Thursday 14 March 2013

Sedikit sedutan I Love You, Hubby!

Sejadahnya dilipat usai solat subuh. Isterinya yang masih dalam 'cuti' masih enak tidur lagi. Dia sudah biasa sangat dengan jadual bangun pagi isterinya. Selalunya, jika jarum jam belum cecah pukul sebelas pagi, memang langsung tidak nampak bayang isterinya. Paling awal isterinya bangun pun dalam pukul sepuluh pagi. Aish menggeleng kecil mengenangkan sikap isterinya. Hatinya bertekad akan cuba merubah isterinya.

Bagasi baju yang diletak di sisi almari baju ditariknya lalu dibuka bagasi itu. Hari ini mereka akan pulang ke rumah ibunya. Tapi sementara itu, dia sudah bercadang hendak singgah dahulu di rumah bujangnya untuk mengemas sedikit apa yang patut kerana sudah seminggu lebih dia tidak menjenguk rumah itu.

Baju kemejanya dan baju t-shirtnya yang disimpan di dalam almari dikeluarkan. Satu persatu baju dilipat lalu dimasukkan ke dalam bagasi itu. Seketika kemudian, baru dia teringat baju isterinya masih belum dikemaskan lagi. Nak kemaskan ke tak? Or biarkan dia yang kemas sendiri? Hatinya tertanya-tanya. Dia bukan tidak faham dengan sikap isterinya itu. Pantang jika orang menyentuh pakaiannya lagi-lagi pakaian yang agak 'sensitif' itu.

" Sayang.. sayang," kejutkan Aish sambil menggoncang bahu isterinya. Sejak dua menjak ini isterinya semakin dingin dengan dirinya. Sudah puas dia belek apa kesalahan dia namun dia masih belum temui kesalahannya.

Keisya mengeluh kecil sambil menggeliat halus. Matanya yang masih kantuk dan terasa agak pedih akibat cahaya lampu yang menerobos masuk dihadang dengan tangan. Dia memandang sekilas Aish sebelum mengiringkan badannya membelakangi Aish.

" Sayang, bangunlah. Pukul sembilan ni kita nak bertolak dah pergi rumah abang. Baju pun sayang belum kemas lagi," ujar Aish sambil duduk di birai katil. Tangannya bermain-main dengan rambut isterinya dan wanita itu langsung tidak menepis.

" Pukul sembilan bertolak? Kenapa awal sangat? Tak boleh ke bertolak petang? I nak tidurlah, Aish," rengek Keisya lalu mengambil bantal disisinya dan ditekup ke muka. Ni yang dia tak suka ni, pagi-pagi terpaksa bangun.

" Bertolak awal lagi bagus sayang. Jimat masa. Bangun sayang. Baju sayang belum kemas lagi tu," ujar Aish sambil menggoncang perlahan bahu wanita itu. Namun tiada respons daripada isterinya. Aish tersenyum kecil. Susahnya nak bangunkan budak kecik ni, getus hatinya.

" Ke.... sayang nak abang yang kemaskan baju sayang? Abang tak kisah cuma.... pakaian yang 'sensitif' itu abang..."
" Eh tak apa-apa. Biar I yang kemas. Kalau you yang kemas, silap-silap berterabur bagasi I," potong Keisya laju. Cuak dia apabila memikirkan lelaki itu mahu mengemas bajunya. Selimut yang menutup tubuhnya yang hanya berpakaian baju tanpa lengan dan seluar paras lutut itu disingkap. Sempat dia membebel yang entah apa-apa. Geram dengan sikap suaminya yang agak mendesak baginya.

Aish terketawa kecil. Geli hati melihat sikap isterinya. Mudah sahaja nak gertak isterinya ini.
" Apa ketawa-ketawa? Suka lah tu I dah bangun," ujar Keisya geram. Tualanya dicapai lalu dengan langkah yang malas dia berjalan menuju ke bilik air.
" Mandi jangan lupa sabun ya sayang. Cepat sikit tau," ujar Aish bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
" Hisy, I tahu lah. I bukannya budak kecil umur lima tahun yang baru nak belajar mandi," balas Keisya geram. Sempat dia melemparkan jelingan tajam kepada Aish.


Keisya menyikat lembut rambutnya yang panjang paras bahu di hadapan cermin. Sambil menyikat rambutnya, matanya asyik bersabung sahaja dengan Aish melalui pantulan cermin. Lelaki itu sedang duduk di katil dengan mata yang asyik memandangnya. Rasa serba tidak kena dirinya. Selalunya, masa yang diambil untuk menyikat rambut hanya lima minit sahaja tapi gara-gara renungan suaminya, semuanya bagaikan menjadi lambat.

" Ibu you singgah sekali ke dekat rumah you?" tanya Keisya untuk hilangkan rasa canggungnya. Rasa seram pula dengan renungan lelaki itu.
Aish agak tersentak apabila wanita itu mula berkata-kata. Kepalanya digaru perlahan sebelum menjawab pertanyaan isterinya.

" Of course ibu abang ikut sekali. Kenapa tanya?" tanya Aish lalu bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati meja solek dan sikat yang digunakan Keisya dicapainya. Rambutnya yang memang sentiasa kemas dan pendek itu disikat ala kadar sahaja. 

" Tak ada apa," balas Keisya. Dia tidak dapat membayangkan hari-harinya bersama Puan Katijah nanti. Dengan sikap ibu mertuanya yang jelas menunjukkan kurang selesanya dengan dia membuatkan dia berasa agak canggung untuk bermesra dengan perempuan tua itu. Agaknya dia nak menantu yang pakai jubah 24 jam kut tapi dapat pulak menantu macam aku ni, getus hatinya. Jam di dinding dipandangnya. Baru pukul lapan pagi. 

" Keisya..." panggil Aish lembut. Kini dia sedang berdiri di belakang isterinya. Dia dapat hidu dengan jelas bau harum rambut isterinya.
Keisya yang tidak sedar kehadiran lelaki itu dibelakangnya mengundur setapak ke belakang. Gerakannya menyebabkan dia terpijak kaki Aish dan tubuhnya terdorong ke belakang. Keisya kaget kerana dia sangka dia akan jatuh terlentang ke belakang namun tiada apa-apa yang berlaku. Dia dapat rasakan tubuhnya sedang bersandar di sesuatu yang keras dan tegap. Dan dia berasa amat selamat.....

Hembusan nafas yang menyapa telinganya membuatkan dia tersentak lalu membuka matanya yang dipejamkan secara tidak sengaja. Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkar di pinggangnya dan dia tahu siapa orang itu. Tapi haruman tubuh yang menusuk hidungnya membuatkan dia teringat kepada seseorang. Sungguh sama haruman itu dan seperti orang itu adalah si dia.

" Jason..." seru Keisya lembut dalam nada tertahan-tahan. Pelukan itu tidak dileraikan tapi dibiarkan sahaja dalam keadaan yang direlakan ataupun tidak.

" Siapa Jason?" tanya Aish. 

p/s: Siapa Jason? Siapa Jason? Keisya bagi tahu atau tak? Nak Keisya bagi tahu or just deny hal sebenar? Hmmmm....




2 comments: