Friday 26 April 2013

I Love You, Hubby! 12

Assalamualaikum... Bab 12 dah siap. Sorry ambil masa yang lama untuk update. :)

Keisya sedang duduk di ruang tamu rumah Aish sambil menonton televisyen. Matanya asyik menonton drama yang disiarkan sejak pukul lapan setengah malam tadi. Sekali sekala bibirnya membebel entah apa-apa akibat terlalu beremosi melayan drama yang disiarkan itu. Tapi sambil membebel, sempat juga dia menyumbatkan Twisties ke dalam mulutnya. Selamba sahaja dia mencapai Twisties di rak makanan rumah itu tanpa meminta kebenaran dahulu daripada suaminya. Alah, lagi pun dia tahu Aish tak akan marah punya. Rumah ini kan dia punya jugak. Hahaha.

" Keisya.."

Keisya memalingkan wajahnya ke tangga yang berhampiran dengan ruang tamu itu tatkala namanya diseru. Matanya memandang tubuh ibu mertuanya yang anggun memakai jubah berwarna ungu muda. Dia tersenyum tatkala memandang wajah ibu mertuanya itu yang sedang berdiri di tangga. Namun dalam diam, dia pelik juga kenapa ibu mertuanya pakai cantik-cantik malam begini. Nak keluarkah?

Puan katijah turun dari tangga itu dengan berhati-hati. Tubuh menantunya itu didekati. 
" Aish mana?" tanya Puan Katijah sambil duduk berhadapan dengan Keisya di sofa yang berlainan. Matanya turut memandang ke skrin televisyen itu, melihat kisah apa yang ditonton oleh menantunya itu.

Keisya menghentikan kunyahannya. Wajah ibu mertuanya dipandang. " Aish masih dekat dalam bilik. Solat isyak rasanya," balas Keisya. Puan Katijah diam tidak membalas sambil matanya memandang bilik anak lelakinya itu di tingkat atas.

" Errr, ibu nak ke mana malam-malam ni?" tanya Keisya teragak-agak. Dia sudah nekad untuk menyesuaikan diri dengan ibu mertuanya ini. kalau nak tunggu langkah dari ibu mertuanya, mungkin sampai berjanggut tak ada apa-apa jadi lebih baik dia yang mulakan dahulu.

" Ibu nak pergi rumah kawan ibu. Rumah dia ada kenduri."

" Ohh. Dekat mana tu ibu?" tanya Keisya. Dia sudah bercadang-cadang ingin menghantar ibu mertuanya itu ke rumah yang dituju.

" Dekat sahaja. Selang beberapa buah rumah je dengan rumah Aish ni," jawab Puan Katijah acuh tak acuh. Namun terselit perasaan hairan di hatinya tatkala melihat menantunya ini bagaikan mesra sahaja dengannya. Ke hanya perasaan dia sahaja?

" Ohhhh." Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Keisya. Kemudian dia memandang semula ke arah televisyen yang sedang bersiaran itu.

" Kamu tak nak ikut?" tanya Puan Katijah mempelawa.

" Hah?!" terkejut Keisya tatkala ibu mertuanya itu tiba-tiba sahaja tanya sebegitu. Aku nak ikut pergi kenduri? Kenduri pun aku boleh kira guna jari berapa kali ak pernah pergi.

" Errrr.. kenduri apa tu ibu?" tanya Keisya sambil giginya menggigit-gigit jarinya. Dia terfikir sama ada hendak ikut atau tidak. Kalau dia menolak, apa pula yang difikirkan oleh ibu mertuanya itu nanti. Kalau dia ikut pula, rasanya macam rusa masuk masuk kampung nanti.

Puan Katijah memandang sekilas menantunya itu sebelum melabuhkan duduk di sofa yang berdekatan dengan menantunya itu.
" Kenduri untuk sambut anak perempuan dia yang baru pulang dari Mesir," balas Puan Katijah dengan wajah yang agak bangga dengan kelulusan yang dimiliki anak rakannya itu.

Riak muka Keisya berubah tatkala mendengar balasan dari Puan Katijah. Belajar dekat Mesir? Mesti stok perempuan 'jubah' ni, getus hati kecil Keisya. Namun bukan itu yang merubah riak wajahnya. Tapi riak wajah ibu mertuanya yang jelas menunjukkan rasa bangga dengan pencapaian perempuan itu. Sedikit sebanyak hatinya turut terusik...

" Eh ibu tak pergi lagi ke?" Satu suara yang bertanya membuatkan dua pasang mata itu menumpukan perhatian kepada Aish yang sedang turun dari tangga menuju ke ruang tamu itu. Dia yang santai dengan seluar bermuda dan t-shirt hitam yang kemas membalut tubuh melemparkan senyuman kepada isterinya. Wanita itu diam dan tunduk tidak membalas. Aish tidak ambil hati akan keadaan itu kerana sudah sedia faham dengan isterinya itu. Pasti wanita itu masih malu dengan perkara yang terjadi ketika maghrib tadi/

" Belum lagi. Ibu tunggu kamu dulu. Oh ya, kamu nak suruh ibu masakkan apa-apa ke? Ibu takut kamu kelaparan nanti," ujar Puan Katijah tanpa memikirkan perasaan Keisya yang sedikit tergores dengan kata Puan Katijah. Keisya menarik nafas sedalam mungkin. Awat ayat orang tua ni macam nak sindir aku ni? Aku tahu lah aku tak pandai masak, at least aku reti juga nak goreng nuggets or anything else, hatinya menggerutu seorang diri.

" Tak apa lah ibu. lagi pun dekat rumah ni banyak makanan yang Aish boleh masak. Lagi pun.."
" Aish masak?" potong Puan Katijah sambil mengerling sekilas kepada menantunya. Keisya hanya menunduk sahaja.

" Tak apa ibu. Saya isteri dia. Nanti saya tolong masakkan untuk dia," ujar Keisya tanpa sempat Aish ingin meneruskan katanya. Dia terlopong seketika melihat isterinya berkata sedemikian. Keisya? Masak? Memang mustahil. Dia tahu isterinya itu memang kaku dalam masakan. Ini pula hendak memasak. Masakan apakah yang isterinya reti?

Puan Katijah tersenyum nipis. Dia bangun dari duduknya dan berdiri di hadapan anak lelakinya itu.
" Dah lah. Ibu nak pergi ke rumah Auntie Jasmin dulu. Jaga diri kamu dan..." Puan Katijah memandang sekilas menantunya itu. " Dan jaga isteri kamu tu sekali," sambungnya lagi. Puan Katijah melangkah ke arah pintu rumah dengan Aish di sisi manakala Keisya tidak berganjak dari duduknya. Dia hanya memerhatikan dari tempat duduknya sahaja.

Aish menutup pintu rumahnya. Badannya dialihkan menghadap isterinya. Wanita itu hanya sepi sahaja tanpa berkata-kata. Yang ada hanyalah bunyi makanan ringan dikunyah. Dia berjalan mendekati isterinya dan berdiri di belakang sofa yang diduduki oleh isterinya itu.

" Makan Twisties sahaja ke?" bisik Aish di telinga isterinya. Wanita itu tersentak dan mengeluh halus apabila mendengar tawa dari suaminya.

" You ni terkejutkan I tau. Yes, I makan Twisties je. Kenapa? You tak kasi ke?" tanya Keisya lalu menghentikan kunyahannya. Dia memandang Aish yang berada di sisinya dan tatkala dia berpaling, bibir lelaki itu terlalu dekat dengan hidungnya. Oleh kerana terkejut, bantal kecil di sofa itu dicapainya lalu ditonyoh ke muka Aish.

" Auchh! Sakitlah sayang. Kenapa tonyoh muka abang ni?" tanya Aish sebal sambil menggosok lembut mukanya. Pedih juga kulit mukanya sebab ditonyoh kuat oleh isterinya.

Keisya yang baru sedar akan kelakuannya pantas bangun dan berdiri di hadapan Aish. Spontan tangannya dilekapkan ke muka suaminya itu. Dibelek-belek muka lelaki itu yang agak kemerahan itu. Dah lah putih macam anak cina, kena tonyoh sikit, memang merahlah jawabnya, getus hati Keisya.

Aish terkelip-kelip menerima usapan lembut di pipinya. Hatinya berbunga indah. Dia bahagian, dia sungguh bahagia diperlakukan sedemikian walaupun dia sedar, mungkin wanita itu kurang sedar akan perlakuannya itu. Tangan isterinya yang berada di pipinya itu disentuh lembut lantas mengejutkan Keisya.

Keisya terkedu sendiri. Baru dia sedar, tangannya sedang berada di pipi lelaki itu. Matanya menentang pandangan Aish yang redup. Agak berdebar dadanya menerima panahan mata daripada lelaki itu. Tiba-tiba hatinya diusik rindu. Jason...

Keisya pantas menarik tangannya lalu memusingkan badannya membelakangkan Aish. Wajahnya diraup kasar. Dia mengetap bibirnya. Dia berasa kecewa dengan dirinya sendiri yang sukar menghakis perasaan rindu itu. Hatinya bukan berdebar kerana Aish, tetapi kerana... Jason. Kenapa aku mesti ingat dekat dia balik? Kalau macam ni, mungkin aku gagal cintakan Aish. Hati Keisya berbisik sendiri.

Aish mengeluh halus. Baru sahaja dia ingin terleka dengan kemesraan yang diberikan isterinya. Tetapi ditarik kembali oleh isterinya. Bahu wanita itu disentuhnya lembut.

" Keisya..."
" You lapar?" tanya Keisya secara tiba-tiba bersama senyuman nipis di bibir.

Aish diam seketika tatkala Keisya mengajukan soalan itu kepadanya secara tiba-tiba. Kemudian dia mengangguk. 
" Keisya lapar tak?" tanya dia pula. Twisties yang diletakkan di sofa dicapainya. Laju sahaja mulutnya memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya.

Keisya menganggukkan kepalanya. Aish yang melihat anggukan daripada isterinya memetikkan jarinya.
" Keisya lapar, abang pun lapar. So, Keisya nak makan apa? Biar abang masak," ujar Aish sambil tersenyum manis. Wajah Keisya yang berkerut membuatkan senyumannya mati.

" Why?" tanya Aish bersama kerutan juga.

" You tak payah masak. Biar I yang masak," ujar Keisya. Aish terkedu seketika. Liurnya ditelan. 

" Errrrr... abang bukan nak mempertikaian kepandaian Keisya dalam memasak. Tapi Keisya..."

" I yakin I boleh masak. So let me do it," balas Keisya dengan riak wajah yang bersemangat serta suara yang serius. Dia akan buktikan dia pun reti masak jugak. Seketika kemudian, dia mengeluh halus. Boleh ke kau masak Keisya? Goreng telur pun tak pernah.

Aish yang melihat perubahan wajah Keisya yang mendadak menyentuh lembut bahu wanita itu. Pening dia melihat mood wanita itu yang kejap okey dan kejap K.O.
" Dah kenapa pulak ni?" tegur Aish sekali lagi. Keisya mengangkat kepalanya sambil mencebik kecil.

" I lupa. I ni mana pernah masak. I cuma.."

" Abang tahu. Keisya cuma reti makan je," potong Aish bersama tawa kecilnya. Keisya menjeling geram kepada suaminya. 

" Tak apa lah. Abang kan ada. Suami Keisya ni semua kepakaran dia ada tau," ujar Aish dalam nada seloroh namun disambut dengan reaksi mengejek dari Keisya. Dia tergelak kecil. Hatinya bahagia hari ni, sangat bahagia. Banyak sungguh perkara manis yang dilalui olehnya bersama Keisya.

" So?" Keisya menjongketkan keningnya ke arah Aish sambil berpeluk tubuh.

" So let's make a dinner together," jawab Aish dengan senyuman ceria di bibir. Keisya menyambut senyuman itu dengan senyuman juga. Dia memusingkan badannya  lalu bergerak menuju ke ruang dapur.

" Keisya.."

Keisya menghentikan langkahnya tatkala suaminya itu memanggil. Badannya dipusingkan menghadap suaminya yang masih tidak berganjak di sisi sofa.

" I believe, one day, you'll say, I love you, hubby," ujar Aish bersama senyuman nipis di bibir. Matanya memanah tepat ke dalam anak mata isterinya. Namun wanita itu pantas menundukkan pandangannya.bersama senyuman kecil di bibir.

" I am trying for it, Aish," balas Keisya lembut. Kemudian dia berpaling semula meneruskan langkahnya.


AISH memecahkan dua biji telur mentah ke dalam mangkuk kecil. Dia menjeling sekilas ke arah Keisya yang sedang memanaskan kuali. Risau jika wanita itu tersalah buat. Tapi mustahil pula rasanya kalau memanaskan kuali pun boleh tersalah buat.

Telur itu dipukul sehingga sebati. Keisya yang sedang bersandar di kabinet dapur memerhati sahaja.

" Kenapa tak masukkan terus dalam kuali? Kenapa kena pukul telur macam tu dulu?" tanya Keisya naif. Aish tersenyum kecil. Kesiannya isteri aku ni, bisik hatinya.

" Sayang nak telur dadar ke telur mata kerbau?" tanya Aish sambil menghampiri kuali yang berisi minyak yang sedang dipanaskan. Dengan berhati-hati dia menuangkan telur yang sudah dipukul dengan sebati itu ke dalam kuali yang panas itu. Bunyi yang terhasil membuatkan Keisya terundur beberapa langkah ke belakang dengan penutup kuali dibawa ke hadapan. Seolah-olah menjadi perisai untuk dirinya.

" Errrr, I nak telur dadar," balas isterinya itu sambil memandang ngeri ke arah kuali. Aish menggeleng kecil melihat perlakuan isterinya itu.

" So, kalau nak buat telur dadar, the first step is, we must mixed the eggs until its become fluffy, girl." Keisya mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar penerangan suaminya. Telur di dalam kuali yang sudah terbentuk dilihatnya. 

" Lepastu, baru boleh masukkan ke dalam kuali. Kalau kita tak pukul dahulu telur tu, kemudian kita masukkan terus ke dalam kuali, ia akan jadi telur hancur. Tak ada rupa telur dadar," jelas Aish lagi. Situasi antara Keisya dan Aish tatkala ini bagaikan sedang berada di dalam rancangan masakan. Seorang chef, seorang pula pengacara. 

Keisya mengangguk-anggukkan kepalanya bagaikan burung patuk. Asyik dia memerhatikan Aish yang sedang menggoreng telur.

Aish memandang ke sisinya. Bibirnya spontan mengukir senyum melihat isterinya yang terjengah kepalanya ke dalam kuali. Aduhai sayang aku seorang ni...

" Are you get it what I said, girl?" tanya Aish bersama senyuman manis di bibir. Keisya pantas menoleh ke arah suaminya dan mengangguk-angguk sekali lagi. Melihat isterinya yang asyik mengangguk sahaja membuatkan dia berasa geli hati dan ketawa seorang diri. 

" Why you're laughing at me?" tanya Keisya bersama cebikan di bibir. Tidak puas hati dengan suaminya itu.

" You're so cute. Dari tadi abang tengok sayang asyik mengangguk sahaja, dah macam burung belatuk pula," selamba sahaja lelaki itu berkata. Spontan hinggap satu cubitan berbisa di lengannya. Menyeringai Aish menerima cubitan daripada isterinya.

" Jahat eh you. Yalah, you kan reti masak, semuanya perfect kononnya. Tapi tak payahlah nak merendah-rendahkan I yang tak hebat skill memasak ni," ujar Keisya. Nadanya seperti berjauh hati. Keisya berjalan menghampiri meja di dapur itu. Satu mangkuk sederhana besar yang berisi sayur kangkung dicapainya. Kemudian batang sayur itu dipatah-patahkannya. Protes. Keisya, sejak bila kau pandai nak merajuk dengan suami kau ni? Hatinya berkata sendirian. 

Aish menggeleng kecil melihat isterinya. Usik sedikit dah sentap. Telur dadar yang sudah siap dimasak itu dipindahkan ke dalam pinggan. Isterinya yang sedang asyik mematahkan batang sayur kangkung itu didekatinya.

" Abang ada bau orang merajuklah. Tapi siapa ya?" bisik Aish di telinga isterinya. Keisya menjauhkan sedikit dirinya dari Aish yang terlalu hampir dengannya. Rimas apabila lelaki itu suka sangat berbisik-bisik di telinganya.

" Mana ada I merajuk," balas Keisya perlahan. Tangannya bermain-main dengan daun kangkung itu. 

" Eh, sejak bila abang kata sayang merajuk? Nampaknya ada orang terasalah," balas Aish sambil ketawa kecil. Keisya yang terasa dirinya sedang dipermainkan membaling batang sayur kangkung ke arah suaminya.

" Bencilah you ni. Dah lah, you pergi masak seorang diri sana. I tengok movie malam-malam macam ni lagi bagus," ujar Keisya geram lalu bergerak ke singki membasuh tangan. Sempat lagi air basuh tangannya itu direnjis ke muka suaminya.

" Yalah, siapalah kita ni kan. Hanya pengemis cinta seorang isteri sahaja," ujar Aish seolah-olah berjauh hati. Namun itu hanya gurauan dia sahaja.

Keisya yang mendengar buat tidak tahu sahaja. Makin dilayan suaminya ini makin pelik-pelik pula nanti. Baru dia sedar, suaminya pandai bergurau dan tidak kekok melayannya yang baru hendak menunjukkan bibit-bibit mesra dengan suaminya itu. Dia harap, dia mampu mencintai lelaki itu.


Aish duduk bersandar di sofa ruang tamu miliknya usai makan malam. Isterinya pula sudah masuk ke dalam bilik setelah mengadu mengalami pening kepala selepas makan malam tadi. Terus dia memberikan panadol kepada isterinya dengan harapan sakit itu akan beransur dan menyuruh wanita itu berehat sahaja di dalam bilik.

Pintu rumah yang dibuka dari luar mengalihkan perhatian Aish. Wajah tua ibunya tersembul di sebalik pintu. 
" Kamu tak tidur lagi?" tanya Puan Katijah. Dia berjalan mendekati anak lelaki tunggalnya itu dan kepala itu diusap lembut.

" Aish tunggu ibu," ujar Aish manja dan mengucup lembut jari tua milik ibunya itu.

Puan Katijah tersenyum senang. Punggungnya dilabuhkan di sisi anak lelakinya itu.
" Fatimah dan Auntie Jasmin kirim salam." Salam yang dikirim disambut oleh Aish dalam nada bisikan. Wajah Fatimah yang ayu berjubah dan bertudung labuh menerpa mindanya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Fatimah, anak perempuan Auntie Jasmin. 

" Makin cantik Fatimah sekarang ni Aish. Ilmu agama yang dia ada pun cantik," ujar Puan Katijah bersahaja sambil mengerling sekilas anaknya itu untuk melihat reaksi lelaki itu. Namun riak kosong sahaja yang terpamer.

" Untung kalau siapa yang menjadi suami dia. Kalau kamu..."

" Aish dah ada isteri, ibu," potong Aish kerana dia sudah tahu ke arah mana kata-kata ibunya itu.

" Ibu tahu. Tapi kamu mampukan?" tanya Puan Katijah dengan soalan tergantung. Tapi mudah difahami oleh Aish.

" Ibu, Aish tidak pernah ada niat untuk memadukan isteri Aish, ibu. Keisya seorang sahaja isteri Aish dunia akhirat, ibu," balas Aish dengan nada yang tenang. Dia tahu, sejak 3 tahun yang lepas, keluarganya dan Auntie Jasmin asyik kenenkan dia dengan Fatimah sahaja. Pada ketika itu, dia kurang ambil kisah jika keluarganya ingin menjodohkan dia dengan sesiapa sahaja, tapi bukan kali ini. Kali ini hatinya sudah terisi dengan satu nama sahaja.

Puan Katijah yang mendengar ayat balasan daripada anaknya mendiamkan diri sahaja. Berapa minit kemudian, dia bangun dari duduknya.
" Kamu anak ibu Aish. Ibu nak yang terbaik untuk kamu. Tetapi kalau itu pilihan kamu, ibu harap dia mampu jadi isteri yang ibu inginkan untuk kamu," ujar Puan Katijah lalu beransur dari ruang tamu itu. Aish hanya berdiam diri dan menghela nafas halus. Aku yakin, aku mampu membentuk Keisya seperti yang ibu inginkan, azam hatinya.

p/s: Okey, done for chapter 12. Hmm, nampaknya Keisya still lagi rindu akan Jason and maybe masih menagih cinta Jason. :O Berjayakah dia mencintai Aish? :/








2 comments: