipandang dan
matanya membulat melihat pisau yang dipegang Keisya ada sedikit kesan darah.
Dia merenung tidak percaya isterinya.
“ Kenapa ni Shila? Apa yang dah terjadi dekat dapur ni sampai
berdarah-darah macam ni?” tanya Aish sambil merenung simpati wajah Shila yang
sedang menutup luka tangan kiri itu dengan tangan kanan.
Shila menahan tangis. Namun tangisan itu terhambur sekali lagi.
Sengaja ingin menghangatkan lagi keadaan.
“ Shila sedih sangat abang. Shila cuba nak berbaik dengan Keisya
tapi… dia cederakan Shila. Shila langsung tak sangka dia sanggup cederakan
Shila, abang. Shila sedih sangat abang,” adu Shila mereka-reka cerita ditambah
lagi dengan lakonannya yang mantap. Hatinya kini berasa puas dan tidak menyesal
tangannya terluka kerana kelukaan ini membawa hasil yang agak lumayan.
Keisya terkedu mendengar kata-kata Shila.Dia langsung tiada niat
untuk mencederakan gadis itu. Semua ini terjadi di luar jangkaan dia. Dengan
teragak-agak dia mengangkat kepala dan memandang ke arah Aish. Tanpa dapat ditahan, air matanya
mengalir ke pipi apabila melihat renungan tajam suaminya.
“ Keisya, apa semua ni?” tanya Aish dengan nada suara yang bertukar
sedikit kasar. Dia langsung tidak menyangka isterinya sanggup menyakiti
sepupunya ini. Hatinya tidak yakin isterinya sanggup melukakan Shila. Namun
pisau yang dipegang Keisya dan tangan yang luka itu tidak mampu menghalang dia
untuk meletak prasangka buruk terhadap isterinya.
“ Aish, please dengar dulu penjelasan I. Ini semua terjadi dengan
tidak sengaja. Please percayakan I, Aish,” rayu Keisya dan melepaskan pisau
yang berada di tangan ke lantai.Dia cuba mendekati suaminya tetapi lelaki itu
menjauh. Hatinya sedih bercampur kesal apabila suami yang mencintainya tidak
mempercayainya.
“ Ibu, Keisya tak sengaja cederakan Shila…. Keisya betul-betul tak
sengaja,” ujar Keisya dalam tangis dan mendekati ibu mertuanya itu. Puan
Katijah menggeleng kesal. Susah dia nak percaya menantunya itu sanggup
bertindak sedemikian. Tangisan Keisya dihiraukan dengan hati yang kecewa.
“ Aish….” Panggil Keisya lemah dan cuba mencapai tangan suaminya
namun lelaki itu menepis perlahan.
“ Masuk ke dalam bilik, Keisya,” arah Aish perlahan. Dia
memalingkan wajahnya ke tempat lain apabila matanya bertentangan dengan mata
isterinya.
Keisya menggeleng perlahan dengan tangis yang tidak dapat
diselindungi lagi. Hatinya pedih sekali apabila lelaki itu menyebelahi Shila
berbanding dirinya.
“ I kecewa sangat-sangat Aish. I kecewa…. I tak sangka.. you lebih
percayakan orang lain berbanding isteri you sedangkan you, lebih kenal diri I. Ini
semua berlaku dengan tidak sengaja Aish. I tak sengaja melukakan Shila,” ujar
Keisya teresak-esak. Dia merenung sisi wajah suaminya yang langsung tidak
memandang mukanya. Kata-kata romantis Aish sebentar tadi kini menjadi racun
untuknya. Sekelip mata bahagia yang dirasa direnggut kasar. Begitu mudah lelaki
ini mempercayai Shila berbanding dirinya.
“ Abang, Shila tak mereka cerita abang. Abang kena percayakan
Shila untuk kali ini. Abang sendiri nampak dia pegang pisau itu tadikan.
Abang…”
“ Diam!” jerit Aish lantang sambil memegang kepalanya. Dia keliru
sekali. Keliru teramat sangat. Diantara dua perempuan di hadapannya ini,
hatinya lebih memihak untuk menyebelahi isterinya tapi tidak mustahil juga
wanita itu bertindak kasar kepada sepupunya kerana dia tahu perwatakan Keisya
yang dulu.
“ Aish, you have to believe me.. I’m your wife. Please…”
“ Aku kata diam, diam je lah!” jerit Aish lantang dengan mata
merenung garang isterinya. Tanpa disedari, tangannya laju menampar Keisya
sehingga terduduk wanita itu. Aish menggigil perlahan apabila mengenangkan
tangan itu baru sahaja menampar pipi wanita kesayangannya.
Pipi yang pedih dipegang perlahan dengan air mata yang sudah
membasahi seluruh wajahnya itu. Wajah suaminya direnung dengan mata yang
berkaca. Dia langsung tidak menduga yang lelaki itu sanggup menamparnya. Inilah
kali pertama dia merasa penangan seorang lelaki. Dan yang paling menyedihkan,
tamparan itu datang dari suaminya sendiri.
Puan Katijah menerpa ke
arah Keisya. Simpati sungguh dia melihat keadaan Keisya walaupun dia
tidak tahu siapa yang benar ketika ini. Tubuh menantunya itu dipaut agar berdiri.
“ Terima kasih Aish dengan apa yang you beri. Terima kasih kerana
merenggut kembali kebahagiaan yang baru I kecapi. Terima kasih, terima kasih
sangat,” ujar Keisya pilu dengan merenung pedih wajah itu. Wajah sinis Shila
dipandang seketika sebelum berlalu menuju ke biliknya dengan hati yang remuk
rendam. Aish hanya mampu berdiam diri dan tangan kanan yang menampar wajah
isterinya dikepal. Hatinya terluka melihat kepedihan isterinya akibat tamparan
darinya.
“ Ahhhh!” jerit Aish tiba-tiba lalu menepis gelas yang berada di
kabinet dapur itu. Pecah berderai kaca itu seperti mana pecahnya hati Keisya
yang kecewa dengan sikapnya. Shila dan ibunya ditinggalkan di dapur manakala
dia menuju ke arah ruang tamu. Setelah
menjumpai kunci kereta miliknya, dia terus membawa diri jauh dari rumah itu.
Jauh dari kekusutan yang melanda.
Keisya menutup perlahan pintu bilik itu lalu tubuhnya disandarkan
pada pintu bilik itu dengan air mata yang masih tidak berhenti mengalir. Pedih
hatinya, pedih sekali. Tindakan Aish telah merobekkan hatinya yang mula memberi
rasa cinta kepada lelaki itu. Tega benar lelaki itu menyakiti tubuhnya ini.
Mengenangkan tamparan lelaki itu pada pipinya membuatkan tubuh dia melorot
jatuh. Kepalanya disandarkan pada pintu itu sambil mencengkam kuat dadanya
seolah-olah ingin menghalau rasa pedih itu.
Sampai hati kau buat aku macam ni, Aish…sampai hati. Kerana perbuatan
yang tidak disengajakan, kau sanggup buat aku macam ni. Kau sanggup bela
perempuan lain berbanding isteri you. Ini ke balasan yang I dapat… setelah you
berikan seluruh rasa bahagia tu dekat I?
Hatinya bermonolog sendiri. Lututnya dipaut ke dada dan wajahnya
disembamkan ke lutut. Tangisannya dihamburkan seorang diri.. tanpa sesiapa yang
sudi memujuk. Tanpa sesiapa yang sudi meredakan rasa pedih dan sedih di hatinya
ini. Semua orang dalam rumah ini memulaukan dia… termasuk suaminya sendiri.
Sungguh aku tak bisa,
Sampai kapan pun tak bisa,
Membenci dirimu,
Sesungguhnya aku tak mampu..
Lagu yang keluar dari telefon pintarnya membuatkan Keisya
mengangkat pandangannya ke arah meja
solek. Dengan langkah yang longlai, dia berjalan menuju ke meja solek itu lalu
mencapai telefon pintarnya. Nama seseorang yang terpamer pada skrin telefonnya
membuatkan air matanya makin laju membasahi pipi. Bibirnya diketap perlahan
sebelum menjawab panggilan itu.
“ Hello,” sahutnya.
“ Hello, Keisya. Waaaaaa! Aku rindu dengan kau tahu tak! Rindu
gila. Kau sihat tak, Keisya?” tanya Fina dengan nada teruja. Sudah lama dia
tidak bertemu dengan rakannya ini. Maklumlah kawannya yang seorang ini sudah
berkahwin, jadi agak susahlah mereka hendak keluar bersama.
Keisya menahan sebak yang makin menujah hatinya. Dia menarik nafas
panjang sebelum menjawab.
“ Fina, aku pun rindukan kau juga… rindu sangat,” balas Keisya
dengan esakan tangis yang sudah tidak dapat ditahan. Panggilan daripada rakan
baiknya memang tepat pada masanya. Di saat dia memerlukan seseorang meluahkan
rasa, Finalah orang pertama yang mendengar segala luahan hatinya.
Senyuman ceria Fina yang berada di talian mengendur. Dia cemas
apabila mendengar tangisan Keisya.
“ Eh Keisya, kau kenapa ni? Kau kenapa menangis? Siapa yang buat
kau ni? Takkan kau rindu aku sampai menangis teruk macam ni,” tanya Fina bertalu-talu
dengan nada suara yang cemas. Dia tahu pasti ada yang terjadi. Ini kali pertama
dia mendengar wanita itu menangis setelah dua tahun berlalu.
Air matanya dikesat perlahan. Terasa semput nafasnya kerana
terlalu banyak menangis.
“ Aku tak tahu nak cerita macam mana Fina. Perkara ni.. perkara ni
terjadi dengan pantas Fina. Aku.. aku rasa.. aku..”
“ Hey, Keisya. Relax dulu. Tarik nafas, hembus… Tarik nafas hembus
okey,” potong Keisya apabila dia kurang memahami butir bicara rakannya itu. Dia
tahu pasti rakannya berada dalam keadaan yang kurang terkawal. Jika dia ada di
sisi Keisya, pasti dia akan peluk wanita itu untuk menenangkan wanita itu.
Keisya yang mendengar kata-kata Shila mengikut arahan gadis itu
seolah-olah gadis itu berada di hadapannya ketika ini.
“ Kau dah okey?” tanya Fina setelah mereka berdua sepi seketika.
Apabila pertanyaan itu diajukan, terus kedengaran tangisan daripada Keisya.
Fina mengeluh seketika. Berat betul kes kawan aku sekarang ni, getus hatinya.
“ Aku tak okey Fina.. aku tak okey…” rintih Keisya sambil
kepalanya menggeleng perlahan.
“ Hati aku sakit..pedih. Sampai hati dia buat aku macam ni Fina..
dia tampar aku Fina sedangkan aku tak sengaja,” rintih Keisya lagi. Tubuhnya
dibawa menghadap ke cermin. Wajahnya yang sembap dan kemerahan itu ditenung
sendiri. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia serang Shila tadi, tapi dia
masih mampu mengawal perasaannya.
“ Wait. Dia? Dia tu kau maksudkan Aish ke?” tanya Fina dengan sedikit
terkejut. Hatinya tidak yakin bahawa Aish yang menampar kawan baiknya itu.
Mustahil sekali lelaki itu menampar kawan baiknya kerana baginya, Aish terlalu
mencintai Keisya dan bersabar dengan kerenah kawan baiknya itu selama ini.
“ Ya, Aish. Dia… dia tampar aku depan Shila… depan mak mertua
aku,” jawab Keisya. Kini air matanya sudah kering di pipi. Air matanya sudah
kering untuk menangisi segala perbuatan Aish.
Fina yang berada di talian sebelah sana menekup mulutnya tidak
menyangka. Tetapi apabila mendengar nama Shila disebut, dia yakin pasti ada
yang telah terjadi antara mereka bertiga sehingga rakannya ini berendam air
mata. Dia bukan tidak tahu perangai Shila tu, suka sangat mencari pasal dengan
mereka di kolej. Dan yang pasti, gadis itu suka dengan Aish.
“ Ini semua angkara Shila kan sampai kau menangis macam ni?” tanya
Fina menahan amarah. Tak lain tak bukan pasti angkara Shila.
“ Beb, cerita dekat aku apa minah balaci tu buat dekat kau. Cerita
dekat aku macam mana si Aish yang cinta nak gila dekat kau tu boleh tampar kau.
Eeee, tak puas hati aku ni tahu tak,” bentak Fina emosional. Dia memang pantang
apabila nama Shila disebut lagi-lagi kalau gadis itu mencari pasal.
“ Now, Shila dekat dalam rumah kami, rumah aku dan Aish. Kau tahu
tak…dia akan duduk dengan kami selama sebulan. Urghhh, aku tak tahulah apa
rancangan sebenar dia,” luah Keisya sambil menghela nafas halus.
“ What?! Dia dekat dalam rumah kau?” jerit Fina geram sambil
mengepal penumbuk. Eh minah ni, memang dah melebih nampaknya, getus hatinya.
“ Okey, sekarang ni aku nak kau cerita apa yang terjadi. Minah tu
memang tau. Buat menyemak je dekat rumah orang. Macam lah dia tu tak ada rumah
sampai kena duduk bawah jambatan. Seriously, Keisya, aku menyampah dengan dia.
And now, please tell me what happened,” gesa Fina dengan keluhan kasarnya.
Kecil besar mata dia membayangkan Shila kini berada di hadapan matanya.
Keisya tersenyum kecil mendengar kemarahan Fina. Dia yang
bermasalah, kawannya turut terasa sekali. Bak kata pepatah, cubit paha kanan,
paha kiri terasa juga. Setelah diam seketika, dia menceritakan apa yang terjadi
kepada Fina dengan linangan air mata. Gadis itu hanya mampu mengeluh kesal
mendengar kisah tersebut.
“ Keisya, aku nak kau berkata jujur dengan aku,” ujar Fina setelah
tamat kisah duka kawan baiknya itu. Dan sekarang, dia perlu tahu kebenaran yang
sebenarnya daripada Keisya.
“ Hmmm, okay. Apa dia?” tanya Keisya tanpa was-was.
“ Aku nak kau jawab dengan jujur dan jangan menafikan apa yang kau
rasa. Kau cintakan Aish, bukan?” tanya Fina senafas. Dia mahu mendengar
pengakuan dari bibir Keisya.
Keisya mengetap bibirnya. Dia… dia tidak tahu untuk menjawab apa.
Dia masih keliru.
“ I don’t know, Fina,” balas Keisya sambil mengeluh nafas halus.
Rasa kecewa dan geram dengan suaminya masih bersisa banyak tetapi yang anehnya,
rasa benci tidak tertanam dalam hatinya. Bagaikan ada satu rasa yang menghalang
rasa benci itu.
Fina mengeluh halus. Keisya memang sentiasa begini. Bab perasaan,
kawannya itu sentiasa gagal. Mungkin kerana sering menjadi perhatian ramai
lelaki lalu menyebabkan wanita itu kurang mengambil berat akan hal perasaan ini
semua.
“ Mustahil kau tak tahu. Aku kenal kau bukan setahun dua tau
Keisya. Aku kenal kau dah bertahun-tahun. Dan aku lebih kenal kau berbanding
suami kau sendiri. Kalau kau dah nangis bagai nak rak sebab kena tampar dengan
Aish, mustahil kau tak ada perasaan dekat dia. Kau jangan menafikan Keisya.
Karang laki kau tu lari dekat Shila, baru kau tahu erti penyesalan,” ujar Fina
geram kepada Keisya.
“ Keisya, cakap sajalah kau cintakan Aish,” provok Fina sambil
tersenyum. Dia tahu wanita itu mencintai lelaki itu, tetapi berat mulut untuk
mengaku cinta.
“ Keisya….” Diam. Tiada sahutan daripada Keisya.
“ Keisya, tell me.” Masih lagi diam.
“ Keisya! Tell me!”
“ Yes, I am. I am in love with him. With Aish! And I want him
right now. I really need him and I want to tell him what I feel right now!”
sela Keisya penuh bersemangat. Kemudian terdengar gelak tawa daripada Fina dan
dia hanya mampu mengetap bibir menahan malu. Yes Fina. I am in love with him.
Really love him!
“ Lawaklah kau ni Keisya. Bukan main bersemangat cakap. Cakap
sajalah kau suka dia. Ni sampai terjerit-jerit bagai macam aku tak dengar apa
yang kau cakap,” kutuk Fina sambil ketawa tidak berhenti.
Keisya turut tergelak kecil apabila mengenangkan tingkah lakunya
tadi. Malu rasanya dengan kawan baiknya ini.
“ Dah kau tu asyik desak aku je, aku pun cakaplah sekuat hati,”
balas Keisya sambil mencebik. Tangannya naik menyentuh dadanya sendiri. Dapat
dirasai satu debar halus yang cukup mengusik jiwanya. Aish..hatinya memanggil
lembut nama itu. Arh, dia rindu akan senyuman Aish yang manis pada saat ini.
Rasa tak lengkap hidupnya walaupun lelaki itu tidak sampai setengah jam keluar
dari rumah itu.
“ Woi cik kak, senyap je kau. Berangan eh?” usik Fina.
“ Mana ada kau ni,” balasnya serba tak kena. Tiba-tiba pintu
biliknya diketuk dari luar.
“ Okay lah Fina. Aku ada hal kejap. Bye, assalamualaikum,” ujarnya
meminta diri tanpa sempat Fina membalas. Pintu yang tadi diketuk kini sudah
dibuka dari luar. Terpacul muka ibu mertuanya di depan biliknya. Senyuman nipis
dilemparkan ke arah Puan Katijah.
“ Tak tidur lagi?” tanya Puan Katijah dengan wajah simpati. Dia
sudah dengar, dia sudah dengar segala perbualan menantunya dengan seseorang.
Mendengar luahan hati menantunya itu meyakinkan dia bahawa menantunya itu tidak
bersalah dan dia yakin dengan cinta Keisya kepada Aish yang didengar sebentar
tadi.
“ Errr tak boleh nak tidur,” balas Keisya jujur. Tangannya bermain
dengan handphone di tangan.
“ Kalau begitu, ibu masuk tidur dululah,” ujar Puan Katijah
lembut.
“ Errr ibu. Aish pergi mana?” tanya Keisya. Ketika dia hendak
berlalu ke bilik, dia lihat lelaki itu keluar dari rumah dan mendengar enjin
kereta menderum kuat.
Puan Katijah mengeluh halus. “ Ibu pun tak tahu dia pergi mana.
Kamu jangan risaulah. Kejap lagi baliklah dia tu,” jawab ibu mertuanya lembut.
Keisya hanya mengangguk lembut dengan hati yang bercampur baur.
“ Keisya, ibu nak minta maaf sebab Aish tampar kamu. Ibu yakin,
menantu ibu tak salah,” sambung Puan Katijah lagi sambil tersenyum lembut.
Pintu bilik itu ditutup kembali lalu beredar ke biliknya.
Keisya termenung sendiri. Hatinya mengucap syukur.
Sekurang-kurangnya ibu mertuanya tidak termakan dengan fitnah yang ditabur.
Walaupun hubungan mereka masih hambar, tetapi wanita tua itu mempercayainya.
Aish memberhentikan keretanya di tepi jalan raya yang masih sibuk
walaupun dah lebih satu pagi. Dia memandang jalan raya itu melalui tingkap
kereta sebelum keluar dari keretanya. Dia ingin mengambil udara segar setelah
dua puluh minit dia memandu tanpa arah. Dia hanya ingin membawa diri jauh dari
kekusutan yang melanda dan kesedihan atas perbuatan sendiri.
Tubuhnya disandarkan pada bahagian hadapan kereta. Jalan raya yang
sibuk itu dipandangnya. Sekali sekala dia perasan pandangan pengguna jalan raya
terhadapnya. Mungkin mereka menyangkakan keretanya itu sedang mengalami kerosakan.
Walaupun suasana di sini masih tidak dapat menenangkan perasaannya yang
berkecamuk, sekurang-kurangnya dia jauh sebentar dari masalah yang melanda.
Dia mengeluh halus mengenangkan kejadian di rumahnya tadi.
Kehadiran Shila dalam rumahnya telah mengundang banyak masalah. Dan masalah
yang terbaru, tangan gadis itu terluka akibat Keisya. Dia masih tidak
mempercayai isterinya itu sanggup melukakan gadis itu. Sungguhpun begitu,
tamparan tetap juga hinggap ke pipi mulus itu. Sejujurna dia langsung tidak
berniat untuk menampar wanita kesayangannya itu, tetapi desakan daripada wanita
itu dan Shila membuatkan dia bertindak di luar kawalan.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Aku telah melukakan amanah
yang Kau berikan padaku..hatinya berbisik penuh kesal.
Aish memejamkan matanya seketika. Cuba menghalau kekusutan yang
sarat di kepalanya. Tidak lama kemudian, matanya dibuka kembali apabila ada
sebuah Toyota Jeep berhenti di hadapannya. Seorang lelaki keluar dari kereta
itu lalu mencangkung di sisi kereta, melihat keadaan tayar keretanya.
Dia berjalan mendekati lelaki muda itu. Wajah lelaki yang berkulit
cerah itu dipandang sekilas sebelum bahu itu ditepuk perlahan. Lelaki itu
menoleh ke arahnya.
“ What happened?” tanya Aish sambil tersenyum ramah. Raut wajah
lelaki itu tidak menggambarkan seperti lelaki Melayu tetapi persis mat saleh.
“ Tayar kereta saya ni pancit, bang. Nak kena tukar tayar spare
lah nampak gayanya,” jawab lelaki itu fasih berbahasa Melayu.
“ Berapa tayar yang pancit
ni?” tanya Aish sambil duduk mencangkung di sisi lelaki itu.
“ Satu je, bang,” jawab pemuda itu. Langsung tidak kekok
membahasakan diri Aish ‘abang’ kerana penampilan lelaki itu lebih matang
darinya.
“ Oh. Kalau tak kisah, marilah abang bantu alang-alang abang ada
dekat sini,” ujar Aish.
“ Abang nak bantu? Tak susahkan abang ke?” tanya pemuda itu lalu
berdiri. Sakit pula kakinya asyik mencangkung terlalu lama.
“ Boleh je asalkan kamu ada tayar spare,” baas Aish dengan ramah.
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapannya.
Mereka berdua saling membantu menukar tayar kereta pemuda itu di
tepi jalan raya walaupun pemuda itu boleh melakukannya seorang diri. Setelah
selesai kerja menukar tayar, pemuda itu memaut tangannya dan mengucapkan terima
kasih atas kesudian Aish yang sudi membantu. Aish hanya tersenyum sahaja tanpa
berkata apa-apa.
“ Oh ya. Lupa pula abang nak kenalkan diri abang. Nama abang Aish
Ahsan atau Aish saja. Kamu pula?” tanya Aish sambil membersihkan tangannya
dengan tisu basah yang diberikan oleh pemuda itu.
“ Nama saya Jason Harris. Abang panggil je saya Harris,” jawab
pemuda itu dengan senyuman tidak lekang di bibir manakala Aish terus terdiam
mendengar sebaris nama itu.
Jason Harris? Tak mungkin dia kot. Mungkin kebetulan mereka
mempunyai nama yang sama, akalnya membuat andaian.
“ Abang?” Pemuda itu tepuk perlahan bahu Aish apabila lelaki itu
tiba-tiba sahaja diam.
“ Errr, dah lewat malam ni. Abang balik dululah, Har.. Harris,”
ujar Aish meminta diri. Usai bersalaman dengan pemuda itu, dia terus berlalu
dari situ meninggalkan pemuda itu yang kepelikan melihat Aish yang bertukar
dari ramah kepada janggal.
p/s: Okey, done for chapter 16. :)
Best.
ReplyDeletebest sangat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesangat tak sabar untuk next n3 :)
ReplyDeletemmg jahat shila tu la eee... and yes keisya in love with aish... yyeeaayyyy ;)
ReplyDeletenext n3 please....
ReplyDeletenysmpah betol dgn shila tu kesian kesya
ReplyDelete-Dila
kenapa tak ada bab 17 :'(
ReplyDelete