Friday 17 October 2014

Untuk Sekali Cinta 1

“ Rafi!” Bergema satu rumah banglo itu dengan jeritan daripada si abang yang memanggil adiknya. Terkedek-kedek si adik yang berumur enam tahun menghampiri abangnya. Bibirnya dimuncungkan tanda tidak berpuas hati.

“ Rafi masih ada telingalah, abang. Rafi boleh dengar lagi. Tak payahlah sampai terjerit-jerit,” kata si kecil petah sekali. Mata garang abangnya ditentang berani.

“ Eh, budak ni! Pandai menjawab dah sekarang. Siapa yang ajar ni?” balas Hakim dengan matanya mencerlung tajam pada adiknya.

Rafi menjuihkan bibirnya dengan mimik wajah mengejek. Dijeling sekilas abangnya itu.

“ Siapa lagi yang ajar kalau bukan abang. Abangkan suka menjawab apabila bercakap dengan ibu,” balas si adik lalu pantas menyelamatkan diri daripada cubitan berbisa Hakim. Dada Hakim berombak menahan rasa geram. Ish, budak ni! Aku bagi debik sekali terdiam terus nanti.

“ Abang, cepatlah keluar! Nanti Rafi lambat datang kelas agama! Dahlah abang tu bawa kereta slow macam kura-kura!” Kata-kata itu kemudiannya diselangi dengan tawa mengejek.

Ya Allah, budak seorang ni! Ada yang makan nasi berlauk kasut nanti! Hatinya menyumpah geram. Dengan rasa terpaksa dan malas yang menggunung, dia mengangkat kaki menuju ke luar rumah. Wajah adiknya yang sedang tersengih-sengih di dalam kereta dijelingnya menyampah.

“ Apa tersengih-sengih? Ingat comel Rafi senyum macam tu?” perli Hakim sambil memandu keluar kereta Honda Accord nya dari kawasan rumah banglo itu.

“ Rafi memang comel pun. Tak macam abang. Dahlah tak handsome lepastu berlagak pula tu,” balas si kecil berani. “ Macam manalah arwah Kak Liza boleh jatuh cinta dengan abang,” sambungnya lagi namun dengan nada yang kedengaran berbisik. Walaupun begitu, kata-kata akhir yang diucapkan adiknya itu membuatkan Hakim menghentikan keretanya secara mengejut di tepi jalan. Rafi terkedu. Kecut perutnya melihat tindakan drastik abangnya.

“ Rafi ni dah kenapa?! Abangkan dah cakap jangan sebut lagi pasal arwah Kak Liza! Itu pun tak faham-faham ke? Suka tengok abang marah macam ni?!” jerkah Hakim dengan raut wajah yang merah padam. Renungannya tajam sekali.

Bahu si kecil terhinggut-hinggut menahan tangis. Wajah yang berkulit cerah itu bertukar merah padam sebelum kedengaran tangisannya di dalam kereta itu. Sentap hatinya menerima kemarahan abangnya buat kali yang pertama.

Tangisan daripada adiknya dibuat tidak endah. Pemanduannya diteruskan dengan hati yang sebak mengingati arwah tunangnya. Dia marah bukan kerana benci, tapi marah kerana tidak mahu hatinya bersedih lagi tatkala mendengar sebaris nama itu. Sehingga sekarang, pemergian arwah tunangnya masih diratapinya.



Dari tempatnya berdiri, Aisyah memerhatikan sahaja kanak-kanak lelaki yang sedang tertunduk dengan wajah yang murung. Sejak bermula pengajian kelas agamanya itu, kanak-kanak itu tidak menumpukan perhatian kepada pembelajarannya. Si kecil itu asyik merenung buku sahaja.

“ Baiklah, adik-adik semua. Sekarang ini, kakak mahu adik-adik semua buka surah An-Nas dan cuba menghafalnya. Siapa yang dapat hafal dengan baik, kakak akan bagi dia hadiah,” kata-kata Aisyah disambut dengan sorakan gembira daripada kanak-kanak yang datang ke kelas agama ibunya. Masing-masing inginkan hadiah yang dijanjikan. Aisyah terpaksa menggantikan tempat ibunya untuk sementara waktu kerana ibunya sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

“ Kak Aisyah!” panggil kanak-kanak perempuan yang bernama Sarah. Si kecil itu sedang berdiri di sebelah kanak-kanak lelaki yang mencuri tumpuannya sebentar tadi dengan wajah yang tidak puas hati. Dia datang menghampiri Sarah.

“ Kenapa Sarah?” tanya Aisyah sambil mengusap lembut kepala si kecil.

“ Kak Sarah tengoklah Rafi ni! Sarah suruh dia hafal surah tapi dia tak nak. Lepastu dia marah Sarah, dia kata Sarah ni penyibuk,” adu si kecil yang berumur lima tahun dengan sedikit pelatnya.

Aisyah hanya tersenyum. Wajah Rafi yang monyok itu direnung lembut.

“ Oh, begitu! Tak apalah, Sarah pergi hafal, biar kakak sendiri yang cakap dengan Rafi,” arahnya lembut. Kanak-kanak perempuan itu kembali semula ke tempatnya.

“ Nama adik, Rafi ya?” tanya Aisyah sekadar ingin mencuri perhatian Rafi agar bercakap.
Rafi mengangguk perlahan.  Aisyah tersenyum.

“ Baiklah, Rafi. Nama penuh Rafi apa?” tanya Aisyah lagi.

Kanak-kanak lelaki itu diam tidak menjawab. Jari telunjuknya menunjuk ke arah sebaris nama yang tertulis di muka kulit bukunya.

Aisyah tersenyum lagi. Rancangannya untuk membuatkan kanak-kanak itu bercakap gagal.

“ Muhammad Rafiudin. Sedap nama, Rafi,” puji Aisyah selepas menyebut sebaris nama itu.

Pujiannya itu menarik perhatian kanak-kanak lelaki itu untuk mengangkat kepalanya. Terserlah matanya yang bundar tetapi sedikit sembap.

“ Kakak ni siapa? Kenapa kakak yang mengajar kami? Mana umi?” tanya Rafi dengan kerutan di dahi.

“ Nama kakak, Aisyah. Kakak ni anak kepada umi. Umi tak ada, sayang. Umi dekat Mekah sekarang ni.”

“ Umi dekat Mekah? Ibu dengan ayah Rafi pun dekat Mekah. Ibu dengan ayah pergi Mekah untuk buat.. buat.. buat..” Rafi cuba mengingati kembali satu perkataan yang disebut abangnya mengenai pemergian ibu dan ayahnya. Namun, dia lupa apakah perkataan itu.

“ Buat umrah, Rafi,” sambung Aisyah.

“ Hah! Buat umrah! Umi pun buat umrah juga ke?” tanya Rafi yang sudah mula menunjukkan kemesraannya.

Aisyah menganggukkan kepalanya.

“ Rafi okay ke?” tanya Aisyah prihatin.

Wajah ceria yang bertukar suram. Dia menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada soalan Aisyah.

“ Kenapa? Rafi tidak sihat, ya?”

Sekali lagi, Rafi menggeleng.

“ Habistu, kenapa?” tanya Aisyah yang tidak berputus asa untuk bertanya.

“ Rafi benci abang Rafi. Abang Rafi jahat. Dia marah Rafi,” adu si kecil dengan air mata yang 
berlinangan.

Nisa tersenyum memahami. Dia pasti ada konflik yang berlaku antara Rafi dengan abangnya.

“ Kenapa cakap begitu? Tak baik Rafi cakap macam tu. Abang marah mesti ada sebabnya. Sebabnya 
dia sayangkan Rafi,” pujuk Aisyah lembut.

“ Tak! Dia tak sayangkan Rafi. Dia garang dengan Rafi. Ibu dengan ayah tak ada pun dia masih lagi garang dengan Rafi,” balas Rafi yang memprotes kata-kata Aisyah.

“ Segarang-garang abang, dia jaga Rafi dengan baikkan sepanjang ibu dengan ayah Rafi tak ada?”

Rafi terdiam dan memikirkan kata-kata Nisa. Kemudian, dia mengangguk perlahan.

“ Itu tandanya, abang sayangkan Rafi. Tiada abang yang tak sayangkan adik kandung dia tau,” pujuk Aisyah lagi.

“ Kak Aisyah,” panggil seorang kanak-kanak perempuan yang paling tua di situ.

Aisyah memandang ke arah kanak-kanak perempuan yang masih belum dikenalinya itu memandangkan ini hari pertamanya mengajar di kelas agama ini. Kanak-kanak itu siap sedia menyandang beg galasnya.

“ Sekarang dah pukul dua belas tengah hari. Waktu untuk balik,” beritahu kanak-kanak perempuan itu.

Aisyah melihat waktu pada jam tangannya. Hmm, betullah dah waktu balik. Bisik hati kecilnya.

“ Baiklah, adik-adik semua. Sekarang dah waktu balik. Jadi, adik-adik semua dah boleh kemas barang masing-masing.” Usai sahaja kata-kata itu, kelam-kabut semua kanak-kanak di kelasnya untuk pulang kecuali Rafi yang buat tidak endah dengan suasana di sekelilingnya.

“ Rafi tak nak balik ke?” tanya Aisyah lembut.

“ Rafi tak nak jumpa abang,” jawab Rafi dengan kepala menggeleng perlahan.

Aisyah hanya diam sambil mengeluh perlahan.




Taman rekreasi yang sesak dengan orang ramai menjadi tempat pilihannya untuk menenangkan fikiran. Rasa bersalah kerana memarahi adik kesayangannya itu menyelubungi jiwanya. Dia yakin pasti adiknya itu amat terasa dengan sikapnya apatah lagi dia langsung tidak memujuk si kecil itu kerana kekasarannya.

“ Hesy, masalah betullah,” keluhnya perlahan. Sedang dia asyik memerhatikan beberapa orang anak kecik bermain, datang seorang remaja perempuan menghampirinya dengan sebuah bakul sederhana besar di tangan.

“ Abang, saya ada jual bunga yang masih segar. Sekuntum saya jual seringgit sahaja, bang. Abang sudi tak nak beli?” tanya remaja perempuan itu.

Hakim tidak terus menjawab. Matanya memerhatikan atas bawah penampilan kurang kemas remaja perempuan itu. Kelihatan remaja perempuan itu datang daripada keluarga yang susah.

“ Adik ada jual bunga apa?” tanya Hakim ramah.

“ Yang tinggal sekarang ni cuma bunga matahari dengan bunga ros sahaja,” jawab remaja perempuan itu.

Hakim menjengukkan kepalanya ke dalam bakul itu. Kelihatan tinggal sekuntum bunga matahari dan beberapa kuntum bunga ros.

“ Abang nak beli bunga matahari itu,” kata Hakim sambil mengeluarkan not lima puluh daripada dompetnya.

“ Eh, abang. Besar sangat duitnya ni. Saya tak cukup duit nak pulangkan bakinya,” kata remaja perempuan itu serba salah.

“ It’s okay, dik. Simpan sahaja bakinya untuk perbelanjaan sekolah. Abang ikhlas,” balas Hakim bersama senyuman.

“ Betul ke ni, bang? Terima kasih sangat abang,” ucap remaja perempuan dengan bersungguh-sungguh sebelum berlalu pergi.

Hakim hanya memerhatikan sahaja langkah remaja perempuan itu. Sekuntum bunga matahari di tangannya dipandang lama sebelum diletakkan rapat ke dada.

Sebuah kenangan bermain di layar ingatan.


“Taraaaa!” Sejambak bunga matahari diberikan kepada insan yang tersayang sebagai sebuah kejutan. Jambangan bunga itu bertukar tangan dan senyuman terpalit di wajah insan yang tersayang itu.

“ Wah! Bunga matahari!” ujar gadis itu ceria sekali menerima pemberian daripada lelaki yang dicintainya. Hakim yang melihat kegembiraan yang terlukis di wajah Liza tersenyum riang.

“ Liz suka tak?” tanya Hakim sekadar menduga.

“ Ish, Hakim ni! Mestilah Liz suka. Everything you give, I will take it with love, dear,” balas Liza sambil tersenyum manis.

“ I love to see your sweet smile, my princess,” bisik Hakim romantis. Liza tersipu-sipu malu.

“ By the way Hakim, why must you give me this flower? What I mean by that is men out there love to give roses to their lady but you give me something besides that,” kata Liza tertanya-tanya. Jarang sekali untuk melihat lelaki memberi bunga matahari kepada wanita yang dicintainya.

“ Dear Liz, I am not a typical man. I want to be a unique person in your eyes. If men out there give roses to their woman as a symbol of beauty, but those sun flowers are a symbol that you light up my days, dear. When I felt lonely, you came and shared with me your light. That is the main reason for why I chose it as our symbol of love,” jawab Hakim tulus bersama senyuman manisnya. Liza tersenyum bahagia.

“ Oh, I see. Opps, I forgot to say thank you for these flowers. Thank you so much, my prince. I love it so much!” kata Liza dengan penuh rasa terharu bersama senyuman yang terukir di bibir. Masing-masing merenung antara satu sama lain sebelum pecah ketawa daripada Liza.

“ Oh, my God! Are you crying, dear? Haha, this is my first time to see you cry,” kata Liza bersama ketawanya yang masih bersisa.
Hakim menutup wajahnya dengan tapak tangan. Segan apabila Liza mengesan air mata yang bergenang berat di tubir mata.

“ Yes, I cried because of you,” balas Hakim pendek. Jawapan itu membuatkan Liza menghentikan tawanya serta-merta.

“ Kenapa?” tanya Liza serba-salah. Andai boleh dia sentuh lelaki itu, pasti dia akan mengelap air mata itu. Namun, syarak membataskan segalanya walaupun dia bukanlah muslimah yang  sejati.

“ Hakim risau dan takut kalau suatu hari nanti, Liza akan tinggalkan Hakim. I cannot imagine about that, dear. I cannot imagine how lonely my life after you leave me alone,” balas Hakim penuh emosi.
Liza tersenyum tawar. Dia merenung kasih kepada Hakim.

“ I won’t leave you. Come hell or high water, I will go through any obstacles with you. I promise but.. I cannot do anything when death is on my side, dear. It is a fate and we have to accept it,”balas Liza yang turut beremosi. Sejujurnya, dia ingin hidup dengan lelaki ini hingga ke hari tuanya.

Hakim merenung dalam mata gadis itu. Bibirnya terukir senyuman.

“ Listen, dear. If one day, you will leave me, I will lock my heart from falling in love again,” kata Hakim dengan senyuman manisnya. Kata-katanya disambut gelengan oleh Liza.

“ Mana boleh macam tu. Tak baik seksa hati tu tau,” tegah Liza walaupun dia terharu mendengarnya. Dia ingin melihat lelaki itu tersenyum bahagia andai takdir memisahkan mereka.

“ How I want to fall in love again if the key of my heart is in your hand? It is just only you.. only you who can unlock my heart and fill it with love.” Kata-katanya itu tidak bersambut. Hanya senyuman manis yang terukir di bibir Hakim dan Liza.


Hakim memejamkan matanya lama. Itulah kenangan terakhir yang berjaya diciptanya bersama arwah tunangnya sebelum gadis itu pergi meninggalkan dia kerana kemalangan jalan raya. Kemalangan yang merenggut segala kebahagiannya. Tiga tahun dia hidup dalam keadaan yang sukar menerima takdir itu. Luka yang masih segar membuatkan dia enggan mencari mana-mana pengganti.

“ Adui!” Dia mengerang kesakitan apabila sebiji bola getah terkena tepat ke wajahnya. Wajahnya yang merah digosok perlahan sebelum pandangannya jatuh kepada seorang kanak-kanak lelaki yang merenungnya serba salah. Mata bundar itu merenungnya penuh dengan rasa takut.

Hakim tersenyum. Bola yang jatuh di kakinya itu diambil. Tangannya menggamit kanak-kanak lelaki itu agar mendekati dirinya.
“ Ini bola adik, ya?” tanya Hakim.

Kanak-kanak lelaki itu mengangguk.

Hakim tersenyum kecil lalu diberikan bola getah itu kepada kanak-kanak lelaki itu. Gembira sekali si kecil menerimanya sebelum berlalu meninggalkan Hakim dengan ucapan terima kasih.

“ Hmmm, aktif budak tu. Sama aktif macam si Rafi,” bisiknya seorang diri. Tak lama kemudian, dia menepuk dahinya.

“ Eh, ya Allah! Rafi! Dah nak dekat pukul satu petang ni! Matilah aku. ” Kelam-kabut Hakim bangun dari tempat duduknya sebelum berlari-lari anak menuju ke keretanya. Matilah aku macam ni! Confirm dia makin merajuk nanti!



Rafi duduk di tangga luar rumah yang menjadi tempat dia belajar agama dengan keadaan memeluk lutut. Keadaanmya itu diperhatikan oleh Aisyah yang sedang duduk di kerusi batu di hadapan rumahnya. Kanak-kanak yang lain sudah lama pulang. Aisyah mengeluh perlahan sebelum menghampiri anak kecil itu.

“ Rafi,” sapa Aisyah sambil mengusap kepala kanak-kanak itu. Rafi memalingkan wajah kepada Aisyah. Wajahnya masam sekali.

“ Kak Aisyah, mana abang ni? Lambatnya. Rafi dah lapar ni,” rengek Rafi.

“ Sabar, sayang. Kejap lagi abang mesti sampai,” pujuk Aisyah. Rasa kasihan melimpah buat Rafi. Manalah pula abang Rafi ni, kasihan dia menunggu seorang diri. Dah sejam tunggu, bisik hatinya.



Hakim memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo yang menempatkan adiknya mendalami ilmu agama. Dari dalam kereta, dia dapat melihat Rafi sedang duduk memeluk lutut bersama seorang gadis bertudung labuh yang tidak dikenalinya. Lama dia memerhatikan wajah itu. Seakan dia kenal. Tanpa menunggu lama, dia keluar dari keretanya lalu memberi salam di hadapan pintu pagar itu.

Aisyah memandang ke arah pintu pagar rumahnya apabila mendengar orang memberi salam.

“ Kak Aisyah dengar ada orang beri salamlah, Rafi,” kata Aisyah dan kepala yang menjengah ke luar pintu pagar. Cuba melihat dari jauh siapa yang datang.

“ Itu suara abang Rafi,” kata si kecil yang masih tidak beranjak.
“ Ya ke? Kalau macam tu, jomlah. Rafi pun dah laparkan,” ajak Aisyah dengan nada yang memujuk. Dia pasti anak kecil itu sedang merajuk dengan abangnya.

Rafi menggeleng perlahan. “ Rafi tak nak! Abang lambat jemput Rafi. Abang benci Rafi,” bentak Rafi. Dia menyembamkan wajahnya ke lutut.

Aisyah menggeleng perlahan. Kepala anak kecil itu diusap lembut sebelum dia melangkah mendekati pintu pagar rumahnya dan membiarkan Rafi bersendirian di tangga itu.

“ Assalamualaikum,” ucap Hakim berulang-kali. Dengar ke tidak aku beri salam? Keluh hatinya.

“ Waalaikumussalam,” jawab Aisyah lalu membuka pintu pagar rumahnya itu. Sebaik sahaja pintu pagar besi itu dibuka sepenuhnya, Rafi kaku. Dia kenal sekali wajah di hadapannya ini. Masakan tidak, inilah tunang arwah abangnya.

“ Encik ni abang Rafi, kan? Rafi ada di sana. Maaflah, dia merajuk dengan encik,” kata Aisyah tanpa mengesan apa-apa perubahan pada lelaki itu. Namun, dia dapat merasakan seolah-olah lelaki ini macam pernah dijumpai.

Hakim tersenyum hambar. Memang sudah diagak itu yang berlaku. Wajah di hadapannya ini dipandang lama. Masih sama seperti dulu.

“ Masuklah Encik...”

“ Hazrul,” sambung Hakim dengan menggunakan nama panggilannya yang lain dan juga merupakan nama arwah abangnya.

Nisa terpempan. Satu nama yang dia rindu dan satu nama yang sekian lama pergi meninggalkannya.

“ Nama saya ialah Hazrul Hakim.. dan nama abang saya ialah Hafizi Hazrul,” sambung Hakim lagi bersama senyuman.

Aisyah terundur beberapa tapak ke belakang. Tidak menyangka bahawa lelaki di hadapannya ini ialah adik kepada arwah tunangnya. Tangan yang dipaut dari belakang menyentakkan dia. Dia memandang ke arah Rafi yang sedang berselindung di sebalik tubuhnya.

“ Rafi,” panggil Hakim lembut lalu bertinggung di hadapan Aisyah. Dia menjengahkan kepalanya ke belakang tubuh Aisyah dan melihat adiknya itu sedang memeluk erat kaki gadis itu.

Aisyah hanya membiarkan sahaja. Dia masih terkejut lagi dengan apa yang dilihatnya. Bila diperhatikan lama, wajah lelaki itu tidak jauh bezanya dengan arwah tunangnya. Rasa rindu menyapa hatinya.

“ Rafi...” panggil Hakim lagi apabila Rafi berbuat tidak endah dengannya. Bahu adiknya disentuh lembut. Walaupun dia garang dengan Rafi namun garangnya bertempat. Ada kala dia membiarkan sahaja adiknya itu bermanja dengannya. Namun hari ini dia telah melampaui batas.

Rafi menjengahkan kepalanya disebalik tubuh Aisyah. Matanya digenangi dengan air.

“ Abang minta maaf. Abang tiada niat nak marahkan Rafi. Sumpah abang tak ada niat nak buat Rafi menangis. Abang janji selepas ini abang tak akan buat lagi,” kata Hakim.
Rafi memandang lama wajah abangnya. Ragu-ragu untuk percaya.

Melihat adiknya yang sukar mempercayai janjinya, dia mengangkat tangannya ke sisi tanda dia berjanji.

“ Betul eh?” tanya Rafi meminta kepastian. Dia sudahpun berdiri bertentangan dengan abangnya. Jari kelingkingnya digoyang-goyangkan di hadapan muka abangnya.

“ Ya, abang janji,” sahut Hakim sambil tersenyum. Jari kelingking adiknya dikaitkan dengan jari kelingkingnya.

Aisyah hanya tersenyum melihat telatah dua orang adik beradik. Terhibur hatinya yang rawan itu.
Hakim berdiri semula. Wajah Aisyah yang putih kemerahan itu ditatapnya.

“ Awak masih tidak terikat dengan mana-mana lelaki ke?” tanya Hakim.

Pertanyaan daripada Hakim membuatkan Aisyah tertunduk. Seketika kemudian, dia menggeleng.
Hakim hanya tersenyum kecil.

“ Saya tahu memang sukar untuk melupakan orang yang memberi seribu makna dalam hidup kita. Saya juga sedang mengalami perkara yang sama. Orang yang saya sayang pergi meninggalkan saya.”

Kata-kata daripada Hakim disambut dengan senyuman pahitnya.

“ Sudah lamakah awak berpindah ke sini? Bagaimana dengan rumah yang terletak di Ipoh?” tanya Hakim ingin tahu. Dia masih ingat lagi rumah banglo gadis itu ketika majlis pertunangan Aisyah dan arwah abangnya diadakan. Tidak disangka gadis itu sudah berpindah ke sini.

“ Oh.. Rumah di sana ibu wakafkan kepada rumah anak-anak yatim,” jawab Aisyah.

“ Oh, begitu rupanya.”

“ Abang, Rafi lapar. Nak makan,” rengek Rafi sambil mengusap perutnya.

“ Errrr kami minta diri dulu, Aisyah. Assalamualaikum.” Hakim meminta diri setelah salamnya bersambut.

Kereta Honda Accord yang sudah jauh meninggalkan rumahnya dipandang. Tidak menyangka dia akan bertemu dengan adik arwah tunangnya. Ya Allah, kecil sungguh dunia ini.




Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dibanjiri dengan ramai pelancong asing dan pelajar-pelajar Malaysia yang baru tiba dari luar negara. Tubuh langsing yang memakai dress hitam paras lutut itu memukau banyak mata. Masakan tidak, dengan wajah yang semula jadi cantik dan tubuh yang tinggi lampai, pasti banyak mata yang akan terpesona.

Spek mata hitam ditanggalkan dari wajahnya. Di tengah-tengah lapangan terbang itu, dia berhenti melangkah dan menghirup udara segar.

“ Dear, I am back for you,” katanya seorang diri sebelum melangkah menuju ke luar lapangan terbang. Seorang lelaki berkulit sawo matang sedang menunggunya di luar.

“ Selamat pulang ke Malaysia, Lisa,” sambut lelaki itu. Tangan gadis itu ditariknya lalu dicium lembut.

“ Thanks for willing to fetch me,” kata Lisa sambil tersenyum menggoda. Rambutnya yang menutup sebahagian wajahnya diselak ke tepi sebelum masuk ke dalam kereta Toyota Camry itu.

“ So, sekarang kita nak ke mana? Hantar you balik rumah family you ke?” tanya lelaki bernama Zamri itu. Keretanya dipandu keluar dari kawasan lapangan terbang itu.

“ Hmm, I want to go to shopping mall first before heading back to my family’s house,” jawab Lisa. Matanya leka memerhatikan pemandangan bandar Kuala Lumpur itu.

“ Okay. Family you tahu you ada dekat Malaysia?” tanya Zamri.

“ Not yet. I tak bagitahu sebab I nak buat surprise untuk family I,” jawab Lisa. Matanya kini fokus pada mesej yang diterimanya.

“ By the way Zamri, how about my lover? Is he okay?” tanya Lisa.

“ Your lover? Who?” tanya Zamri pelik.

Lisa merungut perlahan.

“ Have you forgotten about the man I adore so much? Siapa lagi kalau bukan tunang arwah kakak I,” balas Lisa bosan. Hesy, lembap juga Zamri ni, kutuknya di dalam hati.

“ Ohhh. Dia okay. Cuma I pasti yang dia masih belum lupakan arwah kakak you,” jawab Zamri.

“ Hmmm, of course he won’t,” bisik Lisa seorang diri bersama senyuman sinis di bibir.


I know it is hard for you to forget her but I will make sure, I can get your love by ‘her shadow’. Tekad Lisa di dalam hati. 



Rafi menjeling abangnya yang sedang memandu kereta itu. Mereka baru sahaja selesai makan dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

“ Abang,” panggil Rafi dengan mulut yang penuh dengan makanan ringan.

“ Apa dia?” tanya Hakim dan menjeling sekilas adiknya.

“ Abang kenal Kak Aisyah ke?” tanya Rafi sambil memandang abangnya.

Hakim tersenyum kecil. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.

“ Eh, macam mana abang boleh kenal?” tanya Rafi penuh dengan rasa teruja. Dia suka sekali melihat abangnya dengan Aisyah. Sepadan sekali.

“ Kak Aisyah itu tunangnya arwah abang Hazrul. Ketika mereka bertunang, Rafi masih kecil lagi. 
Masih baby lagi. Dari situlah abang kenal dia,” jawab Hakim.

“ Ohhhhh.” Rafi mengangguk faham.

“ Kenapa tanya?” tanya Hakim pelik. Adiknya itu pasti ada benda lain yang ingin dikatakan. Dia faham sangat dengan perangai adiknya ini.

“ Tak adalah. Rafi ingatkan Kak Aisyah tu awek abang yang baru,” jawab Rafi selamba sambil tersengih menayangkan giginya.

Hakim tergelak kecil.

“ Hesy, apalah Rafi ni. Boleh pulak fikir macam tu,” tegur Hakim dengan ketawa yang masih bersisa.

“ Manalah Rafi tahu. Tapikan abang, Kak Aisyah tu cantik. Abang pulak.. hmmm boleh tahan handsome jugalah. Sepadan abang dengan Kak Aisyah,” kata Rafi diiringi tawanya.

Hakim terbatuk kecil. Wajah adiknya yang sedang ketawa itu dijelingnya geram.

“ Nonsense,” bisik Hakim seorang diri.

Gandingkanlah dia dengan sejuta perempuan sekali pun, arwah Liza tetap di hatinya. Kunci hatinya bersemadi dengan jasad Liza. Takkan ada yang mampu memiliki kunci yang sama untuk membuka pintu hatinya. Tak akan..

p/s: This is another story from me. First of all, sorry sebab buat dear readers menunggu untuk ILYH. Actually, there's a technical problem, so writer tak dapat nak sambung sehingga ke waktu tertentu. So sorry. Sebelum itu, writer nak kata yang writer bukan penulis sepenuh masa as I am a student, so I need to be fair between passion and study. So, here you go. Hope you guys enjoy baca cerita ni dan writer harap you all still ingat about Aish and Keisya. Btw, this story baru saje bermula and maybe macam berterabur sedikit (but I guess yess). Sorry again T_T 

2 comments:

  1. Best teruskan usaha
    Tak sabar nk tunggu novel I love u hubby di terbitkan
    Good luck

    ReplyDelete
  2. Cuba utk baca n suka tp x mmpu. Good luck writer. Next time cuba buat ygebih thriller. Kisah romance ni dah cliche sgt. Bosan

    ReplyDelete