Monday 13 January 2014

I Love You, Hubby! 22

Telefon yang berbunyi dibiarkan sepi walaupun matanya sudah terbuka kecil. Malas dia hendak menjawab ketika mata masih memerlukan tidur yang secukupnya. Langsung tidak menyedari bahawa waktu Subuh semakin berlalu.

Sekali lagi, telefonnya berbunyi. Aish mendengus geram bersama tubuh yang menggeliat kecil. Tangannya meraba ke bawah bantal mencari iPhone miliknya. Namun apa yang dicari tidak ditemui.

" Ishh, mana pula handphone aku ni? Malam tadi aku letak bawah bantal, tapi tak ada pula sekarang ni," rungutnya dengan tangan menggaru belakang kepala. Deringan telefon itu masih belum berhenti. Matanya mencari arah bunyi itu. Seketika kemudian, dia membawa tubuhnya ke tepi katil lalu menjenguk ke lantai.

" Elok-elok aku letak bawah bantal, alih-alih ke lantai pula handphone ni pergi," rungutnya lagi. Telefon itu lekas diambilnya lalu butang hijau pada skrin telefonnya ditekan tanpa terlebih dahulu melihat nama pemanggil.

" Woi Aish! Bangun! Solat Subuh! Kahkahkah!" Jeritan dan tawa di talian sana membingitkan telinganya.

Aish terkejut. Matanya terbuntang luas apabila dijerit sebegitu. Baik-baik mengantuk, terus segar matanya apabila menerima panggilan daripada pemanggil yang tidak diundang itu. Skrin iPhonenya dipandang namun tiada nama yang tertera kecuali nombor.

" Kau ni siapa?" tanyanya keliru sambil bersandar di kepala katil. Keisya yang masih lena di sisinya dipandang sekilas bersama senyuman kepuasan di bibir.

" Apalah kau ni, Aish. Suara member sendiri pun tak kenal. Ini akulah, Harif" ujar Harif dengan tawa yang masih bersisa. Sengaja dia menelefon lelaki itu di pagi sebegini.

Aish mendengus kasar bersama senyuman geram. Telefon dijauhkan dari wajahnya seketika lalu berbisik sendiri.

" Bengong punya Harif," bisiknya geram.

" Woiiiii, kau ngumpat aku ke Aish? Aku dengar ni. Kau jangan lupa telinga capang aku ni mampu merentasi laut yang luas untuk dengar apa yang kau ngumpat pasal aku," ujar Harif geram apabila yakin rakannya itu sedang menyumpahnya.

" Ha'ah, memang aku ngumpat kau. Pagi-pagi buta telefon orang. Lebih baik kau buat solat tahajjud sementara tunggu subuh," ujar Aish tanpa menyedari waktu subuh semakin berlalu.

Harif melepaskan tawanya sekali lagi. Sahlah rakannya ini lupa sama sekali akan waktu yang semakin berlalu.

" Aish, lebih baik kau check waktu dekat handphone kau sebelum suruh aku solat tahajjud."

Dahinya berkerut mendengar permintaan rakannya itu. Dengan teragak-agak, waktu pada gadget itu dilihatnya sebelum matanya terbuntang luas.

" What?! Almost 7 o'clock!" ujarnya terkejut kepada Harif.Rakannya itu hanya tergelak sakan.

" Kau tak set alarm ke bro?" soal Harif bersama gelengan kecil.

" Aku dah set malam tadi tapi..."

" Tapi kau tak dengar. Ada bini dekat sebelah, semua benda boleh jadi lupa, bro," potong Harif bersama gelaknya lagi. Aish mengetap bibirnya geram.

" Amboi, ayat kau! Patutnya kau ni dah kahwin dulu sebelum aku...."

" Aish."

Kata-katanya terus terhenti apabila Keisya di sisinya sudah terjaga. Wanita itu sedang menggeliat kecil sambil menggosok matanya,

" Bro..." panggil Harif di talian namun tidak bersahut.

" Woi, bro! Dah masuk bilik air ke apa? Aku panggil tak dengar," ujar Harif dengan nada gurau.

Aish segera melarikan mata dari terus memandang isterinya. Fokusnya terus dialihkan kepada Harif.

" Harif, aku nak solat subuh dulu. Dah subuh gajah aku ni."

" Hah, sedar pun!"

Aish memandang Keisya sekilas yang sedang bersandar di kepala katil sambil memerhatikannya. Senyuman manis dilemparkan buat isterinya bersama kenyitan manja. Keisya hanya tersenyum kecil

" Okaylah, Hasif. Aku nak solat subuh dulu. Terima kasihlah kerana sudi kejutkan aku," ujar Aish. Harif yang mendengar hanya mampu tergelak kecil.

" No big deal," balas Harif.

Keisya membalas senyuman Aish yang sudah menamatkan perbualan dengan Harif.

" Subuh dah nak tamat," ujar Aish seraya bangkit berdiri. Keisya yang tidak mengetahui waktu sebenar beriak terkejut.

" Oh my God," balas Keisya perlahan lantas turut bangun dari pembaringannya. Tuala di sisi katil dicapai lalu mereka berdua serentak berjalan menuju ke bilik air. Sampai sahaja di depan bilik air, mereka berdua serentak berhenti. Masing-masing berpandangan.

" Nak masuk sama-sama ke?" tanya Aish mengusik bersama senyuman nakalnya.

Dengan dahi yang berkerut, pantas Keisya menggeleng. Gelengan tersebut mencetuskan tawa di bibir Aish.

" I'm just kidding. Keisya masuklah dulu," ujar Aish lalu memberi ruang kepada Keisya untuk masuk ke bilik air.

Keisya masih tercegat di hadapan pintu bilik air. Akalnya menimbang tara keputusan Aish. Bilik air ni ada satu je, subuh pula dah nak habis. Takkan nak biarkan dia mandi time subuh dah nak tamat kut? Hatinya berbisik kecil.

" Apa tunggu lagi, masuklah. Subuh dah nak tamat ni, sayang," ujar Aish lebih kepada arahan.

Melihat kerutan di dahi Keisya, dia seolah-olah dapat mengagak apa yang difikirkan oleh isterinya itu.

Aish hanya tersenyum kecil lalu menyarung baju tidurnya ke tubuh. Sehelai baju dan seluar dikeluarkan dari beg. Dia mendekati isterinya kembali.

" Abang mandi dekat bilik Hasif," ujar Aish. Melihat Keisya yang seperti mengelamun, dia terus melangkah mendekati pintu bilik hotel untuk keluar dari situ.

" Errr Aish," panggil Keisya teragak-agak.

Aish memandang kembali ke arah Keisya. Keningnya dijongketkan, isyarat bertanya.

" Hmmm.. errr.. tak ada apa-apa lah," ujar Keisya lalu tanpa berlengah, dia melangkah masuk ke dalam bilik air meninggalkan Aish yang terkulat-kulat. Dia tersenyum kecil apabila perasan akan warna pipi isterinya yang kemerahan.

" Abang ingatkan Keisya nak ajak abang masuk sekali tadi," ujarnya lantang bersama tawa nakalnya. Kata-katanya itu jelas didengari oleh isterinya membuatkan wanita itu menekupkan wajahnya menggunakan tuala.


Butang lif ditekan menuju ke tingkat bawah. Tudung yang tersedia betul ada kalanya dibetulkan lagi sambil menunggu pintu lif dibuka. Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.

" Eh, Fina!"

Fina tersenyum kecil sambil membuat 'peace' di sisi pipinya. Amira hanya menggeleng kecil melihat keletah gadis itu.

" Suka sangat buat 'peace'. Dah macam trademark akak tengok," ujar Amira lalu disambut gelakan kecil daripada Fina.

" 'Peace' tu tanda kecomelan Finalah, kak," balas Fina tidak mengalah.Amira mencebik mendengar kata-kata gadis itu.

Pintu lif terbuka. Masing-masing melangkah ke dalam lif itu dan menuju ke tingkat bawah.

" Fina nak ke mana ni? Sarapan ke?" tanya Amira.

" Ha'ah, nak pergi sarapan. Akak pun nak pergi sarapan ke?" tanya Fina. Matanya memberi perhatian sepenuhnya pada skrin telefonnya. Sekali sekala kedengaran bunyi mesej diterima di dalam lif itu.

" Ya, akak pun nak pergi sarapan," balas Amira sambil matanya menjeling sekilas ke arah skrin telefon gadis itu.

" Akak nak sarapan dekat mana?" tanya Fina.

" Cafe hotel ni je," jawab Amira.

" Kalau macam tu, kita sarapan bersama-sama lah," ajak Fina.

Amira hanya mengangguk perlahan sambil matanya memerhati Fina yang asyik berbalas mesej.

" Mesej dengan pakwa ke tu?" tanya Amira mengusik. Fina hanya tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

" Ish, mana ada akak. Fina ni manalah ada pakwa," balas Fina sambil mencebikkan bibirnya.

" Eh, biar betul tak ada pakwa?! Takkanlah tak ada sesiapa yang minat dekat Fina?" tanya Amira tidak percaya. Mustahil gadis jelita seperti Fina tiada yang mahu.

" Ada tu ada, kak. Tapi hati Fina ni berkenan dekat orang lain. Tapi apakan daya, belum sempat nak luahkan perasaan, dia dah jumpa perempuan lain," balas Fina dengan nada yang kecewa. Kekecewaan itu jelas sekali terpancar di wajahnya.

" Alah, tak mahulah sedih-sedih. Ramai lagi yang tunggu Fina dekat luar tu," ujar Amira cuba memujuk. Bahu gadis itu sekali sekala digosok perlahan.

Sebelum sempat lif itu tiba ke tingkat yang sepatutnya, pintu lif terbuka dan seorang lelaki berkemeja hitam masuk ke dalam lif itu. Mereka berdua berbalas senyuman dengan lelaki itu seketika.

Amira yang bersandar di dinding lif memandang lama lelaki itu. Seolah-olah dia pernah nampak lelaki ini ketika majlis resepsi adiknya. Renungannya itu tidak disedari lelaki itu malah lelaki itu lebih leka memandang Fina.

Pintu lif terbuka dan kali ini tepat ke tingkat yang mereka berdua tujui. Lelaki itu turut keluar dari lif itu. Ketika mereka berdua sedang melangkah menuju ke cafe hotel untuk bersarapan bersama, lelaki itu tiba-tiba mencuit bahu Fina.

" Siapa perempuan yang you bawa ni?" soal lelaki itu secara tiba-tiba kepada Fina. Amira kelihatan pelik melihat lelaki itu tiba-tiba sahaja menegur gadis itu.

" Errrr excuse me, do I know you?" Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga apabila disoal Fina sebegitu. Amira yang tidak faham dengan situasi sekarang hanya menjadi pemerhati dan pendengar. Dia melihat Fina dan lelaki itu berpandangan buat seketika dengan reaksi masing-masing yang berbeza.

Wajah yang keliru pada mulanya kembali ke reaksi biasa. Lelaki itu tersenyum kecil begitu juga Fina.

" Oh sorry, miss. I tersilap orang. Sorry, again," ujar lelaki itu lalu meminta diri. Fina kembali mendapatkan Amira yang berdiri tidak jauh darinya.

" Who's that man?" tanya Amira. Kepalanya dipalingkan ke belakang dan buat seketika, matanya dan mata lelaki itu berlaga. Jelas sekali bahawa lelaki itu memerhatikan gerak langkah mereka.

" Dia silap oranglah, kak," balas Fina sambil tangannya menaip mesej.

" Oh really? I though he was your secret admire," ujar Amira mengusik gadis itu. Fina mencuit pinggang Amira apabila diusik begitu. Amira menjerit kecil apabila pinggangnya dicuit.

" Mana ada akak ni. Dia silap orang je lah," ujar Fina mempertahankan dirinya.

" Hmmm, yalah tu," balas Amira bersama bibir yang mencebik.


Kamil memboloskan diri ke tempat duduk kereta yang dipakir di basement hotel itu.

" Apahallah dengan minah tadi tu? Nasib baik aku pandai cover," keluhnya perlahan lalu menghidupkan enjin kereta. Pertemuannya dengan gadis semalam terpaksa dibatalkan apabila gadis itu memintanya bertemu pada esok hari di tempat yang belum pasti di mana. Butang atas kemeja hitamnya dibuka. Rimas pula pakai baju kemeja itu.

Telefon bimbitnya berbunyi. Muncul sahaja nama itu di skrin telefonnya, pantas dia angkat. Keretanya pun masih belum sempat dibawa keluar dari kotak pakir kereta.

" Hmm, hello," sahut Kamil acuh tak acuh.

" Hai, jawab macam nak tak nak je?" sindir gadis di talian sebelah sana.

" You lah. Kejap nak jumpa, kejap tak nak jumpa. Penat tahu tak," ngomel Kamil bersama keluhan kasar.

" Relaks lah you ni. Nakkan sesuatu mesti perlukan banyak pengorbanan. You ni, nama je lelaki tetapi lembik," kutuk gadis itu.

Kamil mengetap bibirnya menahan geram.

" You call I ni nak apa?" tanya Kamil sedaya upaya cuba menahan nada suaranya yang tidak terkawal.

" I nak check out hotel hari ni. Family Keisya dan Aish pun akan check out hari ni juga. So, you busy tak malam ni?" tanya gadis itu lembut, tiada nada tegas lagi.

" I think no. Why?" tanya Kamil.

" I nak you temankan I pergi night club. Can you?" tanya gadis itu manja.

Kamil mengeluh perlahan.

" Malaslah I. I tak ada tenagalah nak menari macam selalu. I penat sangat sejak dua menjak ni," balas Kamil sambil mengurut perlahan kepalanya.

" I will charge you to give you energy before going night club," ujar gadis itu dengan suara menggoda.

Kamil tersenyum sinis. Kata-kata gadis itu tidak dapat ditolaknya. Lagi pula, sudah lama dia tidak bermesra dengan mana-mana wanita.

" I akan jemput you nanti. Mesej alamat rumah you dekat I."

" Okay, dear," balas gadis itu lalu memutuskan talian.

Bibir Kamil terukir dengan senyuman lebar. Sekali sekala wajahnya dihadapkan ke cermin.

Janji ada rupa dan ada duit, macam-macam perempuan boleh dapat, getus hatinya.


p/s: I've read all of your comments. Wah, nampaknya semua meragui kesetiaan Fina dekat Keisya. Anyway, writer tahu ramai yang dah tahu siapa perempuan tu... tapi satu je korang tak tahu, korang tak tahu sebab bagi tindakan perempuan tu :P Answer nya sudah pasti dekat tangan writer. And thank you very much kerana masih setia menunggu. *kesat air mata* Jangan lupa komen or click labels dekat bawah :)





6 comments:

  1. Finally.... best sgt! Lma tau tnggu writer update :(

    ReplyDelete
  2. Waaaa!!!!! best sangat... xsabar nak baca next n3 :)

    #ika

    ReplyDelete
  3. Novel nie semakin besttt lah!!! Next chapter pleaseeee ;D

    ReplyDelete
  4. bestt!!!!kalau bole buat penghijrahan cKeisya pakai hijab jadi isteri solehan.

    ReplyDelete