Monday 24 June 2013

I Love You, Hubby! 16 (half entry)

Assalamualaikum. Okey, ini dia chapter 16 tapi half je lah. Yang lagi separuh dalam pembikinan. Enjoy okey :)
**********************************************

Aduh! Macam mana boleh kantoi pula depan diorang ni? Hatinya berbisik resah. Aish dan Keisya yang sedang berdiri di hadapannya dipandang dengan wajah yang pucat. Tangannya meramas sesama sendiri mencari idea untuk beredar dari situ.

“ What are you doing here?” tanya Keisya pula setelah pertanyaan suaminya tidak dijawab gadis itu. Dia merenung tajam gadis di hadapannya ini sambil bercekak pinggang. Hatinya terdetik mengatakan gadis ini mencuri dengar segala perbualannya dengan suaminya.

“ Errr… I mana ada buat apa-apa dekat sini. I cuma lalu sahaja depan bilik korang berdua,” balas Shila teragak-agak. Dia memandang seketika ke  arah Aish yang sedang merenungnya dengan tubuh bersandar di pintu.

“  Really?” tanya Aish pula dengan rasa was-was. Susah dia nak percaya kata-kata gadis itu setelah apa yang terjadi siang tadi.

Keisya memandang sekilas suaminya sebelum memandang ke  arah gadis itu semula. Dia melemparkan senyuman sinis kepada Shila. Melihat gadis itu yang serba tidak kena, mustahil tiada apa-apa berlaku.

“ Kau curi dengar perbualan aku dengan Aish kan? Betul kan?” tanya Keisya dengan mata dijegilkan. Geram dengan gadis di hadapannya ini. Tidak sudah-sudah hendak buat kacau dalam rumah ni. Nak saja dibuat gulai gadis ini.

“ Eh, mana ada. Tak baik you tuduh macam tu dekat I. Kan Aish?” Shila merenung Aish penuh mengharap agar lelaki itu membelanya di hadapan Keisya. Hampir gugur jantungnya apabila tebakan Keisya itu tepat. Memang dia mencuri dengar segala perbualan mereka dengan melekapkan telinganya ke pintu bilik itu. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Aish tersenyum nipis ke  arah Shila. Senyuman yang lebih kepada menyindir.

“ Kalau yang Keisya cakap tu salah, habis tu apa yang Shila buat depan bilik abang?” tanya Aish yang menyebelahi isterinya. Dia juga yakin gadis itu mencuri dengar perbualan mereka berdua.

“ Kalau abang Aish tak percayakan Shila, it’s okey. Tuhan tahu siapa yang benar,” ujar Shila yang mula berdusta. Wajahnya dibuat muka simpati. Lakonannya menjadi ditambah lagi dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Dalam hati Shila, sudah bergelak sakan apabila melihat riak wajah Aish yang berubah melihat wajah sedihnya.

“ Abang percayalah cakap Keisya tu. Sedangkan fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Shila tak nak cakap banyak pasal fitnah ni. Abang pasti lebih tahukan tentang fitnah ni semua,” ujar Shila lagi dengan tangan yang konon-kononnya mengesat air mata palsu itu.

Keisya merengus kasar. Sedikit geram dengan kata-kata gadis itu. Tapi dia turut rasa serba salah, risau jika tuduhannya itu salah.

“ Shila, abang tak ada niat nak….”

“ Tak apalah abang. Shila sedar siapa Shila dalam rumah ni. Shila cuma tetamu yang tidak diundang dalam rumah ni. Dan pasal pagi tadi, Shila nak mohon maaf dengan Keisya sebab tarik rambut dia. Sorry,” sela Shila dengan bernada kesal. Kemudian dia mengeluh halus sambil mendongakkan kepala ke atas. Lagaknya seperti seorang sedang kecewa. Tapi dalam hatinya, tidak henti menyumpah seranah Aish yang terpedaya dengan lakonannya.

Mereka berdua memandang tubuh Shila yang berlalu ke tingkat bawah. Aish meraup wajahnya berkali-kali. Dia rasa bersalah kerana menyakiti hati Shila.

“ Eh, Keisya nak pergi mana pula ni?” tanya Aish apabila melihat wanita itu melangkah keluar dari bilik.

“ Tadi you kata you nak minum air kan? So, biar I yang ambilkan,” jawab Keisya lantas ingin beredar dari situ. Namun tangan yang memaut lengannya membuatkan langkahnya terhenti. Terus dia menoleh ke  arah lelaki itu.

“ Thanks, sayang,” bisik Aish romantis dengan senyuman manisnya yang membuatkan Keisya serba tidak kena. Pegangan tangannya dilepaskan dan dengan selamba, dia mengenyitkan matanya kepada wanita itu. Tawanya terhambur apabila melihat wanita itu terus menjadi serba tidak kena.


Shila mendengus geram. Sakit hatinya mendengar tawa manja daripada Aish. Pasti lelaki itu sedang bermanja dengan isteri kesayangannya itu. Gelas yang masih berbaki air diteguknya sehingga habis. Dengan hati yang membengkak, gelas kaca itu diletak kasar ke dalam singki bagaikan meluahkan segala sakit hati di situ.

“ Kenapa tak pecahkan terus gelas tu? Puas sedikit hati kau nanti,” kata Keisya selamba yang baru sahaja melangkah ke dapur itu. Dia dapat menangkap jelingan tajam Shila namun dibalas dengan senyuman sinis daripadanya.

Shila mendengus kasar. Dia menoleh ke  arah Keisya yang sedang mencapai gelas kaca di rak yang disediakan. Dia tersenyum sinis apabila mengingati kembali perbualan Aish dan Keisya. Tubuhnya di sandarkan pada kabinet dapur itu.

“ Jason Harris. Hmmm, sedap nama tu,” ujar Shila sambil tergelak sinis.

Jantungnya berdegup kencang mendengar nama itu disebut oleh Keisya. Tangan yang memegang gelas kaca yang berisi air kosong itu menggigil. Mujur tidak terlepas. Benarlah tuduhannya selama ini, gadis itu memang benar mencuri dengar perbualan mereka suami isteri. Dia cuba beriak selamba. Pisau dicapai pula dan sebiji epal dikupas kulitnya untuk dirinya. Dia memang biasa memakan epal pada lewat malam begini.

“ Nama sedap, tapi sayang sekali. Dia tak beragama. Perempuan Islam bercinta dengan lelaki yang tiada agama? Sorry to say Keisya. For me, it’s disgusting,” sinis Shila. Dia tersenyum puas apabila melihat riak wajah isteri abang sepupunya yang bertukar sedikit pucat. Dia berjalan mendekati Keisya yang sedang mengupas epal di kabinet dapur yang berdekatan dengan pintu masuk dapur.

“ Tapi tak hairanlah kalau perempuan macam kau bercinta dengan lelaki yang jenis macam tu,” sambungnya lagi. Dengan selamba, tangan kanannya memaut bahu kiri Keisya. Sengaja ingin memanaskan keadaan.

Keisya yang sedang menahan sabar menolak kasar tangan gadis itu. Dia cuba menahan api kemarahannya yang membuak-buak. Tangan yang mengupas epal itu makin laju gerakannya. Dia ingin cepat beredar ke biliknya daripada mendengar kata pedas daripada Shila.

Gadis itu hanya tersenyum sinis tidak sudah-sudah apabila Keisya menolak kasar tangannya.
“ Agak-agaknya kan, kalau si Jason Harris yang paut bahu kau tu, kau tepis tak?” tanyanya sengaja menyindir walaupun dia dua kali lima sahaja dengan Keisya yang dulu.

“ Tapi aku rasa, kau tak tepis kot sebab tengok dari gaya kau ni, macam dah kena tebuk tupai.”

Kali ini, Keisya tidak dapat membendung api kemarahanya.

“ Kurang ajar kau kan!” bentak Keisya lalu menoleh ke  arah Shila di sisinya. Tanpa sedar, pisau yang masih berada dalam genggamannya tergores pada pergelangan tangan Shila.

“ Ouch!” Shila menyeringai sakit sambil memegang tangannya yang terluka itu. Dia merenung Keisya tajam. Mulutnya laju ingin menghamburkan kata-kata kesat tetapi terhenti apabila seseorang memasuki dapur itu.

“ Eh, kamu berdua rupanya. Ingatkan siapa tadi yang bising-bising dekat bawah,” tegur Puan Katijah. Kemudian matanya terpaku pada luka di tangan Shila dan.. pisau di tangan Keisya. Akalnya terus membuat rumusan yang salah.

“ Shila, tangan kamu…” Puan Katijah datang mendekati Shila lalu tangan itu dicapai. Wajah gadis itu direnung dan Keisya di sisinya dikerling sekilas.

Wajah Shila suram sekali. Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Kemudian, tangisannya terhambur jua lalu tubuh tua dihadapannya dipaut. Air matanya mengalir membasahi pipi. Puan Katijah menggosok perlahan belakang gadis itu dan merenung dalam wajah Keisya yang pucat lesi.

“ Kenapa tangan kamu tu Shila? Apa yang dah terjadi?” tanya Puan Katijah bertalu-talu dan menolak perlahan tubuh anak saudaranya. Matanya memandang wajah Shila dan Keisya silih berganti.

Shila mengesat air matanya. Dia memandang ke  arah Keisya yang kaku berdiri dengan senyuman sinis. Kemudian dia berpaling semula ke  arah Puan Katijah dengan muka yang sedih.

“ Apa dah terjadi ni, bu?” tanya Aish yang baru tiba di dapur. Dia yang menunggu isterinya di dalam bilik berasa pelik apabila kelibat wanita itu tidak muncul-muncul juga. Akhirnya, dia mengambil keputusan melihat sendiri apa yang isterinya lakukan.

Mata Aish terpaku pada darah yang menitis dari tangan Shila. Dahinya berkerut melihat darah itu lalu mendekati gadis itu. Tangan gadis itu dipegang dengan muka yang berkerut. Keisya yang masih tercegat dipandang dan matanya membulat melihat pisau yang dipegang Keisya ada sedikit kesan darah. Dia merenung tidak percaya isterinya.

“ Kenapa ni Shila? Apa yang dah terjadi dekat dapur ni sampai berdarah-darah macam ni?” tanya Aish sambil merenung simpati wajah Shila yang sedang menutup luka tangan kiri itu dengan tangan kanan.

Shila menahan tangis. Namun tangisan itu terhambur sekali lagi. Sengaja ingin menghangatkan lagi keadaan.

“ Shila sedih sangat abang. Shila cuba nak berbaik dengan Keisya tapi… dia cederakan Shila. Shila langsung tak sangka dia sanggup cederakan Shila, abang. Shila sedih sangat abang,” adu Shila mereka-reka cerita ditambah lagi dengan lakonannya yang mantap. Hatinya kini berasa puas dan tidak menyesal tangannya terluka kerana kelukaan ini membawa hasil yang agak lumayan.

Keisya terkedu mendengar kata-kata Shila.Dia langsung tiada niat untuk mencederakan gadis itu. Semua ini terjadi di luar jangkaan dia. Dengan teragak-agak dia mengangkat kepala dan memandang ke  arah Aish. Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir ke pipi apabila melihat renungan tajam suaminya.

“ Keisya, apa semua ni?” tanya Aish dengan nada suara yang bertukar sedikit kasar. Dia langsung tidak menyangka isterinya sanggup menyakiti sepupunya ini. Hatinya tidak yakin isterinya sanggup melukakan Shila. Namun pisau yang dipegang Keisya dan tangan yang luka itu tidak mampu menghalang dia untuk meletak prasangka buruk terhadap isterinya.

“ Aish, please dengar dulu penjelasan I. Ini semua terjadi dengan tidak sengaja. Please percayakan I, Aish,” rayu Keisya dan melepaskan pisau yang berada di tangan ke lantai.Dia cuba mendekati suaminya tetapi lelaki itu menjauh. Hatinya sedih bercampur kesal apabila suami yang mencintainya tidak mempercayainya.

“ Ibu, Keisya tak sengaja cederakan Shila…. Keisya betul-betul tak sengaja,” ujar Keisya dalam tangis dan mendekati ibu mertuanya itu. Puan Katijah menggeleng kesal. Susah dia nak percaya menantunya itu sanggup bertindak sedemikian. Tangisan Keisya dihiraukan dengan hati yang kecewa.

“ Aish….” Panggil Keisya lemah dan cuba mencapai tangan suaminya namun lelaki itu menepis perlahan.

“ Masuk ke dalam bilik, Keisya,” arah Aish perlahan. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain apabila matanya bertentangan dengan mata isterinya.

Keisya menggeleng perlahan dengan tangis yang tidak dapat diselindungi lagi. Hatinya pedih sekali apabila lelaki itu menyebelahi Shila berbanding dirinya.

“ I kecewa sangat-sangat Aish. I kecewa…. I tak sangka.. you lebih percayakan orang lain berbanding isteri you sedangkan you, lebih kenal diri I. Ini semua berlaku dengan tidak sengaja Aish. I tak sengaja melukakan Shila,” ujar Keisya teresak-esak. Dia merenung sisi wajah suaminya yang langsung tidak memandang mukanya. Kata-kata romantis Aish sebentar tadi kini menjadi racun untuknya. Sekelip mata bahagia yang dirasa direnggut kasar. Begitu mudah lelaki ini mempercayai Shila berbanding dirinya.

“ Abang, Shila tak mereka cerita abang. Abang kena percayakan Shila untuk kali ini. Abang sendiri nampak dia pegang pisau itu tadikan. Abang…”

“ Diam!” jerit Aish lantang sambil memegang kepalanya. Dia keliru sekali. Keliru teramat sangat. Diantara dua perempuan di hadapannya ini, hatinya lebih memihak untuk menyebelahi isterinya tapi tidak mustahil juga wanita itu bertindak kasar kepada sepupunya kerana dia tahu perwatakan Keisya yang dulu.

“ Aish, you have to believe me.. I’m your wife. Please…”

“ Aku kata diam, diam je lah!” jerit Aish lantang dengan mata merenung garang isterinya. Tanpa disedari, tangannya laju menampar Keisya sehingga terduduk wanita itu. Aish menggigil perlahan apabila mengenangkan tangan itu baru sahaja menampar pipi wanita kesayangannya.

Pipi yang pedih dipegang perlahan dengan air mata yang sudah membasahi seluruh wajahnya itu. Wajah suaminya direnung dengan mata yang berkaca. Dia langsung tidak menduga yang lelaki itu sanggup menamparnya. Inilah kali pertama dia merasa penangan seorang lelaki. Dan yang paling menyedihkan, tamparan itu datang dari suaminya sendiri.

Puan Katijah menerpa ke  arah Keisya. Simpati sungguh dia melihat keadaan Keisya walaupun dia tidak tahu siapa yang benar ketika ini. Tubuh menantunya itu dipaut agar berdiri.

“ Terima kasih Aish dengan apa yang you beri. Terima kasih kerana merenggut kembali kebahagiaan yang baru I kecapi. Terima kasih, terima kasih sangat,” ujar Keisya pilu dengan merenung pedih wajah itu. Wajah sinis Shila dipandang seketika sebelum berlalu menuju ke biliknya dengan hati yang remuk rendam. Aish hanya mampu berdiam diri dan tangan kanan yang menampar wajah isterinya dikepal. Hatinya terluka melihat kepedihan isterinya akibat tamparan darinya.


“ Ahhhh!” jerit Aish tiba-tiba lalu menepis gelas yang berada di kabinet dapur itu. Pecah berderai kaca itu seperti mana pecahnya hati Keisya yang kecewa dengan sikapnya. Shila dan ibunya ditinggalkan di dapur manakala dia menuju ke  arah ruang tamu. Setelah menjumpai kunci kereta miliknya, dia terus membawa diri jauh dari rumah itu. Jauh dari kekusutan yang melanda.

p/s: So, apa yang korang rasa tentang Shila? Dear readers, Shila ni merupakan ancaman besar dalam cerita ni :)  do read, do comment okey :)

6 comments:

  1. damn u shila!!! eeee... jahat betul la pompuan tu!!! x suka la... aish dgn keisya baru nak berbaik2, bercinta2... waaaa... geram ni geram... meh nak tampar budak shila tu!!!! pls cik writer... jgn bagi dorang tu gaduh lama2... baru nak romantik2 tau... ;)

    ReplyDelete
  2. kesian kat keisya nyampah sgt dgn shila tu

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak lempang shila sekarang jugak !!..
    aish akan kehilangan keisya..sedihnya!..

    ReplyDelete
  4. jahat la shila tu benci betul kata org dia sendiri lagi teruk he geram.

    ReplyDelete
  5. kenapa bole jadi begitu?mana hilangnya cinta aish yg utuh kpd isterinya....kesian....keisya yg baru cuba berjinak menerima aish.kuat n tabahkn hati keisya, pelbagai halangan akan dterima kelak, jng mengaku kalah pda shila n siapa siapa jua.hee..he...

    ReplyDelete