Thursday 18 October 2012

Jiranku, Cintaku! Prolog



Assalamualaikum... hai!! gelojohnya niesa a.k.a aisya humaira (nama pena) ni... I Love You Hubby tgh nk smbung lg sikit bab 3....  Berikanku Peluang Hapuskan Sedihmu bab 6 tgh dlm sesi menaip... so crite ni lah niesa post dlu k... bce jgn x bceee

****************** (^-^)******************(^-^)*******************(^-^)************

“ Aku dengar kau nak pergi Kuala Lumpur nak cari kerja. Betul ke?” tanya Airil kepada Afiqah.
“ Ha’ah. Memang aku nak pergi Kuala Lumpur.  Sampai bila aku nak duduk terperap dekat kampung ni teman kau melepak je. Kalau boleh aku nak kerja dekat butik,” balas Afiqah sinis. Dia memandang Airil yang sudah tergelak kecil mendengar kata-katanya.
“ Eh, mana ada melepak. Ni namanya sedang memerhati ciptaan Tuhan yang serba indah, tahu tak?” kata Airil sambil kakinya dihayun di dalam air terjun yang dingin itu. Afiqah yang melihat keseronokan di wajah Airil turut memasukkan kakinya kakinya ke dalam air. Kedinginan air itu menambahkan lagi keseronokan bagi Afiqah.
“ Heleh, ya lah tu. Kau tak ada kerja ke, Ril? Balik dari Kuala Lumpur  je mesti kau cari aku. Cubalah kau cari anak dara lain teman kau pulak. Untung-untung boleh terus jadi bini,” kata Afiqah. Airil yang mendengar terus berhenti bermain air. Dia memandang Afiqah dengan wajah yang sukar ditafsir.
“ Apa hal kau pandang aku macam tu? Comel sangat eh aku hari ni?” ujar Afiqah bersahaja dengan tawa comelnya. Rambutnya yang dibiarkan lepas dibetul-betulkan.
“ Kau memang dah tak sabar ke nak tengok aku kahwin?” tanya Airil dengan muka yang serius. Berkerut dahi Afiqah mendengarnya.
“ Yalah, sebagai kawan mesti lah aku nak tengok kau duduk dekat pelamin dengan perempuan pilihan kau.”
“ Kalau macam tu jom kahwin dengan aku.” 

Airil mencapai tangan gadis itu dan ditariknya supaya gadis itu berdiri disampingnya. Terjerit kecil Afiqah dengan tindakan Airil. Dia menstabilkan kedudukannya di sisi Airil. Batu besar air terjun yang menjadi tempat dirinya dia dan Airil agak licin dan menakutkan Afiqah untuk berdiri di situ tanpa berpaut. Tangan Airil yang menggenggam tangannya dieratkan lagi.

“ Kau tarik aku kenapa? Nasib baik aku tak jatuh ke dalam air. Kalau tak, aku bagitahu mak aku,” marah Afiqah dengan muka cemberut. Tergelak kecil Airil melihat tingkah laku comel gadis itu. Genggamannya pada gadis itu dieratkan lagi.

“ Tenang lah. Aku kan ada,” bisik Airil perlahan. Afiqah yang mendengar bisikan lembut di telinganya memandang Airil. Baru dia perasan kedudukannya dengan Airil, MasyaAllah, terlalu dekat. Renungan lembut dari Airil membuatkan Afiqah menelan air liur.
“ Kenapa dengan kau ni? Dah kena sawan ke? Lepaskan lah aku.” Afiqah cuba melepaskan genggaman tangan Airil. Gementar rasanya mendengar bisikan lembut dan renungan dari lelaki itu. Apabila Airil melonggarkan genggaman tangannya, Afiqah hilang pertimbangan kerana sekarang ini dia berdiri di hujung batu itu. Sekali lagi, tangan Airil dipautnya lagi dengan muka yang memerah. Airil menjongketkan keningnya dengan senyuman sinis kepada Afiqah.

“ Tadi suruh aku lepaskan, sekarang kau yang paut tangan aku balik. Kenapa?” tanya Airil berpura-pura tidak tahu. Dia sedar kedudukan gadis itu di hujung batu besar yang sedang mereka berdiri kala ini.
“ Hisy, kau ni. Bantu aku turun dari batu  ni,” pinta Afiqah dan cuba berjalan perlahan-perlahan kearah Airil dengan lebih dekat. Posisi lelaki itu lebih selamat dan permukaan batu tempat Airil berdiri kurang licin.
Airil yang melihat Afiqah ketakutan tidak sampai hati untuk membiarkan gadis itu terus berkeadaan begitu. Dia bantu gadis itu turun dari batu yang besar itu.

“ Betul ke apa yang kau cakap tadi, Airil?” tanya Afiqah dan duduk di tanah beralaskan daun-daun kering yang dikumpulkan oleh Airil. Airil yang mendengar pertanyaan Afiqah melabuhkan duduk di samping Afiqah.
“ Betul apanya?” tanya Airil pula sambil mencapai dahan pokok berdekatan dengannya. Dahan itu dikuiskan ke tanah yang lembap itu.
“ Betul ke tadi kau ajak aku kahwin?” tanya Afiqah malu-malu. Airil di sebelah sudah tersenyum mendengar kata dari gadis itu.
“ Kau rasa?” soal Airil kepada gadis itu. Matanya langsung tidak dikalihkan dari memandang wajah gadis di sisinya ini.
“ Entahlah Airil. Kau yang cakapkan tadi, manalah aku tahu,” balas Afiqah dengan tidak puas hati. Dia yang cakap tadi, lepas tu tanya orang pula! Airil hanya diam tidak membalas. Sengaja dia buat gadis itu tertanya-tanya sendiri.

Mereka berdua diam memerhati burung-burung yang hinggap di kawasan air terjun itu. Kesepian di air terjun itu membuatkan mata mereka hanya terpaku pada burung dan pokok-pokok di hadapan mereka.
Airil menunduk memandang tanah. Dahan pokok itu dibawa ke tanah dan dicoretkan sesuatu di tanah. Afiqah langsung tidak menyedari apa yang dilakukan lelaki itu. dia hanya menumpukan perhatian kepada pergerakan air terjun sambil ligat berfikir akan apa yang dicakapkan Airil diatas batu tadi.

“ Afiqah,” panggil Airil. Gadis itu tersentak apabila namanya dipanggil. Dia memandang Airil yang sedang menunduk ke tanah. Dia ke yang panggil aku?
“ Kau ke yang panggil aku?” tanya Afiqah keliru. Manalah tahu, bukan lelaki ini yang memanggilnya.
“ Yalah aku yang panggil kau. Ada manusia lain ke dekat sini,” balas Airil sinis. Afiqah menjeling Airil geram.
“ Cuba kau baca ni,” pinta Airil dan menunjukkan apa yang dicoretkan di tanah kepada Afiqah. Afiqah memandang coretan Airil di tanah.
‘ AKU CINTAKAN _________’ Baca Afiqah di dalam hati. Dahinya berkerut. Dia memandang Airil yang memandangnya redup.

“ Kau cintakan siapa?” tanya Afiqah. Dia cuba mencari jawapan untuk mengisi jawapan di tempat kosong itu.
“ Cuba lah kau teka,” balas Airil sambil tersenyum. Dia ingin gadis itu yang menekanya.
Afiqah melihat tempat kosong yang perlu diisikan jawapan. Dah macam main kuiz pula rasanya! Gerutu hati Afiqah.
“ Hah! Aku tahu jawapannya! Jawapannya Aqilah kan?” kata Afiqah dengan girang. Dahi Airil berkerut mendengar jawapan Afiqah.
“ Aqilah mana pula ni?” tanya Airil pelik bercampur geram. Soalan senang macam tu pun kau tidak boleh nak jawab! Gerutu hati Airil.
“ Aqilah adik akulah. Aqilah mana lagi,” balas Afiqah geram.
Airil menepuk dahinya. Gila ke apa aku cintakan Aqilah yang baru tingkatan tiga tu? Nak kahwin sekarang pun, tak lepas lagi budak kecil tu!
“ Kau ingat aku ni gila nak sukakan Aqilah yang baru tingkatan tiga tu? Agak-agaklah wei,” balas Airil geram.
“ Manalah tahu kan.  Aduh, habis tu siapa kau ni. Cuba kau bagi klu sikit. baru lah aku boleh jawab dengan tepat,” pinta Afiqah sambil mengelipkan matanya. Airil yang melihat reaksi comel Afiqah mengalah jua akhirnya. Dia memang kalah dengan wajah comel Afiqah apatah lagi bila dia mengelipkan matanya.
‘ AKU CINTAKAN  A______’ Airil menulis huruf ‘ A’ sebagai klu kepada Afiqah. Afiqah tersenyum ceria dengan klu yang diberi. Siapa ek anak dara dekat kampung ni yang namanya dimulakan dengan huruf ‘ A’? Fikir Afiqah.

Airil hanya memandang sahaja Afiqah yang sedang berkerut-kerut memikirkan jawapan. Airil berharap dengan klu yang diberikannya itu membuatkan Afiqah sedar siapa orangnya.
“ Eeee, susah lah wei. Kau bagitahu sahaja lah siapa orangnya,” rengek Afiqah bosan. Sakit kepalanya memikirkan jawapan untuk ‘kuiz’ itu.
“ Kau ni, soalan kacang macam ni pun tak dapat nak jawab,” kata Airil geram lalu mengetuk lembut kepala Afiqah dengan dahan pokok itu.
Afiqah menjeling geram Airil. Kemudian dia memandang jam di pergelangan tangannya. Alamak! Dah nak maghrib dah ni!
“ Wei, Airil. Kau nak bagitahu ke tak jawapannya ni? Aku nak baliklah. Dah nak maghrib dah ni,” ujar Afiqah lalu pantas berdiri. Jika lewat sampai ke rumah nanti, dia yang kena bebel nanti oleh ibunya.
“ Tak apalah. Kau baliklah dahulu,” kata Airil kecewa. Nampaknya, gadis itu masih belum sedar. Sabarlah, wahai hati!
“ Habis tu jawapan tu macam mana? Aku pun nak tahu jugak,” rengek Afiqah. Airil hanya tersenyum kelat.
“ Nanti kau tahulah siapa orangnya,” kata Airil lemah. Afiqah terus berlalu pergi setelah melafazkan salam. Langkah yang diatur Afiqah dipandang sayu oleh Airil.

Dahan pokok itu dibawa ke tanah yang telah dicoretkan sesuatu diatasnya. Biarlah dia yang melengkapkan sendiri soalan yang diberikan kepada Afiqah. Nama wanita yang dicintainya dicoretkan di tempat kosong tadi.

‘ AKU CINTAKAN  AFIQAH’. Airil mengeluh perlahan. Sudah bertahun lamanya dia menyimpan cinta itu di hati. Namun, hubungan yang pada dasarnya hanya sebagai kawan, membuatkan dia tidak berani meluahkan perasaan itu. lagi pula, dia sudah dianggap sahabat kepada Afiqah. Biarlah dia menderita menanggung perasaan itu.

Luqman Asfiq  menolak perlahan pintu butik milik ibunya. Buka sahaja pintu itu, bunyi loceng bergema di dalam butik itu menandakan ada orang yang datang. Luqman mencabut jaket di tubuhnya lalu duduk di sofa yang disediakan di butik itu.
“ Amboi, masuk-masuk terus duduk dekat sofa ni,” tegur ibunya yang sedang menyangkut baju yang sudah siap dijahit di tempat yang disediakan.
“ Hehehe, mama. Tak perasan pula mama dekat sini. Sihat mama?” tanya Luqman lalu menghampiri ibunya yang sedang mencengkak pinggang memandangnya. Bahu ibunya dpeluk.
“ Alhamdulillah, mama sihat. Anak mama ni sihat ke tak? Dah dua minggu tak jenguk mama. Busy sangat ke sampai tak sempat nak jenguk mama?” tanya Puan Khairina berkecil hati. Sejak anaknya bekerja di syarikat milik rakan suaminya itu, anaknya itu sudah jarang mahu balik ke rumah. Akibatnya, dia di rumah bersama suami kesepian apabila tiada suara usik mengusik daripada anaknya.
“ Alololo mama. Sorry. Luq busy sangat-sangat mama. Dah tak banyak masa macam dulu,” rengek Luqman kepada ibunya. Puan Khairina hanya tersenyum sahaja sambil mengusap manja kepala anaknya.
“ Eh mama. Kak Intan mana? Tak nampak pun muka dia,” kata Luqman sambil matanya meliar mencari pembantu mamanya itu.
“ Kak Intan dah berhenti kerjalah, Luq. Dah kurang dah pekerja mama sekarang.”
“ Hah? Berhenti kerja? Apa pasal pula ibu? Kak Intan ada masalah ke dengan butik ibu ni?” tanya Luqman risau. Manalah tahu sikap ibunya yang agak cerewet ni membuatkan perempuan itu tidak dapat bertahan lama di sini.
“ Hisy kamu ni. Dia tak ada masalah dengan butik ni cuma dia nak sambung belajar katanya,” ujar Puan Kharina sambil tangannya menggantungkan pakaian.
“ So sekarang ni, mama perlukan pekerja lagi ke?” tanya Luqman lalu berjalan menuju ke kaunter bayaran. Mesin untuk diletakkan duit itu ditekan-tekan olehnya.
 “ Yes, Luq. Mama perlukan pekerja secepat yang mungkin. Kalau boleh mama nak cari yang pandai menjahit sekali. Boleh bantu pekerja mama menjahit sekali,” kata Puan Khairina dan menepuk lembut tangan anak bujangnya itu yang sedang menekan-nekan butang mesin duit itu. Perangai macam budak-budak!
“ Oh! So nanti kalau Luq jumpa orang yang berbakat dalam menjahit, nanti Luq recommend kan dia supaya bekerja dekat sini,” cadang Luqman kepada ibunya. Puan Khairina tersenyum senang dengan bantuan anaknya itu.
“ Thanks anak ibu,” ujar Puan Khairina sambil mencium lembut pipi anak manjanya itu. Luqman hanya tersengih menerima ciuman itu. Bahagia rasanya menjadi anak yang menyenangkan ibunya.

p/s: ni just permulaan je dahulu... so bace2 lah ye... mybe nnti sye send dkt ruang P2u...  anyway, jika anda rse tgn anda sudah lme tidk berjoging di papan kekunci, sye mngesyorkn anda menggunakan jari anda untuk menaip komen di ruang yg disediakn... dpt lh tgn anda bersenm... hohohoho

3 comments:

  1. wokey baby mio.. nnti sye smbg lgi...

    ReplyDelete
  2. saya pun nak tahu juga. actually congrate to u miss writer. ur finger dance smooth and really nice writing e-novel. love it.

    ReplyDelete