Saturday 9 November 2013

I Love You, Hubby! 19

Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)

***********************************************************

Setelah selesai makan malam, Aish memimpin tangan Keisya menuju ke sebuah bilik yang digunakan khas untuk menonton pelbagai jenis filem. Dia tersenyum sahaja melihat isterinya yang kelihatan teruja dengan suasana bilik itu. Setiap sudut bilik itu dipenuhi dengan pelbagai jenis cakera padat dan warna bilik itu yang bertemakan hitam menambahkan lagi suasana romantik dan adakalanya seram.

" So, ini bilik untuk menonton movie?" tanya Keisya sambil membelek cekera padat di bilik itu. Setiap penjuru bilik itu dijelajahinya.

" Yes. Kalau abang bosan, abang akan tengok movie dekat sini." Aish mengikut setiap langkah isterinya. Ke mana isterinya pergi, di situ dia berada. Cakera padat yang diletakkan pada tempat yang salah oleh isterinya diletakkan kembali di tempat sepatutnya.

Keisya mencebikkan bibirnya apabila semua jenis filem yang ada di bilik itu tiada langsung yang menarik minatnya. Kebanyakannya filem aksi dan filem seram.

" Aish, semuanya filem aksi dan seram yang banyak. Tak ada ke filem cinta yang best?" tanya Keisya sambil mengeluh bosan. Tangannya mencapai setiap cakera padat yang ada di bilik itu. Dibelek satu persatu dengan muka yang bosan. 

" How about this one?" tanya Aish sambil menayangkan sesuatu di tangannya. Keisya yang melihatnya mula teruja apabila Aish menunjukkan filem kegemarannya.

" Wah! Lagenda Budak Setan! You pun tengok ke movie sedih macam ni?" tanya Keisya teruja lalu mengambil bekas yang terisi cakera padat di dalamnya dari pegangan suaminya.

" Movie sedih? Abang tak rasa sedih langsung, abang rasa bosan adalah. Rasa tak berbaloi pula beli," kata Aish selamba. Tapi hakikatnya, memang dia bosan. Hati dia langsung tidak terkesan dengan lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Akibatnya, rakan-rakannya mengatakan dia orang yang tidak berperasaan. 

" Eeeee, you ni ada perasaan atau tak?" tanya Keisya dengan rasa geram apabila cerita kegemarannya diperlekehkan suaminya. Bekas cakera padat di tangannya dipukul  perlahan pada bahu suaminya. 

" Semestinyalah abang ada perasaan. Kalau abang tak ada perasaan, tak ada maknanya abang nak luahkan perasaan dekat sayang," ujar Aish lalu mencuit manja dagu isterinya. Terus tersipu-sipu Keisya jadinya.Wanita itu terus berjalan menuju ke rak lain untuk menyembunyikan rasa malunya. Aish hanya tergelak kecil.

" Yalah, wahai Encik Aish. You menang. Tapi you tak boleh kalahkan romantiknya Akasha dalam cerita ni," provok Keisya sambil menjelirkan lidahnya. Sengaja ingin menguji tindak balas lelaki itu.

" Serius abang tak boleh kalahkan romantik si Akasha tu?" Keisya menggelengkan kepalanya sebagai tindak balas bagi soalan suaminya. Aish tersenyum nakal lalu berjalan mendekati Keisya yang sedang membelakanginya. Wanita itu asyik sekali membelek setiap sudut rak cakera padat itu sehingga tidak menyedari Aish yang semakin mendekatinya.

Keisya tersentak. Terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya dan erat sekali pelukan itu. Rasa lemah lututnya apabila merasakan hembusan nafas Aish di lehernya.

" Akasha ada peluk erat macam ni tak dekat Ayu?" tanya Aish berbisik perlahan. Haruman rambut isterinya menusuk ke dalam hidungnya.

" Ada..."

Aish membawa tubuh Keisya menghadapnya. Kemudian dia mengucup perlahan dahi wanita kesayangannya itu lalu membuatkan Keisya terkedu. Matanya dipejam erat bagi menghayati kucupan suaminya itu.

" Akasha ada buat macam ni?" tanya Aish lagi.

" Ada..." balas Keisya perlahan.

Tangannya mengusap lembut pipi isterinya. Keisya pula semakin terbuai dengan layanan Aish. Tangannya menggenggam erat tangan suaminya yang mengusap lembut pipinya. Dapat dirasakan betapa hangatnya cinta lelaki itu.

" Akasha ada buat macam ni?" tanya Aish lalu mengucup lembut leher isterinya. Lama bibirnya bermain di sekitar leher.

" Tak...tak ada.." jawab Keisya lemah. Nafasnya semakin tidak teratur apabila kucupan itu berlarutan hingga ke telinganya. Hembusan nafas Aish yang mula bertukar kasar membuatkan dia sudah tidak senang duduk. Matanya terus dipejam tanpa dibuka lagi.

Aish menjauhkan wajahnya. Matanya merenung lembut wajah isterinya. Wanita itu masih belum membuka matanya dan membiarkan dia terus memerhatikan segenap wajah isterinya itu.

" Dear, please open your eyes," bisik Aish perlahan. Keisya membuka matanya dan mendongakkan kepalanya memandang wajah suaminya.

Aish tersenyum manis. Namun pada mata Keisya, senyuman itu cukup menggoda. Lelaki itu melekapkan kedua belah tangannya pada wajahnya sambil mendekatkan wajahnya perlahan dengan wajah Keisya.

" Do you want to know something Keisya?" bisik Aish lembut. Keisya mengangguk perlahan sambil membalas renungan redup suaminya.

" Abang cintakan Keisya lebih dari Akasha cintakan Ayu. Dan kisah kita lebih indah berbanding kisah Akasha dan Ayu. Kisah kita terselitnya pelbagai rasa.. rasa pahit, masam, kelat dan akhirnya, kisah kita berakhir dengan rasa manis. You're the first and the last girl that I'll love always," bisik Aish romantis. Kemudian, dahinya dibawa bertemu dengan dahi Keisya sebelum hidung mereka pula bertemu.

" I love you too, Aish," balas Keisya tanpa dijangka. Aish tersenyum bahagia sebelum bibir mereka bertaut erat. Masing-masing berbalas rasa. Desah nafas Aish semakin rancak apabila Keisya semakin giat membalas setiap sentuhannya.

Tuk!Tuk!Tuk!

" Abang Aish." Ketukan pintu dan panggilan seseorang menghentikan segala tindakan Aish dan Keisya. Masing-masing menjauhkan diri dengan muka yang memerah. Keisya memalingkan wajahnya ke tempat lain apabila Aish tidak mengalihkan pandangannya dari wajahnya.

" Abang Aish." Suara milik Shila terus-terusan memanggil nama Aish. Keisya menjeling sakit hati pada suaminya. Dia sakit hati pada Shila tapi tempiasnya turut terkena kepada suaminya.

Aish menggaru kepalanya, kusut.

" Setiap kali kita bersama je, mesti dia akan muncul. Macam rumah ni rumah dia pula," rungut Aish perlahan, geram. Keisya hanya tersenyum kecil mendengar rungutan suaminya.

" Nasib you lah. Siapa suruh bagi dia tinggal dekat sini? Kan dah tak ada privasi," balas Keisya lalu melabuhkan duduk di sofa yang disediakan. Bengang sebenarnya dengan Shila tapi Aish yang terkena, nasib dialah.

Aish mengeluh halus mendengar bebelan isterinya. Bukan dia yang minta gadis itu tinggal di sini, tetapi dia terpaksa membenarkan sementara mak longnya berada di luar negara.

Dia mendekati pintu bilik itu lalu dibuka perlahan. Terjengul terus muka Shila yang sedang tersengih di hadapannya.

" Macam mana tahu abang ada dekat dalam bilik ni?" tanya Aish pelik. Setahu dia, dia belum pernah memasuki bilik ini sementara waktu ini.

" Shila ada dengar macam ada orang bercakap dalam bilik ni, so Shila tahu mesti abang dalam bilik ni," jawab Shila dengan sengihnya yang tidak kendur-kendur.

" Abang buat apa dalam bilik ni? Shila ingatkan ni stor," kata Shila lalu ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu namun dihalang oleh Aish.

" Eh, Shila nak buat apa ni?" Tangannya didepakan agar Shila tidak masuk. Dia inginkan ruang untuk bersama isterinya, tetapi kenapa mesti ini yang terjadi?! Lama-lama boleh jadi gila dia!

" Shila nak masuklah. Bilik ni nampak luas, siap ada skrin layar lagi. Apa salahnya Shila nak tengok-tengok. Bolehlah bang, bolehlah, bolehlah.." rayu Shila dengan lentok badan yang menggoda. Dia memanjangkan lehernya untuk mencari Keisya di dalam. Dia yakin mereka berdua pasti sudah berbaik.

" Bukan tak boleh tapi..." Aish mengetap bibir untuk mencari idea bagi menyambung kata-katanya

" Hah! Tapi Shila sebenarnya dari mana? Abang balik langsung tak nampak ibu dengan Shila," pantas Aish mencipta alasan seterusnya.

" Shila baru balik dari shopping dengan ibu. Yalah kan, mak ngah nak harapkan siapa lagi dekat rumah ni kalau bukan Shila untuk pergi shopping." Nada suara Shila kedengaran tulus sekali namun langsung tidak memberi kesan kepada Aish.

" Ohhh," sahut Aish yang sudah kekeringan idea untuk menghalang gadis itu masuk. Dia ingin menghabiskan masa sepenuhnya bersama Keisya di dalam bilik ini sahaja. Tapi, ada sahaja yang datang mengacau.

Shila melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik itu namun ada tangan yang menarik tangannya kasar lalu mendorong tubuhnya ke luar bilik semula. Raut wajahnya bertukar terkejut apabila melihat wajah garang Aish yang telah menarik tangannya kasar.

" Abang!" jerit Shila geram kerana terkejut dan tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu. Sesuka hati itu sahaja merentap kasar tangannya.

" Pergi masuk bilik sekarang dan jangan kacau kami. Ingat, ini rumah abang. Jangan sampai abang saman Shila sebab mengganggu ketenteraman rumah tangga kami!" tegas sekali Aish berkata lantas menutup kasar pintu bilik itu. Berdentum bunyinya. Entah kenapa tiba-tiba amarahnya memuncak. Mungkin sudah tidak dapat lagi menahan 'azab' kegedikan Shila.

Shila termangu di hadapan bilik Aish. Dia mengetap bibir mengenang sikap Aish terhadapnya tadi. Dia langsung tidak menyangka bahawa Aish akan bertindak kasar sebegitu. Dia mendengus nafas kasar.
" Abang jahat!" jeritnya geram di hadapan bilik itu. Mulutnya menyumpah seranah Aish. Kau tunggu Aish! Kau tunggu! Dia berlalu dari situ menuju ke biliknya dengan hati yang sarat dengan dengki.

Aish tidak berganjak dari tempatnya. Dia masih berdiri di hadapan pintu bilik itu, mengenangkan sikap Shila yang semakin hari semakin merimaskannya. Tidak mustahil suatu hari nanti dia semakin hilang sabar dengan sikap gadis itu.

Aish menolehkan kepalanya ke belakang apabila terasa seperti seseorang berdiri di belakangnya.
" Ahhh!" Aish mengurut laju dadanya tatkala terpandangkan wajah Keisya yang begitu hampir dengannya. Sudahlah suasana di dalam bilik ini agak suram. Tak pasal-pasal dia menjerit.

Tawa Keisya terhambur. Terhibur hatinya dengan wajah Aish yang nyata terkejut dengan kehadirannya. Dia sudah lama berdiri di belakang lelaki itu. Niatnya ingin menegur lelaki itu tetapi tiba-tiba sahaja lelaki itu pusing. Mana tak terkejutnya..

" Keisya, please, don't do like that anymore," rungut Aish dengan riak tidak puas hati. Berdetak laju jantungnya.

" Haha. You are funny. You suka tengok cerita seram tetapi dengan I pun takut," ejek Keisya dengan tawa yang masih bersisah.

Aish mendengus perlahan. Tangannya mencubit pipi isterinya sehingga meninggalkan kesan merah pada pipi wanita itu. Menyeringat sakit Keisya kerana dicubit.

" You ni, sakit tahu tak. I gurau je pun." Keisya menggosok pipinya perlahan dengan muncung yang panjang sedepa.

Aish tergelak kecil melihat muncung wanita kesayangannya itu.

" Alolololo, my baby," pujuk Aish lalu mencium lembut kesan merah di pipi wanita itu. Semakin bertambah merah wajah itu apabila dipujuk manja sebegitu.

" So, nak tengok cerita apa? Lagenda Budak Setan?" tanya Keisya bagi melindungi perasaan malunya yang kian menebal dari hari ke hari.

" I don't want to watch that movie," jawab Aish lembut sambil merenung lembut isterinya lantas membuatkan wanita itu menjadi lebih gelisah.

" Errr... erm.. habistu nak tengok cerita apa?" tanya Keisya lalu melabuhkan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan layar skrin. Dia berasa gugup apabila direnung sebegitu oleh suaminya.

" I just want to watch you. You're the best 'movie' I have," balas Aish dengan nada suara yang mencairkan hati Keisya.

Wanita itu menggigit bibirnya, malu. Sungguh dia semakin bertambah malu dengan Aish sejak isi hatinya sudah berjaya dibongkarkan suaminya. Alahai Aish, kenapa mulut you ni makin manis sejak dua menjak ni? Hatinya berbisik sendiri.

" Aish, you're a sweet talker," bisik Keisya namun masih didengari Aish.

" Your lips have turned me into a sweet talker," balas Aish. Dan sekali lagi, wajah yang sedia merah akibat malu makin bertambah merah.

" Aish...." panggil Keisya meleret. Habis wajahnya bertukar merah akibat malu.

" Yes?"

" Hmmm, bila nak tengok movie ni? I nak tengok movie Lagenda Budak Setan," ujar Keisya yang cuba mengalih arah perbualan lelaki itu. Malu dia dengan semua ayat yang keluar dari dua ulas bibir merah lelaki itu.

