Monday 17 June 2013

Sedutan I Love You, Hubby! 15

* I was born to love that girl*

Phuhhhh! Phuhhhhh! Opps sorry, tengah kemas blog yang messy ni sikit. Background dah tukar. So what's your opinion of my new background? Simple? Extreme? Nice? Hmmm for me, it's nice and simple like me >_<

Keisya menyikat rambut panjangnya di hadapan cermin meja solek itu. Wajahnya yang putih berseri itu direnung dengan hati yang berkata-kata. Dia bersyukur kerana diberikan wajah yang menawan yang mewarisi kecantikan ibunya. Jika dahulu, kecantikan ini sentiasa menjadi kebanggaannya untuk bersama dengan mana-mana lelaki. Tetapi kini, setelah dia sah menjadi hak milik kepada seorang lelaki yang terlalu baik baginya, dia berasa rendah diri kerana kecantikan yang dia miliki tidak setara dengan kecantikan peribadinya.

" Termenung?" tegur Aish yang sudah berada di sisinya lalu membuatkan dia terkejut sendiri.

" Aish, you ni suka sangat buat I terkejut," rungut Keisya sambil mengeluh halus. Baru sahaja dia teringatkan lelaki itu, alih-alih sudah berada di sisinya.

" Berangan je kerja dia. Mesti berangankan tentang abang kan?" usik Aish sambil tersenyum mengusik. Keisya yang memandang Aish melalui cermin mencebik. Dia ni macam tahu-tahu je, bisik hati Keisya.

" Excuse me, berangankan you? Jangan nak perasan okey," nafi Keisya sambil menyapu losyen di kedua belah tangannya.

" Oh really? Tapi fikiran dan hati abang ni asyik memanggil nama sayang je. Seolah-olah ada orang yang sedang memikirkan tentang abang. Tak gitu ke sayang?" usik Aish lagi lalu dengan selambanya, pinggang isterinya dirangkul dari belakang. Keisya yang hendak membalas kata-kata lelaki itu terus menjadi senyap. Dia pegun dalam pelukan lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang. Terasa panas pula bilik ini.

Aish menyangkutkan dagunya pada bahu wanita itu. Belakang kepala isterinya dicium lama apabila melihat isterinya langsung tidak menolak pelukannya itu. Hatinya terbuai dengan wangian rambut isterinya. Kepalanya disasarkan ke tengkuk isterinya setelah rambut itu ditolak ke depan. Wanita itu langsung tidak menolak bahkan diam sahaja bagaikan menghayati kemesraan darinya.

Keisya hanya mampu berdiam diri. Hatinya berasa damai sekali diperlakukan sebegitu oleh lelaki bergelar suami. Buat pertama kalinya, dia rasakan inilah belaian yang penuh terisi dengan kasih sayang yang diberikan oleh suaminya. Selama bersama dengan bekas teman lelakinya, dia belum pernah rasa sebegini. 

" Sayang."

" Hmm?" sahut Keisya lemah yang sedang terbuai-buai dengan belaian lelaki itu. Tanpa sedar, kepalanya sudah bersandar di dada lelaki itu.

" Did you know, I was in love with you?" bisik Aish lembut di telinga isterinya. Cuping telinga itu dikucup lama dengan keinginan naluri yang menghentak segenap ruang hatinya.

" I always know about that, Aish," balas Keisya yang sudah mula memejamkan mata di dalam pelukan suaminya. Menenangkan sungguh pelukan hangat itu.

Aish tersenyum. Pelukan di pinggang isterinya makin dieratkan. 

" Thank you, sayang," ucap Aish. 

" Thanks for what?" tanya Keisya pelik lalu matanya dicelikkan kembali.

" Thanks for giving me a chance to love you," balas Aish dan tanpa teragak-agak mendaratkan sebuah kucupan di pipi putih bersih itu. 

Keisya terasa kulit mukanya membahang. Terasa lain benar sikap suaminya pada malam ini. Terlebih romantik pula lelaki itu kepadanya walaupun hari-hari yang lepas, sikap romantik lelaki itu tidak pernah pudar pada matanya.

" I yang patut berterima kasih dengan you. You terlalu baik untuk I yang banyak kekurangannya. I sering terfikir bagaimana you boleh jatuh cinta dengan I. Susah I nak percaya you boleh jatuh cinta dengan perempuan jenis kelab malam macam I," ujar Keisya mengakui segala kelemahan dirinya.

" How did you fall in love with me?" Soalan itu terpacul terus dari bibirnya. Walaupun sering kali lelaki itu menyatakan sebab dia dicintai, tetapi hatinya tetap terus tertanya-tanya.

" Because I was born to love you, Keisya," balas Aish lembut. Dan jawapan itu berjaya mengukir senyuman di bibir Keisya dengan hati yang puas mendengar jawapan itu. And I was born as your wife, Aish. Bisik hatinya yang penuh dengan rasa bahagia di segenap jiwanya. 



p/s: :D sekerat je. Don't worry, akan ada sambungannya. doakanlah writer agar meng'update' for the full chapter as soon as possible. Wait for the full chapter. Do read, do comment, okey. Jangan malu-malu untuk mengkritik :) And yes, I'm not a perfect person~ So let me know what's the flaw of my story :)

5 comments: