Tuesday, 19 November 2013

I Love You, Hubby! 20

Kepada yang berminat untuk membeli baju Muslimah online, boleh pergi ke sini: Baju Muslimah Online Thanks :)
******************************
Rumah milik keluarga Aish penuh dengan sanak saudara yang hadir. Masing-masing ingin menyaksikan majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel terkemuka. Masing-masing memakai jubah yang mempunyai sulaman yang cantik kerana majlis ini bertemakan Arab.

" Cantiknya, ibu," puji Amira kepada Puan Katijah yang sedang sibuk melayan sanak saudara yang hadir ke rumahnya sebelum bertolak bersama-sama ke hotel yang ditempah sebagai tempat majlis resepsi itu.

" Ish, kamu ni. Ada-ada je. Kamu tu pun cantik. Tapi entah bila lah nak bawakan ibu menantu lelaki. Adik kamu dah ada isteri, kamu tu bila nak ada laki?" tanya Puan Katijah sambil melangkah menuju ke tingkat atas. Dia ingin melihat hasil solekan pada wajah menantunya itu.

Aish dan Keisya dipisahkan tempat untuk sementara. Anak lelakinya itu mempersiapkan diri di hotel yang telah ditempah manakala anak menantunya mempersiapkan diri di rumahnya sahaja.

Amira mengekori ibunya daripada belakang. Bibirnya sedikit dimuncungkan mendengar pertanyaan ibunya dan tidak membalasnya. Jika dia membalas, pasti dia akan disindirnya kembali.

Puan Katijah memulas tombol pintu bilik yang menempatkan Keisya yang sedang didandan oleh Fina. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka luas, dua pasang mata itu terpaku pada kejelitaan Keisya yang sudah pun siap memakai busana pengantin berwarna emas yang bertemakan Arab. Amira menutup mulutnya kerana terlalu terkejut melihat kejelitaan Keisya dalam busana pengantin dengan kepala yang kemas ditutupi tudung.

" Oh my Allah, you're so beautiful Keisya. No words can describe how beautiful you are. She's beautiful, right mummy?" kata Amira dengan begitu teruja. Puan Katijah mengangguk perlahan sambil mengesat juring matanya yang berair. Entah kenapa rasa sebak melihat betapa indahnya menantu yang pernah dia tolak dahulu. Mereka berdua mendekati Keisya.

" Cantik Keisya bila pakai tudung," puji Puan Katijah ikhlas. Keisya tersipu-sipu malu. Dia faham maksud yang terselit di sebalik pujian itu.

" Thanks ibu. Doakan Keisya supaya bertudung suatu hari nanti," pinta Keisya lembut sambil mengusap tangan ibu mertuanya yang berada di bahunya. Wajahnya di cermin direnung tidak percaya. Ini kali pertama dia menyarungkan tudung di kepala dengan ciri-ciri Muslimah yang cukup.

" Keisya, doa ibu tak pernah terlepas dari menyebut nama Keisya. Nama Keisya sentiasa ada dalam ibu, sayang," balas Puan Katijah lembut lalu membalas genggaman Keisya. 

Keisya senyum terharu. Matanya sudah berkaca-kaca.

" Keisya.. Keisya. Please, don't cry, baby. Habis rosak make up kau nanti. Penat tangan mak mendandan kau tahu," ujar Fina ala-ala mak andam. Tisu di meja solek dicapainya lalu wajah Keisya dipalingkan menghadapnya. Air mata yang masih belum menitis di pipi dikesat-kesat perlahan.

" Kecohlah kau ni, Fina. Aku mana ada nangis," cebik Keisya. 

" Kau tu bukannya boleh percaya sangat. Suka sangat bajet ala-ala drama queen. Tak pasal-pasal nanti aku kena make up kan kau balik," bidas Fina balik. Geram dengan jawapan kawan baiknya itu.

" Okay, sudah-sudah bergaduh. Akak dengan ibu akak datang nak menjemput Puan Keisya Farina ke bawah. Suami dia dah tunggu dekat hotel itu. Silap-silap dah ada depan pintu masuk dewan hotel," usik Amira disambut gelak kecil dari mereka.

" Aish dekat hotel?" tanya Keisya yang tidak tahu keberadaan suaminya.

" Yes, Keisya. Dia akan jemput kau dekat depan pintu masuk dewan nanti. Oh my, I can imagine a fairy tale story between you and him, Keisya," ujar Fina sambil memejamkan matanya konon-konon membayangkan kisah fantasinya itu.

Keisya tersenyum malu melihat sikap rakannya di hadapan ibu mertuanya dan kakak iparnya itu. Nasib baik mereka berdua ini sporting kalau tidak ada juga yang meluat melihat sikap over-excited rakannya ini.

" Shall we, Keisya?" Keisya mengganguk perlahan dengan ajakan Amira. Dia bangun perlahan dari duduknya dan buat sekian kalinya, dia membelek wajahnya di cermin sebelum menarik nafas panjang. Rasa berdebar hatinya. Perkahwinan yang tidak diinginkan olehnya boleh menjadi saat yang paling mendebarkan dan bahagia buat dirinya. Dan yang anehnya, belum cukup sebulan mereka sah suami isteri, hatinya sudah terlentok manja buat suaminya.

Amira menggenggam tangan Keisya lalu bergerak perlahan menuju ke luar bilik. Puan Katijah dan Fina mengekori dari belakang. Baru sahaja mereka ingin melangkah menuju ke tangga, muncul Shila di hadapan mereka. Masing-masing terkedu kerana terkejut dengan kemunculan gadis itu.

Shila merenung tajam Keisya dengan mata yang berkaca. Dia rasa dia sudah tewas dengan wanita di hadapannya ini. Dia menunduk seketika memandang lantai. Kemudian dia mengangkat semula wajahnya dengan senyuman pedih menghiasi bibirnya.

" Tahniah, Keisya," ucapnya perlahan lalu menerpa wanita itu. Tubuh Keisya dipeluk erat dan diusap perlahan.

Keisya tergamam menerima pelukan gadis itu. Matanya menjeling Fina yang sedang buat muka meluat melihat tindakan gadis itu manakala Amira dan Puan Katijah hanya menjadi pemerhati.

" Aku nak minta maaf sebab selama ini aku banyak menyusahkan kau, Aish dan mak ngah. Aku tahu aku banyak dosa dengan kau," ujar Shila setulus hatinya dengan air mata yang membasahi pipinya yang bertempek dengan bedak yang tebal.

Fina dan Keisya saling berpandangan. Terkejut mendengar luahan kata maaf dari musuh mereka.

" Errr Shila. Sebelum kau datang sini, kau togok arak ke?" perli Fina. Rasa macam tidak percaya gadis itu mudah memohon maaf. Bagaikan ada muslihat disebalik kata-kata maaf itu.

Shila mengangkat kepalanya kemudian memandang Fina. Dia mendekati gadis itu.

" Fina, aku tahu kau benci aku. Tapi aku nak minta maaf sebab selama ni aku banyak buat kau sakit hati, sorry okay?" pinta Shila sambil menyentuh lembut tangan gadis itu.

" Hmm yalah," jawab Fina acuh tak acuh. Masih sangsi dengan 'warna kulit' Shila yang sekarang.

" Errr wait. Kenapa ni? Tak fahamlah akak tengok korang bermaaf-maafan segala," rungut Amira. Matanya memandang setiap seorang yang berada di situ. Riak wajah Puan Katijah masih beriak biasa.

" Tak ada apa-apa lah, kak. Saja kami bermaaf-maafan satu sama lain," jawab Keisya sambil tersenyum canggung.

" Hmm apa-apa je lah korang bertiga ni. Dah jom Keisya. Takut lewat pula nanti," bebel Amira lagi. Keisya bersama Fina dan Shila hanya tersenyum melihat Amira yang kelihatan tidak tentu arah.

" Perlahan-perlahan  sedikit Amira. Yang nak kahwinnya Keisya, bukannya kamu. Macam laki kamu pula yang tunggu dekat hotel," tegur Puan Katijah sambil menggeleng perlahan melihat tingkah laku anak daranya itu.

Amira tersengih sumbing manakala yang lain hanya tersenyum sahaja melihat anak beranak itu.



Kamil memakirkan keretanya berhadapan dengan sebuah hotel yang sedang dihadiri orang ramai. Di hotel itu akan menjadi saksi persandingan wanita yang dicintainya bersama lelaki yang pasti bukan dirinya. Wajahnya masih tenang walaupun jantungnya sudah berdegup kencang. Mindanya tiba-tiba diterpa dengan pertemuannya bersama seorang gadis ketika dia singgah sebentar di rumah Aish. Pertemuan itu telah memberinya harapan untuk memiliki Keisya.

Dia keluar dari keretanya setelah kereta itu elok dipakir di hadapan rumah milik keluarga Aish. Sebelum majlis resepsi ini berlangsung, dia telah meminta beberapa orang pekerjanya untuk mendapatkan maklumat tentang alamat rumah keluarga Aish. 

Rumah yang meriah yang dihadiri ramai tetamu dipandang sahaja tanpa niat untuk mendekati rumah itu. Matanya cuba mencari bayang Keisya tetapi tidak jumpa. Yang dia lihat hanyalah dua orang wanita yang salah seorangnya kelihatan seperti sudah berumur manakala yang lagi seorang pula masih muda. 

" Untung... untung.. Aku yang cintakan Keisya dulu, kau yang dapat Aish. Dari zaman universiti lagi, semua perempuan kau nak kebas," ujarnya sendirian sambil menyepitkan rokok di bibir yang sudah mula hilang seri namun masih kelihatan segar.

" Kalau aku tak dapat dia Aish, kau pun tak boleh dapat dia. Kali ini aku tak akan mengaku kalah lagi Aish, tak akan!" Puntung rokok itu dibaling ke tanah lalu dipijak geram. Dia berpaling semula ke keretanya lalu memboloskan tubuhnya ke dalam. Rumah itu dipandang sekilas melalui tingkap kereta sebelum enjin kereta dihidupkan.

Tidak sampai tiga meter dia meninggalkan kawasan perumahan itu, tiba-tiba seorang perempuan melintas di hadapannya. Akibat terkejut, dia brek secara mengejut dan kelibat perempuan itu tiba-tiba hilang. Kamil berasa seram sejuk seorang diri. Takkanlah... Hish, mustahil.

Dia keluar dari keretanya dan dengan jantung yang berdegup kencang, dia berjalan perlahan ke bahagian bonet depan keretanya. Dia mengeluh halus apabila melihat seorang gadis yang sedang mengurut perlahan kakinya. Nasib baik sangkaannya meleset.

" Err cik.. cik tak apa-apa ke?" tanya dia yang masih berdiri di sisi kereta.

Gadis itu memandangnya dengan muka masam dan berkerut.

" Apa you tunggu lagi? Bantulah I, sakit tahu tak," rungut gadis itu sambil menjeling Kamil.

Kamil teragak-agak mendekati gadis itu lalu dibantu gadis itu bangun. Dia memaut pinggang gadis itu untuk membantu gadis itu bergerak. Gadis itu dibawa ke tepi jalan raya lalu dia meminta izin sebentar kepada gadis itu untuk mengalihkan keretanya.

" You nak I bantu you berjalan sampai ke mana ni?" tanya Kamil sambil memandang sekilas wajah gadis yang berkulit cerah itu. 

" Bawa I sampai ke rumah tu," ujar gadis itu sambil menunjukkan sebuah rumah banglo milik keluarga Aish.

" Err, maksud you rumah Aish?" tanya Kamil meminta kepastian.

Gadis itu memandangnya pelik lalu mengangguk perlahan. Setiba sahaja di kawasan rumah Aish, dia mendekati sebuah meja batu yang disediakan beberapa kerusi batu di situ.

" You kenal Aish ke?" tanya gadis itu lalu melabuhkan duduk di kerusi batu di kawasan rumah keluarga Aish. Kamil mengangguk perlahan. Gadis itu mempersilakannya untuk duduk sekali. Dia cuba menolak tetapi gadis itu mendesaknya.

" You kenal Keisya?" tanya Kamil dengan mata yang mengintai isi di dalam rumah itu. Tiada langsung kelibat wanita itu. Mungkin sedang bersiap.

Gadis itu merenungnya dalam.

" Yes, I kenal. Nampaknya you kenal pasangan pengantin tu," ujar gadis itu sambil tersenyum menggoda.

Kamil tersenyum kecil. Tidak tahu untuk berkata apa.

" It seems like you love Keisya, am I right?" tebak gadis itu lalu membuatkan Kamil tergamam.

" Errr... how.. how do you know?" 

" Well, it's not hard to see a broken heart that you have. Lagi pun, perempuan macam Keisya tu keliling pinggang dia penuh dengan laki," jawab gadis itu selamba dengan senyuman yang masih bergayut di bibir. Kamil sudah terdiam, tidak tahu hendak membalas apa.

" I can help you to get her back," ujar gadis itu lagi. Sekali lagi mengejutkan Kamil. Dia merenung dalam gadis di hadapannya ini.

" Who are you?" tanya Kamil sambil mata merenung tajam gadis itu. Sepertinya, gadis ini pun mempunyai niat yang tidak baik terhadap Aish dan Keisya.

" One day, you will know who am I. If you think that Keisya is really important for you, then call me, dear," ujar gadis itu lalu menyerahkan kad yang berada di dalam bag tangannya. Teragak-agak Kamil mengambilnya.

Nama yang tertera di kad itu dibacanya sekilas. Lenggang lenggok jalan gadis yang baru dikenalinya yang sedang menuju ke pintu rumah itu dipandang.


Lamunan Kamil terus berkecai apabila lebih daripada lima buah kereta mewah melintasi keretanya. Dan diantara kereta mewah itu, ada sebuah kereta BMW berwarna putih metalic yang dihias cantik seperti kereta pengantin. Mereka dah sampai, detik hatinya.

Dia mengekori barisan kereta itu sehingga memasuki hotel itu menuju ke tempat parkir kereta. Semua pemandu dan penumpang keluar dari kereta masing-masing kecuali dia. Dia masih senyap di dalam kereta itu. Kemudian, matanya tertancap pada kelibat seorang perempuan yang berpakaian serba indah. Dia terpaku. Cantik sungguh wanita itu dengan hijab di kepala.

" Keisya... you're so beautiful," bisiknya sendirian di dalam kereta. Dia masih tidak keluar dari kereta itu sehinggalah mereka semua melintasi keretanya. Dia perasan mata wanita itu ada memandang seketika ke arah keretanya. Dia senyum dengan harapan wanita itu turut membalas. Seketika kemudian, dia mengeluh halus kerana keretanya itu bercermin hitam dan pasti senyumannya itu sia-sia sahaja.


Keisya memandang seketika kereta Audi berwarna hitam yang terpakir berdekatan dengan kereta ahli keluarganya dan suaminya. Kereta itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

" Keisya, kau tengok apa?" tanya Fina apabila melihat mata wanita itu seperti memerhatikan sesuatu.

" Aku rasa aku macam pernah nampak.." bicara Keisya tergantung apabila sebuah nama terlintas di fikirannya. Tak mungkin dia.

" Pernah nampak apa?" tanya Fina tidak mengerti.

" Tak ada apa-apalah." Dahi Fina berkerut seribu mendengar jawapan Keisya.


Aish sedang berdebar menanti isterinya di hadapan pintu dewan hotel. Baju Raihan pengantinnya dibetulkan sekali sekala agar penampilannya kemas di mata isterinya nanti.

" Berdebar ke bro?" bisik Harif merangkap teman yang agak rapat dengan Aish. Harif itu pekerja syarikat milik keluarganya namun sikap ramah Harif membuatkan mereka mudah mesra.

" Mana ada berdebar. Cuma rasa tak sabar saja," seloroh Aish. Harif tergelak kecil.

Suasana yang tadi riuh mula senyap apabila muncul kelibat flower boys dan flower girls yang comel dan lengkap berpakaian bertemakan arab muncul di sebalik dinding. Jantungnya terus berdegup kencang menanti kemunculan isterinya.

Jantungnya bagaikan terhenti. Dunianya bagaikan indah sekali tatkala melihat isterinya yang cantik dalam persalinan itu bersama hijab di kepala. Busana pengantin itu cukup sekali dengan ciri-ciri Muslimah tanpa menampakkan bentuk aurat isterinya. Kembang kempis dadanya melihat isterinya yang nyata jelita. Dia tersenyum apabila Keisya semakin menghampirinya.

Dengan perlahan, tangan wanita itu diraihnya dalam genggaman lalu berdiri bersama di belakang flower boys dan flower girls itu. Mereka berdua bertemu pandang seketika.

" You're beautiful," bisik Aish. Keisya tersenyum malu lalu membalas pujian itu dengan memuji ketampanan suaminya.

" You look sexy and handsome, Aish," puji Keisya.Pujian itu dibalas dengan kenyitan mata daripada Aish.

Pintu dewan hotel dibuka. Tetamu yang mula mengambil tempat mendiamkan diri dan mereka berdua melangkah melepasi gerbang perkahwinan. Kemudian, lagu yang terpasang semua tertutup untuk berselawat seketika sebelum terpasang kembali. Karpet merah yang terbentang menjadi laluan pengantin baru itu.

Di sepanjang laluan mereka, bunga mawar ditabur oleh kanak-kanak comel di hadapan mereka. Wajah Keisya dan Aish terhias dengan senyuman manis buat tetamu yang hadir. 

Lagu-lagu khas untuk pengantin bermain di seluruh dewan itu. Mereka berjalan seiring sehinggalah tiba di singgah sana yang disediakan. 

Kamil menyelinap masuk ke dalam dewan itu walaupun tidak dijemput sama sekali. Ah, peduli apa dia asalkan dia dapat melihat wajah wanita yang cintainya. Melihat Keisya yang tersenyum bahagia di samping Aish telah merobek separuh jiwanya.

Dia mengambil tempat di meja yang kosong yang tidak diduduki sesiapa. Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang.

" Hai," tegur gadis yang hampir menjadi mangsa langgarnya itu. Dia membalas senyuman manis gadis itu seadanya.

" Seorang diri ke?" tanya gadis itu sambil matanya memandang dua mempelai di hadapan sana.

" Yes, alone." 

Wajah gadis yang sedang duduk di sisinya ini dipandang lama. Apabila direnung lama gadis itu, dia seolah-olah merasakan dia pernah bertemu dengan gadis ini di sebuah tempat.. Oh ya, kelab malam.

" I rasa I macam pernah jumpa you. Apakah kita pernah jumpa dekat.. err .. dekat.." serba salah dia hendak cakap. Mana tahu telahannya salah, dia juga yang malu.

" Dekat mana? Do you mean night club?" tebak gadis itu dan Kamil mengangguk perlahan. Gadis itu tergelak kecil.

" Kita memang pernah terserempak di night club di Kuala Lumpur. Kita juga pernah menari bersama," ujar gadis itu lagi. Kamil terdiam. Tidak menyangka mereka pernah bersua sebelum ini. Ketika berbual dengan gadis itu di rumah keluarga Aish, gadis itu langsung tidak menceritakan hal mereka berdua.

" Sorry, I dah lupa rasanya," ujar Kamil.

" Yes, of course you already forgot me. You danced with me in drunken mood, Kamil," balas gadis itu lantas membuatkan Kamil terdiam dan malu. Malah gadis itu masih lagi mengingati namanya. Patutlah gadis itu tidak janggal dengannya.

" You ada apa-apa hubungan ke dengan Aish dan Keisya?" tanya Kamil ingin tahu. Gadis itu menoleh ke arahnya dan melemparkan senyuman. Dia membiarkan pertanyaan Kamil tidak berjawab. Gadis itu terus memberikan sepenuh perhatiannya pada pasangan pengantin di hadapan dewan.

Suasana diantara mereka berdua senyap seketika sebelum Kamil memecahkan kesunyian itu.

" Apa motif you nak bantu I untuk dapatkan Keisya?" tanya Kamil meminta penjelasan. Pelik rasanya apabila gadis ini tiba-tiba sahaja mahu membantunya.

" Motif I adalah rahsia I. You tak perlu tahu," balas gadis itu.

Dahi Kamil berkerut. Kenapa dia tidak boleh tahu? Dia mengeluh sendirian.

" Tapi..." kata-kata Kamil terhenti apabila gadis itu bangun dari duduknya. Gadis itu memandangnya.

" Kalau you betul-betul nakkan Keisya, I boleh bantu. Kalau you tak nak, it's okay," ujar gadis itu dan berlalu dari meja itu.

Kamil berdiri dari duduknya lalu menahan gadis itu. " Errr wait! Okay, I nak you bantu I walaupun I tak tahu apa motif sebenar you."

Gadis itu memandang sekilas Kamil bersama senyuman menggodanya. Tanpa sebarang kata, dia terus berlalu dari situ meninggalkan Kamil yang masih memandangnya.

Tiba masanya untuk upacara memotong kek. Keisya dan Aish saling berpegangan tangan menuju ke tempat terletaknya kek tiga tingkat itu. Setibanya di tempat pemotongan kek, mereka berdua diberikan pedang untuk memotong kek. Mereka berdua saling bertaut tangan antara satu sama lain ketika memotong kek itu bersama-sama. Flash kamera dan tepukan memenuhi dewan itu.

Di satu sudut dewan hotel tersebut, ada sepasang mata berwarna hazel nut merenung pedih kebahagiaan wanita yang dicintainya. Tanpa sedar, air matanya mengalir sebelum bahunya disentuh lembut oleh adik perempuannya.

" Jom kita balik, abang. Majlis ini bukan untuk kita."

Dia memandang buat kali terakhir wanita yang dicintainya sebelum keluar dari dewan hotel itu.

Manakala di meja makan yang dikhaskan untuk pengantin, Keisya tiba-tiba rasa sesuatu di sekelilingnya. Dia yang sedang duduk di meja itu memandang sekelilingnya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya merasa sebak bagaikan ada satu perkara telah berlaku. Dia meyentuh perlahan dadanya dengan rasa pelik.

Aish memandang sisi wajah isterinya yang kelihatan muram. Pelik melihat reaksi wajah itu lantas tangannya menyentuh lembut tangan isterinya.

" Why, dear?" tanya Aish lembut. Pertanyaannya disambut gelengan dan senyuman tawar isterinya. Aish hanya mampu mengeluh halus.

p/s: Okay, done for chapter 20. Nampaknya Kamil telah menemui seseorang yang mungkin akan menjayakan rancangannya. Tapi siapa? Mungkin ada yang masih mengingati Kamil dan telah lupakan watak itu. Watak ni writer munculkan di awal bab kemudian menyepi seketika. Walau apapun, tunggu okay. :) 

7 comments:

  1. sambung lagi buleh.. hehe

    ReplyDelete
  2. 2 mesti Josan Hariss n adik dia ( entah betul ke tidak nama dia 2 )

    ReplyDelete
  3. Best sangat! pls post next chapter asap! cant wait any longer! miss keisya and aish so baddd :( (please keluarkan nvl ni dlm versi cetak, i will be the first person to buy your nvl)

    ReplyDelete