" Okay, jom tengok."


Dia mengesat sisa air mata yang bertakung di pipi. Sedih dan pilu hatinya menonton babak terakhir kisah Lagenda Budak Setan. Kisah ini tidak pernah berhenti membuat air matanya mengalir sahaja. Tisu di meja kecil yang berdekatan dengan sofa dicapainya lalu hidungnya dihembus..

" Kenapalah cerita ni sedih sangat...." keluhnya sendirian.

Keisya memandang ke sisinya. Bibirnya terus mengukir senyuman kecil melihat suaminya sudah terlena dengan tangan memanggung kepala.

" Orang tengah sedap-sedap tengok cerita ni, boleh pula dia tidur," getus Keisya sendirian.

Matanya terus menatap wajah polos itu. Tenang sungguh wajah itu dalam lena. Keisya mendekati Aish dengan lebih dekat. Dia ingin lihat apakah ada kekurangan pada wajah itu.

" You're right. Cerita kita lebih indah berbanding Akasha dan Ayu," bisiknya berdekatan wajah suaminya.Wajah itu terus direnung tanpa berkelip matanya. Kemudian renungan itu jatuh pada dua ulas bibir yang berjaya menjamah bibirnya sebentar tadi. Dia tersenyum mengenang kejadian tadi.

Bibirnya didekatkan ke wajah suaminya lalu satu kucupan hangat hinggap di situ. Ketika lelaki ini sedang tidur, biarlah dia mulakan langkahnya dalam senyap. Ketika lelaki ini dalam jaga, dia memang tak mampu untuk melakukan semua ini.

Aish menggeliat apabila merasa benda yang hangat melekap ke pipinya. Keisya terkejut lantas menjauh. Dalam hatinya berharap sekali agar lelaki itu tidak menyedari kelakuannya. Ya Allah, harap-harap dia tak sedar.

" Hmmm... Dah habis ke cerita tu?" tanya Aish sambil menggosok matanya yang kelihatan merah. Pipinya yang hangat tadi digosok sebentar kemudian sebuah senyuman kecil terukir tanpa disedari Keisya.

" Errr.. dah.. dah habis pun cerita tu," balas Keisya teragak-agak. Dia bangun dari duduknya lalu menggeliat kecil. Dia menguap kecil. Mengantuk.

Keisya menoleh ke belakang apabila bahunya ditepuk.

" Dah pukul dua belas tiga puluh minit malam. Jom tidur. Esok nak kena bangun awal untuk balik ke Johor Baharu," ujar Aish sambil memaut bahu Keisya.

Keisya mengangguk perlahan. Dalam hatinya, dia berasa sedikit lega kerana Aish langsung tidak menyedari tindakannya tadi. Jika tidak pasti malu dia.

Mereka berdua berjalan menuju ke pintu bilik itu. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, pergelangannya dipaut kemas oleh Aish. Lelaki itu melemparkan senyuman yang cukup nakal padanya.

" Thanks for the night kiss."

Keisya terkedu di hadapan pintu bilik itu. Serentak itu, mukanya terus bertukar merah bagai udang dibakar. Dia mengetap bibirnya malu sambil memerhatikan Aish dari belakang yang selamba meninggalkannya sendirian. Lelaki itu memandang ke arahnya sekilas sebelum masuk ke dalam bilik mereka. Sempat lagi dia melemparkan senyuman nakalnya buat wanita itu.

" Aish...." keluh Keisya sendirian.


p/s: Assalamualaikum. Maaf sebab lewat :)

7 comments:

  1. akhirnyer... cik writer.. thank you so.... much dear...
    best sangat........... ^_________________^ sayesukesayesuke.... hahahaha
    romantiknyer Aish...geram rase...

    ape-ape pon keep up the good work to you cik writer....

    ReplyDelete
  2. GERAMnyer dengan si shila neh... :( rase nk katok-katok je..(katok=pukul)
    bilerlah dia tu nk berambus dari rumah Abang Aish (hehehe)
    best sangat.........!!!!!!!!!!! haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku udah gila bayang nihhh.. waduh-waduh....>___<

    good job cik writer... sambung ehh.. n3 baru...hehehehe
    memang terbaik dari ladang cik writer....!!!! hahahahahah

    ReplyDelete
  3. dah lama sampai naik lupa kat cerita ni nsib baik follow. Hehe.

    ReplyDelete
  4. sentiasa menanti sambungan cerita ni..
    shila ni gatal...macam nak lempang je..terhegeh2 nak dekat aish tu..
    next n3 plz writer.....best sangat cerita ni... :P

    ReplyDelete
  5. nak lagiiii.. xsabar tunggu new en3.....

    ReplyDelete