Thursday 15 November 2012

I Love You, Hubby! 4

Assalamualaikum... nah! ambek ni, baca. okey.. ILYH bab 4 dh update.... ske x? ske x? hehehehee....


Keisya sedang duduk di atas batu hitam besar di tepi air terjun itu. Nyaman sungguh keadaan di tempat perkelahan itu walaupun ramai orang yang sedang berkelah di sini. Dia menundukkan sedikit tubuhnya lalu kaki seluarnya dinaikkan sedikit ke atas. Terserlah terus betisnya yag putih lagi gebu. Perlahan-lahan dia cuba memasukkan kakinya ke dalam air yang sejuk itu. Keisya ketawa riang. Rasa jakun pula ketika menikmati kedinginan air terjun ini apabila sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke dalam air terjun.

“Seronok?” Keisya memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat gerangan orang yang menegurnya. Mati terus senyuman di bibir. Apabila sudah mengenal pasti orangnya, lantas dia memalingkan semula wajahnya menghadap orang ramai yang sedang bermandi-manda. Pertanyaan orang itu langsung tidak dibalas.

Aish tersenyum nipis melihat kedinginan isterinya. Sedikit terasa dengan kedinginan wanita itu. Namun, dia sudah sedia maklum dengan sikap isterinya itu. Matanya jatuh pula kearah batu besar di sisi Keisya. Selamba sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas batu besar itu. Wajah Keisya dipandangnya dari sisi.Nampak tenang sahaja wajah itu seperti sedang melayan perasaan.

“ Tak sia-siakan kita datang tempat ni? Tempat ni sejuk, nyaman dan cantik. Kalau ambil gambar sebagai kenangan dekat sini, tentu cantikkan, sayang?” tanya Aish sambil tersenyum ceria. Dia memandang Keisya dan berharap wanita itu membalas kata-katanya. Namun, hanya hampa sahaja yang dia temui. Wanita itu tidak mengendahkan langsung kata-katanya. Sungguh dia seperti bercakap dengan batu sahaja.

“ Tempat ni tenang dan cantik, sesuai dengan keadaan sayang ni. Dekat sini sayang tetap cantik dan dekat sini sayang tenang. Sejuk hati abang tengok,” ujar Aish ikhlas. Sungguh, dia berasa damai sahaja menghadap raut wajah isterinya yang tenang dan tidak marah-marah.

“ You jangan nak sindirlah I lah Aish. Mentang-mentanglah I dekat rumah tak macam sekarang,” balas Keisya geram. Dia agak terasa dengan kata lelaki itu Bagaikan disindir sahaja.
Aish tersenyum mendengar balasan dari isterinya. Dia tahu gadis itu agak terasa tapi dia tiada niat untuk menyindir. Kaki seluarnya dilipat dan dinaikkan keatas. Kakinya dimasukkan ke dalam air terjun itu. Matanya dipejamkan seketika menikmati kesejukan air terjun itu.

“ Ada suara pun isteri abang untuk bersuara. Ingatkan tadi abang bercakap seorang diri,” seloroh Aish.
Keisya menjeling tajam Aish di sisinya. Sejak bila pulak mamat ni pandai berseloroh ni? Selalunya cakap mengalahkan ustaz tapi lain pulak sekarang. Pelik! Memang dasar lelaki pelik!

“ You boleh tak jangan nak sindir I lagi? I rimas tahu,” ujar Keisya bengang. Sakit hatinya apabila lelaki itu mengganggu ketenteramannya. Ingin sahaja dia menghalau lelaki itu dari sisinya. Sudahlah dia terikat dengan lelaki ni, mungkin sampai bila-bila bersama dengan lelaki ni. Ah! Dia tidak mahu! Dia tidak mencintai lelaki ini. Dia tidak akan mengkhianati cintanya bersama ‘si dia’.

“ Sayang, abang ni teruk sangat ke dekat mata sayang?” tanya Aish ingin tahu. Dia ingin tahu sekali apa sebab isterinya seperti sukar sekali menerima cintanya. Sedangkan,hatinya ini begitu ‘mahal’ untuk diberi kepada sembarangan wanita.
Keisya terkedu mendengar pertanyaan suaminya. Rasa panas punggungnya duduk lama-lama di samping suaminya. Senyuman sinis bergayut di bibirnya. Wajah Aish di sisi yang ralit merenungnya dikerling sekilas.

“ Kenapa baru sekarang you nak tanya? Kenapa tak tanya dari dahulu lagi?” tanya Keisya sinis. Selepas aku terikat dengan kau, baru nak tanya! Getus hati Keisya.

“ Sebab abang sudah tahu jawapannya dari dahulu lagi. Abang di hadapan mata sayang sungguh banyak cacat celanya. Tapi sayang di mata abang, tidak ubah seperti bidadari yang diturunkan Allah untuk abang sebagai pendamping dan kekuatan abang. You’re my strength. My heart is yours and you’re mine.  You the only one can flutter my heart easily,” ujar Aish romantis tanpa mata beralih daripada memandang isterinya. Sudah dia tanamkan di dalam hati, hanya wajah itu yang dia ingin sentiasa bermain di hadapan mata. Sungguh dia amat mencintai wanita itu walaupun dirinya tidak menafikan keburukan isterinya. Dia bukan buta untuk menilai tapi dia yakin, dia boleh merubah diri gadis itu. Dengan izin Allah dan berkat usahanya, tiada yang mustahil.

Keisya terpana mendengar ayat-ayat itu. Sungguh indah bicara lelaki itu. Tetapi lebih indah jika ‘si dia’ yang melafazkannya. Matanya terasa panas pantas dia menundukkan kepalanya. Seboleh-boleh dia cuba mengusir perasaan halus yang ingin mengalir ke suatu yang tempat yang sudah ada ‘pemiliknya’. Kepalanya diangkat semula. Matanya dialihkan kepada Aish yang tidak jemu-jemu memandangnya. Dia rimas dengan perkara itu.

“ Okey. Fine. I tak nak dengar apa-apa dari mulut you and don’t you dare to say I’am yours. It will never be! Never, Aish,” ujar Keisya agak keras lalu bangun berdiri di atas batu itu. Badannya dihadapkan kearah Aish. Mata kuyu Aish yang sedang merenungnya lembut dibalas dengan jelingan. Dia benci dengan setiap perkara tentang suaminya. Tiada apa yang istimewa baginya. Hanya reti menyusahkan hidupnya yang sudah sedia bercelaru itu.
Aish mengeluh halus. Hatinya pedih tersiat-siat mendengar kata-kata itu. Kalau telinga ini diberikan pilihan, sudah pasti banyak darah yang keluar. Dia turut bangun dan berdiri diatas batu di samping isterinya. Keisya menjauhkan sedikit tubuhnya apabila Aish berdiri agak hampir dengannya.

“ Kalau begitu, izinkan abang melafazkan cinta sepanjang bersama dengan sayang,” pinta Aish lembut. Tangan Keisya yang sedang memeluk tubuh dicapainya. Tangan halus itu digenggam erat bersama mata yang asyik merenung isterinya. Sungguh,dia lemah. Dia lemah berhadapan dengan isterinya. Bibirnya pasti asyik sekali melafazkan ayat-ayat cinta padahal langsung tidak diendahkan oleh Keisya.

Keisya kaku. Permintaan suaminya membuatkan dia menelan air liur. Sebagai manusia biasa yang dikurniakan perasaan yang indah, pasti dia tidak akan bertahan lama jika si suami sering melafazkan ayat cinta. Lebih baik dia cegah sebelum terlambat. Dia tidak mahu lebur di hadapan suaminya. Ada seseorang yang sudah menanti lama dirinya ini. Dia pasti itu!
“ You can’t and I don’t want to hear it from you forever,” ujar Keisya tegas. Perkataan ‘forever’ sengaja ditekannya kuat. Matanya memanah tajam Aish. Tangannya pantas ditarik  dari genggaman lelaki itu. Akhirnya pegangan mereka terlerai namun tubuh Keisya yang tidak stabil membuatkan wanita itu hampir tercebur ke dalam air terjun Namun, Aish yang sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan pantas menarik pinggang gadis itu sehingga badan mereka tersentuh rapat.

Keisya menelan air liur. Tangannya berasa sejuk membeku apabila dadanya tersentuh rapat dengan dada Aish. Mata Aish yang tunak memandangnya membuatkan dia rasa malu. Entah kenapa, tapi itu yang dia rasa. Mood untuk jadi gadis melayu terakhir sudah tiba agaknya!

Jantung Aish berdegup deras. Peluh jantan membasahi dahinya. Keadaan mereka yang sebegini membuatkan naluri lelakinya berkocak hebat. Ya Allah!

“ Ehem-ehem,amboi pengantin baru kita. Tak tengok kiri kanan nak berasmaradana. Sabar-sabarlah cik abang Aish oii. Nanti tak lama lagi, awak nak pergi honeymoon. Sabar-sabar dulu,” sindir ibu saudara Aish, Puan Latifah. Sakit mata tuanya melihat kebahagiaan di wajah pasangan pengantin itu. Sedangkan anak daranya, Shila, memendam perasaan sakit hati terhadap Aish yang sedang bahagia. Mana taknya, cinta anak daranya dahulu pernah ditolak. Rupa-rupanya sudah ada yang beribu kali ganda lebih cantik, patutlah ditolak.

Aish tersedar dan tersengih kepada ibu saudaranya itu. Tangannya dilepaskan dari pinggang Keisya lalu menarik lembut tangan gadis itu agar turun dari batu itu perlahan. Keisya tidak mampu menolak dan terima sahaja perlakuan lelaki itu. Takut juga dia, jika terjatuh ke dalam air terjun. Sudahlah dia tidak tahan sangat dengan kedinginan air terjun itu.


Shila mencebikkan bibir melihat adegan di hadapan matanya tadi. Bajunya yang agak tersingkap ketika bermandi manda tadi dibetulkan. Mentang-mentanglah pengantin baru, sesuka hati sahaja nak berpeluk sakan di hadapan mata. Gerutu hatinya. Puan Latifah yang sedang berdiri berhampiran dengan Aish dan Keisya dipanggilnya.
“ Ibu!” panggil Shila, gedik. Tangannya menggamit ibunya.
Puan latifah memandang anaknya yang sedang mencebik di tepi batu air terjun itu. Dia berjalan mendekati Shila. Itulah, dulu aku suruh goda si Aish tu habis-habisan tak nak, ada kerjalah itu lah. Sekarang kau yang ternganga, gerutu hati tuanya.

“ Nak apa panggil ibu?” rungut Puan Latifah.
“ Ibu, ibu tengoklah Aish dengan betina gedik itu. Eee, sakit mata Shila tengok tahu! Meluat tau!” adu Shila kepada ibunya. Geram dan sakit hati dia. Menyesal rasanya tidak bersusah payah memikat hati Aish kalau tidak pasti dia dapat memiliki lelaki itu.

“ Hah tu lah kau! Dulu aku suruh kau pikat dia, banyak alasan yang kau cakap. Konon-kononnya lelaki macam Aish tu buta hatilah sebab tak nilai kecantikan kau dengan betul. Sekali, beribu kali ganda cantik dia dapat tahu. Ternganga kau!” balas Puan Latifah sedikit geram. Kempunanlah dia hendak merasa harta adik perempuannya, Puan Katijah.
Shila memeluk tubuhnya. Geram dengan ibunya itu. Eee, orang tua ni. Bebelkan aku pulak. Bagilah idea, ini tidak. Asyik membebel sahaja. Gerutu hatinya.

Ibu ni kan. Shila nak idea daripada ibu. Bukannya dengar ibu membebel dari tadi,” ujar Shila bersama muka jeleknya. Puan Latifah mendengus geram mendengar kata-kata anaknya. Kalau boleh, nak sahaja dia cili-cili bibir mungil itu.

“ Ah! Kalau kau nak idea, kau fikir sendiri. Pokok pangkalnya, aku nak kau dapatkan si Aish tu jugak. Kalau kau tak dapat, jangan harap aku nak tambah duit belanja kau selama ini,” ujar Puan Latifah bersama jelingan tajam. Otaknya yang sedia berkarat ini suruh diberi idea? Memang tidaklah jawabnya.
Ibu ni kan! Memang tidak boleh diharap tau!” rungut Shila. Sakit hati dengan sikap ibunya itu. Dia tu sesuka hati sahaja suruh orang pikat Aish, ingat senang ke? Gerutu hatinya.
Puan Latifah mencerlungkan mata kearah anak perempuannya itu. Eee, budak ni! Ada jugak makan cili ni karang!
“ Dah, ibu malas nak layan kamu ni. Buat sakit hati sahaja. Lebih baik ibu pergi layan ibu si Keisya. Mana tahu, dapat untung nanti,” ujar Puan Latifah sambil berjalan laju menuju kearah Encik John dan Puan Kaisyah.

Shila merengus geram. Orang tua ni kalau bab duit nombor satu, tapi nak usaha pemalas! Gerutu hati mudanya.

Aish duduk di tikar mengkuang yang di bentang di atas tanah. Tuala di tangan digunakan untuk mengesat rambut yang basah kerana bermandi-manda di air terjun. Bajunya yang basah masih belum ditukar. Matanya meliar mencari seseorang. Seseorang yang duduk tidak jauh darinya dipandang. Senyuman kecil bergayut di bibirnya. Dia tahu Keisya tidak tahan dengan kedinginan air terjun itu. Oleh sebab itu, wanita itu hanya duduk sahaja di atas batu sambil kakinya dimasukkan ke dalam air terjun itu. Baginya, wanita gadis itu rugi sekali kerana tidak berpeluang untuk bermandi-manda seperti orang lain. Tin 100 PLUS dicapainya lalu diteguk perlahan.

Keisya hanya memandang sahaja keluarganya dan keluarga pihak Aish bermandi-manda. Sedikit terhibur melhat telatah mereka yang ada kalanya melucukan. Kakinya yang dimasukkan ke dalam air terjun dibuai-buai. Matanya dialihkan ke sisi untuk melihat apa yang dilakukan ibu dan ayahnya. Namun, bukan mereka yang dia lihat. Tetapi sepasang mata yang galak merenungnya. Keisya mengeluh kasar. Dia tidak tahu apa yang istimewanya dia hari ini sampai mata lelaki itu tidak dialihkan daripada memandangnya. Tidak jemukah lelaki itu dengan memandangnya sahaja? Dia yang melihat pun sudah naik meluat dan rimas.

Aish melemparkan senyuman tatkala Keisya mengalihkan pandangan kearahnya. Namun hanya pandangan jelek sahaja yang dia terima. Dia bangun berdiri. Kemudian matanya terlihat seorang remaja lelaki yang sedang asyik memetik gitar di tepi air terjun. Satu idea terlintas di fikirannya.

“ Assalamualaikum, dik,” ucap Aish kepada remaja tersebut. Remaja tersebut berpaling kearah dia dan memandang hairan kearahnya.
Wa’alaikumussalam,bang,” jawab remaja itu. Jarinya yang asyik sekali memetik tali gitar dah terhenti.
“Ni gitar adik ke?” tanya Aish sambil menepuk lembut gitar itu. Remaja lelaki itu yang pelik dengan teguran Aish mengangguk.

“ Dik, abang nak minta tolong sikitlah,dik,” ujar Aish dengan sengihan di bibir. Dia harap permintaannya itu dapat dimabulkan.
Apa dia, bang?” tanya remaja lelaki itu. Nak minta tolong? Ada kena mengena ke dengan gitar aku ni?
“ Sebelum tu nama abang ni Aish. Abang ni datang berkelah dekat sini dengan isteri, keluarga abang, dan keluarga isteri abang,” ujar Aish sambil menunjukkan kearah keluarganya dan keluarga Keisya.
“ Jadi?” tanya remaja lelaki itu.
“ Jadi, abang sebenarnya kalau boleh nak pinjam gitar ni. Boleh tak, dik?” tanya Aish terus. Matanya sempat mengerling kearah isterinya yang sedang memandangnya. Eleh, benci-benci, pandang jugak! Gerutu hati Aish, riang.
“ Eh, boleh saja, bang. Tak ada masalah lah. Abang nak main gitar ni khas untuk isteri abang ke?” tanya remaja lelaki itu sambil tersengih nakal. Dia perasan akan pandangan Aish akan seorang wanita yang sedang duduk diatas batu air terjun sana. Dia pasti itu isterinya Aish.

“ Eh, errrr…errr… lebih kurang macam tulah,” balas Aish lambat. Malu untuk mengaku hakikat itu.
“ Oh, boleh je. Tapi abang jangan lama sangatlah. Saya nak balik dah kejap lagi ni,” ujar remaja lelaki itu sambil menghulurkan gitarnya yang masih baru itu.
“ Oh, terima kasihlah, dik,” ucap Aish lalu pantas berlalu dari situ. Dia berjalan menuju tempat rehatnya tadi. Punggungnya dilabuhkan diatas tikar mengkuang itu. Tangannya dibawa ke tali gitar untuk member senaman kepada jari dahulu.

“ Abang Aish buat apa?” tegur adik sepupunya, Mia. Aish tersenyum kecil kepada Mia yang baru berusia empat tahun.
“ Abang nak main gitar sambil nyanyi,” jawab Aish sambil mengusap lembut kepala anak kecil itu.

“ Hah? Abang Aish nak nyanyi? Best nya! Korang! Abang Aish nak menyanyi!” jerit Mia kepada orang ramai yang sedang bermandi-manda di air terjun itu. Semua mata tertumpu kearah mereka berdua. Aish sudah tersenyum kelat. Keluarga pihaknya dan Keisya datang menerpa kearah mereka berdua. Orang ramai yang datang tidak ketinggalan juga. Dah macam ada persembahan dari artis sahaja lagaknya. Shila yang 

tidak jauh dari situ menjerit suka. Abang Aish nak nyanyi? Wah! Tak sabarnya nak dengar.

Keisya mengerutkan dahinya. Masakan tidak ramai orang keluar dari bermandi manda dan berjalan menuju kearah Aish dan seorang kanak-kanak perempuan. Mereka semua berkumpul di tempat Aish bagaikan ada sesuatu sahaja. Dahinya berkerut memikirkan apa yang berlaku sebenarnya.

Kak Keisya. Mari lah sini! Abang Aish panggil,” jerit kanak-kanak yang berdiri di samping Aish. Semua mata memandang kearahnya. Pipinya rasa berbahang pula apabila melihat banyak mata memandangnya. Oleh kerana ingin melindungi perasaan malu, dia bangun jua dari duduknya dan berjalan kearah tempat orang ramai sedang berkumpul.

Aish tersenyum apabila melihat kelibat Keisya yang sudah berdiri di samping ibu dan bapa mertuanya. Perlahan-lahan dia menarik nafas.

“ Terima kasih kerana sudi berkumpul di sini. Actually, saya ingin menyanyikan sebuah lagu khas untuk seseorang iaitu isteri saya, Keisya Farina. Harap kamu semua suka,” ujar  Aish dengan ibu jari diaju kearah Keisya. Perlahan-lahan jarinya mula bermain di gitar. Semua mata memberikan sepenuh perhatian kearah Aish manakala Keisya masih terkedu di tempatnya.

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Keisya terkedu mendengar nyanyian Aish. Sungguh lunak sekali suara lelaki itu. Matanya tidak dapat dialihkan dari terus memandang Aish. Aish! Berapa kali aku nak cakap, jangan pernah cuba buat aku cinta! Jerit separuh hatinya.

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami
Ku fikir ku salah mengertimu

Aish tidak lepas memandang wajah Keisya yang seolah-olah sedang terpukau. Renungan lembut dibalas Aish kepada Keisya. Dia ingin gadis itu tahu, sebanyak mana gadis itu menghalang dia dari mencintai gadis itu, sebanyak itu juga dia tidak akan berhenti mengalah. Takkan!

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Untuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Keisya memjamkan matanya. Bait-bait lirik lagu itu seolah-olah pengakuan cinta daripada suaminya. Separuh hatinya turut terbuai manakala separuh lagi membentak keras. Aish, please. Aku dah tak tahan dengan apa yang kau buat ini. Tangannya di letakkan ke dadanya. Bait-bait itu amat menyentuh jiwanya.

Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Ya! Memiliki cinta Keisya seolah hanya boleh dikecapi dalam mimpi. Itulah yng dia rasakan saat ni. Tapi dia berharap, semua itu akan berubah menjadi realiti.

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami
Ku fikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Untuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku


Orang ramai memberikan tepukan kepada Aish setelah lagu itu tamat dinyanyikan. Aish hanya tersenyum hambar. Matanya beralih kepada Keisya yang masih tidak berhenti merenungnya. Jika dahulu dia yang asyik merenung Keisya, biarlah kini gadis itu pula yang asyik merenungnya.
I love you, my wife! Really love you. I’ll make sure one day you’ll say ‘ I love you, hubby!’

Tekad Aish di dalam hati.



p/s: taraaaa! dah bce? mestilah dah kan. thanks for read it. sorry k sebb dh lme x update busy. sabtu yg lps kakk kite nikah and byk yg nk kne kemas. huhuhuhu..... bab yg ni writer rse agk pnjglh.... hahaha.. kalau rjin tgn tu jgn lpe buat senaman dgn taip komen... lalalala (tangan di dada, mata ke atas) 

3 comments: