Sunday 9 June 2013

I Love You, Hubby! 14

Assalamualaikum. Okey, selamat sudah chapter 14. Untuk pengetahuan semua, cerita ni akan dihabiskan terus di blog writer.
***********************************************

Azan subuh yang berkumandang di kawasan perumahan itu membuatkan matanya yang terpejam rapat terbuka perlahan. Tangannya menggosok matanya yang terasa sedikit pedih itu, mungkin kerana tidur yang agak lewat pada malam tadi. Dia bangkit dari pembaringan lalu bersandar di sofa yang menjadi tempat tidurnya tadi. Untung sofa di biliknya lebih panjang dan agak lebar. Tidaklah tubuhnya berasa agak lenguh tidur di situ.

Matanya memandang si isteri yang menguasai sepenuh katil miliknya itu. Malam semalam, wanita itu ada menyuruh dia tidur di katil. Dengan senang hati, dia menurut. Tapi tidak lama selepas itu, dia melihat wanita itu mengambil sebiji bantal lalu baring di sofa miliknya. Dia sangkakan wanita itu ingin tidur sekatil dengannya, rupanya tidak. Melihat keadaan itu, dia menyuruh isterinya itu kembali semula ke katil manakala dia mengambil tempat di sofa walaupun isterinya itu menolak berkali-kali.

" Sayang," kejut Aish yang sudah berdiri di sisi katil. Bahu isterinya itu dicuit berkali-kali.

" Sayang, bangun sayang. Dah subuh," kejut Aish lagi. Bagi menjamin sebuah keluarga yang bahagia, dia ingin memulakannya dengan solat. Solat merupakan tiang agama dan dia mahu isterinya turut memberi perhatian kepada kewajipan itu. 

" Sayang, bangun," kejutnya lagi dengan cubitan perlahan di pipi isterinya. Keisya yang merasa pipinya dicubit berkali-kali membuka matanya. Gerangan orang yang mencubit pipinya itu dipandang dengan dahi berkerut sebelum menggeliat di katil. Hmmm, ngantuknya! Nak tidur lagi, rungut hatinya bersama keluhan kecil.

" You nak apa?" tanya Keisya malas lalu mengiring membelakangi suaminya. Rambutnya yang terasa seperti dipintal-pintal oleh suaminya ditarik lembut. Dia tidak suka orang memintal rambutnya. Kusut nanti.

" Jom solat subuh berjemaah dengan abang," ajak Aish. Punggungnya dilabuhkan di birai katil menanti isterinya untuk bangun dari pembaringan.

Keisya mengeluh halus lalu menggaru kasar kepalanya. Sedikit sebanyak hatinya terusik tatkala suaminya mengajaknya untuk solat berjemaah. Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan solat subuh. Bukan setakat solat subuh sahaja, segala jenis solat tidak dilakukannya. Hanya sekali sahaja dia solat ketika hidup bersama lelaki ini. Itu pun berminggu yang lepas.

Bisikan syaitan menyuruh dia terus mengabaikan ajakan suaminya. Apatah lagi dia sangat mengantuk ketika ini. Sudahlah malam tadi tidur lewat. Oleh kerana mengikutkan kata hati dan bisikan syaitan, dia melelapkan matanya dari melaksanakan kewajipan solat subuh itu.

" Sayang," panggil Aish lembut dan mendayu apabila melihat isterinya itu melelapkan mata lagi pada waktu subuh sebegini. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

Aish mendekatkan bibirnya ke telinga isterinya. Kemudian dia membisikkan sesuatu di telinga isterinya.

" Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan. Bila izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan. Seluruh tubuh akan menggigil, terbujur badan dan kedinginan."

Selimut Putih by Akill Hayy

Lagu yang bertajuk Selimut Putih itu dibisik berulang kali di telinga isterinya. Dia nampak dahi isterinya berkerut-kerut dan wanita itu mengetap bibir seolah-olah ketakutan. Dia tersenyum kecil. Dia sengaja menyanyikan lagu itu kerana ketika dia masih bersekolah, kakaknya sering kali mengejutkan dia dengan mendendangkan lagu itu di tepi telinganya agar dia bangun dari tidur kerana lagu itu membuatkan bulu tengkuknya berdiri. Siapa tahu, jika dia mempraktikkan lagu ini dekat isterinya, wanita itu turut bangun juga.

Sedang dia menyanyi di tepi telinga isterinya itu, wanita itu terus bangun dengan mengejut. Dia turut terkejut dengan tindakan spontan isterinya namun tidak lama kemudian, tawanya terlepas apabila melihat wajah isterinya yang sedikit pucat dan berpeluh itu. Tidak menyangka, berhasil juga usahanya itu.

 Keisya merenung tajam Aish di sisinya yang sedang menggelakkan dirinya. Meremang bulu romanya apabila lelaki itu berbisik sebegitu di tepi telinganya. Seolah-olah malaikat Izrail datang ingin mencabut nyawanya. Sedikit sebanyak, dia terkesan dengan lirik lagu itu. Bagaimana jika tadi dia pergi tanpa melaksanakan solat subuh kerana sengaja meninggalkan? Ya Allah, dia tidak dapat bayangkan keadaannya nanti. 

Aish yang masih terhinjut-hinjut menahan gelak itu membuatkan dia mendengus kasar. Geram dengan lelaki itu kerana menyanyikan lagu yang mampu membuatkan bulu roma berdiri.

" Stop lah Aish. You ni ketawa je dari tadi. Lepastu pergi nyanyikan lagu Selimut Putih dekat tepi telinga I. Meremang bulu roma I tahu tak," ujar Keisya geram sambil menolak kasar bahu suaminya untuk melepaskan geram.

Aish menstabilkan dirinya dengan bibir yang masih menahan senyum. Dia menarik nafas dengan dalam kemudian tersengih kepada isterinya.

" Okey, dah tak ketawa lagi. Okey lah tu abang nyanyikan lagu Selimut Putih. Habistu nak nyanyi lagu Justin Bieber? Karang tak bangun terus Keisya," balas Aish dengan tawa masih bersisa. Dia bangun dari duduk dan jam di dinding bilik di pandangnya sebelum memandang isterinya yang sedang bersandar di kepala katil dengan mata yang terpejam.

" Sayang.."
" You pergilah mandi dulu sana. Lepas you siap mandi nanti, I mandi pula," potong Keisya sambil menggosok matanya yang tidak segar itu. Mulut yang menguap besar ditutup dengan tangan.

Aish menjongketkan keningnya kepada isterinya. Melihat tiada apa respons dari suaminya, Keisya menolak bahu lelaki itu agar mandi dahulu. Namun Aish buat tidak peduli dengan kepala digelengkan berkali-kali. Lagak mereka berdua sungguh comel.

" Apa geleng-geleng? Eeeee, you ni, pergilah mandi dulu. Karang terlepas subuh baru tahu," ujar Keisya geram sambil menolak punggung lelaki itu yang di birai katil dengan kakinya.

Aish tersengih kecil kepada Keisya. Wanita itu membalas sengihannya dengan kening yang terjongket ala-ala Ziana Zain.

" Mandi sama-sama tak boleh ke?" tanya Aish selamba lalu pantas berdiri melarikan diri ke dalam bilik air. Keisya yang tercengang mendengar pertanyaan lelaki itu pantas mencapai bantal lalu dibaling ke arah lelaki itu. Tetapi suaminya itu terlepas dari kena habuannya apabila suaminya itu terlebih dahulu memboloskan diri ke dalam bilik air.

Eeee, nakal tau dia ni, hatinya berbisik geram. Bibirnya yang memuncung terus terbentuk senyuman apabila mendengar tawa nakal Aish di dalam bilik air.


SHILA menggeliat di atas katil empuk itu bersama mulut yang menguap. Matanya dipejam celikkan. Beberapa detik kemudian, mata itu terpejam balik kerana terlalu mengantuk dan tidak puas tidur diatas katil yang empuk itu. 

Beberapa minit berlalu, tiba-tiba sahaja matanya dibuka luas seperti baru terjaga dari mimpi. Tangannya menggagau telefon pintar di tepi bantalnya. Masa di telefonnya itu dilihat. Melihat sahaja masa yang sudah menunjukkan lapan pagi itu, dia terus melompat dari katilnya lalu menggugah bagasinya mencari tuala. Kakinya terus laju melangkah ke dalam bilik air. Risau jika dia terlewat untuk membantuk mak ngahnya menyediakan sarapan.


Aish melangkah turun ke ruang makan. Dia agak terkejut apabila melihat Shila berada di dapur bersama senyuman menggodanya itu. Senyuman itu dibalas sebelum dia berjalan mendekati meja makan yang menghidangkan nasi lemak berlaukkan sambal udang. Dia tersenyum gembira melihat lauk kegemarannya itu. Aroma nasi lemak itu benar-benar menaikkan seleranya.

" Kenapa abang pandang je? Duduklah," pelawa Shila bersama senyuman manja di bibir. Sebiji kerusi di tarik untuk lelaki itu tetapi abang sepupunya itu mengambil tempat duduk di kerusi lagi satu. Hatinya mendongkol geram namun tidak ditunjukkan. 

" Mak ngah mana?" tanya Aish sambil mencapai pinggan. Baru sahaja dia hendak mencedok nasi, sepinggan nasi sudah disediakan Shila untuknya. 

" Mak ngah dekat dapur. Tengah buat air," jawab Shila. Dia meletakkan sambal udang di pinggan lelaki itu. Kepalanya itu sudah penuh dengan angan-angan untuk menjadi isteri kepada lelaki itu apabila tugas Keisya yang sepatutnya melayan Aish dijalankan olehnya.

" Keisya mana abang?"tanya Shila konon mengambil berat. Aish yang sedang enak menjamu selera menghalakan jari telunjuk kirinya ke tingkat atas. Mulutnya yang sedang asyik mengunyah tidak dapat memberikan jawapan. Hanya tangan yang memberikan jawapan.

Shila memandang ke bilik Aish seketika sebelum meninggalkan lelaki itu. Sempat dia memberi pesanan kepada lelaki itu agar makan dengan baik. Kakinya laju melangkah ke tingkat atas menuju ke bilik seseorang.

*natural beauty ^__^ *

Keisya membetulkan cadar yang agak berselerak itu. Dia baru sahaja bangun dari tidur apabila selepas waktu subuh, dia melelapkan matanya semula  untuk seketika.

Bunyi pintu yang dibuka dari luar dan ditutup kembali tidak mengalihkan perhatian Keisya. Dia menyangkakan itu suaminya. 

" You dah sarapan ke?" tanya Keisya tanpa mengalihkan perhatiannya.

" Ni akulah," jawab Shila yang sudah menjejakkan kaki ke bilik itu. Matanya memerhati segenap ruang bilik itu dengan penuh perasaan cemburu. Bilik suami isteri itu lebih luas dan cantik berbanding bilik tetamu itu. Dinding yang berwarna biru lembut itu sungguh menenangkan.

Keisya tersentak apabila mendengar suara Shila. Kepalanya terus dialihkan ke arah Shila yang sedang memerhatikan seluruh bilik itu dengan wajah yang sukar ditafsir olehnya. Tapi yang pasti, penuh maksud tidak baik.

" Hei, kau buat apa dalam bilik aku ni? Ada aku bagi keizinan dekat kau untuk masuk bilik ni?" tanya Keisya dengan nada yang marah. Matanya merenung tajam Shila yang hanya beriak selamba itu. Senyuman sinis dilemparkan kepada Keisya. Makin meluap amarah Keisya.

" Hei, takkan nak masuk bilik bakal laki aku tak boleh? Lagi pun kan tak lama lagi kita bakal berkongsi laki," balas Shila selamba sambil melabuhkan duduk di sofa bilik itu.

" Kau jangan duduk dekat sofa tu. Bangun! Bilik ni bilik aku dengan laki aku yang punya. Kau tu cuma tetamu yang langsung tidak diundang!" ujar Keisya lantang dengan mata yang merah. Dia geram sungguh dengan gadis di hadapan ini. Jika dia diberi pilihan, mahu sahaja dia toreh muka itu, biar hodoh terus.

Shila merenung tajam wanita itu yang sesedap mulut sahaja memarahi dia. Dia melangkah laju ke arah Keisya lalu jari telunjuknya dibawa menghadap ke muka Keisya.

" Kau jangan sesedap mulut nak cakap. Aku datang sini ada sebab. Kedatangan aku ni diundang oleh mak mertua kau tu," balas Shila geram. Jari telunjuknya dijatuhkan ke sisi dengan muka yang menyinga.

Keisya tersenyum sinis. Wajah Shila dipandang sinis kemudian dia terketawa kecil. Makin membara Shila melihat wanita itu yang mempersendakannya.

" Kau datang sini ada sebab? Oh, aku tahu sebab apa. Sebab nak goda suami aku, bukan?" ujar Keisya bersama senyuman sinis yang tidak lekang di bibir.

Shila terkedu apabila niatnya dihidu oleh Keisya. Namun wajahnya cuba diriakkan selamba.

" Apa kau merepek ni? Aku datang sini dan tidur dekat sini atas arahan ibu aku! Ibu aku sekarang dekat luar negara selama sebulan. So, aku akan duduk sini selama sebulan sementara tengah cuti semester ni," ujar Shila yang masih mahu menafikan agendanya itu.

" Oh ibu kau dekat luar negara sekarang ni? Lepastu suruh kau duduk sini menyusahkan keluarga aku? Kau dengan ibu kau, perangai serupa je. Anak dahsyat, mak kau lagi dahsyat agaknya dari kau ni," balas Keisya geram bersama dengusan kasar. Puas hatinya dapat luahkan apa yang dia rasa.

Shila yang mendengar kutukan yang dilemparkan terhadapnya dan ibunya mendengus geram. Tangannya pantas mencengkam rambut Keisya yang panjang mengurai itu dengan geram. Kemudian ditariknya lalu kepala itu dibawa ke arah katil.

" Shila! Lepaskan rambut isteri abang!"

Shila memalingkan wajahnya ke pintu bilik itu. Pucat wajahnya apabila tertangkap dalam kelakuan sebegini. Keisya melepaskan rambutnya dari genggaman gadis itu dengan senyuman yang penuh kepuasan. Girang hatinya melihat 'hero'nya sudah sampai.

" Errr, abang. Shila bukan..."

" Keluar dari bilik abang sekarang," arah Aish tegas tanpa mendengar terlebih dahulu kata-kata Shila. Apabila melihat gadis itu masih berdiam diri di sisi katil itu, dia bercekak pinggang.

" Abang kata keluar dari bilik abang, keluar je lah!" Melengking suara Aish mengarah gadis itu keluar. Terkejut Shila apabila dimarah sebegitu. Tanpa sedar, air matanya sudah bertakung. Dendam dan marah bercampur baur dan semua rasa itu akan ditempiaskan ke Keisya suatu hari nanti.

Shila berlari-lari anak menuju keluar dari bilik itu dengan tangan menekup wajah. Malu dan sedih bercampur baur apabila matanya yang merah bertentangan dengan mata Aish.

Pintu bilik itu ditutup oleh Aish. Kemudian dia mengatur langkah ke arah Keisya yang sedang duduk di birai katil dengan perasaan yang risau. Manakala Keisya pula masih tercengang apabila melihat Aish yang marah sebentar tadi. Ini kali kedua dia melihat suaminya marah.

" Are you okey sayang? Dia ada sakitkan sayang dekat mana-mana tak?" tanya Aish dengan rasa risau. Dia duduk melutut di hadapan Keisya sambil tangannya meluruskan rambut Keisya yang kusut. Risau hatinya apabila mendengar suara orang yang bergaduh dari arah biliknya tadi. Mujur ibunya tidak mendengar pergaduhan itu.

" Yes, I am okey," jawab Keisya sambil merenung wajah Aish yang kemerahan itu.

"Are you okey?" tanya Keisya pula. Risau pula melihat lelaki itu yang marah-marah tadi.

" No. Errrr, yes. I am okey," jawab Aish tersasul-sasul. Kemudian dia mengeluh halus lalu duduk di sisi isterinya. Kepala wanita itu ditarik lembut ke dadanya. Keisya tidak mengelak malah membiarkan sahaja kepalanya dibelai lembut.

" Kalau dia sakitkan Keisya, jangan rahsiakan dari abang. Abang tak nak apa-apa yang terjadi nanti," bisik Aish lembut kepada Keisya. Sebuah kucupan hangat didaratkan di ubun-ubun wanita itu.

Keisya tersenyum manis mendengar kata-kata Aish. Betapa risaunya lelaki itu dekat dia dan hatinya berasa damai dengan perlakuan lelaki itu. Kali ini dia nekad, dia mahu menyayangi lelaki itu dan menghalau semua bayangan Jason dari ingatannya. Tapi cuma satu sahaja dia risau. Dia risau kehadiran Jason Harris menggugat cintanya kepada suaminya suatu hari nanti.

p/s: Okey, done for chapter 14. Do read, do comment, okey :)


4 comments:

  1. tq.cik writer... keisya... terima je la aish... ;)

    ReplyDelete
  2. kak, lagi boleh tak? :D

    ReplyDelete
  3. shila ni aku lempang jugak kang !..geram betul..
    nak lagi sis! plz..

    ReplyDelete