Tuesday 9 October 2012

I Love You, Hubby! 2



Kamil berjalan mendekati Keisya yang pasti terkejut dengan kehadirannya di bilik itu. Wajah Keisya yang indah direnungnya dengan hati yang sayu. Rasa perit di hatinya apabila memikirkan wanita pujaan hatinya sudah menjadi milik orang lain. Dan yang paling dia tidak sangka, gadis itu menjadi isteri kepada Aish Ahsan, musuh lamanya di university dahulu. Pintu bilik itu didekati dan ditutupnya. Tidak mahu ada orang mengganggunya di bilik itu bersama Keisya.

“ Hai sayang,” ujar Kamil sambil menyentuh lembut bahu Keisya. Gadis itu hanya memandangnya melalui cermin yang memantulkan wajahnya.
“ Macam mana you boleh sampai ke bilik I?” tanya Keisya curiga. Dia pelik apabila lelaki itu dengan mudah naik ke biliknya.
“ Hati I berada dekat bilik sini. That’s why I boleh sampai ke sini, sayang,” ujar Kamil sambil tangannya mengelus lembut pipi wanita kesayangannya itu.
“ Kamil, please jangan macam ni. I dah jadi isteri orang sekarang. Tolong keluar,” rayu Keisya sambil tangannya menolak keras tangan Kamil di pipinya. Dia tidak mahu jika suaminya nanti tiba di biliknya dengan Kamil masih berada dalam biliknya.
“ Peduli apa I you isteri orang atau tak. You tahu tak you buat I gila sekarang ni. You tahu tak..” Dagu Keisya dipagut lembut. Matanya merenung lembut sepasang mata Keisya yang cantik. Sungguh, dia amat mencintai wanita di hadapannya ini.
“ Kamil, takkanlah kerana I you boleh jadi macam ni? Lagi pun hubungan kita selama ni bukan serius mana pun,” ujar Keisya lembut. Rasa pelik melihat Kamil yang kaki perempuan itu berasa sedih dengan statusnya sekarang ini. Pelik!
Kamil menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Tangannya diletakkan ke pipi mulus gadis itu. Wajah mereka kala ini hanya terpisah beberapa inci sahaja. Dahi gadis itu dikucup lembut. Tersentak Keisya menerima kucupan itu.

“ Siapa kata hubungan kita tak serius? I cintakan you, Keisya. I tahu apa yang I cakap kan ni you tak percaya. But, I just want you to know that I’ll love you more than you know,” kata Kamil dengan lembut. Wajahnya didekatkan lagi ke muka Keisya. Keisya hanya terkedu mendengar pengakuan lelaki itu. Matanya membulat apabila terasa bibirnya yang lembap terasa basah dengan bibir Kamil. Tanpa sedar dia turut membalas kucupan itu. Mereka saling berbalas rasa tanpa memikirkan dosa yang mereka telah lakukan.
“ Keisya,” tegur seseorang yang sedang berdiri tegak di pintu itu.
Keisya yang hanyut dengan belaian dan kucupan mesra Kamil terus menolak Kamil menjauhinya. Pandangan suaminya yang redup serta mata yang berkaca-kaca itu direnungnya dengan perasaan bersalah. Kamil mendengus kasar melihat Aish yang berdiri di muka pintu. Tapi hatinya puas kerana dapat membuat lelaki itu berasa sakit hati melihat adegannya bersama Keisya. Itu baru sedikit Aish, kau belum lihat yang lebih sensasi antara aku dengan Keisya, getus hatinya.
Aish Ahsan berjalan masuk mendekati isterinya. Hatinya perit. Perit sekali melihat wanita yang masih belum disentuh sepenuhnya sudah disentuh lelaki lain. Aish mengeluh nafas kasar. Nasib baik kakak dan ibunya sudah turun ke bawah untuk memberi ruang kepadanya bersama Keisya. Tapi tidak disangka, matanya disajikan dengan adegan isterinya bersama Kamil, lelaki yang amat memusuhinya.

“ Apa yang Keisya dah buat, sayang? Cakap dengan abang,” ujar Aish separuh merayu. Pipi isterinya disentuh lembut. Matanya yang berkaca-kaca merenung mata isterinya lembut. Dia berharap agar isterinya menafikan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Namun, matanya tidak dapat menafikan semua itu.
“ Aish, I..”
“ Kau nak tahu apa Aish? Kau tak nampak ke tadi apa yang kami dah buat? Ke kau yang tak percaya apa yang kau lihat? We love each other so tak salah kalau kami saling berkucupan. Kau nak tahu, bibir dia, ahhh.. so sweet,” ujar Kamil tanpa sempat Keisya hendak menghabiskan ayatnya. Keisya tergamam mendengar kata-kata Kamil. We love each other? Hakikatnya dia tidak menyintai lelaki itu. hujung kata lelaki itu juga sungguh biadap baginya.
Aish memejamkan matanya mendengar kata-kata Kamil. Air matanya menitis di hadapan Keisya. Gadis itu terkedu. Tatkala ini, Aish berasa dia sudah gagal melindungi isterinya dari dinoda. Baru beberapa jam mereka selesai bernikah, namun dosa isterinya sudah jatuh menimpa dirinya.
“ Kau keluar Kamil,” ujar Aish tegas. Tubuhnya ditegakkan dan berdiri menghadap Kamil. Tangannya mengepal penumbuk.
“ Fine, aku keluar. Bye, sayang.” Senyuman sinis diberikan untuk Aish lalu dia berlalu keluar dari bilik itu. sempat lagi dia mengenyitkan matanya kepada Keisya.
Aish terduduk lemah di kerusi berhadapan dengan isterinya. Tangan isterinya digenggam lembut lalu dibawa ke bibir.
“ Abang minta maaf kerana tak dapat melindungi Keisya. Abang dah gagal,” ujar Aish Ahsan dengan renungan lembut. Dahi isterinya dikucup lembut. Keisya membiarkan sahaja. Hatinya yang bercelaru dan penuh dengan rasa bersalah kini berasa tenang. Entah kenapa dia berasa sangat berdosa sedangkan dia sudah lakukan lebih daripada itu bersama Kamil.
 Hatinya berasa tersentuh mendengar kata-kata suaminya. Aish, you baik, tapi sayang, you dapat isteri yang teruk macam I. You layak dapat yang lebih baik daripada I, getus hatinya.

“ Haih, dah siap berdrama Aish, Keisya?” tanya Amira dengan senyuman tidak lekang di bibir. Rasa bahagia melihat adiknya sedang menggenggam tangan adik iparnya itu. Aish hanya tersenyum pahit lalu bangun dari duduknya.
“ Cantiknya Keisya. Sepadan sangat dengan adik kakak ni,” kata Amira ceria. Tangannya membetulkan veil di kepala Keisya. Keisya hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Keisya tak sesuai untuk Aish, kak. Separuh harga diri Keisya dah melayang di hadapan suami Keisya sendiri kak, rintih hati Keisya. Rasa bersalah terus-terusan menimpa dirinya. tapi dia berasa aneh, kenapa dia rasa bersalah sungguh?
“ Okey, perfect! Sekarang jom kita turun. Tetamu dah tunggu,” ujar Amira. Tangan Keisya ditarik lembut lalu dipautkan ke tangan adiknya. Tiba-tiba sebak bertandang di hati Amira. Adiknya didekati dan tanjak adiknya dibetulkan. Pipi adiknya dicium kasih.
“ Jadi ketua keluarga yang bijak Aish. Bimbing dia dengan betul. Akak akan sentiasa sokong setiap keputusan yang Aish lakukan,” bisik Amira sebak di telinga adiknya. Aish mengangguk perlahan dan air mata kakaknya dilap lembut lalu dipeluk kasih tubuh kakaknya itu. Keisya memalingkan muka kearah lain. Dia dengar bisikan Amira kepada suaminya. Entah kenapa, dia dapat merasakan bisikan kakak iparnya mempunyai dua maksud.
“ Dah, jom kita turun. Keisya, jangan lepaskan pautan dari tangan Aish,” ujar Amira lembut lalu mereka bertiga berjalan keluar dari bilik pengantin itu.

Semua mata tertumpu kearah sepasang suami isteri yang memukau pandangan mereka. Pujian yang enak didengar diberikan kepada pengantin perempuan dan lelaki. Rasa kembang kuncup hati Keisya mendengar pujian untuknya. Mata-mata jejaka yang berada di luar sana tidak sudah-sudah tertumpu kepada Keisya. Kecantikan Keisya memukau pandangan mereka. Aish yang cemburu melihat isterinya menjadi tumpuan para lelaki pantas mengeratkan pautan tangan mereka.
“ Hiraukan pandangan lelaki-lelaki tu semua. Keisya hanya layak untuk abang yang pandang. Rambut dan segala-galanya milik Keisya hanya abang sahaja yang layak untuk pandang,” bisik Aish di telinga isterinya penuh makna. Keisya hanya diam mendengar kata-kata suaminya. Langsung dia tidak ambil peduli kata-kata suaminya. Bagi Keisya, suaminya patut berasa bangga kerana kecantikannya membuatkan lelaki itu menerima pujian yang melambung tinggi.
“ Aish, you should thank me, okey. Kalau bukan kerana I, you tak akan dapat tumpuan hangat macam ni,” ujar Keisya selamba. Aish tersenyum mendengar kata-kata Keisya. Dia harus bijak dalam mendidik isterinya.

“ Abang tak suka orang tengok isteri abang. Abang orangnya kuat cemburu, sayang,” balas Aish bersama kenyitan mata kepada Keisya. Keisya terpana menerima kenyitan nakal daripada suaminya. Akhirnya, senyuman kecil terbit di bibirnya.
“ You nakal Aish,” ujar Keisya dengan kenyitan juga tanpa maksud apa-apa. Aish hanya tersenyum manis. Pautan tangan mereka dieratkan lagi dengan perasaan bahagia di jiwa.

Kamil hanya memandang sahaja Aish dan Keisya yang sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Sakit hatinya melihat Aish dan Keisya saling bermain mata. Nasi minyak yang dihadapannya langsung tidak diusik. Kotak rokoknya dibawa keluar dan sebatang rokok dinyalakan. Langsung tidak sihat gaya hidup yang diamalkan Kamil.
“ Kamil,” tegur suara halus disampingnya. Kamil menolehkan kepalanya dan matanya bertembung dengan mata coklat gadis ayu yang berbaju kebaya itu.
“ Eh, Lisa. You buat apa dekat sini?” tanya Kamil terkejut. Pertanyaan Kamil dibalas dengan senyuman sinis oleh Lisa.
“ Buat apa lagi Kamil. I terima surat jemputan so I datanglah,” balas Lisa dengan matanya tertumpu kearah pengantin yang bagaikan pinang dibelah dua. Hatinya turut bagaikan dibelah dua melihat keindahan pasangan Aish, lelaki yang dicintainya.
“ Apa guna you datang sini Lisa kalau majlis ini buat you sakit hati,” provok Kamil. Rokoknya terus-terusan dihisap. Dia tahu gadis ini amat mencintai Aish. Namun sayang, cintanya dipandang sepi. Tubuh Lisa dipandangnya nakal.
“ I dah malas untuk kejar cinta Aish, Kamil. Kalau dia dah bahagia dengan Keisya, I terima. Cinta bukan bererti memiliki,” ujar Lisa dengan mata yang berkaca-kaca. Pengalaman mengejar cinta Aish membuatkan dia yakin, dia memang tiada jodoh dengan Aish. Lebih baik dia berputus asa dari melihat cintanya yang sentiasa kecundang tanpa sempat diterima.
Kamil berasa tertampar dengan pengakuan Lisa. Cinta bukan bererti memiliki. Kata-kata itu terdengar berulang kali di telinganya.
“ Cinta bukan bererti memiliki tetapi kita ada hak untuk memilikinya, Lisa,” balas Kamil sayu. Matanya merenung sayu Keisya yang sedang duduk di atas pelamin. Sebatang rokok dikeluarkan lagi dan dihisapnya.
“ Nampaknya, you dah jumpa Miss Right you, Kamil,” ujar Lisa dan melabuhkan duduk di samping Kamil. Sempat lagi dia membelek tubuh Kamil. Serabut sungguh dia melihat lelaki itu.
“ Yes Lisa. I dah jumpa Miss Right I. Tapi sayang, dia sudah dimiliki.”
“ I kenal ke perempuan ‘bertuah’ tu?” tanya Lisa sinis. Kamil memandang Lisa dan mengangguk perlahan.
“ Let me guess who’s that girl. Is she Keisya?” tanya Lisa tanpa berlengah. Cara pandangan Kamil kepada Keisya membuatkan dia yakin itu lah perempuannya.
“ You memang bijak meneka Lisa.” Kamil bangun dari duduknya dan berdiri menghadap pelamin itu. Kameranya dikeluarkan lalu menangkap gambar Keisya. Aish yang berada di sebelah Keisya langsung tidak ditangkap sekali gambarnya. Dia benci melihat lelaki itu. Kalaulah dia cepat sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan Keisya, pasti gadis itu sudah menjadi miliknya.
Setelah puas mengambil gambar, dia ingin berlalu dari situ. Namun suara Lisa menghalangnya dari meneruskan langkah.
“ Kamil, biarkan mereka bahagia. Cinta tak bererti memiliki. Kalau betul you sayangkan keisya, you kena lepaskan dia. Biarkan dia bahagia dengan Aish.”
“ Dia tak bahagia dengan Aish. Perkahwinan ini terjadi tanpa relanya, Lisa,” balas Kamil lalu meneruskan langkahnya. Malas dia mahu berlama-lama di situ. Sakit hatinya melihat Aish dan Keisya di pelamin sana. Kini, Lisa bagaikan ingin menghalang dia untuk terus-terusan memiliki Keisya. Namun, tekad untuk memiliki Keisya tak akan dipendam begitu sahaja. Ini pengalaman pertamanya jatuh cinta. Seharusnya dia mengekalkan cinta pertama itu.
Lisa hanya memandang kamil dengan keluhan. Dia tahu pasti perit untuk melepaskan orang yang kita sayang apatah lagi Kamil. Lelaki itu baru sedar erti cinta namun kemanisan cinta itu tidak dapat dirasainya selama-lamanya. Lisa bangun dari duduknya dan berlalu dari majlis itu. Tidak sanggup untuk melihat bahagia orang yang dicintainya disamping orang lain.

Aish Ahsan duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu itu. Penat sungguh tubuhnya tatkala ini. Baru sahaja dia selesai membantu keluarga isterinya membasuh periuk-periuk yang digunakan untuk majlis perkahwinannya sebentar tadi.
Ruang tamu sederhana besar itu diperhatikannya. Di satu sudut ruang tamu itu, terletak sebuah almari yang diisi pelbagai piala dan pingat. Pasti itu kepunyaan isterinya kerana isterinya itu anak tunggal dalam keluarga ini. Matanya terpandang pula gambar berbingkai yang diletakkan di dinding. Gambar Encik John dan isterinya Puan Kaisyah serta Keisya dipandang penuh minat. Cantik sungguh isterinya dalam persalinan baju kebaya yang berwarna ungu. Puan Kaisyah yang berdiri di sebelah Keisya dalam gambar itu dipandang. Cantik sekali ibu mertuanya dengan tudung di kepala. Pasti bertambah indah isterinya jika auratnya turut terbela.
“ Ehem, asyik sungguh tengok gambar tu,” tegur satu suara garau berdekatan dengannya. Pandangannya terus dilemparkan kearah Encik John, bapa mertuanya. Baru dia sedar, lelaki berbangsa Inggeris itu wajahnya iras sekali dengan Keisya. Bapa mertuanya itu melabuhkan duduk di sofa berhadapan dengannya.
“ Subhanallah, papa. Keindahan yang terlukis pada wajah isteri saya dan mama buatkan saya berasa kagum dengan ciptaan Tuhan. Tidak kurang juga ketampanan ayah di mata saya ni,” ujar Aish bersama senyuman tidak lekang di bibir. Encik John tersenyum bangga dengan kata-kata pujian yang digunakan anak menantunya. Tidaklah terlalu melambung pujiannya. Sentiasa berhati-hati dalam memberikan pujian.
“ Alhamdulillah, syukur kerana Allah berikan keindahan itu kepada kami sekeluarga. Papa berharap sekali agar keindahan itu terpelihara dari dosa,” ujar Encik John bersama keluhan halus. Dia runsing memikirkan anak perempuannya itu. Pakaian yang sering dipakai anaknya itu membuatkan dia berasa malu untuk pandang. Keindahan yang ada pada tubuh anaknya itu sepatutnya dilindungi. Mungkin salahnya juga kerana menghantar anaknya belajar ke luar negara.
“ Aish, papa harap kamu….”
“ InsyaAllah papa. Saya akan membimbing dia sepenuh hati saya. Papa jangan risau kerana saya akan sedaya upaya membimbing dia mengikut jalan yang lurus,” potong Aish. Dia dapat mengagak apa yang bapa mertuanya fikirkan.
Encik John tersenyum ceria. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, menantunya sudah memintas dahulu. Namun ayat itu amat melegakan hatinya. Dia yakin menantunya berkebolehan untuk membimbing Keisya.
“ Terima kasih, Aish. Papa tak tahu apa yang akan jadi dengan Keisya kalau dia tidak bertemu jodoh dengan kamu. Sebelum ini, kami sentiasa didatangi rombongan peminangan namun kami tolak kerana papa yakin ada seseorang yang lebih layak untuk anak kami,” ujar Encik John. Peminangan keluarga Aish membuatkan dia berasa berbesar hati untuk menerima. Melihatkan perwatakan keluarga lelaki itu membuatkan dia tidak teragak-agak untuk menerima.
“ Alhamdulillah papa. Sudah jodoh kami untuk bersatu.”
“ Tapi, papa nak tanya. Apa yang membuatkan kamu untuk menikahi anak papa?” tanya Encik John. Dari dahulu lagi dia memikirkan hal ini. Namun tidak terluah. Masakan lelaki baik seperti Aish inginkan anaknya yang serba serbi kekurangan.
“ Jujur saya katakan papa. Sejak pertama kali saya bertemu mata dengan keisya di MPH, saya rasa hati saya ni bagaikan sudah menerima kehadiran seseorang. Bila dia pergi sahaja dari situ, hati saya dapat merasakan kekosongan dengan perginya keisya. Jadi, saya terus menyiasat dimana dia tinggal dan inilah hasilnya. Dia jadi milik mutlak saya, papa,” ujar Aish tenang. Wajah tampan menantunya itu direnung dengan hati yang sebak. Tidak sia-sia dia menerima kehadiran lelaki itu dalam hidup anaknya kerana Allah ingin berikan yang terbaik untuk anaknya.
“ Dah malam dah ni, Aish. Tak nak masuk tidur ke?” tanya Encik John lalu berdiri.
“ Belum lagi papa. Papa dah nak masuk tidur ke?” tanya Aish. Encik John tersenyum sebelum berkata “ Papa dah nak masuk bilik dah ni. Mama kamu tak boleh tidur kalau bantal peluk dia hilang dekat sebelah,” seloroh Encik John. Aish terketawa kecil dan matanya mengekori tubuh bapa mertuanya yang melangkah menuju ke bilik tidur. Tiba-tiba dia teringatkan malam pertama bersama isterinya. Adakah malamnya sehangat malam bapa dan ibu mertuanya? Dia mengeluh halus. tubuhnya disandarkan di sofa itu.


Keisya duduk bersandar di kepala katil itu. suaminya masih lagi belum masuk untuk tidur. Majalah di tangan di campak kasar ke katil. Bosan! Kalau malam begini, kehidupan malamya masih panjang di disko. Kelincahannya di disko pasti memukau mata semua lelaki. Tapi apabila sudah berkahwin, kehidupan sebegitu perlu dilupakannya.
Perbualan papa dan suaminya di ruang tamu kedengaran di telinganya. Sebentar tadi dia keluar dari biliknya namun perbualan papa dan suaminya buatkan dia tidak jadi untuk turun ke bawah. Kata-kata suaminya turut bermain di telinganya.

“Jujur saya katakan papa. Sejak pertama kali saya bertemu mata dengan keisya di MPH, saya rasa hati saya ni bagaikan sudah menerima kehadiran seseorang. Bila dia pergi sahaja dari situ, hati saya dapat merasakan kekosongan dengan perginya keisya. Jadi, saya terus menyiasat dimana dia tinggal dan inilah hasilnya. Dia jadi milik mutlak saya, 
papa.”

Kata-kata itu buatkan dia berasa dia sungguh bertuah memiliki lelaki itu. namun, ciri-ciri lelaki idamannya tiada sepenuhnya pada suaminya. kata-kata itu juga buatkan dia rasa tenang. Rasa dirinya ini sungguh istimewa di mata suaminya sedangkan dia sudah banyak cacat celanya.

Kenapa mesti aku dipertemukan dengan dia? Kenapa lelaki baik sepertinya mendapat aku? Bukankah sepatutnya dia memiliki gadis yang bertudung dan memakai jubah dimana-mana sahaja? Adakah takdir tidak menyebelahi dia atau dia yang menerima takdir itu? Hatinya tertanya-tanya sesame sendiri.
“ Assalamualaikum,” lafaz salam buatkan Keisya tersentak dari lamunannya. Wajah suaminya terjengul di muka pintu. Senyuman manis menghiasi bibir suaminya. Entah kenapa dia berasa berdebar dengan kehadiran suaminya apabila memikirkan ini merupakan malam pertamanya bersama suaminya. Pada malam ini juga, dia memakai baju yang besar dan mungkin sesuai dipakai oleh ibu mengandung lapan bulan.
“ Jawab salam itu wajib, sayang,” ujar Aish apabila tiada sahutan dari isterinya. Dia mendekati isterinya dan kepalanya diusap lembut.
Keisya tersentak mendengar kata-kata Aish. Dengan teragak-agak, dia menjawab salam itu.
“ Sayang dah solat isyak?” tanya Aish. Dia duduk di birai katil sambil memerhatikan isterinya yang bagaikan gelisah. Dia juga turut gelisah. Berduaan dengan yang halal untuknya membuatkan dia rasa lemah.
“ Errrrr, I…”
“ Kalau belum pergilah solat. Tidak elok melambatkan solat. Allah tak suka hambanya yang melambatkan solat,” potong Aish. Dia tahu isterinya ingin berikan alasan. Alasannya sudah tentulah red flag.
Dengan separuh rela Keisya bangun dari katil dan melangkah malas ke bilik air. Aish tersenyum. Walaupun dia tahu, Keisya tidak ikhlas melakukan apa yang disuruhnya, tapi itu sudah cukup memadai dari tidak solat.

“ Keisya, jangan tutup pintu bilik air itu. Biarkan terbuka. Lagi pun sayang hendak ambil air sembahyang sahaja kan,” arah Aish. Keisya yang terkulat-kulat membuka balik pintu yang hampir rapat ditutup. Aish berjalan menuju ke bilik air itu dan bersandar di pintu itu. Dia ingin melihat sama ada benar atau tidak rukun-rukun wuduk yang dilakukan isterinya.
“ Jangan lupa niat, Keisya,” tegur Aish apabila isterinya ingin berkumur terus tanpa tindakan awal. Keisya dengan perasaan malu mengikuti arahan suaminya. Ah, bercelaru hidup aku jadi isteri dia, rungut hati keisya.
Apabila melihat banyak kesalahan yang dilakukan isterinya, dia masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air itu ditutupnya rapat.
“ Perhatikan cara abang ambil air sembahyang. Kemudian buat balik apa yang abang lakukan tadi,” kata Aish dan memulakan mengambil wuduk. Dengan perasaan malu yang makin menebal, keisya memerhatikan apa yang dilakukan suaminya. Ada satu rasa yang mengalir halus di setiap ruang hatinya. Terasa sungguh bodoh dirinya mengenai ilmu agama yang pernah dimilikinya ketika dahulu.
Usai solat isyak, itu pun atas bimbingan suaminya, Keisya duduk diatas katil sambil memerhatikan suaminya yang sedang bercakap di telefon. Ralit sungguh dia memandang suaminya tanpa sedar, suaminya sudah selesai bercakap di telefon.

“ Mengelamun jauh, sayang,” tegur Aish bersama senyuman. Baru dia sedar, di bilik ini, isterinya kurang bercakap dengannya. Dia yang banyak memulakan percakapan berbanding isterinya.
Keisya tersenyum nipis dengan teguran suaminya. Dia mengalihkan sedikit tubuhnya apabila suaminya sudah duduk di sampingnya diatas katil yang sama. Tangannya diraih Aish. Lelaki itu menggosok lembut tangannya.
“ Sayang nak tahu, sayang perempuan yang cantik yang pernah abang lihat. Bukan dari paras rupa, tapi di hati sayang pun abang nampak ada kecantikan yang tersimpan kemas,” ujar Aish. Tangan isterinya dibawa ke bibirnya lalu dikucup hangat. Kucupan itu bukan di situ sahaja malah berlarutan ke leher jinjang isterinya. Keisya menggelabah. Dia belum bersedia untuk semua ini. sebelum lain pula yang terjadi, baik dia bertindak cepat.
  Please, I tak nak,” tegur Keisya lalu menolak lembut kepala Aish yang makin ligat di tubuhnya.
Aish tersedar dari tingkahnya. Pantas dia beristighfar. Dia sudah kalah dengan nafsunya sendiri. Namun, perasaan kecewa tetap ada di hatinya. Haknya sebagai suami awal-awal sudah ditolak.
“ Abang minta maaf,” pinta Aish. Mata isterinya direnung agar ada kemaafan untuknya.
“ I ngantuk nak tidur,” kata Keisya sambil berpura-pura menguap. Dia memandang Aish agar memberi ruang kepadanya untuk tidur. Atau bahasa yang lebih mudah, get away from my bed!
“ Oh, yeah. Sayang nak tidur? Okey,” ujar Aish lalu menjarakkan tubuhnya. Dia membaringkan tubuhnya di samping isterinya. Membulat matanya melihat tingkah laku selamba suaminya.
“ You tidur sini?” tanya keisya lurus. Aish tersenyum mendengar kata-kata isterinya.
“ Yes, sayang,” jawab Aish. Dia memusingkan badannya menghadap kearah isterinya. Ingin dia tidur sambil menatap wajah itu dihadapan matanya walaupun dalam lena.
“ You kan tidur situ,” kata Keisya selamba sambil jari telunjuknya menunjukkan kearah sofa panjang di bilik itu.
Aish memandang kosong sofa itu. dia mengeluh halus. kekecewaan makin bertambah di hatinya. Nampaknya begitu keras hati isterinya untuk menerimanya. Dia bangun dari katil. Tubuh isterinya didekati. Sebuah kucupan hangat diberikan di dahi isterinya. Terkedu Keisya menerima kucupan itu.

“ Goodnight sayang. Dream me, okey. Assalamualaikum,” ucap Aish dan bangun menuju ke sofa lalu membaringkan tubuhnya menghadap katil isterinya. Biarpun jauh untuk menatap wajah isterinya di dalam kesamaran lampu tidur, tapi itu sudah cukup memadai buatnya. Dengan hati yang sebal, dia cuba untuk melelapkan mata. kini baru dia sedar kelemahannya. Apabila berhadapan dengan orang lain, ketenangan masih dapat dirasai. Tapi, apabila bersama isterinya, ketenangannya bagaikan diusir jauh dari hatinya.

Keisya menjawab salam suaminya di dalam hati. Dia membaringkan tubuhnya ke katil dengan  membelakangkan suaminya. Dengan sukar, dia cuba untuk melelapkan mata. namun begitu payah sekali. Akhirnya, berjam-jam lamanya dia cuba untuk tidur, akhirnya lena juga dia. Mereka tidur saling berhadapan antara satu sama lain walaupun jauh tempat tidur.

1 comment: