Monday, 28 April 2014

I Love You, Hubby! 23

Tangannya ligat membantu si isteri mengemas baju. Baju-bajunya dimasukkan satu persatu ke dalam bagasi itu. Usai mengemas baju-bajunya yang akan dibawa ke Bali, Indonesia untuk bercuti bulan madu, dia mendekati isterinya yang sedang mengemas baju.

" Keisya," panggil Aish namun tiada balasan.

" Keisya," sekali lagi dia memanggil namun dengan nada yang sedikit kuat.

" Hah?" Keisya memandang Aish dengan wajah yang terpinga-pinga.

" Sayang kenapa? Dari tadi abang tengok sayang asyik mengelamun," tegur Aish lembut lalu bertinggung di sisi isterinya.

Keisya tersenyum kecil. Dia memandang Aish sekilas sebelum menarik nafas panjang. Kemudian, sehelai tudung berwarna hijau muda dikeluarkan dari beg baju tersebut lalu diberikan kepada Aish.

" Wah, cantik tudung ni! Sayang yang beli ke?" tanya Aish. Tudung di tangannya dibelek.

" Bukan. Hadiah daripada mama," balas Keisya. Seketika kemudian, ada air mata yang bergenang di tubir matanya lalu mengalir perlahan ke pipi. 

" Kenapa pula nak nangis? Inikan pemberian mama. You should be happy for this. Bolehlah abang tengok sayang pakai tudung," pujuk Aish lembut. Namun pujukannya makin melebatkan lagi air mata isterinya. Dia menjadi panik lantas tubuh isterinya didakap erat. Pelik melihat keadaan isteri tercintanya itu.

" Sebelum kita kahwin, mama selalu kata dengan I yang dia teringin sangat nak tengok I bertudung. But I ignored her request," ujar Keisya sedih di dada suaminya. Tangan Aish mengusap belakang tubuh isterinya.

" Then, you pula kata, you nak tengok I bertudung. I tak tahu kenapa I rasa makin sedih bila you kata macam tu dan I rasa tak guna tiba-tiba," ujarnya lagi.

Aish tersenyum. Pelukannya dileraikan.

" Sayang, jujur abang kata. Sayang sangat cantik apabila memakai tudung. Nampak indah dan menenangkan hati abang. Setiap kali melihat sayang memakai tudung, hati ini sentiasa meminta kepada Tuhan agar Keisya menjadi bidadari buat abang di syurga kelak," ujar Aish bersama senyuman manis. Tangannya mengelus wajah isterinya.

Keisya menundukkan wajahnya mendengar kata-kata suaminya. Hati berasa bersalah apabila membiarkan auratnya terbuka selama ini. Tangannya mencapai tangan suaminya lalu dikucup perlahan.

"  Terima kasih untuk pujian abang. Terima kasih kerana menjadi suami yang sungguh penyabar buat Keisya. Macam-macam yang Keisya lakukan, tetapi abang tetap sabar dan terus mencintai Keisya. Lelaki yang sebaik abang sepatutnya mendapat perempuan yang lebih baik berbanding Keisya," ujar Keisya perlahan. Kata-katanya disambut gelengan oleh Aish.

" You are my wife, my only wife. You are the second woman I need after my mom," bisik Aish syahdu di tepi telinga isterinya. Keisya tersenyum bahagia. Air matanya sudah terhapus dek kata-kata suaminya.

" Keisya Farina, start from today, no more t-shirt and skirt when we are going out. Wearing those clothes only for me, okay? And one more thing, mulai sekarang, abang nak sayang pakai tudung. Ini bukan satu permintaan tapi ini satu arahan," ujar Aish dengan tegas.

Keisya tergelak kecil. Tidak usah diarahkan kerana hatinya sendiri sudah mula untuk berubah.

" Okay, Sir Aish Ahsan!" balas Keisya sambil membuat tabik. Tindakannya itu membuatkan Aish tergelak kecil.

" Jadi, cepat kemas baju. Beg baju lagi satu abang dah siap kemas. Beg baju ni je belum. Nasib abanglah dapat isteri yang kuat berangan. "

Keisya memuncung.

" Eleh, yang kuat berangan inilah yang dia sayang," balas Keisya sambil menjelirkan bibirnya.

" Sayang sebab abang cintakan Keisya," ujar Aish romantis bersama kenyitan.



Tangan kiri memegang stereng kereta manakala tangan kanan menyuap biskut Chipsmore ke dalam mulut. Sambil makan, mulutnya terkumat kamit mengikut lirik lagu yang bersiaran di radio. Tanpa disedari Amira, kereta yang dipandunya begitu hampir sekali dengan bahagian belakang kereta BMW di hadapannya itu lalu bahagian hadapan keretanya merempuh bahagian belakang kereta tersebut. Amira terjerit kecil kerana begitu terkejut.

Pemilik kereta BWM itu memandu keretanya ke tepi jalan, begitu juga Amira.

" Oh Allah. What I have done?" Amira menjadi tidak tentu arah. Mulutnya yang comot dikesat lalu tali pinggang keledar dibukanya bersama jantung yang berdegup kencang. Dia mengambil keputusan agar berdiam diri sahaja di dalam kereta sehingga pemandu kereta BMW itu keluar dari keretanya.

Jason Harris mengeluh kasar. Geram sekali apabila keretanya yang tidak bersalah dihentam dari belakang. Tanpa melengahkan masa lagi, dia keluar dari keretanya bersama spek hitam yang tergantung di hidung. Langkahnya mara menuju ke kereta Myvi berwarna merah jambu yang bertanggungjawab dalam hal ini.

Amira mengetap bibirnya. Gerun melihat wajah serius lelaki yang memandu kereta BMW itu. Matanya menyoroti sahaja langkah lelaki itu sehingga lelaki itu berhenti di sebelah keretanya dengan kepala yang ditundukkan ke tingkap cermin kereta Myvinya.

Lelaki itu menggunakan isyarat tangan yang menyuruhnya keluar dari kereta itu. Amira membuka pintu keretanya lalu keluar dari perut kereta. Dia tersenyum serba salah.

Jason Harris memandang lama gadis di hadapannya ini. Matanya merenung atas bawah. Renungan itu membuatkan Amira berasa seram sejuk. Tiba-tiba, Jason Harris tersenyum lebar lantas ketawa. Spek mata hitamnya dibuka lalu menyerlahkan matanya yang sedikit sepet kerana ketawa.

Amira terpempan. Tubuhnya kejung di hadapan lelaki yang sungguh dikenalinya itu. Masakan dia tidak kenal, itulah juniornya ketika menuntut di Melbourne dahulu. Mereka saling mengenali kerana menuntut dalam bidang yang sama. Dan lelaki itulah yang dicintainya dalam diam. Namun, hatinya kecewa sekali apabila mendengar khabar bahawa lelaki ini sangat mencintai seorang gadis yang menuntut di Malaysia. Setelah dua tahun pulang ke Malaysia, dia masih dalam usaha untuk melupakan lelaki itu.

" Jason.. Harris?" tanya Amira teragak-agak. Matanya sedikit berair kerana terharu dengan pertemuan yang tidak disangka ini.

Jason Harris tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya kemudian menyambung kembali ketawanya.

" Kenal juga you. I thought you already forgot me. So, how are you?" tanya Jason Harris ceria sekali. Tubuhnya disandarkan ke kereta gadis itu. Keretanya yang mengalami sedikit kerosakan dilupakan manakala Amira masih lagi berdiri statik.

" Errr.. yeah, I am find," balas Amira serba tidak kena. Dia membawa tubuhnya membelakangi Jason Harris apabila lelaki itu tidak sudah-sudah merenungnya.

" Bila Harris balik ke Malaysia?" tanya Amira. Tangannya bermain-main dengan hujung selendang di kepalanya.

" Bulan lepas," jawab Jason Harris. Gaya Amira yang serba tidak kena itu menjadi santapan matanya. Geli hatinya melihat tingkah laku gadis itu. Kelihatan sangat malu padahal ketika menuntut di universiti yang sama, mereka tidaklah sekekok ini.

" So, how about my car?" tanya Jason Harris bersama senyuman yang masih tidak mengendur.

Amira menggaru perlahan pipinya. Kemudian, dia tersengih.

" Nak kena bayar ke?" tanya Amira dengan polos sekali.

" No need," balas Jason Harris.

" So, what I have to do?" tanya Amira dengan dahi yang berkerut.

" Jika ada seseorang buat salah dengan you, apa yang you paling nantikan sekali?" tanya lelaki dihadapannya itu sambil tangan bermain-main dengan spek hitamnya itu.

" Hope them to ask me for forgiven."

" So, that is what I want," ujar Jason Harris.

Amira menghela nafas halus sebelum berdiri tepat di hadapan Jason Harris.

" Encik Harris, maaf kerana langgar bahagian belakang kereta you," pinta Amira sambil membongkokkan tubuhnya sedikit di hadapan Jason Harris.

Kelakuannya membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

" If that so, I forgive you. Tapi kalau you buat lagi, tiada peluang kedua lagi. This is my warning," ujar Jason Harris dengan wajah yang sengaja dimimikkan serius.

" Thanks, Harris. Tapi betul ke tak payah bayar?" tanya Amira meminta kepastian.

" Yes unless you want to pay it doubled," balas Jason Harris dengan berwajah selamba.

Amira mencebirkan bibirnya. Setelah perbualan itu, masing-masing bertukar nombor telefon dan kemudian, membawa haluan masing-masing. Pertemuan itu membangkitkan kembali rasa cinta yang hampir pudar di hati Amira. Tidak pernah disangka pertemuan ini akan terjadi.



Bau arak dan asap rokok yang menusuk ke hidungnya langsung tidak mengganggu ketenangannya yang sedang meneguk minuman keras di dalam kelab malam itu. Sofa kulit itu menjadi tempatnya bersandar.

" Kenapa aku berputus asa tiba-tiba?" bisik Shila seorang diri. Gelas panjang yang berisi wine berwarna dark maroon itu digoncang perlahan sebelum diteguk perlahan.

" Kenapa aku biarkan Keisya menang sedangkan aku benci dia?" bisiknya lagi.

" Tak faham betul aku dengan diri aku ni." Sisa arak yang berada di dalam gelas diteguknya rakus sehingga tidak bersisa.

" Stress nampaknya?"

Shila menoleh ke arah suara yang menegurnya. Lelaki yang berkulit cerah dan tampan itu melabuhkan duduk di sisinya. Tangannya selamba sahaja memaut bahu gadis itu yang terdedah.

" You siapa? Tiba-tiba je datang peluk I," tegur Shila kurang selesa. Tangan lelaki itu cuba dilepaskan dari terus-terusan memautnya, namun pautan itu semakin erat.

" Nama I, Kamil. And you, Shila right?" Gelas yang berisi sparkling wine itu diteguknya perlahan.

" Errr. wait. How do you know my name?" tanya Shila sambil merenung sisi wajah Kamil.

" How do I know your name? You should not give me that question, Shila. You pengunjung tetap kelab malam ni, of course I know who you are."

Shila hanya tersenyum kecil. Matanya tidak lepas memandang wajah kacak itu. Bukan kerana lelaki itu kacak, tetapi dia kenal lelaki ini cuma nama sahaja dia tidak tahu.

" Tak menari?" tanya Shila. Kamil menggeleng perlahan. Matanya memerhatikan sahaja gadis itu yang sedang menuang arak ke dalam kosong sebelum diberikan kepadanya.

" Sorry, I dah berhenti minum," tolak Kamil perlahan. Tangannya dilambai ke arah seorang pelayan lalu memesan setin air berkarbonat.

Shila terkesima. Selama ini, dia sering nampak lelaki itu meneguk minuman keras. Tetapi kali ini, sudah berhenti pula. Dia bukan tidak tahu dengan siapa lelaki ini selalu rapat. Lelaki ini rapat sekali dengan Keisya tetapi tidak pula dia ingin ambil tahu siapa sebenarnya lelaki ini pada ketika itu.

" Kenapa you tak menari? Dari tadi I tengok you macam ada masalah," tegur Kamil lalu meneguk air berkarbonat yang dituangkan ke dalam gelas.

" I tak ada mood nak menari. You pula kenapa tak menari? Sejak tak ada Keisya, dah lama you tak menari." Kamil hanya tersenyum kecil. Tangan yang memaut bahu gadis itu ditarik.

" Since when you are being a stalker?" perli Kamil bersama tawa kecilnya. Perlian Kamil disambut cebikan oleh Shila.

" I bukan stalker okay. You selalu sangat berkepit dengan Keisya, sudah tentu I nampak," balas Shila dengan nada yang agak sinis.

" If I am not mistaken, you love Aish, right?" tanya Kamil.

Shila tersentak. Seketika kemudian, dia tertunduk bersama senyuman tawar di bibir.

" Errr.. I salah cakap ke?" tanya Kamil berpura-pura bersalah.

" How do you know about that?" tanya Shila.

Kamil menghela nafas halus. Penat berbual dengan gadis ini tanpa menuju ke topik utama.

" Sebenarnya Shila, I ada perkara lain yang nak dibincangkan. Dan I perlukan bantuan you," ujar Kamil sambil bermain dengan mulut gelas di tangannya.

" Apa yang you nak cakap sebenarnya?" tanya Shila keliru.

" I tahu you masih mahukan Aish. I can help you to get him as long as you help me to get Keisya back," tawar Kamil bersama senyuman yang penuh dengan muslihat.

Tawaran Kamil membuatkan Shila berfikir panjang. Dia masih inginkan Aish dan masih ingin melihat kehancuran rumah tangga abang sepupunya dan dia berputus asa kerana dia tidak mampu melakukannya keseorangan. Sekarang, ada yang sudi menghulur bantuan. Apa salahnya jika dia teruskan kembali rancangannya.

" You setuju atau tak?" tanya Kamil.

" Okay, I setuju." Huluran tangan Kamil sebagai tanda persetujuan disambut Shila.

" Sebelum itu, I nak you tahu bahawa kita bukan berdua dalam rancangan ini. Tapi ada lagi seorang," ujar Kamil.

" Who?" tanya Shila.

" It's me."

Mata Shila membulat melihat seseorang yang berdiri di hadapannya dan Kamil. Matanya memandang Kamil untuk meminta kepastian dan lelaki itu hanya tersenyum. Sungguh, dia tak percaya dengan apa yang dilihatnya! Tidak disangka sama sekali bahawa gadis di hadapannya lebih bijak berhelah berbandingnya.





12 comments:

  1. ahitnye kluar jugak entry baru suke...tapi nape part ash dgn keisya sikit je

    ReplyDelete
  2. aku rasekan org ketiga dlm bak merancang jahat tadi.. bff kiesya orrkk...???
    sape name tak ingatlah...

    ReplyDelete
  3. mungkin juga bff kiesya,tapi harap2 jangan la sian kiesya.

    ReplyDelete
  4. Lama juga nk tnggu n3 baru..apa2 pun akhirnya klua juga..cuma part antara keisya dgn aisy skit sgt...maybe next n3..(;

    ReplyDelete
  5. Waaa, makin menarik cerita ni. Best best best!! Cepat2 sambung eaa :)

    ReplyDelete
  6. Takde n3 baru ke? Please sambung...

    ReplyDelete
  7. Xnk tmbh entry ke?? Smbung please...

    ReplyDelete
  8. Tknak sambung ke writer???

    ReplyDelete
  9. Hish..kesian keisha..rupe2nye fina ni pn jahat.. X suke!!!..

    ReplyDelete
  10. X ade sambungan ke???.. Please miss writer..tlglah sambung :-(

    ReplyDelete
  11. Bile nak sambung ??? Cepat2lah sambung tak sabar nak tau nie ;(

    ReplyDelete
  12. Bla nk smbng nim..da lma da tngu ending

    ReplyDelete