Monday 17 September 2012

MARI SINI HATI KAU! BAB 2

Raisya berjalan selamba di hadapan pelajar-pelajar yang sedang diam merenungnya. Dia hanya tersenyum dan kadangkala membalas sapaan dari pelajar-pelajar. Kenapa dia direnung sebegitu? Mana taknya, Si Syakira ulat beluncas itu mereka-reka cerita mengenai Raisya yang bukan-bukan dan disebarkannya kepada setiap pelajar. Bukan itu sahaja, dia telah membuat salinan mengenai Raisya yang direka kemudian disebarkan.Nasib baik Raisya ni dah kalis semua itu, kalaau tak ada juga yang kena simbah dengan air milo kegemarannya ataupun makan nasi lemak sambal selipar jepun! 

Raisya meletakkan beg sandangnya di atas meja batu yang berdekatan dengan cafe. Pelajar-pelajar di situ tidak habis-habis merenungnya. 
Pap! Buku tebal ditangannya di hempas kasar ke meja batu itu. Matanya merenung tajam pelajar-pelajar yang memerhatikan dia.
" Apa tengok-tengok?! Ada hutang ke?" lantang sekali Raisya berkata. Pelajar-pelajar itu terkejut dan mula bersurai dari memerhatikannya.
" Tengok orang macam terkeluar biji mata tu! Buta nanti baru tahu," bisiknya perlahan. Bukunya dicapai kasar dan helaian buku itu dibuka kasar. Setiap pelajar yang lalu yang memandangnya dibalas dengan renungan tajam.

" Oh my God! Look at there! Berani betul perempuan tu muncul kan diri dekat kolej ni kan!" Ada satu suara sumbang berkata-kata tentangnya tidak jauh dari tempatnya.
" You ni Kira, dia kan 'hero' kolej ni, mestilah berani," sampuk seorang pelajar dengan tawanya yang sumbang.
" Oppss! Hero kolej? Hahahaha," ketawa Syakira dengan kuatnya. 

Raisya sudah tidak dapat menahan perasaan geramnya. Pantas dia bangun dari kerusi batu itu dan memandang tajam kumpulan minah gediks tu! Tangannya mengepal penumbuk. Syakira dan rakannya langsung tidak menyedari perubahan Raisya dan mereka terus-terusan ketawa!

" Hoi, ulat gendon!" jerit Raisya kepada mereka. Terkejut Syakira mendengar jeritan Raisya. What? Ulat gendon? Dulu, panggil aku ulat beluncas, sekarang ulat gendon? What the... Syakira mencekak pinggangnya geram.
" Apa kau panggil aku? Say it again?"
" Aku panggil kau ulat gendon! Ulat gendon!Kalau kau tak puas dengan aku, mari lah datang dekat dengan aku, ulat gendon!"

Syakira mengecilkan matanya. Muka Raisya direnung bagai nak makan. Minah ni! Aku ingat dia dah tak berani nak cari pasal, rupanya masih lagi! Siap kau Raisya!
Dia berjalan laju mendekati Raisya. Namun lagi lima langkah mendekati Raisya, dia berhenti. Raisya tersenyum sinis melihat Syakira yang berhnti lima tapak darinya. Pengecut!
" Kau kenapa hah?! kau kata aku ulat gendon, sedangkan kau tu tenuk!" jerit Syakira lantang. Kini, dia sedang berdiri berhadapan dengan Raisya!

Raisya ketawa terbahak-bahak mendengar ejekan Syakira. Aku tenuk?? Kira okey lagi lah dari dia tu ulat gendon!
" Apa pasal kau ketawa? Kau memang nak cari pasal dengan aku kan?" ujar Syakira geram. Cap yang dipakai Raisya ditarinya dari kepala. Rambut Raisya yang panjang mengurai kelihatan. Syakira terkedu melihat Raisya. Jelas sekali Raisya kelihatan sangat cantik dimatanya. Pelajar-pelajar yang memandang mereka turut terkedu. Mungkin tidak menyangka gadis tomboy itu memang menawan. Syakira pula makin  geram melihat Raisya mungkin telah mengatasi kecantikannya. Rambut gadis itu dicengkam kuat lalu ditariknya kasar. Raisya menyeringai kesakitan.

" Woi, sakitlah, bodoh!" jerit Raisya dan cuba melepaskan genggaman Syakira. Namun tenaganya tidak dapat melepaskan cengkaman tangan itu. Perut Raisya ditumbuknya kasar. melepaskan segala perasaan geram dan marah kepada Raisya.

Raisya terdiam menerima tumbukan dari Syakira. Dia terbongkok-bongkok menerima tumbukan itu. Rambutnya masih lagi tidak dilepaskan. Dia meronta-ronta melepaskan diri. Tidak menyangka gadis itu akan bertindak gila sebegini. Namun dia tidak melepaskan peluang. Rambut gadis itu turut dicapainya dan ditariknya sepenuh hati.

" Woi, sudah-sudah! Tak payah nak gaduh-gaduh dekat sini!" jerit seseorang berdekatan dengan mereka. Syakira dan Raisya berhenti dari bergaduh. Syakira yang melihat Aidil, lelaki kacak yang diminatinya, pantas melepaskan genggaman pada rambut Raisya.

" Korang ni tak reti malu ke bergaduh di khalayak ramai? Kalau nak wrestling sangat, pergi masuk bertanding sana," jerkah Aidil kepada dua orang gadis itu.

Pelajar yang melihat Aidil terus bersurai. Tidak mahu masuk campur dengan pergaduhan yang bertambah sengit.
" Aidil, I tak bersalah. Perempuan ni yang bersalah. Dia kata I ni ulat gendon! Tak patut tau," adu Syakira kepada Aidil. Aidil hanya menjeling Syakira dan memandang redup Raisya. Dia berjalan mendekati Raisya.
" Are you okey Raisya?" tanya Aidil lembut. Raisya hanya tersenyum sinis kepada Syakira. Dia tahu Syakira sedang menahan rasa cemburu melihat Aidil dengannya.
" Aku okey. Fizikal dan rohani perfect! Tapi tak tahulah pulak kalau-kalau si ulat gendon a.k.a ulat beluncas tu ada rasa sakit di mana-mana," ujar Raisya sinis. Aidil terkedu mendengar kata Raisya. Dia beranjak ke tepi untuk memberi laluan kepada Raisya. Raisya terus berlalu dengan tangan yang sedang membetulkan rambutnya yang kusut masai.

" You tengok tu Aidil. Dah buat salah bukan nak minta maaf! Pergi bla je macam tu! Sakit hati I," rengek Syakira dan memeluk lengan sasa Aidil.
" You! Stay away from me! Rimaslah I asyik kena peluk macam ni," ujar Aidil bengang. Dah lah disindir pedas oleh Raisya, wanita kesayangannya. Kini Syakira pula yang hendak meleset dengannya.
" Sampai hati you," rengek Syakira dan melepaskan pelukannya di tangan Aidil. Lelaki itu terus berlalu meninggalkannya. Tiba-tiba lelaki itu berpaling kepadanya. Senyuman menggoda diberikan khas untuk lelaki itu.
" Anyway, Kira, I rasa you perlu sikat rambut you tu. Orang gila dekat tepi jalan pun rambut lebih kemas dari you," ujar Aidil sinis sebelum terus berlalu pergi.
" Eeeeee, kenapa malang sangat nasib aku ni?" Dia menghentakkan kakinya dan tiba-tiba bunyi sesuatu patah. Syakira terdiam. Dia mencabut kasut di kaki kirinya dan matanya terbeliak. Tumitnya patah! Dengan hati yang sebal dia berjalan terhinjut-hinjut menuju ke rakan-rakannya yang lain.


Nabil Hafizi yang memerhati di sebalik dinding keluar dari persembunyiannya. Dia berjalan dengan kepala yang tertunduk dan tangannya sekali sekala membetulkan cermin mata besar yang tergantung di hidungnya. Tempat pergaduhan Raisya dan Syakira didekatinya. Dia mencapai cap yang jatuh di tanah itu. Dia tahu ini pasti kepunyaan Raisya. Cap Raisya diletakkan diatas kepalanya. Dia berharap dia bertemu dengan gadis itu untuk memulangkan cap nya itu.

Raisya membetulkan rambutnya di hadapan cermin di dalam bilik air. Hisy, minah ni memang spoil betullah! Sikat dikeluarkan dan rambutnya yang panjang mengurai itu disikatnya kasar. Setelah menyikat rambutnya, dia tercari-cari cap nya. Kemudian dia menepuk dahinya. Aduh, ni mesti tercicir dekat tempat tadi ni. Tak guna betul punya ulat gendon! Urgh! Bentaknya geram.

Raisya berjalan ke hulu ke hilir mencari cap kesayangannya. Rambutnya yang dibiarkan terlepas diikat ekor kuda. Aduh, mana pula Adi (cap Adidas) aku ni? Dia terduduk lemah di kerusi batu yang disediakan. Rambutnya rasa hendak terbakar akibat kepanasan matahari. Tiba-tiba matanya tertancap kepada seseorang. Pantas dia berdiri dan bercekak pinggang! Ewah-ewah! Sesuka hati dia sahaja pakai cap aku ni! Memang nak kena mamat ni!

" Hoi, mamat skema!" jeritnya kepada Nabil Hafizi. Nabil terkedu melihat Raisya yang sedang merenungnya tajam. kemudian dia tersengih kerana orang yang dicarinya sudah dijumpainya. Dia berjalan mendekati Raisya. Belum sempat dia berkata apa-apa, kolarnya digenggam kasar. Menggigil dia diperlakukan sebegitu.
" Rai.. Raisya, kenapa awak buat saya macam ni?" tanya Nabil takut-takut.
" Kenapa kau tanya? Kau tahu tak kau tengah pakai cap siapa? Tahu tak?" tengking Raisya.
" Tahu," balas Nabil takut.
" Kalau kau dah tahu, kenapa kau pakai bodoh?! Patutnya pulangkan dekat aku balik," ujar Raisya kasar dan mencapai cap nya diatas kepala Nabil. Rasa hendak menangis Nabil diperlakukan sebegitu.
" Saya memang nak pulangkan dekat awak," balas Nabil takut-takut.
" Tak payah nak bagi alasan. Kalau orang yang dah tertangkap, tak akan mengaku dia buatlah," ujar Raisya kasar. Bahu lelaki itu ditolak kasar. Nabil hanya berdiam diri dan memandang sayu kepada Raisya yang berjalan meninggalkannya.

" Apa salah saya, Raisya? Saya cuma nak pulangkan cap itu dan berkawan baik dengan awak. Tapi awak jahat dengan saya," ujar Nabil seorang diri. Kolar bajunya dibetulkan dan setitis air mata jatuh di pipinya. Nabil, kenapalah kau ni lemah...

p/s: Hye semua.. sambungan untuk Mari Sini Hati Kau dah update...thanks for read it... ^^-





1 comment: