Thursday 29 November 2012

I Love You, Hubby! 5 pt 1


Assalamualaikum… okeyyy… dah ade dah smbungnnye…. But pndekkk je nih… so writer golongkan part yg ni dlm bab 5 pt1 (writer ske men part-part ni)…after citer ni, insyaAllah writer smbg cerpen yg trgendala.. so silelah bce… :D

Aish Ahsan memandu tenang kereta BMW 5 Series menuju ke rumah ibu mertuanya. Sekali-sekala dia mengalihkan pandangan kepada Keisya yang sedang enak bersandar sambil memandang ke luar tingkap. Da perasan, sejak ‘persembahannya’ tamat di kawasan air terjun itu, wanita itu kelihatan murung sahaja. Seperti ada masalah dan kerap mengeluh sendirian. Huh! Kepalanya digaru kasar. Keretanya diberhentikan apabila lampu trafik bertukar merah.

Keisya mengeluh lemah. Aduh, lampu trafik pula. Perutnya diusap perlahan. Mencucuk sakit di bahagian perutnya akibat menahan rasa untuk melepaskan ‘hajat’. Matanya mengerling kearah Aish yang sedang membelek telefon manakala bibirnya terumat-amit mengikut lirik lagu di radio. Duduknya dibetulkan. Rasa tidak selesa duduknya dengan perut yang menekan-nekan. Eeee, cepatlah sampai rumah. Dia menarik nafas dalam lalu dilepaskan perlahan. Peluh dahi dikesat menggunakan belakang tangan.

“ Are you okey?” tegur Aish lalu menggerakkan kereta setelah lampu trafik bertukar hijau. Wajah resah Keisya turut membuatkan hati dia resah.

Keisya mengetap bibirnya apabila ditanya Aish. Tanpa sedar kepalanya menggeleng dengan mata memandang sayu kearah Aish. Rasa-rasanya dia perlu mengarahkan Aish mencari tandas untuknya tapi bibirnya kelu untuk berkata.

Aish menelan air liur. Kenapa pula Keisya ni? Sakit ke? Demam? Datang bulan? Hatinya tertanya. Ah! Tanya sahajalah dia. Apa susah.

“Can you tell me what’s wrong with you right now? You look like uneasy,” tutur Aish lembut. Peluh yang merenik di dahi Keisya membuatkan dia rasa ingin mengelap sahaja peluh itu. Sebelah tangan mencapai tisu di dashboard lalu diserahkan kepada Keisya dengan senyuman tipis dibibir.

Keisya memandang tisu itu. Keningnya bertaut. Tidak memahami tindakan Aish yang memberinya tisu.

“ Take it. Lap peluh dekat dahi tu,” ujar Aish dengan mata yang masih memandang jalan raya di hadapan.
Teragak-agak Keisya hendak mengambil tisu itu. Malu pula apabila lelaki itu perasan peluh yang merenik di dahi. Ah! Aku bukan nak tisu aku nak tandas! Tandas! Namun, itu semuanya hanya terbit di dalam hati. Dengan gopoh dahinya dikesat dengan tisu.

Berkerut dahi Aish melihat Keisya yang agak kalut. Apa masalah wanita itu? Laparkah? Hatinya tertanya-tanya. Kemudian keretanya dibelokkan memasuki Petronas untuk mengisi minyak. Sambil itu, boleh dia membeli makanan untuk isterinya itu. Tengok tingkah gadis ini seperti tidak lapar tapi… ah lantaklah!
Keisya menjerit riang di dalam hati. Yes! Akhirnya masuk ke Petronas. Boleh pergi tandas. Hatinya berkata riang. Perutnya yang semakin memulas itu perlu diselesaikan segera.

Aish mematikan enjen setelah memasuki ruang untuk mengisi minyak. Dia memandang isterinya yang sedang terjengah-jengah dari luar tingkap kereta. Dia mengeluh. Apahal pulak ni terjengah-jengah? Keisya, Keisya.. Ada je tingkah Keisya yang pelik untuk abang. Bibirnya menguntum senyuman kecil sebelum bertanya.
Sayang, can you please tell me, what’s wrong with you? Are you hungry? If you are, I’ll buy for you some food,” ujar Aish. Dia memadang Keisya meminta penjelasan. Wanita itu hanya memandangnya kemudian ketap bibir.

Errr, actually, I.. I nak ke ladies,” jawab Keisya dengan peluh yang semakin merenik di dahi sambil menekan-nekan perutnya. Sakit betul perut dia tatkala ini. Isi di dalam perutnya benar-benar minta ‘dikeluarkan’.

Aish terlopong. Itu je ke? Nak ke tandas? Eee dia ni, kenapalah tak cakap, dah sakit perut macam tu, masih berdiam diri lagi. Rungut Aish geram. Matanya memaku kearah wajah Keisya yang agak pucat. Tangannya menyentuh lembut tangan Keisya. Sejuk tangan itu. Kemudian beralih kepada pipi wanita itu.

“ Itu je ke sayang? I thought you’re hungry. Pergilah. Tapi hati-hati,” ujar Aish. Pintu kereta tempat duduk isterinya dibuka dari tempat duduknya. Keisya pantas keluar dari kereta itu. Laju kakinya melangkah menuju ke tandas. Harap tak ramai orang!
Aish ketawa geli hati melihat Keisya yang agak kalut. Wanita itu sungguh banyak personalitinya. Kalut, cepat marah, cepat terasa dan manja. itu semua sikap wanita kesayangannya. Macam chameleon pun ada. Dia tegelak kecil mengenangkan sikap Keisya. Tetapi sungguh dia bahagia.

Keisya berjalan lemah menuju kearah kereta Aish. Dia nampak bayang Aish yang sedang menunggunya di dalam kereta. Dia mengeluh lemah. Patutlah tadi perutnya memulas, rupa-rupanya red flag. Sudahlah tuala wanita di rumahnya sudah kehabisan stok.

“ Macam mana? Dah lega sikit?” tanya Aish bersama senyuman nakal di bibir. Keisya menjeling geram kepada Aish. Mamat ni, suka sangat kacau mood aku.

“ Hmm, dah okey. Errr Aish.”
“ Yup, Keisya,” sahut Aish lalu memandu keretanya keluar dari Petronas mengharungi jalan raya. Dia menjeling sekilas kpada Keisya. Tak boleh jeling lama-lama, takut lain pula jadinya.
Errr, nanti singgah shopping mall okey. I nak beli barang,” ujar Keisya sambil memandang Aish yang tenang memandu. Dia hendak membeli tuala wanita untuk dirinya. Di dalam beg tangannya tadi tinggal satu pek kecil tuala wanita. Itu pun telah dia gunakan ketika di Petronas tadi.
“ Nak beli barang apa?” tanya Aish dengan dahi yang berkerut. Kalau boleh dia ingin balik terus, berehat. Malas untuk singgah mana-mana.

Keisya terdiam mendengar pertanyaan Aish. Takkan nak cakap beli ‘benda alah’ tu kut? Aish yang sedang tenang memandu dipandang. Bibirnya diketap seketika.

Errr,  I want to buy something important for woman,” jawab Keisya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aish mengerutkan dahinya. Something important for woman? Dia cuba memikirkan barang-barang yang penting bagi perempuan. Tapi, semua barang penting bagi perempuan. Huhuhu. Setelah beberapa minit berdiam, Aish sudah dapat mengagak apa yang ingin gadis itu beli. Kalau dia nak beli ‘benda alah’ tu, maksudnya dia tengah ‘datang planet’ lah ni! Melepas aku.

Keisya memandang Aish yang dari tadi asyik mengeluh dan ada kalanya lelaki itu memandangnya dengan kecewa. Apahal pulak mamat ni? Tak kan dia pun red flag macam aku jugak kut. Namun dia hanya berdiam diri sambil memerhati tingkah laku Aish.

Keisya, did you want to buy errr… are you period right now?” tanya Aish lurus tanpa rasa bersalah.
Keisya rasa nak terbalik ke belakang sahaja mendengar pertanyaan Aish. Rasa nak hempuk sahaja kepala lelaki itu. Pipinya sudah naik merah bagaikan memakai blusher cat merah. Aish disebelahnya dijeling tajam. Mamat ni pun satu, main lepas je cakap.

Melihat wanita itu yang diam tidak menjawab sudah cukup memberi jawapan kepadanya. Dia mengeluh. Mengeluh atas dasar apa? dia pun tidak tahu. Nak katakan dia kecewa, selama ini dia selalu kecewa. Dia menjeling Keisya sekilas. Dia perasan pipi gadis itu kemerah-merahan dan agak resah. Dia lihat gadis itu seperti tidak selesa. Barangkali kerana datang bulan atau kata-katanya yang terlepas tadi. Akhirnya perjalanan mereka senyap begitu melainkan deejay yang asyik berceloteh ‘hentah-hape-hape’ di udara.

Keisya membelek setiap jenis tuala wanita yang berada di ruangan pusat beli belah itu. Matanya mencari jenama yang selalu digunakannya tetapi tidak dijumpainya juga. Mana ni? Takkanlah laku sangat sampai tak ada ni? Hatinya menggerutu. Pek tuala wanita berjenama Kotex itu dicapainya. Saiz dan ciri-ciri tuala wanita itu dibeleknya.setiap kali dia datang bulan, pasti dia memakai tuala wanita yang bersaiz maksimum. Konon-kononnya agar tahan lama dan tidakbocor’.

Keisya meliarkan mata-matanya mencari kelibat suaminya. Dia yang menyuruh suaminya pergi menjauh ke tempat lain kerana malu apabila lelaki itu ingin mengekorinya sehingga ke ruangan ini. Walaupun dia sedar, sudah berpuluh kali lelaki itumelihat tuala wanita ini. Sebelum mereka berpecah, Aish sempat berkata bahwa dia pergi ke bahagian kasut. Lelaki dan kasut, langsung tidak dapat dipisahkan!

“ Ehem, cari siapa tu?” tegur satu suara di sisinya. Tersentak Keisya apabila ditegur sebegitu. Dia memandang seseorang yang tegak berdiri di sisinya. Dia mengeluh nafas halus apabila wajah Kamil terpampang di hadapan mukanya sambil menayang senyuman yang menggugat hati wanita.

“ You buat apa dekat sini?” tanya Keisya sambil matanya diliar-liarkan. Mana tahu, kelibat suaminya berada di sekitar situ. Tempat dia berdiri bersama Kamil ini agak tersorok di ruangan yang menempatkan tuala wanita. Matanya memandang Kamil yang selamba membelek tuala wanita.
“ I saja jalan-jalan dekat sini. Tenangkan hati I selepas wedding you” ujar Kamil bersama senyuman kelat di bibir. Dia tidak pasti adakah wanita itu nampak penderitaan htinya ini.
Keisya mengeluh halus mendengar kata-kata Kamil. Lelaki ini seperti tidak serik untuk mengejarnya padahal dulu perempuan bagaikan lampin pakai buang baginya.

“ Oh, tenangkan fikiran. So, dah tenang?” tanya Keisya bersama sindiran untuk Kamil. Kamil mengeluh. Tangannya diletakkan ke dada. Matanya dipejam seketika sambil berkata “ Hanya dia yang mampu memberikan ketenangan, hanya dia yang mampu memberikan kedamaian. Hanya dia yang bernama Keisya Farina.”
Keisya terkaku mendengar bicara lelaki itu. Bersungguh-sungguh lelaki itu melafazkannya tetapi semua itu tidak memberi kesan kepadanya. Dari dulu hingga sekarang, hanya ‘dia’ sahaja yang mampu bertakhta di hatinya.

“ You ni termenung pula. Teringatkan I atau suami you tu?” tanya Kamil bersama sindiran. Sungguh dia cemburu dengan kisah hidup Aish Ahsan. Hidup lelaki itu sungguh bertuah. Sejak zaman university lagi, banyak kelebihan yang Aish peroleh termasuklah memperoleh wanita di hadapannya ini, cinta pertamanya.
Keisya mengeluh halus. “ Kalau I ingatka dia , you susah ke?” tanya Keisya sambil meneruskan pencariannya terhadap tuala wanita. Satu pek tuala wanita jenama Kotex sudah berada di tangannya tetapi dia ingin mencari jenama lain pula.

Kamil ketawa mendengar kata-kata wanita itu. “  I tak susah, Keisya. Tapi macam mana you nak ingatkan dia, kalau dalam hati you ni I tahu tak ada Aish?” balas Kamil selamba. Tangannya dengan selamba mencapai pek tuala wanita yang berada di tangan Keisya. Dibelek-beleknya membaca setiap apa yag tertera di pek itu.

Keisya terdiam, terkedu dan pelbagai ‘ter’ lagi. Kata-kata lelaki itu seolah-olah Kamil sudah dapat mengetahui dalam hatinya ada insan yang bertakhta selain suaminya. Keisya cuba beriak tenang. Wajah Kamil yang asyik membaca setiap perkataan yang tertera di pek tuala wanita itu, dipandang tajam. Entah apa yang dibacanya pun dia tidak tahu.

“ Apa maksud you?” tanya Keisya sambil mencapai semula pek tuala wanita itu dari tangan Kamil. Kamil mengalihkan pandangan kearahnya sambil mencuit manja hidung Keisya. Wanita itu menepis kasar tangan lelaki itu. Eleh, dulu bukan main tak kisah kalau lelaki lain sentuh, sekrang dah berubah pulak! Getus hati lelaki Kamil.

Maksud I, dalam hati you tak ada nama Aish. Masih kosong tanpa sebarang nama. Tapi mungkin suatu hari nanti, nama I yang menjadi penghuni dalam hati you,” jawab Kamil bersungguh-sungguh.
Keisya ketawa sinis mendengar kata-kata lelaki itu. Untung lelaki itu tidak tahu bahawa hatinya sudah berpenghuni.

“ Stop dream on, Kamil. Jangan nak berangan di siang hari,” balas Keisya sambil ingin berlalu pergi dari ruangan itu menuju ke kaunter bayaran. Tapi tangan lelaki itu pantas memaut pinggangnya.

“ You are my first love. Jika I dah jatuh cinta, Keisya, I akan pastikan you jadi milik I walau dalam apa cara sekalipun,” ujar Kamil perlahan bercampur tegas. Keisya kaku dalam pelukan Kamil. Masih terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“ Macam mana kau nak miliki dia, kalau dah terang lagi bersuluh, dia milik mutlak aku?” satu suara garau yang berhampiran dengan mereka membuatkan Kamil dan keisya tersentak. Keisya pantas melepaskan pelukan Kamil apabia melihat renungan tajam Aish kepada mereka berdua. Suaminya itu melangkah mendekati mereka berdua dengan raut wajah tegang. Keisya kusut. Kehadiran dua orang laki ini dalam hidupnya benar-benar membuatkan dia kusut.

Kamil ketawa sinis. Menyakitkan hati Aish yang mendengar. Dia merapatkan tubuhnya denga Aish. Tangannya menumbuk dada Aish kasar sambil berkata “ The best man win, bro!” Aish mengetap bibir. Matanya merenung tajam Kamil. Rasa ingin bagi penumbuk sahaja dekat wajah perasan kacak ini.

Keisya yang melihat renungan tajam Aish pantas menarik Aish agar berlalu dari situ. Dia tidak mahu sesuatu yang lain pula terjadi. Walaupun Aish sentiasa mempamerkan riak tenang, tapi siapa tahu di hatinya. Aish mengikut gerak langkah isterinya namun matanya masih kepada isterinya. Renungan tajam itu dibalas oleh Kamil bagaikan amaran baginya. Aish mengeluh kasar.

Keisya mengeluh halus. Dia memandang Aish yang sedang membayar di kaunter. Rantai yang masih setia di lehernya disentuh. Banyak kenangan yang tersimpan di dalam rantai ini. Pahit, manis, tawar, payau semua rasa itu bergabung bagi membentuk kenangan dengan rantai ini. Sekuat mana Aish dan Kamil merebutnya, hatinya sudah direbut dahulu oleh seorang lelaki yang mampu membahagiakan dia. Dia memejamkan matanya. Seolah-olah merasakan aura lelaki itu sedang berada dekat dengannya.

p/s: okey… dah smbung crite ILYH… huhuhuu… rushing writer siapkn citer ni.. writer pnyer aktiviti padat wktu cuti nih so lpe sketika pd blog ku yg stia mnnti… hehe

1 comment: