Thursday, 30 May 2013

I Love You, Hubby! 13(separuh)

Keisya membuka sliding door yang memisahkan ruang bilik dan balkoni. Kerusi dan meja yang terdapat di balkoni itu didekatinya lalu punggungnya dilabuhkan di kerusi itu. Segelas susu yang dibawa masuk sekali ke dalam bilik itu diletakkan keatas meja sambil matanya memandang seluruh kawasan rumah itu dari balkoni. Dia tidak nafikan,rumah itu memang besar walaupun tidak sebesar dan segah rumah banglo milik keluarganya. Tetapi, rumah sebesar ini sudah cukup besar di matanya sesuai dengan status Aish sebagai seorang arkitek landskap luaran.

Susu itu diteguk sedikit sambil matanya melihat ke bawah, ke arah kolam renang. Kemudian bebola matanya melihat pula ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan jam dua belas malam. Dia mengeluh seketika. Menanti suaminya yang masih belum masuk tidur lagi. Dia pun tidak tahu sejak bila dia pandai menunggu suaminya. Mungkin sejak dia cuba belajar mencintai lelaki itu.

Matanya menyorot ke arah susuk tubuh yang sedang berjalan di kawasan kolam renang itu. Dia memerhatikan susuk tubuh itu dengan lebih terperinci. Seketika kemudian, baru dia sedar susuk tubuh itu ialah milik suaminya. Gelas di tangan di letak semula ke atas meja. Dia memerhatikan lelaki itu yang duduk di tepi kolam itu sambil menghulurkan kaki ke dalam air yang sejuk itu dan lelaki itu seperti termenung panjang. Entah apa yang dimenungkan lelaki itu.

Aish menghayunkan kakinya di dalam kolam renang itu. Tiba-tiba pula mood untuk bermain air datang pada waktu malam sebegini. Tangannya dicelupkan ke dalam kolam renang itu lalu jari-jarinya dikembangkan di dalam air itu sambil tersenyum menghayati kesejukan air itu. Kemudian itu memegang hujung bajunya untuk dibuka. Belum sempat dia membuka bajunya itu, satu suara memanggilnya.

" Aish!" Dia mencari arah suara itu di belakangnya namun tiada.
" Hey, I kat sini lah," kata suara itu dengan tawa. Aish mengalihkan pandangannya ke arah balkoni. Dia melihat Keisya sedang asyik ketawa melihat dirinya. Berkerut dahinya melihat wanita itu yang gembira sekali.

" Kenapa Keisya ketawa?" tanya Aish dengan nada suara yang dikuatkan agar wanita itu boleh dengar.

Keisya menutup mulutnya dengan tangan. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tawa. Mana tidaknya, dia geli hati melihat riak wajah Aish yang kelihatan cuak tatkala dia memanggil lelaki itu. Mungkin terkejut agaknya.

" Hmmm, tak ada apa-apalah. Sahaja nak buat senaman mulut malam-malam ni," balas Keisya sambil tersenyum kecil.

" Ohhhh.. " hanya itu sahaja yang dijawab oleh Aish. Kemudian dia memandang semula ke arah kolam renang.

" Hey, kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Aish lagi tiba-tiba dengan nada suara dan riak wajah yang sengaja diriakkan serius. Keisya yang sedang di balkoni biliknya tersenyum geli hati melihat wajah serius suaminya yang agak pelik di matanya. Mana tak peliknya, lelaki itu belum pernah membuat riak wajah serius yang palsu di matanya.

Aish menggarukan kepalanya. Pelik melihat isterinya yang terlebih ceria dengannya malam ini. Tetapi perubahan itu menghiburkan hatinya. Tidak lah dia rasa serba tak kena sahaja nanti.

" Please, jangan buat muka serius palsu you tu. Kelakar okey. Riak wajah you tu tak boleh menipu orang okey," ujar Keisya bersama muka mengejek. Aish menguntum senyuman senget di bibirnya.

Kalau macam tu, adakah sayang boleh rasa sama ada kasih sayang yang terlukis dekat wajah ni, palsu atau tulen? Hati Aish berkata-kata. Matanya merenung redup isterinya yang sedang bermain-main dengan gelas yang sudah kosong di tangan.

Ya Allah, jika dia benar-benar ditakdirkan untuk aku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, ya Allah. Jika hadirnya hanya untuk sementara sahaja ya Allah, kau tabahkan lah hati ini untuk menempuh hari-hari tersebut dengan tenang. Dalam diam, dia memanjatkan doa.

" You pulak kenapa tak tidur lagi? Asyik termenung jauh je I tengok," tegur Keisya sambil memandang ke arah Aish yang sedang menunduk itu dengan mata terpejam. Macam ada masalah berat je yang menimpa lelaki itu.

" Abang tak boleh nak tidur," jawab Aish lalu matanya dibuka memandang isterinya. Kesejukan air kolam itu menambahkan rasa segar pada badannya membuatkan rasa lena makin menjauh.

" Itulah, siapa suruh minum air nescafe pada waktu malam. Kan dah tak boleh tidur jadinya," kata Keisya dengan suara yang agak sinis. Bukan hendak menyindir, lebih kepada menegur sebenarnya.

Aish tersenyum kecil mendengar kata-kata Keisya yang kedengaran sinis di telinganya.
" Kata orang, dia tu kenapa tak tidur lagi? Orang perempuan tak elok tidur lewat, sayang," balas Aish tidak mahu mengalah. Senyumannya bertambah lebar tatkala melihat cebikan Keisya.

" I belum tidur lagi sebab minum susu. I tak boleh tidur sebelum minum  susu," jawab Keisya sambil menunjukkan gelas kaca yang sudah kosong kepada suaminya di bawah sana. Aish dibawah sana diam tidak membalas begitu juga Keisya yang turut mendiamkan diri.

Melihatkan isterinya yang diam seperti mengelamun itu, Aish mengeluarkan kakinya dari kolam itu lalu berdiri menghadap isterinya. Dua belah tangannya diletakkan ke sisi mulut seolah-olah hendak menjerit.

" Keisya," panggil Aish dengan tangan yang masih setia di sisi mulut. Suaranya yang seakan berteriak menyentakkan Keisya. Matanya terkelip-kelip memandang si suami di bawah sana.

" Kenapa panggil I? I bukannya jauh sangat pun sampai you nak jerit-jerit panggil I" kata Keisya sambil menggaru-garu keningnya yang cantik terbentuk.

Aish meletakkan tangannya ke sisi. Dia tersenyum lagi. Haih, entah berapa banyak kali dia nak tersenyum kalau dengan isterinya ini. Bagaikan ada magnet sahaja di sisi bibirnya agar terus tersenyum.

" Saja abang jerit. Keisya memang tak jauh dari abang, tapi abang risau kalau jiwa Keisya yang jauh dari abang. Termenung jauh macam tak ada orang je dekat sekeliling dia," balas Aish sambil mencebirkan bibirnya. Sudah terikut-ikut macam Keisya yang suka mencebirkan bibir.

Keisya tunduk akibat malu sendiri apabila suaminya menegur dia yang termenung jauh sebentar tadi. Dia tidak boleh kalau orang tegur dia kerana termenung nanti dia akan tersipu-sipu seorang diri.

" Keisya," panggil Aish meleret. Isterinya itu mengangkat pandangan memandangnya. Rasa ada debar halus mengetuk ruang hatinya tatkala Aish memanggilnya dengan lembut sebegitu. Ah, tak mungkin semudah itu dia menerima lelaki itu.

" Lama lagi ke?" tanya lelaki itu. Pertanyaan suaminya itu membuatkan Keisya kurang faham hujung pangkal pertanyaan suaminya itu.

" Apa yang lamanya?" tanya Keisya bersama kerutan di dahi. 

Aish tersenyum lagi. Senyum. Senyum. Senyum dan terus tersenyum mungkin selagi Keisya berada di sisinya. Dia membuang pandang ke arah kolam di hadapannya itu. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan lagi kata-katanya.

" Lama lagi ke abang akan terima hak abang?" 

Hak? Hak apakah yang dimaksudkan suaminya? Keisya tertanya-tanya sendiri kemudian mulutnya melopong apabila memikirkan 'hak' yang setiap isteri wajib berikan kepada seorang suami. Ohmai, itu ke yang dia maksudkan?

" Bukan hak itu yang abang maksudkan." Bagaikan sudah mengerti dengan reaksi isterinya, pantas Aish menyambung kata-katanya. Dia belum terfikir lagi akan hak yang satu itu.

Keisya menutup semula mulutnya apabila Aish seolah-olah dapat membaca fikirannya. Oh baguslah, dia tidak sentuh tentang hak yang satu itu, hatinya berkata sendiri.

" So, hak apa yang you maksudkan?" tanya Keisya pula. Tidak betah melihat Aish yang tiba-tiba berdiam diri pula.

" Hak abang untuk dicintai oleh seorang isteri yang bernama Keisya Farina. Lama lagikah hak itu abang akan terima?" tanya Aish terus. Dia memandang isterinya yang tidak berkelip memandangnya. Mungkin dia kelihatan tidak sabar untuk berada di hati Keisya, tapi hakikatnya dia memang tidak sabar pun.

Gugup. Terkejut. Itu lah perkataan yang sesuai digambarkan kepada Keisya. Dia memandang suaminya tidak berkelip. Seketika kemudian, dia menundukkan wajahnya apabila wajahnya terus-terusan menjadi santapan mata Aish yang redup itu. 

Dia sendiri tertanya-tanya, bilakah hatinya akan diserahkan sepenuhnya kepada Aish? Dia senang dengan lelaki itu dan bahagia juga. Lelaki itu tidak kekok dengannya ketika hendak bermesra. Tapi ada sesuatu yang membuatkan dia keliru untuk menjawab soalan lelaki itu. Ada satu perasaan halus yang mengalir di setiap urat darahnya setiap kali lelaki itu tersenyum kepadanya. Dia tidak dapat pastikan sama ada itu... cinta atau bukan? Kekeliruan itu tidak dapat dirungkai membuatkan jawapan untuk suaminya tergantung.

" Nampaknya memang lama lagi lah abang terima hak abang yang satu ni. Kalau hak abang yang ni belum dapat lagi, hak yang 'itu' pula belum tentu akan dapat," ujar Aish lalu membuatkan wajah isterinya merona merah. Malu Keisya apabila Aish menyentuh hak yang satu itu dan serba salah pula kerana menafikan dua hak itu.

" I am sorry, Aish. I can't give what you want from me. Sorry," ujar Keisya dengan serba salah. Walaupun kata-katanya dalam nada yang agak perlahan, tetapi masih didengari oleh Aish dibawah sana. Mungkin kerana suasana yang agak sunyi tidak membataskan suara mereka.

" It's okey, sayang. I'll waiting for it. Don't think too much about what I said just now," balas Aish bersama senyuman yang memberikan kelegaan untuk Keisya. Walaupun Aish kata jangan fikir terlalu banyak tentang apa yang dikatakan tadi, dia tetap memikirkannya. Bukan sahaja saat ini, saat-saat yang berlalu dia tetap memikirkannya.

Sepi. Kedua-duanya sepi. Aish termenung menghadap kolam manakala Keisya tidak berkelip merenung suaminya itu. Dalam diam, dia menilai Jason dan Aish. Baginya, Aish tidak kurang dari segi rupa dan harta malah suaminya lebih kacak baginya. Kasih sayang yang diberikan oleh dua lelaki itu turut mempunyai kelainan. Dia dapat rasakan cinta Aish lebih suci terhadap dirinya. Ah, segala-segalanya memang berpihak kepada suaminya! Jason dan Aish, dua lelaki yang berbeza kepercayaan tetapi mencintai wanita yang sama.

" Encik Aish," panggil seorang lelaki yang lengkap berpakaian pengawal. Aish terus mengalihkan pandangannya dari kolam renang itu kepada pengawal rumahnya itu yang sedang berdiri di belakang. Keisya juga turut fokus kepada pengawal itu, ingin tahu apa yang hendak disampaikan pengawal itu kepada suaminya.

" Ada orang hendak berjumpa dengan encik." Kata-kata pengawal itu membuatkan mereka suami isteri saling berpandangan.

Malam-malam buta macam ni pun ada orang nak jumpa lagi ke? Pelik. Hati Keisya berkata sendiri.

" Siapa orangnya, Pak Mal?" tanya Aish kepada pengawal bernama Pak Mal itu.

Lelaki yang berusia lingkungan 50 tahun itu memberitahu gerangan orang tersebut. Mendengar sahaja nama orang yang disebut itu, Aish terus memandang Keisya yang sedang mendengus kasar kerana tidak selesa dengan kehadiran insan yang tidak dijemput kehadirannya itu.

p/s: Okey, done for chapter 13. Nampaknya ada seseorang yang datang ke rumah Aish. Kehadiran yang mungkin sukar disuruh pergi. :) Wait for next chapter ;)




2 comments:

  1. can't wait... >< Haha siapakah yang datng?

    ReplyDelete
  2. aaiihh... saper la yg dtg kacau tu...

    ReplyDelete