Sunday 10 March 2013

Hanya Dia, Jannah! (1/2 part akhir)

Aish Ahsan membuka matanya yang terasa sedikit berat itu. Kepalanya pula terasa berat sangat dan dia dapat rasakan seperti ada cecair yang mengalir di belakang kepalanya. Dengan teragak-agak dia menyentuh belakang kepalanya. Tatkala tangannya menyentuh belakang kepalanya, kulit kepalanya terasa pedih sekali lalu tangannya itu dilihat. Ada darah merah yang sedang membasahi tangannya itu. Kusyen kereta yang menjadi tempat dia bersandar dipandang. Barang-barang yang terdapat dalam kereta itu dipandang. Ya, ini memang kereta dia tapi bagaimana kepalanya boleh berdarah...?

Johan! Baru dia teringat dia ada berjumpa dengan Johan di kelab malam. Pintu kereta yang tertutup itu dibukanya lalu tubuhnya dibawa keluar menghirup udara malam. Tangannya masih setia melekap di belakang kepala. Dia melihat waktu di jam tangannya. Dah pukul dua belas malam. Detik hatinya. Dengan teragak-agak dia keluar dari kawasan tempat keretanya di parkir yang berhadapan dengan kelab malam itu. Dalam hatinya menyumpah seranah Johan yang menyebabkan dia sebegini. Kalau dia tidak ikutkan kata-kata Fiq untuk turut serta dalam kelab malam itu, pasti dia tidak akan sebegini. Atau Fiq juga turut bersubahat dalam hal ini..?

Aish Ahsan menyandarkan tubuhnya di sisi pintu kelab malam itu. Dia tidak menghiraukan langsung pandangan orang ramai yang keluar masuk ke kelab itu. Tangannya menyeluk kocek mencari telefon bimbitnya. Dia perlu menelefon isterinya. Entah kenapa hatinya berasa tidak enak pula memikirkan Jannah yang sedang berada di rumah. Dahinya berkerut tatkala telefon bimbitnya tiada di dalam kocek. Dia mengeluh kasar. Mana pula handphone aku ni?! Bentak hatinya. Tangannya dikepal sebelum menumbuk geram dinding kelab malam itu.

" Woi, apa yang kau buat ini?" tegur seorang lelaki yang berbadan sasa. Mungkin orang yang ditugaskan menjaga kelab malam ini. Aish mengangkat kedua belah tangannya kehadapan seakan memohon maaf. Lelaki itu mendengus kasar.

" Engkau ni bukan yang kena heret dengan si Johan dan Fiq tu ke?" tanya lelaki itu sekali lagi sambil mengamati wajahnya yang bengkak itu. Aish tersentak mendengar pertanyaan lelaki itu. Namun apa yang membuatnya lebih tersentak apabila nama Fiq dikaitkan sekali. Kali ini, hatinya tidak dapat menipu akalnya.

" Fiq? Maksud kau... Kau nampaklah aku kena belasah dan Fiq ada sekali time aku kena belasah?!" nada suara Aish naik tinggi. Dadanya berombak kencang. Amarahnya membuak-buak. Sial punya Fiq. Kau sanggup tikam belakang aku! Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup buat aku macam ni? Hatinya berbisik sayu dan kurang percaya dengan tindakan rakan baiknya itu. 

"  Dah! Kau pergi berambus sana! Pergi sebelum aku pulak yang pecahkan muka kau," marah lelaki itu yang cuba menutup kata-katanya yang terlanjur sebentar tadi. Dia telah disuruh 'tutup mulut' oleh Fiq dan Johan namun terbuka juga akhirnya.

Aish menumbukkan tangannya sekali lagi ke dinding. Kemudian, baru dia beransur pergi dari situ dengan hati yang menyumpah-nyumpah Fiq. Dan hatinya kali ni, berasa tidak enak sekali. Keretanya pantas didekati dengan pening yang mula mengganggu kepalanya. Seluruh keretanya diselongkar untuk mencari handphone nya. Dia perlu menelefon isterinya. Dia ingin tahu apakah isterinya baik-baik sahaja. 

Matanya tertancap pada handphone nya yang berada di lantai kereta di bahagian penumpang. Gadget itu diambil sebelum tubuhnya dibolos masuk ke dalam kereta dan pintu ditutup. Dia menghidupkan handphone nya yang telah dimatikan itu. Dia tidak tahu siapa yang mematikan hadphone nya ini tapi dia pasti ini angkara Johan juga.

Hidup sahaja handphone itu, berkali-kali bunyi mesej menyapa telinganya. Matanya membulat apabila terdapat tiga belas panggilan yang tidak dijawab dan empat mesej yang masuk. Peti simpanan mesej dibukanya dan matanya tertancap pada satu mesej yang dihantar oleh ibunya. Hatinya tiba-tiba berdebar kencang sedangkan mesej itu masih belum dibacanya lagi.

From: Mama

Aish dekat mana sekarang ni? Puas mama dengan papa call tapi Aish tak angkat. Sekarang mama dengan papa dekat hospital. Rumah kamu dipecah masuk dan hampir isteri kamu jadi mangsa rogol. Mama nak kamu datang sini ASAP. Banyak perkara yang kami nak tanya ni.


Jantung Aish berdebar kencang membaca isi mesej itu. Rumahnya dipecah masuk? Berita itu tidak berapa mengejutkan dia kerana dia yakin itu angkara Johan tapi apabila melibatkan isterinya.... yang didakwa hampir dirogol membuatkan kemarahannya tidak dapat dikawal lagi. Tangannya menghentak stereng kereta dan hon keretanya membingitkan tempat parking kelab malam itu.

" Johan! Fiq! Keparat punya manusia!" jeritnya bagaikan orang gila di dalam kereta. 


DATIN Maria duduk termenung di hadapan wad menantunya manakala Datuk Arsyad di sampingnya menghabiskan masa dengan berzikir. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya apabila mengenangkan apa yang terjadi kepada menantunya. Nasib menantunya amat baik sekali apabila pengawal keselamatan rumah anaknya itu cepat bertindak dengan menelefon polis setelah sedar daripada pengsan akibat dihentak di kepala. Dan yang paling mengejutkan dia adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang remaja yang mengatakan bahawa anak lelakinya yang mengarahkan remaja itu merogol Jannah. Pada mulanya, dia tak nak mempercayai kata-kata remaja lelaki itu namun mesej pada handphone yang ditunjukkan oleh remaja itu kepadanya membuatkan hatinya remuk. 

" Abang, kenapa Aish sanggup buat macam ni dekat menantu kita? Diorang tak bahagia ke selama ni? Saya kesal sangat ada anak macam dia. Kalau saya boleh putar masa balik, dah lama saya buang dia kalau tahu hidup dia menyusahkan saya," ujar Datin Maria sedih. Air matanya sudah berjujuran di pipinya yang sudah menampakkan kedutan. Tangisannya mula kedengaran. 

Datuk Arsyad beristighfar mendengar kata-kata isterinya itu. Dia benci mendengar isterinya berkata begitu kerana apa yang ditimpakan Allah kepada hambanya tidak layak dipersoalkan atau dinilai. Kepala isterinya dipaut ke bahu lalu diusap lembut. 
" Bawa beristighfar Maria. Ini semua dugaan Allah. Awak tak boleh menilai yang benar di pihak budak tu sahaja Maria. Kita kena dengar dulu penjelasan dari Aish. Mana tahu ini semua hanya perbuatan khianat orang yang hendak mempecahbelahkan mereka je," ujar Datuk Arsyad yang lebih berfikiran terbuka. Tangannya yang kasar mengelus lembut tangan isterinya. Walaupun sudah 30 tahun berkahwin, namun kasih sayang masih utuh dan bertambah utuh lagi-lagi diusia yang semakin senja ini.

Datin Maria mengesat air matanya. " Tapi kemana Aish nya, abang? Dari pukul sembilan tadi Mar call dan hantar mesej dekat dia tapi dia tak balas langsung. Jangan-jangan dia dah larikan diri," kata Datin Maria lagi yang tidak mampu mengubah persepsi buruknya kepada Aish.

Datuk Arsyad menggelengkan kepalanya. Sudah tidak tahu hendak dikata apa lagi. Aish pun satu, dah tahu malam, nak juga keluar dari rumah. Kemudian ditinggalkannya Jannah bersendirian di rumah. Ya Allah, aku tahu ujian ini masih kecil untuk Kau timpakan kepada kami berbanding mereka yang jauh lebih berat ujiannya. Kuatkan lah pegangan kami sekeluarga agar dapat kami laluinya dengan kuat....


Semua mata tertumpu kearah Aish. Mana tidaknya, dengan muka yang bengkak dan darah yang mengalir di kolar baju sudah tentu membuatkan banyak mata memandang kearahnya. Dia melangkah terhuyung-hayang di dalam hospital itu. Pening sungguh kepalanya.. Seketika kemudian, dia terasa bahunya ditepuk oleh seseorang. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang memakai kot putih labuh dipandangnya dengan mata yang mula layu.

" Encik kenapa ni? Doktor, dia perlukan bantuan dengan segera," ujar doktor lelaki itu kepada seorang doktor perempuan. Hanya ayat itu sahaja yang didengarinya sebelum dia rebah ke lantai.

p/s: hehehe... post jugak cik writer cerita ni. So sorry sebab cik writer ade ujian so tak boleh tumpukan hundred percent dgn cerita ni.. So, cik writer hanya mampu berikan separuh cerita HDJ + dengan sedutan yang sebelum ni ok. :D .. Btw, thanks kerana masih sanggup menanti cerpen yang tak berbentuk cerpen ni. LOL. And lagu tema cerita ni (siap ada lagu tema lagi tau, poyo punya cik writer), search dekat youtube ' I wanna grow old with you' by Westlife or just dengar dekat blog ni je. Sebab cik writer ade masukkan lagu tu dalam blog ni. And one more thing, sorry kalau agak bercelaru cerita ni. Maaflah, fikiran tengah terganggu dengan ujian ni. Hehe.. Okey, tata, Assalamualaikum..




2 comments: