Guys, cik writer dah siap full bab 6. So silakan membaca. Sorry ambik
masa yang lama nak siapkan bab seterusnya. :D.. Selamat membaca.
Jason Harris mencampak kasar tuxedonya ke lantai. Sakit di hati masih
berbaki banyak. Panas hatinya melihat adegan dua orang manusia di hadapannya.
Oleh kerana sakit hati, pantas dia berlalu dari majlis hari jadi rakan adiknya
dan berlalu ke rumah. Adegan mesra antara ‘si dia’ dengan lelaki itu
menyakitkan matanya. Benci dengan apa yang dilihatnya. Walaupun wanita itu memakai
topeng yang menutup separuh mukanya, dia masih kenal wanita yang sekian lama
bertakhta di hatinya. Pada mula dia melihat wanita itu, hatinya berasa sebak
kerana rindu tetapi semua itu hilang bergantikan cemburu setelah melihat
kejadian itu.
Tali leher yang dipakainya dirungkaikan dari lehernya gelojoh. Rimas!
Dicampak tali lehernya ke sofa. Baju kemeja yang tersarung kemas dilucutkan
lalu tubuh yang agak melekit itu dibaringkan di atas tilam.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ketukan pintu biliknya membuatkan dia merengus kasar. Ada sahaja yang
ingin mengganggu ketenteramannya. Kepalanya digaru kasar.
“ Masuk! Bilik tak kunci pun,” ujar Jason Harris lemah sambil duduk
bersila di atas katilnya. Selimutnya ditarik hingga ke paras pinggang,
mengurangkan kedinginan pada badannya.
Wajah adiknya, Katrina, muncul di sebalik pintu. Masam mencuka wajah
Katrina. Mana taknya, sedang dia bergembira dengan rakannya di majlis hari jadi
seorang rakannya itu, tangannya ditarik abangnya agar meninggalkan majlis itu.
Dia tidak tahu apa masalah abangnya ini.
“ Kenapa dengan Kat ni?” Tanya Jason Harris sambil memandang wajah
adiknya yang masam mencuka. Dia tahu apa sebabnya. Namun dia hanya bereaksi
selamba lalu memalingkan wajah kearah televisyen yang sedang bersiaran.
“ Abang tanya kenapa? Abang tu yang sepatutnya kenapa? Tiba-tiba je
heret Kat keluar dari dewan,” rungut Katrina dengan nada yang agak kasar. Dia
berpeluk tubuh sambil merenung tajam abangnya itu. Dia ingin tahu apa yang
terjadi di majlis tersebut sehingga abangnya itu tergesa-gesa meninggalkan
majlis itu.
“ Kenapa ni Kat? Abang penatlah. lagi pula, ada something wrong dekat
majlis tu,” ujar Jason Harris bernada rendah. Tangannya bermain-main dengan
remote tv di tangan. Wajah adiknya itu dipandang sekilas.
“ Something wrong? Apa yang wrongnya? Cara abang keluar dari dewan tu
macam abang terserempak bekas kekasih pula,” ujar gadis itu lancang tanpa
menyedari kata-katanya itu. Seketika kemudian baru dia sedar. Dia mengetap
bibirnya dan memandang abangnya yang merenungnya tajam. Terlupa dia seketika
akan kisah lalu abangnya. Dia mengeluh halus, tidak memahami apa yang berlaku.
“ I’am sorry. Tak sengaja cakap macam tu. But at least tell me what’s
going on at the party. You look angry when leave the hall,” ujar Katrina lembut
dengan nada memujuk. Dia tahu ada sesuatu yang terjadi di majlis itu. Kalau
tiada, masakan abangnya itu seperti bermasalah sekarang ini.
“ I saw her at the party,” ujar Jason Harris lemah. Kepalanya
dipalingkan kearah lain. Tidak mahu adiknya itu melihat takungan air di
matanya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya tatkala adegan di majlis itu
terlayar di kepalanya. Hanya dia sahaja yang merasa pedihnya melihat semua itu.
Katrina tergamam. Pelukan di tubuhnya terlepas. Kini matanya hanya
tertumpu kearah abangnya. He saw her? Who’s her? Is she….. hatinya
tertanya-tanya. Namun kemungkinan yang bermain di kepalanya membuatkan dia
yakin siapa yang abangnya lihat di majlis. Dia berjalan mendekati abangnya yang
berada di atas katil. Dia melabuhkan duduk di birai katil abangnya. Tangannya
dilekapkan ke pipi abang kesayangannya itu, menarik wajah itu menghadap
mukanya. I want to know who’s she, bisik hatinya.
“ You saw her? Who’s her? Is she your ex-girlfriend?” tanya Katrina
lembut. Dia merenung mata abangnya yang sayu memandangnya. Hilang keceriaan di
mata abangnya yang baru tiba di Malaysia beberapa hari yang lepas. Air mata
yang ingin menitis di pipi itu diusapnya lembut. Dia benci melihat abangnya
sedih dan kecewa. Cukuplah untuk dua tahun yang lalu.
Jason Harris mengeluh kasar. Pertanyaan adiknya tidak dijawab. Tangan
adiknya yang masih setia melekap di pipinya diusap lembut. Meraih kasih
daripada gadis itu.
“ Abang, jawablah. Betul ke itu dia?” tanya Katrina sedikit tegas. Pipi
abangnya itu ditepuk lembut seolah-olah menyedarkan Jason Harris yang senyap.
Jason Harris mengeluh lembut lalu menolak lembut tangan gadis itu dari
menyentuh pipinya. Kakinya dilunjurkan ke lantai lalu dia bangkit berdiri. Dia
berjalan menuju ke meja solek. Wajahnya yang kusut dipandang melalui cermin.
“ Yes, she was my love. The only one I love and I need until now even…”
Katrina memandang abangnya yang memutuskan kata. Dia bangun dari duduk
lalu berjalan menuju kearah abangnya. Bahu abangnya dipeluk dan kepalanya
dilentokkan pada bahu lelaki itu.
“ Even she gave you a big scar at your heart? Hmm?” tanya Katrina
dengan nada yang agak sinis. Pantulan wajah abangnya di cermin dipandang dengan
renungan tajam. Jujur, dia tidak suka perempuan yang dicintai abangnya muncul
kembali dalam kehidupan mereka. Kemunculan wanita itu seolah-olah ingin membuka
kembali kisah lalu.
Jason Harris terdiam mendengar kata-kata adiknya. Tangan adiknya
ditolak dari bahunya lalu dia berjalan semula menuju ke katil. Kata-kata
adiknya terngiang-ngiang di telinganya. Memang wanita itu telah memberinya
sejuta kelukaan di hatinya, tapi hatinya masih berdegil untuk meraih cinta
wanita itu. Adakah dia bodoh mengharap pada wanita yang tidak ikhlas
mencintainya? Benar kata orang, cinta membuatkan kita bodoh!
“ I don’t want to talk about it anymore,” ujar Jason Harris. Matanya
memandang adiknya memohon pengertian daripada adiknya itu. Tangannya diletakkan
ke dada lalu memejamkan mata sambil berkata “ Abang tak nafikan, dia banyak
memberikan kelukaan di hati ini. Tapi cinta dan rindu telah merawat kembali
hati ini.” Jason Harris membuka matanya. Dia perasan wajah adiknya sedang
mencemik sinis dengan kata-katanya. Biarlah apa yang hendak gadis itu katakan,
tapi itu lah yang dia rasa.
“ Don’t talk like a stupid man, abang! Okey, Kat nak tanya abang. You
told me that you saw her at the party then why you don’t approach her? Bukan ke
abang rindu kan dia? Kenapa nak hilangkan diri depan dia?” tanya Katrina
lantang. Tubuhnya dihempaskan kasar ke sofa di bilik abangnya.
“ I saw her danced with another man,” ujar Aish kedengaran berbisik
kepada dirinya sendiri. Namun, semua itu cukup untuk didengari oleh Katrina.
Gadis itu ketawa sinis kepadanya. Konon luka itu telah dirawat kembali dengan
cinta dan rindu, padahal makin terluka hati tu! Sinis hati Katrina berkata. Dia
berdiri menghadap abangnya. Tidak tentu arah dirinya memikirkan mengenai
abangnya ini.
“ Are you drunk, brother? Come on, abang. Abang sendiri Nampak dia menari dengan lelaki
lain. Kenapa abang masih nak cintakan dia? dia tu cuma bekas kekasih abang dan
belum tentu dia cintakan abang seperti mana abang cintakan dia separuh gila
macam ni!” ujar Katrina lantang dengan air yang bertakung di mata. Hatinya
sebak dengan keadaan abangnya ini. Hanyut dengan cinta!
Jason Harris merenung tajam adiknya. Hatinya sedikit terguris dengan
kata adiknya itu.
“ Mind your words, Katrina!” ujar Jason Harris kasar. Nada suara Jason
Harris yang kasar membuatkan Katrina tersentak! Hatinya bertambah kecewa dengan
abangnya. Kerana seorang wanita, abangnya berkasar dengan dirinya. Dia
benar-benar kecewa.
“ Kat cakap yang betul abang and
I want my old brother. Kat nak abang Kat yang ceria dan tak mudah tewas dengan
dugaan. But I lost ‘my brother’! Because of love, you forgot about your sister.
Abang lupa dengan adik abang yang seorang ni hanya kerana seorang wanita! Hanya
kerana cintakan seorang perempuan kaki laki dan kaki botol! Do you think I’am
stupid about Islam? Islam mengharamkan arak bukan? Tetapi perempuan yang
beragama Islam itu ingkar dengan agama dia sendiri? Lainlah macam kita abang
yang tak ada agama. And for your information, Kat benci perempuan itu yang
bernama Keisya Farina! I hate her!”
Katrina mendengus kasar lalu keluar dari bilik abangnya itu. Memandang
abangnya yang tak reti bahasa itu membuatkan dia sakit hati. Pintu bilik yang
dihempas kuat membuatkan Jason Harris tersentak. Dia memejamkan matanya
seketika sambil meramas rambutnya yang kusut.
What I’ve done?
“ WOW Keisya!” tegur Fina yang baru sahaja habis menari dengan Rudy,
lelaki yang diminatinya. Gadis itu melabuhkan duduk di sisi Keisya yang sedang
duduk mengelamun.
“ Keisya….” Panggil Fina dengan nada yang meleret. Keisya menjeling
rakannya itu. Bila nada rakannya sudah sebegitu, tahulah dia pasti ada sesuatu
yang ingin diketahui oleh Fina.
“ Hmmm, kau nak apa?” tanya Keisya acuh tak acuh. Matanya sedang
mencari kelibat lelaki yang menari dengannya tadi namun tiada. Gelas panjang
yang berisi air berperisa epal dicapainya.
“ Alah kau ni Keisya. Aku bukan nak menyebuk tapi…”
“ Tak payahlah kau nak kata macam tu Fina. Kau sebenarnya nak tahukan
siapa yang menari dengan aku tadi kan?” tebak Keisya bersama senyuman sinis di
bibir. Fina,Fina. I know you well, friend.
Fina tersenyum malu. Kemudian tangannya menjalar di bahu Keisya. “
Pandai pun kau. Mestilah aku nak tahu. Dia nampak agak misteri tapi kenapa dia
macam kenal kau? Kau kenal dia ke?” tanya Fina ingin tahu. Gelas di tangan
Keisya dicapai lalu diteguk air itu selamba. Jelingan Keisya dibuat tidak
endah.
“ Aku pun tak tahu dia siapa. But, dari mata dia, macam aku kenal dia,”
balas Keisya sambil tangannya bermain-main di dagu seolah-olah sedang berfikir.
Fina di sisinya ketawa kecil.
“ Wow Keisya! Don’t stare at his eyes. Dari mata turun ke hati nanti,”
usik Fina sambil ketawa kecil. Dia mengelak apabila Keisya ingin memberikan
cubitan di lengannya yang putih itu.
“ Tapikan Keisya, aku rasa dia macam minat dekat kau lah. Jealousnya
aku!” ujar Fina. Keisya disebelah sudah berkerut dahi. Baginya, kata-kata Fina
itu ada benar juga. Kalau tidak masakan lelaki itu mengajaknya menari bersama?
Keisya, maybe he wants to be your friend, not more than that. Hatinya
meningkah.
“ Tapi tak semestinya Fina. Who knows, he just wants to be my friend,”
tingkah Keisya lalu merampas kembali gelasnya di tangan Fina. Dia ni, air aku
pun nak rembat! Rungut hati Keisya.
“ Hey, kawan kau cakap?! Masa kau dance tadi, dia tenung kau bagai nak
tembus muka kau tu, kau still kata just nak berkawan? Kau ni sejak bila jadi
lembap Keisya?” selamba sahaja dia mengutuk Keisya. Rakannya itu sudah memberi
jelingan tajam kepadanya.
Keisya tidak membalas kata-kata Fina. Kini matanya tertumpu pada
sesosok tubuh yang sedang membelakangi mereka. Matanya dikecilkan cuba
mengamati tubuh itu dari belakang. Dia bangun berdiri dan tubuhnya tegak
meghadapkan kearah tubuh itu yang masih lagi membelakanginya.
Fina yang melihat reaksi rakannya yang agak pelik itu turut memandang
kearah yang sama. Matanya cuba difokuskan ke tempat yang menjadi perhatian
kepada Keisya. Seketika kemudian dia ternganga dan menggoncang perlahan bahu
Keisya. Teruja melihat sesosok tubuh itu.
“ Keisya, itu bukan ke yang menari dengan kau tadi? Oh Gosh! I thought
he already leave this hall,” ujar Fina sambil melihat kearah lelaki itu yang
sedang berbual dengan beberapa orang lelaki.
“ Yes I know Fina. Aku pun ingat dia dah bla dari dewan ni. Rupanya ada
lagi. Aku nak tahu dia siapa Fina,” ujar Keisya dengan nada yang agak nekad.
Fina di sisi dipandang sekilas.
“ So, apa lagi?! Jom kita rempuh!” ujar Fina penuh bersemangat. Keisya
mengangguk kecil kemudian bersama-sama mereka berjalan menuju kearah lelaki
itu. Keisya nekad, jika lelaki itu ingin merahsiakan identitinya itu juga, dia
akan bertindak menanggalkan mask yang setia di wajah lelaki itu.
“ HEY, dude! Look at two ladies at there. Kenapa diorang pandang kita
lain macam?” ujar seorang lelaki itu
kepada rakannya yang berada di hadapannya. Rakannya itu memalingkan wajahnya ke
satu arah yang ditunjuk oleh rakannya itu. Keningnya berkerut. Ada dua orang
gadis sedang berjalan menghampiri mereka. Itu bukan ke Keisya and Fina?
“ Errrr, i know who they are,” ujar lelaki itu sedikit gugup lalu berjalan pantas
meninggalkan rakannya yang terpinga-pinga melihat dirinya itu. Kakinya laju
melangkah kearah pintu dewan yang hampir dengan tempat dia dan rakannya itu
berdiri. Dia perlu pergi sebelum dua orang gadis itu menghampirinya.
“ KEISYA, look! Dia nak keluar dari dewan!” ujar Fina keras lalu
mencapai tangan rakannya agar seiring mengejar lelaki itu. Keisya yang agak
kalut mengangkat sedikit tinggi dressnya lalu mengikut langkah Fina yang laju
itu. Kenapa lelaki itu lari? Hatinya tertanya-tanya dan melangkah laju
mendekati pintu dewan.
Setiba di luar dewan, Fina dan Keisya memanjang kanleher masing-masing
mencari kelibat lelaki itu namun tidak kelihatan. Keisya mengeluh kasar. Buat
penat dia sahaja berlari mengejar lelaki itu namun tidak jumpa juga.
“ Mana dia ni, beb? Hilang macam tu je! Aku rasa kita dah cukup laju
kejar dia,” bebel Fina sambil mengesat peluh di dahi. Tetamu yang sedang
bersembang di luar dewan memandang mereka sinis. Mana taknya, sejuk-sejuk macam
ni berpeluh padahal mereka marathon tadi!
Keisya tidak membalas. Nafasnya turun naik. Matanya masih lagi
mencari-cari kelibat lelaki itu. Entah kenapa hatinya memberontak ingin
mengetahui siapa gerangan lelaki itu. Kemudian dia terlihat seorang lelaki yang
sedang bersandar di dinding yang agak suram sedikit kawasannya. Pantas dia
menarik tangan Fina dan berlari-lari anak mendekati kawasan itu.
“ Wei, Keisya! Kau nak pergi mana ni?” tanya Fina sambil cuba menyaingi
langkah Keisya yang laju itu. Tangannya sudah memegang pinggang yang agak
lenguh itu. Aku datang sini nak enjoy, tak pasal-pasal marathon dengan minah
ni! Rungut hati Fina. Padahal dia yang beria-ria tadi mengajak Keisya untuk
‘mendapatkan’ lelaki itu.
“ Aku nampak dia dekat sana! Kau ikut je lah jangan banyak cakap,”
balas Keisya sedikit mengah. Sakit kakinya terpaksa berlari dengan kaki yang
memakai kasut tumit tinggi. Tetamu yang hadir di situ semua memandang mereka
kepelikan melihat mereka marathon malam-malam begini.
Keisya mendekati lelaki
yang sedang bersandar di dinding kawasan dewan yang agak suram sedikit. Dia
berjalan perlahan sambil matanya dikecilkan sedikit untuk mengamati wajah
lelaki yang sedang bersandar di dinding itu. Tiba-tiba tangannya ditarik Fina.
Wajah gadis itu agak cemas.
“ Wei, Keisya! Kau
kenapa? Kenapa kita pergi ke sini? Dah lah suram, aku takutlah,” ujar Fina
sambil memandang kawasan yang agak suram itu. Tangan Keisya digenggamnya dan
digoyang-goyangkan meminta perhatian.
“ Kau jangan takutlah.
Bukannya ada apa-apa pun. Cuba kau tengok lelaki yang bersandar dekat dinding
itu? Aku rasa itu lah lelaki yang kita kejar tadi,” jawab Keisya sambil jari
telunjuknya diaju kearah lelaki itu. Fina memandang lelaki itu. Tengok gaya
macam lelaki yang misteri itu. Ceh, macam lah kau kenal dia sangat Fina oiii.
Omel hati Fina. Mask yang dipakainya sudah dicabut dari muka begitu juga
Keisya.
“ Betul ke itu dia?
Macam bukan dia je?” tanya Fina ragu-ragu namun kakinya tetap melangkah
mengikut gerak langkah Keisya yang ingin mendekati lelaki itu.
“ Arh! Kau ikut je lah
aku! Jangan banyak cakap,” jawab Keisya geram. Tangannya mnggenggam erat tangan
Fina. Sebenarnya, dia pun tidak pasti juga sama ada itu lelaki yang sama.
Mereka sudah dekat
dengan lelaki itu. Namun lelaki itu tidak menyedari kehadiran mereka. Keisya
cuba mengintai sedikit wajah lelaki itu namun kawasan yang agak suram itu tidak
dapat membantunya agar dapat melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas.
“ Keisya, aku nampak
lelaki ni macam tak sedar je kita dekat sini,” bisik Fina perlahan. Matanya
memandang lelaki yang segak bertuxedo itu. Lelaki itu seperti bersandar
kepenatan sahaja.
“ Aku pun rasa dia
tidak sedar kita dekat sini. Biar aku tegur dia,” ujar Keisya. Fina memandang
Keisya dan menggoyang kasar tangan rakannya itu. Dia risau jika lelaki itu
penyangak ke? Dah lah kawasan ini agak terlindung dari tetamu yang hadir.
“ Jangan risaulah!”
Keisya terus mendekati
lelaki itu. Jarak antara dia dengan lelaki itu hanya tiga langkah sahaja.
Kemudian Keisya dengan Fina terdiam apabila wajah lelaki itu sudah jelas di
mata mereka.
“ You?!” jerit Keisya
agak lantang. Suaranya yang lantang mengejutkan lelaki itu yang sedang
bersandar kepenatan di dinding. Dia memandang Keisya dan Fina kemudian dia
mengeluh halus.
“ Keisya buat apa dekat
sini?” tanya Aish. Nadanya sedikit gugup. Matanya memandang Keisya yang sedang
bercekak pinggang sambil melilaukan matanya ke seluruh tempat. Wajah isterinya
kelihatan penat.
“ I kan ada majlis
dekat dewan ni. Ai, takkan dah lupa kot. And what are you doing here?” tanya
Keisya tidak puas hati . Matanya merenung tidak puas hati suaminya. Aish ke
lelaki misteri tu? Takkanlah tapi apa dia buat dekat kawasan dewan yang suram
ni? Seorang diri pulak tu. Hati Keisya tertanya-tanya. Matanya memandang tuxedo
lelaki itu yang agak basah dek peluh.
“ Errrr…. Errr abang
datang nak jemput Keisya lah. Majlis dah habiskan?” tanya Aish sedikit
menggelabah. Serba salah reaksinya kini.
“ Belum lagi. Tapi apa
you buat dekat kawasan ni? Dah lah banyak nyamuk dekat sini,” bebel Keisya.
Fina di sisinya hanya diam membatu melihat pasangan suami isteri itu berbual.
“ Abang…. Errr abang
smoking kejap dekat sini. Bantu halau nyamuk,” jawab Aish selamba sambil
tersengih. Kemudian dia menarik tangan wanita itu berjalan menuju ke dalam
dewan. Fina pula hanya menurut sahaja.
“ Eeee, lepaslah. I tak
puas lagi ni. You kata you pun ada majlis right? Majlis yang you dijemput tu
dah habis ke?” tanya Keisya sambil menggaru perlahan sedikit lehernya yang
gatal. Eeee, nyamuk ni! Gatal sangat nak hisap darah aku!
“ Errrr.. abang..
Majlis tu…. Majlis tu dekat sinilah,” jawab Aish perlahan. Keisya yang
melangkah sudah berhenti. Fina juga. Matanya memandang pelik Aish. Means,
majlis Sarah ni kan? Hati Keisya tertanya-tanya.
“ So, majlis Sarah lah
kan you maksudkan. Kenapa you tak cakap kita pergi majlis yang sama?” tanya
Keisya tidak puas hati. Dia berasa tertipu pula dengan lelaki ini. Eeee, sabar
je lah.
Aish tidak menjawab
tetapi hanya tersenyum senang. Keisya pula mendengus kasar dan mengheret Fina
masuk ke dalam dewan. Geram hatinya dengan Aish. Entah kenapa dia berasa geram
sangat dengan lelaki itu, mungkin dia tidak dapat mengesan lelaki misteri itu.
Aish hanya memandang
sahaja Keisya dan Fina dengan hati yang separuh lega. Nasibnya baik kerana
wanita itu tidak berapa cam dia ketika berada di dalam majlis tadi. Mask yang
disorokkan di sebalik tuxedo di keluarkan dengan bibir yang tersenyum. Mask,
kau memang pembawa tuah aku malam ni!
Keisya termenung
menghadap tingkap kereta Aish. Migrain nya menyerang kembali ketika di dalam
dewan majlis Sarah. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan yang mencucuk di
kepala, dia mengajak Aish pulang. Lelaki itu tanpa sebarang bunyi mengikut
sahaja kehendaknya.
“ Tidurlah kalau sakit
sangat kepala tu. Lama lagi rasanya nak sampai,”kata Aish sambil mencapai
tangan Keisya. Digenggam tangan wanita itu. Kesesakan lalu lintas ini
membuatkan dia yakin, mereka akan tiba lewat nanti di rumah.
“ Lama lagi ke jalan
raya ni sesak? Eee, orang ni pun satu. Lain kali tu bawa kereta elok-elok, kan
dah accident, lepastu menyusahkan orang pulak tu,” bebel Keisya geram. Tangan
Aish ditepisnya, tidak selesa.
“ Tuhan dah takdirkan
hari ini hari kecelakaan bagi dia Keisya. Jadi, harus terima sebaik mungkin,”
jawab Aish sambil menjeling sekilas kearah isterinya. Keisya hanya diam tidak
membalas. Tangannya asyik sekali mengurut kepala yang pening.
“ Next week kita kena
balik rumah ibu abang. Keisya tahu kan hal ni?” tanya Aish sambil menggerakkan
keretanya perlahan di jalan raya yang sesak dengan kemalangan itu.
“ Hmmm, tahu,” pendek
sahaja yang dibalas Keisya. Dia tiada mood untuk bercakap lebih. Dah lah hal
lelaki misteri itu menambahkan lagi kerunsingan di kepalanya.
“ Sebelum balik rumah
ibu, kita singgah dulu ke rumah kita,” ujar Aish. Ayat yang keluar dari bibir
Aish menambahkan lagi kepeningan di kepalanya
“ Excuse me, rumah
kita? Since when kita ada rumah pula ni?” tanya Keisya selamba. Matanya
dipejamkan seketika. Suhu aircond kereta Aish direndahkannya sedikit.
Aish hanya tersenyum. “
Rumah kita tu rumah abanglah, sayang. Dah kahwin dengan Keisya, rumah abang tu
dah bertukar status lah kepada rumah kita,” ujar Aish. Keisya memandang Aish
dan mengangguk lambat kepalanya. Kepalanya yang sakit ni membuatkan dia
mencerna ayat Aish.
“ Suka hati you lah,”
balas Keisya acuh tak acuh. Aish sudah diam tidak membalas. Matanya yang agak
kantuk ditambah pula dengan pening yang semakin menggila membuatkan dia
terlena. Aish membiarkan sahaja isterinya lena tanpa berkata apa-apa. Tangannya
mencapai tangan isterinya dan peluang itu digunakan sebaik mungkin. Bibirnya
dilabuhkan sekilas di jari-jemari wanita itu.
“I’d rather have bad times with you, then good times with
someone else. Let my love be your ending of life, Keisya,” ujar Aish lembut dengan harapan agar wanita itu mungkin
mendengarinya. Tangan gadis itu digenggam erat tanpa niat ingin melepaskannya.
Aish memakirkan keretanya di garaj
rumah banglo mewah milik keluarga mertuanya. Enjin dimatikan sebelum tali
pinggang kereta dileraikan dari tubuhnya. Keisya disisinya dipandang. Kepalanya
langsung tidak dialihkan menghadap Keisya yang sedang lena. Dada wanita itu
berombak perlahan menambahkan resah di hati Aish. Tangan Keisya yang tidak
pernah terlepas dari tangannya dicium berkali-kali. Ini kekasihnya, ini
isterinya, ini cintanya dan ini bidadarinya.
Tangan iserinya dilepaskan. Tubuhnya
dibawa keluar dari kereta tanpa mengejutkan isterinya yang masih lena tanpa
menyedari yang mereka sudah tiba di rumah. Aish bergerak pantas menuju ke pintu
kereta bahagian penumpang sebelah pemandu. Tangannya membuka pintu kereta itu.
Kepala Keisya yang terlentok kearah pintu kereta direnungnya. Dia tersenyum
kecil. Comel melihat isterinya yang sedang tidur lena dengan mulut yang terbuka
kecil.
Tali pinggang yang membelit tubuh
isterinya dibuka. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya menghadap isterinya.
Tangannya melilit ke pinggang isterinya manakala sebelah tangan lagi berada di
pelipat kaki isterinya. Dengan berhati-hati, tubuh isterinya dicempung. Dalam
keadaan mamai, Keisya membuka matanya kemudian melelapkan balik mata dengan
tangan berada di leher. Tidak menyedari dirinya berada dalam pelukan sang
suami.
Pintu rumah banglo itu ditendang
dengan kakinya lalu melahirkan bunyi seperti pintu diketuk dari luar. Tangannya
yang penuh menyukarkan dia untuk mengetuk pintu. Seketika kemudian, pintu
dibuka dari dalam oleh ibunya, Puan Katijah. Dia tersenyum memandang ibunya.
“ Assalamualaikum, ibu,” ucap Aish
lalu melangkah masuk ke dalam rumah itu. Puan Katijah hanya diam tidak
membalas. Dia memandang anaknya yang bersusah payah mencempung tubuh
menantunya. Dia masih tidak boleh menerima wanita itu dalam hidup anaknya.
“ Lewat balik. Pergi ke mana sahaja
kamu?” tanya Puan Katijah lalu menutup pintu rumah. Aish memandang ibunya dan
tersenyum kecil.
“ Tadi sesak dekat jalan raya, ibu.
Itu sebab lewat sedikit, ibu. Ibu kenapa tak tidur lagi?” tanya Aish lalu
melangkah menuju ke tangga.
“ Ibu buat solat sunat kejap tadi.
Risau ibu fikir kamu tak balik-balik lagi. Ni kenapa cempung bini kamu? Dia kan
ada kaki boleh jalan sendiri,” ujar Puan Katijah tidak senang hati. Fikirnya,
Keisya sengaja mengada-ada mahu dicempung.
“ Keisya terlelap dalam kereta tadi
sebab migraine, ibu. Aish tak nak ganggu lena dia sebab tu Aish cempung dia,
ibu,” jelas Aish. Nasib baik isterinya ini ringan sahaja kalau tidak sudah
tentu dia tidak boleh berlama dengan ibunya dengan tangan yang mencempun tubuh
isterinya.
“ Hmm, yalah tu. Entah-entah sengaja
nak susahkan kamu. Dah pergi naik atas sana, rehat. Bini kamu tu bukan budak
kecil, boleh cempung sesuka hati. Mahu patah tangan kamu cempung bini kamu tu,”
ujar ibunya sambil memandang Aish yang ada kalanya membetulkan letak tangannya
di tubuh isterinya.
“ Hisy, ibu ni. Mana ada berat, ibu.
Ringan je ni. Nak cempung ibu pun Aish larat lagi ni,” seloroh Aish. Puan
Katijah hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum tawar.
“ Aish naik atas dulu, ibu.
Assalamualaikum, ibu,” ucap Aish dan berlalu menuju ke tingkat atas. Puan
Katijah hanya memandang sahaja kelibat anaknya yang semakin menghilang di
sebalik dinding.
Tubuh isterinya diletakkan di atas
katil. Seharian mereka tidak berehat. Balik sahaja dari berkelah, mereka pergi
ke majlis Sarah pula. Hari mereka penuh dengan aktiviti.
Aish membuka tuxedo yang membaluti
tubuhnya di hadapan meja solek. Wajahnya sempat dibelek seketika mencari jika
ada cacat cela diwajahnya. Kemudian, kemeja putih yang membalut tubuhnya
dicabut dari tubuh. Tuala yang tersedia di ampaian dicapai lalu dia melangkah
masuk ke dalam bilik air. Dia sempat berpaling seketika kepada isterinya.
Keisya mencelikkan matanya setelah
mendengar pintu bilik air ditutup dari dalam. Dia memandang kearah pintu bilik
air kemudian membetulkan hujung bajunya yang tersingkap menampakkan betisnya.
Dia bangun dari pembaringan dan duduk melunjur diatas katil. Sebenarnya sudah
lama dia sedar dari lena. Ketika Aish ingin mencempung tubuhnya, dia sudah
terjaga namun pening yang masih bersisa membuatkan dia merelakan sahaja
tindakan lelaki itu. Perbualan antara ibu mertuanya dan suaminya bermain-main
di pendengarannya.
“ Ibu buat solat sunat kejap tadi. Risau ibu fikir kamu tak
balik-balik lagi. Ni kenapa cempung bini kamu? Dia kan ada kaki boleh jalan
sendiri.”
“ Keisya terlelap dalam kereta tadi sebab migraine, ibu.
Aish tak nak ganggu lena dia sebab tu Aish cempung dia, ibu.”
“ Hmm, yalah tu. Entah-entah sengaja nak susahkan kamu. Dah
pergi naik atas sana, rehat. Bini kamu tu bukan budak kecil, boleh cempung
sesuka hati. Mahu patah tangan kamu cempung bini kamu tu.”
Dari perbualan ibu mertuanya dengan
suaminya baru dia sedar bahawa selama ini ibu mertuanya kurang senang dengan
dirinya. Dia mengeluh halus. Ah, lantak dia lah! Bukannya aku yang teringin nak
jadi menantu dia, anak dia tu yang terhegeh-hegeh dekat aku! Bentak hati Keisya
geram. Tangannya diramas-ramas antara satu sama lain dengan geram.
“ Eh, dah bangun dah,” tegur Aish
yang baru sahaja keluar dari bilik air hanya dengan tuala yang dililit
pinggang. Keisya yang melihat keadaan Aish pantas mengalihkan mata kearah lain.
“ Please, ambik baju you then pakai
dalam bilik air,” ujar Keisya dengan mata yang masih tidak memandang suaminya.
Malu rasanya melihat keadaan lelaki itu.
Aish diam tidak membalas. dia
tersenyum kecil dan mencapai bajunya di dalam almari. Apabila dia berpaling
kearah isterinya, dia lihat wanita itu sedang menumpukan perhatian kepadanya.
“ I know, I’am sexy. But please
don’t stare me like that. Malu abang,” kata Aish selamba dan ketawa kecil
apabila melihat raut wajah gadis itu berubah masam sambil membuat gaya hendak
termuntah.
“ Oh please! Badan sekeping macam
you tak ada maknanya seksi. Cermin diri dulu sebelum puji diri,” sindir Keisya
lalu memalingkan wajahnya kearah lain.
Aish membuat riak wajah terkejut.
Dia berjalan menuju ke meja solek dan melihat pantulan tubuhnya di cermin itu. Tangannya
memegang otot-otot yang timbul di badannya di hadapan Keisya. Kemudian dia
berpaling memandang wanita itu yang sedang memerhatikan tingkah lakunya.
“ I think you had eyes problem. Badan
yang berotot macam abang ni pun kata tak seksi lagi. You’re funny sayang.
Okeylah, abang nak salin baju dulu dalam bilik air. Kalau abang salin dekat
sini, takut ada yang tak tidur malam nanti,” kata Aish selamba lalu menuju ke
dalam bilik air. Tidak lama kemudian, kedengaran tawa yang pecah di dalam bilik
air.
Keisya mengeluh geram. Dia tidak
nafikan bentuk tubuh badan lelaki itu memang cantik. Cirri-ciri itu yang dia
inginkan pada setiap lelaki idamannya. Namun bukan Aish yang dia inginkan. Hanya
seorang sahaja yang dia inginkan dari dulu sehingga sekarang. Wajahnya tiba-tiba
sahaja bertukar mendung. Rantai pemberian si dia disentuhnya lembut. Dia dapat
merasakan bahawa lelaki itu begitu dekat dengan dirinya tatkala ini. Dan dia
yakin, dia akan bertemu kembali dengan lelaki itu..
p/s: okey guys… dah siap ILYH bab 6.
Sorry kerana lambat publish sebab cik writer tak banyak masa untuk siapkan.
Hope enjoy dengan cerita ni and plis rajin-rajinkan komen. insyaAllah komen tu
akan dijadikan semangat oleh saya. Love you guys..
Best sangat-2 tq.
ReplyDeletethanks baby mio..
DeleteBEST!..NEXT N3 PLZ..
ReplyDelete