Assalamualaikum… okeyyy…
dah ade dah smbungnnye…. But pndekkk je nih… so writer golongkan part yg ni dlm
bab 5 pt1 (writer ske men part-part ni)…after citer ni, insyaAllah writer smbg cerpen yg
trgendala….. so silelah bce… :D
Aish Ahsan memandu
tenang kereta BMW 5 Series menuju ke rumah ibu mertuanya. Sekali-sekala dia
mengalihkan pandangan kepada Keisya yang sedang enak bersandar sambil memandang
ke luar tingkap. Da perasan, sejak ‘persembahannya’ tamat di kawasan air terjun
itu, wanita itu kelihatan murung sahaja. Seperti ada masalah dan kerap mengeluh
sendirian. Huh! Kepalanya digaru kasar. Keretanya diberhentikan apabila lampu
trafik bertukar merah.
Keisya mengeluh lemah.
Aduh, lampu trafik pula. Perutnya diusap perlahan. Mencucuk sakit di bahagian
perutnya akibat menahan rasa untuk melepaskan ‘hajat’. Matanya mengerling
kearah Aish yang sedang membelek telefon manakala bibirnya terumat-amit
mengikut lirik lagu di radio. Duduknya dibetulkan. Rasa tidak selesa duduknya
dengan perut yang menekan-nekan. Eeee, cepatlah sampai rumah. Dia menarik nafas
dalam lalu dilepaskan perlahan. Peluh dahi dikesat menggunakan belakang tangan.
“ Are you okey?” tegur
Aish lalu menggerakkan kereta setelah lampu trafik bertukar hijau. Wajah resah Keisya
turut membuatkan hati dia resah.
Keisya mengetap
bibirnya apabila ditanya Aish. Tanpa sedar kepalanya menggeleng dengan mata
memandang sayu kearah Aish. Rasa-rasanya dia perlu mengarahkan Aish mencari
tandas untuknya tapi bibirnya kelu untuk berkata.
Aish menelan air liur.
Kenapa pula Keisya ni? Sakit ke? Demam? Datang bulan? Hatinya tertanya. Ah!
Tanya sahajalah dia. Apa susah.
“Can you tell me what’s
wrong with you right now? You look like uneasy,” tutur Aish lembut. Peluh yang
merenik di dahi Keisya membuatkan dia rasa ingin mengelap sahaja peluh itu.
Sebelah tangan mencapai tisu di dashboard lalu diserahkan kepada Keisya dengan
senyuman tipis dibibir.
Keisya memandang tisu
itu. Keningnya bertaut. Tidak memahami tindakan Aish yang memberinya tisu.
“ Take it. Lap peluh
dekat dahi tu,” ujar Aish dengan mata yang masih memandang jalan raya di
hadapan.
Teragak-agak Keisya
hendak mengambil tisu itu. Malu pula apabila lelaki itu perasan peluh yang
merenik di dahi. Ah! Aku bukan nak tisu aku nak tandas! Tandas! Namun, itu
semuanya hanya terbit di dalam hati. Dengan gopoh dahinya dikesat dengan tisu.
Berkerut dahi Aish
melihat Keisya yang agak kalut. Apa masalah wanita itu? Laparkah? Hatinya tertanya-tanya.
Kemudian keretanya dibelokkan memasuki Petronas untuk mengisi minyak. Sambil
itu, boleh dia membeli makanan untuk isterinya itu. Tengok tingkah gadis ini
seperti tidak lapar tapi… ah lantaklah!
Keisya menjerit riang
di dalam hati. Yes! Akhirnya masuk ke Petronas. Boleh pergi tandas. Hatinya berkata
riang. Perutnya yang semakin memulas itu perlu diselesaikan segera.
Aish mematikan enjen
setelah memasuki ruang untuk mengisi minyak. Dia memandang isterinya yang
sedang terjengah-jengah dari luar tingkap kereta. Dia mengeluh. Apahal pulak ni
terjengah-jengah? Keisya, Keisya.. Ada je tingkah Keisya yang pelik untuk
abang. Bibirnya menguntum senyuman kecil sebelum bertanya.
“ Sayang, can you
please tell me, what’s wrong with you? Are you hungry? If you are, I’ll buy for
you some food,” ujar Aish. Dia memadang Keisya meminta penjelasan. Wanita itu
hanya memandangnya kemudian ketap bibir.
“ Errr, actually, I.. I
nak ke ladies,” jawab Keisya dengan peluh yang semakin merenik di dahi sambil
menekan-nekan perutnya. Sakit betul perut dia tatkala ini. Isi di dalam
perutnya benar-benar minta ‘dikeluarkan’.
Aish terlopong. Itu je ke?
Nak ke tandas? Eee dia ni, kenapalah tak cakap, dah sakit perut macam tu, masih
berdiam diri lagi. Rungut Aish geram. Matanya memaku kearah wajah Keisya yang
agak pucat. Tangannya menyentuh lembut tangan Keisya. Sejuk tangan itu. Kemudian
beralih kepada pipi wanita itu.
“ Itu je ke sayang? I
thought you’re hungry. Pergilah. Tapi hati-hati,” ujar Aish. Pintu kereta
tempat duduk isterinya dibuka dari tempat duduknya. Keisya pantas keluar dari
kereta itu. Laju kakinya melangkah menuju ke tandas. Harap tak ramai orang!
Aish ketawa geli hati
melihat Keisya yang agak kalut. Wanita itu sungguh banyak personalitinya.
Kalut, cepat marah, cepat terasa dan manja. itu semua sikap wanita
kesayangannya. Macam chameleon pun ada. Dia tegelak kecil mengenangkan sikap
Keisya. Tetapi sungguh dia bahagia.
Keisya berjalan lemah
menuju kearah kereta Aish. Dia nampak bayang Aish yang sedang menunggunya di
dalam kereta. Dia mengeluh lemah. Patutlah tadi perutnya memulas, rupa-rupanya
red flag. Sudahlah tuala wanita di rumahnya sudah kehabisan stok.
“ Macam mana? Dah lega
sikit?” tanya Aish bersama senyuman nakal di bibir. Keisya menjeling geram
kepada Aish. Mamat ni, suka sangat kacau mood aku.
“ Hmm, dah okey. Errr Aish.”
“ Yup, Keisya,” sahut
Aish lalu memandu keretanya keluar dari Petronas mengharungi jalan raya. Dia
menjeling sekilas kpada Keisya. Tak boleh jeling lama-lama, takut lain pula
jadinya.
“ Errr, nanti singgah shopping
mall okey. I nak beli barang,” ujar Keisya sambil memandang Aish yang tenang
memandu. Dia hendak membeli tuala wanita untuk dirinya. Di dalam beg tangannya
tadi tinggal satu pek kecil tuala wanita. Itu pun telah dia gunakan ketika di
Petronas tadi.
“ Nak beli barang apa?”
tanya Aish dengan dahi yang berkerut. Kalau boleh dia ingin balik terus,
berehat. Malas untuk singgah mana-mana.
Keisya terdiam
mendengar pertanyaan Aish. Takkan nak cakap beli ‘benda alah’ tu kut? Aish yang
sedang tenang memandu dipandang. Bibirnya diketap seketika.
“ Errr, I want to buy something important for woman,”
jawab Keisya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aish mengerutkan
dahinya. Something important for woman? Dia cuba memikirkan barang-barang yang
penting bagi perempuan. Tapi, semua barang penting bagi perempuan. Huhuhu.
Setelah beberapa minit berdiam, Aish sudah dapat mengagak apa yang ingin gadis
itu beli. Kalau dia nak beli ‘benda alah’ tu, maksudnya dia tengah ‘datang
planet’ lah ni! Melepas aku.
Keisya memandang Aish
yang dari tadi asyik mengeluh dan ada kalanya lelaki itu memandangnya dengan
kecewa. Apahal pulak mamat ni? Tak kan dia pun red flag macam aku jugak kut.
Namun dia hanya berdiam diri sambil memerhati tingkah laku Aish.
“ Keisya, did you want
to buy errr… are you period right now?” tanya Aish lurus tanpa rasa bersalah.
Keisya rasa nak
terbalik ke belakang sahaja mendengar pertanyaan Aish. Rasa nak hempuk sahaja
kepala lelaki itu. Pipinya sudah naik merah bagaikan memakai blusher cat merah.
Aish disebelahnya dijeling tajam. Mamat ni pun satu, main lepas je cakap.
Melihat wanita itu yang
diam tidak menjawab sudah cukup memberi jawapan kepadanya. Dia mengeluh.
Mengeluh atas dasar apa? dia pun tidak tahu. Nak katakan dia kecewa, selama ini
dia selalu kecewa. Dia menjeling Keisya sekilas. Dia perasan pipi gadis itu
kemerah-merahan dan agak resah. Dia lihat gadis itu seperti tidak selesa.
Barangkali kerana datang bulan atau kata-katanya yang terlepas tadi. Akhirnya perjalanan
mereka senyap begitu melainkan deejay yang asyik berceloteh ‘hentah-hape-hape’
di udara.
Keisya membelek setiap
jenis tuala wanita yang berada di ruangan pusat beli belah itu. Matanya mencari
jenama yang selalu digunakannya tetapi tidak dijumpainya juga. Mana ni? Takkanlah
laku sangat sampai tak ada ni? Hatinya menggerutu. Pek tuala wanita berjenama
Kotex itu dicapainya. Saiz dan ciri-ciri tuala wanita itu dibeleknya.setiap kali
dia datang bulan, pasti dia memakai tuala wanita yang bersaiz maksimum. Konon-kononnya
agar tahan lama dan tidak ‘bocor’.
Keisya meliarkan
mata-matanya mencari kelibat suaminya. Dia yang menyuruh suaminya pergi menjauh
ke tempat lain kerana malu apabila lelaki itu ingin mengekorinya sehingga ke
ruangan ini. Walaupun dia sedar, sudah berpuluh kali lelaki itumelihat tuala
wanita ini. Sebelum mereka berpecah, Aish sempat berkata bahwa dia pergi ke
bahagian kasut. Lelaki dan kasut, langsung tidak dapat dipisahkan!
“ Ehem, cari siapa tu?”
tegur satu suara di sisinya. Tersentak Keisya apabila ditegur sebegitu. Dia memandang
seseorang yang tegak berdiri di sisinya. Dia mengeluh nafas halus apabila wajah
Kamil terpampang di hadapan mukanya sambil menayang senyuman yang menggugat
hati wanita.
“ You buat apa dekat
sini?” tanya Keisya sambil matanya diliar-liarkan. Mana tahu, kelibat suaminya
berada di sekitar situ. Tempat dia berdiri bersama Kamil ini agak tersorok di
ruangan yang menempatkan tuala wanita. Matanya memandang Kamil yang selamba
membelek tuala wanita.
“ I saja jalan-jalan
dekat sini. Tenangkan hati I selepas wedding you” ujar Kamil bersama senyuman
kelat di bibir. Dia tidak pasti adakah wanita itu nampak penderitaan htinya
ini.
Keisya mengeluh halus
mendengar kata-kata Kamil. Lelaki ini seperti tidak serik untuk mengejarnya
padahal dulu perempuan bagaikan lampin pakai buang baginya.
“ Oh, tenangkan
fikiran. So, dah tenang?” tanya Keisya bersama sindiran untuk Kamil. Kamil
mengeluh. Tangannya diletakkan ke dada. Matanya dipejam seketika sambil berkata
“ Hanya dia yang mampu memberikan ketenangan, hanya dia yang mampu memberikan
kedamaian. Hanya dia yang bernama Keisya Farina.”
Keisya terkaku mendengar
bicara lelaki itu. Bersungguh-sungguh lelaki itu melafazkannya tetapi semua itu
tidak memberi kesan kepadanya. Dari dulu hingga sekarang, hanya ‘dia’ sahaja
yang mampu bertakhta di hatinya.
“ You ni
pula. Teringatkan I atau suami you tu?” tanya Kamil bersama sindiran. Sungguh dia
cemburu dengan kisah hidup Aish Ahsan. Hidup lelaki itu sungguh bertuah. Sejak zaman
university lagi, banyak kelebihan yang Aish peroleh termasuklah memperoleh
wanita di hadapannya ini, cinta pertamanya.
Keisya mengeluh halus. “
Kalau I ingatka dia , you susah ke?” tanya Keisya sambil meneruskan pencariannya
terhadap tuala wanita. Satu pek tuala wanita jenama Kotex sudah berada di
tangannya tetapi dia ingin mencari jenama lain pula.
Kamil ketawa mendengar
kata-kata wanita itu. “ I tak susah,
Keisya. Tapi macam mana you nak ingatkan dia, kalau dalam hati you ni I tahu
tak ada Aish?” balas Kamil selamba. Tangannya dengan selamba mencapai pek tuala
wanita yang berada di tangan Keisya. Dibelek-beleknya membaca setiap apa yag
tertera di pek itu.
Keisya terdiam, terkedu
dan pelbagai ‘ter’ lagi. Kata-kata lelaki itu seolah-olah Kamil sudah dapat
mengetahui dalam hatinya ada insan yang bertakhta selain suaminya. Keisya cuba
beriak tenang. Wajah Kamil yang asyik membaca setiap perkataan yang tertera di
pek tuala wanita itu, dipandang tajam. Entah apa yang dibacanya pun dia tidak tahu.
“ Apa maksud you?”
tanya Keisya sambil mencapai semula pek tuala wanita itu dari tangan Kamil.
Kamil mengalihkan pandangan kearahnya sambil mencuit manja hidung Keisya. Wanita
itu menepis kasar tangan lelaki itu. Eleh, dulu bukan main tak kisah kalau
lelaki lain sentuh, sekrang dah berubah pulak! Getus hati lelaki Kamil.
“ Maksud I, dalam hati
you tak ada nama Aish. Masih kosong tanpa sebarang nama. Tapi mungkin suatu
hari nanti, nama I yang menjadi penghuni dalam hati you,” jawab Kamil
bersungguh-sungguh.
Keisya ketawa sinis
mendengar kata-kata lelaki itu. Untung lelaki itu tidak tahu bahawa hatinya
sudah berpenghuni.
“ Stop dream on, Kamil.
Jangan nak berangan di siang hari,” balas Keisya sambil ingin berlalu pergi dari
ruangan itu menuju ke kaunter bayaran. Tapi tangan lelaki itu pantas memaut
pinggangnya.
“ You are my first
love. Jika I dah jatuh cinta, Keisya, I akan pastikan you jadi milik I walau
dalam apa cara sekalipun,” ujar Kamil perlahan bercampur tegas. Keisya kaku
dalam pelukan Kamil. Masih terkejut dengan tindakan lelaki itu.
“ Macam mana kau nak miliki
dia, kalau dah terang lagi bersuluh, dia milik mutlak aku?” satu suara garau
yang berhampiran dengan mereka membuatkan Kamil dan keisya tersentak. Keisya
pantas melepaskan pelukan Kamil apabia melihat renungan tajam Aish kepada
mereka berdua. Suaminya itu melangkah mendekati mereka berdua dengan raut wajah
tegang. Keisya kusut. Kehadiran dua orang laki ini dalam hidupnya benar-benar
membuatkan dia kusut.
Kamil ketawa sinis. Menyakitkan
hati Aish yang mendengar. Dia merapatkan tubuhnya denga Aish. Tangannya menumbuk
dada Aish kasar sambil berkata “ The best man win, bro!” Aish mengetap bibir. Matanya
merenung tajam Kamil. Rasa ingin bagi penumbuk sahaja dekat wajah perasan kacak
ini.
Keisya yang melihat renungan
tajam Aish pantas menarik Aish agar berlalu dari situ. Dia tidak mahu sesuatu
yang lain pula terjadi. Walaupun Aish sentiasa mempamerkan riak tenang, tapi
siapa tahu di hatinya. Aish mengikut gerak langkah isterinya namun matanya
masih kepada isterinya. Renungan tajam itu dibalas oleh Kamil bagaikan amaran
baginya. Aish mengeluh kasar.
Keisya mengeluh halus. Dia
memandang Aish yang sedang membayar di kaunter. Rantai yang masih setia di
lehernya disentuh. Banyak kenangan yang tersimpan di dalam rantai ini. Pahit,
manis, tawar, payau semua rasa itu bergabung bagi membentuk kenangan dengan
rantai ini. Sekuat mana Aish dan Kamil merebutnya, hatinya sudah direbut dahulu
oleh seorang lelaki yang mampu membahagiakan dia. Dia memejamkan matanya.
Seolah-olah merasakan aura lelaki itu sedang berada dekat dengannya.
p/s: okey… dah smbung
crite ILYH… huhuhuu… rushing writer siapkn citer ni.. writer pnyer aktiviti
padat wktu cuti nih so lpe sketika pd blog ku yg stia mnnti… hehe
Ok .
ReplyDelete